Monday, February 13, 2017

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4682[1 Attachment]

8 Messages

Digest #4682

Messages

Mon Feb 13, 2017 6:18 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


'Kecilkan saiz perkhidmatan awam sebelum terlambat' - Bekas KSU
bloglist-malaysia.blogspot.
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Sektor Awam Diperkecilkan, Petanda Kerajaan Dalam Situasi Tenat ?
bloglist-malaysia.blogspot.
bankami.blogspot

Bekas ketua setiausaha perbendaharaan, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim mencadangkan agar kerajaan mengecilkan size perkhidmatan awam selagi mampu untuk berbuat demikian.

"Saya akan kata, walaupun perbelanjaan kerajaan untuk memberhentikan (kakitangan awam) adalah besar, adalah berbaloi untuk melakukannya sekarang selagi termampu, daripada menunggu sehingga kita terjerumus ke dalam krisis kewangan seperti yang berlaku di Greece," jelasnya.
Mohd Sheriff merujuk kepada tindakan beberapa negara di benua Eropah yang secara tiba-tiba mengecilkan saiz perkhidmatan awam bagi mengurangkan perbelanjaan operasi setelah ekonomi terjejas teruk.

Pemberhentian kakitangan awam pada masa ini juga akan menjadi satu pendekatan yang positif dengan membolehkan mereka diberikan pampasan adil, kata Sheriff pada forum tadbir urus ekonomi di Sasana Kijang, Bank Negara hari ini.

Tambah beliau, lebihan kakitangan perkhidmatan awam telah menyebabkan ketidak cekapan dalam ekonomi dan kegagalan dalam disiplin kewangan kementerian serta jabatan kerajaan.

Sheriff turut berjenaka mengenai keperluan Malaysia untuk mencontohi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dalam tindakan pengecilan saiz perkhidmatan awam.

"Oleh kerana semua usaha (kami) sebelum ini untuk mengecilkan (perkhidmatan awam) tidak berjaya, mungkin kita harus mengikuti Donald Trump yang berkata mahu mengurangkan saiz perkhidmatan awam di Washington kerana mewujudkan terlalu banyak birokrasi, melumpuhkan ekonomi dan membebankan bajet persekutuan.
"Ada arahan daripada Trump bahawa bagi setiap jabatan baru atau agensi diwujudkan, dua yang ada harus ditutup.
"Saya fikir jika kita terima pakai arahan ini dengan jelas, ia akan menjadikan kementerian berfikir dua kali sebelum mereka mahu berjumpa Jabatan Perkhidmatan Awam," ujarnya.
Malaysia kini mempunyai 1.6 juta penjawat awam dan kerajaan perlu memperuntukkan RM76 bilion setahun untuk penggajian dan elaun. Sebanyak RM21.6 bilion lagi dibelanjakan untuk bayaran pencen.

MK

Amaran Buat Penjawat Awam
bloglist-malaysia.blogspot.
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Amaran Buat Penjawat Awam. Kerajaan akan mengambil tindakan terhadap penjawat awam yang didapati menyebarkan berita yang menjejaskan reputasi perkhidmatan awam.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) boleh memecat mana-mana penjawat awam, termasuk mereka yang sudah bersara, jika didapati menyebarkan berita yang menjejaskan kerajaan.

Amaran Buat Penjawat Awam. "Saya nasihatkan semua penjawat awam supaya tidak terbabit dalam menyebarkan apa-apa yang membuat komen yang boleh ditafsirkan di bawah Perintah Am sebagai mencemar imej perkhidmatan awam atau menyalahi Akta Rahsia Rasmi (OSA)," katanya dalam ucapan ketika melawat Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini hari ini.

Ali berkata mereka yang tidak berpuas hati sepatutnya meluahkannya menerusi saluran betul dan mereka yang mahu menentang kerajaan perlu mengambil jalan keluar lebih "terhormat" dan meletak jawatan.

"Ini fasal etika, dan etika itu yang diharap daripada penjawat awam. Jika anda rasa mahu buat perkara yang anti golongan berkuasa, maka jadi orang budiman dengan serahkan surat peletakan jawatan.

Amaran Buat Penjawat Awam
"Biarkan mereka yang menyokong kerajaan dan bersyukur dengan peluang diberi untuk mengambil alih tempat anda," katanya.

Beliau juga menggalakkan penjawat awam belajar membezakan antara berita palsu dan benar.

Amaran Buat Penjawat Awam. "Saya pasti ramai antara kamu ada Facebook, Twitter atau Instagram dan anda perlu bijak dalam penggunaan media sosial serta perlu celik media sosial untuk mengelak daripada menyebarkan berita palsu," katanya. - fmt

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 13, 2017 6:19 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bot Kursus Meletup, 8 Komando 69 Cedera
siakapkeli.my

LUMUT, 13 Feb: Lapan anggota komando 69 cedera selepas sebuah bot di Jeti Pangkalan Polis Marin di Kampung Acheh, Sitiawan dekat sini meletup pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi itu, bot Kerambit 3 digunakan untuk kursus pengendalian bot membabitkan enam peserta, dua jurulatih dan seorang mekanik.

Sumber Bernama berkata, satu dari enjit bot terbabit tidak dapat dihidupkan dan kerja penyelenggaraan dijalankan sebelum enjin dapat dihidupkan semula.

Bagaimanapun, enjin berkenaan meletup selepas itu.

Sumber memaklumkan semua mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung dengan dua daripadanya berada dalam zon merah (kritikal), enam dalam zon kuning (separa kritikal) dan seorang dalam zon hijau iaitu tidak kritikal.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Dato' Pahlawanan Hasnan bin Hassan berkata punca letupan adalah dari enjin bot terbabit.

Sumber: mStar Online, MG

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 13, 2017 6:19 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Rakyat Johor protes Forest City dapat hak milik kekal

bloglist-malaysia.blogspot

wak-labu

Posted by Mohd Sulaiman

ARIF ATAN

Rakyat di Johor bimbang dengan status hak milik kekal diberi kepada pelabur asing di Forest City.

Rakyat di negeri Johor bimbang nasib mereka yang bakal terpinggir pada masa depan ekoran pemberian taraf hak milik kekal kepada pelabur asing dalam projek pelaburan mega Forest City yang berkeluasan 1,370 hektar.

Pengarah Komunikasi Amanah negeri itu, Onn Jaafar berkata, kebimbangan rakyat dapat dilihat pada taburan kain rentang yang dipasang di sekitar Pagoh, Muar sempena menyambut kehadiran Menteri Besar, Datuk Mohamed Khaled Nordin.

"Bersempena kehadiran MB (Menteri Besar) Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin ke Pagoh, taburan 'banner' dipasang sekitar Pagoh, Johor telah menimbulkan suatu isyarat bahawa MB Johor hari ini sedang ditolak secara senyap oleh rakyat negeri ini.

"Isi kandungan yang tertulis di 'banner' itu adalah berkenaan dengan projek Forest City yang mana telah diberikan taraf hak milik kekal kepada pelabur asing sedangkan rakyat negeri Johor hanya diberikan hak pemilikan sementara sahaja," ujarnya dalam satu kenyataan.

Mengibaratkan keistimewaan yang diberi kepada pelabur asing dalam projek Forest City itu seperti "kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan, Onn mendesak Menteri Besar menjawab isu tersebut.

"Nyata isi kandungan dalam 'banner' itu memaparkan isu bersangkut-paut soal kebimbangan yang wujud di setiap minda rakyat Johor. Rakyat bimbang nasib anak bangsa bakal terpinggir pada masa hadapan akibat salah percaturan pemimpin masa kini," tegasnya.

Sehubungan itu, Onn mendesak Khaled menjawab persoalan yang dibangkitkan rakyat berhubung projek pembangunan hartanah bercampur yang bakal menyediakan 700,000 unit perumahan itu bagi menangani kebimbangan rakyat Johor.

"Saya melihat ia adalah sebuah kegagalan dalam menangani suara rakyat. Rakyat sebenarnya tiada peluang untuk bersuara sehingga isu sebegini dilakukan melalui protes dalam banner," katanya lagi.

Forest City adalah projek usahasama antara Syarikat Country Garden Holdings Co Ltd iaitu sebuah syarikat pemaju hartanah gergasi milik kerajaan China yang berdaftar dalam Bursa Saham Hong Kong dan Syarikat Esplanade Danga 88 Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Majlis perasmian projek membabitkan empat pulau buatan itu yang dijangka siap dalam tempoh 20 tahun itu disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 6 Mac tahun lalu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis sama mengumumkan Forest City sebagai kawasan bebas cukai dan tiada kekangan terhadap ekuiti asing di kawasan tersebut.

Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mendakwa pembinaan Forest City membuka ruang kepada penjajahan China malah menjual kedaulatan negara dengan hampir 700,000 warga China bakal menetap dan diberi status kewarganegaraan.

 

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 13, 2017 6:21 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tunku Mahkota Johor Minta Mat Tere Dibebaskan

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net


JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini meminta agar pihak polis membebaskan seorang individu yang direman kerana mengeluarkan kata-kata jelik terhadap baginda di Facebook sebelum ini.

Baginda dilapor pergi sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini dan menitahkan agar Muhammad Zul Apis Baharum, 29, atau dikenali sebagai Mat Tere yang tahanan reman terhadapnya sepatutnya dilanjutkan, agar individu itu dihantar pulang ke Kelantan.

Perkara itu dimuat naik di laman Facebook Johor Southern Tigers berserta beberapa keping gambar Tunku Ismail yang kelihatan turut bersalaman dengan Mat Tere.

"Baginda percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu di pihak atasan untuk agenda politik.

"Baginda turut mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Kelantan yang telah menjaga rakyat mereka dengan baik dan berjaga-jaga dengan individu yang ada niat untuk memecah-belahkan rakyat," kata entri berkenaan.

Mat Tere yang didapati mengalami masalah mental ditahan polis di hadapan sebuah hotel di Jalan Pendek, Kota Bahru pada 8 Februari lepas.

Penahanan dilakukan selepas polis Johor menerima satu laporan berhubung penyebaran satu rakaman video melalui Facebook yang menunjukkan seorang lelaki mengeluarkan kata-kata jelik terhadap Tunku Mahkota Johor.

Reman terhadapnya sepatutnya dilanjutkan hari ini selepas reman tiga hari yang bermula Khamis lepas berakhir semalam.

Sementara itu Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima titah baginda mengenai pembebasan Mat Tere.

Beliau berkata Tunku Ismail meminta agar pihaknya menggunakan budi bicara supaya tidak meneruskan siasatan kerana tidak mahu kes itu berpanjangan.

"Pihak polis mendapati suspek (Mat Tere) di dalam kes ini telah diperguna oleh pihak tertentu bagi mewujudkan satu persekitaran yang tidak harmoni dalam kalangan masyarakat," katanya. – BERNAMA

"Terima Kasih TMJ, Saya Minta Orang Lain Jangan Ambil Kesempatan Pada Saya Lagi," Ucapan Mat Tere Yang Selamat Sampai Rumahnya
siakapkeli.my

Kota Bharu: Mat Tere atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apiz Baharom yang telah ditahan baru-baru ini bagi bagi bantu siasatan berhubung kes mengeluarkan kenyataan menghina Institusi Diraja Johor menerusi video di Facebook mengucapkan terima kasih kepada Tunku Mahkota Johor, lapor Harian Metro.

Mat Tere , 29, berkata, dia tidak dapat luahkan apa-apa selain hanya melahirkan rasa syukur selepas dibebaskan semalam.

"Saya dilayan dengan baik oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim walaupun saya mengeluarkan kata kurang manis kepadanya.

"Saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi dan meminta semua orang tidak mengambil kesempatan di atas kekurangan saya," katanya.

Mat Tere berkata demikian selepas dia selamat sampai ke rumahnya yang terletak di Kampung Dendang, Ketereh, hari ini seleps dibebaskan semalam atas titah Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda semalam dilapor pergi sendiri ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor dan menitahkan agar tahanan reman terhadap Mat Tere tidak dilanjutkan dan dihantar pulang ke Kelantan.

Tunku Ismail juga percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu yang mempunyai "agenda politik".

Beliau telah ditahan di polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dan kemudian dibawa ke IPK Johor Bahru selepas Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Bharu.

Mahkamah kemudian mengeluarkan perintah reman pada 9 Februari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi Multimedia 1998. - Siakapkeli.my

TMJ Percaya Mat Tere Tak Bersalah, Titah Pemuda itu Dibebaskan
siakapkeli.my

Johor, 12 Feb - Tunku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini bertitah untuk membebaskan Mat Tere dan reman terhadap pemuda itu ditamatkan.

Menurut laman Facebook Johor Southern Tiger, TMJ hadir ke IPK Johor untuk memberi titah membebaskan Mat Tere yang sepatutnya dilanjutkan tahanan reman dan mahu pemuda tersebut dihantar pulang ke Kelantan.

"Baginda percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu di pihak atasan untuk agenda politik.

"Baginda mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Kelantan yang telah menjaga rakyat mereka dengan baik dan berjaga-jaga dengan individu yang ada niat untuk memecahbelahkan rakyat." tulis kenyataan itu.

Sebelum ini, Mat Tere telah ditahan di Kota Bharu kerana disyaki terlibat dalam satu video yang menghina TMJ.

"Dia Insan Istimewa" - Keluarga Yakin 'Mat Tere' Dipergunakan, Mohon Pihak Istana Maafkan Kesalahannya
siakapkeli.my

Mohd Azam membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira jam 10.15 malam hari ini. Foto: Sinar Online.

KOTA BHARU, 8 Feb - Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, atau dikenali 'Mat Tere' ditangkap kira-kira jam 3 petang hari ini.

Sinar Online melaporkan, Ketua Pemuda Umno Neger, Mohd Azam Ismail berharap agar pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadapnnya kerana dikategorikan tidak sempurna.

"Kami merayu dia tidak dikenakan tindakan undang undang berdasarkan dia dikategorikan sebagai individu kurang sempurna.

"Kami cukup yakin dia dipergunakan dalam isu ini memandangkan sudah beberapa kali dia menjadi viral video sebelum ini," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sebelum ini rakaman video yang memaparkan Mat Tere mengeluarkan kata-kata kesat terhadap TMJ disebarkan di media sosial

Menurut laporan BH Online, Mat Tere ditangkap kira-kira jam 3.50 petang di Kota Bharu hari ini.

Dalam pada itu sepupunya, Yusrizam Ahmad, 42,yang tinggal di Kampung Dendang, Ketereh yakin Mat Tere diperalatkan.

"Ini adalah kes aniaya dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat siapa dalang yang membuat video berkenaan.

"Dia adalah anak yatim yang mana ibunya sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama bapa saudara kami," katanya.

Dia juga berharap polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab kepada individu yang menpergunakan Mat Tere.

"Kami sekeluarga memohon jasa baik pihak istana Johor memaafkan apa yang berlaku atas kesalahannya kerana dia insan istimewa," katanya.

Sumber: Sinar Online, BH Online

Lelaki 29 Tahun Ditahan Selepas Dipercayai Buat Video Jelik Kepada TMJ
siakapkeli.my

Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd

JOHOR BAHRU, 8 Feb: Seorang lelaki berusia 29 tahun telah ditahan polis di depan sebuah hotel di Jalan Pendek, Kota Bharu, Kelantan selepas mengeluarkan kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di dalam satu rakaman video.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata pihaknya menerima laporan mengenai penyebaran video menerusi Facebook yang memaparkan seorang lelaki mengeluarkan perkataan jelik terhadap TMJ pada jam 1.25 petang semalam.

Suspek telah ditahan pada jam 3.50 petang tadi hasil kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

"Hasil daripada penahanan itu, polis merampas sebuah telefon bimbit Ex Mobile bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan sekiranya disabit kesalahan boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara atau kedua-duanya selain boleh didenda RM1,000 selanjutnya bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Sumber: BH Online

Hina TMJ - Mat Tere Ditahan Polis | SKMM Siasat Perakam Video
bloglist-malaysia.blogspot.
bankami.blogspot

Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, atau dikenali 'Mat Tere' ditangkap kira-kira jam 3 petang hari ini.

Ketua Pemuda Umno Negeri, Mohd Azam Ismail megharapkan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana dikategorikan tidak sempurna.

"Kami merayu dia tidak dikenakan tindakan undang undang berdasarkan dia dikategorikan sebagai individu kurang sempurna.
"Kami cukup yakin dia dipergunakan dalam isu ini memandangkan sudah beberapa kali dia menjadi viral video sebelum ini," katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Ketereh kepada Sinar Harian, di sini, hari ini.
Terdahulu, satu rakaman yang disebarkan Mat Tere mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Difahamkan Mat Tere dikatakan ditangkap di bandar Kota Bharu yang ketika itu bersama rakan-rakannya. Dalam masa yang sama sekumpulan warga Ketereh berkumpul berdekatan Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu.

Dalam pada itu sepupunya, Yusrizam Ahmad, 42,yang tinggal di Kampung Dendang, Ketereh yakin Mat Tere diperalatkan.

"Ini adalah kes aniaya dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat siapa dalang yang membuat video berkenaan.
"Dia adalah anak yatim yang mana ibunya sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama bapa saudara kami," katanya.
Dia juga berharap polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab kepada individu yang menpergunakan Mat Tere.

"Kami sekeluarga memohon jasa baik pihak istana Johor memaafkan apa yang berlaku atas kesalahannya kerana dia insan istimewa,"
SH

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 13, 2017 6:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



POLITIK DAN AGAMA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN
bloglist-malaysia.blogspot.
wabillahagro.blogspot
Dicatat oleh Abd Wahab Abdullah

Dalam kehidupan seharian, setiap benda yang bernyawa mahupun yang tidak bernyawa mempunyai saling kaitan antara satu sama lain. Hal-hal seperti agama dan politik tidak terkecuali dalam hal ini. Politik merangkumi makna yang cukup luas. Bukan sahaja tertumpu kepada aspek pentadbiran dan kenegaraan semata-mata, malahan hubungan sesama manusia dan juga kehidupan seharian juga dikatakan sebagai politik. Pendek kata , apa sahaja yang kita lakukan adalah politik. Kita mungkin keliru memikirkan apa yang dimaksudkan sebagai politik itu. Akan tetapi inilah hakikat yang sebenarnya . Agama sebagai satu kepercayaan dan pegangan merupakan tunjang kepada semua aspek kehidupan termasuklah aspek politik . Apa sahaja yang kita lakukan perlulah mengikuti jalan-jalan yang disyorkan oleh agama. Jika ianya bertentangan , sudah pasti akan terdapat masalah dan kerumitan yang bakal timbul.

Sebagai lanjutan, politik bertolak daripada aqidah dan juga berasaskan tasawur yang tetap dan syumul. Dari sinilah, Islam tidak terpisah daripada politik dan politik tidak tersisih daripada agama . Hakikat inilah yang melahirkan suatu ungkapan yang menggambarkan suatu rumusan yang diakui oleh umat Islam secara ijma' : Islam din wa Dawlah. Apa yang ada dalam agama sehingga menyebabkan politik tidak tersisih daripadanya? Hal yang demikian mungkin menyebabkan kita tertanya-tanya . Di dalam agama terdapat aqidah yang mendukungnya. Aqidah merupakan asas dalam agama . Jika aqidah itu pincang , maka pincanglah agama itu.

Ciri-ciri dalam aqidah Islam yang menyebabkan politik tidak tersisih daripada agama:-

1. Aqidah Islam adalah aqidah yang menyeluruh ( syumul )

Aqidah Islam yang menyeluruh membawa pengertian bagi semua aspek. Baik daripada aspek rohaniah mahupun jasmaniah. Gabungan daripada kedua-dua aspek ini memangkinkan kepada keutuhan politik dalam agama. Di sini tidak akan timbul politik yang tersisih daripada agama.

2. Aqidah Islam adalah aqidah yang kekal

Aqidah Islam merupakan aqidah yang kekal kerana ia berteraskan kepada asas-asas yang kekal . Ini berlainan sama sekali dengan sesetengah agama ataupun ideologi yang berdasarkan kepada materialisme semata-mata. Yang selainnya pula mengasaskan kepercayaan atau pegangannya kepada asas-asas yang bersifat sementara seperti kenegerian , kebangsaan atau perkauman . Pegangan yang teguh dan erat menyebabkan politik tidak akan tergelincir daripada landasan agama buat selama-lamanya

3. Aqidah Islam adalah aqidah yang sesuai sepanjang masa

Sememangnya kita mahukan politik itu bersesuaian dengan masa . Dalam hal ini , Islam dalam pecahannya iaitu aqidah merupakan ajaran yang bersesuaian sama ada pada tempat atau masa . Kita tidak mahu aspek politik yang kita uruskan itu hanya sesuai untuk masa-masa yang tertentu sahaja. Pastinya keributan ataupun kelam kabut tidak berlaku pada aspek politik jika aqidah yang didukung itu sesuai sepanjang masa .Inilah arah dan hala yang sedang dicari dan dituju oleh manusia masa kini setelah menyedari akan ketidaksesuaian pelbagai teori, ideologi dan kepercayaan yang direka dan dicipta oleh manusia yang bercanggahan dengan tabiat semulajadi insan dan kehidupan.

4. Aqidah Islam penyelamat ummat

Aqidah Islam dapat menyelamatkan manusia daripada segala macam bentuk penindasan termasuklah penindasan politik. Ini adalah kerana dalam Islam itu sendiri, semua manusia adalah sama tidak mengira keturunan ataupun darjat. Ini bersesuaian dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:-

" Manusia adalah sedarjat laksana gigi sikat; tidak ada kelebihan orang Arab atau orang Ajam kecuali dengan takwa."

Adalah menjadi kewajipan untuk menegur dan memperbetulkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan penindasan dan kezaliman ke atas masyarakat dan rakyat. Al-Quran telah merakamkan banyak contoh yang waqi'i atau yang benar-benar telah berlaku sehingga menjadikan kita benar-benar merasakan betapa jauh kesan aqidah Islam ini dalam ketinggian dan kemuliaan hidup manusia.

5. Aqidah Islam penyusun nilai hidup

Dalam aqidah Islam, penyusunan dan pengaturan nilai-nilai hidup berlaku. Berlainan dengan ideologi-ideologi yang lain, ada yang meletakkan kekuatan dan kekuasaan sebagai nilai utama. Ada juga yang meletakkan materialistik sebagai matlamat dalam kehidupan. Jika ini berlaku, sudah pasti aspek politik dalam Islam akan tercemar. Walaubagaimanapun, aqidah Islam tidaklah sedemikian rupa. Aqidah Islam memusatkan alam semesta dan kehidupan manusia di atas asas nilai-nilai yang mutlak, umum dan tetap hak serta hakiki, iaitu nilai keimanan kepada Allah. Islam tidak menolak kekuatan tetapi meletakkannya di tempat yang sesuai . Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:-

" Dan siapkanlah kekuatan untuk menghadapi mereka menurut kesanggupan kamu dan pasukan berkuda di perbatasan untuk menggentarkan musuh Allah dan musuh kamu dan yang lain di samping mereka yang tidak kamu ketahui , tetapi Allah mengetahuinya . Dan apa-apa yang kamu nafkahkan di jalan Allah , nescaya akan dibalas cukup kepada kamu dan kamu tidak akan dirugikan".

(Surah Al Anfal, ayat 60)

Islam juga tidak menafikan nilai harta dan wang tetapi meletakkannya pada tempat yang layak dalam kehidupannya dengan panduan dan syaratnya yang menjamin keutuhan tamadun manusia itu sendiri. Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:-

"Wahai orang-orang yang beriman ,janganlah kamu jadikan terlarang barang yang baik-baik ,yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tiada menyukai orang-orang yang melampaui batas.

( Surah Al Maidah, ayat 87)

Masalah Yang Mungkin Akan Timbul Akibat Pemisahan Antara Politik Dan Agama.

Pemisahan sesuatu perkara daripada induknya akan mendatangkan masalah dan kerumitan. Hal ini sememangnya akan berlaku jika politik itu tidak berada di bawah dasar agama . Pastinya arah dan haluan politik itu sendiri akan terumbang ambing. Rintangan dan halangan yang tertentu akan menjadikan politik itu hanyut ditelan masa. Kemelut ini akan terus berpanjangan jika ianya tidak di ambil tindakan yang segera. Adapun masalah-masalah yang bakal timbul adalah:-

1. Wujud ketidakadilan dalam politik

Setiap insan di bumi ini termasuklah yang sempurna ataupun yang tidak sempurna mempunyai hak masing-masing. Hak mereka ini tidak boleh dicerobohi mahupun dicemari. Jika politik itu tidak berpandukan kepada agama, yang kuat akan menindas yang lemah. Hal yang sedemikian tidak sepatutnya terjadi . Apa yang sepatutnya adalah yang kuat membela yag lemah . Perkara sedemikian berlaku disebabkan oleh ketidakadilan yang menunjangi kehidupan . Natijahnya, tiada kesudahan bagi perkara ini. Mana yang hak dan yang batil tidak akan dapat ditentukan perbezaannya. Pendek kata, keburukan yang timbul adalah daripada keserakahan mencapai kemajuan duniawi dan kerana revolusi oknum-oknum dan golongan yang tidak sabar akan hukum moral dan ketertiban.

2. Wujud penyelewengan dalam politik

Dalam politik, amanah memainkan peranan yang penting . Jika sifat ini tiada dalam diri setiap individu , maka akan wujudlah penyelewengan. Hak seseorang individu itu pastinya akan dipergunakan oleh individu yang lain untuk kepentingan mereka sendiri. Mungkin hak kita sendiri yang akan digunakan tanpa kita sedari. Secara tidak langsung, kehidupan ini dikatakan sebagai kehidupan yang bukan hakiki tetapi kehidupan yang batil dan sesat , khayalan dan sangkaan yang tidak menghasilkan nilai-nilai yang hakiki tetapi menghasilkan kepalsuan, kehampaan dan sia-sia.

3. Wujud keributan dalam politik

Sesuatu perkara yang tidak ditunjangi oleh agama pastinya mendatangkan keributan ataupun kucar kacir dalam kehidupan manusia . Kehidupan manusia bukan sahaja akan kucar kacir , bahkan yang lebih dahsyat lagi adalah bakal menghancurkan. Manusia akan mula mencari arah dan hala tujuan mereka. Pada ketika ini, keadaan mungkin menjadi genting di mana masing-masing menuding jari menunjukkan kesalahan antara satu sama lain. Nilai-nilai murni yang selama ini terbina atas dasar ukhuwah akan menjadi pudar dan mungkin akan hilang.

Penutup

Telah jelas bahawa agama dan politik memang tidak boleh dipisahkan. Malahan apa-apa pun perbuatan yang dilakukan oleh manusia tidak boleh lari dari agama. Apalah gunanya nikmat agama yang telah diberikan oleh tuhan jika kita tidak dapat melaksanakannya dalan kehidupan. Sejarah telah membuktikan bahawa banyak kehancuran telah berlaku ke atas umat yang tidak menjadikan agama sebagai sandaran terutamanya dalam bidang politik. Cukuplah apa yang berlaku dan haruslah kita ambil tauladan supaya tidak berulang lagi. Adalah wajib bagi kita untuk memperjuangkan yang hak dan batil serta melaksanakannya.

Bibliografi :

H. Zainal Abidin Ahmad, Konsepsi Politik dan Ideologi Islam, N.V. Bulan Bintang. 1977; Jakarta.

H. Mahmud Yunus, Prof. Dr., Tafsir Quranul Qarim, PT. Hidakarya Agung, 186; Jakarta.

Kassim Thukiman, Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik, Cetakan Awal, UTM, 1996; Skudai.

Mohd. Sulaiman Yassin, Pengantar Akidah, Dewan Bahasa dan Pustaka. 1988; Kuala Lumpur.

Muhammad Al. Al-Burney, Islam Landasan Alternatif Administrasi Pembangunan, C.V Rajawali. 1985; Jakarta.

Ramli Awang et. al, Pengantar Falsafah Sains Cetakan Awal, Bahagian Falsafah Sains PPTS UTM, 1995; Skudai.

Syed Ameer Ali, Sejarah Evolusi dan Keunggulan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka 1992; Kuala Lumpur.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Mon Feb 13, 2017 6:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gelagat 5 Orang Kanak-Kanak Cuba Rompak Kotak Mesin Tukar Duit Kedai Dobi Berjaya Dirakam CCTV
siakapkeli.my

Gelagat sekawan lima orang kanak-kanak yang dikatakan cuba memecahkan mesin tukar wang sebuah kedai dobi 24 jam di Bercam Raya, Ipoh, Perak telah menjadi viral di laman sosial.

Seorang lelaki bernama Azhar Fazin telah memuatnaik gambar berkenaan di mana menunjukkan gelagat kanak-kanak tersebut sedang cuba memecahkan mesin wang tersebut menggunakan kaki berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 6 pagi 11 Februari lalu di mana ketika itu dobi berkenaan tiada orang.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Noor Fazliyanty, kanak-kanak berkenaan memang sering berkeliaran di kawasan berkenaan terutamanya pada hari Sabtu dan ahad, namun dia takut untuk menegur kerana takut diapa-apakan. - Siakapkeli.my

Lima Sekawan Rompak Kedai Dobi
crewfathi.com
Nurul Husna
IPOH, PERAK – Tindakan sekumpulan kanak-kanak cuba memecah mesin tukar wang token di sebuah kedai dobi, dirakam kamera litar tertutup dalam kejadian awal pagi Ahad.

Gambar lima kanak-kanak lelaki yang datang ke kedai tersebut menaiki basikal dan cuba menrompak kedai dobi tersebut dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Lelaki dipercayai pemilik kedai dobi layan diri itu, Azhar Fazin, memuat naik beberapa gambar suspek di laman Facebook dan telah dikongsi 1,114 kali oleh pengguna laman berkenaan.

Difahamkan kejadian itu berlaku pada jam 6.02 pagi di mana salah seorang suspek cuba menendang dan merosakkan mesin pertukaran wang bagi mendapatkan wang di dalamnya.

Berdasarkan gambar, suspek juga dilihat cuba mendapatkan wang dari mesin basuh pakaian.
Menurut kenalan Azhar, Aliah Lya menegaskan mereka mahu ibu bapa kepada kesemua suspek datang berjumpa dengan mereka dan meminta maaf di atas tindakan anak-anak mereka. Jika gagal berbuat demikian, pihaknya akan viralkan di media sosial dan gambar kesemua suspek akan dilekatkan di semua kedai dobi. – The Reporter

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 13, 2017 6:29 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Nasi Putih Bersama Sedikit Sayur Dijual RM2 Di Kantin Sekolah, Wajarkah? - Di Mana Hati Perut Pengusaha Kantin, Soal Netizens.
bloglist-malaysia.blogspot.
sozcyili.blogspot
Oleh : Hanizam Hassan

Ya Allah, hanya kau yang tahu apa yang akan saya ceritakn disini adalah semata-mata ingin meluahkn rasa hiba dan kasihan seorang ibu dan demi Allah tiada langsung niat untuk menaya atau menjatuhkan orang. Saya mohon pada sesiapa yang membaca tulisan saya ini fikir la sendiri samada ianya patut atau tidak berlaku.

Kisahnya, semalam sewaktu rehat kelas KOKO (kokurikulum) saya menghantar bekal untuk anak saya dan duduk makan di kantin sekolah. Kemudiannya datang seorang kawannya duduk pula makan disebelahnya.

Apa yang saya lihat cara murid itu makan memang dia tengah lapar sangat sedangkan apa yang dimakan (dibeli dari kantin) hanyalah sedikit nasi putih dan sedikit sayur goreng.

Nasi putih bersama sedikit sayur goreng dijual RM2 di kantin sekolah..

Saya tanyakan, berapa harga? Rm2.00 jawabnya seperti hampa sambil menguis-nguis sayur seperti mencari sesuatu, saya tanya lagi lauk tu je?.

Dengan perlahan dia menjawab, haah dan saya perhatikan selepas 2-3 kali, suapannya mulai perlahan seakan makan terpaksa.

Tiba-tiba menjadi sebak

Saya tiba-tiba menjadi sebak yang teramat dan rasa bersalah kerana dalam waktu yang sama anak saya sedang enak menikmati nasi berlaukkan ayam goreng, kari dan sayur. Diam-diam saya menangis, toleh pula ke kiri, seorang lagi murid sedang menikmati nasi putih dengan kepala ikan keli yang diletak sedikit kuah lada kot.

Ya Rabbi. Luluh hati. Lihat sendiri la pada gambar, jual Rm2.00. Saya juga meniaga makanan. Semua orang nak untung tetapi jangan la sampai begini. Jujur, ikhlas lah kerana mereka bayar dengan duit, mereka lapar.

Kanak-kanak juga ada perasaan, meniaga la dengan ikhlas..

Walaupun kanak-kanak mereka juga ada rasa dan perasaan.. Tak bolehkah mereka dilayan seperti anak sendiri. Tak kesian ke, kita berniaga mencari rezeki untuk keluarga jadi darah daging dan mahukan keberkatan dunia akhirat patutnya bersyukur kerana kita ditakdirkan berurus-niaga dengan anak-anak kecil yang sedang mencari ilmu, yang masih suci, yang bersih jiwanya. Ahli-ahli syurga insha-Allah.

Jangan ambil kesempatan pada anak-anak kecil

Allah swt beri jalan yang luas untuk kita melabur saham untuk akhirat. Sambil meniaga tak nampak ke? Kenapa disia-siakan peluang ini. Lebih kurang kira sedekah, rugi sangat ke, jangan lah kerana mereka anak-anak kecil yang tidak tahu apa-apa kita ambil kesempatan.

Fikir tak, anak-anak kecil sepatutnya disediakan makanan yang baik, yang berzat kerana mereka dalam proses membesar sedang belajar sesungguhnya Allah itu maha melihat, hibanya saya masih terasa hingga ke saat saya sedang menulis ini, airmata masih juga tidak mahu berhenti.

Tambahan pula mereka ini kebanyakkannya bukan lah anak-anak orang senang. Ayah ibu sibuk mencari rezeki dan percaya dengan kita untuk makan minum anak mereka semasa di sekolah tapi amanahkah kita kalau begini? Inilah puncanya anak-anak saya sentiasa ditemani bekal. Bukan tujuan saya nak menunjuk pandai jauh sekali untuk mengajar kerana saya juga serba kekurangan.

Andai tulisan saya ini menimbulkan rasa tidak berpuas-hati mana-mana pihak, jutaan ampun dan maaf saya pohonkan. Saya cuma meluahkan rasa dan pendapat saya sahaja.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Mon Feb 13, 2017 6:31 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pakatan Blok ke 3 lebih baik?

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

"

Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang telah buat keputusan dan menyatakan yang pas tidak sekali kali akan menyertai pakatan harapan.
Disusuli Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah bahawa PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan selagi pakatan itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah),

Akan tetapi, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad meminta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mendesak parti itu dalam isu penyertaan dalam Pakatan Harapan.

Oleh itu, penulis boleh kesimpulan, Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Naib presiden Datuk Nik Amar Abdullah memang tidak setuju Pas menyertai pakatan harapan.
Cuma Naib presiden Ustaz Idris Ahmad yang kelihatan semacam masih mahu menyertai pakatan harapan, tetapi jangan cuba mendesak pas dengan memberi tepoh dalam masa selama satu bulan sepertimana dinyatakan Tun Dr Mahathir itu.

Mungkin masa selama satu bulan itu pendek. Maka biarlah tepoh masa lebih panjang sedikit, kerana untuk membuat keputusan menyertai pakatan harapan memakan masa yang lama dan panjang.

Lebih lebih lagi PAS mengumumkan permuafakatan baharu bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14.

Bermakna Pas sudah ada pakatan pembangkang. mengapa mesti pas menyertai pakatan harapan?.

selain pakatan rakyat yang dibuburkan dan jadi pakatan harapan. oleh itu parti Tun Mahathir kena mari duduk dalam pakatan blok ke 3 yang sudah dibentuk itu.

Demikian PKR. PKR kena mari duduk dalam blok ke 3 dan tinggalkanlah amanah dan DAP terkutang kuting dan biar dua parti itu duduk dalam pakatan harapan memerintah Selangor.

Persoalannya, manakah lebih baik pakatan harapan dengan blok ke 3 yang sudah dibentuk itu untuk harapi PRU 14 satu lawan satu.

Sudah barang tentu blok ke 3 lebih baik dengan pakatan harapan yang hanya disertai dua parti DAP dan amanah berbanding blok ke 3 yang disertai parti PAS,parti keadilan rakyat (PKR) parti PRIBUMI bersatu Malaysia (PPBM) dan parti Ikatan Bangsa Malaysia (ikatan).

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat

PAS Tidak Akan Sertai Pakatan Harapan - Mohd Amar

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

KOTA BHARU: PAS tidak akan menyertai Pakatan Harapan selagi pakatan itu disertai DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), kata Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Mohd Amar, yang senada dengan keputusan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu berkenaan, berkata parti itu tidak memerlukan masa sebulan untuk menyertai pakatan itu sebagaimana yang disyaratkan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu.

"Kami sudah membuat keputusan tidak akan bersama-sama (parti pembangkang lain) dengan Pakatan Harapan dan ini bukan macam teka silangkata yang mempunyai tempoh tertentu," kata Timbalan Menteri Besar Kelantan itu kepada pemberita di pejabatnya di sini, Ahad. - Bernama

Tun M Diminta Tidak Desak PAS - Idris Ahmad

Dilulus untuk paparan oleh AbuBakarMat
tranungkite.net

BUKIT GANTANG: Naib Presiden PAS, Idris Ahmad meminta Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak mendesak parti itu dalam isu penyertaan dalam Pakatan Harapan.

Beliau berkata, adalah tidak wajar untuk bekas perdana menteri itu memberi kata dua kepada PAS untuk menyatakan keputusan dalam tempoh sebulan.

Menurutnya proses membuat keputusan berhubung perkara tersebut merupakan sesuatu yang besar dan memerlukan tempoh yang panjang untuk dibincangkan.

"Dr Mahathir hendaklah hormat dengan PAS dan jangan buat PAS seperti budak-budak, tindakannya memberi amaran merupakan sikap tidak baik.

"Kami dah lama jadi pembangkang 22 tahun (dari) zaman beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri," katanya dalam sidang media selepas Ceramah Mega RoadShow 355 peringkat negeri di Markas PAS Bukit Chempedak, dekat sini Sabtu malam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang memberi tempoh sebulan kepada pemimpin PAS untuk memutuskan sama ada mahu menyertai pakatan harapan atau tidak.

Dalam perkembangan lain, Idris berkata lebih 100,000 anggota PAS dijangka menyertai himpunan bagi memberi penjelasan mengenai Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan 2016) 1965 atau Akta 355 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 18 Februari ini.

"Himpunan itu sebagai tanda sokongan masyarakat Islam terhadap pindaan akta itu bagi memperkasa mahkamah syariah," katanya. -- Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: