Wednesday, May 29, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3604[1 Attachment]

12 New Messages

Digest #3604
2a
3
Fw: Telur Ayam Dalam Telur by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
6
Fw: Kebaikan epal hijau by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
7
Fw: [IKTIBAR] Ku Sangka Dia Orang Gila by "-::eSpAcE9808::-" rienacom
8
Fw: GARA-GARA ASYIK DENGAN TELEFON BIMBIT by "-::eSpAcE9808::-" rienacom

Messages

Tue May 28, 2013 8:29 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom



KWSP Kekal Polisi Benar Keluar Simpanan Persaraan Pada Usia 55 Tahun
telokbakong.blogspot.
lagiberita.blogspot.

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengekalkan polisi membenarkan ahlinya mengeluarkan keseluruhan simpanan persaraan mereka pada usia 55 tahun walaupun umur persaraan penjawat awam dinaikkan kepada 60 tahun.

Bagaimanapun, KWSP menggalakkan pencarum mengamalkan pengeluaran caruman secara fleksibel berbanding sekali gus, yang boleh mengundang pembaziran.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata langkah pengeluaran secara fleksibel itu diperkenal bagi membantu anggota KWSP mengurus perbelanjaan mereka selepas bersara.

"Sebelum ini, kebanyakan ahli mengeluarkan wang secara sekali gus. Seperti yang anda sedia maklum, adalah sukar untuk mengurus dan menyimpan wang berkenaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas bersara," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau berkata pihaknya sedang mempergiat usaha menggalakkan pencarum melakukan pengeluaran fleksibel serta memberi kesedaran berhubung kepentingan merancang kewangan selepas tamat perkhidmatan.

Shahril Ridza berkata setakat ini, sambutan terhadap pengeluaran caruman secara fleksibel di kalangan ahli adalah memberangsangkan.
"Jangka hayat sekarang ini semakin panjang sehingga 76 atau 77 tahun. Dan jika semua wang telah dikeluarkan, mereka akan hanya ada baki caruman lima tahun untuk menampung kewangan selepas bersara (pada usia) 60 tahun," katanya.

Pada suku pertama tahun ini, sebanyak 43,775 permohonan pengeluaran fleksibel umur 55 tahun bernilai RM1.66 bilion diluluskan KWSP berbanding RM1.50 bilion bagi tempoh sama tahun lepas.
Pada suku pertama 2013, sejumlah 481,603 pengeluaran dibuat ahli berbanding 451,194 bagi tempoh sama tahun lepas, naik 6.74 peratus.

Pengeluaran yang diluluskan pada suku pertama 2013 meningkat 3.54 peratus kepada RM8.77 bilion daripada RM8.47 bilion bagi 2012.
Pada 31 Mac, 2013, sejumlah 13.69 juta orang berdaftar dengan KWSP dan daripada jumlah itu, 6.41 juta adalah ahli aktif yang masih mencarum untuk persaraan mereka berbanding 13.26 juta orang dengan 6.28 juta ahli aktif pada suku yang sama pada 2012.

Jumlah majikan berdaftar ialah sebanyak 509,139 pada suku pertama 2013, meningkat 3.26 peratus berbanding 493,066 bagi tempoh sama tahun lepas. -BERNAMA

Tue May 28, 2013 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Pendirian KASE berkenaan AES selepas PRU13
Posted by Kedah Lanie

SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK [AES] SELEPAS PRU-13

22 September 2012 Kementerian Pengangkutan Malaysia mula melaksanakan Sistem penguatkuasaan Automatik [AES] di 14 lokasi terpilih sekitar Perak, Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Ratusan ribu saman dikeluarkan sejak perlaksanaan sistem tersebut. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE] mengambil inisiatif untuk memberikan khidmat nasihat dan khidmat guaman percuma dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia [JUHAM] Dewan Pemuda Pas Malaysia kepada pengguna yang dikenakan Saman AES.

Ribuan Saman AES diterima daripada pengguna yang ingin mendapatkan khidmat nasihat dan khidmat guaman. Peguam KASE dan JUHAM telah membantu pengguna-pengguna tersebut di Mahkamah sehingga akhirnya telah berjaya membuatkan Peguam Negara mengeluarkan arahan penangguhan prosiding Saman AES di semua Mahkamah sehingga hari ini.

Pakatan Rakyat menawarkan penghapusan Saman AES sekiranya diberikan mandat mentadbir Malaysia. Penerangan demi penerangan diberikan tetapi pengundi telah memilih untuk mengekalkan parti yang akan terus melaksanakan AES di seluruh negara. Kerajaan Kedah pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini menghalang perlaksanaan AES sehingga penjelasan lanjut diberikan oleh JPJ dan mengambilkira pandangan masyarakat berkenaan AES. Majoriti pengundi Kedah telah memilih menukar pentadbiran kerajaan Kedah maka dengan bangganya atas slogan "BN Menang Rakyat Senang" Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah yang baru telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kedah bersedia melaksanakan AES walaupun pada masa yang sama JPJ Kedah masih dalam pertimbangan. Tahniah pengundi Kedah.

KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES bukan penyelesaian kepada kemalangan maut. KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES hanya menguntungkan pembekal perkhidmatan kamera iaitu dua (2) syarikat swasta yang akan mendapat keuntungan hasil kelalaian pengguna. Walau pun begitu, KASE menerima pilihan majoriti pengundi yang telah memilih untuk menerima perlaksanaan AES di seluruh negara. Mengekalkan Barisan Nasional sebagai parti memerintah Malaysia bermakna bersedia dan bersetuju AES dilaksanakan.

Justeru KASE mengambil pendirian bahawa khidmat guaman percuma yang ditawarkan sebelum ini tidak diteruskan. Dalam masa yang sama KASE masih dan akan tetap memberikan khidmat nasihat serta memberikan penerangan berkaitan AES kepada masyarakat. KASE berusaha memberikan bantuan kepada pengguna tetapi pengguna sendiri memilih untuk tidak membantu diri sendiri dengan memilih AES.

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE]
28 MEI 2013
18 Rejab 1434

Tue May 28, 2013 7:48 pm (PDT) . Posted by:

Kawan setuju kalau AES ni dipasang di persimpangan berlampu isyarat. La ni
kalau dah merah pun depa langgar je ... bahaya tuu




From: "-::eSpAcE9808::-" <rienacom@yahoo.com.sg>
To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>,
Date: 28/05/2013 11:31 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Pendirian KASE berkenaan
AES selepas PRU13
Sent by: automobil@yahoogroups.com







Pendirian KASE berkenaan AES selepas PRU13


Posted by Kedah Lanie

SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK [AES] SELEPAS PRU-13

22 September 2012 Kementerian Pengangkutan Malaysia mula melaksanakan
Sistem penguatkuasaan Automatik [AES] di 14 lokasi terpilih sekitar Perak,
Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Ratusan ribu saman dikeluarkan sejak
perlaksanaan sistem tersebut. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE]
mengambil inisiatif untuk memberikan khidmat nasihat dan khidmat guaman
percuma dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia
[JUHAM] Dewan Pemuda Pas Malaysia kepada pengguna yang dikenakan Saman AES.

Ribuan Saman AES diterima daripada pengguna yang ingin mendapatkan khidmat
nasihat dan khidmat guaman. Peguam KASE dan JUHAM telah membantu
pengguna-pengguna tersebut di Mahkamah sehingga akhirnya telah berjaya
membuatkan Peguam Negara mengeluarkan arahan penangguhan prosiding Saman
AES di semua Mahkamah sehingga hari ini.

Pakatan Rakyat menawarkan penghapusan Saman AES sekiranya diberikan mandat
mentadbir Malaysia. Penerangan demi penerangan diberikan tetapi pengundi
telah memilih untuk mengekalkan parti yang akan terus melaksanakan AES di
seluruh negara. Kerajaan Kedah pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini
menghalang perlaksanaan AES sehingga penjelasan lanjut diberikan oleh JPJ
dan mengambilkira pandangan masyarakat berkenaan AES. Majoriti pengundi
Kedah telah memilih menukar pentadbiran kerajaan Kedah maka dengan
bangganya atas slogan "BN Menang Rakyat Senang" Ahli Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri Kedah yang baru telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kedah
bersedia melaksanakan AES walaupun pada masa yang sama JPJ Kedah masih
dalam pertimbangan. Tahniah pengundi Kedah.

KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES bukan penyelesaian
kepada kemalangan maut. KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES
hanya menguntungkan pembekal perkhidmatan kamera iaitu dua (2) syarikat
swasta yang akan mendapat keuntungan hasil kelalaian pengguna. Walau pun
begitu, KASE menerima pilihan majoriti pengundi yang telah memilih untuk
menerima perlaksanaan AES di seluruh negara. Mengekalkan Barisan Nasional
sebagai parti memerintah Malaysia bermakna bersedia dan bersetuju AES
dilaksanakan.

Justeru KASE mengambil pendirian bahawa khidmat guaman percuma yang
ditawarkan sebelum ini tidak diteruskan. Dalam masa yang sama KASE masih
dan akan tetap memberikan khidmat nasihat serta memberikan penerangan
berkaitan AES kepada masyarakat. KASE berusaha memberikan bantuan kepada
pengguna tetapi pengguna sendiri memilih untuk tidak membantu diri sendiri
dengan memilih AES.

ZULHAZMI SHARIFF
Penasihat Undang-Undang
Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE]
28 MEI 2013
18 Rejab 1434



Tue May 28, 2013 8:15 pm (PDT) . Posted by:

"afie east" afieeast

Kawan pun setuju jugak kamera AES ni di pasang untuk mengelakkan orang bawa laju melampau sangat
& langgar lampu isyarat. Yang kawan tak setuju syarikat dapat bahagian dari setiap saman yang
dikeluarkan. Ini dah kira berniaga, takut dia manupulasi data untuk keuntungan.

To: automobil@yahoogroups.com
From: rezal_sapuan@amtek.my
Date: Wed, 29 May 2013 10:48:59 +0800
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Pendirian KASE berkenaan AES selepas PRU13


Kawan setuju kalau AES ni dipasang di persimpangan berlampu isyarat. La ni


kalau dah merah pun depa langgar je ... bahaya tuu










From: "-::eSpAcE9808::-" <rienacom@yahoo.com.sg>


To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>,


Date: 28/05/2013 11:31 PM


Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Pendirian KASE berkenaan


AES selepas PRU13


Sent by: automobil@yahoogroups.com

















Pendirian KASE berkenaan AES selepas PRU13






Posted by Kedah Lanie




SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK [AES] SELEPAS PRU-13




22 September 2012 Kementerian Pengangkutan Malaysia mula melaksanakan


Sistem penguatkuasaan Automatik [AES] di 14 lokasi terpilih sekitar Perak,


Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Ratusan ribu saman dikeluarkan sejak


perlaksanaan sistem tersebut. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE]


mengambil inisiatif untuk memberikan khidmat nasihat dan khidmat guaman


percuma dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia


[JUHAM] Dewan Pemuda Pas Malaysia kepada pengguna yang dikenakan Saman AES.




Ribuan Saman AES diterima daripada pengguna yang ingin mendapatkan khidmat


nasihat dan khidmat guaman. Peguam KASE dan JUHAM telah membantu


pengguna-pengguna tersebut di Mahkamah sehingga akhirnya telah berjaya


membuatkan Peguam Negara mengeluarkan arahan penangguhan prosiding Saman


AES di semua Mahkamah sehingga hari ini.




Pakatan Rakyat menawarkan penghapusan Saman AES sekiranya diberikan mandat


mentadbir Malaysia. Penerangan demi penerangan diberikan tetapi pengundi


telah memilih untuk mengekalkan parti yang akan terus melaksanakan AES di


seluruh negara. Kerajaan Kedah pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini


menghalang perlaksanaan AES sehingga penjelasan lanjut diberikan oleh JPJ


dan mengambilkira pandangan masyarakat berkenaan AES. Majoriti pengundi


Kedah telah memilih menukar pentadbiran kerajaan Kedah maka dengan


bangganya atas slogan "BN Menang Rakyat Senang" Ahli Majlis Mesyuarat


Kerajaan Negeri Kedah yang baru telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kedah


bersedia melaksanakan AES walaupun pada masa yang sama JPJ Kedah masih


dalam pertimbangan. Tahniah pengundi Kedah.




KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES bukan penyelesaian


kepada kemalangan maut. KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES


hanya menguntungkan pembekal perkhidmatan kamera iaitu dua (2) syarikat


swasta yang akan mendapat keuntungan hasil kelalaian pengguna. Walau pun


begitu, KASE menerima pilihan majoriti pengundi yang telah memilih untuk


menerima perlaksanaan AES di seluruh negara. Mengekalkan Barisan Nasional


sebagai parti memerintah Malaysia bermakna bersedia dan bersetuju AES


dilaksanakan.




Justeru KASE mengambil pendirian bahawa khidmat guaman percuma yang


ditawarkan sebelum ini tidak diteruskan. Dalam masa yang sama KASE masih


dan akan tetap memberikan khidmat nasihat serta memberikan penerangan


berkaitan AES kepada masyarakat. KASE berusaha memberikan bantuan kepada


pengguna tetapi pengguna sendiri memilih untuk tidak membantu diri sendiri


dengan memilih AES.




ZULHAZMI SHARIFF


Penasihat Undang-Undang


Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE]


28 MEI 2013


18 Rejab 1434










Tue May 28, 2013 8:43 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Hijau - Jalan
Merah - Berhenti
Kuning - Kita laju sikit...

2013/5/29 afie east <afieeast@hotmail.com>

> **
>
>
> Kawan pun setuju jugak kamera AES ni di pasang untuk mengelakkan orang
> bawa laju melampau sangat
> & langgar lampu isyarat. Yang kawan tak setuju syarikat dapat bahagian
> dari setiap saman yang
> dikeluarkan. Ini dah kira berniaga, takut dia manupulasi data untuk
> keuntungan.
>
> ------------------------------
> To: automobil@yahoogroups.com
> From: rezal_sapuan@amtek.my
> Date: Wed, 29 May 2013 10:48:59 +0800
> Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Pendirian KASE
> berkenaan AES selepas PRU13
>
>
>
> Kawan setuju kalau AES ni dipasang di persimpangan berlampu isyarat. La
> ni
> kalau dah merah pun depa langgar je ... bahaya tuu
>
>
>
>
> From: "-::eSpAcE9808::-" <rienacom@yahoo.com.sg>
> To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>,
> Date: 28/05/2013 11:31 PM
> Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Pendirian KASE berkenaan
> AES selepas PRU13
> Sent by: automobil@yahoogroups.com
>
>
>
>
>
>
>
> Pendirian KASE berkenaan AES selepas PRU13
>
>
> Posted by Kedah Lanie
>
> SISTEM PENGUATKUASAAN AUTOMATIK [AES] SELEPAS PRU-13
>
> 22 September 2012 Kementerian Pengangkutan Malaysia mula melaksanakan
> Sistem penguatkuasaan Automatik [AES] di 14 lokasi terpilih sekitar Perak,
> Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur. Ratusan ribu saman dikeluarkan sejak
> perlaksanaan sistem tersebut. Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE]
> mengambil inisiatif untuk memberikan khidmat nasihat dan khidmat guaman
> percuma dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia
> [JUHAM] Dewan Pemuda Pas Malaysia kepada pengguna yang dikenakan Saman
> AES.
>
> Ribuan Saman AES diterima daripada pengguna yang ingin mendapatkan khidmat
> nasihat dan khidmat guaman. Peguam KASE dan JUHAM telah membantu
> pengguna-pengguna tersebut di Mahkamah sehingga akhirnya telah berjaya
> membuatkan Peguam Negara mengeluarkan arahan penangguhan prosiding Saman
> AES di semua Mahkamah sehingga hari ini.
>
> Pakatan Rakyat menawarkan penghapusan Saman AES sekiranya diberikan mandat
> mentadbir Malaysia. Penerangan demi penerangan diberikan tetapi pengundi
> telah memilih untuk mengekalkan parti yang akan terus melaksanakan AES di
> seluruh negara. Kerajaan Kedah pimpinan Pakatan Rakyat sebelum ini
> menghalang perlaksanaan AES sehingga penjelasan lanjut diberikan oleh JPJ
> dan mengambilkira pandangan masyarakat berkenaan AES. Majoriti pengundi
> Kedah telah memilih menukar pentadbiran kerajaan Kedah maka dengan
> bangganya atas slogan �BN Menang Rakyat Senang� Ahli Majlis Mesyuarat
> Kerajaan Negeri Kedah yang baru telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kedah
> bersedia melaksanakan AES walaupun pada masa yang sama JPJ Kedah masih
> dalam pertimbangan. Tahniah pengundi Kedah.
>
> KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan AES bukan penyelesaian
> kepada kemalangan maut. KASE tetap dengan pendirian bahawa perlaksanaan
> AES
> hanya menguntungkan pembekal perkhidmatan kamera iaitu dua (2) syarikat
> swasta yang akan mendapat keuntungan hasil kelalaian pengguna. Walau pun
> begitu, KASE menerima pilihan majoriti pengundi yang telah memilih untuk
> menerima perlaksanaan AES di seluruh negara. Mengekalkan Barisan Nasional
> sebagai parti memerintah Malaysia bermakna bersedia dan bersetuju AES
> dilaksanakan.
>
> Justeru KASE mengambil pendirian bahawa khidmat guaman percuma yang
> ditawarkan sebelum ini tidak diteruskan. Dalam masa yang sama KASE masih
> dan akan tetap memberikan khidmat nasihat serta memberikan penerangan
> berkaitan AES kepada masyarakat. KASE berusaha memberikan bantuan kepada
> pengguna tetapi pengguna sendiri memilih untuk tidak membantu diri sendiri
> dengan memilih AES.
>
> ZULHAZMI SHARIFF
> Penasihat Undang-Undang
> Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor [KASE]
> 28 MEI 2013
> 18 Rejab 1434
>
>
>
>
>
>

Tue May 28, 2013 9:37 pm (PDT) . Posted by:

budubedet

Salam
Kita maklum Malaysia kita antara negara yang mempunyai kadar kemalangan
yang tinggi di dunia. JPJ sudah mencuba bermacam cara untuk mengurangkan
kemalangan dan AES merupakan satu daripadanya. Secara peribadi saya
nampak AES paling berjaya bila rakan2 mula berhati2 dan perlahankan
kenderaan apabila melalui kawasan yang mereka tidak biasa. Ini bertepatan
dengan objektif AES iaitu untuk melatih pemandu agar mematuhi peraturan
lalulintas.

Dalam masa yang sama tunggu juga, mana tahu pihak pembangkang ada
cadangan terbaik tapi apa yang saya nampak setiap perlaksaan kempen ada
saja cubaan pihak pembangkang ni untuk memperlekehkan usaha agensi
kerajaan dan mereka yang bekerja untuk melaksanakan.

Jangkaan bahawa tindakan tawaran perkhidmatan percuma KASE untuk
menggagalkan inisiatif JPJ hanyalah berbentuk gula-gula politik dan
tindakan
terdesak untuk mendapat sokongan pengundi ternyata benar apabila mereka
membuat keputusan untuk menarik perkhidmatan tersebut dengan nada
merajuk sebaik sahaja pembangkang kalah semasa PRU13 yang lepas.

Saya cadangkan agar KASE dapat mengubah nama dan halatuju agar dapat
bersama-sama membantu mengurangkan kemalangan di Malaysia bukan hanya
memikirkan keuntungan politik. Rakyat boleh melihat sama ada KASE
membantu mengurangkan kadar kemalangan ataupun ingin mendapatkan pengaruh
politik semata2.

Ini kali la tolong kerajaan kurangkan kemalangan..! ..itupun kalau berani
:-)

Tue May 28, 2013 8:31 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Subhanallah! Telur Ayam Dalam Telur
malaysiaberih.blogspot
fuh.my
Posted by Fyna Ahmad

Subhanallah! Telur Ayam Dalam Telur |
BUKIT RAYA – Seorang peniaga kedai makan di Kampung Bukit Raya Dalam terkejut mendapati sebiji telur ayam dipecahkan mempunyai sebiji lagi telur ayam sebesar duit syiling 50 sen ketika menyediakan hidangan kepada pelanggan, malam kelmarin.

Fairul Rizal Abd Ramli, 29, berkata, dia membeli sebanyak 30 biji telur gred E di sebuah kedai runcit di situ.

"Saya mengambil telur itu dan terus memecahkannya untuk menyediakan hidangan telur mata kepada pelanggan namun terkejut setelah mendapati sebiji telur lagi jatuh ke dalam kuali dan saya menyangka ia adalah telur merah yang beku.

Wed May 29, 2013 12:31 am (PDT) . Posted by:

"patin_buah1" patin_buah1

Salam semua. Saya Amin dari Meru. Hari Khamis lepas saya on the way ke KLIA dari Meru. Lagi 2Km utk exit 608 KLIA, tengah pandu 110Km/j tiba-tiba enjin mati macam minyak habis. Sy terus himpit ke tepi. Check enjin dan suspek fuel filter sumbat. Cuba buang minyak dlm filter tu. Berhenti dalam 20 minit (enjin dah sejuk sikit). Kemudian start OK terus jalan hingga sampai KLIA. Waktu balik ke Shah Alam/Meru (ikut Elite) kena lagi di kws rehat Dengkil dan 3 kali lagi hingga ditarik oleh polis bantuan highway ke tol USJ. Tinggal kereta disitu selama 40 minit, saya beli fuel filter baru (enjin dah sejuk) dan kereta OK hingga ke Shah Alam. Selepas singgah solat maghrib diShah Alam, berlaku lagi enjin tiba-tiba mati 2 kali. Saya tinggal kereta hingga betul-betul sejuk (selepas 4 jam) baru dapat bawa balik ke Meru tanpa masalah. Sekarang kereta diworkshop Meru dan pomen saya masih belum jumpa puncanya. Minta tolong otai-otai semua jika ada yang pernah mengalami masalah ini atau tau apa puncanya. Terima kasih atas bantuan anda semua. Buat pengetahuan, temp. kereta OK, minyak enjin baru tukar dan radiator baru servis.

Wed May 29, 2013 8:26 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Siapa yang urus stadium nie dah tahu kapasiti 40k yang disumbat 60k apasal?
Posted by Kedah Lanie

Perlawanan Pahang dan Johor DT di tangguh

LEBIHAN penonton skuad Tok Gajah yang mencecah sehingga 60,000 orang, melebihi kapasiti sepatutnya iaitu 40,000 orang di Stadium Darul Makmur di Kuantan malam tadi, menyebabkan perlawanan separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) tertangguh selama 90 minit.

Ia dikatakan berpunca daripada pengedaran tiket palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil peluang mengaut keuntungan daripada perlawanan tersebut.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 1,000 penyokong tuan rumah terpaksa ditempatkan di kawasan trek stadium tersebut bermula pukul 8.30 malam sebelum kedudukan mereka disusun semula oleh anggota keselamatan.

Dalam pada itu, anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) segera menghampiri para penyokong tersebut bagi memastikan keadaan terkawal sepenuhnya.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang turut menyaksikan perlawanan tersebut berkenan mencemar duli selama 10 minit memasuki kawasan trek untuk meminta kerjasama para penyokong supaya mengawal disiplin.

Sultan Ahmad Shah yang diiringi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pahang, Datuk Mohd. Johari Hussain, kemudian kembali ke tempat duduk utama sambil menunjukkan isyarat kepada para penyokong supaya menjaga kelakuan masing-masing.

Disebabkan terlalu lama padang dikosongkan oleh pemain kedua-dua pasukan yang cemas dengan insiden itu, seekor kucing tiba-tiba memasuki kawasan tengah padang dan berak di situ sambil disambut dengan hilai ketawa para penonton di stadium.

Pada pukul 9.45 malam, kesemua penyokong yang membanjiri kawasan trek kemudian ditempatkan semula ke kawasan tempat duduk dalam keadaan terkawal.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd. Jasmani Yusoff yang berada di stadium kemudian membuat pengumuman bahawa permainan boleh diteruskan selepas keadaan terkawal sepenuhnya.

Sebaik pengumuman itu dibuat, para pemain tuan rumah memasuki padang untuk bersedia memulakan perlawanan.

Pasukan Johor DT dikatakan terlebih dahulu meninggalkan kawasan padang selepas penyokong tuan rumah bergerak memenuhi kawasan trek.

Keadaan bagaimanapun tidak terkawal sepenuhnya apabila beberapa kali dicemari bunyi mercun dan balingan objek keras ke kawasan padang.

Ekoran dibaling dengan objek keras, para penyokong Johor DT pula bertindak turun dan duduk di trek olahraga meskipun kawasan balapan itu telah diarah untuk dikosongkan bagi membolehkan perlawanan dimulakan.

Perbuatan berbaur provokasi oleh penyokong Johor DT itu kemudian disambut oleh penyokong tuan rumah yang menyanyikan lagu 1Malaysia.

Pada pukul 10.30 malam, Penolong Setiausaha FAM, Datuk Ahmad Fuad Daud membuat pengumuman bahawa perlawanan tidak dapat diteruskan malam tadi dan terpaksa ditunda ke tarikh lain.

Malangnya, pengumuman tersebut tidak diterima baik oleh penyokong kedua-dua pasukan apabila masing-masingnya bertindak berlari ke tengah padang sehingga hampir mencetuskan pergaduhan.

Dalam insiden tersebut, dua penyokong Pahang terpaksa digari dan ditahan polis, manakala para penyokong lain bertindak memenuhi padang.

Kekecohan yang pertama kali berlaku di Pahang itu berlarutan sehingga pukul 11.30 malam sebelum diarah bersurai oleh polis.

Mohd. Jasmani Yusoff berkata, keadaan stadium melebihi kapasiti berpunca daripada tiga pintu masuk yang dipecahkan oleh para penyokong yang tidak dibenarkan masuk walaupun mempunyai tiket.

"Keadaan masih terkawal walaupun berlaku kekecohan akibat provokasi pihak-pihak tertentu.

"Polis tidak menahan mana-mana penyokong, tetapi hanya meleraikan bibit-bibit pergaduhan," katanya kepada pemberita selepas keadaan terkawal.

Dalam pada itu, Mohd. Jasmani menambah, pihak polis juga mengiringi para penyokong Johor DT keluar dari stadium bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Perlawanan malam tadi merupakan detik penentuan buat kedua-dua pasukan bagi menempah tiket ke final Piala FA.

Kelebihan kini memihak kepada Johor DT selepas mencatat kemenangan 1-0 pada separuh akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru Sabtu lalu.

Wed May 29, 2013 8:27 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

Kebaikan epal hijau
By Ashraf Nasser | Tupai

Amalan memakan buah-buahan sememangnya digalakkan kerana ia mempunyai banyak khasiat untuk tubuh anda, namun tahukah anda kebaikan memakan epal hijau. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potassium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Anda digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh juga boleh membantu mencegah:

• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.

• Membantu kesihatan membran paru-paru.

• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

• Membantu mengekalkan berat badan.

• Mengurangkan tekanan penyakit asma.

• Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi system pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Wed May 29, 2013 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom


[IKTIBAR] Ku Sangka Dia Orang Gila
Posted by greenboc

Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2, pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau itu.

Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut. Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?

Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik. Allah...

Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab. Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.

Nak tau ape? pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan. Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama. Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa dekat2.

Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika.. Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi. Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.

Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...

Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu.. (Copy pasted - Warta Dari Hati)

comments:

Anonymous said...

Itu lah rahsia org2 tua yg berilmu........

Anonymous said...
Persis Tok kenali. Sebak hati ini

Anonymous said...
bertuahnya kau..

Anonymous said...
maaf klu komen aku ni agak tak sopan:

Mungkin ttg bau sangat busuk tu,baju koyak & tak beralas kaki tu yg menyebabkan ramai org sangka dia tak betul.

Aku suka klu jumpa kanak2 yg blum baligh utk doakan aku. Aku akan ajor dia doa tu. Sbb depa ni dosa lum dikira.

Anonymous said...
bukankah akhir zaman nih org normal disangkan gila..org jujur dikatakan penipu..org baik dikatakan jahat yg cakap benar dikatakan penipu..si pengkhianat dikata jujur dan amanah...yg celik(hati) dikatakan buta...yg buta (hati) dikata celik..lakukanlah apa yg hendak dilakukan didunia nih spt kata rasulAllah setiap perbuatan itu ada balasannya...spt dlm crita tadi boleh kat dia 2 keping note 100...nikmat aku yg mana yg nak didustakan kata Allah...kalo tak jaga, bersubahat demi kehancuran maka kufur nikmat...sanggup kah manusia menerima azab selepas tangan2 mereka yg buat kerosakan...biarlah sendiri mau ingat...bantu lah yg dizalimi dan bantulah yg zalim itu...semoga tak jadilah kita org2 yg rugi....zzzzzz

amnad said...
sungguh indah pengajaran dari crita ini,mohon copy ye tuan

Anonymous said...
Buku yang cantik tidak semestinyta cerita pun cantik, orang yang berpangkat tidak semestinya hati juga mulia. Yang sanggup menjemput orang tua ini duduk bersama walaupun orang lain tak suka, orang ini menunjukkan sikap yang mulia dan telah mendapat pengalaman yang akan menolongnya kelak.

Anonymous said...
Macamana "orang tua" tu boleh masukan 2-keping note RM100 dalam dompet pemuda ni. Ini yg buatkan aku terfikir akan kehebatan "ILMU" "orang tua" tu... atau...

MerakLangit

Anonymous said...
Allahuakbar...entah2 pak cik tua tu sebenarnya jelmaan malaikat yg diutuskan untk menguji hambaNya
waAllahu a'lam....

ain diyana said...
ter-menangis la pulak...

Anonymous said...
Yg hambe selalu jumpa yg minta duit atau minta belanja makanan yg dari first impression sah mat dadah. Ambe pun pernah belikan dia makanan/minuman yg dia nak. Kalau nak beli rokok, minta mahaffff le..

Tapi kalau masukkan dia kat pusat serenti, minumkan air yasin banyak2 sampai termuntah2, lepas tu beri makan bubur + carrot + sawi, kemudian aajar agama, tak mustahil bole jadi tukang azan at least.

أبو said...
Maha Suci Allah....

Anonymous said...
Masya-Allah. Menitis air mata bila membaca kesah ni.Sebab itu saya selalu berpesan pada diri sendiri agar tidak memandang rendah pada orang yang susah, cacat dan serba kekurangan. Mereka tidak minta dijadikan begitu...mungkin hari ini mereka susah..esok lusa kita tidak tahu. Mungkin tuhan memberinya rezeki melimpah ruah. Kunfayakun.

Anonymous said...
Allahuakbar...besar iktibarnya,awalnya nmpk biasa tapi endingnya begitu berkesan dihati.

Wed May 29, 2013 8:30 am (PDT) . Posted by:

"-::eSpAcE9808::-" rienacom

KEPALA PUTUS TERPERANGKAP PINTU LIF GARA-GARA ASYIK DENGAN TELEFON BIMBIT
telokbakong.blogspot.
aiyangdisayang.blogspot.
Posted by Aiyang disayang

Shenzhen: Seorang wanita di daerah Luohu di Shenzhen putus kepala selepas dia teperangkap pada pintu lif yang mengheretnya turun sehingga sekurang-kurangnya tiga tingkat.
Mangsa dikatakan terlalu asyik dengan telefon bimbitnya hingga tidak menyedari lif itu rosak.
Menurut laporan awal, kejadian berlaku di Menara Changhong di Jalan Woodcrest Hill.
Rakaman video yang tersebar di Internet menunjukkan wanita berkenaan, seorang jururawat bernama Wang, 24, sibuk melayan telefon bimbitnya apabila tragedi berlaku.
Saksi berkata, lif itu turun dari tingkat 22 bersama-sama empat penumpang dan berhenti di satu tingkat, dimasuki beberapa penumpang lain. Ia kemudian turun lagi tetapi terhenti antara tingkat dua dan tiga kerana rosak.
Jururawat itu yang asyik dengan telefonnya tidak menyedari keadaan sekeliling, keluar dari lif dan terperangkap pada pintunya apabila tertutup.
Lif itu kemudian bergerak lagi selama kira-kira 20 saat, turun ke tingkat satu, mengheret Wang bersama-samanya.
Kepala Wang putus dan tubuhnya terputus dua. - Agensi
Attachments with this message:
1 of 1 File(s)
GROUP FOOTER MESSAGE
Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: