Sunday, December 15, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3792

5 New Messages

Digest #3792
2
Fw: HATI-HATI MENYEMBUR LIPAS DI DAPUR by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3a
Fw: Ayam Suntik - 10 Perkara Wajib Tahu by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: TERUK PROTON KENA PERLI by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sat Dec 14, 2013 8:30 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sejuta Penduduk Selangor, KL Hadapi Gangguan Bekalan Air Minggu Depan
Bernama Media

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Kira-kira sejuta penduduk diSelangor dan Kuala Lumpur bakal menghadapi gangguan bekalan air bermulaSelasa depan berikutan hentitugas (separa) sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam satu kenyataan di ibu negara berkata gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, 17 Dis manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Dis (Ahad).

Hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaiktaraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.

Kenyataan itu menyebut gangguan bekalan air melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Bekalan air di kebanyakan kawasan dijangka pulih dalam tempoh 24 jam selepas kerja-kerja hentitugas itu selesai, namun bergantung kepada kedekatan dengan sumber bekalan.

"Pihak SYABAS menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air khususnya di sekitar Petaling, Kuala Lumpur dan Klang/Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya," kata SYABAS.

SYABAS menasihatkan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya kerana tiada lori tangki akan dibekalkan semasa tempoh gangguan itu (kecuali di hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat) memandangkan notis awal telah dikeluarkan.

Sebagai langkah persediaan awal, pihak SYABAS meletakkan kakitangannya untuk menghadapi hentitugas berjadual ini termasuk menempatkan 66 buah lori tangki dalam keadaan bersedia dan menyediakan 750 buah tangki statik sekiranya diperlukan khasnya untuk kawasan-kawasan yang masih belum mendapat pemulihan selepas 24 jam berkenaan.

Para pengguna boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Berikut adalah senarai kawasan yang bakal terlibat gangguan bekalan air:

WILAYAH KUALA LUMPUR: 1. Kawasan Bukit Kiara: Kelab Diraja Selangor; Bukit Kiara Resort; Pusat Sukan Bukit Kiara; Pusat Sains Negara; Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN); Suruhanjaya Sekuriti dan Bahagian Teknologi Pendidikan Pusat Konvensyen Sime Darby.

2. Sebahagian kawasan Bukit Damansara: Jalan Segambir; Jalan Belimbing; Jalan Setiabistari; Jalan Setiamurni 1 hingga 12; Jalan Setiabudi; Jalan Setiarasa; Jalan Setiaraya; Jalan Setiajaya; Jalan Medan Setia; Jalan Setiabakti; Jalan Setiakasih; Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

3. Kawasan Segambut: Taman Sri Sinar; Taman Sri Bintang; Taman Bukit Sri Bintang; Taman Prima Pelangi; Taman SPPK Segambut; Taman Segambut; Taman Segambut Permai; Taman Segambut Damai; Taman Segambut Muda; Taman Segambut Aman; Taman Bukit Segambut; Taman Indah Murni; Taman Prima Impian; Taman Desa; Kampung Segambut Dalam; Taman Segambut Bahagia; Kampung Segambut Tengah; Kampung Segambut Gate; Kesington Park; Changkat Kiara Bayu; Changkat Kiara Surya; Prima Duta; Menara Duta; Duta Ria; keseluruhan kawasan Mont Kiara dan Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta.

4. Sebahagian kawasan Jalan Kuching dan Jalan Ipoh: Jalan Ipoh Batu 4 hingga Batu 5; Jalan Cenderuh; Jalan Kuala Kangar; Jalan Vethavanam; Jalan St.Thomas; Jalan Khalsa; Taman Kok Lian; Taman City; Kem Batu Kentomen; Taman Impian; Taman Eastern; Taman Rainbow; Taman Bamboo; Taman Million; Taman Sheng Cheng; Taman Kaya; Kawasan Perindustrian Segambut Taman Sri Kuching dan Taman Niaga Waris.

5. Kawasan Sentul: Kampung Chubadak; Kampung Bandar Dalam; Kampung Chempedak, Kampung Kovil Hilir; Taman Dato' Senu; Taman Sentul Raya; Sentul Selatan dan Bandar Baru Sentul.

6. Kawasan Jalan Duta: Arkib Negara; Kompleks Kerajaan Jalan Duta; Masjid Wilayah Kuala Lumpur; Lembaga Peperiksaan; Ibu Pejabat BPR; Persiaran Duta; Pusat Perkembangan Kokurikulum Stadium Hoki.

7. Sebahagian kawasan Jalan Mahameru: Kawasan Taman Duta; Kawasan Bukit Tunku; Kawasan Tasik Perdana; Kawasan Parlimen; Jalan Sultan Salahuddin; Jalan Tun Ismail; Jalan Dato' Onn; Jalan Lembah Ledang; Jalan Perlis; Jalan Kedah; Jalan Selangor; Jalan Johor dan Jalan Negeri Sembilan.

8. Kawasan Sri Hartamas: Taman Sri Hartamas, Kiara View; Kiaramas; Taman Duta Nusantara; Taman Duta Tropika; Hartamas Heights.

9. Kawasan Bukit Sentul: Jalan Kolam Air; Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC); The Mall; Hentian Putra.

10. Sebahagian Jalan Tun Razak (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Langgak Golf): Hospital Tawakkal; Institut Perubatan Respiratori; Pusat Darah Negara; Institut Jantung Negara; Hospital Pusrawi; Jalan Semarak; Jalan Perumahan Gurney; Jalan Maktab; Jalan Padang Tembak; Flat DBKL Dato' Keramat; Kementah; Pulapol; Wisma Tanah; JUPEM; UTM; FELDA; Pusat Latihan Telekom; Sebahagian Jalan Pahang (dari Bulatan Pahang hingga persimpangan Jalan Titiwangsa)

11. Sekitar kawasan KLCC: Suria KLCC; Kuala Lumpur Convention Centre; Menara Maxis; Mandarin Hotel; Menara Exxon Mobil; Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Pinang.

12. Jalan Ampang (dari persimpangan Jalan Tun Razak hingga persimpangan MRR2): Jalan Langgak Golf; Jalan U Thant; Pusat Perubatan Gleneagles; Pejabat Kedutaan British; Pejabat Kedutaan Sepanyol; Pejabat Kedutaan Bangladesh; Pejabat Kedutaan Perancis;

Pejabat Kedutaan Thailand; Pejabat Kedutaan China; Pejabat Kedutaan Arab Saudi; Pejabat Kedutaan Sri Lanka; Pejabat Kedutaan Russia; Pusat Penyelidikan Getah Malaysia; Jalan Ampang Hilir.

13. Sebahagian kawasan Kampung Baru: Jalan Sungai Baru; Jalan Rakam; Jalan Hamzah; Jalan Datuk Abdul Malik; Jalan Haji Sirat; Jalan Haji Yaakub; Jalan Salleh; Jalan Syed Mahadi; Jalan Haji Zainuddin; Jalan Pauh; Jalan Raja Uda Apart; Jalan Raja Uda 2; Lorong Raja Uda 1; Lorong Datuk Abdullah.

14. Semua kawasan berikut: Taman Sri Delima; Kampung Delima; Kampung Stesen; Kampung Batu 4; Taman Pandan Jaya; Taman Cempaka; Taman Bakti; Taman Nirwana; Kampung Pandan Dalam; Taman Cahaya; Pandan Cahaya; Taman Dagang; Taman Shamelin; Taman Tenaga; Taman Miharja; Taman Kobena; Desa Pandan.

WILAYAH GOMBAK: Bandar Sri Damansara; Kepong Industrial Park; Kawasan Industri Tago; Sunway SPK; Wangsa Permai; Desa Park City; Taman Bukit Maluri; Menjalara Kepong; Desa Aman Puri; Medan Putra; Country Height Damansara Sunway SPK Harmoni 3.

WILAYAH PETALING: Bandar Baru Sri Petaling; Desa Petaling; Jalan Klang Lama; Jalan Kuchai Lama; Kuchai Entrepreneurs Park; OUG; Jalan Penchala; Jalan Puchong; Flat Kerinchi; Kampung Kerinchi; Jalan Sungai Besi;

Kampung Baru Salak Selatan; Kampung Malaysia; Kampung Pasir Baru; Pantai Dalam; Kawasan Perindustrian Batu 7 Puchong; PJ State; Seksyen 1 hingga Seksyen 10; Seksyen 18; Seksyen 52;

Taman Bukit Angkasa; Taman Bukit Indah; Taman Desa; Taman Gembira; Taman Kuchai Jaya; Taman Lee Yan Lian; Taman Goodwood; Taman Salak Selatan; Taman Sungai Besi; Taman Sri Sentosa; Taman Tan Yew Lai; Bandar Tasik Selatan; Sungai Besi; Taman Perindustrian OUG; Seksyen 51A, Petaling Jaya; Taman Yarl, Jalan Klang Lama; Bandar Baru Bukit Jalil; Taman Naga Mas; Taman Salak Jaya; Bukit Jalil Golf Resort; Jalan SS2/50 hingga SS 2/72, SS2; Sungai Way, SS9; Petaling Bahagia; Lucky Garden; Taman Kuchai & Nam Fong; TUDM Kinrara; Kampung Bohol; Taman Puchong Mesra; Taman Paik Siong; Seksyen 11 hingga Seksyen 14, Petaling Jaya; Seksyen 16 hingga Seksyen 17, Petaling Jaya; Seksyen 17A, Damansara N/V; Seksyen 19 hingga Seksyen 22, Petaling Jaya;

WILAYAH KLANG/SHAH ALAM: Seksyen 25 - Sri Lembayung; Seksyen 32; Seksyen 33; Bandar Putera; Putra Height; Kampung Bukit Lanchong; Seksyen 22; Seksyen 25 - Axis; Seksyen 26; Seksyen 27; Seksyen 28; Kampung Kebun Bunga; Kampung Baru Hicom; Subang Mas, Batu Tiga; Batu Tiga, Shah Alam; Batu 8, Bukit Kemuning; Bukit Naga; UEP; USJ Subang.

Sat Dec 14, 2013 8:31 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

AWAS: HATI-HATI MENYEMBUR LIPAS DI DAPUR
telokbakong.blogspot
biaqpila.blogspot.
Oleh: biaqpila hensem

Adakah anda menggunakan gas untuk memasak ? Sila baca dan ambil perhatian. Biarlah ini tidak berlaku kepada anda. Ini boleh menjadi satu kesilapan yang sama dalam mana-mana isi rumah. Satu kemalangan mengejutkan berlaku baru-baru ini . Seorang suri rumah meninggal dunia akibat kebakaran yang dialami di dapur.

Suaminya juga telah dimasukkan ke hospital kerana kecederaan akibat terbakar ketika cuba untuk menyelamatkan isterinya. Bagaimana ia berlaku? Wanita itu ternampak seekor lipas berhampiran sinki dan mengambil tin penyembur pembunuh serangga dan disemburnya berhampiran dapur gas. Letupan telah berlaku dan dalam masa yang singkat wanita malang itu telah disambar api, dan 65% badannya terbakar. Suaminya bergegas cuba untuk memadamkan api dan pakaian isterinya yang terbakar.

Kini suaminya masih di hospital,dan tidak sedarkan diri. Dia tidak mengetahui bahawa isterinya telah meninggal dunia.

Apa punca ia terjadi? Semua pembunuh semburan serangga seperti Sheildtox,Ridsect,bygon dan lain-lain mempunyai pelarut yang tidak menentu dan mudah terbakar.Zarah nano semburan merebak dengan cepat dan satu percikan cukup untuk menyalakan campuran mudah meletup ini dengan oksigen di dalam udara . Sila didik keluarga & kawan anda tentang perkara ini dan sebarkan berita ini...

Info Masalah Wanita

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/12/awas-hati-hati-menyembur-lipas-di-dapur.html#ixzz2nQdhbsLg

Sat Dec 14, 2013 8:33 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ayam Suntik: 10 Perkara Wajib Tahu Untuk Kesihatan Anda
matai-kudasai.blogspot
- - Informasi

Ayam ternakan biasanya disuntik dengan vaksin, antibiotik atau enzim samada untuk mencegah penyakit atau mempercepat tumbesaran ayam tersebut, namun ia boleh memudaratkan kesihatan, selain penggunaan enzim babi untuk membesarkan ayam.

Dakwaan

1. Ayam yang anda makan ada kemungkinan disuntik dengan protein lembu atau babi,menurut kajian yang dilakukan oleh BBC selepas pemerhatian selama 6 bulan di Belanda. Selain itu, terdapat juga laporan di mana ayam yang disuntik dengan lembu dan babi tapi dilabelkan sebagai halal dijual di UK dan beberapa negara Eropah lain.

2. Perkara ini disahkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menyatakan protein lembu atau babi memang digunakan di sesetengah negara Eropah bertujuan mempercepatkan tumbesaran ayam, namun tidak diketahui adakah ianya juga digunakan di Malaysia (Harian Metro).

3. CAP juga mengesahkan ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman, antara kesan sampingan pengambilan ayam yang disuntik hormon estrogen ini terutamanya kepada lelaki adalah menghadapi masalah gynecomastia atau buah dada mereka membesar dan berisiko menghidap barah payu dara lebih dahsyat daripada wanita (Harian Metro).

4. Menurut Pensyarah Fakulti Farmasi UiTM, Dr Mohd Zulkefeli Md Jusoh, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ayam daging akan membawa ketidakseimbangan hormon kepada tubuh, yang dalam tempoh jangka panjang akan menyebabkan risiko penyakit kanser (Utusan Malaysia).

5. Selain hormon, ayam daging mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan, menurut pakar pemakanan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (Utusan Malaysia).

6. Untuk meningkatkan kelembutan daging ayam, air masin (saltwater) biasanya disuntik ke dalam tubuh ayam dalam satu proses yang digelar plumping. Namun dalam sesetengah kes, kira-kira satu perlima hingga melebihi separuh berat ayam dipenuhi dengan air yang menyebabkan ayam tersebut mengandungi kadar natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.

7. Selain itu antibiotik yang digunakan untuk tumbesaran ayam yang kadang-kadang mencapai hingga kadar 20-25% boleh menyebabkan masalah kesihatan. Pengambilan antibiotik dalam jangka masa panjang akan mengganggu bakteria normal dalam tubuh manusia dan menyebabkannya berubah menjadi bakteria yang menyebabkan penyakit, selain membuatkannya bertambah kebal terhadap sebarang ubat-ubatan.

Penafian

8. Namun menurut Prof Dr Zulkifli Idrus, pakar ternakan ayam yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Putra Malaysia, pemberian enzim babi atau suntikan lain tidak digunakan di Malaysia kerana kosnya yang mahal kerana harus diimport dari negara luar, terutamanya dari Amerika Syarikat (Harian Metro)

9. Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), menafikan ayam daging yang ada di pasaran tempatan diberi makanan tambahan dengan enzim babi, selain ianya sihat untuk dimakan kerana pemantauan sering dilakukan oleh jabatan beliau.

Namun beliau mengakui ternakan ayam hari ini disuntik dengan pelbagai vaksin dan antibiotik bagi memastikan haiwan itu tidak mendapat penyakit, tetapi kuantitinya mengikut syarat yang ditetapkan (Harian Metro).

10. Konsultan Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLAM), Dr Abdul Rahman Md Salleh juga menafikan penggunaan enzim babi untuk mempercepat penternakan ayam kerana dengan pengeluaran ayam yang begitu besar (1.2-1.3 juta ekor sehari), penternak tidak mempunyai masa untuk menggunakan enzim tersebut (Harian Metro).

Kesimpulan

Kesimpulannya, kalau rasa ayam yang anda beli mudah busuk, atau yang anda makan di kedai tu saiz dia dah macam kayu baseball atau macam burung unta, fikir-fikirlah sikit untuk kesihatan. Nak lagi senang, beli je ayam kampung atau berhenti terus makan ayam. Hehe.

Jadi macam mana dengan pendapat anda, pernah termakan ayam yang rasa-rasanya termasuk dalam kategori ayam suntik?

Sat Dec 14, 2013 4:28 pm (PST) . Posted by:

"Kamarudin Kamre"

Sy memang x makan ayam pasar, sbb dah banyak cerita dari pekerja penternak ayam kebanyakan ayam kita diberi minum racun supaya badan sentiasa panas dan terus makan minum tanpa henti, 28 hari dah boleh jual. Kalau nak tau kesan daripada racun tersebut tengok pada tulang peha ayam setelah dimasak atau digoreng, dia ada kesan lebam pada tulang, ayam kampung mana ada kesan lebam.

Sent from my iPad

> On Dec 15, 2013, at 12:32 AM, "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
> Rus
> 
>
> Ayam Suntik: 10 Perkara Wajib Tahu Untuk Kesihatan Anda
>
> matai-kudasai.blogspot
> - - Informasi
>
> Ayam ternakan biasanya disuntik dengan vaksin, antibiotik atau enzim samada untuk mencegah penyakit atau mempercepat tumbesaran ayam tersebut, namun ia boleh memudaratkan kesihatan, selain penggunaan enzim babi untuk membesarkan ayam.
>
> <ayam-suntik.jpg>
>
> <chickens1.jpg>
>
> <poultry.jpg>
>
> Dakwaan
>
> 1. Ayam yang anda makan ada kemungkinan disuntik dengan protein lembu atau babi,menurut kajian yang dilakukan oleh BBC selepas pemerhatian selama 6 bulan di Belanda. Selain itu, terdapat juga laporan di mana ayam yang disuntik dengan lembu dan babi tapi dilabelkan sebagai halal dijual di UK dan beberapa negara Eropah lain.
>
> 2. Perkara ini disahkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang menyatakan protein lembu atau babi memang digunakan di sesetengah negara Eropah bertujuan mempercepatkan tumbesaran ayam, namun tidak diketahui adakah ianya juga digunakan di Malaysia (Harian Metro).
>
> 3. CAP juga mengesahkan ayam di negara ini diberi hormon dan antibiotik untuk menyihat dan menggemukkannya. Menurut Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Pakar Kesihatan Awam, Datuk Dr Maamor Othman, antara kesan sampingan pengambilan ayam yang disuntik hormon estrogen ini terutamanya kepada lelaki adalah menghadapi masalah gynecomastia atau buah dada mereka membesar dan berisiko menghidap barah payu dara lebih dahsyat daripada wanita (Harian Metro).
>
> <chicken-injected-with-hormones.jpg>
> 4. Menurut Pensyarah Fakulti Farmasi UiTM, Dr Mohd Zulkefeli Md Jusoh, kekerapan memakan ayam khususnya daripada jenis ayam daging akan membawa ketidakseimbangan hormon kepada tubuh, yang dalam tempoh jangka panjang akan menyebabkan risiko penyakit kanser (Utusan Malaysia).
>
> 5. Selain hormon, ayam daging mempunyai kadar kolestrol yang tinggi berbanding makanan lain dalam kumpulan makanan berprotein dan boleh meningkatkan risiko penyakit jantung, diabetis dan masalah kegemukan, menurut pakar pemakanan dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (Utusan Malaysia).
>
> 6. Untuk meningkatkan kelembutan daging ayam, air masin (saltwater) biasanya disuntik ke dalam tubuh ayam dalam satu proses yang digelar plumping. Namun dalam sesetengah kes, kira-kira satu perlima hingga melebihi separuh berat ayam dipenuhi dengan air yang menyebabkan ayam tersebut mengandungi kadar natrium yang tinggi dan boleh menyebabkan masalah kesihatan.
>
> 7. Selain itu antibiotik yang digunakan untuk tumbesaran ayam yang kadang-kadang mencapai hingga kadar 20-25% boleh menyebabkan masalah kesihatan. Pengambilan antibiotik dalam jangka masa panjang akan mengganggu bakteria normal dalam tubuh manusia dan menyebabkannya berubah menjadi bakteria yang menyebabkan penyakit, selain membuatkannya bertambah kebal terhadap sebarang ubat-ubatan.
>
>
> <Poultry+Farming+in+Pakistan.jpg>
>
> Penafian
>
> 8. Namun menurut Prof Dr Zulkifli Idrus, pakar ternakan ayam yang juga Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan, Universiti Putra Malaysia, pemberian enzim babi atau suntikan lain tidak digunakan di Malaysia kerana kosnya yang mahal kerana harus diimport dari negara luar, terutamanya dari Amerika Syarikat (Harian Metro)
>
> 9. Selain itu, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH), menafikan ayam daging yang ada di pasaran tempatan diberi makanan tambahan dengan enzim babi, selain ianya sihat untuk dimakan kerana pemantauan sering dilakukan oleh jabatan beliau.
>
> Namun beliau mengakui ternakan ayam hari ini disuntik dengan pelbagai vaksin dan antibiotik bagi memastikan haiwan itu tidak mendapat penyakit, tetapi kuantitinya mengikut syarat yang ditetapkan (Harian Metro).
>
> 10. Konsultan Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLAM), Dr Abdul Rahman Md Salleh juga menafikan penggunaan enzim babi untuk mempercepat penternakan ayam kerana dengan pengeluaran ayam yang begitu besar (1.2-1.3 juta ekor sehari), penternak tidak mempunyai masa untuk menggunakan enzim tersebut (Harian Metro).
>
>
> Kesimpulan
>
> Kesimpulannya, kalau rasa ayam yang anda beli mudah busuk, atau yang anda makan di kedai tu saiz dia dah macam kayu baseball atau macam burung unta, fikir-fikirlah sikit untuk kesihatan. Nak lagi senang, beli je ayam kampung atau berhenti terus makan ayam. Hehe.
>
> Jadi macam mana dengan pendapat anda, pernah termakan ayam yang rasa-rasanya termasuk dalam kategori ayam suntik?
>

Sat Dec 14, 2013 8:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



TERUK PROTON KENA PERLI
telokbakong.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Korea boleh jer maju dengan kereta jenama Hyundai & KIA hasil rekaan anak tempatan mereka tanpa perlu copy paste jenama kereta lain lepas tu letak logo proton.... Lekeh sgt ker jurutera & designer kita sampai tak mampu hasilkan kereta guna kepakaran sendiri???

Gambar dan spesifikasi Proton Perdana Baru 2014
ping.busuk.org
plbgaimacam.blogspot.
Written by PORUMAN


Gambar dan spesifikasi Proton Perdana Baru 2014 - Proton Perdana Baru 2014 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semalam di Putrajaya, Kuala Lumpur. Kereta jenis ini direkabentuk menyerupai Honda Accord dan mempunyai dua jenis engin yang berkuasa 2.0 liter dan 2.4 liter.

Kelainan Proton Perdana Baru 2014 berbanding Honda Accord ialah bentuk bumper bahagian depan kereta diubahsuai sepenuhnya dan ditambah dengan penghadang besi, manakala bahagian belakang pula kekal sama namun bahagian lampu ekor dibuang, hanya garis chrome dikekalkan.

Selain itu, kereta perdana baru ini juga mempunyai ruang dalaman yang besar terutamanya bahagian tempat duduk penumpang. Kerusi sediada boleh diundur jauh ke belakang sehingga penumpang boleh duduk dengan kaki terjuntai lurus.

Memang hebat dan luar biasa rekabentuk Proton Perdana Baru 2014. Untuk fasa pertama projek penggantian kenderaan rasmi kerajaan, sebanyak 3,000 unit kereta jenis ini akan mula diagihkan.

GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: