Wednesday, May 1, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3583

2 New Messages

Digest #3583

Messages

Tue Apr 30, 2013 10:33 pm (PDT) . Posted by:

"Norain"

Semuanya dah di takdirkan Allah. Ibu bapa arwah ada hak utk saman
polis dan pihak polis yg melakukan ada hak utk pertahankan diri. Semua
ini adalah ujian dari Allah. Supaya kita lebih sabar. Kita tunggu
sahaja hasil siasatan. Kalau tak selesai juga, jgn risau sbb kita ada
mahkamah akhirat. Lagi lebih adil

On 4/30/13, Shamsul Bakri <shamsulbakri@yahoo.com> wrote:
> Lain kali jaga anak kita baik baik.. jgn sampai menyusah semua orang. Kesian
> kat mat polis tu dah la penat2 buat kerja last2  kena tindakan.
>
> --- On Fri, 4/19/13, -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
>
> From: -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
> Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Saman PDRM dan Kerajaan
> Malaysia.
> To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>
> Date: Friday, April 19, 2013, 12:30 AM
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Keluarga
> AminulRashid Saman PDRM dan Kerajaan Malaysia.
> malaysiaberih.blogspot
> amenoworld.blogspot
>
>
>
>
>
>
> Akhirnya.
>
> Setelah sabar selama beberapa
> tahun. Nampaknya mereka kini bangkit dan melawan. Satu perkara yang betul
> dibuat
> oleh keluarga ini sebenarnya. Aku dah lama tunggu. Bila agaknya mereka akan
>
> sanggup bangkit dan melawan akan penganiayaan yang dilakukan terhadap anak
> mereka?
>
> Jangan salah
> faham.
>
> Tidak kita marahkan polis yang
> jalankan tugas.
>
> Tidak juga kita benci dan anti
> polis.
>
> Jauh sekali kita marahkan
> keseluruhan agensi polis itu sendiri.
>
> Tetapi jauh di sudut ahti kita,
> kita persoalkan, apa sebab budak ini, yang berusia 15 tahun, yang hanya
> memandu tanpa lesen, di
> tembak sampai mati ?
>
> Kita faham dia langgar undang2.
> Kita sangat2 memahami bahawa polis hanya mahu kuatkuasakan undang2. Tetapi
> yang
> kita tak boleh terima ia cara ia dikuatkuasakan saja. Ini je yang mana polis
>
> kena faham kenapa kita masyarakat tidak boleh terima perkara
> ini.
>
> Untuk mendapatkan anak ia bukan
> kerja senang. Tetapi anak mati begitu saja hanya kerana sedikit kesilapan
> yang
> dia buat. Siapa la kita nak hukum dia sampai mati hanya kerana dia tidak
> mempunyai lesen memandu?
>
> Itu belum lagi tuduhan2 yang
> karut dan melampaui batas dari pihak media ke atas susuk tubuh arwah
> AminulRashid.
>
> Pihak media tidak boleh
> disalahkan sewenang2nya. Kenyataan dipetik dari polis sendiri. Sudah la
> arwah
> ditembak mati kerana tidak lesen memandu. Tetapi arwah di anggap melakukan
> tindakan samun. Cubaan menutup kesalahan kerana GAGAL mematuhi SOP itulah
> yang
> menguris ahti masyarakat sebenarnya.
>
> Telah masyarakat berkata. Telah
> masyarakat berterus terang. Jikalau polis jujur, kita akan faham. Baiklah
> polis
> bukan tuhan. Ada kesilapan yang kadangkala tidak la polis dapat elakkan.
> Jikalau
> polis sedia mengambil tanggungjawab itu, kita juga sedia berlapang dada dan
>
> menerima kelemahan itu di samping kita akan sedia beri ruang dan peluang
> untuk
> polis perbaiki diri.
>
> Tetapi cadangan dan saranan kita
> diketepikan. Yelah kita cuma masyarakat yang tiada kuasa. Hanya suara
> sebagai
> jalan untuk meluahkan apa yang terpendam.
>
>
>
> Tuduhan ke atas batang tubuh adik
> ini berterusan. Dia tidak dapat berkata2 untuk membalas balik apa yang
> dicampakkan ke atasnya. Dia hanya 15
> tahun. Bayangkan jika ini anak anda, bayangkan jika anak anda di tuduh
> melakukan
> sesuatu yang dia TIDAK lakukan, bayangkan mulut2
> orang mengecam, menghina dan menuduh anak anda yang baru sahaja MATI
> DITEMBAK POLIS atas JENAYAH yang DIA SENDIRI TIDAK
> LAKUKAN?
>
> Bukan sedikit tuduhan yang dilemparkan.
> Langsung takde perikemanusiaan. Meletakkan pelbagai tuduhan ke atas
> individu yang kita sendiri tak kenal siapa.
>
> PEROMPAK, PENJENAYAH,
> PENYAMUN, KECIK2 LAGI ADA PARANG UNTUK
> MENYAMUN
> ORANG.
>
> Ini semua apa
> neh?
>
> Jika ko yang mati, jika ko yang kena tembak, jika ko
> diberikan kesempatan oleh Allah untuk bangkit dan
> dengar penghinaan secara besar-besaran ke atas BATANG TUBUH KO, jika ko
> diberikan
> KESEMPATAN untuk lihat IBU kandung ko menangis
> membaca penghinaan itu, jika ko diberikan hak untuk melihat ahli keluarga ko
> menahan diri kerana DIKECAM dan DI
> TUDUH secara besar2an di MEDIA MILIK kerajaan,
> apa yang ko
> RASA?
>
> HAHAHA
>
> PADAN MUKA MAK
> AKU?
>
> PADAN MUKA FAMILY
> AKU?
>
> PADAN MUKA
> AKU?
>
>
> Jika ko mahu maka
> ko penjarakan dia je. Jika ia sangat perlu maka ko
> denda dia
> je.
>
> BUKAN DENGAN CARA TARIK
> NYAWA
> DIA.
>
>
>
> Ia bukan kes jika bukan ARWAH
> mati maka POLIS yang akan mati. No.
>
> Ia
> adalah kes jika POLIS mematuhi SOP arwah hanya akan dikenakan
> hukuman.
>
> Itu sahaja jalan cerita yang
> perlu kita fahami. Jikalau yang bersalah itu sedia mengambil tanggungjawab,
>
> jikalau polis sedia bersedia mengakui kesilapan, kita tidak akan pergi
> sejauh
> ini.
>
> Justice untuk arwah AminulRashid,
> akan kami cari keadilan untuk kamu.
>
>
>
> The family members of
> Aminulrasyid Amzah filed a RM50 million "unlawful killing" lawsuit against
> the
> police and the government today, in a case that could reignite public
> anger
> among voters here over how the schoolboy was shot 21 times by police in
> 2010.
>
> Flanked by incumbent PAS MP
> Khalid Samad, the family's decision to sue will provide Pakatan Rakyat
> (PR)
> fodder in the campaign for Shah Alam, now a major focus of Election 2013
> after
> Barisan Nasional (BN) named controversial Islamic firebrand Zulkifli
> Noordin
> as its candidate there yesterday.
>
> "We are suing for negligence in
> the discharge of duties, where the police went on a shooting spree,"
> Aminulrasyid's family lawyer, N. Surendran, told reporters at the High
> Court
> lobby here today. -TM
> Read more:
> http://amenoworld.blogspot.com/2013/04/keluarga-aminulrashid-saman-polis.html#ixzz2QiTzM5VF
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

Wed May 1, 2013 4:37 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



TIP MENGUNDI DALAM PRU13
malaysiaberih.blogspot.
utusankini.com
Posted by Arijal
PARTI ATAU CALON?

Ramai yang bertanya tentang siapakah yang patut mereka undi dalam piliharaya akan datang, Soalan-soalan ini muncul kerana kebanyakan generasi muda hari ini belum membuat keputusan parti pilihan.

Ia patut dilihat sebagai satu perkembangan yang baik, kerana rakyat sudah mula bebas dari cengkaman fanatik atau sokong secara membuta tuli. Jika sikap ini dipimpin ia akan melahirkan rakyat yang tidak boleh diperbodohkan dan sentiasa sedia untuk membuat perubahan berdasarkan potensi yang dipamir oleh setiap parti yang bertanding.

Dalam salah satu artikel yang lepas, saya telah menjelaskan bahawa undian seseorang mempunyai nilai dosa dan pahala di sisi Allah berdasarkan kesan yang mungkin berlaku disebabkan undi yang diberikan. Jika ia membawa kesan yang baik untuk rakyat dan negara, dan itulah tujuan individu yang mengundi tersebut, maka undi itu mendapat pahala. Jika dia tahu undinya itu boleh memberikan kesan yang buruk, tetapi dia terus mengundi juga, maka dia mendapat dosa.

Allah SWT telah memerintahkan kita memberikan amanah kepada yang layak. Firman Allah: (maksudnya)
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).
Bagaimanapun di sini saya ingin menyebut beberapa langkah atau panduan penting bagi seseorang pengundi muslim juga mungkin boleh dimanfaatkan oleh non-muslim dalam konteks negara kita ini;

1. Seseorang muslim hendaklah mengundi dengan ilmu pengetahuan, bukan sekadar ikut-ikutan. Ertinya, keputusannya untuk memilih seseorang calon adalah dengan pengetahuan tentang latar belakang calon berkenaan.

Ini kerana Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar bertindak atas ilmu, bukan kejahilan. Firman Allah: (maksudnya):
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta jantung akal kamu, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya”. (Surah al-Isra: 36).
Maka, setiap individu yang hendak pergi mengundi wajib mempunyai maklumat tentang calon yang hendak dipilih. Jika pengundi itu sudah tua atau tidak mampu mencari maklumat sendiri, dia hendaklah bertanya kepada pihak yang dia yakini dapat memberikan maklumat yang benar.

2. Seseorang pengundi muslim hendaklah mendengar dari pelbagai sumber dan memilih yang terbaik. Ini kerana pilihanraya menawarkan lebih dari seorang calon, maka kita perlu membuat pemilihan antara mereka.
Dalam negara kita, kadang-kala ruang mendengar dari kesemua pihak secara adil sukar diperolehi, terutama bagi kawasan pendalaman. Namun, jika kita berusaha, kita mungkin boleh mendapat maklumat dari kesemua pihak tentang apa yang hendak dan mampu calon berkenaan lakukan.

Allah mengingatkan kita tentang ciri-ciri insan berfikiran matang yang Allah redha, mereka itu dinamakan dengan Ulul Albab. Antara ciri mereka, seperti yang Allah firmankan: (maksudnya)
“..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).
Maka, usaha mendapatkan maklumat yang adil sehingga dapat membuat pilihan yang terbaik adalah penyebab kepada seseorang insan mendapat petunjuk daripada Allah dan mendapat ganjaran pahala.

3. Seseorang muslim hendaklah memilih calon yang paling layak di sudut al-quwwah (kemampuan) dan al-amanah (amanah/ketelusan). Jika seseorang calon memiliki kemampuan diri sebagai pemimpin dan nilai amanah yang menjadikan dia akan bersikap telus dengan jawatan yang dipilih, maka calon itu layak dipilih. Jika yang bersaing dengannya itu tiada nilai kemampuan dan amanah, wajib untuk undi diberikan kepada calon yang mempunyai ciri-ciri yang layak.
Firman Allah:
“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).
4. Jika kesemua calon mempunyai ciri-ciri kelayakan, maka kita hendaklah memilih calon yang paling berkesan untuk jawatan tersebut. Ini boleh dilihat kepada pelbagai faktor, seperti program dan manifesto partinya, kekuatan akar umbinya, ciri-ciri keistimewaan yang lain; seperti pengalaman, latar pendidikan, dan sebagainya. Inilah sikap Ulul Albab yang diajar oleh al-Quran, sentiasa memilih yang terbaik.

Maka, setelah mengenali calon, mengenali hasrat sesebuah parti itu juga penting. Ini kerana, seseorang calon biasanya terikat dengan halatuju partinya.

5. Jika kesemua calon didapati tidak mempunyai ciri-ciri yang layak untuk memegang kerusi tersebut, maka seorang muslim hendaklah memilih calon yang paling kurang mudarat atau bahayanya terhadap rakyat dan umat dibandingkan yang lain. Ini berasaskan kaedah syarak “Mudarat yang lebih besar dihilangkan dengan mudarat yang lebih ringan”, atau “Memilih bahaya yang paling ringan”.

Kaedah ini dipakai apabila kita berhadapan dengan pilihan yang kesemua buruk, maka kita memilih apa yang mudarat atau bahayanya itu paling minima. Allah menyebut dalam al-Quran: (maksudnya)
“Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati (bulan haram); katakanlah: “Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya, dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Masjid Al-Haraam, serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah, dan (ingatlah), angkara fitnah (kerosakan) itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati)…” (Surah al-Baqarah: 217).
Ayat ini jelas memberitahu bahawa dosa-dosa itu walaupun besar, namun nilainya tidak sama. Ertinya, apabila bertembung kita memilih atau menentukan yang paling kurang bahaya atau mudaratnya supaya tindakan kita dapat meminimakan bahaya.

6. Menilai rekod, matlamat, manifesto dan juga apa yang tersurat dan tersirat di sebalik parti yang disertai oleh seseorang calon juga adalah penting. Ini kerana, biasanya â€"walaupun tidak semua- penyertaan individu ke dalam sesebuah pertubuhan mempunyai kaitan dengan kepercayaan dan nilai diri individu tersebut.

Justeru, jika kita gagal mengetahui tentang latar calon, kita boleh menilai parti yang disertainya. Jika rekod parti itu buruk, maka kita hendaklah berpegang kepada ingatan Nabi s.a.w:
“Orang mukmin tidak akan disengat dari satu lubang sebanyak dua kali” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
7. Jika semua calon gagal diketahui latarbelakang mereka, dan tiada pula rekod yang buruk bagi parti mereka, hendaklah dibuat diteliti matlamat dan manifesto yang ditawarkan. Hendaklah dibandingkan mana yang lebih telus dan bermanfaat untuk rakyat dan negara. Inilah konsep Ulul Albab.

8. Jika bertembung antara calon yang baik dan partinya yang buruk, sementara calon yang buruk partinya baik, maka pada asasnya kita mendahului peribadi calon. Ini kerana Allah dan rasulnya memerintahkan kita memberikan amanah kepada sesiapa yang layak sehingga Nabi s.a.w sendiri memberikan kunci Ka’abah kepada Bani Syaibah. KECUALI jika kita dapati pengaruh buruk parti itu lebih menguasai jawatan tersebut dibanding kebaikan yang ada pada peribadi calon, maka ketika itu calon yang kelihatan baik itu tidak diundi kerana dilihat tidak berkemampuan. Ini balik kepada ciri-ciri al-Quwwah dan al-Amanah yang disebutkan sebelum ini.

DR.MAZA
SUMBER

GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: