Monday, May 20, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3596

Aksesori, Alat Ganti, Kereta & Motor

1 New Message

Digest #3596

Message

Mon May 20, 2013 1:10 am (PDT) . Posted by:

"tanya saya"

saat kecemasan, minda kena cepat berfikir...

Pesan dari ustaz. Sekiranya selalu berzikir, sentiasa ingat pada Allah
dalam keadaan senang, insyaAllah dalam keadaan terdesak, Allah membantu
kita.

2013/5/17 Ibn Muhd <adekchik@yahoo.com>

> Dari apa yang di pelajari semasa amik kursus DDT-defensive driving
> technic, apabila mata kita melihat pada sesuatu objek dengan sendirinya
> tangan kita yg memegang stereng akan menghalakan ke arah objek tersebut.
> Ini memang terbukti bila kami buat kelas amali... Bila kami diminta buat
> emergency brek dengan kon2 yg bersusun kt depan. Seriuosly, bila brek dan
> mata duk tgk kat kon, memang duk tala kat kon la jawapnya. So kami diajar
> bila berada dlm situasi, mata kena cari way out, jgn tgk kt apa2 problem kt
> depan. Benda2 ni semua patutnya diajar masa amik lesen la.
>
> Sent from Yahoo! Mail on Android
>
> ------------------------------
> * From: * bashah <bwasi@yahoo.com>;
> * To: * automobil@yahoogroups.com <automobil@yahoogroups.com>;
> * Subject: * Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Tragedi Menukar
> Tayar - Pemandu Teksi Maut Dirempuh
> * Sent: * Fri, May 17, 2013 2:02:50 AM
>
> Al fatihah....cadangan aku pd PLUS dan TOL2 yg lain, sediakan safety
> cones siap2 disebelah telfon kcemasan utk di pinjam oleh para pengguna yg
> kenderaan mereka rosak, so depa selamat dan pengguna highway lain terutama
> motor pun selamat - letak 3 cones pd setiap lokasi.
>
> ------------------------------
> *From:* Zaiedishaq <zaiedishaq@gmail.com>
> *To:* "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
> *Sent:* Friday, May 17, 2013 8:45 AM
> *Subject:* Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Tragedi Menukar
> Tayar - Pemandu Teksi Maut Dirempuh
>
>
> Salam,
> Al-fatihah..
>
> Lebih kurang 2 tahun lepas kejadian yang sama juga "hampir"
> jadi pada saya. Tayar belakang sebelah kanan koyak. Nak turn
> tepi lagi dah tak boleh sebab ada pengadang jalan. Setelah 2 kali 'near
> missed', saya decided to call highway patrol., mintak diorang setupcones.
>
> *sapa la yang buang gunting kat highway tu..
>
>
> 2013/5/17 -::eSpAcE9808::- <rienacom@yahoo.com.sg>
>
> **
>
> **
>
>
> Dia adalah xstaff tempat kerja saya. Berhenti ambil VSS.
> Semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama
> roh orang2 yang beriman. Al Fatihah.
> **
> **
> *Tragedi Menukar Tayar : Pemandu Teksi Maut Dirempuh*
>
> ondscene.my
> Written by *ondscene <http://ondscene.my/author/admin>*
>
> KM 9.2, KLIA Sepang, Selangor 13 Mei 2013 4 petang
> * Nama mangsa : Othman Yahaya, 57 thn.*
> Malang bagi seorang pemandu teksi, yang menemui ajal dalam keadaan amat
> tragis- dirempuh sebuah kenderaan ketika sedang menukar tayar teksinya yang
> pecah.
> <http://www.gophoto.it/view.php?i=http://i1284.photobucket.com/albums/a569/ondscene/130513%20klia/130513-klia3_zps69758178.jpg>
> Kejadian malang ini berlaku kira-kira jam 4 petang tadi berhampiran tol
> KLIA dari arah terminal .
> Teksi ini sebelumnya berhenti di lorong kecemasan setelah tayar belakang
> sebelah kanannya pecah.
> Pemandu kemudian keluar untuk menukar tayarnya dan ketika inilah malang
> menimpanya apabila dirempuh sebuah kenderaan MPV Nazaria.
> Akibatnya, mangsa tercampak ke arah cermin hadapan Nazaria dan terhumban
> beberapa meter ke arah laluan kiri lebuhraya.
> <http://www.gophoto.it/view.php?i=http://i1284.photobucket.com/albums/a569/ondscene/130513%20klia/130513-klia2_zps3548ddf3.jpg>
> Othman Yahaya, 57 tahun, maut akibat cedera parah di kepala dan ketika
> kejadian, cuaca cerah , berlaku di laluan lurus lebuhraya 4 lorong ini.
> ===============================
> Saya telah membuat liputan ratusan kes-kes kemalangan dan kemalangan yang
> berlaku di laluan kecemasan selalunya menimbulkan tanda-tanya dan menjadi
> mistri.
> Banyak kes – seluas-luas jalan, tetapi mengapa kenderaan yang melanggar
> akan menuju tepat ke objek yang berada di laluan kecemasan.
> Ada kes, kenderaan hilang kawalan dari laluan paling kanan, dan terbabas
> serta tepat menuju ke arah kenderaan yang berada di laluan kecemasan.
> Banyak juga kes, walau diletak kon-kon keselamatan dan pelbagai penanda,
> kenderaan tetap merempuhnya…
> Sukar untuk ditafsirkan, tetapi, secara kasarnya, seolah-olah ada 'magnet'
> yang menarik kenderaan untuk merempuhnya.
> Saya sendiri tidak faham dan tidak akan mengerti fenomena ini, melainkan
> semuanya kuasa dan kehendak Allah.
> *Berhati-hatilah di jalanraya, kelajuan yang keterlaluan, mampu mengubah
> segala-galanya.*
> *Comments*
>
> - Anyss <http://annieyss.blogspot.com/> menulis:
>
> Assalamualaikum,
> dariNya kita datang, kepadaNya jua akan kembali. Alfatihah. semoga
> rohnya dirahmati Allah.
> - Mat Teksi menulis:
>
> Innalillah……. sebagai rakan sepemandu teksi saya berasa dukacita
> kejadian ini. Takziah untuk keluarga arwah.
> Memang susah melihat pemandu teksi kemalangan walaupun kerjanya
> sentiasa dijalan raya, tapi bila dah sampai masa ajal menjemput tiada siapa
> yang mampu menghalang.
> Pendapat saya pemandu MPV mungkin tidak menumpukan perhatian pada
> pemanduan walaupun telah mengurangkan kelajuan, sebenarnya cukup untuk
> menganggu kosentrasi (spt kata admin) mudah menjadi magnet terus ke objek
> yang sebenarnya bukannya gangguan utama berbanding (spt) call, sms, marah
> anak dll.
> - hashim menulis:
>
> Takziah. Moga menjadi iktibar kepada yang masih hidup.
> - firdaus menulis:
>
> pada saya itu bukan satu kepelikan…itu la asbab Allah nak ambil nyawa
> seseorang..
>
> - man ahmad menulis:
>
> selalu sangat jumpa driver yg drive di lorong paling kiri, menggunakan
> handphone samada call atau SMS…bila telinga dan mulut asyik di telefon,
> bila mata asyik belek skrin, mereka x perasaan ada kenderaan di lorong
> kecemasan…dah dekat, x sempat elak…kepada semua pemandu2, jgn ingat dengan
> memandu di lorong perlahan, anda boleh menggunakan handphone ye!
>
> - zee menulis:
>
> setujuuuuuuuu. boleh jadi juga dan penah nampak.
>
> - Gixxer menulis:
>
> Fenomana ini kadang2 dipanggil view lock.. kalau rider moto selalu
> kena…
> view lock ni berlaku.. bila kita berada dlm keadaan panik atau kelam
> kabut.. contoh.. bila kita nak langgar tembok kita tgk tembok tu.. kita mmg
> lock pandangan kita ke arah tembok tu.. automatik kita arahkan seluruh
> anggota badan kita ke memandu atau menunggang ke arah tembok.. sedangkan
> kalau kita alih pandangan ke tempat lain.. kita pasti boleh elak.. sbb itu
> menunggag moto pun juga kereta jika nak ambil selekoh.. mata lihat jalan
> menuju selehkoh bukan straight mengadap depan.. cuba lihat mcm mana motoGP
> ambik selekoh.. arah moto dan kepala mereka..
> view lock ni boleh dielakkan kalau kita selalu practice..
> Dalam kes diatas… mungkin naza ini.. last minit terperasan.. kereta
> mangsa.. dan pandangannya lock ke arah kereta mangsa…
>
> - effort lab <http://effortlab.com/> menulis:
>
> mungkin tgh guna fon agaknya. dulu mesej, sekarang we chat. teruk2.
> takziah buat keluarganya..
>
> - RED menulis:
>
> Betul sekali kata brader Gixxer. View Lock, nak amik corner mmg kena
> belajar view lock ni. Contohnya nak elak lubang jgn tgk kat lubang, tgk
> tepi lubang yang kita nak elak,
>
>
>
>
>
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: