Thursday, December 20, 2012

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3458

9 New Messages

Digest #3458
1a
Re: Fw: PDRM guna Ninja 250 ! by "Zaiedishaq" zaiedishaq
2a
Re: astro failed by "jay" jaynoll
2b
Re: astro failed by "Zaiedishaq" zaiedishaq
2c
Re: astro failed by "jay" jaynoll
3
Fw: Kenali simptom kanser payudara by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
4
Fw: Budak 3 tahun diseret sejauh 10km by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
5
Fw: Enam punca perut buncit by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
6
Fw: Kerajaan larang memotong by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
7
Fw: Petani tumbuk mata buaya selamatkan diri by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Wed Dec 19, 2012 5:39 pm (PST) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Hmm.. pakai Ninja aa..
Tapi rempiter-rempiter ni ada 1 element yang kurang/tak ada pada polis.. "
Hati kering"..

2012/12/19 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>

> **
>
>
> **
> *PDRM guna Ninja 250 ! *
> pasjementah.blogspot
> Dicatat oleh malikus solleh Malikus
> <https://plus.google.com/105562708698296964722>
>
>
> <http://www.gophoto.it/view.php?i=http://4.bp.blogspot.com/-YAPugwcnx3s/UNAHmi67z1I/AAAAAAAABFc/p7Dx-3zj4T8/s1600/Kawasaki-Ninja-250R-2013-PDRM1.jpg>Motor
> Ninja ni pernah menjadi idaman semasa remaja dulu. Teringin nak beli dan
> pakai tapi duit tak ada. Jika ada di kalangan mat rempit atau peminat motor
> yang berminat miliki sebuah motor Kawasaki Ninja 250 ni, ada cara mudah tak
> perlu ada duit untuk dapatkannya.
>
> Caranya dalah dengan menyertai pasukan Polis Di Raja Malaysia. PDRM kini
> menggunakan Ninja 250 sebagai motor buat mereka meronda mencegah jenayah
> trafik dan lain-lain. Baca sumber<http://galeripdrm.blogspot.com/2012/12/pdrm-guna-kawasaki-ninja.html> kat
> bawah.
>
> *PDRM GUNA KAWASAKI NINJA*
> galeripdrm.blogspot.<http://galeripdrm.blogspot.com/2012/12/pdrm-guna-kawasaki-ninja.html#comment-form>
>
> <http://www.gophoto.it/view.php?i=http://3.bp.blogspot.com/-6ZwpMMAe97U/UM29wZiwo0I/AAAAAAAAWfY/IF7VTiQDSxk/s1600/Kawasaki-Ninja-250R-2013-PDRM.jpg>
>
> " *Pendekatan serta usaha baru PDRM membanteras jenayah. Perang Jenayah
> Habis-Habisan. Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami "............*
>
> POLIS DIRAJA MALAYSIA BAKAL MENGGUNAKAN MOTOSIKAL KAWASAKI NINJA 250
> DIDALAM PENUGASAN TIDAK LAMA LAGI. IA AKAN DIGUNAKAN BAGI MEMBENTERAS KES
> JENAYAH JALANAN TERMASUK MEMBANTERAS HABIS-HABISAN KES JENAYAH JALANAN "
> MAT REMPIT " DISELURUH MALAYSIA. INI ADALAH USAHA TERBARU PDRM DIDALAM
> MENANGANI KES-KES JENAYAH DI MALAYSIA. SEMOGA DENGAN USAHA BARU INI PASUKAN
> POLIS DIRAJA MALAYSIA AKAN TERUS DIHORMATI SEBAGAI PASUKAN KESELAMATAN NO.1
> DIDUNIA.....
>
> <http://www.gophoto.it/view.php?i=http://1.bp.blogspot.com/-jbGwGFCJ0GQ/UM29xQY1f0I/AAAAAAAAWfc/2L3y2yvqJBs/s1600/Kawasaki-Ninja-250R-2013-PDRM1.jpg>
>
> Read more: PDRM GUNA KAWASAKI NINJA | Galeri PDRM<http://galeripdrm.blogspot.com/2012/12/pdrm-guna-kawasaki-ninja.html#ixzz2FUl9gvor>
> http://galeripdrm.blogspot.com/2012/12/pdrm-guna-kawasaki-ninja.html#ixzz2FUl9gvor
>
>
>

Thu Dec 20, 2012 1:08 am (PST) . Posted by:

"jay" jaynoll

Pelik....korang alami masalh mcm aku tak?chanel media prima tru Astro semua xbleh access.....nape ek?

Sent from Yahoo! Mail on Android

Thu Dec 20, 2012 2:14 am (PST) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

tak pulak.. tapi Astro baru aje replace PVR aku.. abih semua function PVR
takleh jalan. yang recorded program pun takleh tengok. kalau pergi kat PVR
setting, set terus jammed. Kena off kat main swicth baru bole off/reboot.
Service center tu cakap PVR ni memang banyak problem. Time aku amik set
Astro aku (buat exchange kat service center), bersusun PVR rosak aku
tengok..

2012/12/20 jay <jaynoll@yahoo.com>

> **
>
>
> Pelik....korang alami masalh mcm aku tak?chanel media prima tru Astro
> semua xbleh access.....nape ek?
>
> Sent from Yahoo! Mail on Android
>
>
>

Thu Dec 20, 2012 6:07 am (PST) . Posted by:

"jay" jaynoll

Aku x tukar decoder pong.......msih guna yg silver tuh......sblm tuh aku guna yg hitam gedabak tuh.....rosak yg hitam mcm astro sabo jer suruh aku tukar psl upgrade kad konon......ni decoder silver.....dh braper kali ntah gang astro call suruh tukar beyond ar......pvr ar.....aku tak minat......tup...tup ni semua chanel media prima tak blh access....nk sabo lg nih.....

Thu Dec 20, 2012 7:27 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Kenali simptom kanser payudara dan cara mencegahnya
By MeetDoctor.com | Yahoo! Malaysia Editorial

Biasanya, sel-sel tubuh dihasilkan secara semula jadi hanya apabila ia diperlukan. Namun kadangkala sel-sel itu terus bertambah dan tidak dapat dikawal sehingga membentuk gumpalan yang dikenali sebagai tumor. Jika sel-sel yang bertambah itu adalah sel normal, maka ia tidak berbahaya. Namun jika yang bertambah itu adalah sel yang abnormal, ia boleh mengakibatkan kanser.

Sesuai dengan namanya, kanser payudara ini bermula di dalam payudara dan boleh merebak ke sekeliling payudara bahkan ke organ-organ lain. Penularan itu juga dikenali sebagai metastasis. Kanser payudara tidak hanya berlaku pada wanita, malah juga pada lelaki. Sehingga kini, punca kanser masih belum diketahui secara pasti tetapi beberapa faktor dikenal pasti dapat meningkatkan risiko berlakunya kanser, antaranya:

1) Usia
Bagi wanita, risikonya diserang kanser payudara meningkat apabila usianya 40-an sementara bagi lelaki pula risikonya meningkat pada usia 60-an.

2) Genetik
Risiko menghidap kanser payudara meningkat jika memang ada saudara terdekatnya yang pernah diserang kanser payudara.

3) Pola makan yang tidak sihat dan mengalami obesiti.

4) Merokok dan sering minum minuman beralkohol.

5) Malas bersenam.

Berikut adalah beberapa simptom apabila diserang kanser payudara:
- adanya benjolan pada atau di sekitar payudara setelah habis tempoh haid
- perubahan pada bentuk dan ukuran payudara
- keluar cecair jernih atau kemerah-merahan dari puting
- kulit payudara berkedut atau bersisik
- kulit payudara berubah menjadi kemerah-merahan (radang) dan berlaku perubahan pada puting (misalnya, mengelupas)

Kurangnya kesedaran terhadap bahaya kanser payudara seringkali membuatkan penyakit ini dikesan hanya setelah parah, terutamanya pada lelaki. Bagi mencegah kanser payudara, anda disarankan supaya melakukan pemeriksaan rutin ke atas diri sendiri (self-exams). Rabalah payudara untuk mengetahui kemungkinan adanya benjolan, atau lakukan pemeriksaan dengan mamogram apabila anda memasuki usia 40 tahun, lebih-lebih lagi jika keluarga anda mempunyai sejarah kanser payudara. Pemeriksaan dengan Sonomamogram 3D adalah lebih tepat dan selamat kerana ia tidak menggunakan radiasi.

Perlu tip yang lebih mudah untuk mencegah kanser? Anda harus rajin bersenam, sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Makan makanan sihat juga dapat membantu mencegah kanser, contohnya pelbagai beri (strawberi dan raspberi) yang kaya dengan antioksida dan sayur-sayuran hijau (bayam, brokoli dan kubis). Juga, elakkan makanan yang diproses dan yang mengandungi banyak lemak.

Sumber: www.meetdoctor.com
Oleh: Stephanie Firdaus
Ulasan oleh: Dr. Andryana
Hospital Wanita dan Kanak-kanak Brawijaya

comments
a.. ijol •
a.. marketing planning!
b.. Datukgong bin Laden •
perlukah bubuh gambar tu?
c.. SPAIN •
nalarrkkekkkkk
d.. shariz admal adnan •
please .. be mature , tukar pic lain la
e.. Riduan •
pada aku, mungkin isunya jelas, tentang kesihatan, tapi gambarnya lagi jelas, PUBLISITI MURAHAN!...kenapa harus ditayangkan gambar sebegitu hanya untuk menarik perhatian untuk dibaca..kenapa tidak letakkan yang terdedah jer, kan itu lebih jelas?! artikel yang baik tidak perlukan bahan untuk menarik perhatian pembaca!
a.. Sharon Batia •
Ala Riduan...tak payahlah buat kecoh sgt psl gambar sebegitu...terima je hakikat....gambar tu kira oklah dari terdedah over lagi...Itu bukan bahan sampingan pun tapi fikiran je kolok dan pandangan serong...ramai lagi kat luar tu dah expert habih tgk gambar2 sebegitu dlm filem2 asia dan buku playboy...lain kali suruh YM iklankan psl pelakon filem yg pakai terdedah tu diharamkan dan kau komen dlm suratkhabar pulak...ini baru artikel psl kanser payudara je...
b.. Riduan •
aku tak komplem pasal artikel, tapi aku komplem pasal gambar, biar bersuaian...gambar yang kat atas mungkin ok, tapi gambar kat highline tu KO...
c.. Umno Perompak •
Oklah gambar tu xkan nk letak gambar buah Durian Musang king.
d.. Sharon Batia •
Hahaha...betul tu Umno Perompak...setuju dgn komen anda...Ala Riduan untuk kaum sihawa je artikel ni..Siadam yg dah berkhawin tu oklah baca dan tgk gambar tu bcoz dah berumahtangga...
e.. Riduan •
masalahnya,yahoo ni untuk org berumah tangga jer ker. ?
sebab tu aku cadangkan gambar bersesuaian,dan aku rasa kalau letak gambar seorang perempuan pun itu sudah jelas...
f.. Umno Perompak •
Riduan, kamu jgn pandang gambar tu, baca artikel sudah, habis cerita.
n9.GABAN •
f.. pagi2 dh tunjuk copekkk...
a.. Hani •
Sibuk je lah ko ni.....ko pun same ade risiko....jgn jadi bodoh boleh x?
b.. n9.GABAN •
jgn la marah HANI.....nape,copek u kerr...hihihihi
c.. Nurul •
btol...sokong hani
d.. Azuddin Nik •
boob lead me here
e.. Sharon Batia •
Apalah kau ni N9.Gaban...pagi2 kau dah komen psl copek orang...Patut berterima kasih kat Yahoo Malaysia untuk siarkan berita ni dan untuk kita mengetahui lebih lanjut lagi pasal kanser payudara......
Harap Yahoo M siarkan berita mengenai "Prostate Cancer" pulak...Nanti mesti aku akan komen pulak
f.. Hani •
Good Sharon......
N9.GABAN....Copek aku, takkan aku nak tunjuk kat org lain......tunjuk kat suami aku, cukuplah.....
g.. n9.GABAN •
HEHEHE....
h.. Sharon Batia •
@N9.Gaban...tolong bagi komen psl isu kanser payudara dulu seblm nak tgk copek wanita...Kau cari teman wanita dulu lepas tu suruh dia buka baju dan tunjukan copek dia kat kau...Kalau takde teman wanita pi cari ataupun terus khawin...lepas tu tgk copek bini setiap hari...sekian...
i.. Umno Perompak •
Haa..Padan muka.
UrMotherStinkShoe •
g.. ish!!.....sedapnyo!!!! puteh lagi tuu...!!!
h.. miss •
huhu... cari la gamba lain kalau nak cite pon... direct sgt...
i.. nurul •
aku bukak email je keluar gambar boobs, so mcm mana ni

Thu Dec 20, 2012 7:29 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Budak 3 tahun diseret sejauh 10km
rahimho.blogspot.
Dicatat oleh rahimho
Sumber : Harian Metro

Menyayat hati !! apabila melihat mayat seorang kanak-kanak 3 tahun Muhamad Aslam Maricar Said Ibnu Salam dalam keadaan hancur dan hampir berkecai. Kanak-kanak malang ini diseret sejauh 10 kilometer oleh sebuah kenderaan lain selepas dia tercampak keluar dari kereta dinaiki bersama keluarganya yang terlibat dalam satu kemalangan.

Kejadian berlaku di Kilometer 168.4, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, malam kelmarin. Mayat mangsa hanya ditemui tiga jam selepas kereta jenis Ford Laser yang dipandu bapanya, Said Ibnu Salam G M Ismail, 47, terbabas ketika cuba mengelak bangkai anjing.

Mangsa bersama keluarga dalam perjalanan dari Bukit Merah Lake Town Resort di Taiping, Perak menuju rumah mereka di Jalan Shaik Madar, Ayer Itam, Georgetown, dekat sini.
oleh : rahimothman

[Tragis] Budak 3 tahun hancur diseret
kafesantai.blogspot.

Dicatat oleh Tuk Kiyai

Pautan pada catatan ini

BEGINILAH keadaan kereta Ford Laser Said Ibnu Aslam setelah terlibat dalam kemalangan di Nibong Tebal hingga mengakibatkan anaknya, Muhammad Aslam Maricar maut selepas diseret sejauh 10 kilometer.

[kosmo] NIBONG TEBAL – Seorang kanak-kanak menemui ajal dalam keadaan dahsyat apabila mayatnya hancur selepas dia diseret sejauh 10 kilometer oleh sebuah kenderaan dalam kemalangan di Kilometer 168.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di sini kelmarin.

Kejadian menyayat hati pada pukul 8.45 malam itu mengakibatkan Muhammad Aslam Maricar Said Ibnu Aslam, 3, maut.

Mayatnya ditemui tiga jam kemudian iaitu pada pukul 11 malam di lorong kecemasan lebuh raya oleh orang awam yang membantu mencari selepas bapanya, Said Ibnu Aslam G. M. Ismail, 47, mengadu salah seorang anaknya hilang selepas kemalangan.

Sebelum kejadian, Muhammad Aslam Maricar bersama tujuh lagi ahli keluarganya dalam perjalanan pulang ke Ayer Itam, Pulau Pinang selepas seharian bercuti di Bukit Merah Laketown Resort di Taiping, Perak.

Turut berada di dalam kereta itu isteri Said Ibnu Aslam, Nuris Berutu, 40, yang merupakan warga Indonesia; tiga anaknya, Zulqarnain Aslam, 14; Shahrul Ramadan, 12, dan Nur Aishah Aslam, 2, serta adik Nuris, Nurjadi, 28.

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2012/12/tragis-budak-3-tahun-hancur-diseret.html#ixzz2FaXnRVnW

Thu Dec 20, 2012 7:59 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Enam punca perut buncit
By Erly Susana | Yahoo Newsroom –
a..

Perut buncit memang tidak menyelesakan. Ia bukan sahaja membuatkan kita berasa cepat letih apabila melakukan pergerakan walaupun sekadar berjalan, perut yang buncit juga menjejaskan penampilan seseorang lantaran bentuk tubuh kelihatan tidak seimbang. Apakah sebab perut menjadi buncit?

Pakar kesihatan Dr. Selfie C. Rijal menjelaskan ada banyak faktor yang boleh menyebabkan perut menjadi buncit. Pertama, faktor keturunan.

"Faktor keturunan yang diwarisi daripada orang tua secara umumnya sukar dielakkan," ujar Selfie.

Kedua ialah faktor penuaan. Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Hasil kajian oleh Harvard Women's Health Watch mendapati wujudnya kaitan antara penurunan hormon ini dengan peningkatan pengumpulan lemak di perut.

Faktor ketiga ialah makanan dan minuman tertentu. Doktor lulusan Universiti Padjajaran itu menjelaskan gula dan alkohol terutamanya yang terkandung dalam bir, adalah musuh utama kerana ia boleh membuatkan otot menjadi kendur.

Daripada segi pemakanan, katanya alkohol amat berbahaya bagi tubuh. Ini kerana alkohol mengandungi kalori yang tinggi, sama seperti kalori dalam makanan berlemak. Selain itu, meminum alkohol akan memaksa hati bekerja lebih keras untuk menyingkirkan alkohol dan pada masa sama proses menyaring gula akan tertangguh.

"Gula itu kemudiannya terpaksa disimpan dalam tubuh sebagai lemak. Pada masa sama, alkohol juga dapat meningkatkan nafsu makan," ujar doktrr yang bertugas di Hospital Sari Asih, Tangerang, Banten itu.

Menurut Selfie, makanan segera juga boleh mengakibatkan perut menjadi buncit berikutan jumlah kalori dan lemaknya yang sangat tinggi. Tidak ketinggalan, susu. Jika yang diminum itu ialah susu berkalori tinggi, maka ia boleh menyumbang kepada kebuncitan perut. "Justeru sebaik- sebaiknya minumlah susu rendah kalori," tegas beliau.

Penyebab keempat bagi perut buncit ialah tembakau. Ia boleh menjejaskan aktiviti penghadaman. Selfie berkata biasanya ketika merokok selepas makan, perut akan berasa kembung kerana penghadaman terganggu.

Penyebab kelima, stres. Menurut Selfie, keadaan psikologi seseorang mampu mengganggu aktiviti semula jadi tubuh termasuklah sistem penghadamannya. Stres juga boleh mencetuskan rasa kenyang dan menimbulkan masalah pada keupayaan tubuh menyimpan lemak. Akibatnya, perut kelihatan lebih mengembang. "Untuk mengatasinya, belajarlah untuk lebih relaks serta bernafas secara perlahan dan mendalam," jelas beliau.

Dalam pada itu Selfie mengingatkan bahawa golongan wanita yang biasanya lebih mudah dilanda stress, cenderung memiliki lemak berlebihan di perut, meski pun berat badannya normal. Keadaan ini mungkin diakibatkan oleh kesan hormon stres kortisol yang membuatkan lemak terkumpul di sekitar perut.

Penyebab keenam mempunyai kaitan dengan perubahan hormon, terutamanya ketika menopaus. Keadaan ini menyebabkan pengeluaran hormon seks estrogen berkurangan sekali gus membawa kepada pengumpulan lemak pada perut.

Tumpukan lemak yang tidak sekata boleh membuatkan orang yang bertubuh kecil, buncit perutnya. Sememangnya ia kelihatan amat tidak selesa. Jelas Selfie, keadaan ini berpunca daripada pengambilan karbohidrat secara berlebihan seperti nasi dan makanan berasaskan tepung seperti mi, bihun dan ladu, dalam kuantiti yang banyak. Akibatya, karbohidrat yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk lemak terutamanya di perut, atau lebih tepatnya di rongga-rongga di antara organ dalam perut.

"Penumpukan lemak di perut juga menjadi petunjuk bahawa kurangnya aktiviti fizikal dan penurunan kadar metabolisme tubuh," jelas Selfie. Jelas beliau, "Faktor utama yang membawa kepada kebuncitan perut adalah gaya hidup dan iklan yang berleluasa di pelbagai media."

Benarkah perut akan buncit apabila seseorang terus tidur selepas makan? "Ya, benar. Perut akan menjadi buncit kerana proses penghadaman tidak dapat berfungsi dengan baik," ujarnya.

Begitu juga dengan minuman bersoda. Minuman jenis ini boleh membuatkan perut menjadi kembung dan akhirnya membuncit. "Gelembung-gelembung udara dalam minuman berkarbonat boleh mengakibatkan perut buncit," jelas Selfie.

comments
a.. myfuad •
perut buncit bagus,,,senang nak dukung baby...
b.. dwin • 1
perempuan muda suka laki perut buncit
c.. Lee •
maaf perut buncit...aku tak suka laa....
d.. Detective Conan •
Kebanyakan perut buncit ini terdiri daripada ahli2 Parlimen,Adun,Polis,Kastam....dsb....kenyanggggg...
e.. i'm cute •
adakala buncit ni = seksi.. auuuwwwww
f.. Gila •
punca utama - Makan Rasuah
g.. Azlan •
kalau tx perut buncit..tandanya belum kawin..kalau buncit tandanya dh kawin...
h.. orgkl •
Kurgkan gula, nasi putih, makanan berlemak & berminyak. maintain senaman 4kali smggu selama sejam stgh setiap sesi. insyaallah masalah perot boroi akan hilang.

Thu Dec 20, 2012 8:00 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


Kerajaan larang memotong

sentiasa.blogspot
Posted by normuhammed

Pada suatu hari, Pak Pandir hendak pergi memotong getah. Isterinya, Mak Andeh, pun menyediakan peralatan memotong getah untuk Pak Pandir dan Pak Pandir pun pergi.
"Hati-hati ya Bang semasa tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh. "O.K. Yang," jawab Pak Pandir. Pak Pandir pun berjalan kaki di sebatang jalan raya besar untuk ke kebun getahnya.

Sedang Pak Pandir berjalan, beliau ternampak sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas membaca papan tanda tersebut, Pak Pandir pulang hampa.

Mak Andeh hairan kenapa suaminya pulang cepat sangat lalu bertanya: "Kenapa Bang?"

Pak Pandir pun menjawab: "Sejak bila kerajaan tak kasi kita 'memotong' getah? Ada ke diletak papan tanda besar 'DILARANG MEMOTONG' kat tepi jalan tu?" - cyb/singapore

Thu Dec 20, 2012 8:00 am (PST) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Petani tumbuk mata buaya selamatkan diri
idhamlim.com
DRS. KHALIL IDHAM LIM

MIRI - Seorang petani terselamat daripada maut setelah dia bertindak nekad menumbuk mata kiri seekor buaya yang menyerangnya di Sungai Sibuti di sini kelmarin.

Dalam kejadian pukul 1 petang itu, Alimina Lamat, 44, dari Kampung Bulau Ulu, Sungai Sibuti sedang mencangkung di atas jeti untuk mandi sebelum tiba-tiba dilibas buaya berkenaan dipercayai sepanjang dua meter.

Menurutnya, sejurus diserang, Alimina terus menumbuk mata kiri Sang Bedal tersebut sebelum buaya berkenaan menggigit kaki kirinya.

"Mujur saya tidak tercampak ke dalam sungai dan sempat bergelut dengan buaya itu dari atas jeti.
"Saya juga sempat menendang tepat kepala buaya berkenaan sebelum ia hilang daripada pandangan saya," ceritanya di sini semalam.

Mencerita lanjut, dia yang telah berpuluh tahun mandi di jeti tersebut tidak menyangka perkara tersebut akan berlaku kepada dirinya.

Sementara itu, jurucakap Balai Polis Bekenu ketika dihubungi menasihati orang ramai agar berhati-hati semasa mandi kawasan sungai tersebut.

kosmo/-
GROUP FOOTER MESSAGE
Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: