Sunday, February 12, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4681[1 Attachment]

3 Messages

Digest #4681

Messages

Sun Feb 12, 2017 7:53 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pembantai Umat Islam Lumpuh Sebelah Tangan

bloglist-malaysia.blogspot

AllahuAkbar di Negara Ini, Muslimahnya Diharuskan Pakai Jilbab

bloglist-malaysia.blogspot

ustazcyber

Dicatat oleh ustazcyber.com

 

MOSKOW. Pemeluk agama Islam di Rusia saat ini berada diangka 14 persen. Islam memang agama minoriti di negara Beruang Merah tersebut, namun setiap tahunnya terus mengalami pertumbuhan.

Ada salah satu daerah di Rusia yang mencuri perhatian. Di sana semua perempuan Muslimah diwajibkan untuk mengenakan jilbab. Wilayah tersebut adalah Republik Chechnya.

Peraturan tersebut sebenarnya tidak tertuang secara resmi dalam peraturan daerah mereka. Menurut pemerintah setempat, anjuran mengenakan jilbab ini hanya merupakan imbauan keras.

"Selama sepuluh tahun terakhir, Chechnya secara aktif telah mengaktifkan kempen norma-norma perilaku dan berpakaian yang konservatif," ujar pakar wilayah Kaukasus Utara Rusia, Vladimir Sevrinovsky, seperti dikutip dari RBTH, awal tahun ini.

 

"Awalnya ini dimulai atas inisiatif pemerintah daerah, tapi kemudian mendapat dukungan masyarakat luas," jelas dia. Kewajiban memakai jilbab ini pertama kali disosialisasikan pada tahun 2006. Ketika itu, Perdana Menteri Republik Chechnya, Ramzan Kadyrov, mengatakan di depan warganya bahawa tak seharusnya perempuan Chechnya terlihat dengan rambut yang tak ditutupi jilbab.

Imbauan Kadyrov ini kemudian diamini oleh seluruh warga Chechnya. Tepatnya tahun 2008, jilbab akhirnya menjadi pakaian kewajiban bagi seluruh pegawai pemerintahan daerah, pekerja sektor publik, dan guru.

Seiring berjalannya waktu, kempen kewajiban memakai jilbab bagi perempuan sering diadakan di Chechnya. Terakhir pada tahun 2016, sebuah organisasi awam bernama Iman mengadakan acara yang bertema "taat pada sang pencipta".

Saat mengadakan acara tersebut, mereka membagikan pakaian panjang dan jilbab bagi para pejalan kaki perempuan di Grozny, Chechnya. [IP]

Kerana Bantu Anak-Anak Pelarian Syria, Pemuda Ini 'Dihalau' Balik Ke Malaysia Oleh Kerajaan Jordan.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot.

Berbuat baik pun salah di zaman sekarang!

"6 hari 5 malam berada di dalam penjara Jordan, Alhamdullilah sebentar lagi saya akan bertolak ke Malaysia", itulah kata-kata Musa Nuwaywi Kamaruzzaman seperti yang dipetik dari status Facebooknya selepas disahkan bakal dihalau keluar dari bumi Jordan berikutan terlalu aktif membantu pelarian Syria.

Musa sebelum ini dilaporkan telah ditahan di salah sebuah penjara di Jordan berikutan tindakannya yang terlalu aktif membantu pelarian di Syria. Musa juga merupakan pengasas kepada NGO Tangisan Syria Di Bumi Jordan, dan juga penulis buku Lelaki Terakhir Yang Menangis Di Bumi.

Musa bersama anak Syria yang dibantunya. Pemuda Malaysia ini bukan sahaja pandai bahkan berani!

Netizens tunjukkan tanda simpati kepada Musa.

Kami bersamamu. Itulah kata-kata netizens.

Memetik kenyataan dari Doktor Suhazeli yang juga Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu menyatakan, "Kami baru mendapat maklumat bahawa Sdr Musa Nuwayri Kamaruzzaman baru sahaja dibebaskan dari penjara Jordan dan akan kembali ke tanah Air malam ini. Penahanan beliau atas alasan kerana membantu pelarian Syria yang berada di sempadan bumi Jordan sejak konflik peperangan tercetus.

Saudara Musa An Nuwayri adalah pengasas kepada NGO Tangisan Syria di Bumi Jordan. Seorang pemuda, mahasiswa yang merantau di bumi Jordan bagi menabur bakti. Sumbangan tenaga dan wang ringgit yang beliau curahkan tiada tandingan".

"Sesungguhnya pengorbanan yang dilakukan oleh beliau perlu dicontohi oleh anak muda negara kita. Kami amat kesal dengan penahanan ini. Pembela kepada anak-anak Syria yang berada di sempadan Jordan sudah dinafikan hak untuk terus berkhidmat.

Pengajian beliau pun terus dihentikan walaupun hanya beberapa bulan akan tamat. Insha Allah, kami akan sambut kepulangan beliau nanti dan diraikan sebagai wira negara", katanya lagi.

NYPD Hina, Buli Anggota Polis Bertudung

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


NEW YORK - Seorang anggota polis wanita Islam memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan Manhattan mendakwa menjadi mangsa diskriminasi agama, dibuli dan dihina oleh rakan sekerja.

Ini termasuk digelar 'pelacur Muslim' malah ada yang cuba merentap tudung dipakainya, menurut NBC News, yang memetik saman yang difailkan Danielle Alamrani, 38, pada 2 Februari lalu.
Mangsa yang menyertai Jabatan Polis New York (NYPD) pada 2006, dan memeluk Islam setahun kemudian, berkata sebaik dia mula memakai tudung, polis lain enggan bekerja dengannya.

Mahkamah diberitahu, pada 2010, seorang sarjan berkata dia berharap Alamrani 'tidak meletup ketika meronda' disambut dengan ketawa oleh anggota polis lain.

Pada Krismas 2012, dua anggota polis menyerang Alamrani di balai polis dan cuba merentap tudung dipakainya.

"Mereka menjerit 'pelacur Muslim' kepadanya dan 'saya akan tumbuk muka awak'. Dia juga digelar sebagai pengganas dan Taliban," menurut laporan dipetik oleh AP.

Alamrani dalam samannya berkata, hampir setiap hari dia diejek bahawa dia tidak sepatutnya menjadi polis, tidak boleh pakai tudung, tiada siapa mahu bekerja dengannya, memalukan NYPD dan tiada siapa sukakannya.

Wanita itu juga mendakwa dihukum dengan ditugaskan pada syif yang tidak siapa mahu, dikurangkan kerja lebih masa, malah dia serta anak-anak pernah ditahan rakan sendiri selama beberapa jam akibat jiran buat aduan bising dari rumahnya.

NYPD yang mempunyai kira-kira 900 anggota uniform beragama Islam daripada 35,000 keseluruhan anggota, sebelum ini mengumumkan untuk mengambil ramai lagi rekrut beragama Islam.

Ia juga melonggarkan syarat membenarkan anggota polis menyimpan jambang kerana faktor agama dan Alamrani ialah seorang daripada dua anggota polis yang memakai tudung.

Dia memfailkan aduan kepada Suruhanjaya Persamaan Hak Pekerja pada Disember 2015 dan diberi kebenaran untuk memfailkan saman itu tiga minggu lalu.

"Dia masih bekerja dan cuba melaksanakan tugasnya sebagai anggota polis," kata peguamnya Jesse Rose. - Agensi/myMetro Online

Wanita Islam mengandung ditendang di UK, anak meninggal dunia

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

MILTON KEYNES(UK), 12 Jamadilawal 1438H, Khamis – Seorang lelaki telah didakwa kerana menyerang seorang perempuan Muslim hamil yang kemudiannya keguguran bayi kembar dalam kandungan akibat serangan itu.

David Gallacher, 37, dilaporkan menyerang bakal ibu itu dengan menendang perutnya ketika beliau sedang berjalan berhampiran dengan masjid.

Wanita Somalia yang tidak dinamakan itu, yang merupakan ibu kepada empat anak lagi terpaksa melarikan diri rumahnya dalam ketakutan akibat serangan berkenaan.

Beliau pada sebelumnya tidak mengetahui bahawa kandungannya adalah kembar sehingga pihak medik memberitahu bahawa beliau telah kehilangan mereka kerana serangan itu.

Manakala, suaminya yang berusia 40 tahun pula terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu teksi untuk tinggal di rumah bagi menjaga isterinya yang trauma.

Gallacher didakwa melakukan serangan yang menyebabkan kecederaan tubuh badan, serangan kerana menumbuk dan dua dikenakan tuduhan melakukan serangan perkauman atau agama secara teruk.

Dia juga pernah didakwa menyerang seorang lelaki yang cuba untuk campur tangan dalam kejadian berhampiran sebuah kedai Ko-op di Milton Keynes, Bucks, Ogos lalu. – Agensi

Pramugari Selamatkan Mangsa Pemerdagangan Dalam Pesawat

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

SEORANG pramugari berjaya menyelamatkan seorang remaja perempuan daripada menjadi mangsa pemerdagangan selepas menerima nota pesanan mangsa yang ditinggalkan di dalam tandas pesawat.

Memetik laporan NBC, Shelia Fedrick, 49, yang ketika itu sedang bertugas untuk penerbangan Alaska Airlines dari Seattle ke San Francisco menyedari remaja tersebut, dipercayai berusia 14 atau 15 tahun, duduk bersebelahan dengan seorang lelaki berpakaian kemas.

Fedrick berkata, mangsa memiliki rambut perang yang berminyak dan kelihatan seperti 'dalam kesengsaraan'.

Katanya, hanya lelaki itu sahaja memberikan respon manakala remaja tersebut tidak bersuara mahupun memandangnya sewaktu dia bercakap dengan kedua-dua penumpang terbabit.

Suspek didakwa menjadi defensif apabila pramugari itu mahu mengadakan perbualan.
Bagaimanapun, wanita kelahiran Alabama itu menerima mesej daripada remaja berkenaan yang pergi ke tandas menerusi nota pesanan yang ditinggalkan di cermin.

Fedrick berkata, nota pesanan itu memberitahu remaja tersebut memerlukan pertolongan.

Dia kemudiannya segera memaklumkan perkara itu kepada juruterbang, sebelum menghubungi polis.

Pihak berkuasa menahan suspek sebaik sahaja pesawat mendarat di lapangan terbang.

"Saya telah menjadi pramugari selama 10 tahun dan ia seperti saya kembali ke awal kerjaya semasa menjalani latihan penerbangan," katanya.

Laman web airlineamb.org melaporkan bahawa kru kabin kini mempunyai tip bagaimana untuk mengesan mangsa pemerdagangan, yang menjadi sebahagian daripada latihan penerbangan. - Mail Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Feb 12, 2017 7:53 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Menolak Troli Pasaraya Sejauh 1 Kilometer Hanya Untuk Memulangkannya Kembali, Niat Murni 4 Sahabat Ini Mendapat Pujian Dari Netizen
siakapkeli.my

Ada di antara kita yang sering kali menggunakan troli dari pasaraya dan selepas menggunakannya hanya dibiarkan begitu sahaja, tanpa meletakkannya kembali ke tempat asal, atau tempat yang telah disediakan, dengan alasan ada pekerja yang akan melakukannya, perkara sebegini dilihat biasa buat kita semua.

Itu jika kita masih meninggalkannya di dalam kawasan pasaraya tersebut, bagaimana pula kalau kita membawanya keluar jauh dari kawasan pasaraya tersebut, sudah pasti pekerja yang ada tidak mengetahui adanya troli di luar kawasan mereka, dan lama kelamaan, semakin berkurang troli yang ada.

Tapi, tidak semua mempunyai pemikiran seperti itu, masih terdapat insan yang baik hati untuk membantu memulangkan kembali troli tersebut, dan insan tersebut adalah saudara Azmin Ishak, bersama dengan tiga lagi sahabatnya. Mengapa dia melakukannya, jom kita ikuti perkongsiannya.

Mudah & memudahkan

Untuk lebih dari 1 bulan saya memerhatikan troli-troli ditinggalkan di tepi jalan dalam kawasan perumahan Presint 16. Dari seminggu ke seminggu makin bertambah troli. Patutla bila hujung minggu tak cukup troli di Aeon Big Alamanda.

Maka timbul la idea nak bawa "pulang" troli-troli ke Alamanda. Semakan melalui Google Maps menunjukkan jarak hanya 1km ke Alamanda dari Surau Ar-Rahman, yang akan melalui laluan pejalan kaki.

Alhamdulillah 3 rakan sekerja: Shahidin Mohamad, Khairul Fuadi & Dortze Fahmi nak turut bersama-sama menyumbang tenaga.

Maka sekitar 6.15 ptg tadi kami mula mengumpul troli. Tapak bermula adalah di hadapan Surau Ar-Rahman. Di situ ada 19 troli.

Kami ikat pemegang hujung ke hujung dengan tali rafia & mula menolak. Seorang jaga di setiap hujung troli & 2 lagi di sisi kanan & kiri.

Sepanjang jalan kami mengutip troli, sehingga lah ke Alamanda kami membawa 22 troli. Sampai ke Alamanda pukul 7.15mlm.

Cabaran?

1. Memerlukan tenaga especially bila jalan yang mendaki.
2. Nak melintas jalan. Kami melalui traffic light, menunggu lampu hijau & melintas.
3. Mengendalikan troli yang banyak lebih kurang macam bawa treler panjang. Tali rafia putus semasa perjalanan mencapai 700m.

Kenapa buat?

1. Masyarakat harus dididik bahawa secara asasnya, mengambil sesuatu bukan hak kita tanpa kebenaran adalah mencuri. Jadi kami hanya tolong mengembalikan hak Aeon Big supaya tak tergantung urusan peminjam yang mungkin lupa mengembalikannya.

2. Setiap hujung minggu troli tak mencukupi. Allah s.w.t telah berjanji Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat.

3. Saya telah share di talk saya minggu lepas, nak buat baik tak semestinya grand. Secara asasnya bila kita menjadikan hidup seseorang itu lebih baik atau gembira, itulah kebaikan.

Ini antara komen baik yang ditinggalkan netizen dalam 'posting' saudara Azmin:

Moga perkongsian, dan tindakan murni yang dilakukan pemuda-pemuda ini menjadi iktibar buat kita selepas ini, berbuat baik bukanlah sesuatu yang sukar buat diri ini.

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 12, 2017 7:55 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Apakah Secara Tak Sedar, Agama Telah Ditolak Ke Tepi?

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Bukan nak kata apa. Kalau dulu fitnah mainan UMNO, kini nampaknya fitnah telah dipelopori oleh puak PAN . (PAN tak ada di Malasyia, PAN ada di Indonesia – kata mereka). Seolah-olah politik PAN ini tak boleh hidup dan berkembang tanpa fitnah.Contohnya, tengok saja pada Husam Musa yang melemparkan tuduhan RM90 juta masuk ke dalam akuan pemimpin PAS.

Difitnahnya PAS kemudian disuruh PAS buktikan tidak bersalah. Apa kegilaan ahli politik durjana begini? Sepatutnya, Husam bawa saja ke pengetahuan SPRM. Bawa bukti. Orang PAS pun tak akan bela mana-mana pemimpin PAS yang terbukti baham pitih begitu. Celik akallah sikit orang yang menerima tularan fitnah. Tak pasal-pasal kongsi dosa orang.

Tak habis di situ. Fitnah tak akan berhenti begitu saja. Ia akan dijaja pula secara bisik-bisik dan sembang-sembang kedai kopi. Semua ini ditularkan tanpa sebarang bukti. Kalau ada bukti, sudah lama mereka akan lapor kepada SPRM. Inilah fitnah namanya.

Allah mengutuk dan mengancam golongan pencetus dan penjaja fitnah ini di dalam al-Quran. Hadis Nabi s.a.w. juga banyak berkisar tentang fitnah. Tetapi puak-puak pendendam ini tak akan nyenyak tidur selagi bahtera PAS belayar dengan gagah dan bergaya. Seolah-olah tak ada cara lain untuk bersaing dengan PAS. Cara fitnah sahaja, bahtera PAS dapat dibocorkan.

Malangnya penerima fitnah pun sama. Mudah sangat percaya pada fitnah. Macam tak ada akal untuk menilai mana fakta mana auta. Mereka inilah pula nanti menularkan fitnah. Patutlah Allah dan Nabi juga mengutuk dan mengancam manusia begini.

Kerana fitnah, tak pasal-pasal manusia yang tak bersalah dihina, dikutuk dan dibenci. Insaflah dan berhentilah mereka dan menyebar fitnah. Mohon maaflah kepada yang empunya diri sementara masih hidup. Kalau telah berkubur, dengan siapakah maaf mahu dipohon?

Penulis berharap ; agama janganlah ditolak ke tepi.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

PPBM lebih memerlukan PAS, bukan PKR, kata Azmin

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PETALING JAYA: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) lebih memerlukan kerjasama politik dengan PAS berbanding PKR, kata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata PPBM dan PAS mempunyai tarikan tersendiri kepada pengundi Melayu luar bandar, justeru kerjasama antara dua parti itu penting bagi menghadapi pilihan raya umum ke 14.

"Mereka (PPBM) seharusnya harus berbincang dengan PAS kerana wujud pertindihan antara dua parti itu bersabit pengundi yang disasarkan," kata Timbalan Presiden PKR itu.

"Mereka (PPBM) kena balik ke kerusi-kerusi yang majoritinya pengundi Melayu yang secara tradisi diletakkan calon PAS. Jadi mereka (PPBM) yang lebih memerlukan PAS, berbanding kita," tambah beliau kepada akhbar Malay Mail.

Sungguhpun PPBM-PAS menubuhkan sebuah jawatankuasa teknikal untuk memperincikan bidang kerjasama antara dua parti itu namun hubungan mereka masih penuh persoalan.

Ini kerana tuduhan-tuduhan melulu Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pimpinan utama PAS dan kerjasama PPBM dengan Amanah dan DAP – dua musuh politik utama PAS.

Azmin menggesa pemimpin PPBM dan PAS supaya mengenepikan sebarang perbezaan untuk memantapkan cabaran pembangkang pada PRU 14.

Beliau berkata Selangor menjadi contoh jelas 'di mana pemimpin yang berbeza pandangan masih boleh bekerjasama'.

Kerajaan negeri pimpinan Azmin merangkumi wakil DAP dan PAS walaupun dua parti itu memutuskan kerjasama politik mereka selepas PRU 13 ekoran perbalahan berterusan.

Kerjasama DAP-PAS di peringkat Selangor itu bagaimanapun dilihat semakin rapuh menjelang PRU14 dan DAP kini cuba meraih sokongan pengundi Melayu menerusi permuafakatan dengan Amanah dan PPBM.
....
http://antarapos.com

Sikap DAP Keras Terhadap Islam - Mursyidul Am

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


KUALA LUMPUR - DAP mempunyai sikap yang keras terhadap Islam, anti-Islam dan sentiasa menolak sebarang usaha untuk menegakkan Islam.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin berkata, PAS pernah dua kali bertahaluf dengan DAP melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat dengan DAP.

"Terkeluarnya DAP dari Barisan Alternatif pada 2001 kerana keras sikap mereka terhadap negara Islam.

"Sedangkan pegeseran pada 2015 juga berkait usaha PAS melaksanakan undang-undang syariat di Kelantan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Hashim berkata, PAS tidak dapat menerima sama sekali politik anti-Islam yang didukung oleh DAP.

DAP yang mengetuai Pakatan Harapan kini merupakan sekutu kuat kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pakatan Harapan dianggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN), manakala PPBM ditubuhkan bekas pemimpin UMNO yang berdendam dengan parti itu.

Mahathir berdendam dengan UMNO selepas hasrat beliau menggangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden UMNO dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai Timbalan Presiden ditolak akar umbi parti itu. – MYNEWSHUB.CC

Presiden PAS Merasmi Anugerah Sandang Kebesaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Hotel Pelangi, Muar Johor

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang, Naib Pengerusi Kesatuan Ulama' Sedunia meyampaikan ucaptama sempena Majlis Ikatan Ukhwah Silat Wadah Penyatuan Ummah 2017 Dan Majlis Anugerah Sandang Kebesaran Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia di Hotel Pelangi, Muar Johor malam ini. Majlis Anjuran Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia (PSSGM). Ini adalah hasi pendekatan baru PAS "POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA"

Hot!! : RM90 juta untuk Pas disalur melalui Affin Bank, dakwa Husam Pejuang Perubahan

bloglist-malaysia.blogspot

agendsai

 

Affin Bank digunakan untuk menyalurkan wang kepada Pas oleh Umno, dakwa Husam Musa.

Datuk Husam Musa mendakwa bahawa duit yang diterima Pas dari Umno sebanyak RM90 juta sebagaimana didedahkan Sarawak Report disalurkan melalui sebuah bank tempatan iaitu Affin Bank.

"Adik kakak nak tau bank mana yang diguna. Ambe (saya) teka malam ni, tetapi hok ambe teka sekalanya, betul 99% lah kerana hok ambe teka tu hok ambe tau.

"Betul ke dok, duit-duit ini melalui Affin Bank," kata Husam dalam satu video klip ceramahnya yang kini ditularkan melalui media sosial. Sehubungan dengan itu, katanya, pihaknya akan mendedahkan lagi perkara ini menjelang pilihan raya umum akan datang. Keratan video yang memaparkan Husam dakwa Pas terima RM90 juta melalui Affin Bank. Klik untuk menontonnya.Keratan video yang memaparkan Husam dakwa Pas terima RM90 juta melalui Affin Bank. Klik untuk menontonnya.

"Jadi masa pilihan raya esok-esok kita buat tubiklah (keluarkan), kalau dia dengan Umno. Kalau dia tidak dengan Umno, Umno buat tubik," kata Husam dalam satu klip video ceramahnya di Kelantan.

 

Dalam klip video 1.24 minit itu, Husam turut mendakwa, kalau tidak ada apa-apa masalah Pas akan bekerjasama sepenuhnya dengan Umno dalam pilihan raya umum akan datang.

"Untuk maklumat ahli bawahan Pas, kalau tiada aral melintang Pas akan bersatu dengan Umno. Nama dengan pelbagai-bagai, taawun ke, taaa apa ke, tidak usah kira," kata beliau dalam video itu. Sebelum ini, Sarawak Report, sebuah laman web yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia mendakwa Pas menerima RM90 juta duit dari Umno.

Ekoran itu, Pas mengugut akan menyaman laman yang berpusat di London itu. Namun sehingga kini hanya notis awal dikemukakan oleh parti itu tetapi belum memfailkan sebarang saman lagi terhadap laman itu.

Pada 8 Ogos 2016 lalu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa Sarawak Report berbohong kononnya pimpinan tertinggi Pas menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. "Nampaknya agenda untuk terus-menerus mengaitkan Pas dengan Umno terus berlaku," kata beliau dalam satu kenyataan kepada media.

"Apapun, Pas akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan Pas," katanya.

mdl

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: