Monday, February 20, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4686

10 Messages

Digest #4686
1a
Re: Fw: "Tangan Saya Gosok Perut Untuk Jinakkannya," by "muhamad zuki bin abdul kadir" myv183
2
4
Fw: Hadi 'Halau' Mahfuz Keluar Dari PAS by "~:eSpAcE9808:~" rienacom

Messages

Sun Feb 19, 2017 7:11 pm (PST) . Posted by:

"muhamad zuki bin abdul kadir" myv183

banyak lagi posisi yang boleh diambil.
banyak lagi bahagian perut yang boleh digosok.

kemaluan tapir perlu ke ditunjukkan?

nauzubillah. dunia akhir zaman

2017-02-16 23:26 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
>
>
> *"Tangan Saya Gosok Perut Untuk Jinakkannya," Dicerca Dan Dituduh Cuba
> Pegang Anu Tapir Oleh Netizen, Pencinta Haiwan Luah Rasa Kecewa*
> siakapkeli.my
>
>
> <https://3.bp.blogspot.com/-p13SoliX7nk/WKLB3Zx7IZI/AAAAAAAAnBM/H3BZZ2_HIwgAp9323jjzYae1VttiEfuyQCLcB/s1600/4.jpg>
>
> Lumrah zaman media sosial sekarang, pantang lihat apa yang orang lakukan
> sikit semua tak kena, semua akan dikutuk sesuka hati, contoh hari itu
> muatnaik gambar peluk emak sendiri pun ada orang hentam cakap tak elok
> dedah dikhalayak ramai.
>
> Itulah dunia kini, begitu juga kes terbaru terjadi kepada seorang pencinta
> haiwan apabila dia telah memuatnaik beberapa keping gambar dan video yang
> memaparkan aksinya bermanja dengan seekor tapir jantan.
>
> Aksinya tidur disebelah tapir sampil menggosok bahagian perut berhampiran
> alat kelamin haiwan berkenaan telah membuatkanya dicerca oleh segelintir
> netizen kononnya beliau cuba memegang kemaluan haiwan berkenaan sehingga
> menyuruh beliau membuang tudung.
>
>
> <https://3.bp.blogspot.com/-pzYUSnkp704/WKLADrrePJI/AAAAAAAAnBA/KwNNghlc1acoNa6J_bnwzbasK57VeTCQwCLcB/s1600/3.jpg>
>
> Ini hanyalah segelintir cercaan terhadapnya, keadaan ini menyebabkan
> beliau dan pencinta haiwan lain melahirkan rasa kecewa kerana mereka tidak
> faham setiap haiwan ada tempat yang berlu dibelai untuk membuatkan mereka
> tenang, juga seperti membelai seekor kucing.
>
> Berikut adalah penjelasan beliau.
>
>
> <https://1.bp.blogspot.com/-ab1EGb5BwEU/WKLNZ02nhNI/AAAAAAAAnCM/DmtUGaRyyrcKYEaPQ0zqHLd227i2lrkAwCLcB/s1600/1.jpg>
>
>
> <https://4.bp.blogspot.com/-Ao0BJQYUH6g/WKLNZ_QOnfI/AAAAAAAAnCQ/8vLe7klO8l8oU3HUjj9sMK_r-uL-YK22ACLcB/s1600/2.jpg>
>
>
> <https://4.bp.blogspot.com/-LRLAeA2cpOE/WKLNm_KQwbI/AAAAAAAAnCU/avtkrx48Bq063fKD6yxYc1Q-C5zFx-EqACLcB/s1600/dd.jpg>
>
> Aksi yang dilakukannya adalah aksi biasa yang dilakukan oleh pencinta
> haiwan yang lain termasuk yang selalu kita lihat di kaca televisyen.
>
> Ada yang bertanya kenapa dia memuatnaik gambar berkenaan, dia adalah
> pencinta haiwan, dia mempunyai ramai rakan Facebook yang juga dari kalangan
> peminat haiwan, jadi mungkin cuba berkongsikan bersama rakan-rakannya yang
> lain.
>
> Apa yang boleh cakap, semakin hari pemikiran segelintir orang kita makin
> parah, apa yang dilakukan bagi mereka semua akan dinilai dengan negatif. - *Siakapkeli.my
> <http://siakapkeli.my/>*
>
>
>
> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>
> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>
>
>

Mon Feb 20, 2017 3:01 am (PST) . Posted by:

"Norain"

Angle tak bagus...
On Feb 20, 2017 11:11 AM, "muhamad zuki bin abdul kadir melayu83@gmail.com
[automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

>
>
> banyak lagi posisi yang boleh diambil.
> banyak lagi bahagian perut yang boleh digosok.
>
> kemaluan tapir perlu ke ditunjukkan?
>
> nauzubillah. dunia akhir zaman
>
> 2017-02-16 23:26 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
> [automobil] <automobil@yahoogroups.com>:
>
>>
>>
>> 
>>
>>
>> *"Tangan Saya Gosok Perut Untuk Jinakkannya," Dicerca Dan Dituduh Cuba
>> Pegang Anu Tapir Oleh Netizen, Pencinta Haiwan Luah Rasa Kecewa*
>> siakapkeli.my
>>
>>
>> <https://3.bp.blogspot.com/-p13SoliX7nk/WKLB3Zx7IZI/AAAAAAAAnBM/H3BZZ2_HIwgAp9323jjzYae1VttiEfuyQCLcB/s1600/4.jpg>
>>
>> Lumrah zaman media sosial sekarang, pantang lihat apa yang orang lakukan
>> sikit semua tak kena, semua akan dikutuk sesuka hati, contoh hari itu
>> muatnaik gambar peluk emak sendiri pun ada orang hentam cakap tak elok
>> dedah dikhalayak ramai.
>>
>> Itulah dunia kini, begitu juga kes terbaru terjadi kepada seorang
>> pencinta haiwan apabila dia telah memuatnaik beberapa keping gambar dan
>> video yang memaparkan aksinya bermanja dengan seekor tapir jantan.
>>
>> Aksinya tidur disebelah tapir sampil menggosok bahagian perut berhampiran
>> alat kelamin haiwan berkenaan telah membuatkanya dicerca oleh segelintir
>> netizen kononnya beliau cuba memegang kemaluan haiwan berkenaan sehingga
>> menyuruh beliau membuang tudung.
>>
>>
>> <https://3.bp.blogspot.com/-pzYUSnkp704/WKLADrrePJI/AAAAAAAAnBA/KwNNghlc1acoNa6J_bnwzbasK57VeTCQwCLcB/s1600/3.jpg>
>>
>> Ini hanyalah segelintir cercaan terhadapnya, keadaan ini menyebabkan
>> beliau dan pencinta haiwan lain melahirkan rasa kecewa kerana mereka tidak
>> faham setiap haiwan ada tempat yang berlu dibelai untuk membuatkan mereka
>> tenang, juga seperti membelai seekor kucing.
>>
>> Berikut adalah penjelasan beliau.
>>
>>
>> <https://1.bp.blogspot.com/-ab1EGb5BwEU/WKLNZ02nhNI/AAAAAAAAnCM/DmtUGaRyyrcKYEaPQ0zqHLd227i2lrkAwCLcB/s1600/1.jpg>
>>
>>
>> <https://4.bp.blogspot.com/-Ao0BJQYUH6g/WKLNZ_QOnfI/AAAAAAAAnCQ/8vLe7klO8l8oU3HUjj9sMK_r-uL-YK22ACLcB/s1600/2.jpg>
>>
>>
>> <https://4.bp.blogspot.com/-LRLAeA2cpOE/WKLNm_KQwbI/AAAAAAAAnCU/avtkrx48Bq063fKD6yxYc1Q-C5zFx-EqACLcB/s1600/dd.jpg>
>>
>> Aksi yang dilakukannya adalah aksi biasa yang dilakukan oleh pencinta
>> haiwan yang lain termasuk yang selalu kita lihat di kaca televisyen.
>>
>> Ada yang bertanya kenapa dia memuatnaik gambar berkenaan, dia adalah
>> pencinta haiwan, dia mempunyai ramai rakan Facebook yang juga dari kalangan
>> peminat haiwan, jadi mungkin cuba berkongsikan bersama rakan-rakannya yang
>> lain.
>>
>> Apa yang boleh cakap, semakin hari pemikiran segelintir orang kita makin
>> parah, apa yang dilakukan bagi mereka semua akan dinilai dengan negatif. - *Siakapkeli.my
>> <http://siakapkeli.my/>*
>>
>>
>>
>> "Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
>> (Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
>> Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.
>>
>> Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
>>
>>
>
>
>
>

Mon Feb 20, 2017 7:42 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Pak Cik Anggota Amal Yang Hebat!
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Sepanjang H355 tiada gambar untuk saya sharing di sini (apatah lagi gambar sendiri), melainkan gambar seorang otai dari Perak. Beliau dipanggil Pak Rahim, bekas komando, walaupun usianya sudah lanjut, namun daya juangnya jauh lebih tinggi dari saya.

Nama beliau tidaklah disebut sebut di dada akhbar, apatah lagi gambar beliau yang tidak dikenali melainkan mereka yang terlibat dengan AMAL. Setiap program PAS Perak, sudah pastinya beliau antara yang hadir awal, dan beliau jugalah antara yang lewat pulang.

Benarlah, AMAL bukan dikenali dengan figure figure tertentu sebagai superhero, akan tetapi mereka dikenali sebagai sebuah Avangers yang bergerak dalam sebuah pasukan. Mungkin saya boleh mengajar Kitab kitab Arab, akan tetapi dalam bab Ikhlas saya perlu menuntut dengan mereka.

- Muhammad Mujahid bin Ir Hj Mohammad Fadzil

Berhimpun beri isyarat kepada 222 ahli parlimen

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

HIMPUNAN 355 di Padang Merbok kelmarin bertujuan memberi isyarat kepada 222 ahli parlimen untuk bersetuju meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355.

Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, semua ahli parlimen perlu 'merestui' pelaksanaan akta itu kerana rakyat kini semakin menerimanya.

"Undang-undang jenayah syariah hanya terpakai kepada orang Islam," katanya.

Menurutnya, bidang kuasa jenayah mahkamah syariah tidak langsung memberi kesan kepada bukan Islam.

"Kenapa orang yang tidak pernah menjejakkan kaki di mahkamah syariah membantahnya? Mereka hanya mencari alasan membantah undang-undang ini," bidasnya.

Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta. "Lautan ungu" mula membanjiri Padang Merbok seawal 2 petang tadi dengan sebahagian besar kawasan padang itu dipenuhi peserta himpunan RUU 355 yang berpakaian ungu.

Bagaimanapun, himpunan anjuran PAS dan beberapa kumpulan Islam itu menyaksikan ada di kalangan ibu bapa yang membawa anak kecil mereka berarak ke Padang Merbok.

Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta. Turut mencuri tumpuan ialah warga emas berkerusi roda yang ditemani ahli keluarga menyertai perhimpunan itu.

Kebanyakan peserta mula berkumpul di Masjid Jamek, Masjid Negara, Parlimen dan pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum menuju ke Padang Merbok sambil dikawal Unit Amal PAS.

Tiada perarakan berlangsung, sebaliknya peserta kelihatan berjalan dengan santai secara bersendirian atau dalam kumpulan kecil.

Namun, ada yang berjalan sambil melaungkan takbir dan berzikir.

"Setiap peserta bergerak secara sendiri atau berkumpulan. Kami tidak akan berarak," kata seorang anggota Unit Amal PAS yang berkawal di depan Masjid Jamek.

Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta

Urus setia Unit Amal Pemuda PAS menganggarkan lebih 30,000 orang menyertai himpunan itu, setakat 5 petang ini. Tinjauan FMT mendapati jalan utama menuju ke Padang Merbok mula sesak dan dikawal ketat polis.

Berdasarkan maklumat diterima FMT, lebih 1,000 bas dikerah untuk membawa peserta menyertai perhimpunan hari ini.

Peserta yang ditemui berkata, perhimpunan hari ini adalah perjuangan demi agama dan mereka mahu melihat undang-undang Islam dan Mahkamah Syariah diperkasakan di negara ini.

"Kami datang sebab nak tunjuk sokongan kami kepada pelaksaraan undang-undang Islam, malah kami sedikit pun tidak menyesal datang ke sini hari ini, biar penat dan lelah, habis wang asalkan RUU 355 berjaya," kata Mohd Fakrul Razi dari Kedah.

"Kami datang hari ini tidak seperti perhimpunan yang lain, baik merah atau kuning kerana perjuangan kami lebih besar daripada perjuangan meraka, sebab ini perjuangan agama," katanya seorang lagi peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Abdul Fattah.

Bagi peserta bukan Islam pula, sokongan terhadap RUU 355 bertujuan memastikan kebaikan untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

"Walaupun undang-undang ini khas untuk orang Islam, tetapi kami sokong sebab bila undang-undang ini dilaksanakan, keamanan negara terjamin.

"Kalau kami bukan Islam pun sokong undang-undang ini, kenapa tidak bagi orang Muslim? Bagi kami, himpunan hari ini bukannya himpunan agama hanya untuk orang Islam, tetapi himpunan untuk masa depan dan keamanan negara," kata seorang peserta yang hanya mahu dikenali sebagai Subramaniam.

PAS sebelum ini menyasarkan kira-kira 300,000 orang akan menyertai himpunan hari ini bagi menunjukkan sokongan dan memperjelaskan kewajaran usul RUU persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 dibawakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperkasakan Mahkamah Syariah untuk menghukum pesalah Islam.

Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta

Satu lagi himpunan balas "Rakyat Malaysia tolak RUU Hadi" anjuran NGO dikenali sebagai Bebas turut diadakan di Taman Jaya, Petaling Jaya, ketika ini bagi menghimpun umat Islam dan bukan Islam untuk membantah RUU 355.

RUU 355 pertama kali dibentangkan di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 oleh Hadi. Pada 24 November lalu, Hadi meminta Dewan Rakyat menangguhkan perbahasan RUU 355 ke sidang berikut pada Mac ini bagi membolehkan pindaan dilakukan terhadapnya RUU itu.

Himpunan RUU 355 Capai 200,000 Peserta. Antara pindaan dicadangkan ialah hukuman "penjara tidak melebihi 30 tahun atau denda tidak lebih RM100,000 atau 100 sebatan" berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 kali sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini. - fmt

Aturcara H355.
6.00pm: Lebih 50,000 orang kini berada di perhimpunan bagi menyokong pindaan Akta 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

Padang Merbok kini dibanjiri lautan peserta berbaju ungu dan ribuan duduk di kiri dan kanan Jalan Parlimen serta di padang seberang jalan.

Ribuan lagi bergerak sepanjang Jalan Parlimen mencari tempat untuk duduk. Di pentas utama, pendakwah popular Azhar Idrus mengadakan sesi soal jawab bersama peserta

Kepada yang hadir, ini tentatif program.

bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot.
Posted by mantaro

ATURCARA H355

Tarikh : 18 Feb 2017 Hari : Sabtu Masa : 2.00 petang - 11.00 malam
Tempat : Padang Merbok Kuala Lumpur
02.05 ptg : Nasyid Islami
02.15 ptg : MC (Wahid Senario & Us Hafez)
02.20 ptg : Nasyid Nowseeheart
02.30 ptg : Pidato 1 : GAMIS
02.37 ptg : Pidato 2 : Bro Sivan
02.43 ptg : Lagu Ketuhanan Man John
02.54 ptg : Pidato 3 : Mr Bala Subramaniam A/L Nachiapan
03.00 ptg : Pidato 4 : Badan Amal Tarbiyah Sejagat - BATAS
03.06 ptg : Nasyid Shoutul Amal
03.17 ptg : Pidato 5 : AMEERAH
03.23 ptg : Pidato 6 : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
03.29 ptg : Nasyid Nowseeheart
03.40 ptg : Pidato 7 : AlifBa Ta SriKandi Masyhur - SriKandi
03.46 ptg : Pidato 8 : YB. Ahli Parlimen Mewakili MP Muslim
03.52 ptg : Lagu Ketuhanan Man John
04.03 ptg : Pidato 9 : Ybhg Ustazah Nuridah binti Salleh
04.09 ptg : Pidato 10 : Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda
04.15 ptg : Pidato 11 : Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia
04.26 ptg : Pidato 12 : Ketua Biro Pemuda Ittihad Ummah.
04.32 ptg : Pidato 13 : Ybhg Ust Ahmad Dusuki Abd Rani
04.38 ptg : Azan dan Solat Asar berjamaah
05.00 ptg : Soal Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus
06.32 ptg : Selawat dan Qasidah
07.30 mlm : Azan dan Solat Maghrib
07.45 mlm : Solat dan Munajat
08.00 mlm : Tazkirah 1 : Dato Dr Mahmuf Mohamad: (Ketua Kluster Dakwah Majlis Perunding Islam)
08.16 mlm : Tazkirah 2 : YB Dato Seri Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)
08.40 mlm : Azan dan Solat Isyak
08.50 mlm : Aluan MC PU Akram Ikrami
09.00 mlm : Lagu Negaraku
09.03 mlm : Ucapan Aluan oleh : Ybhg Dato Tuan Ibrahim bin Tuan Man. Pengerusi Sekretariat Himpunan 355
09.16 mlm : Pidato 13 : Dato' Zainul Rijal Abu Bakar (Presiden Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia)
09.24 mlm : Pidato 14 : Ybhg Tuan Hj Aminudin bin Yahya (Pengerusi Sekretariat Ummat)
09.32 mlm : Pidato 15 : Ybhg Dato' Prof Hj Mahamad Naser Disa (Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam M'sia)
09.40 mlm : Lagu Rasmi H355 oleh : Shoutul Amal
09.46 mlm : Ikrar H355 oleh : Nasrudin bin Hassan (Pengarah H355)
09.54 mlm : Pidato 16 : Ybhg Tuan Hj Azmi bin Abdul Hamid (Pengerusi Kongres Rakyat)
10.02 mlm : Pidato 17 : Dato Dr Hassan Ali
10.10 mlm : Pidato 18 : Dr Yusri Mohamad (Majlis Amal Islami Malaysia - MAIM)
10.18 mlm : Pidato 19 : Dato Jailani Ngah (Pengerusi Sekretariat Ulamak & Umarak -UMUM)
10.26 mlm : Pidato 20 : Sohibus Samahah Dato' Dr Zulkifli Albakiri (Mufti Wilayah Persekutuan)
10.34 mlm : Pidato 21 : YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia / Ahli Parlimen Marang)
11.00 mlm : Majlis ditamatkan
11.05 mlm : Bersurai.

P/S: aku cari soaljawab RUU355. Tak jumpa. Korang jumpa?

Antara Kejutan Dari Himpunan 355 esok..!!
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Kejutan Dari Himpunan RUU355. Selain ceramah daripada agamawan dan pemimpin PAS, program hiburan turut bakal mewarnai Himpunan RUU355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur, esok.

Kali ini, PAS sekali lagi meneruskan kebiasaannya dengan menampilkan selebriti tanah air yang pernah popular satu masa dulu.

Menurut atur cara yang disiarkan di beberapa laman Facebook parti itu, program yang dijadualkan pada 2 petang hingga 11 malam ini akan diacarakan pelawak Wahid Senario, serta persembahan kumpulan nasyid Nowseeheart dan Shoutul Amal.

Kejutan Dari Himpunan RUU355. Persembahan mereka pada sebelah petang, diselang-selikan dengan ucapan daripada badan dan NGO seperti Gabungan Mahasiswa Islam se-Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda serta beberapa penceramah bukan Islam.

Tidak ketinggalan pastinya sesi bersama penceramah terkenal dari Terengganu, Azhar Idrus yang menutup acara sesi petang.

Sesi malam lebih menumpukan kepada ucapan pemimpin PAS dan tokoh lain antaranya Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad dan penutupnya oleh presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang merangkap pembawa usul RUU yang menjadi perdebatan hangat itu.

Kejutan Dari Himpunan RUU355

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang disahkan kehadirannya oleh PAS beberapa hari lalu akan memberikan tazkirah sebelum solat Isyak.

Terdahulu, PAS dilaporkan menyasarkan 200,000 orang dijangka menghadiri himpunan bertema "Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera" itu.

Kejutan Dari Himpunan RUU355. Himpunan itu bertujuan memberi penerangan serta menunjukkan sokongan orang ramai terhadap usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965. - fmt

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 20, 2017 7:42 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



KWSP Isytihar Dividen 5.75 Peratus Bagi 2016
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Posted by faizal saad

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengisytiharkan kadar dividen 5.70 peratus bagi 2016, dengan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak RM37.08 bilion, satu pencapaian yang baik walaupun berdepan dengan keadaan pasaran yang sukar.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata KWSP gembira kerana berjaya mengatasi dua sasaran pelaburan KWSP secara konsisten iaitu untuk mengisytiharkan kadar dividen nominal sekurang-kurangnya 2.5 peratus setiap tahun dan kadar dividen sebenar melebihi inflasi sekurang-kurangnya 2.0 peratus bagi purata bergerak tiga tahun.

"Sebagai sebuah dana simpanan persaraan, KWSP sentiasa memberi penekanan terhadap pulangan yang mampan untuk jangka panjang berbanding pulangan jangka pendek.

"Ini merupakan satu pencapaian yang baik walaupun berhadapan dengan keadaan pasaran yang sukar. Bagi 2016, dividen sebenar untuk purata tiga tahun bergerak adalah 3.83 peratus, 183 mata asas melebihi sasaran," katanya dalam satu kenyataan, di sini, Sabtu.

Semasa tahun tersebut, Samsudin berkata, KWSP berhadapan dengan persekitaran pelaburan yang mencabar berikutan berlakunya peristiwa yang membimbangkan seperti Brexit dan pilihan raya Presiden di Amerika Syarikat.

Sepanjang 2016, KWSP beroperasi dalam suasana pertumbuhan global yang kurang memberangsangkan selain berhadapan dengan perubahan polisi kewangan oleh ekonomi utama dunia, kejatuhan harga minyak, nilai matawang domestik yang lemah serta aliran keluar modal yang tinggi dari pasaran negara membangun kepada pasaran negara maju dan kepada matawang yang lebih selamat, katanya seperti dilaporkan Bernama.

"Majoriti pasaran dunia mengalami penyusutan pada awal 2016 sekali gus menjejaskan prestasi KWSP. Bagaimanapun, kami telah menggiatkan aktiviti pengambilan untung bermula suku tahun kedua (S2 2016) agar dapat mencapai sasaran strategik kami," katanya.

Bagi 2016, amaun pendapatan yang diagihkan sebagai dividen adalah lebih tinggi daripada amaun yang diagihkan pada 2014 walaupun kadar dividen pada 2014 lebih tinggi pada 6.75 peratus.

Beliau berkata ini berikutan jumlah pengagihan untuk setiap satu peratus kadar dividen pada 2016 adalah RM6.51 bilion berbanding RM5.43 bilion pada 2014.

Jumlah yang diperlukan untuk pengagihan setiap satu peratus kadar dividen terus meningkat sebanyak 9.5 peratus setahun sejak 2001 selaras dengan pertumbuhan baki simpanan ahli untuk tempoh yang sama.

"Sejak krisis kewangan global pada 2008, KWSP telah mengagihkan RM236.07 bilion dividen kepada ahlinya," katanya.

Pembayaran dividen diperoleh daripada jumlah pendapatan nyata selepas ditolak rosot nilai bersih ke atas aset kewangan, kerugian tidak nyata yang disebabkan oleh kadar pertukaran mata wang asing dan harga instrumen derivatif, perbelanjaan pelaburan dan operasi, caj berkanun serta dividen atas pengeluaran.

Mengulas tentang keadaan ekonomi pada 2017, Samsudin berkata, ketidaktentuan pasaran akan terus menjadi kebimbangan kerana implikasi sebenar daripada Brexit dan hala tuju polisi yang jelas di bawah pentadbiran Trump masih belum terungkai.

"Strategi pempelbagaian kami terbukti berkesan terutamanya di waktu sukar, dan kami akan terus meningkatkan pendedahan kepada pelaburan alternatif terutamanya dalam hartanah dan infrastruktur selari dengan objektif kami sebagai pelabur jangka panjang untuk memberikan pulangan yang konsisten kepada ahli.

"Kelas aset ini juga bertindak sebagai instrumen lindung nilai semulajadi terhadap inflasi," katanya.

Bermula 2017, prestasi KWSP akan dilaporkan mengikut Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi pengumuman prestasi suku tahun dan tahunan.

Sehingga 23 Disember 2016, sebanyak 635,037 ahli telah bertukar ke Simpanan Syariah, dengan penggunaan peruntukan sebanyak RM59.03 bilion daripada peruntukan RM100 bilion yang ditawarkan.

Ahli-ahli boleh menyemak pengkreditan dividen 2016 melalui penyata KWSP mereka bermula Ahad, 19 Februari 2017, melalui i-Akaun di laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

Selain itu, ahli juga boleh mendapatkan penyata KWSP melalui Kios KWSP atau hadir ke mana-mana cawangan KWSP di seluruh negara.

-mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2017/02/kwsp-isytihar-dividen-575-peratus-bagi.html#ixzz4ZE95gE6V
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 20, 2017 7:43 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Betulkah Mahfuz Omar sayangkan PAS

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net
"

Sesungguhnya amat comel Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang meminta Datuk Mahfuz Omar Ahli Parlimen Pokok Sena tinggalkan parti itu.
Meminta Mahfuz Omar tinggalkan pas suatu yang amat comel dan sangat beradab dari mulut seorang Presiden atas nama mengenang jasa baik yang ditaburkan selama ini.

Adalah amat wajar Mahfuz tinggalkan pas kerana tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus menyerang Pas.

Apa guna duduk dalam pas jika tidak puas hati dengan keputusan dibuat parti sepertimana yang dilaporkan Presiden itu.
Tidak dinafikan mengkritik itu baik, akan tetapi amat tidak molek dan salah apabila mengadakan serangan yang bukan bukan pada pas.terutama sekali menyerang batang tubuh Presiden dan membuka aib

Yang tak bagusnya Mahfuz Omar mengaku dan akui yang beliau seorang yang berjiwa besar sepertimana dakwaannya "Saya berjiwa besar".

Apabila Mahfuz berkata yang dia berjiwa besar, teringat penulis dengan Firman Allah ayat 11 Surah Al Baqarah yang bermaksud: "Dan apabila dikatakan kepada mereka janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan dimuka bumi mereka menjawab sesungguhnya kami orang orang yang membuat kebaikan" (surah Al Baqarah ayat 11)

Disusuli firman Allah surah Al Baqarah ayat 12 yang bermaksud: "Ketahuilah, bahawa sesungguhnya mereka itulah orang orang yang sebenar sebanrnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya" (surah Al Baqarah ayat 12).

Dek tidak menyedari hakikat sebenar beliau sinis dan berkata, Apa yang ulama besar nak kata kepada saya, saya tidak akan terasa. Apa yang saya buat (mengkritik dan menegur parti) kerana saya sayangkan parti.

Jika benar benar sayangkan parti mengapa sinis dengan Presiden dan se erti sepertimana firman Allah yang bermaksud: " Dan apabila mereka bertemu dengan orang orang yang beriman, mereka berkata, kami telah beriman, dan menakala mereka kembali kepada syaitan syaitan mereka mereka berkata pula sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok olok (akan orang orang yang beriman) (surah Al Baqarah ayat 14)

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar

Hadi 'Halau' Mahfuz Keluar Dari PAS
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar meninggalkan parti itu jika tidak berpuas hati dengan keputusan dibuat dalam parti daripada terus mengkritik dan menyerang Pas.

"Kalau orang Pas dia kena ikut cara Pas. Kalau dia tidak mahu ikut cara Pas dia kena keluar. Itu lebih baik.

"Saya sokong macam kenyataan (Naib Presiden Pas) Datuk Nik Amar (Nik Abdullah)," katanya ketika ditemui di Rusila di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, bukan hanya Mahfuz tetapi pemimpin dalam parti perlu meninggalkan Pas sekiranya mereka tidak lagi menyokong dasar yang telah ditetapkan dalam parti itu.

Dalam pada itu, beliau juga Ahli Parlimen Marang itu turut mengesahkan menerima aduan dari akar umbi malah Ahli Parlimen Pokok Sena itu bakal berdepan dengan tindakan disiplin ekoran kelantangannya dalam mengkritik parti itu.

"Kita menerima laporan daripada kawasan-kawasan masing-masing bukan (laporan) secara peribadi. Laporan kawasan sendiri... Pokok Sena, termasuk kawasan-kawasan lain juga pun hantar dan mereka tidak menyokong pimpinan yang begitu.

"Ahli-ahli Pas yang bekerja tidak mahu pemimpin mereka begitu…kalau dia ada maruah, ada (harga) diri dia perlu letak jawatan daripada parti termasuk juga wakil rakyat kerana rakyat pilih dia di atas nama Pas bukan atas nama batang tubuh dia.

"Biar dia letak (jawatan)…Kalau dia ada maruahlah," katanya.

Bagaimanapun, pihaknya tidak akan mengambil tindakan hanya berdasarkan laporan media.

"Kita cermat dan teliti dan tidak mengambil tindakan berdasarkan laporan media sahaja, mesti laporan dari kawasan daripada cawangan. Saya dimaklumkan laporan sudah dihantar kepada jawatankuasa disiplin, terpulang kepada jawatankuasa disiplin.

"Itu (nasib Mahfuz) terpulang kepada jawatankuasa disiplin, disiplin ini.. sama ada diberi amaran, diberi nasihat, di gantung ahli atau dipecat…Itu (keputusan) jawatankuasa disiplin," katanya.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, February 15, 2017 10:43 PM
Subject: Fw: Aku Kata Mahfuz Patut Keluar Dari PAS

Mahfuz kata PAS Patut Keluar Dari Kerajaan Selangor, Aku Kata Mahfuz Patut Keluar Dari PAS

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Ada seorang kawan menghantar masej agar saya mengulas artikel Malaysiakini berkenaan kenyataan Mahfuz pada artikel "Mahfuz: PAS perlu tarik diri dari k'jaan S'gor".

Mahfuz kata PAS perlu tarik diri daripada kerajaan Selangor dan tak perlu menunggu muktamar PAS April ini.

"Oleh itu secara prinsipnya hubungan kerjasama PAS dan PKR yang sedia terjalin sudah terbatal dengan keputusan dasar yang diumumkan oleh Presiden PAS," kata Mahfuz.

Bila pula Presiden PAS ada kuasa untuk batalkan Tahaluf?

Dulu semasa berkempen di pada pemilihan muktamar sebelum kalah, Mahfuz juga yang berkacap bahawa Tahaluf dengan DAP dan PKR hanya boleh diputuskan oleh Muktamar. Dia pula semasa itu pengerusi jawatankuasa penapis usul.

Kalau ikut logik Mahfuz, dah tak setuju dengan PKR keluar aje dari Selangor. Maka tak setuju dengan PAS keluar sahaja daripada PAS. Itu logik mudah. Tapi Mahfuz mungkin dia sendiri tak faham pasal dia bukan cerdik sangat. Maaf aku bukan nak perlekehkan kelulusan akademiknya. Ada pemimpin PAS lain sama macam dia setakat SPM tapi tak bodoh macam Mahfuz ini.

Kalau kita berbeza pandangan dan tak setuju dengan PAS keluar sahaja masuk parti lain. Lihat Saifudin Nasution daripada ahli PAS sepanjang hayat keluar PAS senyap-senyap bersama PKR. Selagi dia tak serang PAS, ada PAS serang dia. Melainkan dia kini jadi bodoh juga macam Mahfuz membuat fitnah kononnya PAS nak lantik Kuli jadi PM sedangkan DAP yang minta PAS berhubung dengan Kuli. Kena sebiji dengan Cikgu Pa, Rafizi dan Saifuddin terduduk. Akhirnya orang tahu cerita sebenar disebalik pertemuan 10 mata antara 5 pemimpin PAS dan 5 pemimpin PKR.

Ok rasa saya pun malas nak layan Mahfuz, biar dia 'sasau' sendiri. Dulu ada juga BERSATU nak lantik dia jadi AJK, tapi dengar cerita ada orang kuat BERSATU tak setuju, takut hubungan dengan PAS jadi panas.

Haji Hassan Omar
http://hajihassanomar.blogspot.com

Bukan Islam anjur forum hudud bersama PAS di P Pinang

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


GEORGE TOWN: Seorang individu akan menganjurkan forum terbuka berkenaan undang-undang hudud minggu depan bagi memupuk kefahaman dalam kalangan orang bukan Islam mengenai usaha PAS mengukuhkan undang-undang syariah.

Dr Ronnie Ooi, seorang doktor bersara yang pernah berkhidmat di United Kingdom, akan menganjurkan forum "PAS menjelaskan hudud dan usul Hadi Awang serta maklum balas".

Forum terbuka itu akan diadakan pada 25 Februari dalam bahasa Inggeris di YMCA Jalan Macalister di sini.

Ahli panel termasuk exco Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan dan ahli jawatankuasa Lajnah Dakwah PAS Pusat Ahmad Jailani Abdul Ghani.

Jailani juga salah seorang ahli jawatankuasa teknikal persekutuan untuk Kanun Jenayah Syariah, dipertanggungjawabkan untuk menyelia pindaan kanun keseksaan Islam bersama Jabatan Peguam Negara dan ahli Parlimen lain.

"Sebagai seorang bukan Islam, kami melihat pelaksanaan hudud dengan rasa takut dan marah, tetapi marah tidak memberi penyelesaian.

"Kita perlu suarakan bantahan kepada PAS melalui dialog secara bersemuka. Membantah hudud tidak bermakna kita tidak boleh bekerjasama dengan PAS dalam isu seperti melawan rasuah dalam kerajaan.

"Kita tidak boleh benarkan isu hudud memisahkan negara ini kepada kumpulan Islam dan bukan Islam yang tidak saling berhubungan," kata Ooi pada sidang media di YMCA hari ini.

Turut hadir Jailani, Ketua Lajnah Dakwah PAS Pulau Pinang Amir Hamzah Abd Hashim dan timbalan, Abdul Rahim Kassim; dan peguam syariah dan sivil Khairul Kamal Razali.

Sementara itu, Jailani berkata peserta boleh menanyakan soalan secara langsung kepada mereka yang menyediakan pindaan itu, termasuk dirinya.

Beliau berkata banyak salah faham, seperti pandangan mengatakan kanun keseksaan Islam melanggar Perlembagaan, juga akan dijawab di forum itu nanti.

"Kita tidak pernah ada peluang untuk menjelaskan kepada orang bukan Islam mengenai rang undang-undang yang kami bentang di Parlimen.

"Rang undang-undang itu tidak membenarkan potong tangan atau rejam sampai mati. Rang undang-undang itu membenarkan mahkamah syariah mengenakan denda, penjara dan rotan.

"Undang-undang itu hanya boleh digunakan ke atas orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau," kata Jailani.

PAS berusaha meningkatkan hukuman yang diperuntukkan di bawah Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) sedia ada, melalui rang undang-undang persendirian di Parlimen.

Rang undang-undang itu akan dibentangkan sekali lagi apabila Dewan Rakyat bersidang bulan depan.

Mereka yang berminat menyertai forum Dr Ooi boleh RSVP di 017-519-0807/013-432-6592 (calls, SMS atau WhatsApp).

PRU14: Kedudukan PKR Lebih Terancam

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

SHAH ALAM: Penganalisis politik berpendapat dalam situasi terkini politik Selangor, kedudukan PKR dilihat lebih terancam berbanding Pas.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib, berkata, jika pengundi Pas menarik sokongan ke atas Pakatan dan tidak mahu mengundi PKR, maka parti itu akan hilang banyak kerusi.

Kini di Selangor katanya, parti yang benar-benar kukuh dan boleh meraih kerusi di Dun adalah DAP, Pas dan Umno.

"PKR dan Amanah akan berhadapan krisis hanyutan sokongan rakyat terutama dari kalangan orang Melayu kerana sikap mereka yang melebihkan DAP serta meminggirkan Pas.

"Saya ramalkan selepas PRU14 akan berlaku senario kedudukan kerusi Dun yang rumit untuk menubuhkan kerajaan negeri dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali serta PKR akan tinggal kenangan sahaja," katanya.

Md Shukri berkata, jika DAP mahupun Amanah yang dilihat seolah penyokong kuat DAP gagal berkompromi dengan Pas Selangor, maka PKR akan jadi mangsa hilang kerusi di Dun termasuk hilang kerusi menteri besar (MB).

"Eloklah jika kerusi MB Selangor diberikan peluang kepada Pas jika Umno dapat bekerjasama dengan parti itu.

"Cabaran Pas Selangor kepada Amanah untuk memberanikan diri bertanding di kerusi Pas adalah cabaran agar parti itu lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada ihsan serta sokongan DAP sahaja," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, penegasan Khairuddin sekiranya Amanah ingin meneruskan niat untuk berdepan pertandingan tiga penjuru hanya akan memberi kemenangan mudah kepada BN mempunyai asasnya.

Menurutnya, jika berlaku pertandingan tiga penjuru sekalipun, ia hanya akan mengukuhkan dominasi DAP di Selangor mewakili Pakatan dan Pas pula akan kekalkan beberapa kerusi, manakala BN menerusi Umno akan menang beberapa kerusi tambahan.

Katanya, jika Pas dan Umno bekerjasama membentuk kerajaan baru Selangor pun tiada masalah.

"Soal satu lawan satu pula hanya sebuah teori dan impian politik sahaja, ia bukan satu ketetapan.

"Parti-parti yang wujud ada agenda dan perjuangan tersendiri. Perbezaan itu jika ketara maka tidak akan wujud satu kesepakatan dan perbezaan inilah yang menjadi punca pertentangan antara Pas dan Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR serta Amanah," katanya.

- Sinar Harian

PKR akan jauhi PAS dan Bersedia Pertandingan 3 Penjuru

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

PETALING JAYA: PKR yang selama ini masih menaruh harapan terhadap PAS yang bermusuhan dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) kini dilihat semakin menjarakkan diri daripada parti Islam itu.

Beberapa pemimpin kanan PKR memberi bayangan yang parti itu lebih mengutamakan kerjasama dengan DAP dan Amanah, di samping Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang menjalinkan persefahaman dengan ketiga-tiga parti itu menerusi PH.

"Dari segi perjanjian PKR, kita konsisten untuk bekerjasama dengan Amanah, DAP dan PPBM. Jadi, sama ada PAS ingin bekerjasama atau kaji semula itu terserah kepada mereka (PAS)," kata Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh kepada FMT.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad berkata PAS akan menilai semula hubungan dengan PKR pada muktamarnya April ini.

Presiden PAS itu sekali lagi menegaskan tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah yang disifatkannya menentang Islam kerana tidak menyokong rang undang-undang (RUU) meningkatkan kuasa mahkamah syariah menjatuhkan hukuman lebih berat.

Gesaan Hadi itu ketika PAS dan PPBM berbincang di luar kerangka PH, sesuatu yang masih belum menghasilkan sebarang kerjasama yang jelas.

Ia juga dilihat berlawanan dengan mesyuarat PAS-PPBM pada 1 Februari, diwakili Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatnya Datuk Seri Mukhriz Mahathir. Kedua-dua mereka mengumumkan jawatankuasa teknikal bersama bagi mengkaji kerjasama secara rasmi.

Pemimpin tertinggi kedua-dua parti itu bagaimanapun tidak sehaluan, dengan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad beberapa kali mengulangi kritikan terhadap PAS kerana semakin mesra dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Sejak muktamar 2015 yang menyaksikan kemaraan Hadi dan penyokongnya daripada sayap Dewan Ulama parti itu, PAS semakin berubah dasarnya terhadap parti pembangkang lain, dan mengambil sikap berlembut dengan Umno.

Parti itu juga bertindak memutuskan hubungan dengan DAP, dan memilih bersendirian di bawah apa yang yang dinamakan Gagasan Sejahtera, yang disertai sebuah parti kecil pimpinan bekas menteri Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Situasi itu menyebabkan hasrat pembangkang untuk melawan Barisan Nasional (BN) satu-lawan-satu pada pilihan raya umum akan datang, sesuatu yang tidak akan tercapai.

Syed Ibrahim berkata, PKR bersiap sedia menghadapi persaingan 3 penjuru.

"Kita semua pembangkang kena bersatu lawan satu. Itu akan beri kekuatan yang lebih.

"Kita tahu senario sekarang kita hendak capai yang terbaik 1 lawan 1, kalau tidak boleh masuk pilihan raya umum dalam 1 penjuru kita kena bersedia dengan 3 penjuru," katanya.

Bagaimanapun, Syed Ibrahim berkata PKR masih mengekekalkan kerjasama dengan PAS di peringkat kerajaaan negeri Selangor, yang turut disertai DAP.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution lebih tegas dalam soal kerjasamanya dengan DAP dan Amanah, dan memberi jaminan akan tetap bersama PH.

"Saya nyatakan secara jelas, tanpa berselindung. PKR adalah rakan komponen Pakatan Harapan bersama DAP dan Amanah, itu tidak akan berubah.

"Ikatan ini dimeterai dengan satu ikatan yang ditandatangani dan ada strukturnya, kekerapan pertemuan, kerangka bersama," kata Saifuddin kepada FMT.

Saifuddin berkata, haluan dan pendekatan diambil PAS untuk menewaskan BN berbeza daripada pendekatan PKR dan PH.

"Jika PAS merasakan bersendirian adalah formula kemenangan, itu dianggap lebih baik untuk PAS.

"Kita hormati kefahamannya bahawa (menjadi) tunggal itu kuat," katanya, dipercayai merujuk kenyataan beberapa pemimpin PAS sebelum ini yang lebih suka parti itu bersendirian daripada akur dengan dasar dan kemahuan parti pembangkang lain.

Congok Bodoh Kajian Invoke Rafizi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Tadi sembang dgn Gang PanDAP kt Masjid selepas kuliah..

Depa ulas bab sokongan PAS hanya 21% berbanding PH + Bersatu yg 24%..

Maka ini jawapan saya kepada PH dan Bersatu, mari kita lihat pecahan sokongan seperti yg di war²kan YB Rafizi.

PAS. - 21%
DAP. - 10%
PKR. - 8%
Bersatu - 4%
PAN. - 2%

PAS akan bertanding ditempat Majority Melayu bukan cina maka tiada sokongan DAP tak menjadi masalah buat PAS.

Di tempat Majority Melayu Islam
PAS mendapat sokongan 21% dan PKR, Bersatu dan PAN hanya 14%.

Dari Info semasa ramai ahli UMNO dan atas pagar yg marah kt PakJib lebih sanggup mengundi PAS dari Parti yg bersekongkol dgn DAP kerana mereka tk mahu TPM dari DAP.

Ramai umat Islam marah pada PKR, PAN dan Bersatu kerana mendiamkan diri mengenai campur tangan Sang Kafir terhadap Fatwa di Pulau Pinang.

Dengan isu terkini yg melanda PH + Bersatu dan Kenaikan Harga Petrol dan barang ini membuat rakyat benci dgn PkJib ini PAS menjadi Pilihan Rakyat.

Kepada Bakal² mantan YB UMNO, PKR, PAN dan Bersatu, jangan lah meroyan nanti yer..

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 20, 2017 7:44 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



'Biar Dia Menangis, Jangan Kita Menangis" - Pesanan Sultan Johor Kepada Ibu Bapa
siakapkeli.my

JOHOR BAHRU 19 Feb. – Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kemalangan yang telah meragut lapan nyawa dan kes itu telah menerima perhatian dari pelbagai pihak termasuklah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Susulan kes tersebut, Sultan Johor berpesan kepada ibu bapa supaya memantau anak masing-masing sekaligus tidak membiarkan mereka keluar bermain pada waktu malam.

"Biar dia (merujuk kepada anak-anak) menangis, jangan biar kita menangis." pesan Sultan Ibrahim dalam satu ayat yang begitu mendalam.

Baginda berkata sedemikian ketika melawat Bilik Mayat, Hospital Sultan Aminah (HSA) di sini semalam.

"Saya juga berasa sedih apa lagi (tunjuk waris mang­sa), saya juga ada anak, yang pergi takkan kembali lagi. Pesanan saya kepada semua, jaga biarkan anak-anak main di tengah-tengah malam.

"Biar dia menangis, jangan biar kita menangis. Saya ucapkan takziah dan bantuan akan dihulurkan," titah baginda sebagaimana lapor Utusan Online.

Sumber: Utusan Online

Larang Kanak-Kanak Bawah 18 Tahun Keluar Malam, Sultan Johor Tampil Nafi Keluarkan Titah Sedemikian
siakapkeli.my

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dalam satu kenyataan telah menyangkal dakwaan kononnya baginda telah mengeluarkan larangan serta-merta kanak-kanak di bawah 18 tahun berkeliaran tanpa pengawasan seperti ditularkan sejak semalam.

Baginda melalui laman Facebook (FB) Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menafikan perkara ini di mana menyatakan tidak pernah mengeluarkan titah sedemikian.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim menyangkal dan menolak kenyataan palsu yang sedang disebarkan di media sosial.

"Harap maklum bahawa pihak istana tidak mengeluarkan arahan itu," titah baginda.

Sebelum ini, selepas kes kemalangan yang menyebabkan 8 orang kanak-kanak berbasikal terkorban, pelbagai kisah telah tular di media sosial di mana ada tulisan yang menyebut nama baginda telah mengeluarkan titah kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak dibenarkan berkeliaran tanpa pengawasan orang dewasa selepas jam 10 malam. - Siakapkeli.my

9 Maut Dan 4 Cedera Parah, Kereta Rempuh Sekumpulan Remaja Dan Kanak-Kanak Berbasikal
siakapkeli.my

Johor Bahru: Sembilan orang maut manakala empat orang dilaporakn cedera parah apabila sebuah kereta telah telah merempuh sekumpulan remaja dan kanak-kanak berbasikal di Jalan Lingkaran Dalam arah Dataran Bandaraya, awal pagi ini, lapor Harian Metro.

Sebelum kejadian kira-kira jam 3.30 pagi ketika kumpulan 16 orang penunggang basikal yang berumur lapan hingga 16 tahun itu berkumpul di simpang bersebelahan Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah.

Mereka kemudiannya telah bergerak ke lampu isyarat dekat Hotel Thistle di Jalan Sungai Chat, sebelum tiba-tiba dirempuh sebuah kereta terbabit dari belakang.

Menurut sumber, kumpulan mereka ini dikatakan aktif berbasikal setiap malam minggu di kawasan tersebut dimna kebiasaannya aktiviti mereka bermula pada kira-kira 12 tengah malam.

Tapi, mereka dikatakan bermula lewat, malam tadi, berikutan jalan ditutup untuk perayaan Chingay.

Menurut jurucakap pihak polis telah mengesahkan kejadian dan berkata satu sidang media akan diadakan dalam masa terdekat. - Siakapkeli.my

Kenyataan pihak polis

Kemalangan Ngeri, 8 remaja Berbasikal Maut Dirempuh Kereta
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot.

Infografik kemalangan ngeri babitkan remaja berbasikal - NSTP

Lapan remaja lelaki berbasikal maut apabila dirempuh sebuah kereta di Jalan Lingkaran Dalam, bersebelahan Tanah Perkuburan Mahmoodiah di Johor Bahru awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata dua remaja masih kritikal manakala enam lagi cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira pukul 3 pagi melibatkan lebih kurang 30-40 remaja berbasikal, berusia di antara 13 hingga 17 tahun, dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan-jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita. (KiniTV)

Gambar-gambar kejadian.

Sulaiman berkata ketika kejadian itu, kereta yang dipandu oleh seorang wanita berumur 22 tahun itu tidak dapat mengelak lebih 20 hingga 30 kumpulan remaja berbasikal yang dipercayai memenuhi jalan.

"Apabila tiba di tempat kejadian, sekumpulan remaja 20 hingga 30 orang berada di situ menutupi jalan dan (pemandu) tidak sempat mengawal kenderaan.
"Jalan tersebut berbukit. Lapan orang remaja terbunuh di tempat kejadian dan dua masih kritikal di zon merah, dan enam lagi cedera setakat ini," katanya (Awani)
Menurut beliau, kejadian berlaku pada kira-kira jam 3 pagi Sabtu semasa kenderaan itu dalam perjalanan dari Pelangi ke Skudai.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di bilik mayat HSA di Johor Bahru, Johor.

Jelas Sulaiman, pihak polis mendapati basikal yang digunakan oleh kesemua mangsa telah diubah suai dan tidak mengikuti spesifikasi yang dibenarkan.
Tegasnya biarpun punca kejadian masih belum dikenal pasti, beliau meminta agar ibu bapa sentiasa memantau pergerakan dan aktiviti anak masing-masing.
Sulaiman berkata, wanita tersebut kini disiasat dan siasatan awal mendapati wanita itu tidak mabuk semasa kejadian berlaku. (Harian Metro)
Video-video kejadian.
Video satu

Video dua

Klik sini dan sini jika gagal load video.

Sumber gambar : Sosial Media
Sumber video : WhatsApp group

Senarai Lengkap 8 Remaja Berbasikal Yang Maut Dirempuh Kereta.
sozcyili.blogspot

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi, lapan remaja maut manakala lapan lagi cedera termasuk dua kritikal selepas sekumpulan pelajar sekolah berusia 13 hingga 17 tahun dirempuh sebuah kereta dalam kejadian berhampiran perkuburan Mahmoodiah, Johor Bahru.

Berikut senarai remaja yang terbunuh dirempuh kereta ketika menunggang basikal di Jalan Lingkaran Dalam, di sini, awal pagi tadi.

1. Muhammad Firdauz Danish Mohd Azahar - 16 tahun

2. Mohammad Azrie Danish Zulkefli - 14 tahun

3. Haizad Kasrin - 16 tahun

4. Muhammad Shahrul Nizam Maruddin -14 tahun

5. Fauzan Halmijah -13 tahun

6. Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimee -14 tahun

7. Mohamad Azhar Amir - 16 tahun

8. Muhammad Harith Iskandar Abdullah - 14 tahun

Sultan Johor Lawat Keluarga Remaja Maut Dirempuh.
sozcyili.blogspot

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar melawat keluarga dan waris mangsa membabitkan lapan remaja berbasikal yang maut dirempuh sebuah kereta di sini, Sabtu.

Baginda tiba di rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di mana keluarga dan saudara mara mangsa sedang menunggu kira-kira pukul 11.15 pagi Sabtu.

Sultan Ibrahim yang tidak dapat menahan sebak bertitah kepada ibu bapa supaya memantau anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terbabit daripada insiden tidak diingini.

"Nasihat saya kepada semua, jaga dan pantau anak-anak serta tegur mereka.

"Biar mereka menangis, jangan kita yang menangis.
"Saya sendiri sudah kehilangan anak dan saya faham perasaan anda," titah baginda.

Dalam kejadian itu, lapan remaja maut, lapan lagi cedera termasuk dua kritikal selepas dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran perkuburan Mahmoodiah di sini kira-kira pukul 3 pagi Sabtu.
Mereka yang terbunuh ialah pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata dalam kejadian itu, sekumpulan 20 hingga 30 remaja berbasikal dipercayai menghalang Jalan Lingkaran Dalam dan jalan-jalan sekitar sebelum dirempuh seorang pemandu wanita.

Katanya, pemandu berusia 22 tahun dari arah Taman Pelangi di sini dipercayai tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan remaja berkenaan.

Sumber : Mstar

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 20, 2017 7:44 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



PIBG mohon ibu bapa derma 1 rim kertas A4 untuk kegunaan sekolah
bloglist-malaysia.blogspotmilosuam.net

SURAT jemputan rasmi ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 38 Sekolah Kebangsaan Seri Kelana menjadi viral di laman sosial Facebook dan Twitter kerana selain menjemput ibu bapa hadir ke mesyuarat PIBG, ia turut merayu sumbangan 1 rim kertas A4 70 g/m daripada ibu bapa pelajar.

Surat yang bertarikh 3 Februari 2017 itu, meminta ibu bapa supaya membawa bersama kertas A4 untuk diserahkan semasa hadir pada hari Mesyuarat Agung diadakan, iaitu pada 24 Februari 2017 nanti.

"Pihak kami juga mengharapkan tuan/puan dapat menyumbang 1 rim kertas A4 putih 70g/m bagi menampung kos percetakan untuk tujuan pengurusan dan pembelajaran."

"Sumbangan tersebut boleh diserahkan semasa tuan/puan hadir pada hari Mesyuarat Agung." tulis surat tersebut yang ditandatangani oleh Guru Besar dan Yang Dipertua PIBG SK Seri Kelana, Seremban.

Sebelum ini pernah juga didedahkan tentang perkara serupa, di mana seorang ibu terkejut apabila dua orang anaknya meminta dibelikan kertas A4 seorang satu rim, dakwanya untuk disedekahkan kepada pihak sekolah.

Jika sebelum ini kertas yang diminta hanyalah untuk kegunaan peperiksaan, tapi nampaknya kali ini ia juga turut digunakan untuk tujuan pengurusan sekolah.

Inilah akibatnya bila peruntukan untuk pendidikan telah dipotong. Duit cukai GST berpuluh bilion nilainya setiap tahun entah ke mana disalurkan, sampaikan kertas A4 pun sekolah tak mampu nak sediakan.

Read more: http://www.milosuam.net/2017/02/pibg-mohon-ibu-bapa-derma-1-rim-kertas.html#ixzz4Z3Mmi8fU

Murid terpaksa sedekah kertas A4 kepada sekolah untuk peperiksaan, mana peruntukan?
milosuam.net

BETAPA teruk dan tenatnya kerajaan Malaysia hari ini. Sampaikan kertas A4 untuk kegunaan peperiksaan pelajar di sekolah pun tidak lagi dapat disediakan.

Murid-murid pula terpaksa atau dipaksa untuk 'sedekah' kertas A4 kepada sekolah. Hal ini didedahkan oleh seorang ibu melalui akaun Facebook miliknya.

Ibu tersebut, Sharifah Mohd Jahaya mendakwa dua orang anaknya meminta untuk dibelikan kertas A4 seorang satu 'rim' ketika berada di Tesco.

Apabila beliau yang kehairanan bertanya kepada anaknya apa tujuan untuk membeli begitu banyak kertas A4, anaknya mendedahkan bahawa pihak sekolah sudah tidak ada duit untuk menyediakan kertas A4 bagi kegunaan peperiksaan.

Tinjauan aku tentang perkara ini mendapati, ramai ibu bapa mengakui apa yang didedahkan oleh Sharifah Mohd Jahaya itu. Apa yang didedahkan oleh beliau ternyata benar-benar berlaku bukan rekaan untuk mencari publisiti murahan.

Jika sampai kertas A4 untuk peperiksaan pun sekolah sudah tidak mampu sediakan, ini sudah sangat melampau. Ke mana disalurkan segala peruntukan pendidikan yang diumum dalam bajet setiap tahun?

Barangkali ini merupakan petanda awal untuk kemerosotan lebih teruk terhadap ekonomi negara.

Kerosakan yang besar dibawa oleh 1MDB ditambah dengan kemerosotan teruk hasil negara berikutan kejatuhan harga minyak dunia, kegawatan ekonomi lebih teruk dijangka menyusul.

(Pemimpin lemah + korup) + (Rakyat buta + pekak + tuli) = Negara Bangkrap

Read more: http://www.milosuam.net/2016/09/murid-terpaksa-sedekah-kertas-a4-kepada.html#ixzz4ZEtrrb1K

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 20, 2017 7:45 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Bayaran BR1M Secara Baucar Mulai Esok, Bayaran ke Akaun Bank Pada 22 Februari
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 17 Feb: Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara baucar bagi tahun ini akan dibuat mulai esok manakala pembayran secara terus ke akaun bank akan dibuat pada 22 Februari ini.

Menurut kenyataan Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Strategi Korporat dan Komunikasi Kementerian Kewangan, bagi penerima BR1M yang tidak memberi maklumat berkaitan akaun bank, baucar BR1M akand ihantar secara pos ke alamat kediaman dan baucar itu boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Menurut kenyataan itu orang ramai yang ingin bertanya atau membuat semakan berkaitan BR1M boleh menghubungi talian hotline BR1M di talian 1-800-88-2716.

Sumber: Bernama

BR1M: Lebih 5.15 Juta Akan Terima Bayaran Pertama Mulai Sabtu
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 16 Feb - Perdana Menteri, Najib Razak berkata kerajaan menerima sebanyak 8,277,391 permohonan bagi BR1M dan 5,153,238 permohonan telah diluluskan setakat ini.

Pembayaran pertama pula akan diagihkan bermula 18 Februari ini.

"Insya-Allah, bermula 18 Februari, bayaran pertama bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia, BR1M akan mula diagihkan kepada mereka yang telah memohon dan layak menerimanya.

"BR1M adalah antara mekanisme utama penyampaian bantuan subsidi bersasar yang digunapakai bagi menggantikan sistem subsidi pukal sebelum ini yang kurang berkesan dan mengalami banyak ketirisan.

Tambah Najib lagi, baki permohonan yang belum lulus (3,123,950) kini dalam proses dan keputusan akan diumum pada Mac.

"Baki permohonan yang belum lulus sebanyak 3,123,950 pula kini berada dalam pemprosesan dan keputusan kelulusan dijangka akan diumumkan pada bulan Mac 2017 kelak.

"Dari segi peringkat umur, kumpulan tertinggi diluluskan adalah daripada golongan 21 hingga 30 tahun serta yang berumur 61 tahun dan ke atas. Sebanyak 2,782,799 pemohon akan menerima bantuan RM1200, manakala 243,434 bagi bantuan RM900, dan selebihnya 2,127,005 layak untuk bantuan RM450." kata Najib menerusi blognya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 20, 2017 7:45 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Tiga Orang Murid Tahun Tiga Hampir Dilarikan Penculik,Terkejut Selepas Dihampiri Pengawal Keselamatan Sekolah
siakapkeli.my

Gambar Hiasan

Labuan: Tiga orang murid tahun tiga dari Sekolah Kebangsaan St Anne di sini hampir menjadi mangsa culik tiga lelaki tidak dikenali dalam sebuah van bercermin gelap di depan pintu masuk sekolah mereka, tengah hari semalam, lapor Bernama.

Pada mulanya dikatakan salah seorang daripada lelaki berkenaan telah menawarkan gula-gula kepada seorang daripada murid itu tetapi ditolaknya ketika mereka baru pulang dari aktiviti kokurikulum sekolah tersebut pada 4.45 petang.

Ketika memanggil kanak-kanak berkenaan, pintu van yang dinaiki tiga lelaki tersebut dibuka seluas-luasanya dalam percubaan untuk menarik ketiga-tiga pelajar berkenaan ke dalam kenderaan tersebut.

Menurut seorang ibu kepada murid berkenaan, ketiga-tiga lelaki tersebut kemudian melarikan diri dengan van itu apabila pengawal keselamatan sekolah menghampiri mereka.

Beliau juga menyatakan bahawa pihak polis sudahpun mengambil keterangan daripada anak perempuannya yang juga seorang daripada murid terbabit.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin berkata, pihak sekolah harus memastikan murid terutama mereka yang masih di sekolah rendah menunggu kenderaan atau keluarga mereka di dalam kawasan sekolah selepas waktu persekolahan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 20, 2017 7:52 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Polis ancam keluarga, pukul anak suspek - Duta Korea Utara

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

Hubungan diplomatik Malaysia-Korea Utara kelihatan semakin tegang selepas pembunuhan Kim Jong-nam minggu lepas.

Duta Korea Utara Kang Chol mendakwa polis negara ini mengancam anggota keluarga seorang rakyatnya dan memukul anaknya ketika menyerbu sebuah kondominium di Kuala Lumpur.

Dalam sidang media di Kedutaan Korea Utara, Kang Chol membacakan kenyataan lima halamannya, yang antaranya menyebut:

"Malam Jumaat lalu, polis Malaysia berpakaian biasa menyerbu sebuah kondominium rakyat kami di Kuala Lumpur dan tanpa sebarang waran atau bukti secara paksa menahan serta mengumumkan mereka menahan perancang (kes Jong-nam) sebelum sebarang siasatan bermula.

"Mereka malah mengacukan pistol pada anggota keluarga dan mengancam nyawa mereka dan memukul anak remajanya di muka.

"Ini adalah pelanggaran hak asasi manusia yang hanya boleh dilihat dalam filem mafia Amerika Syarikat," katanya.

Kenyataan keras itu dibuat selepas Wisma Putra mendedahkan mereka memanggil Kang Chol menjelaskan kenyataannya yang kelihatan menggambarkan Malaysia menyembunyikan sesuatu.

Wisma Putra arah Duta Malaysia pulang
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Sinar Harian

Duta Besar Korea Utara ke Malaysia Kang Chol (kiri) dilihat keluar dari premis kedutaan di Pusat Bandar Damansara berhubung kematian abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Nam hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA - Malaysia hari ini memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses perundingan dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol, untuk memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Kementerian Luar mendedahkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya Kang Chol telah bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala, Raja Nushirwan Zainal Abidin kira-kira sejam 30 minit, berikutan tuduhan yang dinyatakan beliau pada satu sidang akhbar Jumaat lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra itu, Kang Chol dalam sidang akhbar berkenaan telah memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai "sesuatu untuk disembunyikan" dan mendakwa Malaysia "berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar" dalam pengendalian kes kematian seorang warga Korea Utara pada 13 Februari lalu.

"Kerajaan Malaysia menganggap kritikan yang dibuat oleh Duta Besar Korea tersebut sebagai tidak berasas.
"Kerajaan Malaysia mengambil serius atas segala tuduhan yang dilemparkan bertujuan untuk mencemarkan reputasi negara," katanya.

Pada 13 Februari lalu, Kim Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Beliau yang dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Feb menggunakan nama Kim Chol dalam pasportnya, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu kurang sihat kepada petugas di lapangan terbang itu dan diberi rawatan awal di klinik di situ.

Dalam kenyataan sama, Wisma Putra menekankan bahawa memandangkan kematian itu berlaku di Malaysia dalam keadaan yang mencurigakan, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.

Ia berkata penyiasatan kes ini telah dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia.
Kedutaan Besar Korea Utara turut dimaklumkan bahawa kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat perlu dijalankan, kata Wisma Putra.

"Kerajaan Malaysia melaksanakan penyiasatan secara telus. Kedutaan juga akan dimaklumkan tentang perkembangan yang berkaitan dengan penyiasatan tersebut dan juga proses yang terlibat di bawah undang-undang Malaysia," katanya.

Wisma Putra berkata kedutaan itu juga telah dimaklumkan bahawa sebaik sahaja siasatan selesai, mayat akan diserahkan kepada pihak waris mengikut undang-undang dan prosedur yang sedia ada di Malaysia.

Sebelum itu, kenderaan rasmi Kang Chol kelihatan memasuki perkarangan Wisma Putra pada 9.55 pagi dan meninggalkan tempat itu pada 11.30.
Hampir 50 wakil media tempatan dan asing mula berkumpul di pintu masuk Wisma Putra seawal 7 pagi selepas berita mengenai Kang Chol dipanggil berjumpa dengan

wakil Kementerian Luar hari ini.
Wakil media yang menunggu di luar cuba mendapatkan reaksi Kang Chol di pintu keluar dengan mengetuk cermin dan pintu kenderaan namun kenderaan rasmi kedutaan itu tidak berhenti. - Bernama

Duta M'sia di Pyongyang dipanggil pulang

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Kerajaan memanggil pulang Duta Malaysia di Pyongyang sebagai reaksi kepada kenyataan dibuat diplomat Korea Utara ke atas Malaysia baru-baru ini.

Langkah itu, kata kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Malaysia, dibuat sebagai proses rundingan kerajaan.

Wisma Putra juga memanggil Duta Besar Korea Utara hari ini bagi mendapatkan penjelasan mengenai kenyataan dibuatnya pada sidang media 17 Februari lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini Wisma Putra memberitahu, Kang Chol mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala Kementerian Luar, Raja Nushirwan Zainal Abidin.

Kementerian Luar menegaskan, disebabkan kematian Kim Jong-nam itu berlaku di Malaysia dan dalam keadaan mencurigakan, menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.

"Penyiasatan kes ini telah dilaksanakan mengikut tatacara yang telah ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia.

"Kedutaan Besar Republik Demokratik Rakyat Korea (Korea Utara) turut dimaklumkan bahawa kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

"Oleh itu, proses bedah siasat perlu dijalankan," kata kenyataan berkenaan.

Pada sidang media Jumaat lalu duta Korea Utara terbabit memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai "sesuatu untuk disembunyikan".

Kang Chol juga mendakwa Malaysia "berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar" dalam pengendalian kes kematian abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un, itu pada 13 Februari lalu.

Kenyataan Kementerian Luar Malaysia menambah, kerajaan turut memaklumkan kepada Kang Chol bahawa sebaik sahaja siasatan selesai, mayat akan diserahkan kepada waris mengikut undang-undang dan prosedur sedia ada di negara ini.

"Kerajaan Malaysia melaksanakan penyiasatan secara telus. Kedutaan juga akan dimaklumkan tentang perkembangan berkaitan penyiasatan tersebut dan juga proses yang terlibat di bawah undang-undang Malaysia.

"Kerajaan menganggap kritikan yang dibuat oleh Duta Besar Republik Demokratik Rakyat Korea tersebut sebagai tidak berasas.

"Kerajaan mengambil serius di atas segala tuduhan yang dilemparkan bertujuan untuk mencemarkan reputasi Negara," katanya.

Kenali Siti Aisyah, suspek pembunuh Jong-nam

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

Misteri seorang suspek yang terlibat dalam pembunuhan Kim Jong-un, abang tiri pemimpin tertinggi Korea Utara Jong-um makin terserlah setelah media Indonesia cuba mengesan jejaknya di negara seberang.

Siasatan Jawa Pos mendapati pemegang pasport Indonesia itu ternyata benar-benar warganegara republik itu, malah pasport dan maklumat dalamnya juga sahih.

Seorang pegawai kanan imigresen Indonesia Agung Sampurno mengesahkan nombor pasport – yang salinannya diperoleh wartawan Jawa Pos di Malaysia – dan data-data dokumen itu sahih.

Pilihan Editor

Apa erti kerjasama HARAPAN dan parti Mahathir?

Berdasarkan data itu, Siti Aisyah dilahirkan di Serang pada 11 Februari 1992 dan alamat terakhirnya di Jalan Angke Indah Gang I, Tambora, Jakarta Barat.

Berdasarkan rekod imigresen juga, ia pasport kedua Aisyah yang dibuat pada 17 November 2014 selepas pasport pertama tamat tempoh. Data dalam kedua-dua pasport itu dilaporkan konsisten.

"Foto pasport yang pertama dan kedua juga serupa. Namun, ada perubahan penampilan Aisyah," lapor Jawa Pos.

''Yang kedua kelihatan lebih ayu. Mungkin kerana dandan, '' Agung dipetik sebagai berkata.

Siti Aisyah antara tiga suspek yang didakwa membunuh Jong-nam di lapangan terbang di Sepang. Beliau dilapor ditangkap di sebuah hotel di Ampang, semalam.

11 hari sebelum pembunuhan

Sementara itu, carian imigresen pula mendapati Aisyah secara rasmi meninggalkan Indonesia pada 8.35 pagi, 2 Februari 2017 – 11 hari sebelum tarikh beliau dikatakan membunuh Jong-nam.

Aisyah dikatakan melalui Batam untuk ke Johor tetapi imigresen Indonesia tidak menolak kemungkinan dia menggunakan laluan tikus.

Sementara itu, Jawa Pos juga cuba mengorek maklumat peribadi Aisyah dengan berkunjung ke alamat terakhirnya di rumah tiga tingkat di kawasan yang laluannya amat sempit.

Bagaimanapun, usaha media gagal apabila rumah 12 x 5 meter itu telah berpindah tangan.

Dilaporkan ia dulu dimiliki oleh majikan Aisyah, Liang Kiong, seorang pengusaha konfeksi dan agen rumah, yang kemudian menjadi mertua suspek itu.

Ia dikatakan telah bertukar tangan sejak tiga tahun lalu setelah Liang Kiong berpindah kerana perniagaannya gagal.

Sementara itu, ketua kampung itu Rahmat Yusri pula mendedahkan bahawa, Aisyah yang berasal dari kampung, pada awalnya menjadi pembantu rumah dengan Liang Kiong yang menginap di kejiranan itu selama 19 tahun.

"Memang (Siti) orangnya cantik. Anak Pak Liang Kiong, namanya Gunawan Hasyim, jadi tertarik.

"Mereka akhirnya menikah. Saya tidak ingat bagaimana nikahnya, tapi sekitar pertengahan 2000-an,'' kata lelaki 48 tahun itu.

Pertama kali ke M'sia pada 2009

Rahmat tidak banyak maklumat berkaitan Aisyah kerana wanita itu hanya keluar rumah jika hendak ke pasar, manakala keluarga Liang Kiong yang berasal dari Pontianak pula jarang bergaul dengan masyarakat.

Rahmat juga mendedahkan Aisyah dan suaminya pertama kali datang ke Malaysia pada 2009 untuk bekerja tetapi mereka kemudian berpisah.

Sementara itu, Jawa Pos juga menemui Hendra Gunawan, seorang lagi menantu Liang Kiong yang pernah tinggal di Tambora – kira-kira 10 minit perjalanan dari rumah lama Liang Kiong.

Lelaki itu ternyata mempunyai kisah lebih sensasi berkaitan wanita itu apabila mendakwa perceraian Siti Aisyah disebabkan kecurangannya dengan lelaki lain ketika di Malaysia.

"Jadi, mereka memang sudah cerai saat anaknya masih satu tahun. Setelah itu (Siti Aisyah) sama sekali tidak pernah ke sini,'' ungkap lelaki yang mesra dengan panggilan Abe itu.

Rio Hasyim, anak Aisyah dan Gunawan Hasyim, kemudian dijaga oleh datuknya.

Bekas suami Siti Aisyah kini dikatakan bekerja di Bangkok.

-malaysiakini

 

Media Antarabangsa Mula Tayang Video Detik Kim Jong-nam Diserang Dua Wanita Di KLIA Sebelum Rebah Di Klinik
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Media antarabangsa sejak semalam telah menayangkan sebuah video yang memaparkan kejadian pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam, di kawasan aras pelepasan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), lapor Berita Harian.

Berdasarkan rakaman video yang berdurasi tiga minit dan tiga saat itu, mangsa dilihat telah ebrjalan seorang diri sebelum dihampiri oleh dua orang wanita yang ditahan iaitu wanita warga Vietnam dan Indonesia di mana mereka telah mencekik dan menekap sesuatu dimuka Jong-nam sebelum kedua-duanya dirakam meninggalkan mangsa.

Semasa Jong-nam dilihat berjalan menuju ke kios daftar masuk layan diri dua wanita berkenaan telah menekap muka Jong-nam menggunakan kain di mana mereka hanya memerlukan masa kira-kira 2.33 saat sahaja sebelum meninggalkan mangsa.

Selepas diserang, Jong-nam cuba mendapatkan bantuan dan dilihat bertanya kepada seorang wanita sebelum dibawa kepada anggota polis bertugas.

Pihak polis yang menerima laporan beliau telah diserang dengan cara diserkup dipercayai menggunakan kain telah mengiringinya ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan atau pemeriksaan.

Pada durasi minit ke 2:35, Jong-nam memasuki premis klinik berkenaan. Selepas itu, beliau dipercayai rebah sebelum diusung masuk ke dalam bilik rawatan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: