Wednesday, February 1, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4674[2 Attachments]

12 Messages

Digest #4674

Messages

Tue Jan 31, 2017 9:52 pm (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Tue Jan 31, 2017 9:52 pm (PST) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1. Setiap hari group Automobil menyiarkan purata 20 email. Dalam sebulan sebanyak 580 - 620 email disiarkan.

2. Terdapat 2 cara keahlian iaitu:

a. Melalui email:
Apabila anda menjadi ahli melalui email iaitu menghantar email ke automobil-subscribe@yahoogroups.com anda akan menerima setiap email yang disiarkan oleh Automobil termasuk attachment. Cara ini bersesuaian dengan ahli group yang sering membuka email setiap hari, dua atau tiga hari sekali.

b. Melalui laman web:
Anda menjadi ahli dengan melayari laman web Automobil iaitu http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil . Semasa mengisi borang permohonan anda boleh memilih cara keahlian anda seperti berikut:
Message Delivery
b1. Individual emails. Send individual email messages.
b2. Daily digest. Send many emails in one message.
b3. Special notices. Only send me important update emails from the moderator.
b4. No email. Don't send me email, I'll read the messages at the Web site.

c. Anda boleh menukar cara menerima mesej pada bila-bila masa dengan klik kepada Edit My Membership di laman utama.

3. Kepada ahli-ahli yang jarang membuka email ataupun kepada sesiapa yang tidak gemar menerima email yang banyak dari Automobil setiap hari, anda boleh memilih 2 cara keahlian yang mungkin bersesuaian dengan anda.

a. Daily digest:
Hanya 1 email sahaja yang akan diterima setiap hari atau 29-31 email sebulan iaitu rangkuman semua email yang disiarkan oleh Automobil. Cara ini juga tidak akan menerima attachment yang disiarkan oleh Automobil. SILA PADAMKAN KANDUNGAN EMAIL YANG TIDAK PERLU JIKA INGIN 'REPLY' EMAIL TERSEBUT ATAUPUN EMAIL ANDA TIDAK AKAN DISIARKAN.

a1. Cara menukar keahlian kepada daily digest ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-digest@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

b. No email:
Anda tidak akan menerima email dari Automobil, sebaliknya terpaksa masuk ke laman web Automobil di http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/messages . Attachment juga tidak dapat dilihat kerana Yahoo tidak lagi menyimpan attachment di ruangan Messages.

a1. Cara menukar keahlian kepada no email ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-nomail@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

4. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi automobilowner@yahoo.com .

Sekian, terima kasih.

Iwan
AutomobilOwner.

Tue Jan 31, 2017 9:52 pm (PST) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kepada ahli-ahli group yang telah "DISEKAT" dari menghantar email ke
group dan inginkan status normal (Boleh Post ke Group) sila email ke
automobil-owner@yahoogroups.com untuk tindakan lanjut.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang ditarik
keistimewaan menghantar email ialah:
1. Menghantar email yang tidak berkaitan Automobil.
2. Spam.
3. Menghantar virus samada sengaja atau tidak sengaja (pastikan anti
virus anda diupdate).
4. Skim cepat kaya, mlm dan lain-lain lagi.

Kepada semua ahli group yang semakin meningkat(keahlian terkini 6301
members)diharap dapat bekerjasama dengan moderator dengan tidak
melakukan kesalahan-kesalahan diatas supaya anda tidak menghadapi
masalah pada masa akan datang.

Kerjasama anda dihargai.

Sekian, terima kasih.
Irwan
AutomobilOwner

Tue Jan 31, 2017 9:52 pm (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Wed Feb 1, 2017 6:27 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Sebatang Pokok Harganya RM180K? Eh, Itu Fitnah Kata JKR Terengganu Namun Yang Mendakwa Pertahankan Tuduhan..

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.org
Posted by Ameno World

Sebelum ini viral ;

Dan JKR Terengganu tampil menafikan tuduhan. Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan pembelian pokok Ceiba chodatii yang menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus melibatkan sebarang kos kewangan kerajaan negeri.

Pengarah JKR Terengganu Ir Ab Hamid Md Daud sebaliknya berkata pembelian pokok yang diimport dari Brazil itu ditanggung kontraktor utama projek itu dan ia juga tidak termasuk dalam skop projek.

"Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak lagi membuat sebarang spekulasi liar berhubung isu pokok berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isu pokok 'benang sutera' berkenaan tular di media sosial selepas orang ramai mendakwa penanaman tiga batang pokok berkenaan sebagai mercu tanda bandar Kuala Nerus merupakan satu pembaziran kerana difahamkan pokok berkenaan berharga RM180,000 sebatang.

Dalam pada itu, pergerakan Pemuda Umno Terengganu dalam kenyataan berasingan menggesa kerajaan negeri supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berhubung isu pokok berkenaan.

Ketuanya Mohd Johari Abu Bakar berkata tuduhan tidak berasas itu dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa kononnya menteri besar terlibat dalam isu tersebut.

"Tindakan undang-undang perlu diambil kerajaan negeri supaya dapat memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat fitnah menerusi media sosial.

"Pemuda Umno Terengganu memandang serius gejala fitnah yang semakin membarah dalam media sosial", katanya dalam satu kenyataan media.

Namun yang menuduh tetap mempertahankan tuduhan meskipun dua kenyataan media telah dikeluarkan bagi menafikan dakwaan.

Seperti yang dipetik menerusi Facebooknya ;

Kesimpulannya?

1. JKR Terengganu tak menafikan harga sebatang pokok ialah rm180,000 per batang. Hanya menafikan ia dibeli menggunakan wang kerajaan negeri sahaja.

2. Kontraktor yang mengeluarkan wang sehingga 540k untuk membeli 3 batang pokok, untuk apa? Manfaat? Keuntungan di masa akan datang? 540k bukannya kos kecik bagi kontraktor apatah lagi jika ia digunakan untuk beli 3 batang pokok.

3. Netizens turut mempertikaikan kenapa perlu import pokok dari Brazil untuk mercu tanda di Kuala Nerus? Sepatutnya gunakan pokok tempatan di Kuala Nerus atau pokok yang bersifat kemalaysiaan sebagai mercu tanda.

Kita tunggu respon mereka.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 1, 2017 6:29 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Respon Terhadap Kenyataan Yb Dato' Abdul Malik Abul Kasim Bertajuk Melayu Dan Islam Terbela Di Pulau Pinang Bertarikh 27 Januari 2017

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net


PAS P.Pinang berpendirian bahawa apa yang disebutkan oleh Presiden PAS YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang ketika disoal wartawan mengenai pembelaan Islam dan Melayu di Pulau Pinang mempunyai asas dan hujah tersendiri. PAS P.Pinang mempertahankan pandangan YB Presiden PAS tersebut berdasarkan hujah dan fakta berikut:-

1. ISU PERKAMPUNGAN WARISAN MELAYU P.PINANG
1.1 Ketika PAS masih bersama Pakatan Rakyat, satu Manifesto Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang dipersetujui bersama antara PAS dengan DAP dan PKR, telah memutuskan untuk mewujudkan 'Persempadanan Perkampungan Warisan Melayu' sebagai usaha memelihara kampung-kampung Melayu warisan yang telah sedia wujud seawal tahun 1700 masihi lagi. Antara contoh kampung Melayu warisan tersebut adalah seperti Kampung Batu Uban (1734) dan Tanjung Tokong (1786).

1.2 Namun, DAP dan PKR melalui kuasa di dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang didapati tidak melaksanakan manifesto untuk mewujudkan 'Persempadanan Perkampungan Warisan Melayu' ini. Berdasarkan maklumat yang direkodkan, terdapat 25 buah kampung warisan Melayu di P.Pinang yang terhapus sejak zaman pemerintahan BN hingga kini, akibat projek pembangunan. Jika DAP dan PKR bersungguh-sungguh mahu membela Melayu, sewajarnya dilaksanakan manifesto mengenai 'Persempadanan Perkampungan Warisan Melayu' bagi mengelakkan terhapusnya perkampungan warisan Melayu akibat projek pembangunan.

2. TINDAKAN DWI STANDARD TERHADAP PENJAJA MELAYU DAN PENJAJA BUKAN MELAYU
2.1 Didapati wujud tindakan yang berbeza terhadap penjaja yang melanggar peraturan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daripada kalangan melayu dan bukan Melayu. Terdapat sebilangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai mereka berbanding penjaja bukan Melayu yang tidak dikenakan tindakan perobohan.
2.2 Sebagai contoh, penjaja Melayu yang berniaga dikawasan luar bandar seperti Teluk Bahang dan Sungai Tiram dirobohkan gerai perniagaan mereka berbanding dengan penjaja bukan Melayu yang berniaga di Jalan Baru (berhadapan Hotel Sunway), sekitar KOMTAR, Jalan Chulia dan gerai sekitar Kompleks MBPP di Sungai Ara Bayan Lepas tidak diambil tindakan yang sama walaupun dilaporkan melakukan kesalahan yang sama seperti penjaja Melayu yang diambil tindakan perobohan gerai. Bahkan, difahamkan terdapat dikalangan penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah merupakan warga Orang Kelainan Upaya (OKU) yang juga penerima pinjaman TEKUN.

2.3 Wakil PAS ketika masih berada di dalam Majlis Bandaraya Pulau Pinang (sebelum dipecat pada bulan September 2014) pernah menyatakan bantahan terhadap tindakan dwi standard ini. Namun, bantahan tersebut disanggah oleh wakil DAP di dalam MBPP ketika itu dengan alasan bahawa penjaja Melayu yang dirobohkan gerai tersebut adalah kumpulan yang cenderung kepada UMNO dan tidak perlu dipertimbangkan rayuan mereka. Bahkan wakil PAS tersebut pula dituduh sebagai rasis dan pro-UMNO semata-semata kerana mempertahankan penjaja Melayu berkenaan.

3. PROJEK TAMBAK LAUT UNTUK MEWUJUDKAN 3 BUAH PULAU DI TELUK KUMBAR, IMPLIKASI TERHADAP PENDUDUK MELAYU ISLAM
3.1 Langkah DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mewujudkan 3 buah pulau di Teluk Kumbar bagi membiayai kos projek mega Penang Transportation Master Plan (PTMP) memberi implikasi negatif terhadap ribuan penduduk Melayu Islam yang sejak sekian lama menetap di kawasan berkenaan.

3.2 Projek ini akan memusnahkan ekologi pembiakan hidupan laut dan alam sekitar. Lebih kritikal, projek ini akan menghapuskan lubuk pembiakan ikan dan udang yang menjadi sumber rezeki kepada penduduk Melayu Islam setempat. Tawaran pampasan yang diberikan pula difahamkan tidak setimpal, ibarat "kenyang sekali tetapi melarat bertahun-tahun".

4. CAMPUR TANGAN TERHADAP INSTITUSI FATWA NEGERI P.PINANG
4.1 Berdasarkan maklumat yang diterima, DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sengaja telah mencampuri urusan pemfatwaan apabila mengarahkan supaya semua fatwa yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang (JKFNPP) perlu melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri P.Pinang terlebih dahulu, sebelum dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong (YDPA).

4.2 Dalam isu ini PAS semasa di dalam Pakatan Rakyat telah menyatakan bantahan secara tertutup kepada YB Dato' Abdul Malik Abul Kasim (Ahli MMK Agama). Namun, sehingga kini, amalan campur tangan dalam proses penfatwaan masih berlaku. Fatwa-fatwa yang diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang perlu dimaklumkan kepada mesyuarat MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng terlebih dahulu sebelum dipersembahkan kepada YDPA. Sedangkan menurut Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, fatwa tersebut hendaklah terus disyorkan kepada YDPA selaku Ketua Agama Islam di Negeri Pulau Pinang untuk diwartakan, tidak perlu melalui mesyuarat MMK.

4.3 Berdasarkan maklumat, terdapat fatwa yang telah 'dibekukan' oleh Kerajaan Negeri P.Pinang dan tidak dipersembahkan kepada YDPA, kerana tidak mengikut selera DAP dan PKR. Keadaan ini seolah-olah menjadikan MMK yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang lebih berkuasa daripada Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang dalam hal ehwal hukum orang Islam, secara tidak langsung meletakkan fungsi Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan YDPA lebih rendah daripada sepatutnya mengikut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004.

5. TIDAK BERSETUJU DENGAN CADANGAN PINDAAN AKTA 355
5.1 Berhubung usaha memartabatkan institusi kehakiman syariah di negeri Pulau Pinang, Kerajaan Negeri secara terang-terangan telah menghalang hak umat Islam dalam memartabat dan memperkasa undang-undang syariah apabila tidak menyokong pindaan Akta 355. Tindakan Kerajaan Negeri memberikan tanah bagi membina Mahkamah Syariah hanya dilihat sekadar kosmetik sahaja sekiranya tidak memberi bidangkuasa yang sewajarnya kepada Mahkamah Syariah seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran dan Sunnah. Sekiranya kerajaan negeri menghormati dan memberikan hak kepada umat Islam bagi mengamalkan undang-undang syariah di negeri ini, kerajaan negeri harus bersedia menyokong bukan sahaja RUU Pindaan Akta 355, bahkan lebih dari itu kerajaan negeri mempunyai kuasa di dalam Dewan Undangan Negeri untuk mengubal suatu enakmen yang lebih lengkap sebagai mana yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan.

6. PROMOSI PEMIKIRAN ISLAM LIBERAL MELALUI PENANG INSTITUTE
6.1 DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri P.Pinang juga gagal mengawal ancaman-ancaman terhadap Islam di negeri ini apabila dilihat sengaja membiarkan Penang Institute iaitu sebuah institut dibawah kelolaan kerajaan negeri mempromosikan pemikiran Islam Liberal yang jelas bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah difatwakan haram. Fahaman ini diberi ruang seluas-luasnya oleh Urusetia Penerangan di bawah Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang dengan diberikan slot dan menyiarkannya di dalam Buletin Mutiara iaitu buletin rasmi kerajaan negeri dalam setiap keluaran.

6.2 Lebih buruk lagi, seorang penggerak Penang Institute yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, YB Zairil Khir Johari secara terang-terangan telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mempromosikan pemikiran Islam Liberal. Beliau juga didapati memperkecilkan institusi Mufti dan Jawatan Kuasa Fatwa Negeri apabila tidak hadir memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Fatwa walaupun dipanggil beberapa kali oleh Mufti Kerajaan Negeri untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan beliau.

6.3 Dalam isu ini, sekali lagi DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri telah gagal menjaga kesucian agama Islam dan sengaja membiarkan fahaman Islam Liberal dipromosikan melalui lidah rasmi kerajaan serta lidah pimpinan mereka sendiri. Senario ini sangat membimbangkan kerana Buletin Mutiara bukan sahaja dibaca oleh masyarakat dewasa tetapi juga disebarkan kepada anak-anak di sekolah-sekolah termasuk di sekolah agama. Situasi ini bercanggah dengan usaha membenteras dan mengawal fahaman ini yang dilakukan oleh Jawatankuasa Khariah Masjid dan Surau di seluruh negeri Pulau Pinang sekaligus menggambarkan bahawa pihak kerajaan negeri tidak mengendahkan suara anak-anak khariah Masjid dan Surau yang membantah fahaman ini.

Oleh yang demikian, PAS P.Pinang berpendirian bahawa DAP dan PKR melalui Kerajaan Negeri P.Pinang tidak serius membela Melayu dan Islam di Pulau Pinang. Bahkan, usaha-usaha yang dilakukan oleh DAP dan PKR untuk membela Melayu dan Islam di Pulau Pinang, didapati masih berada di dalam kerangka pembangunan konvensional yang hanya memfokuskan aspek material semata-mata dan mengabaikan aspek pembinaan insan, spiritual dan ruhiyah. Pembelaan Melayu dan Islam yang hanya difokuskan kepada aspek material ini sama seperti kaedah yang digunakan oleh BN, bersifat jangka pendek untuk menang pilihan raya dan kekal berkuasa, namun tidak akan dapat melahirkan rakyat dan negeri yang bertamadun.

Sekian, terima kasih.

MUHAMMAD FAUZI YUSSOF
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang
2 Jamadil Awwal 1438H / 30 Januari 2017

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 1, 2017 6:29 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Padah pinjam ah long, bapa ditikam depan mata

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

TANGKAK - Tindakan seorang bapa yang cuba berunding dengan anggota kumpulan ceti haram selepas kediaman mereka diserang menemui padah apabila dia ditikam oleh salah seorang daripada individu ahli kumpulan terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, mangsa berusia 46 tahun yang bekerja sebagai mekanik mesin jahit telah ditikam oleh salah seorang daripada suspek menggunakan senjata tajam dipercayai pisau sejurus keluar daripada rumahnya.

"Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi pada sambutan Tahun Baru Cina, tiga suspek telah menyerang rumah mangsa bagi menuntut sejumlah hutang yang dipinjam oleh anak lelakinya.

"Bagaimanapun, ketiga-tiga ahli kumpulan terbabit turut menimbulkan kekecohan dengan membakar motosikal mangsa sebelum mangsa bertindak keluar rumah bagi melihat keadaan motosikalnya.

"Bagaimanapun tindakan berani mangsa akhirnya menemui padah apabila dia ditikam oleh salah seorang daripada suspek berkenaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Menurut beliau, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Tangkak.

Mohad Idris berkata, cubaan menjejaki ketiga-tiga suspek kini giat dijalankan dan dua daripada mereka telah dikenal pasti identiti iaitu Ker Chian Hau berusia 25 tahun dan Vincent Jauy Joo Sen, 24 tahun.

Sadis! Enggan Join Gangster "Geng 04", Remaja 15 Tahun Didera Teruk!
bloglist-malaysia.blogspot
bankami.blogspot

Budak 15 tahun diseksa sebab taknak join gengster. Kenapa mereka nak rekrut budak belasan tahun. Apa istimewa budak ni. Pandai kungfu kah. Aku tak rasa ni kes taknak join kump. geng 04. Mesti ada kes lain. Tak logik nak paksa budak ni semata2 paksa join.

Seorang pelajar sekolah menengah di sini mengalami detik hitam selepas didera sekumpulan ahli kongsi gelap kerana menolak pelawaan menyertai kumpulan gangster berkenaan.

Media tempatan Kwong Wah News menemubual mangsa yang enggan identitinya didedahkan melaporkan, mangsa didera dengan pelbagai kaedah seksaan dalam usaha memaksanya menyertai kumpulan tersebut.

"Mereka mencucuh muka saya dengan puntung rokok yang menyala, mencucuk tekak saya dengan muncung payung dan merendam muka saya didalam baldi air," kata mangsa dipetik media berkenaan.

Ujarnya lagi, sejurus dibelasah, mangsa turut dipaksa untuk membuat permohonan maaf kepada ketua gangster berkenaan dan adegan tersebut turut dirakam.

Ahli gangster berkenaan juga mengugut untuk membunuh mangsa yang berusia 15 tahun itu sekiranya perkara tersebut sampai ke pengetahuan pihak berkuasa.

Mangsa walaubagaimanapun diselamatkan oleh rakan sekolahnya sebelum bersembunyi disalah sebuah kedai aksesori telefon bimbit, walaubagaimanapun beliau dihalau oleh pemilik kedai.

Pelajar yang ketakutan itu kemudiannya dibawa rakannya pulang ke rumah dengan selamat dan membuat laporan polis pada hari yang sama.

Kata mangsa, ahli kongsi gelap itu tidak takut sekiranya diberkas polis kerana akan dilepaskan beberapa hari selepas ditahan di lokap dan akan membalas dendam kepada mangsa sejurus dibebaskan.

Laporan Kwong Wah News menyebut, sekumpulan ahli gangster O4 secara aktif merekrut ahli kumpulan baru di sekolah berdekatan.

Katanya, sejumlah 12 ahli kumpulan memasuki kompaun sekolah dan mencari pelajar yang berpotensi direkrut sebagai ahli.

- Malaysian Digest

Pegawai JPJ maut ditetak di leher, bahu

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

PONTIAN - Seorang pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daerah Pontian ditemui mati dengan beberapa kesan tetakan di leher dan bahu serta tikaman di perut akibat diserang beberapa individu di rumah sewanya di Kampung Parit Pak Intan, Parit Sikom, di sini, tengah hari tadi.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Jaiman Sapar, 53 duda anak empat dipercayai diserang menggunakan senjata tajam iaitu parang.

Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang ramai pada pukul 12.38 tengahari.

"Selepas ditetak mangsa sempat menghubungi adiknya Siti Pujinah Sapar, 53 yang tinggal hanya kira-kira tiga kilometer daripada rumah mangsa.

"Mangsa ditemui berlumuran darah dan terbaring di kawasan semak samun di hadapan rumahnya. Mangsa dibawa segera ke Hospital Pontian bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia,"katanya.

Jelasnya, pihak polis tidak menolak kemungkinan si pelaku merupakan penagih dadah.

"Serbuan dan pemeriksaan akan dilakukan di beberapa lokasi yang dikenalpasti menjadi "port penagih dadah" di daerah ini.

"Polis sedang menyiasat kesemua bukti-bukti berkaitan di lokasi kejadian. Unit forensik dan anjing pengesan turut digunakan dalam siasatan kes,"katanya.

Katanya, mangsa yang tinggal seorang diri telah diserang sebaik sahaja dia tiba di rumahnya selepas melawat adiknya Siti Pujinah.

"Polis percaya rumah mangsa telah dipecah masuk ketika mangsa tiada di rumah. Bagaimanapun sebaik tiba di rumah, mangsa telah ditetak oleh beberapa individu dengan parang.

"Terdapat kesan umpilan pada pintu belakang rumah dan televisyen LCD milik mangsa hilang dipercayai telah dicuri,"katanya.

Turut berada di lokasi kejadian, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 1, 2017 6:30 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Satu Lagi Tokong Berupa Kubah Masjid

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Sebagai org islam tolong pakat ambil tanggong jawab share dan viralkan biar sampai roboh mcm yg kat Bukit Raja Klang Selangor

Lokasi : Berhampiran Tabung Haji Klang Selangor

Kredit
Yaakob Manaf

Berhala Yang Menyerupai Kubah Masjid Dirobohkan

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

Sebuah tokong dengan reka bentuk menyerupai masjid di Bandar Bukit Raja, Klang dibina tanpa halangan daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK).

okong itu bersimbolkan kubah dan bulan sabit yang menjadi lambang masjid dan dicat pula dengan warna hijau dan kuning.

Pembinaan tokong itu telah menimbulkan kemarahan netizen beragama Islam dan menyifatkan pembinaan struktur berkenaan sengaja untuk mencetuskan provokasi serta tidak menjaga sensitiviti orang Islam.

Pemilik akaun Semangat Zaman berkata, binaan kubah yang terdapat pada struktur berkenaan jelas mahu mencetuskan provokasi dan menghina agama Islam.

"Semakin jelas permainan kaum ini…dengan bawa anjing letak dalam troli, kemudian bina kubah atas tokong. Depa ini memang tak jaga sensitiviti orang Islam langsung," kata May Jer.

Amirul Amir pula menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab ke atas binaan itu sekali gus segera merobohkan struktur berkenaan.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, January 30, 2017 10:59 PM
Subject: Fw: Ribuan Kerang Terdampar di Pantai

Tokong kecil menyerupai masjid

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

KLANG – Pembinaan sebuah tokong Cina kecil dengan reka bentuk mengelirukan menyerupai masjid di Jalan Makyong 5E/KU5, Bandar Bukit Raja di sini me­nimbulkan kemarahan penduduk yang menganggap ia satu perbuatan yang tidak sensitif.

Selain dicatkan dengan warna hijau dan kuning, lebih meme­ranjatkan apabila tokong ber­kenaan turut mempunyai kubah dan bulan sabit yang melambangkan masjid sebagai tempat ibadah orang Islam.

Difahamkan proses pembinaan tokong kecil berkenaan dilakukan lebih seminggu lalu sebelum siap pada Jumaat lepas.

Seorang penduduk, Mohd. Abdul Rahman Abdullah, 56, berkata, pembinaan tokong berkenaan dianggap kurang sensitif dan boleh menyinggung perasaan masyarakat Islam setempat.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 1, 2017 6:32 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Faiz Subri 'Hampir' Buat Lagi Gol Ajaib

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


KUALA LUMPUR – Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri membuktikan sepakan percumanya memang berbisa apabila sekali lagi menghasilkan cubaan 'melanggar hukum fizik' ketika perlawanan Liga Super, baru-baru ini.

Masih segar dengan memori manis menggondol anugerah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berkenaan di Zurich, Switzerland awal bulan ini, Faiz melakukan sepakan seakan sama dengan gol yang menobatkannya anugerah berprestij itu ketika aksi Pulau Pinang bertemu Perak di Stadium Negeri, Batu Kawan, kelmarin.

Berpunca daripada sepakan percuma, rembatan Faiz sekali lagi melencong dan mengelirukan penjaga gol Perak, Muhamad Hafizul Hakim yang terpaksa melayangkan badan untuk menyelamatkan cubaan terbabit.

Sepakan Faiz itu pantas menjadi tular di laman sosial dengan ramai yang menganggap sekiranya sepakan itu berjaya menerjah gawang, ia mampu untuk disenarai bagi anugerah itu pada tahun ini.

Begitupun, Pulau Pinang tewas pada perlawanan itu dengan keputusan 1-0 dan ia adalah kekalahan kedua skuad bimbingan Ashley Westwood pada musim ini.

Faiz sebelum ini dinobat pemenang Anugerah Puskas menerusi sepakan ajaibnya dilakukan ketika menentang Pahang dalam aksi Liga Super, 16 Februari tahun lalu.

Pemain berusia 29 tahun itu muncul warga Asia pertama memenangi anugerah terbabit yang lazimnya di dominasi pemain ternama dunia antaranya Cristiano Ronaldo dan Zlatan Ibrahimovic.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
2 of 2 File(s)

Wed Feb 1, 2017 6:39 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ramai Tak Tahu Ada Banyak Cara Nak Keluarkan Wang KWSP, Berikut Adalah 16 Cara Pengeluaran KWSP Yang Wajib Anda Tahu
siakapkeli.my

Ramai antara kita tertanya-tanya boleh keluarkankah duit KWSP kita? adakah hanya untuk belian rumah dan selepas umur 55 tahun semata-mata.

Sebenarnya terdapat banyak cara untuk anda keluarkan wang berkenaan dengan walaupun belum mencapai umur yang ditetapkan.

Berikut adalah 16 cara pengeluaran wang KWSP anda yang perlu anda ketahui.

Sumber: Zadaar Academy

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 1, 2017 6:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



SPRM Buka Kertas Siasatan Terhadap Annuar Musa
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 31 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap Tan Sri Annuar Musa atas dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa.

Perkara itu disahkan oleh SPRM menerusi satu kenyataan rasmi sebentar tadi.

"SPRM akan bekerjasama dengan bahagian audit dalaman MARA bagi menyiasat beberapa isu melibatkan isu rasuah dan salah guna kuasa Tan Sri Annuar Musa

"Ingin ditegaskan, siasatan SPRM hanya tertumpu kepada isu rasuah dan salah guna kuasa membabitkan penglibatan beliau dalam penajaan pasukan bola sepak Kelantan" tulis badan itu dalam satu kenyataan.

Selain itu, SPRM juga meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung siasatan kes tersebut dan memberikan ruang kepada SPRM untuk menyiasat.

BERNAMA Verified account ‏@bernamadotcom
SPRM buka kertas siasatan terhadap Annuar Musa - @SPRMMalaysia

Sumber: Bernama

Pengerusi Mara, Tan Sri Annuar Musa Digantung Tugas Berkuat Kuasa Serta Merta
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 31 Jan - Tan Sri Annuar Musa digantung tugas sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Pelaburan Mara Bhd (PMB) berkuat kuasa serta merta, kata Ahli Majlis MARA sebagaimana lapor Berita Harian Online.

Turut difahamkan, semua tugas yang digalas oleh Tan Sri Annuar Musa di MARA dan PMB akan dipangku oleh Ahli Majlis MARA, Datuk Dr. Yusof Yacob.

Sementara itu, Annuar Musa mengesahkan bahawa dia telah dihubungi berkenaan perkara tersebut.

"Ya sebentar tadi saya dihubungi Dr Yusof (Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob) berhubung keputusan itu dan saya menerimanya secara terbuka kerana itu adalah hak mereka," katanya.

Dalam mesyuarat tergempar yang dihadiri semua Ahli Majlis MARA, hari ini sebulat suara bahawa keputusan itu selaras hasrat agensi dalam memastikan kepentingan dan amanah rakyat sentiasa dipelihara.

Sumber: Twitter BH Online, BH Online

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Feb 1, 2017 6:52 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pas perlu realistik letak sasaran - Penganalisis

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

SHAH ALAM - Pas perlu realistik dalam merangka pelan tindakan politik parti bersesuaian dengan situasi semasa termasuk mengambil kira soal protes senyap di kalangan ahli parti termasuk di kalangan kepimpinan Pas sedia ada.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, Pas perlu ada mekanisme kajian ilmiah yang mendalam mengenai persepsi akar umbi terhadap kepimpinan parti.

Katanya, ini termasuk kajian kumpulan ahli parti yang sayang dasar perjuangan Pas, tetapi tidak sayang Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sasaran Pas hendakkan 40 kerusi Parlimen dimenangi parti itu buat masa ini tidak realistik. Jadinya usah buai perasaan ahli parti dengan impian kosong. Sejarah kemenangan Pas pada PRU13 pun tercalar akibat dilema tukar parti.

"Adalah lebih baik Pas mengambil pendirian berdikari berbanding membuat 'u-turn' dengan menyertai Pakatan Harapan, apatah lagi jika Pas berhajat mahu menggantikan Umno, ia lebih mustahil.

"Untuk PRU 14, Pas mungkin boleh kekal kuasa di Kelantan, tetapi ingin berkuasa di Kedah dan Terengganu tidak realistik. Pas juga semakin jauh dari magnet kuasa di Selangor. Kini Amanah dan Bersatu dilihat akan ganti peranan Pas di Selangor," katanya.

Md Shukri juga berpendapat Pakatan Harapan tewas banyak kerusi pada PRU 14 akan datang berdasarkan kemelut politik yang melanda pakatan itu akhir-akhir ini, namun masih mampu raih sokongan pengundi Cina di kawasan bandar.

"Pakatan Harapan akan bergantung dengan DAP, namun dengan wujudnya Amanah serta Bersatu, peranan PKR akan hanyut ke tepi. Kini DAP dilihat lebih cenderung melaburkan modal menggunakan kebolehan Tun Dr Mahathir untuk cuba memikat hati masyarakat terutama golongan muda bandar," katanya.

Selain itu, Md Shukri juga melihat doktrin Pas kini perlu fokus kepada keperluan untuk bertindak tegas dengan menolak kerjasama dengan golongan pemberontak dalam Pas yang dilihat pro-DAP termasuk menerusi platform Amanah.

Malah, katanya, jika Pas memilih untuk kekal bersama Pakatan Harapan dalam blok pembangkang pada PRU 14 akan datang, pendekatan itu dilihat lebih memudaratkan maruah Pas sendiri.

"Secara aplikasi dan logik politik, kerusi Pas jika bersama Pakatan Harapan akan menyusut kerana perlu berkongsi dengan Amanah dan juga Bersatu," katanya. - SH

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, January 30, 2017 10:59 PM
Subject: Fw: Kerjasama Politik Boleh Asalkan Islam diUtamakan

BOLEH MENANGIS PUAK2 AMANAH BILA BACA POST NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Gabungan dan Kerjasama Politik Boleh Asalkan Islam diUtamakan - Hadi

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

PAS belum bersedia untuk mengadakan kerjasama politik kerana terdapat sikap tertentu dalam parti pembangkang lain yang tidak digemarinya, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Perundingan dari segi kerjasama, penyelarasan kempen supaya tak bertembung, itu boleh dibuat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Himpunan Muslimat Muda di Shah Alam hari ini.

Kerjasama bersifat untuk politik masih terlalu jauh dengan sikap-sikap sedemikian rupa pada mereka, kata Hadi, dalam keadaan DAP yang didakwanya bersikap cauvinis dan Parti Amanah Negara (AMANAH) pula didakwanya lebih oportunis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita mengenai perkembangan rundingan PAS bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Mengulas lanjut mengenai kesediaan PAS membuat rundingan dengan parti pembangkang lain, Abdul Hadi berkata parti Islam itu bersedia berbincang tentang penyelarasan agar tidak bertembung pada pilihan raya akan datang.

Katanya, PAS terbuka untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana NGO mahupun parti politik untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang kecuali dengan AMANAH.

Ini kerana, menurut Abdul Hadi, perbincangan tidak perlu dilakukan bersama kerana anggota AMANAH yang sebelum ini anggota PAS meninggalkan parti Islam itu.

"Perundingan (kita terbuka) sepanjang masa. PAS boleh buat (rundingan) termasuk sesiapa sahaja, termasuk NGO.

"Kita parti terbuka, matang, sejahtera. Apapun, keputusan akan berbalik pada pimpinan kita.

"(Kecuali) PAN (AMANAH) dulu meninggalkan kita, jadi tak perlu la kita (berunding)," katanya.

Selain itu, ditanya sama ada wujud kemungkinan PAS untuk bekerjasama dengan DAP dan AMANAH pada pilihan raya umum ke-14, Abdul Hadi berkata, partinya mempunyai pendirian yang berbeza dengan dua parti berkenaan.

Katanya, konsep yang dibawa partinya ialah kepimpinan Islam dan bukan hanya memberi tumpuan untuk mengubah kerajaan.

"Kita ada pendirian sendiri. Konsep kita adalah kepimpinan Islam. Kepimpinan yang bersih dan berwibawa iaitu kepimpinan Islam.

"Mereka (AMANAH dan DAP) lebih tumpu nak ubah kerajaan sahaja. Kita bukan nak ubah, kita mahu ubah dan mesti kepimpinan yang betul yang berteras Islam dan ini perbezaan mereka dan kita," katanya.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS, DAP dan PKR 'berkubur' ekoran tindakan DAP menyerang PAS sehingga PAS memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar tahunannya pada Jun 2015.

Malah, selepas muktamar itu juga, beberapa anggotanya yang kecewa dengan PAS meninggalkan parti berkenaan dan menubuhkan AMANAH.

Ekoran itu, pakatan baru yang diberi nama Pakatan Harapan dibentuk tanpa PAS bagi menggantikan Pakatan Rakyat.

Malah, Harapan bersama BERSATU juga secara rasmi telah membentuk pakatan pilihan raya bagi memastikan pertandingan satu lawan satu dengan BN.

Bagaimanapun, PAS ketika ini hanya menubuhkan blok pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) bagi menghadapi pilihan raya.

PAS Tidak Pernah Berganjak Dari Dasar Dan Prinsip
bloglist-malaysia.blogspot
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Oleh : Nasrudin bin Hassan

Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi, pemimpin PAS dan seluruh ahli PAS telah mempunyai komitmen yang tinggi terhadap dasar dan prinsip perjuangan PAS iaitu berjuang untuk menegakkan sebuah negara yang sejahtera dan selamat berasaskan keadilan yang sirna dari perlaksanaan Syariat Islam.

PAS tidak pernah berganjak dari dasar dan prinsip ini. Berjuang untuk membina negara yang bebas penyelewengan, korupsi, penindasan dan penyalahgunaan kuasa. YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi selaku Presiden PAS tidak pernah mengheret PAS dan ahlinya lari dari landasan perjuangan suci ini.

Malah kerana mempertahankan dasar dan prinsip perjuangan inilah DAP lari meninggalkan PAS, DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, DAP menyerang PAS tanpa henti dengan semangat anti Islam yang tebal dan melampau.

Inilah fokus perjuangan PAS, Iaitu melakukan perubahan secara total dan menyeluruh. Bukan memimpin agenda individu tertentu yang mabuk kuasa. Bukan sekadar ingin melampiaskan dendam kepada individu tertentu untuk dijatuhkan.

Fokus perjuangan PAS ialah memimpin gerakan perubahan secara total. Meruntuhkan jahiliah dan membina kesejahteraan, keadilan dan kedamaian dibawah pedoman dan petunjuk wahyu Allah swt Tuhan Yang Maha Mencipta manusia dan alam semesta ini.

PAS senantiasa berlapang dada dan membuka pintu untuk bekerjasama dengan semua pihak, selama mana mereka menghormati dan tidak menentang dasar dan prinsip perjuangannya.

Justeru itulah, PAS pernah menjalinkan kerjasama dengan DAP dalam Barisan Alternatif (BA) dan Pakatan Rakyat (PR). Malangnya, sikap tidak jujur dan tidak sabar DAP membuatkan dua kali mereka meninggalkan PAS malah menikam dan menyerang PAS. (Sekali semasa bersama BA dan kali kedua ketika bersama PR)

Kali ini, sekali lagi DAP mahu menghulurkan salam kerjasama ? Kenapa ? Apakah DAP benar-benar terdesak ?

PAS tidak akan teruja dengan wayang opera bernilai murah yang sedang dipersembahkan oleh DAP hari ini. Cukuplah pengalaman dua kali diperlakukan DAP sedemikian rupa.

PAS telah siap berjuang mencapai cita-cita perjuangan tanpa DAP yang dikenali hari ini. PAS telah merangka roadmap menuju gerbang jaya PRU 14 tanpa DAP yang telah mengkhianati PAS.

PAS punya harga diri dan maruah yang tidak mungkin sesiapa lagi boleh memperdaya dan memperkotak-katikkannya.

Namun dalam masa yang sama, sekali lagi saya tegaskan bahawa PAS senantiasa bersedia membina kerjasama dengan pelbagai pihak yang sedia memahami, menghormati dan tidak menentang dasar serta prinsip perjuangan Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Sampaikan salam perjuangan kami buat YB Lim Kit Siang bahawa prinsip dan dasar perjuangan PAS bukan kostum untuk diperagakan di pentas opera DAP

PAS jangan masuk 'perangkap' DAP lagi, kata penganalisis

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

SHAH ALAM: Selepas beberapa kali menjadi mangsa kepada agenda politik DAP, PAS diingatkan supaya terus berhati-hati dengan salam perdamaian daripada parti itu, demikian nasihat pemerhati politik Datuk Dr. Aidit Ghazali.

Ujarnya, langkah DAP ini dilihat hanyalah mahu menjaga kepentingan politik sendiri dan mahu mempergunakan PAS dalam menarik sokongan Melayu bagi menghadapi PRU ke-14.

"Semua pihak tahu DAP sedar bahawa tanpa sokongan PAS, mereka tidak boleh menawan Putrajaya. Jadi, taktik PAS untuk berdegil dengan DAP sudah nampak kesannya bahawa demi memenangi Pilihan Raya, DAP perlu berkawan dengan seramai mungkin parti Melayu.

"Mereka (PAS) perlu sedar bahawa mereka sudah menjadi mangsa kepada DAP bukan sekali, banyak kali. Jadi, kenapa hendak bersetuju dengan ajakan DAP sedangkan mereka tahu DAP hanya mahu memperalatkan mereka."

Aidit yang juga merupakan tokoh akademik tempatan turut mempersoalkan agenda politik DAP sekiranya PAS menerima pelawaan untuk berdamai itu.

Tegasnya, umum mengetahui hubungan DAP-PAS putus adalah disebabkan prinsip perjuangan parti yang berbeza, maka adalah sukar untuk kedua-dua mereka berdamai.

"DAP sebenarnya memberitahu PAS bahawa DAP hendak PAS untuk jatuhkan kerajaan. DAP tidak sebut pasal agenda. Kalau katakan menang, apakah agenda yang mahu DAP lakukan bersama PAS?

"Apa pendirian DAP bersabit dengan agenda Islam, kerana dalam perlembagaan, agenda Islam itu dimartabatkan.

"Selagi PAS setuju dengan DAP dengan syarat ini (jatuhkan kerajaan) maka selagi itulah PAS hanya menjadi alat kepada agenda DAP," katanya lagi.

DAP sebelum ini membuat kejutan apabila menghulurkan salam perdamaian kepada PAS untuk menjalin semula kerjasama politik bagi menghadapi PRU yang akan datang.

Penasihatnya, Lim Kit Siang memaklumkan partinya boleh bekerjasama sekali lagi dengan PAS jika Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.

Bagaimanapun, salam berkenaan disambut dingin beberapa pemimpin PAS dan menyifatkan tidak akan menjerat dirinya sekali lagi dalam 'permainan' politik DAP.

Malah menganggap huluran salam Kit Siang dengan 'kata-kata' mahu menyelamatkan Malaysia hanya sekadar menabur janji. - AntaraPos

Strategi kerjasama DAP untuk lemahkan Pas

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KOTA BHARU – Pas mendakwa hasrat DAP untuk kembali menjalinkan kerjasama merupakan strategi untuk melemahkan parti itu.

Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, DAP mempunyai strategi tersendiri untuk memberikan masalah kepada Pas dengan taktik yang sudah boleh dibaca pihaknya.

"DAP macam tiada cara lain, jadi dia ajak (bekerjasama), bila kita sanggup mereka akan hentam muka kita.

"Buat masa sekarang Pas memang tiada kerjasama dengan DAP dan sudah lama putus. Sukar untuk kita faham mereka,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Penyerahan Van Sumbangan kerajaan negeri kepada Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini.

Sebelum ini, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilaporkan menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dengan Pas bagi menghadapi PRU14 malah beliau turut menegaskan hasrat itu akan diteruskan walaupun ditentang Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mengulas pendirian Mahathir yang menolak kerjasama dengan Pas, Ahmad berkata pihaknya hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

"(Parti) Bersatu nampak tetapi tidak bersatu, tentang penolakan Tun M kita tidak boleh kata apa, hanya tunggu dan lihat,"tegasnya.

Selepas Kit Siang, Teresa pula pujuk Pas berdamai

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok hari ini menyarankan agar Pas tidak terus dibuai emosi sehingga mengetepikan agenda yang lebih penting, iaitu menyelamatkan Malaysia.

"Soal perasaan, tidak kira sepahit manapun, tidak wajar menjadi penghalang kepada agenda yang lebih besar, iaitu kepentingan negara dan rakyat.

"Seperti Pakatan Harapan dan parti Bersatu, Pas juga perlu menyelamatkan Malaysia dari terus menjadi kleptokrasi global atau lebih teruk lagi, sebuah negara gagal," ujarnya seperti dipetik Roketkini.

Ahli Parlimen Seputeh itu berkata, kesudian Kit Siang untuk berdamai dengan Pas walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengingkari perjanjian antara mereka semasa Pakatan Rakyat dulu adalah semata-mata demi kepentingan rakyat.

"Tak dinafikan apabila Hadi Awang gagal mematuhi Dasar Bersama Pakatan Rakyat dulu dan menyebabkan Pakatan berpecah, ia mengecewakan kita dan semua penyokong parti pembangkang.

"Tapi, tidak kiralah sekecewa mana pun DAP dengan Hadi Awang, semua parti pembangkang mesti bersatu," katanya.

Semalam Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dipetik berkata, parti itu bersedia menghulurkan salam perdamaian dengan Pas jika parti itu berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.

Baginya, sebarang perbezaan pendapat tidak patut menghalang penyatuan semua parti pembangkang tanpa mengira kaum dan agama dalam menewaskan kerajaan rasuah.

Salam perdamaian kepada Hadi bukan hiprokrasi - Kit Siang

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang hari ini menegaskan salam perdamaian yang dihulurkan kepada PAS adalah ikhlas dan bukan hanya sekadar tindakan berpura-pura.

Lim berkata keutamaan bagi Malaysia sekarang adalah untuk menangani masalah kleptokrasi.

"Berhubung dakwaan DAP bersikap hipokrit sekiranya kami kembali bekerjasama dengan PAS, saya serahkan kepada orang ramai untuk menilainya.

"Kita boleh berbeza pendapat, tetapi isu terbesar besar sekarang ialah sama ada kita boleh membebaskan diri daripada cengkaman kleptokrasi.

"Paling utama adalah untuk menyelamatkan Malaysia dari kleptokrasi dan setiap rakyat seharusnya bersatu dalam isu ini, tanpa mengira kaum dan agama," katanya pada sidang akhbar di Wisma DAP di Pulau Pinang.

Semalam, Lim menyuarakan pendapat peribadinya bahawa dirinya sedia bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang jika beliau berkongsi komitmen sama dalam memerangi kleptokrasi.

Katanya, isu itu akan menjadi agenda negara dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang dan menyoal jika Abdul Hadi sanggup membuat sebarang komitmen.

Ini, menurut Lim hari ini, adalah hanya pandangan peribadinya yang belum dibincangkan oleh Jawatankuasa Pusat DAP.

Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pula dalam temu bual dengan sebuah akhbar di Singapura, semalam berkata, partinya memilih untuk melupakan PAS dan sebaliknya mahu mengukuhkan kerjasama dengan DAP bagi menghadapi PRU.

Muktamar PAS pada tahun 2014, sebulat suara bersetuju untuk memutuskan hubungan dengan DAP.
Ini susulan DAP menuduh PAS mahu mencapai matlamat teokratik, yang bertentangan dengan rangka perjanjian kerjasama Pakatan Rakyat yang tumbang selepas itu.

Berikutan itu, Pakatan Harapan (HARAPAN) ditubuhkan di antara DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH), yang adalah kumpulan serpihan PAS.

HARAPAN juga secara rasmi menjalankan hubungan kerja dengan satu lagi kumpulan serpihan Umno, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Boleh Percaya ke Ni?: Kit Siang hulur salam perdamaian pada Hadi

Dilulus untuk paparan oleh AbdullahOthman
tranungkite.net

GEORGE TOWN: Selepas perpisahan pahit antara DAP dan PAS akibat hudud 2 tahun lalu, Lim Kit Siang hari ini berkata beliau sanggup bergabung dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lim yang juga ketua Parlimen DAP berkata mereka boleh bekerjasama sekali lagi jika presiden PAS itu sedia memberi komitmen untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia.

"Jika presiden PAS bersedia untuk memuktamadkan perjanjian yang keutamaan teratas dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ialah menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara gagal dan jahat, saya bersedia bekerjasama dengannya.

"Itu akan menjadi agenda negara bagi tempoh 5 hingga 10 tahun. Adakah Hadi sedia membuat komitmen itu," kata Lim hari ini ketika melawat Bukit Gelugor di sini.

PAS memutuskan hubungannya dengan DAP selepas parti itu berulang kali menyerang hasrat Hadi untuk melaksanakan Kanun Keseksaan Syariah di Kelantan pada 2015. Berakhirnya hubungan 2 parti itu menyebabkan Pakatan Rakyat terkubur.

PKR dan DAP kemudian membentuk Pakatan Harapan, gabungan baharu bersama Amanah, parti dibentuk oleh bekas pemimpin progresif dalam PAS.

Pakatan Harapan kini bekerjasama dengan parti bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menentang BN.

Lim yang juga ahli Parlimen Gelang Patah berkata beliau boleh bekerjasama dengan Dr Mahathir meskipun mereka terus tidak bersependapat dalam pelbagai persoalan politik.

"Tetapi kami boleh bersama dalam agenda lebih besar menyelamatkan Malaysia daripada menjadi kleptokrasi dunia dan negara yang gagal," katanya.

Malam tadi di Ampang, Dr Mahathir dilaporkan berkata tamat sudah masa untuk PAS membuat keputusan sama ada hendak membentuk pakatan pilihan raya dengan pembangkang atau tidak.

Pengerusi PPBM itu berkata keputusan perlu dibuat tidak lama lagi kerana PPBM akan membuat keputusannya pada mesyuarat majlis tertinggi.

Beliau berkata jika boleh, mereka mahu semua 5 parti pembangkang berada dalam satu pakatan.

"Tetapi malangnya, PAS mempunyai pendiriannya sekali gus menyukarkan proses penyatuan," katanya.

Dr Mahathir menjelaskan PPBM sebelum ini cuba meyakinkan PAS supaya menyertai pakatan pembangkang itu. Bagaimanapun, dialog antara kedua parti tidak dihadiri pemimpin paling tinggi PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"PAS hanya diwakili Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Timbalan Presiden) dan Datuk Mustafa Ali (Pengarah PAS pilihan raya). Mereka tidak menolak tapi dalam masa yang sama tidak juga menerima.

"Jika PAS tak nak sertai pembangkang, PPBM akan berada dalam Pakatan Harapan," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: