Saturday, October 22, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4614[1 Attachment]

8 Messages

Digest #4614

Messages

Fri Oct 21, 2016 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



#Bajet2017: Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) Untuk Bujang Dan Isi Rumah Dinaikan
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Kerajaan melalui Bajet 2017 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak sebentar tadi telah mengumumkan bahawa Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah di naikkan, lapor Bernama.

Bagi isirumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 dan bagi individu bujang berpendapatan di bawah RM2,000 dinaikkan daripada RM400 kepada RM450

Berikut adalah intipati Laporan Ekonomi 2016/2017 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan sempena pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan.

- Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.0-5.0 peratus pada 2017 memandangkan asas ekonomi kukuh negara ditambah dengan sokongan strategi dan program Bajet 2017

- Pertumbuhan dijangka disumbang daripada permintaan domestik, terutama perbelanjaan penggunaan swasta dan pelaburan swasta dijangka berkembang masing-masing pada 6.3 dan 5.8 peratus pada 2017

- Jurang tabungan-pelaburan dijangka mengecil kepada 0.5-1.5 peratus pada 2017 sejajar dengan aktiviti pelaburan yang rancak

- Inflasi dijangka kekal terkawal pada 2017, manakala ekonomi terus beroperasi di bawah guna tenaga penuh

- Semua sektor ekonomi dijangka menyumbang kepada pertumbuhan dengan sektor perkhidmatan dan pembuatan menerajui pengembangan pada 2017

- Defisit fiskal dijangka bertambah baik kepada 3.0 peratus (RM40.3 bilion) berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017. (2016: 3.1 peratus; RM38.7 bilion)

- Kutipan hasil kerajaan meningkat 3.4 peratus kepada RM219 bilion pada 2017, disumbang daripada kutipan hasil cukai tinggi, terutama cukai pendapatan syarikat

- Hasil berkaitan bukan minyak terus menjadi penyumbang utama kepada jumlah hasil pada 2017, sebanyak 86.2 peratus, disumbang terutamanya daripada kutipan cukai barang dan perkhidmatan tinggi sebanyak RM40 bilion

- Malaysia akan terus meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan melaksanakan program dan projek mesra rakyat pada 2017

- Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan dijangka meningkat 3.4 peratus kepada RM260.8 bilion pada 2017 daripada RM252.1 bilion tahun ini; 82.4 peratus (perbelanjaan operasi) dan baki (perbelanjaan pembangunan)

- Emolumen, komponen terbesar perbelanjaan operasi akan diperuntukkan RM77.4 bilion pada 2017

- Subsidi dan bantuan sosial akan terus disediakan dengan peruntukan RM22.4 bilion pada 2017

- Bagi perbelanjaan pembangunan, RM46 bilion akan diperuntukkan pada 2017; 56.2 peratus sektor ekonomi, sosial (26.5 peratus), keselamatan (11.5 peratus) dan pentadbiran am (5.8 peratus)

- Peruntukan bagi sektor ekonomi pada 2017 akan digunakan terutamanya bagi menaik taraf prasarana fizikal; menambah baik prasarana telekomunikasi dan tenaga terutamanya di kawasan luar bandar

- Sejumlah RM12.2 bilion akan diperuntukkan kepada sektor sosial bagi menyediakan kualiti hidup yang lebih baik kepada rakyat pada 2017

- Sektor keselamatan yang terdiri daripada pertahanan dan keselamatan dalaman, akan disediakan peruntukan RM5.3 bilion pada 2017

- Bagi sektor pentadbiran am, RM2.7 bilion akan diperuntuk bagi menambah baik kemudahan kerajaan dan teknologi maklumat dan komunikasi di seluruh negara pada 2017

- Bagi tempoh separuh pertama 2016, ekonomi Malaysia terus berkembang sebanyak 4.1 peratus, disokong aktiviti ekonomi domestik.

- KDNK negara dijangka berkembang antara 4.0 dan 4.5 peratus tahun ini dengan penggunaan isi rumah dan keseluruhan pelaburan kekal kukuh

- Jumlah perdagangan Malaysia dijangka cecah RM1.5 trilion pada 2016

- Permintaan domestik kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama pada 2016, berkembang 4.7 peratus

- Aliran masuk Pelaburan Langsung Asing bersih berjumlah RM23.8 bilion dalam tempoh separuh pertama 2016 berbanding RM26.7 bilion dalam tempoh yang sama pada 2015

- Pelabur domestik menyumbang 68.1 peratus kepada jumlah pelaburan dilulus bernilai RM88.5 bilion bagi tempoh enam bulan pertama 2016

- Harga minyak sawit mentah dijangka berada pada purata RM2,500 setan metrik tahun ini, memandangkan jangkaan peningkatan dalam pengeluaran dan keadaan cuaca tidak menentu

- Subsidi turun 9.6 peratus kepada RM24.6 bilion tahun ini berikutan komitmen kerajaan untuk merasionalisasikan subsidi

- Perbelanjaan kerajaan akan menumpukan kepada program dan projek dengan pelbagai kesan besar kepada ekonomi

- Perbelanjaan operasi turun 4.5 peratus kepada RM207.1 bilion tahun ini berikutan langkah mengoptimum dan merasionalisasikan bekalan, perkhidmatan, geran, subsidi dan pembelian aset

- Dasar monetari Malaysia terus menumpu kepada kestabilan harga dan pertumbuhan mampan, memandangkan risiko dalam ekonomi global

- Malaysia menerajui sukuk global, menyumbang 53.4 peratus atau US$180 bilion daripada nilai sukuk global pada akhir Jun 2016

- Sistem perbankan Malaysia mengeluarkan bayaran pinjaman berjumlah RM598.5 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama 2016

- Industri perbankan Islam berkembang pesat dalam tempoh lima tahun lalu, dengan aset meningkat kepada RM685.4 bilion berbanding RM351.2 bilion pada akhir

2010

- Jumlah akaun deposit dan pelaburan Islam daripada sistem perbankan Islam meningkat 9.6 peratus kepada RM580.7 bilion sepanjang tempoh Jan-Julai 2016. - Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Oct 21, 2016 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Misteri Myvi putih di tengah sungai terjawab

bloglist-malaysia.blogspot

 

Keadaan Perodua Myvi putih yang masuk ke dalam sungai setelah pemandu tertekan pedal minyak

KUALA BERANG - Kehadiran sebuah Perodua Myvi putih di tengah sungai di Kampung Temir, kelmarin, menimbulkan tanda tanya orang ramai, apatah lagi setelah gambar kenderaan itu viral di laman sosial khususnya Whatsapp dan Facebook.

Kehadiran Myvi putih itu turut menimbulkan pelbagai andaian dan menjadi perbahasan, bagaimana kenderaan itu boleh berada dalam sungai tersebut?

Bagaimanapun, hakikatnya ia merupakan kes kemalangan melibatkan seorang lelaki berusia 55 tahun dari Pekan Ajil yang tertekan pedal minyak sehingga kenderaan dipandunya meluru masuk ke dalam sungai.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud mengesahkan ada menerima laporan kemalangan di Kilometer 5 Jalan Kuala Berang-Kenyir di Kampung Temir pada jam 8.19 malam kelmarin (hari kejadian).

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi, tetapi mangsa yang merupakan peniaga di Pekan Ajil, tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar sendiri dari kenderaan dipandunya itu.

"Kemalangan berlaku di tebing Sungai Terengganu di Kampung Temir. Mangsa tiba di lokasi untuk memancing, tetapi semasa menghampiri hujung tebing, permukaan tanah berumput dan licin.

"Mangsa yang hendak menekan brek, tertekan pedal minyak menyebabkan kenderaan dipandunya itu masuk ke dalam sungai yang cetek. Pemandu berjaya keluar sendiri dari kereta dan tidak cedera," katanya.

Tambah Mohd Adli, susulan itu orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati walau di mana berada bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini kerana malang tidak berbau.

-sinarharian

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Oct 21, 2016 7:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



500k Milik Bini Zahid Jadi Bualan Netizens.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Semua neh bermula apabila ;

Cantik memang cantik.
Harga dia pun boleh dapat rumah sebijik.
Itupun kat tengah-tengah bandar tau!

Bila ditukarkan ke matawang Malaysia, sekurang-kurangnya kena ada lima ratus ribu ringgit bagi memiliki jam tersebut. Telan air liur je la. Nak beli rumah pun tercekik. Inikan pula jam ratus ribu. Hentikanlah angan-angan takde faedah korang tu. Hihi.

Netizens yang melihat posting tersebut turut memberikan pandangan masing-masing tentang jam mewah itu.

Kalau ikut kata @Cuit Sikit, Zahid neh memang kaya orangnya sebab dia ada jawatan lain. Bukan jadi Timbalan Perdana Menteri je kot. Macam mengesahkan ya je isteri Zahid memang memiliki jam mewah. Hehe.

Apapun masih terlalu awal nak membuat pelbagaian sangkaan. Dan, masyarakat memerhatikan je gaya hidup pemimpin dan bini-bini pemimpin negara. Dalam pada berkata negara takda duit, tak patut juga menunjukkan gaya hidup mewah kepada public.

Ada baiknya juga jika kerajaan boleh laju-laju proceed dengan cadangan declaration aset, harta pemimpin2 negara di Parlimen bagi tujuan rekod untuk elak disalah-sangka. Sekarang neh kalau nampak bini-bini menteri bermewah sakan di saat rakyat teruk berhempas pulas untuk survive dalam keadaan ekonomi yang mengcengkam, macam-macam benda boleh terlintas di kotak pemikiran dorang tau. Persepsi neh bukan kerja sehari dua. Tingkahlaku kita juga yang mendorong kepada persepsi tersebut. Kannn

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Oct 21, 2016 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Suap Susu Botol Kepada Suami Tak Salah, Tapi Lakukan Dikhalayak Ramai Boleh Jatuhkan Imej Pasangan - Mufti
siakapkeli.my

Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial sebuah video yang menjadi bualan ramai di mana di dalam videa berkenaan memaparkan aksi pasangan suami isteri menyertai satu acara sukaneka dengan menyusukan suami menggunakan susu botol.

Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad dalam satu kenyataannya mengenai perkara ini berkata tindakan menyuap suami dengan menggunakan susu botol adalah tidak bertendangan dengan Islam namun boleh menjatuhkan imej pasangan itu sendiri.

"Aktiviti menyuap suami dengan botol susu konon mahu mencipta kasih sayang sebenarnya dilihat sebagai terlalu kebudak-budakkan."

"Memang umat Islam diajar untuk mencipta keharmonian keluarga melalui pergaulan komunikasi secara terbaik."

"Harap suami isteri meluahkan rasa kasih sayang sebagaimana yang dianjurkan Islam antaranya mandi bersama, suap-menyuap makanan dan bergurau senda.

"Biarpun isteri menjirus air pada suami, ia tidak termasuk dalam sikap kebudak-budakkan kerana ada batas-batas yang perlu dipatuhi, antaranya menutup aurat dan tidak mendedahkan keintiman pada khalayak awam," katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Video yang ditonton lebih 1 juta orang itu dikatakan berlaku di negeri berkenaan dan mendapat perhatian netizen di mana mereka memberikan pelbagai reaksi terhadap aksi tersebut. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Fri Oct 21, 2016 7:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Intipati Bajet 2017

Diterbitkan: Jumaat, 21 Oktober 2016 4:00 PM

http://www.mstar.com.my

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, menunjukkan beg mengandungi teks ucapan Bajet 2017 semasa meninggalkan perkarangan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan menuju ke Parlimen untuk membentangkan Bajet 2017 Jumaat. -fotoBERNAMA

BERIKUT ialah intipati Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat Jumaat.

Bajet 2017 bertemakan "Menjamin Perpaduan dan Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh".

- Bajet 2016 memperuntukkan RM260.8 bilion, peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.

- RM214.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus, RM46 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

- RM77.4 bilion untuk emolumen, RM32 bilion untuk perkhidmatan dan bekalan.

- Dengan adanya GST, kerajaan berupaya menampung perbelanjaan di kala sumber yang lain berkurangan.

- Kini, Msia sebuah negara "upper middle income" mengatasi banyak negara bukan sahaja di Asia, namun di seantero dunia.

- KDNK PPP per kapita rakyat Malaysia telah meningkat dari AS$23,100 pada 2012 kepada AS$26,891 pada 2015.

- Pelaburan asing yang diluluskn bagi separuh pertama 2016 adalah lebih RM28 bilion, peningkatan 32%, tidak termasuk pelaburan domestik lebih RM60 bilion.

- Pertemuan PM dengan komuniti perniagaan Jerman bulan lalu, 'mereka nyatakan minat untuk kekal dengan pelaburan di sini, yakin dengan dasar-dasar kerajaan'.

- Syarikat Osram telah umum pelaburan 1bE, hampir RM5 bilion. Pelaburan untuk kilang LED di Kulim Kedah ini adalah yang terbesar di dunia.

- PM akan ke China minggu hadapan dalam satu lagi misi menarik pelaburan luar.

- Bajet 2017 digubal dengan berpegang kepada lima prinsip dan falsafah kerajaan.

- PM juga zahirkan ucapan takziah kepada keluarga beberapa insan yang banyak berjasa kepada negara, antaranya Allahyarham Tan Sri Hj Abdul Aziz Tapa dan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.

- Sebagai menghargai khidmat bakti dan jasa penjawat awam, PM mengumumkan:

1. Cuti belajar dengan gaji penuh dan biasiswa juga diberi kepada kumpulan pelaksana.

2. Pemberian cuti kuarantin kepada penjawat awam yang anaknya sakit dan perlu dikuarantin menerusi cuti tanpa rekod sebanyak lima hari.

3. Kemudahan pembiayaan untuk membeli komputer diperluaskan meliputi pembelian telefon pintar. Had pinjaman sehingga RM5,000 setiap tiga tahun.

4. Kerajaan memutuskan bahawa had pinjaman pembelian motosikal akan dinaikkan dari RM5,000 kepada RM10,000.

5. Kelayakan pinjaman perumahan dinaikkan dari serendah-rendah RM120,000 kepada RM200,000, pinjaman paling tinggi dari RM600,000 ke RM750,000.

6. Sebanyak 30,000 unit lagi Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia akan disiapkan dengan harga jualan antara RM90,000 hingga ke RM300,000.

7. Pegawai "contract of service & contract for service" yang akan tamat hujung tahun ini, kerajaan lanjutkan sekurang-kurangnya setahun lagi.

8. Satu lapisan gred baru, gred 56 iaitu antara gred 54 & JUSA C diwujudkan bagi pegawai perubatan pakar & pegawai pergigian pakar.

9. Kerajaan ambil keputusan melantik secara kontrak kumpulan pertama graduan perubatan, pergigian & farmasi selewat-lewatnya Disember 2016.

10. Hampir 2,600 orang doktor yang tidak dapat penempatan housemanship di mana-mana hospital kini boleh jalani housemanship secara kontrak.

- PM membetulkan beberapa tuduhan yang dimomok oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mengeliru & timbulkan keresahan tidak menentu.

1. Mengenai kononnya kerajaan akan bankrap atau muflis:

- Kerajaan hanya dikategorikan bankrap atau muflis sekiranya tidak mampu bayar tanggungan hutang-hutangnya.

- Menerusi agensi penarafan Fitch, terkini Malaysia diberi penarafan A- berbanding Filipina BBB- , Thailand BBB+ , Vietnam BB.

- Penarafan Malaysia sama dengan negara yang ekonominya lebih besar & maju daripada negara kita seperti Korea AA- , China A+ , Taiwan A+ , & Jepun A.

2. Dikatakan bahawa "Malaysia is a Failed State", atau Negara Yang Gagal:

- Ini hanya terjadi seandainya negara gagal melaksanakan sebahagian besar tanggungjawab & fungsi asas kerajaan.

- Ini termasuklah kegagalan mengawal keamanan & keselamatan, gagal bayar gaji penjawat awam, kadar inflasi melambung tinggi.

- Menjadi hasrat kerajaan untuk tingkatkan "disposable income" golongan rakyat M40 walaupun golongan ini tidak mempunyai masalah penuhi keperluan asas mereka.

- B40 pula ialah golongan dengan pendapatan isi rumah RM3,900 ke bawah. Kadar pertumbuhan pendapatan mereka meningkat lebih pantas berbanding M40 & T20.

- Demi kesejahteraan rakyat, kerajaan akan terus komited laksanakan projek & program Rakyat Centric di bandar & luar bandar seperti berikut:

1. Sebanyak 97,000 lampu jalan, 3,000 lampu LED di persimpangan jalan akan dipasang, melibatkan 7,500 kampung di seluruh negara, termasuk Sabah & Sarawak.

2. Bina & naik taraf 616km jalan kampung & jambatan bagi tingkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan & bandar dengan peruntukan RM1.2 bilion.

3. Bagi menyelenggara jalan negeri, RM4.6 bilion disediakan kepada semua negeri di bawah Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia.

4. Bina & baik pulih 17,000 unit rumah usang & daif di kampung terpencil & penempatan Orang Asli dengan peruntukan RM350 juta.

5. Setiap unit rumah diberi bantuan baik pulih antara RM1,000 hingga RM15,000 bergantung kepada usangnya keadaan rumah tersebut.

6. Tingkatkan penyediaan bekalan air bersih dengan RM732 juta, mensasarkan 5,200 rumah termasuk naik taraf sistem bekalan air.

- Bagi menaik taraf kapasiti dan menjamin bekalan air, kerajaan memperuntukkan geran RM156 juta & RM509 juta dalam bentuk pinjaman.

- Untuk atasi masalah bekalan air di seluruh negara, Tabung Bekalan Air akan diwujudkan segera, berperuntukkan RM500 juta.

- Menyediakan bekalan elektrik luar bandar, mensasarkan hampir 10,000 buah rumah dengan peruntukan RM460 juta.

- Kerajaan akan laksana Projek Mesra Rakyat dengan RM800 juta untuk naik taraf & bina surau, titi, parit, balai raya, pasar & gerai perniagaan kecil.

- 69 projek Rancangan Tebatan Banjir akan diteruskan di seluruh negara dengan peruntukan RM495 juta.

- Inisiatif baru MyBeautiful New Home khusus kepada B40, dengan peruntukan RM200 juta. 5,000 unit rumah akan dibina dengan harga RM40,000 - RM50,000 seunit.

- Kerajaan akan membiayai RM20,000 dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik.

- Syaratnya, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yang telah dapat kebenaran tuan tanah & tanah kurniaan kerajaan negeri.

- KPKT pula akan membina 9,850 unit rumah di bawah PPR dan menyediakan sebanyak RM134 juta bagi 2017.

- 11,250 rumah PPR sedang dalam pembinaan, RM576 juta disediakan. Rumah ini dijual dengan harga RM35,000-RM42,000 walaupun kos pembinaan RM120,000-RM160,000.

- Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40, RM275 juta diperuntukkan.

- Kerajaan sediakan peruntukan subsidi hampir RM10 bilion, merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol & pengangkutan awam.

- Kerajaan perkenal Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM200 sebulan bagi 3 bulan pada Nov, Dis & Jan, manfaatkan 440,000 pekebun kecil & penoreh getah.

- Bagi meringankan beban sara hidup 57,000 nelayan, pemberian elaun RM200-RM300 sebulan akan diteruskan.

- Dedak bukan, umpan pun bukan, BR1M yang ikhlas satu pemberian:

1. BR1M kepada isi rumah dalam senarai e-Kasih & berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 dinaikkan dari RM1,050 & RM1,000 kepada RM1,200.

2. BR1M kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 hingga RM4,000 akan dinaikkan dari RM800 kepada RM900.

3. Bagi individu bujang berpendapatan bawah RM2,000, BR1M akan dinaikkan dari RM400 kepada RM450.

- Skim Khairat Kematian diteruskan dengan pampasan RM1,000 kepada waris penerima BR1M bagi kategori isi rumah & warga emas dengan peruntukan RM6.8 bilion.

- Kapasiti pendidikan TVET akan diperkasakan dengan peruntukan RM4.6 bilion kepada institusi-institusi TVET:

- 9 buah kampus Institut Pendidikan Guru akan diubahsuai untuk menjadi Politeknik dan Kolej Vokasional.

- 4 buah akan menjadi Politeknik, empat lagi Kolej Vokasional, dan sebuah lagi sebagai pusat latihan jurulatih TVET.

- Di atas inisiatif kreatif ini, hanya RM400 juta diperuntukkan berbanding RM250 juta untuk bina sebuah politeknik baru, jimatkan dana kerajaan sehingga RM2 bilion.

- RM270 juta disediakan untuk naik taraf peralatan pembelajaran di institusi TVET serta RM360 juta bagi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

- Potongan cukai sebanyak dua kali diberikan ke atas perbelanjaan syarikat swasta yang menyediakan "Structured Internship Programme".

- Geran padanan latihan & pembangunan kurikulum diberi kepada institusi TVET awam yang dapat sumbangan dalam bentuk peralatan daripada industri.

- RM50 juta disediakan untuk perluasan program Skim Latihan 1Malaysia oleh GLC kepada 20,000 graduan bagi 2017, berbanding 15,000 graduan pada 2016.

- Kerajaan akan sediakan tanah kerajaan yang tidak digunapakai di lokasi strategik kepada GLC & PR1MA untuk bina lebih 30,000 rumah, harga RM150k-RM300k:

- Kerajaan akan bina 10,000 rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap termasuk graduan muda yang baru bekerja.

- Syarikat Perumahan Negara Bhd diperuntukkan RM200 juta untuk bina lebih 5,000 unit Rumah Mesra Rakyat dengan subsidi kerajaan sehingga RM20,000 seunit.

- PM umum satu skim pembayaran akhir atau "end-financing" khas jenis "step-up" untuk program PR1MA:

1. Proses permohonan akan mula dilaksana pada 1 Januari 2017, hasil kerjasama antara kerajaan, BNM, KWSP & 4 bank iaitu Maybank,CIMB, RHB & AmBank.

2. Pengecualian duti setem dinaikkan kepada 100 peratus ke atas surat cara pindah milik & surat cara pinjaman perumahan.

3. Layanan pengecualian ini terhad kepada nilai rumah sehingga RM300,000 bagi pembelian kediaman pertama sahaja antara 1 Jan 2017 - 31 Dis 2018.

- Untuk pembangunan infrastruktur bagi Rumah Generasi Kedua, FELDA, FELCRA & RISDA masing-masing diperuntukkan RM200 juta, RM100 juta & RM100 juta lagi.

- Pelepasan cukai individu untuk pembelian bahan bacaan, komputer & peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup.

- Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.

- Ini termasuklah pelepasan cukai untuk membeli akhbar.

- 4 lagi UTC di Negeri Sembilan, Perlis, P.Pinang & Selangor, 3 lagi RTC di Sabah & Sarawak akan dibina dengan peruntukan RM100 juta.

- Kadar duti setem ke atas surat cara pindah milik hartanah bernilai melebihi RM1 juta akan dinaikkan dari 3 kpd 4% mulai 1 Jan 2018.

- Projek rakyat-centric akan diteruskan melalui Inisiatif Pembiayaan Swasta berjumlah RM10 bilion.

- Bagi pembangunan sukan, RM1.2 bilion disediakan. Ini meliputi RM450 juta khusus untuk penganjuran Sukan SEA ke-29 & Sukan Para ASEAN ke-9 pada 2017.

1. RM50 juta bagi pembinaan Akademi Bola Sepak Fasa II di Gambang, Pahang.

2. RM122 juta bagi membina & naik taraf fasiliti termasuk Kompleks Belia & Sukan Negeri-Negeri, Kompleks Futsal 1Malaysia & Kompleks Sukan Komuniti.

3. RM70 juta bagi Program Pembangunan Podium Sukan Elit untuk penyediaan atlet ke temasya sukan antarabangsa.

4. RM54 juta bagi Program Pembangunan Ahli Sukan termasuk Program Penyediaan Atlet dan Program Penyediaan Atlet Paralimpik.

- Usaha bersepadu terus dilaksanakan bagi tingkatkan tahap kesihatan & kualiti penjagaan kesihatan. RM25 bilion disediakan bagi program berikut:

1. Membina & naik taraf hospital-hospital baharu serta Klinik Kesihatan di Perlis, Kuching, Mukah, Jempol, Muar dan Johor Bahru.

2. Naik taraf kemudahan dengan RM536 juta, termasuk peralatan rawatan kardiologi di Hospital Serdang, P.Pinang, Sultanah Aminah JB & 100 ambulans.

3. RM4.5 bilion untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan dan lebih 1,800 Klinik Desa.

4. RM4 bilion untuk bekalan ubat, "consumables", vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan Kerajaan.

- Bagi kurangkan kesesakan hospital awam, kerajaan bekerjasama dengan swasta/NGO yang kendali "non-profit charitable" hospital ikut kadar kos hospital kerajaan.

- Pinjaman RM20 juta disediakan untuk membiayai pembelian peralatan hospital tersebut.

- Peruntukan RM110 juta, di mana RM70 juta untuk bantuan perubatan kepada 10 ribu pesakit kurang mampu.

- Bagi menggalakkan lebih banyak pusat hemodialisis swasta dibuka, RM40 juta diperuntukkan sebagai geran "one-off" RM200,000 untuk beli peralatan.

- RM80 juta bagi inisiatif pencegahan penularan wabak denggi & zika, dan juga memperluaskan Program Komuniti Sihat Perkasa Negara.

- Berkaitan kenaikan harga & jaminan bekalan makanan, RM1.3 bilion disediakan untuk tingkatkan pengeluaran bahan makanan dengan harga kompetitif:

- RM140 juta bagi Program Pengedaran Barang Perlu, pembukaan empat lagi MyFarm Outlet & tambah baik 150 premis Agrobazaar Rakyat 1Malaysia.

- Bagi pemandu teksi, RM60 juta untuk geran RM5,000 untuk beli kenderaan baru & tawarkan permit teksi individu, manfaat 12 ribu pemandu.

- Geran pelancaran RM60 juta untuk Skim PERKESO kepada pemandu teksi individu berpendapatan sehingga RM3,000 sebulan diperkenal.

- Pemandu teksi perlu carum kadar RM157-RM443 setahun/RM13.08 sebulan. Jika kemalangan waktu kerja, layak tuntut PERKESO.

- Bagi bantu B40 khususnya penerima BR1M jana pendapatan tambahan, kerajaan galakkan penyertaan sebagai pemandu "ride-sharing" seperti Uber.

- Pendapatan boleh cecah RM1,500 sebulan jika pandu separuh masa 10-40 jam seminggu & RM4,300 jika melebihi 40 jam seminggu.

- Jika tidak miliki kenderaan, bayaran pendahuluan boleh dibuat menggunakan BR1M & rebat RM4,000 bagi pembelian Proton Iriz.

- RM29 juta untuk naik taraf sistem perparitan & bina "2 Overhead Motorcycle Ramp" di Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan.

- RM2.1 bilion untuk pembangunan infra & sosio ekonomi di 5 koridor iaitu: Wilayah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Pembangunan Sabah & Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak.

- RM522 juta untuk MIDA bagi sektor tumpuan termasuk industri kimia, elektrik & elektronik serta aktiviti R&D.

- Untuk giatkan pasaran modal tempatan, "Small and Mid-Cap PLC Research Scheme" diperkenal bagi penyelidikan ke atas 300 syarikat.

- Tempoh pengecualian cukai pendapatan untuk entiti Perbankan Islam & Takaful jalankan aktiviti matawang asing "International Currency Business Unit".

- Untuk menggalakkan golongan muda buat pelaburan jangka panjang, kerajaan telah memperkenalkan Skim Persaraan Swasta atau PRS.

- RM286 juta disediakan untuk pengeluaran eksport perladangan sawit, getah, koko dan lada.

- Kerajaan akan terus memberi tumpuan ke atas promosi dan penambahbaikan kemudahan pelancongan. Sehubungan itu:

1. RM400 juta diperuntukkan, antaranya untuk inisiatif "clean air" dan "ecotourism".

2. Tempoh permohonan Taraf Perintis & Elaun Cukai Pelaburan bagi pelaburan hotel baru 4 & 5 bintang, dilanjutkan 31 Dis 2018.

3. Potongan cukai RM500,000 dinaikkan kepada RM700,000 bagi sektor swasta taja pertunjukan kesenian, kebudayaan & warisan tempatan luar negara.

- Program promosi Malaysia dengan Kempen Tahun Melawat ASEAN@50 sempena ulang tahun ASEAN & sebagai tuan rumah Sukan SEA & Sukan Para ASEAN 2017.

- Bagi capai sasaran 32 juta pelancong tahun hadapan, Kerajaan akan meluaskan eVisa ke negara di rantau Balkan dan Asia Selatan.

- RM162 juta diperuntukkan untuk MDEC bagi pelbagai program.

- Bermula Jan 2017, "fixed line broadband" ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Pelanggan 5mb/s pd RM149 kini dpt 10mb/s.

- Kerajaan akan lancarkan inisiatif supaya perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat.

- SKMM akan menyediakan RM1 bilion supaya liputan & kualiti jalur lebar di seluruh negara mencapai 20 megabit sesaat.

- RM200 juta teruskan Bantuan Makanan Tambahan & Geran Per Kapita program TABIKA & TASKA, tambah baik pakej pemakanan manfaat 280,00 kanak-kanak.

- RM132 juta disediakan untuk tingkatkan akses kepada pendidikan pra-sekolah percuma di sekolah Kerajaan, manfaatkan 200,000 kanak-kanak.

- Setiap rakyat berhak dapat akses pendidikan percuma. Oleh itu inisiatif bagi sekolah rendah dan menengah:

1. Bangunkan semula 120 sekolah daif, 60 di semenanjung, 30 di Sabah & 30 di Sarawak guna IBS & naiktaraf 1800 makmal sains, peruntukan RM570 juta.

2. Siapkan pembinaan 227 sekolah, termasuk 8 sekolah baru dengan peruntukan RM478 juta.

3. Perluas program penguasaan Bahasa Inggeris melalui "Cambridge English", "Dual Language & Highly Immersive" dengan peruntukan RM90 juta.

- Untuk 430,000 pendidik kita, menerusi SKMM RM340 juta diperuntukkan untuk tablet bantuan mengajar bagi mudahkan tugasan.

- Bagi bantu ibu bapa menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak, Kerajaan akan meneruskan program berikut:

1. Pemberian Bantuan Persekolahan RM100 kepada setiap pelajar daripada keluarga berpendapatan sehingga RM3,000, memanfaatkan 3.5 juta murid.

2. RM1.1 bilion bagi Bantuan Makanan Asrama untuk 365,000 murid.

3. RM300 juta bagi Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia kepada murid sekolah rendah.

4. RM1.1 bilion merangkumi Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan, Bantuan Buku Teks dan Bantuan Geran Per kapita.

5. Geran sepadan disediakan kepada pelajar Tahun 1 di sekolah bantuan penuh Kerajaan bagi simpanan terkumpul sehingga RM50 dalam akaun SSPN-i.

6. Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sabanyak RM150 kepada 67,000 murid; serta mengganti bas bagi 21 sekolah berpendidikan khas.

7. RM600 juta diperuntukkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah. Daripada jumlah tersebut:

- RM250 juta untuk Sekolah Kebangsaan;
- RM50 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina;
- RM50 juta bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil;
- RM50 juta untuk Sekolah Mubaligh;
- RM50 juta untuk Sekolah Berasrama Penuh;
- RM50 juta kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan;
- RM50 juta kepada Sekolah Pondok Berdaftar dan
- RM50 juta kepada Maktab Rendah Sains Mara.

- Bagi tingkatkan kualiti institusi pengajian tinggi ke taraf global, RM7.4 bilion disediakan kepada 20 universiti awam.

- Daripada jumlah ini, RM1.4 bilion kepada 4 hospital universiti, manakala RM300 juta untuk pemerkasaan 5 universiti penyelidikan.

- Tambahan lagi RM100 juta untuk IPT bagi membudayakan penyelidikan serta meningkatkan bilangan penerbitan dan harta intelek.

- Baucar buku diganti dengan kad debit pelajar sebanyak RM250 untuk membeli buku, alatulis, alatan komputer & akses internet. Manfaat kepada 1.3 juta pelajar.

- Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pada tahun 2017 termasuk:

- RM1.6 bilion menerusi Jabatan Perkhidmatan Awam;
- RM2 bilion menerusi Mara;
- RM250 juta menerusi Kementerian Pengajian Tinggi;
- RM208 juta menerusi Kementerian Kesihatan;
- RM194 juta menerusi Kementerian Pendidikan;
- RM28 juta menerusi Kementerian Sumber Manusia dan
- RM21 juta menerusi Kementerian Belia dan Sukan.

- Bagi usaha menggalakkan peminjam PTPTN membuat bayaran balik, insentif berikut akan diberikan:

- Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

- Diskaun 10% untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau "direct debit" mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan.

- Insentif ini berkuatkuasa pada 22 Oktober 2016 sehingga Disember 2017.

- Kerajaan terus menumpukan usaha melindungi kumpulan mudah terjejas. Antara inisiatif yang disediakan:

1. Bantuan keluarga miskin liputi Bantuan Am sehingga RM300/bulan & Bantuan Kanak-Kanak sehingga RM450/bulan diteruskan, manfaat 69,000 keluarga.

2. RM424 juta termasuk bantuan sosio-ekonomi warga emas RM300 sebagai saraan hidup & program wang saku. Lapan Pusat Aktiviti Warga Emas baru akan dibina.

3. RM535 juta memanfaatkan hampir 150,000 OKU merangkumi elaun pekerja, bantuan latihan kanak-kanak OKU serta bantuan OKU tidak berupaya bekerja.

4. Pelepasan GST kepada OKU berdaftar untuk membeli peralatan bantuan tanpa melalui Entiti Kebajikan Swasta. Skop barang layak pelepasan diperluas.

- Elaun ketua kampung, pengerusi JKKK & Persekutuan, termasuk Ketua Kampung-Kampung Baru dan tok-tok batin, dinaikkan daripada RM800 kepada RM900.

- Kerajaan juga komited untuk menambah baik pengangkutan awam di luar bandar.

- RM20 juta disalurkan kepada Yayasan Penjaja dan Peniaga Kecil 1Malaysia untuk memberi pinjaman kepada penjaja komuniti Cina.

- Bagi masyarakat India, RM50 juta bagi program peningkatan kapasiti & pendapatan, RM150 juta untuk program pembiayaan perniagaan TEKUN & Amanah Ikhtiar Malaysia.

- Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Kerajaan akan memperluaskan program pra-sekolah kepada 50 sekolah dengan peruntukan RM10 juta.

- RM100 juta kepada SME Bank bagi meningkatkan peluang usahawan Bumiputera.

- RM100 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia bagi pelbagai program keusahawanan mereka.

- RM300 juta kepada TEKUN, bagi bantu usahawan kecil majukan perniagaan, termasuk skim baru TEMANITA, khusus untuk usahawan mikro wanita.

- RM200 juta kepada Perbadanan Usahawan Nasional Berhad, bagi melaksanakan Program Pembiayaan Keusahawanan & Perintis Perniagaan.

- RM120 juta kepada Mara bagi pelbagai program keusahawanan antaranya perusahaan industri halal, pembangunan usahawan belia, dan lain-lain.

- Dana mudah-cara berjumlah RM500 juta menerusi TERAJU untuk bantu syarikat-syarikat bumiputera kembangkan perniagaan atau mulakan perniagaan baru.

- RM100 juta untuk TERAJU bagi Tabung Eksport syarikat-syarikat bumiputera menembusi pasaran antarabangsa.

- RM100 juta menerusi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, bagi program Peneraju Skil & Iltizam, Peneraju Profesional serta Peneraju Tunas.

- Bagi tingkatkan keberkesanan operasi ESSZONE, RM323 juta diperuntukkan untuk penugasan anggota di sempadan kawasan Timur Sabah.

- Mewujudkan "Sea Basing" di perairan Pantai Timur Sabah, & Pangkalan Operasi Hadapan Helikopter. Tempatkan kenderaan Perisai AV8 GEMPITA 8x8.

- Kenderaan perisai 4x4 di Lahad Datu, penempatan skuadron pesawat pejuang Hawk & helikopter Eurocopter EC-725 di Pangkalan Udara Labuan.

- RM12.8b untuk KDN termasuk RM8.7 bilion untuk Polis Diraja Malaysia. Antaranya bina 12,000 pejabat polis daerah, pusat latihan Komando 69.

- Bagi hal ehwal wanita, RM2 bilion untuk program-program seperti I-KIT, I-KeuNita dan program "Women Career Comeback".

- Pelepasan cukai baru sehingga RM1,000 bagi pembelian peralatan penyusuan ibu. Pelepasan setiap dua tahun sekali mulai tahun taksiran 2017.

- Pelepasan cukai sehingga RM1,000 diberi kepada pembayar cukai individu hantar anak berusia enam tahun ke bawah ke taman asuhan & pra-sekolah berdaftar, mulai 2017.

- Elaun Imam di bawah JAKIM dinaikkan daripada RM750 kepada RM850 sebulan, memanfaatkan 15,000 Imam di seluruh negara.

- Elaun guru KAFA juga akan dinaikkan daripada RM800 kepada RM900 sebulan, sekaligus memanfaatkan hampir 33,000 guru.

- Buat pertama kalinya, Kerajaan memperuntukkan RM30 juta bagi selaraskan pendidikan tahfiz melalui Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

- Elaun para pembantu KEMAS akan dinaikkan daripada RM400 kepada RM500, melibatkan hampir 11,000 orang.

- Kerajaan ambil langkah positif pinda Akta Kebankrapan 1967 mulai awal tahun depan, berkait mereka yg telah diisytiharkan bankrap terutamanya mereka yang diisytiharkan bankrap kerana menjadi penjamin.

- Bayaran khas RM500 kepada semua penjawat awam, RM250 kepada para pesara Kerajaan. Bayaran ini akan diberi pada awal Januari 2017.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Oct 21, 2016 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



CELAKA SUNGGUH MANUSIA YANG MAKAN HARTA ANAK YATIM NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Anak Mangsa Kemalangan Hanya Terima RM12,000 Dari RM300,000 Wang Sumbangan
suara.tv
Posted by Abdul Mursyid Zainuddin|

KUALA LUMPUR – Yusnidah Hussain, 48, kakak kepada Allahyarham Fairuz Nizam yang kes kemalangan mautnya menjadi viral di laman sosial tahun lepas mendakwa dua anak saudara dalam jagaannya hanya menerima RM12,000 sahaja sedangkan jumlah sumbangan orang ramai dianggarkan kira-kira RM300,000.
Memetik kenyataannya seperti dilaporkan MalaysiaGazette, Yusnidah mendakwa wang sebanyak RM12,000 itu pun hanya diperolehi selepas beliau membuat laporan polis pada 22 Jun tahun lepas.

Menurutnya lagi, semua wang sumbangan orang ramai berjumlah RM300,000 itu dimasukkan ke akaun bank atas nama dua adiknya yang lain.

"Saya sedih kerana wang yang sepatutnya menjadi hak dua anak saudara saya tidak sampai ke tangan mereka untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian demi masa depan.

"Alasan yang diberikan oleh adik-adik saya, wang itu hak mereka kerana akaun bank peribadi atas nama mereka," ujarnya.

Dalam laporan yang sama, Yusnidah berkata kedua-dua adiknya yang diamanahkan menerima wang sumbangan tersebut bagi pihak dua anak saudara yatim piatu itu menggunakan nama Mufti Wilayah Persekutuan sebagai pengesahan wang itu milik mereka.

"Mereka turut memberi alasan dengan menggunakan nama Mufti Wilayah Persekutuan bahawa wang itu sah milik mereka mengikut Islam.

"Padahal saya yang menjaga dua anak saudara saya selepas seminggu kematian ibu bapa mereka hingga ke hari ini.

"Namun disebabkan pertikaian wang sumbangan itu, hubungan kami adik-beradik berpecah sehingga berlaku saman-menyaman dan kes kini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur," katanya.

Kemalangan maut melibatkan Pajero dengan beberapa buah kereta MyVi mengorbankan Fairuz Nizam, isteri dan bayi mereka pada Mei tahun lepas.

Yusnidah mengadakan sidang media petang tadi ditemani suami serta kedua-dua anak saudaranya, Nur Firuza Amira, 8, dan Nur Firuza Aqilah, 5.

Dalam kemalangan pada 2 Mei tahun lepas itu, Fairuz Nizam, 35, dan isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, serta bayi mereka, Nur Firuza Annisa yang baru berusia 7 bulan terbunuh selepas Pajero yang dinaiki mereka berlanggar dengan dua MyVi di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada pukul 1.05 pagi.

Kes tersebut menarik perhatian ramai susulan terdapat saksi yang mendakwa pemandu MyVi itu terlibat dalam perlumbaan sebelum berlakunya kemalangan maut tersebut.

Mengulas lanjut, Yusnidah yang kini mendapat hak penjagaan sementara kedua-dua anak saudaranya dari mahkamah turut mendedahkan terpaksa menutup restoran dan kedai kek yang diusahakan gara-gara konflik keluarga disebabkan isu wang sumbangan itu.

Dalam sidang media yang sama, beliau turut meluahkan rasa kesal apabila wang pampasan insurans arwah adiknya telah dituntut oleh keluarga isteri Fairuz Nizam tanpa satu sen pun diberikan kepada dua anak saudaranya.

"Saya menjaga mereka siang malam dan melayan tangisan trauma pada waktu-waktu tertentu.

"Jangan kata hendak bertanya khabar, hantar buah atau makan pun tidak pernah.

"Tapi bila timbul isu wang sumbangan orang ramai dan pampasan insurans, mereka cepat ambil seolah-olah hak mereka," katanya kesal.

Gambar kenangan Allahyarham Fairuz Nizam dan isterinya, Allahyarham Nova Safitri Azhari dan bayi, Allahyarham Nur Firuza Annisa dan dua lagi anak mereka Nur Firuza Amira,dan Nur Firuza Aqilah.

Mengulas perkembangan siasatan berkaitan isu wang sumbangan orang ramai, Yusnidah meminta bantuan para penderma supaya membuat laporan polis bagi membantu pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

"Kami sudah membuat laporan polis dan pihak polis tidak boleh ambik tindakan dengan alasan hal keluarga.

"Polis hanya boleh mengambil tindakan jika para penderma yang pernah menderma tampil membuat laporan kerana berlaku telah berlaku pecah amanah.

"Kami ada bukti penyata akaun bank peribadi yang menunjukkan jumlah yang diterima kira-kira RM300,000.

"Justeru kami mengalu-alukan orang ramai yang pernah menderma kepada Amira dan Aqilah tampil membuat laporan polis," katanya.

Kenyataan Rasmi Isu Anak Mangsa Kemalangan Duke dari Mufti Wilayah
siakapkeli.my

Semalam tersiar di media kisah luahan seorang wanita yang merupakan waris kepada tiga beranak yang maut dalam kemalangan di atas lebuhraya DUKE tahun lalu.

Yusnidah Hussain, 48, kakak kepada Allahyarham Fairuz Nizam, 35, dalam satu kenyataan mendakwa anak sedaranya yang dijaganya kini hanya menerima RM12,000 hasil sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000 di mana dakwanya wang berkenaan telah disalurkan ke akaun dua adiknya yang lain.

"Saya menjaga mereka siang malam dan melayan tangisan trauma pada waktu-waktu tertentu.

"Jangan kata hendak bertanya khabar, hantar buah atau makan pun tidak pernah.

"Tapi bila timbul isu wang sumbangan orang ramai dan pampasan insurans, mereka cepat ambil seolah-olah hak mereka.

"Kami sudah membuat laporan polis dan pihak polis tidak boleh ambik tindakan dengan alasan hal keluarga.

"Polis hanya boleh mengambil tindakan jika para penderma yang pernah menderma tampil membuat laporan kerana berlaku telah berlaku pecah amanah.

"Kami ada bukti penyata akaun bank peribadi yang menunjukkan jumlah yang diterima kira-kira RM300,000.

"Justeru kami mengalu-alukan orang ramai yang pernah menderma kepada Amira dan Aqilah tampil membuat laporan polis," katanya dipetik laporan Malaysia Gazette.

Selain itu beliau mendakwa mereka memberi alasan dengan menggunakan nama Mufti Wilayah Persekutuan bahawa wang itu sah milik mereka mengikut Islam.

Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan telah tampil memberikan pencerahan mengenai kenyataan yang dimanipulasi berkenaan.

Berikut adalah kenyataan penuh pihak Mufti.

KENYATAAN RASMI ISU ANAK MANGSA KEMALANGAN DUKE

1. Kami menerima laporan di media-media sosial berkenaan luahan kekecewaan Puan Yusnidah Hussain, kakak kepada almarhum Fairuz Nizam, yang menjelaskan bahawa dua anak saudaranya iaitu anak kepada adiknya, hanya mendapat RM12,000 berbanding sumbangan orang ramai yang terkumpul kira-kira RM300,000.

2. Jumlah wang kira-kira RM300,000 itu dilaporkan dimasukkan ke dalam akaun adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain. Pada sidang media baru-baru ini, Puan Yusnidah Hussain memaklumkan bahawa wang tersebut tidak sampai ke tangan anak-anak yatim ini untuk digunakan bagi perbelanjaan sekolah dan harian.

3. Antara alasan yang dinyatakan oleh adik-adik kepada Puan Yusnidah Hussain adalah mereka telah merujuk kami, selaku Mufti Wilayah Persekutuan dan dikatakan bahawa kami menyatakan yang duit yang diberi orang ramai adalah harta dan hak mereka kerana ianya adalah akaun atas nama mereka sendiri, bukan anak-anak ini.

4. Sebenarnya, memang kami ada menziarah keluarga ini sebagai tanda simpati beberapa hari selepas tragedi berkenaan. [Rujuk https://goo.gl/QOUO3O]. Ada yang bertanyakan kepada kami tentang keharusan penggunaan wang sumbangan orang ramai untuk keperluan (maslahah) anak-anak yatim itu sendiri.

5. Kami dengan tegas menyatakan bahawa bapa saudara atau ibu saudara HANYA SEBAGAI PEMEGANG AMANAH (TRUSTEE/MUTAWALLI) di mana hak pengurusan (tasarruf) wang berkenaan adalah TERTAKLUK KEPADA KEPERLUAN (MASLAHAH) DAN SUMBANGAN/SEDEKAH kepada kedua anak yatim berkenaan, dan diuruskan dengan penuh KEJUJURAN dan rasa TANGGUNGJAWAB. Itulah yang kami maksudkan kepada pihak yang bertanya. Bukannya wang itu sepenuhnya menjadi hak milik pemegang amanah dan boleh digunakan untuk manfaat peribadi dengan sewenang-wenangnya.

6. Justeru, kami akan menjelaskan hal ini dengan lebih lanjut dalam Bayan Linnas, insyaAllah dalam masa terdekat. Buat masa sekarang, lebih baik kita semua menunggu keputusan daripada pihak berwajib. Wallahua'lam.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.

Berikutan dakwaan itu, Faizz Nur dalam satu kenyataan Facebooknya itu telah tampil memberikan kenyataan di mana menurut beliau ia adalah satu kenyataan fitnah dan akan membawa perkara ini ke mahkamah.

Berikut adalah kenyataan beliau.

Assalamualaikum kepada semua sahabat dan juga rakyat malaysia. Di dalam keadaan genting sekarang saya bersyukur kerana ada yang membuat tohmahan serta cacian kepada saya dan keluarga tanpa memberikan saya ruang untuk membela diri.

Walaubagaimanapun,saya membuat keputusan untuk membawa pertuduhan fitnah ini ke muka pengadilan dan bertindak untuk tidak membuat sebarang kenyataan di media massa kerana saya dinasihati oleh peguam untuk menghormati prosiding prosiding mahkamah yang sedang berjalan.
Justeru itu saya mohon untuk rakyat malaysia untuk memberikan ruang saya dan keluarga yang difitnah ini untuk membela diri di muka pengadilan.

Kes fitnah ini akan dibawa ke mahkamah kerana mahkamah merupakan satu platform yang akan memberikan keadilan bagi menganalisis setiap permasalahan berdasarkan bukti-bukti yang sahih. Media sosial bukanlah medium terbaik untk merungkai permasalahan ini dan kita serahkan badan kehakiman yang dihormati untuk menilai kes ini secara tulus.

- Siakapkeli.my

Penipuan Faizznur Bolot Harta Anak Yatim Didedahkan Netizens, Isteri Miliki Beg Mewah 16k, Dalam Bank Cuma Tinggal 60k Sahaja.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Faiznurr ialah adik kandung kepada mangsa kemalangan DUKE yang maut terkorban bersama isteri dan anak bongsunya pada Mei lepas. (rujuk sini).

Baca : Mufti Wilayah Nafi Sokong Faizznur.

Dalam sekelip mata, hidup Faizznur bertukar menjadi mewah dan kaya raya. Semua ini berlaku selepas Amira dan Aqilah menjadi anak yatim piatu.

Menurut sumber-sumber yang kami perolehi menerusi laman Facebook ;

- Kereta mangsa, rumah mangsa kini digunakan oleh Faizznur untuk kegunaan sendiri tanpa melibatkan anak-anak yatim tersebut.

- Buka akaun amanah untuk kutip derma bagi pihak Amira dan Aqilah tetapi mereka tak pernah diberikan wang derma tersebut.

- Dalam bank cuma tinggal 60k sahaja. Selebihnya telah dibelanjakan. Bukan cuma Faizznur bahkan abang-abang yang lain turut pecah amanah.

- Netizens kini sedang mengumpul semua pihak2 yang pernah menderma kepada Amira dan Aqilah untuk membuat laporan polis secara ber-ramai2. Semua ini demi menuntut pembelaan buat kedua-dua beradik malang itu.

Kronologi hidup mewah Faizznur.

1. Faizznur (FN) melibatkan diri dalam perniagaan pemasaran berbilang tingkat (MLM) Phytoscience, perniagaan jual produk merapu (stem cell), sudah bertunang, muka comel, badan kurus.

2. 2 Mei 2015, kemalangan DUKE (al-Fatihah buat arwah ibubapa dan adik Amira dan Aqila). Tunangnya, Nur Amira Syuhaida (ketika itu 22 tahun) mendakwa sanggup menjadi 'ibu segera' dan berhenti kerja bagi menjaga anak-anak itu. Namun kakak Faizznur, Yusnida mendakwa pasangan itu tidak pernah menjaga Amira dan Aqila.

3. 14 June 2015 FN melangsungkan perkahwinan. Gedegang, siap ada foto pra-perkahwinan dan khemah glow-in-the-dark.

4. Setelah dibuat laporan polis, kakak arwah telah diberi RM12,000, yakni pada 22 June 2015
5. Majlis resepsi FN di Batu Muda pada 10 Oktober 2015. Menurut Faizz Nur dalam satu perbualan Facebook dengan isterinya, mereka membuat persiapan perkahwinan itu hanya dalam masa tiga minggu!

6. FN memulakan perniagaan kafe (diberi nama Panca Sitara Cafe yang terletak di Batu Muda), sekitar hujung tahun 2015.

7. Isteri FN bunting pelamin, selamat melahirkan zuriat sulung pada 18 March 2016.
8. Melangsungkan majlis akikah (perhiasan agak mewah) pada 23 April 2016.

9. FN sudah mula tampak badan berisi dan kelihatan sedikit sado (beli keahlian gimnasium?)
10. Isteri FN memiliki beg tangan jenama Celine (macro) yang berharga RM11,000-RM 16,000.

11. Kakak arwah membuat sidang akhbar pada 18 Oktober 2016, menuntut hak (duit sumbangan orang ramai)
Sumber : Amazing Nara.
Gambar : Faizznur FB.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Oct 21, 2016 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Potongan subsidi: Harga makanan dijangka naik lagi - Fomca

bloglist-malaysia.blogspot

Posted by Mohd Sulaiman

Anne Muhammad :

Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menjangkakan harga makanan akan naik berikutan pemansuhan subsidi minyak masak yang dijangka bakal diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2017, esok.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden Fomca Mohd Yusof Abdul Rahman berharap pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memantau pengusaha makanan dari menaikkan harga sesuka hati.

"Kita menjangkakan kenaikan harga makanan akan berlaku, harap KPDNKK ambil tindakan, kalau peniaga ambil kesempatan naik harga harga sewenang-wenangnya, gunakan akta pencatutan," katanya kepada Malaysiakini.

Bagi, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, harga makanan di negara ini sudah sedia mahal walau sebelum subsidi ditarik balik.

"Harga minyak tidak naik pun, harga makanan akan naik juga itu terpaksalah nak buat macam mana," katanya.

Bagaimanapun, beliau menyambut baik tindakan kerajaan yang mahu menarik subsidi tersebut kerana katanya pihak yang tidak layak turut menerima mendapat manfaat subsidi itu.

Namun katanya, di sebalik penarikan itu kerajaan perlu mewujudkan langkah baru seperti pemberian kad pembelian subsidi minyak kepada mereka yang tidak berkemampuan.

"Kita (PPIM) antara yang menggesa kerajaan tarik subsidi kerana kita lihat subsidi ini banyak disalah guna jadi hari ini kita nak kerajaan buat langkah tertentu kepada mereka yang memerlukan.

"Kalau orang susah mohon beli minyak, tunjuk kad dia dapat subsidi, dia dapat beli murah maknanya subsidi ini akan sampai kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Putrajaya dilaporkan melaksanakan "pelan rasionalisasi subsidi" sejak Najib mengambil alih teraju pemerintahan negara pada awal tahun 2009.

Sebelum ini, Putrajaya telah mengurangkan subsidi untuk minyak, bayaran tol lebuh raya dan memansuhkan subsidi gula.

Berita muncul tahun lalu bahawa Putrajaya bercadang menghapuskan dana RM950 juta skim penstabilan harga minyak masak yang disalurkan menerusi Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Semalam akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily melaporkan, Persatuan Pengeluar Minyak Makan Malaya mengeluarkan kenyataan mengumumkan harga beberapa kategori minyak masak akan meningkat mulai bulan depan.

Kategori minyak masak yang terjejas itu termasuk 500g, 1kg, 2kg, 3kg dan 5kg produk minyak campuran serta 500g, 1kg, 2kg dan 3kg produk minyak sawit tulen.

Ia juga menyebut, minyak sawit tulen dalam botol 5kg akan terus di subsidi sehingga tahun depan.

Menurut laporan itu, sebungkus minyak masak yang seberat satu kilogram dijangka meningkat daripada RM2.50 kepada RM2.90 menjelang bulan depan, manakala botol minyak sawit tulen 5kg akan naik daripada RM13.35 kepada RM15.25 menjelang Januari 2017.

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Oct 21, 2016 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Isu Viral Jumpa Tikus Dalam Bekas Cili Kering: Pasaraya Lupus 63.8 KG Cili Kering
siakapkeli.my

Kuala Nerus, 20 Okt: Sebuah pasar raya di daerah ini telah melupuskan 63.8 kg cili kering bagi mengembalikan semula keyakinan pengguna berikutan penyebaran gambar tikus dalam longgokan cili kering di pasar raya yang viral di media sosial baru-baru ini.

Harian Metro melaporkan, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Azlan Abd Samat berkata lima petugas KPDNKK ke pasar raya itu untuk mengesahkan viral berkenaan.

"Pihak pengurusan pasar raya memaklumkan sudah melupuskan semua 63.8 kilogram stok cili kering yang masih berbaki.

"Pihak pengurusan juga memaklumkan mereka menukar kaedah penjualan cili kering dengan membungkusnya dalam bungkusan kecil, tidak lagi secara terbuka dalam kotak besar seperti sebelum ini," katanya.

Azlan juga berkata pihaknya tidak boleh mengambil tindakan seperti mengenakan kompaun atau denda kerana ia dibawah penguatkuasaan Jabatan Kesihatan.

"Oleh itu, KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan selepas ini untuk melakukan pemeriksaan lebih kerap membabitkan kebersihan bahagian makanan di pasar raya," katanya.

Sebelum ini, gambar tikus bersama lada kering itu menjadi viral setelah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Winnie Tan pada Isnin.

"Walao eh! Tikus dalam bekas cili kering. Agak-agak ada 10 ekor ke atas di dalam bekas. Nak makan mati orang ke ni? (Nak bagi orang mati ke ni?)," katanya pad satus di FB.

Sumber: Harian Metro

Longgokan Cili Kering di Pasar Raya Menjadi Sarang Tikus
bloglist-malaysia.blogspot.
depalma-sp.blogspot
Famili Ceria

Longgokan Cili Kering di Pasar Raya Menjadi Sarang Tikus - Assalamualaikum, Tikus bersarang dalam bekas cili kering di Pasaraya Giant Kuala Terengganu.. Kata Winnie Tan yg ambik gambar ni, ada 10 ekor tikus dalam tu..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: