Tuesday, February 21, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4687[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4687

Messages

Tue Feb 21, 2017 6:26 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



KERAJAAN NAJIB TERUS TIMBULKAN KERAGUAN
bloglist-malaysia.blogspot
mutaligat.blogspot
Posted by Penjana Melaka

Perlantikan Tan Sri Dr Madinah Mohamad sebagai Ketua Audit Negara yang baru menggantikan Tan Sri Ambrin Buang menimbulkan seribu satu keraguan. Macamana rakyat tidak ragu dengan perlantikan itu sama seperti perlantikan Apandi Ali sebagai Peguam Negara tempohari.

Kalau Apandi Ali dulu pernah menjadi pemimpin Umno di peringkat negeri Kelantan, Madinah pula adalah isteri kepada Ketua Umno Bahagian Kepong, Dato Ridzuan Abdul Hamid. Lebih parah lagi Ridzuan dilihat merupakan penyokong tegar Najib, Beliau pernah mengeluarkan kenyataan di mana beliau sanggup mati demi mempertahankan Najib. Ini semua sudah cukup untuk menimbulkan keraguan kepada rakyat.

Sepatutnya kerajaan membuat penelitian yang cermat sebelum membuat perlantikan untuk jawatan-jawatan penting yang memerlukan bukan sahaja kompetensi tetapi juga integriti. Mana mungkin seorang yang membuat hubungan dengan kerajaan dan parti kerajaan dilantik untuk menjawat jawatan yang sepenting itu, Atau mungkin Najib dan kerajaannya sengaja mencari orang-orang 'seperti ini' untuk jawatan tersebut.

Sama seperti pengendalian kes di mahkamah. Hakim yang berintegriti akan menarik diri dari menghakimi sesuatu kes yang melibatkan tertuduh atau di penuduh mempunyai kaitan langsung atau tidak langsung dengan hakim atau magistret.

Perlantikan Madinah bukan sahaja dipersoalkan dari segi integriti tetapi juga dari segi kompetensi. Beliau yang pernah menjadi Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan tidak menunjukkan rekod yang cemerlang semasa perkhidmatannya. Kementerian Pendidikan di bawah pengurusan beliau banyak ditegur oleh Jabatan Audit Negara contohnya projek 1Bistarinet Fasa 1 dan sebagainya.

Sepatutnya kerajaan yang ada hari ini bukan sahaja bersih tetapi juga dilihat bersih dan telus dalam apa juga keputusan yang dibuat.

Kerajaan digesa supaya mengkaji semula perlantikan ini demi masa depan negara dan kepentingan rakyat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 21, 2017 6:26 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Wanita Maut Ditembak Dari Jarak Dekat Ketika Memandu Kereta
siakapkeli.my

Foto: The Star

Georgetown, 21 Feb: Seorang wanita maut ditembak dalam kejadian di Taman Pekaka 1, Gelugor di sini dalam kejadian kira-kira jam 6 petang hari ini.

Menurut Harian Metro, identiti mangsa masih belum dikenalpasti.

Sumber portal itu berkata, ketika kejadian itu berlaku mangsa sedang memandu BMW putih miliknya sebelum dihampiri dua orang lelaki bermotosikal.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa sedang memandu BMW putih miliknya sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.

"Suspek kemudian melepaskan lebih tujuh das tembakan dan tiga daripadanya terkena kepala mangsa.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian," katanya

Sementara itu, satu video yang tersebar di media sosial yang dipercayai memaparkan bagaimana kereta BMW merempuh sebuah kereta ketika kejadian.

Keratan gambar dari video yang tersebar.

Sumber: Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 21, 2017 6:27 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Langkah Kajang: Tindakan PAS (TG Haji Abdul Hadi dan TG Nik Abdul Aziz) Ternyata Benar

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net/


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyamakan penyingkiran Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dengan "Langkah Kajang" pada 2014.

Beliau berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagi pihak Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Anwar mengakui Langkah Kajang bertujuan menjadikan beliau menteri besar Selangor, yang diusahakan PKR dengan menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar berkata, keputusan dibuat bahawa seseorang pemimpin kanan patut menggantikan Khalid dan langkah itu termasuk menggantikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lee Chin Cheh.

Shafee: Niat awalnya untuk letakkan kamu sebagai calon, tetapi ini tidak berlaku?

Anwar: Ya, tidak berlaku.

Shafee: Akhirnya, calon lain diletakkan?

Anwar: Ya, kami putuskan seorang yang kanan daripada beliau (Lee), iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang kami lihat Khalid juga turun berkempen.

Shafee: Kamu setuju dalam Langkah Kajang, Khalid baut kenyataan tidak setuju dengan langkah itu?

Anwar: Sudah tentu, kerana dia tidak mahu lepaskan jawatan itu.

Shafee juga bertanya sama ada Khalid tersinggung kerana merasakan dikhianati oleh partinya.,

"Ada perbezaan pandangan berkaitan pengurusan. Saya seorang pemimpin yang bertanggungjawab.

"Ia berlaku di mana-mana, malah di Pahang dan juga Kedah, yang melibatkan (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir).

"Perubahan ini juga melibatkan kepimpinan Umno," katanya.

Mukhriz disingkirkan tahun lalu selepas bapa beliau Mahathir Mohamad melancarkan serangan keras dan bertubi-tubi terhadap Datuk Seri Najib Razak, terutamanya dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion.

Manakala Langkah Kajang adalah punca retaknya Pakatan Rakyat dan PAS menerima tekanan kerana semua suara cuba menjadikan PAS sebagai 'kambing hitam' atas langkah ini.

Pembohongan demi pembohongan dan reka cerita kesalahan TS Khalid Ibrahim tersebar dan mereka sanggup membohongi rakyat atas isu ini.

Rafizi membohongi rakyat kononnya, langkah Parti Keadilan Rakyat mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang dan meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon bagi pilihan raya kecil kawasan itu adalah satu strategi radikal untuk menawan Putrajaya. Dia mendedahkan kononnya UMNO merancang untuk mengambil alih Selangor. Dengan air mata Rafizi kata demi untuk selamatkan Selangor kami terpaksa mengerakkan Langkah Kajang.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 21, 2017 6:27 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



SEBELUM KORANG NAK BUAT KENDURI KAHWIN BACA DULU NASIHAT PAKCIK NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 21, 2017 6:28 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Tak Perlu Bahas atau Gaduh Berapa Yang Hadir H355 - Tuan Ibrahim

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


KUALA LUMPUR - "Bala tentera Firaun lebih ramai dari Nabi Musa dan pengikutnya," kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Justeru, katanya, dakwaan penentang Himpunan 355 di ibu negara semalam bahawa tidak ramai menyertai perhimpunan itu dianggap tidak relevan.

Tegasnya, hukum Allah S.W.T tetap wajib dilaksanakan bukan kerana ramai yang menyokong, tetapi kerana ia adalah perintah Allah.

"Sejak semalam ramai yang meneka berapa jumlah kehadiran peserta Himpunan 355.

"Tak perlu bergaduh dengan jumlah kerana ratusan ribu atau jutaaan lagi penyokong yang tidak dapat hadir, begitu juga yang menentang.

"Kebenaran bukan kerana ramai yang sokong, kerana bala tentera Firaun lebih ramai dari Nabi Musa dan pengikutnya. Demikian Nabi Nuh berbanding penentangnya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Malah, Tuan Ibrahim berkata, angka cuma gambaran lahiriah, namun iman menuntut keyakinan walau seorang diri.

"Kebenaran perlu diajak dan kebatilan perlu ditentang walau seorang diri. Teruskan tabah, sabar dan istiqamah mempertahankan syariat Allah," katanya.

PAS mengadakan Himpunan 355 di ibu negara semalam bagi menunjukkan sokongan umat Islam ke atas cadangan meminda Akta 355 bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

Usaha PAS itu dikecam gabungan parti pembangkang Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).

Pakatan Harapan mendakwa usul itu merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hudud yang menindas, zalim, kuno dan bercanggah dengan Perlembagaan Negara.

Berikutan itu, beberapa pemimpin Pakatan Harapan mengadakan ceramah di seluruh negara meminta rakyat menolak pindaan Akta 355 dan turut dibantu netizen pro-Pakatan Harapan.

Malah, Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut mengecam cadangan meminda Akta 355 di Facebook beliau dengan mendakwa hukum hudud dipermainkan oleh PAS untuk kepentingan politik.

Sehubungan itu, PAS mengadakan Himpunan 355 di ibu negara yang disertai puluhan ribu peserta bagi menunjukkan sokongan umat Islam ke atas usaha berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

RUU355 bukan untuk menghukum

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Jangan bimbang tentang undang-undang Islam kerana ia bukan bersifat menghukum, sebaliknya bersifat mendidik.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Albakiri berkata, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang turut dikenali Akta 355 yang digariskan bertujuan mengharmonikan peranan Islam, penuh dengan toleransi dan kesaksamaan.

"Apa yang kita lakukan tidaklah sempurna. Tetapi kita kini sedang menuju ke arah kesempurnaan.

"Kita sama-sama menghargai kedaulatan undang-undang negara," katanya menerusi ucapannya pada Himpunan 355 di Padang Merbok, malam tadi.

Pada 24 November lepas, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian iaitu Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat untuk memperkasakan mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Difahamkan, RUU itu bagi meminda akta 355.

Menurut beliau lagi, institusi mahkamah syariah perlu diperkasakan demi agama Islam dan ALLAH.

"Apa yang termaktub dalam al-Quran adalah untuk semua bangsa dan agama tidak kira warna kulit, kerana semuanya milik ALLAH," katanya lagi.

Himpunan Bantah RUU 355 Cuma Ada 100 Peserta

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

PETALING JAYA – Sekitar 100 orang sahaja membanjiri dataran Taman Jaya di sini membantah keras pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Kumpulan tersebut majoritinya bukan Islam memenuhi kawasan tersebut bermula pukul 3 petang sebelum bersurai dua jam kemudian sebagai tindak balas terhadap Himpunan RUU 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur hari ini.

Jurucakap perhimpunan anti-RUU 355 yang dianjurkan sebuah badan bukan kerajaan dikenali sebagai Bebas, Azrul Mohd. Khalib dipetik satu portal propembangkang sebagai mengesahkan jumlah kehadiran cukup luar biasa itu.

Meskipun tidak pula menyebabkan sebarang kesesakan jalan raya, beberapa anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dilaporkan berjaya mengawal keadaan bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini berlaku.

Perhimpunan cukup lesu itu menampilkan beberapa aktivis masyarakat yang memang diketahui sebagai pejuang hak LGBT, agenda pluralisme dan liberalisme tampil menyampaikan ucapan kononnya mereka bukan anti-Islam.

Antaranya peguam Siti Kassim, Nik Elin Nik Rashid dan Haris Ibrahim. Peserta yang hadir pula kelihatan santai mungkin kerana cuaca agak panas terik selain ada tegar memegang kain sepanduk rentang sebagai tanda sokongan.

Tiada kehadiran pemimpin pembangkang terutama DAP yang diketahui memprotes keras pindaan RUU 355 waima bertujuan memperkasakan bidang kuasa mahkamah syariah dan tiada kena-mengena pun dengan bukan Muslim.

Beberapa peserta dilaporkan juga dengan angkuh yakin pindaan itu akan gagal diluluskan di Parlimen sekali gus memastikan Malaysia dapat mengamalkan rejim undang-undang sekular ala Barat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 21, 2017 6:29 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Kami Tak Percaya Anda!! Dari Duta Korea Utara Kepada Malaysia
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Pyongyang hari ini membidas pihak berkuasa Malaysia yang membuat pendirian bercanggah berhubung penyiasatan pembunuhan kematian abang pemimpin Korea Utara, berkata ia tidak mempercayai siasatan polis Malaysia.

Duta Korea Utara, Kang Chol menjelaskan, pihaknya kesal apabila tidak dimaklumkan tentang siasatan dilakukan polis terhadap rakyatnya.

"Sudah 7 hari sejak kejadian berlaku, tetapi tidak ada bukti kukuh sebab kematian dan pada masa ini, kami tidak mempercayai siasatan dijalankan polis walaupun keputusan bedah siasat akan diketahui.

"Sebaliknya, ia hanya menambahkan lagi rasa ragu-ragu kami kemungkinan ada pihak lain yang terlibat di sebalik siasatan ini," katanya dalam satu sidang media, di Kedutaan Korea Utara, di Jalan Batai, hari ini.

Sebelum ini, Wisma Putra bertindak memanggil Kang ekoran kenyataannya yang mendakwa Putrajaya "menyembunyikan sesuatu" serta "berpakat dan bersekongkol dengan pihak luar".

Kementerian Luar berkata, tuduhan Kang sebagai tidak berasas dan sekaligus mencemarkan reputasi negara ini.

Malaysia sebaliknya, memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara telus ke atas kematian Kim Jong Nam dan memaklumkan perkembangan siasatan itu kepada Kedutaan Korea Utara.

Sewaktu sidang media dijalankan, Kang dilihat tidak menggelarkan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un itu sebagai Jong Nam sebaliknya memanggilnya sebagai Kim Chol.

Bagi menyelesaikan perkara itu, Korea Utara mencadangkan pihaknya diberikan peluang terlibat dalam siasatan dilakukan polis.

"Kami mencadangkan agar siasatan bersama dilakukan agar perkara ini lebih jelas. Jika Malaysia bersetuju dengan cadangan kami, kami akan mengutuskan deligasi peguam," katanya.

Selain itu, Korea Utara juga meminta agar pihaknya diberikan peluang bertemu 2 suspek yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan Jong Nam.

"Ada sesetengah pihak yang menyatakan 2 suspek itu diarahkan pihak lain. Kami berminat untuk mendengar sendiri daripada suspek bagi mengetahui siapakah yang mengarahkannya," katanya.

Tambah Kang, tindakan polis menyimpan mayat Jong Nam terlalu lama juga dilihat sebagai motif politik dan dilihat seolah-olah bekerjasama dengan Korea Selatan.

"Media Korea Selatan melaporkan kematian warga Korea Utara dengan nama lain sehari selepas kejadian. Kami pula dimaklumkan polis Malaysia pada keesokan petang tentang kematian itu.

"Bagaimana mungkin Korea Selatan dapat mengeluarkan laporan tentang kematiannya dengan nama lain sebelum kami tahu?" katanya.

Kang berkata, tindakan polis yang tidak memakai seragam polis menyerbu kediaman rakyatnya dan menahan tanpa sebarang waran atau bukti jelas melanggar hak asasi manusia.

"Mereka juga menyiarkan di televisyen tentang kejadian penahanan itu. Ini dikira pelanggaran hak asasi manusia yang besar.

"Malah mereka turut mengacukan pistol ke arah ahli keluarga untuk mengugut nyawa mereka dan memukul anak lelakinya di rumah. Ini pelanggaran hak asasi manusia yang hanya dilihat di dalam filem geng Amerika Syarikat," katanya.

Isnin lalu, Jong Nam yang dijadualkan berlepas ke Macau pada jam 9 pagi itu, didatangi 2 wanita yang menyembur sejenis cecair dan menyerkup mukanya dengan sehelai kain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Abang sebapa kepada pemimpin Korea Utara itu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan klia2 lapor FMT

Empat Berlepas Dari KL Sejam Selepas Pembunuhan - Sumber

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net/

KUALA LUMPUR: Tempat itu dipenuhi orang ramai termasuk anggota polis bantuan, namun tiada siapa menyedari perbuatan dua wanita yang menekup muka Kim Jong-nam dengan kain mengandungi cecair beracun.

Tiada siapa, pastinya, kecuali empat warga Korea Utara yang duduk di sebuah restoran berhampiran menyaksikan keseluruhan insiden itu.

Sumber syarikat penerbangan memberitahu Bernama, mereka berlepas dengan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jakarta pada 9.50 pagi, kira-kira sejam selepas pembunuhan itu.

Seorang pelayan restoran berkata dia dan rakan setugasnya tidak mengesyaki apa-apa yang tidak kena.

"Ketika itu waktu puncak. Saya tidak fikir ada antara kami yang memberikan perhatian khas kepada mana-mana orang. Kami hanya menyedari keempat-empat mereka berada di restoran kami selepas melihat rakaman CCTV," katanya.

Seluruh kawasan itu diliputi CCTV yang membolehkan polis mengesan dua wanita itu.

Juga daripada rakaman CCTV polis mengenal pasti empat suspek warga Korea Utara itu yang duduk kira-kira 50 meter dari kedudukan Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, semasa Jong-nam diserang.

Jadi, kenapa wanita berkenaan melakukan tindakan itu dan di tempat yang disedari mereka bahawa perbuatan mereka itu akan dirakamkan?

Lagipun, hasil pemerhatian dua pemberita Bernama ini, kedudukan CCTV dapat dilihat dengan jelas oleh orang awam, dan ia meliputi kawasan kaunter maklumat dan daftar masuk, tempat perbuatan itu dilakukan pada kira-kira 8.20 pagi Isnin.

Jenayah itu dilakukan di aras tiga Lapangan Terbang Antarabangsa Kl 2 (klia2), pada jarak kira-kira 50m dari kaunter maklumat dan restoran bersebelahannya.

Ia hanya mengambil masa 2.33 saat untuk meracuni Jong-nam, yang meminta bantuan di kaunter maklumat itu sebelum dibawa ke klinik perubatan Menara di aras dua.

Menjejaki laluan digunakan Jong-nam dan dengan mengambil kira keadaannya, kami mendapati beliau perlukan 10 hingga 15 minit untuk turun ke aras dua dari aras tiga dengan melalui aras 2M.

Bagi dua wanita itu, pergi ke aras tiga untuk ke stesen teksi mengambil masa kira-kira 15 ke 20 minit.

Ini dengan mengandaikan bahawa mereka sudah biasa dengan kawasan klia2, yang amat besar dan mengelirukan dengan terdapat banyak eskalator menuju ke lokasi berbeza.

Menurut laporan, dua wanita itu memberitahu polis mereka telah berlatih beberapa kali melakukan tindakan menekup muka Jong-nam dengan kain dan kemudian melarikan diri, mempercayai semua itu hanya untuk main-main.

Keempat-empat lelaki itu dipercayai dalang pembunuhan dan disahkan telah keluar dari negara ini dan dilaporkan sudah berada di Korea Utara.

Imigresen Indonesia menyatakan keempat-empat mereka telah berlepas dari Jakarta ke Dubai pada 10.20 malam waktu tempatan pada Isnin.

Jong-nam sedang menunggu untuk menaiki penerbangan ke Macau semasa beliau diserang.

Jong-nam, yang menggunakan pasport atas nama Kim Chol, meminta bantuan di kaunter khidmat pelanggan dan segera dibawa ke Hospital Putrajaya tetapi meninggal dunia dalam perjalanan.

Duta Korea Utara Mungkin Berdepan Hukuman Bunuh
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Duta Korea Utara, Kang Chol yang semalam membidas pihak berkuasa Malaysia dalam penyiasatan kematian Kim Jong Nam, berdepan hukuman tembak mati di negaranya sekiranya gagal memperlihatkan ketegasan dalam mewakili regim Pyongyang, menurut seorang diplomat veteran.

Kemungkinan itu sesuatu yang pernah berlaku, menurut bekas duta besar Malaysia ke China, Datuk Dennis Ignatius, menulis dalam FMT hari ini.

"Sekiranya beliau tidak tampak bersungguh-sungguh dan teliti dalam mempertahankan regimnya, beliau mungkin menerima nasib sama duta sebelum ini yang ditembak oleh pasukan skuad penembak selepas dipanggil balik dari Kuala Lumpur," kata Dennis yang mempunyai lebih 3 dekad pengalaman diplomatik, dan mewakili misi Malaysia ke Beijing pada 1980-an yang turut bertanggungjawab dalam hubungan dengan Korea Utara.
Pada awal 2014, bekas duta Korea Utara ke Malaysia, Jang Yong Chol, dihukum tembak mati oleh regim Korea Utara.

Yong Chol merupakan anak saudara kepada Jang Song Thaek, bapa saudara diktator Korea Utara Kim Jong Un. Song Thaek dihukum bunuh bersama-sama seluruh anggota keluarganya termasuk 2 anak lelakinya pada Disember 2013.

Dennis berkata kebimbangan ini menyebabkan Kang Chol terpaksa mengambil pendekatan lebih drastik dengan mengecam Malaysia.

"Susah membayangkan beliau meneruskan jawatannya… Itulah bahaya yang menunggu kakitangan perkhidmatan diplomatik Korea Utara,"
Semalam, Kang Chol yang selama ini enggan bercakap kepada media, membacakan kenyataan akhbar membidas kerajaan Malaysia, sambil berkata pihaknya tidak yakin dengan sebarang penyiasatan terhadap Jong Nam, abang tiri kepada diktator Jong Un, yang dipercayai dibunuh oleh agen upahan Pyongyang.

Rakaman video menunjukkan Jong Nam diserang 2 wanita dipercayai agen upahan Pyongyang, ketika berlegar di lapangan terbang tambang murah klia2 di Sepang, pada 13 Februari.

Permintaan Korea Utara sebelum ini supaya Malaysia menyerahkan mayatnya ditolak.

Semalam, Kang Chol mempersoalkan keputusan Malaysia melakukan bedah siasat dan mengingatkan Putrajaya yang Jong Nam memegang pasport diplomatik.

Dennis bagaimanapun menjelaskan, alasan Jong Nam memegang pasport diplomatik boleh dipersoalkan memandangkan akreditasi diplomatik itu tidak diiktiraf secara rasmi di Malaysia.

"Maksudnya, Malaysia mempunyai hak menentukan pelbagai kaedah menangani kes ini," kata Dennis menulis dalam FMT.

Beliau turut mengingatkan kes kematian Jong Nam turut melibatkan dimensi hubungan antara Korea Utara dan China.

Beijing selama ini memberikan perlindungan kepada Jong Nam, walaupun negara itu menghulurkan pelbagai bantuan ekonomi kepada regim Korea Utara yang berdepan sekatan antarabangsa. Menurut Dennis, pembunuhan Jong Nam sudah pun menerima reaksi keras daripada Beijing yang bertindak mengharamkan import arang daripada Korea Utara.
Beliau menambah, Malaysia juga perlu berhati-hati disebabkan hubungan rapatnya dengan China.

Beliau sekali lagi mempersoalkan Malaysia kerana masih mengekalkan kedutaannya di Pyongyang, sambil berkata hubungan itu tidak mendatangkan sebarang keuntungan kepada Malaysia.

"Tak ramai rakyat Malaysia yang membayar cukai akan hampa sekiranya kedutaan Malaysia di Pyongyang ditutup terus," kata Dennis.
MSN

Kes Bunuh Kim Jong Nam Makin Rumit
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Kes Bunuh Kim Jong Nam Makin Rumit. Duta Besar Malaysia di Pyongyang, Mohamad Nizan Mohamad mempertahankan siasatan polis dalam kes pembunuhan Kim Jong Nam.

Bercakap di Beijing hari ini ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Nizan dipetik Associated Press (AP) sebagai berkata, siasatan sedang dijalankan secara adil.

Katanya, Malaysia tidak mempunyai sebab untuk berpihak kepada sesiapa dalam kes itu dan akan bertindak "sangat objektif dan adil kepada semua orang".

Kes Bunuh Kim Jong Nam Makin Rumit.

Semalam, Putrajaya memanggil Nizan pulang ke Kuala Lumpur "untuk rundingan", beberapa jam sebelum tuduhan dilemparkan duta Korea Utara terhadap siasatan Malaysia berhubung kematian Jong Nam.

Kang Chol yang dipanggil ke Wisma Putra untuk menjelaskan dakwaan kononnya Malaysia "menyembunyikan sesuatu" dalam kes Jong Nam berkata, Pyongyang tidak percaya siasatan Malaysia kerana ia "bermotifkan politik".

Kang berkata, jika Jong Nam dibunuh seperti dakwaan pelbagai pihak, Malaysia perlu bertanggungjawab sepenuhnya.

Kes Bunuh Kim Jong Nam Makin Rumit
Beliau turut mengkritik Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat dakwaan palsu berhubung identiti Jong Nam dan menuduh Malaysia bersekongkol dengan kerajaan luar.

Katanya, permintaan Malaysia untuk menjalankan bedah siasat ke-2 yang disifatkannya "cubaan merosakkan mayatnya (Jong Nam)" melanggar hak asasi manusia dan menunjukkan "betapa terdesaknya mereka untuk menyalahkan kami".

Pertikaian dengan Korea Utara bermula apabila Malaysia menjalankan bedah siasat ke atas mayat Jong Nam, sekalipun ditentang Pyongyang dan enggan menyerahkan mayatnya sehingga waris tampil memberikan sampel DNA mereka.

Kes Bunuh Kim Jong Nam Makin Rumit
Abang sebapa kepada diktator Korea Utara, Kim Jong Un, itu dilaporkan dibunuh 2 wanita ketika menunggu penerbangan pulang ke Macau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, pada 13 Februari lalu. - fmt

Pembunuhan Jong-nam: Tombo Enterprise Nafi Menggaji Suspek

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net/

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan Tombo Enterprise Sdn Bhd, Chong Ah Kow menafikan warga Korea Utara Ri Jong Chol, suspek lelaki dalam kes pembunuhan Kim Jong-nam, yang ditahan Sabtu lepas, bekerja dengan syarikatnya seperti yang dilaporkan media.

Chong berkata Jong Chol adalah orang perantaraan bagi menjalankan urusan perniagaan berkaitan produk kesihatan merawat kanser kepada syarikatnya yang beroperasi di Cheras sejak 2013.

"Saya mengenali Jong Chol melalui pakciknya Dr Mun Ho, seorang saintis di Korea Utara yang memperkenalkan anak saudaranya itu pada 2013 selepas berbincang mengenai produk ekstrak cendawan bagi merawat kanser sekitar 1998 hingga 2000," katanya kepada wartawan yang berkumpul di pejabatnya petang Isnin.

Syarikat itu menjadi tumpuan petugas media berikutan laporan media yang menyatakan Jong Chol bekerja di Jabatan Teknologi Maklumat, Tombo Enterprise Sdn Bhd.

Beberapa wartawan asing turut berada di premis syarikat itu untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Chong, yang tenang menjawab soalan yang diutarakan petugas media, menjelaskan kali terakhir beliau berhubung dengan Jong Chol adalah melalui aplikasi WhatsApp pada Jumaat, sehari sebelum lelaki Korea Utara itu ditahan polis.

Menurut Chong, komunikasi melalui WhatsApp itu bagaimanapun dilakukan dengan bantuan anak perempuan Jong Chol, yang bertindak sebagai penterjemah bagi bapanya kerana Jong Chol tidak fasih berbahasa Inggeris.

Chong turut menunjukkan telefon bimbitnya yang memaparkan mesej WhatsApp berbahasa Inggeris antara mereka, yang tertera selama tiga hari sejak Khamis hingga Sabtu.

Chong menegaskan syarikatnya tidak pernah menggaji Jong Chol sebaliknya hanya membantu menguruskan visa kerjanya untuk menjalankan perniagaan di Malaysia pada 2013.

Menceritakan peribadi Jong Chol sepanjang dikenalinya, Chong yang pernah bertemu Jong Chol beberapa kali menyifatkan lelaki itu seorang yang sederhana, rendah diri dan lemah lembut.

"Sepanjang urusan dengannya, Jong Chol selalu membawa anak perempuannya berumur lingkungan 20-an yang menuntut di Help University di sini, untuk bertindak sebagai penterjemah setiap perbualan kerana dia (Jong Chol) tidak tahu berbahasa Inggeris.

"Saya amat terkejut apabila mengetahui Jong Chol ditahan polis Sabtu lepas kerana dipercayai terlibat dalam kes kematian Kim Jong-Nam," katanya.

Chong berkata beliau hanya berurusan dengan Jong Chol atas urusan perniagaan.

"Syarikat saya mahu mengambil peluang perniagaan dalam import dan eksport terutama produk minyak sawit dan ekstrak herba, tetapi sehingga kini tiada transaksi sebenar berlaku kerana harga produk belum dipersetujui," katanya.

Sehingga kini, polis sudah menahan tiga suspek lain termasuk dua suspek wanita iaitu warga Vietnam Doan Thi Huong, 28, dan warga Indonesia Siti Aisyah, 25, yang ditahan reman sehingga Rabu.

Seorang lelaki warga tempatan Muhammad Farid Jalaluddin, 26, dipercayai teman lelaki Siti Aishah, telah ditahan sebelum ini, untuk membantu siasatan.

Jong Chol direman sehingga Jumaat bagi membantu siasatan.
Isnin lepas, Jong-nam dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunakan nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Video Kes Bunuh Jong-Nam Mula Tersebar

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net/

SHAH ALAM - Sejak malam tadi, sebuah video yang memaparkan pembunuhan seorang warga Korea Utara, Kim Jong-Nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) oleh sebuah stesen televisyen asing.

Video berdurasi tiga minit itu memperlihatkan dua wanita yang kini ditahan polis menghampiri Jong-Nam lalu mencekik dan menekap sesuatu di muka Jong-Nam.

Keadaan berlaku begitu pantas, kurang daripada tiga saat. Menerusi video berkenaan, dapat dilihat Jong-Nam sempat membuat aduan kepada pegawai dan dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.

Namun, abang kepada pemimpin Korea Utara ini rebah sebelum diusung ke masuk ke bilik rawatan.

Duta Malaysia Diarah Pulang, Duta Korea Utara Beri Penjelasan

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net/

PUTRAJAYA: Malaysia pada Isnin memanggil pulang Duta Besarnya di Pyongyang untuk proses perundingan dan mengarahkan Duta Besar Korea Utara di Malaysia Kang Chol, untuk memberi penjelasan mengenai kenyataannya berhubung kematian Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un.

Kementerian Luar mendedahkan perkara itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

Katanya, Kang Chol telah bertemu dengan Timbalan Ketua Setiausaha Hal Ehwal Dua Hala, Raja Nushirwan Zainal Abidin kira-kira sejam 30 minit, berikutan tuduhan yang dinyatakan beliau pada satu sidang akhbar Jumaat lalu.

Menurut kenyataan Wisma Putra itu, Kang Chol dalam sidang akhbar berkenaan telah memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai "sesuatu untuk disembunyikan" dan mendakwa Malaysia "berpakat dan bersekongkol dengan kuasa-kuasa luar" dalam pengendalian kes kematian seorang warga Korea Utara pada 13 Februari lalu.

"Kerajaan Malaysia menganggap kritikan yang dibuat oleh Duta Besar Korea tersebut sebagai tidak berasas.
"Kerajaan Malaysia mengambil serius atas segala tuduhan yang dilemparkan bertujuan untuk mencemarkan reputasi negara," katanya.

Pada 13 Februari lalu, Kim Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) sementara menunggu penerbangannya ke Macau apabila seorang wanita menekup mukanya dengan sehelai kain yang dipercayai mengandungi cecair beracun.

Beliau yang dipercayai tiba di Malaysia dari Macau pada 6 Februari menggunakan nama Kim Chol dalam pasportnya, mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas mengadu kurang sihat kepada petugas di lapangan terbang itu dan diberi rawatan awal di klinik di situ.

Dalam kenyataan sama, Wisma Putra menekankan bahawa memandangkan kematian itu berlaku di Malaysia dalam keadaan yang mencurigakan, maka adalah menjadi tanggungjawab kerajaan Malaysia untuk menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kematian.

Ia berkata, penyiasatan kes ini telah dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan di bawah undang-undang Malaysia.

Kedutaan Besar Korea Utara turut dimaklumkan bahawa kematian itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat perlu dijalankan, kata Wisma Putra.

"Kerajaan Malaysia melaksanakan penyiasatan secara telus. Kedutaan juga akan dimaklumkan tentang perkembangan yang berkaitan dengan penyiasatan tersebut dan juga proses yang terlibat di bawah undang-undang Malaysia," katanya.

Wisma Putra berkata, kedutaan itu juga telah dimaklumkan bahawa sebaik sahaja siasatan selesai, mayat akan diserahkan kepada pihak waris mengikut undang-undang dan prosedur yang sedia ada di Malaysia.

Sebelum itu, kenderaan rasmi Kang Chol kelihatan memasuki perkarangan Wisma Putra pada 9.55 pagi dan meninggalkan tempat itu pada 11.30 pagi.

Hampir 50 wakil media tempatan dan asing mula berkumpul di pintu masuk Wisma Putra seawal 7 pagi selepas berita mengenai Kang Chol dipanggil berjumpa dengan wakil Kementerian Luar pada Isnin.

Wakil media yang menunggu di luar cuba mendapatkan reaksi Kang Chol di pintu keluar dengan mengetuk cermin dan pintu kenderaan namun kenderaan rasmi kedutaan itu tidak berhenti. - Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from ~:eSpAcE9808:~
1 of 1 File(s)

Tue Feb 21, 2017 6:29 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



KORANG TIDAK AKAN JUMPA FAKTA MACAM NI DALAM MALAYSIA KINI DAN PORTAL YANG SEALIRAN DENGANNYA...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 21, 2017 6:31 am (PST) . Posted by:

"~:eSpAcE9808:~" rienacom



Elak Orang Ramai Menjadi Mangsa, BNM Kongsi Cara Untuk Kenal Pasti Antara Wang Kertas Palsu Dan Tulen
siakapkeli.my

Dengan kecanggihan teknologi juga sistem yang ada, sudah pasti terdapat lambakan produk yang terhasil, dan dari situ juga akan muncul produk tiruan atau palsu yang dapat meniru seakan-akan produk yang sebenar, dan ianya hanya boleh dikesan jika kita meneliti dengan sebaiknya.

Begitu juga dengan wang palsu, di mana ada pihak, atau insan yang tidak bertanggungjawab telah memalsukan wang tersebut dan dengan sewenang-wenangnya menggunakannya begitu sahaja dengan membeli barang, menukar wang di kedai, atau membuat sesuatu pembayaran, dengan niat untuk mendapatkan wang asli (original).

Mungkin masih ada lagi wang palsu di luar sana yang berlegar-legar, dari tangan ke tangan, mana tahu, kita sendiri memilikinya tanpa kita sedar, dan untuk mengetahuinya, kita seharusnya cek dengan teliti. Juga sekiranya kita mencurigai akan wang kertas yang diterima, kita boleh lakukan langkah-langkah yang dikongsikan oleh laman Bank Negara Malaysia ini.

Mari kita ikuti apa yang seharusnya kita lakukan jika menerima wang palsu.

Mengenai Wang Kertas Yang Dikatakan Palsu di ATM

Apabila menerima wang kertas yang disyaki palsu, orang ramai dinasihati untuk mengambil langkah-langkah seperti yang terdapat dalam imej yang dilampirkan.

Sekiranya anda mengesyaki wang kertas yang diterima daripada institusi kewangan, termasuk ATM, adalah palsu, sila hubungi institusi kewangan tersebut atau Bank Negara Malaysia. Kami akan mengambil tindakan terhadap mana-mana maklumat khusus yang dimaklumkan kepada kami.

Langkah-langkah yang perlu diambil apabila menerima wang kertas yang disyaki palsu

Wang kertas palsu tidak mempunyai nilai. Sekiranya anda mengesyaki ketulenan wang kertas semasa melakukan transaksi, ikuti langkah-langkah mudah ini:

1. Pegang wang kertas yang disyaki palsu seminimum yang boleh.

2. Jangan tulis pada, rosakkan, koyak atau ubah suai wang kertas yang disyaki palsu.

3. Jangan edarkan semula wang kertas yang disyaki palsu.

4. Masukkan wang kertas yang disyaki palsu ke dalam sampul surat atau plastik bertutup dan gamkan sampul surat atau plastik tersebut.

5. Catat semua butiran pada kertas yang berasingan mengenai bagaimana anda menerima wang kertas yang disyaki palsu itu.

6. Buat laporan polis secepat mungkin.

Bagaimana pula untuk kita mengetahui apakah perbezaan wang palsu dan wang asli? Anda boleh merujuk pada gambar di bawah untuk memeriksa ciri-ciri keselamatan yang terdapat pada wang kertas, atau boleh klik pada pautan ini.

1. Ukir Benam

2. Tanda Air Digital

3. Angka 100 - Dilihat Melalui Cahaya/Lampu Putih

4. Garisan Gelap

5. Gambar Bunga Raya

6. Jalur Berwarna Emas

7. Huruf Yang Terukir Benam

8. Gunung Kinabalu

9. Tulisan Dan Logo

10. Merah, Kuning dan Biru

Sekiranya anda mengeluarkan wang dari mesin ATM, dan mendapati wang tersebut adalah palsu, dan siasatan mendapati wang tersebut terbukti dikeluarkan oleh sesebuah mesin ATM, anda boleh menuntut ganti rugi daripada pihak bank yang mengendalikan mesin ATM tersebut.

- Siakap Keli

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Tue Feb 21, 2017 4:14 pm (PST) . Posted by:

"ahmad sopuan Abdullah"

---------- Forwarded message ----------
From: '~:eSpAcE9808:~' rienacom@yahoo.com.sg [automobil] <
automobil@yahoogroups.com>
Date: 2017-02-21 22:29 GMT+08:00
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Cara Kenal Pasti Wang Kertas
Palsu Dan Tulen
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>



*Elak Orang Ramai Menjadi Mangsa, BNM Kongsi Cara Untuk Kenal Pasti Antara
Wang Kertas Palsu Dan Tulen*
siakapkeli.my

<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4uThm_7EFhOlykve7APGK28CaguWcfk2HhgVeBYo-JWb55zPJ70odb-L0YlengkTx7OY0cqWxl2vDnIB1d0frRdq2OW2gncxnlkDSB2OODaH8Ro_67l73EvYIsdnliagQlCOqaCAOgv8/s1600/alert-indian-atms-face-new-attacks-showcase_image-6-a-8035.jpg>

Dengan kecanggihan teknologi juga sistem yang ada, sudah pasti terdapat
lambakan produk yang terhasil, dan dari situ juga akan muncul produk tiruan
atau palsu yang dapat meniru seakan-akan produk yang sebenar, dan ianya
hanya boleh dikesan jika kita meneliti dengan sebaiknya.

Begitu juga dengan wang palsu, di mana ada pihak, atau insan yang tidak
bertanggungjawab telah memalsukan wang tersebut dan dengan
sewenang-wenangnya menggunakannya begitu sahaja dengan membeli barang,
menukar wang di kedai, atau membuat sesuatu pembayaran, dengan niat untuk
mendapatkan wang asli (original).

Mungkin masih ada lagi wang palsu di luar sana yang berlegar-legar, dari
tangan ke tangan, mana tahu, kita sendiri memilikinya tanpa kita sedar, dan
untuk mengetahuinya, kita seharusnya cek dengan teliti. Juga sekiranya kita
mencurigai akan wang kertas yang diterima, kita boleh lakukan
langkah-langkah yang dikongsikan oleh laman Bank Negara Malaysia
<https://www.facebook.com/bnm.official/posts/10154961018804872:0> ini.

Mari kita ikuti apa yang seharusnya kita lakukan jika menerima wang palsu.

<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj2v5p5kW12tBrqFbxWOl9wmOUxwJg-tgNRTGE6vvnQ1mkss6OWd33GZ81AFx1xcEMJneAWqWX_eQ1he0W6mlk0wV8yUw-HGR74pCuhJNrvnLkJvius41n7rMneVRQ6VuJrpeVvTGKxNIA/s1600/atms-ccdm-695.jpg>

*Mengenai Wang Kertas Yang Dikatakan Palsu di ATM*

Apabila menerima wang kertas yang disyaki palsu, orang ramai dinasihati
untuk mengambil langkah-langkah seperti yang terdapat dalam imej yang
dilampirkan.

Sekiranya anda *mengesyaki wang kertas yang diterima daripada institusi
kewangan, termasuk ATM, adalah palsu,* sila *hubungi institusi kewangan
tersebut* atau *Bank Negara Malaysia.* Kami akan mengambil tindakan
terhadap mana-mana maklumat khusus yang dimaklumkan kepada kami.

Langkah-langkah yang perlu diambil apabila menerima wang kertas yang
disyaki palsu

*Wang kertas palsu tidak mempunyai nilai. Sekiranya anda mengesyaki
ketulenan wang kertas semasa melakukan transaksi, ikuti langkah-langkah
mudah ini:*

*1.* Pegang wang kertas yang disyaki palsu seminimum yang boleh.

*2. *Jangan tulis pada, rosakkan, koyak atau ubah suai wang kertas yang
disyaki palsu.

*3.* Jangan edarkan semula wang kertas yang disyaki palsu.

*4.* Masukkan wang kertas yang disyaki palsu ke dalam sampul surat atau
plastik bertutup dan gamkan sampul surat atau plastik tersebut.

*5.* Catat semua butiran pada kertas yang berasingan mengenai bagaimana
anda menerima wang kertas yang disyaki palsu itu.

*6. *Buat laporan polis secepat mungkin.

<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgAMzIka47ZB3o08WHoAT8Okj7uYYfLBGnjPFAQhpOdcKDFaCab2ahLNpJIzrgBjjwnjGxkYlLPOhrDAjrPbGYW0tAq6G3zKOb6LsAjmXgAcVcxNI_CrWMrhMt5jOxJzoFvkz0pzeOjiDM/s1600/16299291_10154961018804872_2407413980533834910_n.png>

Bagaimana pula untuk kita mengetahui apakah perbezaan wang palsu dan wang
asli? Anda boleh merujuk pada gambar di bawah untuk memeriksa ciri-ciri
keselamatan yang terdapat pada wang kertas, atau boleh klik pada pautan
<http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_circulation_currency&pg=bm_circulation_banknotes&ac=403&lang=bm>
ini.

<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQYCFuwVrpusjcXAaXznDgbzEoqER3efR32iTeoT8QQGZfBoBOhIp-c2p7fHVYOEtitFDVzwBb9wWRScrul870XfUBJMRTMdzDYg1HoUDvsdr-CcNtdU-Och4UnaP9gY5Kn5V4NCKh9Sw/s1600/11.PNG>

*1. Ukir Benam*
<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEkOKNsJVAGw0j-fth9i-fcKlPK_Yza_esPKX-EEGVxYVxeUwXo35bqBQrJZAM-YfLUHX5em_M0sU5eQ3FjUo79QQ0WKFgzlNqcmx1hXQMjDos40tup1n-r7tH-b0Q2HjFPYCHheRxixE/s1600/1.PNG>
* 2. Tanda Air Digital*
<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhVBsR1MaOIUVq5ev0Y1o2jJ9xwt2w94oiLsiKtY4pnj5X2Emd8MUUDnF7UPXryKsJWFxq9uSkOZZSNfx4eqNmoo1gjxanlXPm1179une7lEknTvKIuTAu4clQxlxjd1rllNlIok6zZlbc/s1600/2.PNG>

* 3. Angka 100 - Dilihat Melalui Cahaya/Lampu Putih*
<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1Kzu40jWsTbgNHoReqUUo3IGNvtUf1oMnw2f1pcgBZ2BU9ZPgrJ1wlFHASwptIx3ZQg0lhPILITKPwSx9eV3eBF8seSITcjZccM37csNUwTE9emtucJGmjac4EB2P5SWvjcnNpZ0kGVw/s1600/3.PNG>

* 4. Garisan Gelap*
<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPtAwDdjcDsjBaq0B2-MeXc4VNo0E8PJ5tWy1tSkqWJQTr38eUfGEGCHftvXfInt65hyabjIgQnwpRL6E2mkq9hMp9fXPAP2yeE1rTrDKM3TGBgokw5fKka0Tqu3eV9EMe4-zXOjsMFqU/s1600/4.PNG>

* 5. Gambar Bunga Raya*
<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjPjwzKTwjsRx6Zcmc8_0YK_HxVnIqsRddcBRI1wYT6umAuFLlN6AgFqO2Nhuqgt8qCYsupGkQsPh6ikOK8ITPcLrfa52-G_YHW2oRjN3-ofXTuNsAm5RcuDp4_Ke2ZS2hrbt0pFJo_nXk/s1600/5.PNG>

* 6. Jalur Berwarna Emas*
<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgzZvOpR8sKyzdOv9-l2dC7EzdEXgC8bPyGlcDZ3SQ-NmC3kVI3d7vU3FP2UepGafzfPES6sB7MzCAXlBt8hyphenhyphenaptVVon_tfZXLjWGR-2plLg_x5htz5STyP3wE9FMxVT76WjB6sIwIlvpg/s1600/6.PNG>

* 7. Huruf Yang Terukir Benam*
<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHVO8jbyDlUlIu1Y_0bB232jhVGy7MOE2UToaMGnx23JGvyTngt8wm3YV6BwoBFNrEzR_XfcOX_TSUOu-9K4S-Bjf5cFIstuoCeiLg9Oek2UfRdXkU3eShTEaWVV8aooxwDQL4ZyosKOg/s1600/7.PNG>

* 8. Gunung Kinabalu*
<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuVRqUmOdXjiQ3Up3glqM90EzHMEDKLyY9E3ykAOqmc-KSUSqzi4gnQo_1TUiVRZw3ak_z51HzHGs63nZOsW4T11pfjY6LBaDzXgmv3oGofbANAD_FJpn-WiOWpjYxaS8ZxK33yGec0Zw/s1600/8.PNG>

*9. Tulisan Dan Logo *
<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiygTOs5SX1Qqbgv6rtfPfgBZziQkvIGSnZVh6VNmK0JdgXjqNlo6hihuTbWWIDBBCe_l7-A8Pfv_v7O9ARVi9fD-sAUAmQKsRbZubJ_XX6LnZzMRPfYx0nw0iiMLgqZWzqF3qOs0Uel4g/s1600/9.PNG>

*10. Merah, Kuning dan Biru*
<https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgghivvOhn4NLovZJJpZzThkYF8nNelg6vfcbNff5aDz5H9VpE0DW9C-YgDfcFHlGmvpviY4ZWjQiFLAOVCyHX4EqDRMSBjMuxN36mszfFIEnYmMy1nALHI4b4WRPpWJTe2_Wal075b3TE/s1600/10.PNG>
Sekiranya anda mengeluarkan wang dari mesin ATM, dan mendapati wang
tersebut adalah palsu, dan siasatan mendapati wang tersebut terbukti
dikeluarkan oleh sesebuah mesin ATM, anda boleh menuntut ganti rugi
daripada pihak bank yang mengendalikan mesin ATM tersebut.

- Siakap Keli <http://www.siakapkeli.my/>

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: