Sunday, December 16, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3454

1 New Message

Digest #3454
1
Fw: 20,000 Kerja Kosong Di Selangor, by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Message

Sat Dec 15, 2012 4:47 pm (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

20,000 Kerja Kosong Di Selangor, Kerajaan Negeri Perluaskan Karnival Kerjaya
selangorku.com
By Mohd Ezli Mashut

KUALA SELANGOR, 15 DIS : Kira-kira lebih 20,000 peluang kerja kosong wujud di Selangor yang perlu diisi segera di mana majoriti peluang ini adalah dalam sektor pembuatan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri pula memerlukan 1,000 juru ukur tanah untuk mempercepatkan proses ukur tanah di Selangor.

Oleh itu, Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM 3 juta kepada karnival kerjaya tahun depan bagi menemukan graduan dan individu yang tidak bekerja dengan majikan.

Pengerusi Kumpulan Perangsang Selangor, Raja Idris Raja Kamarudin berkata, sebanyak RM 2.7 juta sudah dibelanjakan untuk Karnival Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) yang disertai 629 individu.

Raja Idris berkata program tersebut akan diperluaskan kepada golongan ibu tunggal, pesara dan remaja mulai tahun depan.

"Dengan itu diharap golongan ini akan mendapat pekerjaan dan juga boleh memulakan perniagaan sendiri," katanya di dalam RKSS yang diadakan di Stadium Tertutup Kuala Selangor.

Ujarnya Karnival ini akan diperluaskan ke seluruh Selangor dalam masa terdekat ini.

Katanya, 80 peratus yang menyertai program itu berjaya memperolehi pekerjaan manakala 20 peratus menjadi usahawan sejak program itu dilancarkan pada 30 September 2011.

"Kita akan mempertingkatkan usaha ini sehingga mencapai tahap 90 peratus," kata Abdul Khalid.

Turut hadir dalam majlis itu, Exco Adat Istiadat Melayu, Belia dan Sukan, Dr Yunus Hairi, Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan dan Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohamad Yasid Bidin.

14,700 Penjawat Awam Selalu Ponteng Kerja

asalkanbukanumno.blogspot.
ABU admin

KANGAR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan kira-kira 14,700 penjawat awam muda yang berusia 30 tahun ke bawah kerap mengambil cuti sakit walaupun mereka sebenarnya sihat.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, pihaknya memandang serius gejala tersebut walaupun jumlah itu membabitkan sekitar tiga peratus daripada jumlah keseluruhan kakitangan awam iaitu seramai 1.4 juta orang.Malaysia kini mempunyai kakitangan awam seramai 1.4 juta orang dan daripada jumlah itu, 490,000 orang atau 35 peratus terdiri daripada golongan muda berusia 30 tahun ke bawah.

"Mereka sepatutnya ambil sijil cuti sakit jika betul-betul tidak mampu bekerja atau jika bekerja penyakitnya itu akan berjangkit kepada rakan sekerja."Kalau sekadar selesema, cukuplah dengan pelepasan masa bekerja satu atau dua jam, tidak perlu beri cuti sakit walaupun diminta," katanya kepada pemberita di sini semalam. ~mp

GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: