Sunday, February 5, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4676[2 Attachments]

9 Messages

Digest #4676

Messages

Sun Feb 5, 2017 6:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Protong Punca Pengangkutan Awam di Msia Karut Marut
bloglist-malaysia.blogspot
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu

Apa saja benda buatan Msia, semuanya mahal.

Minyak masak mahal. Petrol mahal. Kondom pun mahal. Kah kah kah!!!

Yakinlah, berjuta rakyat Msia gembira kerana ada juga syarikat yg hinginkan syarikat besi buruk Msia, yakni Protong.

Byk kali dah aku ulang dalam blog ini bahawa Protong itu cuma ilham Mahafiraun yg beliau dapat dalam mimpinya.

Di mana ketika itu beliau terjaga dari tidur ditengah malam buta dalam keadaan menggigil-gigil dgn air liur basi meleleh setelah mendapat seru bahawa Msia perlu ada kereta buatan sendiri.

Kah kah kah kah!!!

Pokok geli-geli

Kajian demi kajian telah dibuat dan hasil dapatan majoriti kajian ialah, 'Msia toksah gatai merenyam la nak buat kereta sendiri, rugi jawabnya.'

Tapi Mahafiraun berdegil, kerana beliau berpandangan jauh utk rakyat Msia amnya dan utk kroni & anak menantu, khususnya. Kah kah kah!!!

Maka bermulalah era Protong Semelih Tengkuk.

Kereta mahal. Power window jammed. Cat cepat luntur. Berhutang 9 tahun kerja keras.

Jepun buat kereta, rakyat dapat harga murah. US buat kereta pun rakyat boleh beli cash. Menyenangkan rakyat.

Protong buat kereta, rakyat sendiri bergolok bergadai hutang 9 tahun, tapi boleh jual ke Arab cheap sale.

Kalaulah Protong ini tidak wujud, pengangkutan awam di Msia bukan ditahap sekarang ini. Mungkin.

Mungkin drebar teksi kita tidak perlu bersabung nyawa membayar sewa setiap hari. Mungkin bas henti-henti di setiap kampung kita masih wujud. Juga mungkin kita dah lama ada keretapi laju.

Tapi kita tidak ada semua itu kerana Mahafiraun berdegil mahu membela syarikat besi buruknya, Protong.

Cukai impot kenderaan dinaikkan menggila-babi. Mahu tak mahu kita kena beli jugak Protong sebab termurah di pasaran.

Jaringan keretapi terhad. Mahu tak mahu, beli jugak kereta Protong utk pergi kerja.

Mahafiraun telah buat apa saja untuk memastikan Protong tetap beroperasi. Walaupun Protong ini ialah syarikat wajib bengkrap. Kahk kah kah!!!

Tiap-tiap tahun menadah mintak injection dari government. Tiap-tiap tahun rugi.

Justeru, ahlan wa sahlan Ya Geely!!! Ahlan wa sahlan!!

Toksah kan nak ambik kilang Protong di Tanjung Malim, kalau Geely nak ambik Mahafiraun bawak balik ke Beijing pun boleh.

Kahkahkahkahkah!!!

Pokok periuk kera bukan utk geli-geli.
Kahkahkahkah!!!

Nasib "perjalanan terakhir" syarikat automotif negara PROTON bila dijual 51% kepada syarikat CHINA
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
(Keringat dan AirMata)

Proton membina kilang di Tg Malim dengan cash tanpa hutang.

Itulah ketika Proton di zaman Tun M. Sentiasa mencatat keuntungan.

Harini kita dikejutkan dengan berita syarikat automotif Geely dari China akan membeli 51% pegangan di Tg Malim Plant yang diluluskan oleh KERAjaan Malaysia.

Nasib anak anak bangsa hanya akan menjadi kuli pada bangsa negara luar bila kepentingan PROTON hilang dari tangan Malaysia. Kilang yang kita bina dari hasil titik peluh kita selama ini dan menjadi jenama kebanggan kita semua dan kebanggaan negara bakal bertukar tangan.

Kilang tersebut bakal bertukar polisi dari mereka cipta dan mengeluarkan model sendiri ke cuma menjadi TUKANG PASANG PINTU, TUKANG PASANG BONET, TUKANG PASANG RIM TAYAR dan TESTER pada kereta keluaran jenama Geely dari China.

Sedih betul. Kita akan sama nasib seperti di Indonesia. Ada plant, ada kilang kereta tapi cuma jadi tukang pasang parts pada Volvo, Mercedes, Toyota dan lain lain.

Beza cuma plant plant tu Volvo, Merc dan Toyota yang keluar duit bina. Tapi untuk Geely PROTON YANG PENAT PENAT BINA DAN USAHA namun akhirnya kerajaan Najib senang senang jual 51% kepentingannya pada Syarikat kereta China.

Bahana 1mdb.

Apa lagi yang tinggal pada anak cucu kita?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 5, 2017 6:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ayam Dalam Bekas Babi Di Pasar Halal Singapura!

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


SINGAPURA – Selepas Singapura gempar dengan tindakan biadap seorang lelaki Cina hina seorang wanita Melayu, kali ini umat Islam di republik itu dikejutkan foto tular yang cukup memeranjatkan.

Seorang pengguna Facebook mendedahkan foto eksklusif menunjukkan daging ayam dihantar ke Pasar Geylang Serai, sebuah gedung popular masyarakat Islam, diletakkan dalam bekas yang asalnya untuk simpan daging babi.

Menerusi gambar tersebut, empat bungkusan plastik boleh dilihat diletakkan secara bertingkat dan bekas yang paling atas tertera jelas nama sebuah syarikat pembekal daging babi tempatan terkenal – Tiong Lian Pork Supply.

Firma ditubuhkan sejak 1974 yang berpusat di Jurong itu memproses kira-kira 6,000 ekor babi seminggu atau 111,000 tan haiwan najis mughallazah tersebut setahun diimport dari Indonesia, Brazil, Australia dan sebagainya.

Penyebaran foto itu mencetuskan rasa bimbang kepada masyarakat Muslim tempatan. Pasar basah Geylang Serai sememangnya dikenali sebagai hab 'halal', kerana menjadi satu-satunya pasar di Singapura yang tidak jual babi.

Gambar berkenaan tersebar luas menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi Whatsapp. Menerusi catatan pada foto itu, ia dikatakan sempat dirakamkan oleh seorang 'pegawai polis' yang secara kebetulan pula berada di situ.

Pasar Geylang Serai, Singapura
"Sekarang pembekal daging babi sudah mula berani menghantar bekalan ayam mereka dengan menggunakan bekas yang sama ke pasar Geylang Serai. Berhati-hatilah jika membeli ayam di pasar Geylang sepanjang hari ini.

"Gambar ini akan dikirim ke MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura) oleh seorang pegawai polis yang mengambil gambar ini pagi tadi," tulis keterangan pada foto tersebut sambi pengirimnya berharap tindakan susulan diambil.

Salah seorang penerima gambar tersebut, Shasha Alkaff, menyuarakan kebimbangannya ketika dihubungi agensi berita Mediacorp dan berkata pihak berkuasa republik itu perlu segera dimaklumkan tentang perkara tersebut.

"Kita harus memberitahu kepada pihak MUIS jika terjadi begini. Kalau cecair daripada daging khinzir itu terkena pada ayam, tidak tahu macam mana orang Islam yang makan," luah wanita itu dengan penuh perasaan kesal.

Dalam pada itu, jurucakap MUIS ketika dihubungi Mediacorp menyatakan bahawa Unit Halalnya sudahpun menerima beberapa maklum balas daripada orang ramai dan berjanji sedia mengambil tindakan lanjut.

Buat masa ini juga, pihak majlis tersebut sedang menjalankan siasatan secara terperinci berhubung perkara sensitif berkenaan dan meminta masyarakat Islam tempatan agar bertenang. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 5, 2017 6:14 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tengku Adnan Kena Belasah
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Tengku Adnan Kena Belasah. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku menteri bertanggungjawab sepatutnya malu tentang nasib rakyat KL dan Labuan ketika menyatakan hasrat menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub berkata warga Kuala Lumpur dan Labuan masih lagi dihimpit isu setinggan dan perumahan kos rendah dan sederhana yang masih lagi belum selesai.

Tengku Adnan Kena Belasah. "Kaki dan tangan Tengku Adnan tidak pernah kotor dan tercemar untuk memperjuangkan isu penderitaan rakyat yang semakin terhimpit khususnya di Kuala Lumpur yang beliau adalah menterinya," kata Salahuddin dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan ini menyusuli kecaman pelbagai pihak terhadap hasrat Tengku Adnan menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan, bersama Langkawi, Pulau Tioman dan sebahagian Melaka.

Laporan semalam memetik Tengku Adnan sebagai berkata idea itu bukan bertujuan meluaskan kuasa tetapi untuk membantu orang Melayu.

Tengku Adnan Kena Belasah

Tengku Adnan dilaporkan berkata: "Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu".

"Menggunakan sentimen perkauman Melayu adalah sangat bahaya dan mengancam keselamatan negara yang sama sekali bertentangan dengan harapan baru yang didambakan oleh rakyat berbilang kaum," kata Salahuddin.

Tengku Adnan Kena Belasah

Sebelum ini, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng serta pimpinan DAP negeri lain membantah hasrat Tengku Adnan dalam rancangan radio Breakfast Grille, untuk menjadikan Pulau Pinang, Langkawi, Pulau Tioman dan sebahagian Melaka sebahagian Wilayah Persekutuan.

Temubual disiarkan pada 1 Februari lalu sempena Hari Wilayah Persekutuan.

- fmt

Nak tolong Melayu - Ku Nan 'salah negeri'

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

 

Jika benar-benar mahu membantu Melayu, negeri yang perlu dijadikan Wilayah Persekutuan bukanlah Pulau Pinang, sebaliknya Kelantan dan Terengganu, kata seorang anggota parlimen DAP.

Bagi membolehkan ia dilaksanakan, menurut Lim Lip Eng, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor wajar menghadap Yang di-Pertuan Agong dan mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja sebelum mengadakan referendum berhubung isu berkenaan.

"Jika satu-satunya agenda Ku Nan (Tengku Adnan) ialah untuk menolong Melayu, beliau mungkin sudah tersalah negeri.

"Ini kerana kedua-dua negeri yang majoriti Melayu itu (Kelantan dan Terengganu) adalah antara negeri paling miskin dalam negara.

"Paling tidak Ku Nan harus terkedepan dalam usaha mengembalikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan, agar negeri itu boleh berhenti menjalankan aktiviti balak secara berleluasa," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dalam wawancara dengan stesen radio BFM pada 1 Februari lalu Tengku Adnan berkata beliau berharap konsep wilayah persekutuan boleh "dikembangkan" kepada wilayah atau negeri lain.

"Saya ingin mengembangkan Wilayah Persekutuan. Jika boleh, saya mahu ambil Langkawi, Pulau Pinang, dan bahagian tertentu Melaka," katanya dalam temu bual stesen radio berbahasa Inggeris itu.

Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno memberikan temubual berkenaan sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Tak pedulikan Melayu

Kenyataan itu dibalas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sehari kemudian.

"Hanya orang yang hilang akal akan cakap macam ini," kata Guan Eng yang juga setiausaha agung DAP.

Menurut beliau cadangan Tengku Adnan itu juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana dilihat memberi ancaman terhadap perpaduan negeri-negeri dalam persekutuan Malaysia.

"Apa yang dikatakan (Ku Nan) tanpa sebarang rundingan mengancam perpaduan dan persekutuan Malaysia.

 

"Ini boleh dianggap sebagai hasutan. Sebab kamu mengancam perpaduan persekutuan Malaysia," katanya.

Pada 4 Februari Tengku Adnan menjelaskan, hasratnya menjadikan Pulau Pinang sebahagian Wilayah Persekutuan adalah untuk memastikan negeri itu mendapat limpahan pembangunan yang sama rata.

Katanya, berkata idea beliau itu bukanlah berniat mahu meluaskan kuasa, sebaliknya disebabkan keprihatinan beliau terhadap nasib Melayu di Pulau Pinang.

"Apa yang berlaku di Pulau Pinang kita tahu, dia (kerajaan negeri) tidak pedulikan orang Melayu," katanya.

Menurut Lip Eng, Tengku Adnan perlu sedar bahawa orang Melayu yang hidup susah bukan saja ada di Pulau Pinang.

Jika mahu membantu mengurangkan beban rakyata yang benar-benar memerlukan mereka juga bukan hanya ada di negeri berkenaan.

"Ramai lagi yang susah, termasuk orang kelainan upaya, warga emas, penganggur dan gelandangan di seluruh Malaysia. Malah ramai daripada mereka berpusat di Kuala Lumpur yang 'diperintah' Ku Nan.

"Mereka seharusnya dibantu agar dapat membeli barang dapur tanpa dikenakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), contohnya.

"Sewaktu kerajaan BN membebani rakyat dengan GST, tidak pula Ku Nan terfikir untuk membantu orang Melayu yang ikut terbeban," katanya.

Lip Eng yang juga anggota parlimen Segambut memberitahu, sepatutnya Tengku Adnan boleh mendatangkan alasan yang lebih baik.

"Atau paling tidak memberitahu rakyat Pulau Pinang bahawa Umno akan sanggup melakukan apa sahaja untuk menghalang negeri itu daripada terus ditadbir Pakatan Harapan; termasuklah dengan menjadikannya salah satu Wilayah Persekutuan," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 5, 2017 6:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Wanita Diragut Lelaki Naik Kereta Myvi Tular

bloglist-malaysia.blogspot

gigitankerengga

 

PETALING JAYA: Sebuah video kejadian ragut yang berlaku di kawasan perumahan di sini telah menjadi tular.

Dalam video berdurasi 1 minit 36 saat, bertarikh 31 Januari lalu itu, sebuah kenderaan dilihat memasuki perkarangan sebuah rumah, sebelum pemandu dan penumpang, kedua-duanya wanita, keluar dari kenderaan tersebut.

Kira-kira satu minit rakaman, sebuah Myvi putih dapat dilihat berhenti di luar rumah sebelum seorang lelaki yang memakai baju kuning berjalan keluar.

Dia meluru masuk melalui pintu pagar, sambil mengacukan sesuatu, dipercayai senjata.

Dia kemudian bergelut dengan si penumpang untuk mencuri beg tangannya.

Perompak itu kemudian berjalan kembali ke arah kereta Myvi sebelum dia dan rakannya memecut meninggalkan rumah tersebut.

Video itu dipercayai dirakamkan di Kampung Tunku, di SS1, di sini.

Satu laporan telah dibuat pada hari yang sama di Balai Polis Seapark.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 395/397 kerana melakukan rompakan bersenjata secara berkumpulan.

-mstar

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Feb 5, 2017 6:15 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SELEPAS ASB, TABUNG HAJI PULA MENGECEWAKAN KITA....
bloglist-malaysia.blogspot
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
shahbudindotcom
Sebelum ini, ASB bagi tahun keuntungan 2016 telah mengumumkan dividen sebanyak 6.75 sen serta bonus 0.50 sen seunit, suatu angka paling rendah dalam sejarah sejak amanah saham itu diwujudkan.

Baru-baru ini, Tabung Haji pula mengumumkan keuntungan untuk pendepositnya. Bagi tahun 2016, bonus tahunan yang diumumkan ialah 4.25% beserta bonus haji sebanyak 1.5%.

Sekali lagi, ini juga merupakan kadar terendah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Tahun depan, berapa agaknya?

Bolehkah kita mengharapkan, selagi negara dipimpin oleh Najib Razak dan Tabung Haji dipengerusikan oleh Azeez Rahim, ia mampu memberikan pulangan yang memuaskan?

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 5, 2017 6:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jika Ada yang Berwudhu, Dialah Orang yang Kentut
bloglist-malaysia.blogspot
detikislam.blogspot.

SUNGGUH Rasulullah adalah suri teladan yang baik. Kita sebagai umatnya harus mampu menirunya. Dalam kisah-kisah tentangnya, kita boleh mengetahui Rasulullah mencontohkan bagaimana menyelesaikan sebuah urusan mulai dari hal rumit sehingga hal remeh.

Ada kisah menarik yang berlaku semasa Rasul sedang berkumpul dengan sahabat di masjid. Pada masa itu, terciumlah bau tidak sedap. Bau kentut. Semua sahabat mulai tidak selesa dengan bau itu. Lalu seseorang di antara mereka berdiri dan menyuruh dia yang kentut agar berdiri.

"Barang siapa yang kentut, berdirilah," ujar salah seorang sahabat.

Semua hening. Tidak ada seorang pun yang berdiri. Mungkin orang yang kentut tersebut merasa malu.

Hingga tiba waktu Isya, tak ada seorang pun yang berdiri dan mengaku dirinya yang kentut.

"Jika ada orang yang berdiri lalu berwudhu, pastilah ia orangnya. Orang itulah yang kentut, "ujar salah seorang sahabat.

Semuanya diam. Tak ada yang beranjak dari tempat duduknya untuk berwudhu. Lalu Bilal berdiri untuk mengumandangkan azan.

Melihat keadaan itu, Rasulullah ﷺ mengerti orang yang kentut tadi merasa malu jika berwudhu seorang diri.

"Tunggu dulu, saya belum batal, tapi saya hendak berwudhu lagi."

Semua sahabat mengikuti Rasul untuk berwudhu. Dengan begitu, tidak diketahui siapa orang yang menyebabkan kekecohan akibat bau tak sedap itu. Itulah cara Rasulullah menutup aib seseorang. Begitu tinggi dan mulianya akhlak Rasulullah ﷺ. []

Sumber: Muslimahzone

Kewajiban Mempelajari Al Qur'an

bloglist-malaysia.blogspot

Dicatat oleh ustazcyber.com

Oleh : H. Muhammad Hamdi, MS,

Memahami Al-Quran adalah kewajiban setiap muslim, karena ia adalah perintah Allah bagi hamba-Nya, dan risalah-Nya yang dikirim kepada mereka melalui utusan-Nya, Muhammad shallallahu 'alaihi wa sallam. Barang siapa tidak membaca dan tidak memahami Al-Qur'an, berarti ia telah merendahkan risalah Allah dan sekaligus merendahkan siapa yang mengirimnya serta siapa yang diutus untuk membawanya. Jika perbuatan ini dipandang buruk diantara manusia dengan manusia, lantas bagaimana halnya antara hamba dengan Tuhannya, antara makhluk dengan Khaliq dan pemberi rezkinya?! Apalah artinya risalah manusia melalui pos, jika dibanding dengan Tuhan melalui Rasul-Nya?!

Hendaknya orang yang berpaling dari kitab Tuhannya menyadari: dengan siapa dia merenggangkan hubungan, terhadap siapa ia bertindak tidak sopan, dan risalah siapa yang dia sepelekan?! Hendaknya dia menyadari pula, dosa apa yang telah dia lakukan, dan siksaan apa yang mestinya dia terima?! Sesungguhnya ia adalah risalah Tuhan dan Tuannya. Sepatutnyalah risalah itu dia baca dengan penuh pengagungan dan penghormatan, serta mendengarkan bacaannya dengan penuh ketenangan, penghargaan dan perhatian.

إِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ ءَايَاتُ الرَّحْمَنِ خَرُّوا سُجَّدًا وَبُكِيًّا

"Apabila dibacakan ayat-ayat Allah Yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis." (QS. Maryam {19} ; 58).

Sesungguhnya Allah mewajibkan agar Islam menjadi akidah kita, kaum muslimin, bukan akidah bapak-bapak kita, agar kita memeluknya dengan usaha kita sendiri, bukan bertaqlid dengan orang lain, dan agar kita melihat bukti-bukti kebenaran Al-Quran serta susunan katanya yang teramat indah dengan mata kepala kita sendiri, bukan dengan mata orang lain, supaya kita percaya kepadanya, dan kita menjadi muslim karena usaha dan kehendak kita sendiri, dan bukan karena kondisi yang mengadakan kita, seperti dua orang tua, sehingga kita tumbuh menjadi seorang muslim secara terpaksa, sebagaimana orang Yahudi, orang Masehi dan selain mereka, atas dasar ikut-ikutan, bukan atas dasar pemikiran.

Kita berkewajiban mengetahui dari Al-Quran siapa yang menciptakan kita, untuk apa Dia menciptakan kita, dan bagaimana kita beribadah kepada-Nya. Kita juga wajib memahami nash setiap perintah, setiap larangan, setiap hikmah dan pelajaran. Hendaknya hati kita mendengarkan apa yang difirmankan Allah, sehingga ia tunduk kepada pembicaraan-Nya. Jika tidak, maka tidak ada artinya memeluk Islam secara kebetulan, beribadah karena bertaqlid, beriman tanpa pengetahuan, dan tunduk secara buta. Tidak ada buahnya bekerja secara mekanis, Islam secara keturunan dan beriman dengan prasangka.

Sungguh aneh, jika seorang muslim berpaling dari perbendaharaan hikmah dan rahmat, sehingga ia berpaling dari kebaikannya, padahal ia sudah berada di tangannya?! Apakah tidak aneh jika dia mempelajari dan menghapal buku-buku besar untuk memperoleh diploma, sedangkan ia tidak memahami dan mengkaji kitab Tuhan Yang Maha Esa agar memperoleh kebahagiaan yang paling besar? Manakah diantara keduanya yang lebih penting dan lebih bermanfaat? Jika kita duduk membaca Al-Quran seperti kita duduk setiap hari untuk membaca surat kabar pagi, tentu kita akan memahami agama kita, serta memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Apakah mengetahui berbagai peristiwa manusia dewasa ini lebih penting bagi kita dibanding peristiwa yang akan kita jumpai di hari akhir ? Apakah berita tentang umat umat lebih penting bagi kita dari pada berita tentang diri kita sendiri? Jika kita memperhatikan kemaslahatan duniawi orang lain, maka lebih utama bagi kita memperhatikan kemaslahatan kita pribadi. Jika kita membaca surat kabar setiap hari untuk mengetahui berita-berita manusia, maka bacalah setiap hari sebagian dari ayat-ayat Al-Quran, lalu bahaslah tafsirannya untuk mengetahui kewajiban-kewajiban kita.

Aneh, jika kita melihat tingkah-laku sebagian kaum muslimin, yakni orang-orang yang mengaku kaum intelek, kaum terpelajar dan moderen, mereka sangat mencurahkan perhatiannya untuk mempelajari berbagai macam buku dan karya manusia, dan mengabaikan Al-Quran, petunjuk dan tuntunan untuk keselamatan mereka. Tidak pernah terbetik didalam hati mereka, bahwa mereka mempunyai bahasan yang wajib mereka baca dan fahami, agama yang wajib mereka pelajari dan ikuti, serta sejarah yang wajib mereka ketahui.

Jika mereka diberi nasehat agar memahami kitab Tuhannya, mereka mengatakan tidak mempunyai waktu dan kesabaran untuk itu. Padahal disisi lain mereka mempunyai banyak waktu dan kesabaran untuk tekun mengerjakan kesenangan harian, serta memelihara tradisi-tradisi sosial seperti kunjungan, beramah tamah, perkumpulan, olah raga, ngobrol dan bersenda gurau. Semua ini, menurut mereka, lebih penting dan lebih mengasyikkan dibanding mengkaji agama dan memahami Al-Quran, karena semua itu memberikan kesenangan kepada akal mereka yang picik, sedangkan Al-Quran membukakan kesalahan mereka dan mengingatkan mereka akan dosa yang banyak. Karena itu mereka lari dan menjauhi Al-Quran. Jika dibacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, mereka mendengarkannya dengan rasa tidak senang dan gelisah, dan jika orang mukmin menyeru mereka ke jalan Allah, mereka mentertawakan dan memperolokkannya.

مَا يَأْتِيهِمْ مِنْ ذِكْرٍ مِنْ رَبِّهِمْ مُحْدَثٍ إِلَّا اسْتَمَعُوهُ وَهُمْ يَلْعَبُونَ

"Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Qur'an pun yang baru (diturunkan) dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main" (QS. Al-Anbiyak {21} ; 2)

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ ءَايَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal" (QS. Al-Anfal {8} ; 2)

فَمَنْ يُرِدِ اللَّهُ أَنْ يَهدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ وَمَنْ يُرِدْ أَنْ يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ

"Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. " (QS. Al-An'am {6} ; 125)

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي ءَاذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى أُولَئِكَ يُنَادَوْنَ مِنْ مَكَانٍ بَعِيدٍ

"Katakanlah: "Al Qur'an itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al Qur'an itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh". (QS. Fushshilat {41} ; 44).

Allah menggambarkan hati orang-orang yang tidak tersentuh oleh (tidak tunduk kepada) ayat-ayat Allah, serta tidak berusaha untuk mengingat-Nya, bahwa ia adalah hati yang mati dan lebih keras dibanding batu. Allah menggambarkan dengan firmannya :

لَوْ أَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْءَانَ عَلَى جَبَلٍ لَرَأَيْتَهُ خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَتِلْكَ الْأَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

"Kalau sekiranya Kami menurunkan Al Qur'an ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir." (QS. Al-Hasyr {59} ; 21).

Kecelakaan adalah bagi orang yang menjauhi cahaya yang memberinya petunjuk dan bimbingan, serta melenyapkan dan menghancurkan kegelapan kebodohan dari hatinya, namun dia tidak waspada terhadap apa yang membuatnya sengsara dan tidak ingin meraih apa yang membuatnya bahagia, karena mata hatinya sudah tertutup dengan kegelapan, sehingga tidak dapat membedakan antara yang halal dengan yang haram, lalu terjerumus ke jurang yang penuh dosa.

Jauh dari Al-Qur'an berarti jauh dari Allah, jauh dari Allah berarti jauh dari kebenaran, dan jauh dari kebenaran berarti kesesatan, sedangkan kesesatan berarti kebinasaan. Allah berfirman :

كَذَلِكَ نَقُصُّ عَلَيْكَ مِنْ أَنْبَاءِ مَا قَدْ سَبَقَ وَقَدْ ءَاتَيْنَاكَ مِنْ لَدُنَّا ذِكْرًا(99) مَنْ أَعْرَضَ عَنْهُ فَإِنَّهُ يَحْمِلُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وِزْرًا(100)

"Demikianlah Kami kisahkan kepadamu (Muhammad) sebagian kisah umat yang telah lalu, dan sesungguhnya telah Kami berikan kepadamu dari sisi Kami suatu peringatan (Al Qur'an). Barangsiapa berpaling daripada Al Qur'an maka sesungguhnya ia akan memikul dosa yang besar di hari kiamat," (QS. Thaha {20} : 99-100)

قَدْ جَاءَكُمْ بَصَائِرُ مِنْ رَبِّكُمْ فَمَنْ أَبْصَرَ فَلِنَفْسِهِ وَمَنْ عَمِيَ فَعَلَيْهَا وَمَا أَنَا عَلَيْكُمْ بِحَفِيظٍ

"Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka barangsiapa melihat (kebenaran itu), maka (manfa`atnya) bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta (tidak melihat kebenaran itu), maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku (Muhammad) sekali-kali bukanlah pemelihara (mu)." (QS. Al-An'am {6} ; 104).

Orang yang meninggalkan Al-Qur'an sama halnya dengan orang yang kafir kepadanya, karena dia tidak menerapkan perintah-perintahnya didalam segala tindakannya, tidak bersandar kepada syariatnya, tidak pula menerangi diri dengan ayat-ayatnya.

Perhatikanlah orang yang mencampakkan Al-Qur'an dari hatinya, sebagaimana ia menjadi musuh dirinya sendiri, menjadi bencana bagi keluarga dan negerinya, dan bagaimana ia membiarkan dirinya dipimpin oleh hawa nafsunya, sehingga dia terjerat oleh syahwat.

Betapa harusnya kaum muslimin mengkaji Al-Quran sebagaimana mereka mempelajari urusan rumah, perdagangan dan ladang mereka. Betapa mereka sangat memerlukan sinar Al-Quran guna menyembuhkan berbagai penyakit hati dan membunuh kuman-kuman penyakit mereka. Betapa sengsaranya orang yang lengah akan penyakitnya, meninggalkan obatnya, dan tidak berusaha untuk menyembuhkannya, sehingga tetap sengsara.

Allah memberitahukan bahwa orang yang meninggalkan Al-Qur`an akan menyesal di hari kiamat kelak, karena dia telah berbuat zhalim terhadap dirinya sendiri, tunduk kepada selain Allah, dan berpaling dari Rasul serta kitab-Nya. Pemberitahuan ini diungkapkan didalam firman-Nya :

وَيَوْمَ يَعَضُّ الظَّالِمُ عَلَى يَدَيْهِ يَقُولُ يَالَيْتَنِي اتَّخَذْتُ مَعَ الرَّسُولِ سَبِيلًا(27) يَاوَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلَانًا خَلِيلًا(28) لَقَدْ أَضَلَّنِي عَنِ الذِّكْرِ بَعْدَ إِذْ جَاءَنِي وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِلْإِنْسَانِ خَذُولًا

"Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya, seraya berkata: "Aduhai kiranya (dulu) aku mengambil jalan bersama-sama Rasul." Kecelakaan besarlah bagiku; kiranya aku (dulu) tidak menjadikan sifulan itu teman akrab (ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al Qur'an ketika Al Qur'an itu telah datang kepadaku. Dan adalah syaitan itu tidak mau menolong manusia." (QS. Al-Furqan {25} ; 27-29)

Kita juga berkewajiban untuk berinteraksi dengan baik terhadapnya dengan memahami dan menafsirkannya. Tidak ada yang lebih baik dari usaha kita untuk mengetahui kehendak Allah terhadap kita. Dan, Allah menurunkan kitab-Nya agar kita mentadabburinya, memahami rahasia-rahasianya, serta mengeksplorasi mutiara-mutiara terpendamnya. Tentunya, setiap orang berusaha sesuai dengan kadar kemampuannya.

Kita juga berinteraksi dengan baik terhadap Al-Qur'an dengan mengikuti petunjuknya serta mengerjakan ajarannya. Dan, memutuskan suatu hukum dengan syariatnya serta mengajak manusia mengikuti petunjuknya. Ia adalah metode bagi kehidupan individu, undang-undang bagi aturan politik, serta petunjuk dalam berdakwah kepada Allah Ta'ala.

Sayangnya, di zaman kita sekarang ini, banyak kaum muslimin yang hanya sekedar menghafal huruf-hurufnya, namun tidak memperhatikan ajaran-ajarannya, mereka tidak berusaha untuk mempelajari kandungan isinya. Mereka tidak mampu berinteraksi secara benar dengannya, tidak memprioritaskan apa yang menjadi prioritas Al-Qur'an, tidak menganggap besar apa yang dinilai besar oleh Al-Qur'an, serta tidak menganggap kecil apa yang dinilai kecil oleh Al-Qur'an. Diantara mereka, ada yang beriman hanya dengan melaksanakan sebagian isinya, namun kafir dengan sebagian lainnya, seperti yang dilakukan oleh bani Israil terhadap kitab suci mereka. Begitu pula kaum muslimin di zaman kita ini, mereka tidak mampu berinteraksi secara baik dengan Al-Qur'an, seperti yang dikehendaki Allah. Meskipun mereka mengambil berkah dengan membawanya serta menghias dinding-dinding rumah mereka dengan ayat-ayat Al-Qur'an, namun mereka lupa bahwa keberkahan itu akan didapati, apabila mereka mengikuti dan menjalankan hukum-hukumnya. Hal ini sebagaimana difirmankan oleh Allah :

وَهَذَا كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ مُبَارَكٌ فَاتَّبِعُوهُ وَاتَّقُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

"Dan Al Qur'an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat" (QS. Al-An'am {6} : 155)

Dan tidak ada jalan untuk membangkitkan umat dari kelemahan, keterbelakangan, dan keterpecah-belahan mereka, selain dari kembali kepada Al-Qur'an ini. Dengan menjadikannya sebagai dalil yang memberi petunjuk dan imam yang diikuti. Dan cukuplah Al-Qur'an sebagai petunjuk :

وَمَنْ أَصْدَقُ مِنَ اللَّهِ قِيلًا(122)

"Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?" (QS. An-Nisa {4} ; 122)

Oleh : H. Muhammad Hamdi, MS,

(Mudir / Direktur Ponpes Hafalan Qur'an Mu'allimin Muhammadiyah Sawah Dangka)

'Berhenti Untuk Solat Asar, Tiba-Tiba Dengar Orang Mintak Tolong' - Askar Berani ini Nekad Terjun Tali Air Untuk Selamatkan Mangsa Lemas
siakapkeli.my

Tugas seorang askar adalah melindungi negara dan juga penduduk serta isi-isi di dalamnya. Melindungi tidak bermakna dengan memegang senjata semata-mata, malah termasuk menyelamatkan nyawa apabila seseorang itu berada dalam kesusahan. Dan itulah yang berlaku di satu kampung di Kuantan baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada 2 Februari itu, Lans Koperal Muhammad Idlan bin Jelani sedang menuju ke Dewan Orang Ramai Kg. Semangat Ubai bagi menghantar dan mengambil anggota 12 RAMD serta peralatan sempena Lawatan Tengku Puan Pahang.

Ketika berhenti untuk solat asar di surau berhampiran Dewan Orang Ramai Kg. Semangat, tiba-tiba beliau terdengar jeritan meminta tolong dari arah tali air berhampiran surau berkenaan.

Idlan kemudian terus berlari ke arah tebang tali air lalu mendapati seorang lelaki dalam lingkutan umur 40-an sedang lemas.

Tanpa berlengah, Idlan terus menggapai sebatang kayu berhampiran dan menyelamatkan lelaki terbabit.

Bagaimanapun, kisah itu tidak berakhir di situ sahaja.

Lelaki berkenaan memaklumkan kepada Idlan bahawa anaknya masih berada di dalam air dan Idlan dengan segera terjun bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut.

Kanak-kanak itu berjaya dibawa keluar dari air dalam keadaan selamat dan mangsa diberi rawatan awal oleh jururawat yang berada di Dewan Orang Ramai Kg. Semangat seterusnya dirujuk ke Hospital Pekan bagi rawatan susulan.

Kisah menakjubkan itu dikongsi oleh laman Facebook Kementerian Pertahanan Malaysia dan turut mendapat perhatian Menteri Pertahanan Malaysia, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Saya dimaklumkan kelmarin berlaku kejadian seorang bapa dan anak dari Kampung Semangat, Kuantan yang hampir lemas di sebuah tali air. Bapa dikenali sebagai Mohd Nadzri bin Hassan, manakala anaknya Muhammad Shaqil bin Mohd Nazri."

"Tahniah dan syabas kepada LKpl Muhamad Idlan bin Jelani dari Batalion 12 RAMD Mekanis kerana bertindak pantas menyelamatkan kedua-dua mangsa setelah terdengar jeritan meminta tolong." tulis Hishammuddin.

Sumber: FB Hishammuddin

AGAK2 KORANG CERITA BETUL ATAU REKAAN?
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Lesen halal restoran sebuah hotel ditarik balik

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

Lumut – Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) menarik balik lesen halal sebuah restoran milik sebuah hotel terkemuka di Manjung berikutan timbul keraguan dalam penyediaan daging mentah.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Perak, Yusri Abdul Rani berkata, penarikan sijil berkenaan turut melarang penggunaan logo halal pada restoran terbabit, berkuat kuasa 24 Januari lalu.

"Kita telah memeriksa stok daging mentah di restoran berkenaan dan mendapati pihak restoran telah menukar syarikat pembekal yang membekalkan daging tanpa memaklumkan kepada JAIPk.

"Malah apabila kita periksa latar belakang syarikat pembekal itu, syarikat itu tidak mempunyai Sijil Halal," katanya ketika dihubungi Bernama di sini Selasa.

Yusri berkata pemeriksaan juga mendapati daging-daging yang dibekalkan syarikat pembekal itu tidak dilabelkan mengikut piawaian yang ditetapkan.

"Memang menimbulkan keraguan apabila kesemua daging berkenaan tidak dilabelkan malah dicampur, jadi kita tidak tahu daging apa yang disimpan pihak restoran terbabit," katanya.

Bagaimanapun, Yusri berkata, hotel berkenaan masih boleh memohon semula Sijil Halal sekiranya komited dan melakukan tindakan pembetulan yang mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia.

Sementara itu, Yusri berkata kesemua syarikat dan restoran di Perak yang diberikan pensijilan halal perlu mengisytiharkan kepada JAIPk jika menukar syarikat pembekal bagi memastikan bekalan yang disediakan tidak melanggar peraturan ditetapkan.

"Ini sememangnya kes berat dan setiap syarikat memang telah diberitahu mengenai prosedur tersebut kerana kita mahu memastikan kesemua bekalan mentah adalah halal.

"Kebanyakan syarikat mahu mencari keuntungan dan mereka mengambil jalan mudah menukar syarikat pembekal yang menawarkan harga lebih murah, tanpa pengetahuan JAIPk," katanya. – mStar

Disebabkan Kurang Ilmu Agama, Suami Tercerai Isterinya Pada Malam Pertama, Kerana Ungkapan 'Aku Cerai Kau, Aku Cerai Kau', Yang Berniat Hanya Untuk Dibuat Gurauan
siakapkeli.my

Foto: NasirZin

Alam perkahwinan merupakan satu perjalanan baru buat lelaki mahu pun wanita, di mana mereka akan menjalani kehidupan bersama shingga akhir hayat. Segala susah senang selepas mendirikan rumah tangga akan dilalui bersama, tanda kasih dan saying.

Sebelum mendirikan rumah tangga, kita telah diwajibkan untuk mengahdiri khusus kahwin, di mana pada waktu itu diterangkan ilmu perkahwinan dengan lebih jelas, namun, ramai di antara kita yang tidak ambil serius akan ilmu tersebut.

Berdasarkan kisah dari seorang doktor, iaitu saudara Taufiq Razif, masih ramai di antara pasangan yang sudah berkahwin, tidak mengatahui akan ilmu perkahwinan yang sebenar. Mari kita ikuti perkongsian darinya, akan apa yang yang harus diketahui oleh suami dan isteri.

Tercerai bini masa malam pertama sebab jahil?

Isteri saya yang kerja kat Unit Kecemasan pernah dapat kes isteri diliwat suami sendiri. Rupanya dia bukan dipaksa tapi sengaja nak mencuba. Si isteri tu pulak daripada gaya bercakapnya langsung tak rasa bersalah dengan perbuatannya.

Ni la yang terjadi kalau nak kahwin tapi takde ilmu pasal perkahwinan. Nak kahwin bukan main akad je tau. Banyak benda sebenarnya nak kena tahu. Lebih-lebih lagi untuk si lelaki yang bakal nak jadi suami tu. Nak berkahwin ni bukan cuma perlu ilmu psikologi je. Hukum hakam pun nak kena tahu bang.

a. Perkataan 'Cerai'

Pernah ada satu kes kat Malaysia ni si suami tercerai isterinya masa malam pertama. Nak tahu kenapa? Sebab dia boleh main perkataan 'Aku cerai kau. Aku cerai kau ' dengan isteri dia. Si isteri ni pulak makin kena sakat dengan si suami makin galak dia ketawa. Last-last hati rasa tak sedap. Bila tanya kat tok kadi, terus tok kadi confirm talak dah jatuh dah. Menangis air mata darah pun tak boleh buat apa dah. Dah nampak dah kenapa belajar hukum hakam ni penting kan?

b. Nafkah

Masalah rumahtangga yang paling banyak berlaku adalah si suami tak bagi nafkah. Si suami ni ingat bila isteri dah berkerjaya dan dah ada gaji yang tetap dia sebagai suami dah tak payah nak hulur nafkah dah. Padahal nafkah tu adalah hak mutlak si isteri. Walaupun si isteri seorang CEO Syarikat Perkapalan dan suaminya cuma penjual tempe, nafkah tetap hak mutlak seorang isteri. Kecuali isterinya sendiri yang menghalalkan.

c. Kepelbagaian Jenis Nafkah

Ramai jugak yang salah anggap nafkah ni cuma duit. Padahal nafkah ni termasuk juga ilmu, kebahagiaan dan ketenteraman isteri secara zahir dan batin. Sekali sekala tu ajar la isteri ilmu agama. Kalau tak pandai sangat bukak je Youtube dan dengar ceramah sama-sama. Ada masa free ajak sekali isteri dengar ceramah agama.

d. Hubungan Suami Isteri

Ilmu agama pun termasuk nafkah batin tau. Bukan jima' je dikira nafkah batin ye. Ok, masuk bab hubungan suami isteri pulak. Dah tahu nak kahwin esok lusa jangan la segan-segan nak tanya orang tua bab hubungan suami isteri ni. Orang zaman dulu sebelum kahwin lagi dah siap khatam kitab khusus bab hubungan suami isteri tau. Ilmu kehidupan camni penting sebab ilmu ni la kita akan pakai sampai ke tua. Nak malu buat apa. Benda halal kan. Jangan kau pergi tanya kat public sudah lah.

Kepada yang nak berkahwin seminggu dua lagi ni sempena cuti sekolah ataupun yang dah lama kahwin, saya nak pesan satu benda je.

" Perkahwinan ni bukan ikatan dua jiwa untuk hidup kat dunia je. Ni ikatan yang kau nak bawak sampai ke alam sana dan sampai la ke syurga "

Cuba tenung mata pasangan masing-masing. Cuba tengok betapa cintanya si dia pada diri kita kan. Alangkah bahagia kalau cinta yang ada ni boleh diteruskan sampai kat dalam syurga nanti. Sebab cinta kat sana je nanti yang tak ada penamatnya. Cinta kat dunia akan berpisah tatkala maut menjadi realiti. Tapi cinta yang sejati akan kekal sampai la ke alam sana nanti.

P/ S : Saya Taufiq Razif minta tolong sangat share artikel ni pada pasangan masing-masing. Tapi tolong jangan baca artikel ni sambil mendengar lagu Aiman Tino ye. Sekian.

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 5, 2017 6:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pasaraya Mydin rugi teruk tahun 2016, pertama sejak 60 tahun berniaga
bloglist-malaysia.blogspot
jasduit.com
Posted by Mohd Shubhi

Ini satu peristiwa bersejarah buat Mydin Mohamed Holdings Bhd sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1957. Buat julung kalinya pasaraya terkenal tempatan itu mencatatkan kerugian yang amat teruk pada laporan kewangan berakhir March 2016 yang lalu.

Pertama dalam tempoh 60 tahun berniaga !

Untuk tahun 2017 ini juga nampaknya macam tak berapa nak elok. Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Wira Ameer Ali Mydin, kalau mereka dapat kekalkan jumlah kerugian yang sama untuk tahun 2017 ni, sudah kira bagus !.

Dari kenyataan itu nampaknya dia lebih risau kalau-kalau kerugian akan menjadi lebih teruk lagi pada tahun ini. Ertinya tak payah nak cakap pasal untung lagi. Kekalpun dah bersyukur.

Kenapa Mydin rugi teruk
Sejak Mydin ditubuhkan, ia berkembang dengan amat pesat sekali. Menjadi satu-satunya pasaraya tempatan yang amat besar yang boleh dibanggakan. Kalau orang nak kata dia bukan Melayu, tapi dia mamak, tak kisahlah, sekurangnya dia rakyat Malaysia yang saya yakin berstatus Bumiputera.

Trajedi mengalami kerugian sudah tentu disebabkan berbagai faktor. Dan salah satu penyumbang kepada cabaran tersebut menurut Mydin adalah disebabkan polisi kerajaan yang tidak membantu. Polisi terutamanya terhadap para peniaga peruncitan seperti mereka.

Malang sudah jatuh ditimpa tangga kemudian diberak ke muka dek ayam apabila secara kebetulan kerajaan mula laksanakan sistem GST. Kemudian kerajaan ketatkan pula akta kawal harga dan seumpamanya. Kemudian nilai RM pula teruk menjunam. Semua itu seperti memalitkan gara pada luka.

Ditambah lagi pula dengan kawalan gaji yang kerajaan buat dengan berbagai levi. Kesukaran untuk mendapatkan pekerja asing dari negara lain meningkatkan semua kos operasi pasaraya seperti Mydin.

Mydin terpaksa tarik brake kesemua perancangan pembesaran mereka akibat dari apa yang sedang berlaku sekarang.

Kuasa membeli rakyat makin teruk
Kerajaan kakat mereka berikan BR1M supaya rakyat boleh guna untuk berbelanja dan galakkan ekonomi negara. Nampaknya terbukti itu semua langsung tidak membantu. Jumlah jualan pasaraya Mydin merosot.

Pasaraya seperti Mydin mensasarkan golongan berpendapatan rendah sebagai pelanggan utama mereka. Dan golongan ini sebenarnya berada dalam keadaan yang parah sekarang. Kos hidup meningkat sedangkan jumlah pendapatan macam tidak bergerak langsung.

Kerajaan boleh kata macam-macam. Cari kerja tambahan, kerja lebih masa, buat dua atau tiga kerja dan sebagainya. Tapi masalahnya semua orang hanya ada 24 jam saja sehari. Sampai berapa kerja tambahan rakyat berpendapatan rendah boleh tambah ?

Baca laporan dari sumber asal kat sini.

Walau apapun, jangan risau, be positif, be positif, negara lain rakyatnya jauh lebih teruk...

Mydin records massive loss for FY16, 1st drop since 1957
themalaysianreserve.com
Alifah ZainuddinMonday,

This situation is not unique to the wholesaler sector alone, Ameer adds (Pic by Muhd Amin Naharul/TMR)

Mydin Mohamed Holdings Bhd recorded a huge loss for its financial year ending March 2016 (FY16), the first fall in 60 years.

MD Datuk Wira Ameer Ali Mydin said the retail group would be "lucky" to maintain the same figures this year.

The country's largest hypermarket chain has been profitable with tremendous growth since its inception in 1957, generating an annual policies that have been implemented by the government.

However, last year saw Mydin's same store sales down by 5%, which accounts for approximately RM150 various reasons — including certain policies that have been implemented by the government.

"Unfortunately, a couple of things happened last year. Initially, it was the implementation of the Goods and Services Tax (GST).

"Then, we have the fluctuation of the US dollar rate and more so, the government had also extended the Price Control and Anti-Profiteering Act 2011.

"So in 2015, for the first time in Mydin's history, we reported a massive loss," Ameer told The Malaysian Reserve when contacted recently.
He further noted that the quandary on foreign workers has also "stifled" businesses that depend largely on unskilled labour.

"It is a mess. When you go to supermarkets, the queues are longer and the goods are not on the floor (because of the lack of staff). All these things consumers will notice when they go shopping," he said, adding that it has become difficult to get foreigners to work in Malaysia as the policies are unclear.

Deputy Home Minister Datuk Nur Jazlan Mohamed reportedly said that as of March 2016, the number of foreign workers stood at 1.993 million — a 6% dip from 2.135 million in the previous year.

Nur Jazlan said the decline was attributed to the fact that foreign workers — particularly from Nepal, the Philippines and Indonesia — are able to find jobs elsewhere with better remuneration.

The government had also increased levy rates by RM600 for the construction, manufacturing and services sectors last year. Following that, the Employer Mandatory Commitment (EMC) was to have been introduced on Jan 1, 2017, requiring employers to pay the levy instead of deducting it from the wages of employees.

The EMC was met by protests from employer groups who argued that the change could cost labour-intensive sectors up to RM2 billion annually. The rule has since been deferred to 2018, giving companies time to adjust for the transition.

Ameer said while Mydin's loss was its first, the situation is not unique to the wholesaler sector alone as many other retailers have also reported substantial deficits last year.

According to the Malaysia Retail Industry Report for November 2016, the retail segment cited a disappointing growth rate of 1.9% in retail sales, compared to the same period in 2015.

The report noted that Malaysian consumers have yet to recover from the negative impact of GST introduced by the government on April 1, 2015, as sentiments also weakened due to the rising cost of living.

Ameer added the government's recent decision to reduce the number of cheap sales allowed to four per year did not help either.

"Retailers used to be allowed to have eight cheap sales in a year, five were in the law and three were administrative. Now, we are only allowed four. Three on fixed dates and just one decided by the administration.

"I mean, (the consumers') budget is limited so they can only go to one place. If you decide to go to Zara, what happens to Metro and Jaya Jusco?" Ameer queried.

He said the intent of attracting tourists via fixed sales were commendable, but businesses need to have the flexibility to have sales at different times as part of their strategy.

"The government cannot be getting involved and telling businesses when to do and what to do. The issue is not how much money any one of us can make; the issue is whether we will have enough cashflow to be able to pay our suppliers, our staff and our rental.

"At this point, nobody is thinking of profitability. All of us are thinking of cashflow," he emphasised.

Following its weak performance, Mydin is expected to scale down on its expansion plans across the country with only four new stores anticipated this year.

"We would probably open four this year and maybe another three next year. The rest of our current investment plan is postponed until we see the light at the end of the tunnel," Ameer stated.

The locations of the four new Mydin hypermarkets are in Kuching, Johor Baru and Jengka in Pahang

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Feb 5, 2017 6:17 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Semua Taman Awam, Taman Negara & Taman Negeri Diwartakan Tempat Larangan Merokok Bermula 1 Feb - KKM
siakapkeli.my

Semua taman awam, taman negara dan taman negeri diwartakan sebagai kawasan larangan merokok bermula 1 Februari tahun ini, kata Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

"Bagi maksud perwartaan Taman-Taman Awam, semua kawasan di Taman Awam adalah dilarang merokok kecuali tempat letak kereta terbuka manakala bagi Taman Negara dan Taman Negeri, tiga tempat utama yang menjadi tumpuan orang awam iaitu menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan jarak lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi adalah dilarang merokok." tulis kenyataan itu.

"Selaras dengan pewartaan ini, Peraturan 21 iaitu peruntukan bagi hentian pengangkutan awam tidak berhawa dingin, tempat makan berhawa dingin dan stadium terbuka dengan keluasan satu pertiga kawasan merokok adalah dimansuhkan.

Selain itu kenyataan itu juga berkata semua restoran berhawa dingin adalah seratus peratus kawasan bebas merokok dan mereka yang melakukan kesalahan (merokok di kawasan larangan) akan didenda RM10,000.

"Ini bermakna semua restoran berhawa dingin adalah seratus peratus kawasan bebas merokok. Penambahan kawasan larangan merokok di bawah Peraturan 11 dan pemansuhan Peraturan 21 PPKHT 2004 bertujuan untuk melindungi golongan bukan perokok dari bahaya asap rokok atau lain-lain produk merokok.

"Bagi mereka yang melakukan kesalahan ini akan didenda sebanyak RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun." tulisnya.

Sumber: KP Kesihatan

Wanita Tendang Kanak-Kanak Ketika Pintu Lif Hampir Terkatup Kepit Budak Itu Jadi Viral
siakapkeli.my

Pulau Pinang - Satu video yang merakamkan aksi seorang wanita menendang seorang kanak-kanak menjadi viral setelah ia dimuat naik di laman Facebook Penang Kini.

Lebih dari itu, video terbabit juga turut dimuat naik oleh portal-portal antarabangsa antaranya Daily Mail, Mirror.co.uk, Metro.co.uk dan lain-lain sehingga menerima beribu-ribu perkongsian dari netizen antarabangsa.

Penang Kini dan portal antarabangsa melaporkan wanita itu, yang dipercayai ibu kepada kanak-kanak tersebut, membuat tindakan refleks dengan menendang kanak-kanak itu ketika pintu lif hampir terkatup dikala kanak-kanak terbabit berada di tengah-tengah.

Difahamkan, kejadian itu berlaku di sebuah kompleks di sini.

Bagaimanapun, tiada laporan rasmi mengenai kejadian.

'Tak Faham Kenapa Orang Sibuk Bagitau Lokasi Polis/JPJ Buat Roadblock' - Lelaki ini Tegaskan Mengapa Info Roadblock Tidak Sepatutnya Disebarkan
siakapkeli.my

Boleh dikatakan hampir setiap kali membuka telefon atau media sosial, akan ada sahaja info yang memberitahu lokasi polis membuat sekatan jalan raya (roadblock).

Namun adakah wajar info seumpama itu disebarkan?

Seorang pengguna Twitter, Dr. SiD23 berkata tindakan itu adalah tidak wajar malah dia merasa pelik mengapa info seperti itu mudah sangat disebarkan oleh orang ramai.

Menjelaskan pendiriannya itu, Dr. SiD menyifatkan penjenayah sebagai seseorang yang licik dan sentiasa berfikiran kehadapan. Dan sudah tentu golongan itu sentiasa mencari 'lubang' untuk mengelakkan diri dari dikesan pihak berkuasa.

Salah satu 'lubang' itu sudah tentunya melalui info sekatan jalan raya yang dikongsi oleh orang ramai di media sosial.

Malah Dr. SiD juga berkata dia pernah menemukan peragut yang menggunakan alat talkie walkie untuk berkomunikasi.

Selain itu, Dr. SiD juga turut berkata info-info seperti sekatan jalan raya ini tidak patut diviralkan oleh orang ramai.

"Tujuan roadblock sebenarnya nak kesan kesalahan/penjenayah dengan cegah jenayah. Tapi itulah makin banyak pula yang hebohkan lokasi roadblock" katanya.

Sumber: Twitter Dr. SiD

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Feb 5, 2017 4:53 pm (PST) . Posted by:

zamlope

Tolong keluarkan saya dari emailing list group ini. Nothing to do with automobile, cuma politik murahan yang merosakkan manusia dengan fakta yang dipungut di tepi jalan. Pls do as soon as possible.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: