Thursday, December 19, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3796

6 New Messages

Digest #3796

Messages

Wed Dec 18, 2013 8:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kemalangan Tragis: 6 Rentung Setelah Kereta Rempuh Tiang
malaysiaberih.blogspot
greenboc.blogspot.
Posted by greenboc
sumber foto: ondscene.my

Kuala Lumpur: Enam orang rentung selepas kereta yang mereka naiki merempuh sebuah tiang lebuh raya, meletup dan terbakar berhampiran bulatan Kampung Pandan, awal pagi Rabu.

Mangsa-mangsa yang dipercayai mempunyai pertalian keluarga, sedang dalam perjalanan dari Lebuhraya SMART menuju Jalan Perkasa, dalam kejadian kira-kira pukul 12.42 pagi apabila seorang saksi berkata kereta Nissan Skyline biru mereka hilang kawalan dan merempuh tiang konkrit.

Kereta itu meletup ketika bertembung dan terseret beberapa meter sebelum berhenti sepenuhnya.

13 pegawai dari Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian dan mengambil kira-kira sejam untuk mengeluarkan mayat dari kenderaan yang remuk dan rentung.

"Mayat-mayat terbakar sepenuhnya dan tidak dapat dikenal pasti. Terdapat tiga mangsa lelaki dan tiga perempuan. Semuanya dewasa kecuali seorang yang kita percaya merupakan seorang remaja berdasarkan penilaian paramedik.

"Apabila kami sampai ke tempat kejadian, kereta itu masih terbakar dengan bahagian badan bertaburan," kata komander operasi, Hamid Daud yang tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut kepada pemberita.

Mayat-mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kemalangan di tengah-tengah bandar itu turut menarik perhatian beratus-ratus pemandu ingin tahu dan melihatnya.

Pegawai tentera Kamarul Haniff Hamid, 21 berkata beliau menyaksikan kemalangan ngeri itu semasa sedang memandu di sepanjang Jalan Tun Razak ke arah bulatan.

"Saya berada di dalam kereta dengan kakak dan teman wanita saya selepas makan malam apabila saya melihat kelibat kereta yang dipandu benar-benar laju.

"Kemudian saya mendengar bunyi brek dan ledakan yang kuat serta melihat ia meletup apabila berlanggar tiang. Pintu kereta telah tercabut dan ia bergerak sedikit lebih sebelum berhenti.

"Saya berlari ke sana dan cuba menarik keluar orang di dalam tetapi api begitu besar, saya tidak boleh menghampirinya. Saya hanya boleh melihatnya," kata Kamarul Haniff .

Beliau berkata enam mangsa di dalam tidak bergerak dan tidak kedengaran sebarang jeritan untuk mendapatkan bantuan. -mstar

Wed Dec 18, 2013 8:29 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


KESAS untung 121% dan PLUS untung 69%
malaysiaberih.blogspot.
bicaraworld.blogspot
Posted by uda rock

Rafizi Ramli bukan seorang yang bercakap kosong tanpa bukti. Kali ini beliau mendedahkan keuntungan syarikat pengendali lebuhraya Malaysia mengikut peratus.

Menurutnya,
Laporan tahunan Projek Lebuh Raya Utara Selatan Bhd (PLUS) menunjukkan keuntungan bersih 2011 sebelum cukai ialah RM2.515 bilion atau 61 peratus berbanding jumlah bersih kos faedah dan pembiayaan kewangan RM507 juta kos ditanggung pada 2010 termasuk enam peratus kos menyelenggara.

Syarikat pengendali Lebuh raya Shah Alam (Kesas), Kesas Sdn Bhd pula mencatat keuntungan terkumpul berganda 121 peratus antara tahun kewangan 2008 hingga 2012 seperti dilaporkan Maybank Investment Bank Research bertarikh 6 November 2013.

Litrak Bhd yang mengendalikan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint, berdasarkan keputusan kewangan bagi 2013 mencatat keuntungan bersih RM180 juta atau 49 peratus berbanding kos menyelenggara enam peratus.

Keuntungan pengendali syarikat pemegang konsesi lebuh raya berlipat kali ganda setiap tahun hingga melebihi unjuran semasa menandatangani kontrak konsesi antara kerajaan dan syarikat terbabit.
comment:
1.. fajridil adha
Jika tak menipu, bukan umno namanya :) -blog -

Selangor halang kenaikan harga di tiga tol

malaysiaberih.blogspot
abnnasution.blogspot
ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD
a.. Anwar Ibrahim. - Foto Sinar Harian oleh SAFWAN MANSOR
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) Selangor akan menggunakan saham minoriti yang dimiliki dalam konsesi lebuh raya di negeri itu untuk membantah kenaikan tol seperti yang diumumkan kerajaan sebelum ini.

Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor mempunyai 30 peratus saham dalam Lebuhraya Kesas melalui PKNS manakala 20 peratus dalam Lebuhraya Sprint serta Lebuhraya Damansara-Pucong (LDP) melalui Kumpulan Perangsang.

"Saya telah berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan bersetuju bahawa kerajaan Selangor akan menggunakan pegangan sahamnya di dalam lebuhraya-lebuhraya ini untuk menolak kenaikan tol seperti yang diumumkan BN.

"Saya difahamkan Menteri Besar akan membawa perkara ini untuk dibincangkan dalam Mesyuarat Exco (hari ini) dan arahan bakal dikeluarkan kepada wakil-wakil kerajaan Selangor di dalam konsortium lebuhraya terbabit untuk menolak kenaikan tol," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.

Menurut Ketua Pembangkang itu lagi, Khalid juga sudah bersetuju mengenakan syarat-syarat ketat kepada cadangan lebuhraya baru yang akan dibina seperti Lebuhraya Damansara-Shah Alam (Dash), Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) dan Leburaya Lingkaran Luar Kuala Lumpur (Klorr).

Antara syarat yang dikenakan ialah, kerajaan negeri Selangor hanya akan memberi kebenaran sekiranya syarat-syarat keuntungan mengikut formula yang lebih adil kepada rakyat serta dipatuhi oleh kerajaan Persekutuan dan syarikat pemegang konsesi.

Syarat kedua, pegambilan tanah dan urusan pentadbiran tanah hanya akan dibenarkan sekiranya syarat-syarat bersabit kadar tol yang adil kepada rakyat dan syarikat konsesi bertanggungjawab mematuhi syarat tersebut.

Menurut Anwar, ini adalah sebahagian daripada tindakan yang diambil kerajaan Selangor untuk membendung kenaikan tol.

"Kerajaan Pusat mempunyai kuasa yang jauh lebih besar, sudah tentu kerajaan dengan mudah boleh menghentikan kenaikan tol ini jika ada kemahuan dan keikhlasan," katanya.

Anwar berkata, pengalaman beliau berdepan dengan isu kenaikan tol ketika menjadi Menteri Kewangan membuatkan beliau yakin bahawa kerajaan berkuasa memberi kata putus dalam soal kadar tol di seluruh negara.

"Kerajaan perlu berwaspada dengan keuntungan berlipat kali ganda yang dinikmati syarikat pemegang konsesi. Saya (ketika menjadi Menteri Kewangan) tidak pernah menerima laporan kewangan yang diberikan oleh syarikat pemegang konsesi bulat-bulat dan dibantu oleh pegawai Perbendaharaan untuk memastikan keuntungan itu munasabah dengan bebanan ekonomi negara dan rakyat.

"Kerajaan mempunyai pegangan besar dalam konsortium pemegang konsesi lebuhraya, maka ia berhak menggunakan pegangan sahamnya itu untuk melindungi kepentingan rakyat," katanya.

Beliau turut menyangkal dakwaan kerajaan bahawa kadar kenaikan itu tidak dapat dielak, sedangkan perjanjian yang dimeterai juga boleh dikaji semula.

Tambah beliau, walaupun kerajaan di bawah PR hanya mempunyai sebilangan kecil saham sahaja, namun PR akan berusaha untuk terus membantah kenaikan itu.
karangan ~PakKaramu~

Selangor Akan HALANG Kenaikan Tol 3 Lebuh Raya

malaysiaberih.blogspot.
duniacacamarba.blogspot.

[MK] Selangor akan menggunakan kedudukannya sebagai pemilik saham utama dalam tiga syarikat konsesi lebuh raya di negeri itu untuk menghentikan kenaikan tol yang dirancang.

Penasihat ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) berkata, menteri besar setuju untuk mengeluarkan arahan kepada wakil kerajaan dalam syarikat konsesi untuk tidak menyokong kenaikan tol.

Ketiga-tiga lebuh raya itu, Lebuh Raya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuh Raya Sprint.

"Kami mahu berikan pesanan kepada kerajaan persekutuan, mereka boleh lakukan perkara sama dengan syarikat berkaitan kerajaan yang memiliki saham dalam syarikat konsesi lebuh raya," katanya.

Semalam, 15 lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

MB arah PKNS guna pemilikan saham halang kenaikan tol
malaysiaberih.blogspot.
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Harakahdaily
KUALA LUMPUR: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang memiliki saham dalam salah satu syarikat konsesi lebuh raya di negeri ini diarah membuat beberapa cadangan bagi menghalang kenaikan kadar tol.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata kerajaan negeri sudah meminta ahli lembaga pengarah PKNS untuk mengadakan perbicangan dengan syarikat konsesi terbabit demi kepentingan rakyat, lapor Selangor Kini.

Katanya, kerajaan negeri berkeupayaan melaksanakan perkara itu kerana memiliki pegangan saham kira-kira 30 peratus dalam syarikat konsesi berkenaan.

"Kita arahkan ahli lembaga pengarah mewakili PKNS untuk membuat beberapa cadangan supaya syarikat ini meminta kenaikan tol tidak dilaksanakan demi menjaga kepentingan rakyat.

"Kita berharap perkara ini dapat dibincangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah dan mereka boleh buat apa-apa keputusan," katanya dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di Shah Alam hari ini.

Abdul Khalid berkata pulangan yang diperolehi PKNS melalui pelaburan dalam syarikat konsesi lebuh raya itu juga memberangsangkan setakat ini.

Beliau berpendirian kenaikan kadar tol tidak perlu meskipun perjanjian antara syarikat konsesi berkenaan dengan pihak berkuasa lebuh raya membenarkan perkara itu.

Wed Dec 18, 2013 8:30 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Cadangan gilababi menteri nak tubuh Jabatan Facebook Negara?
malaysiaberih.blogspot
lensahp.blogspot
posted from Bloggeroid

Tak berapa nak tepat kut belasah Shabery Cheek pasai isu penubuhan Jabatan Facebook Negara pasainya isu bangang gila babi tu bukan asal dari dia sebenarnya. Isu bangang gila babi tu datang dari Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.

Tapi tak salah pun kalau kutuk Menteri Komunikasi dan Multimedia pasai jawapan dia untuk soalan dari senator yang bangang tu pun lebih kurang dua kali lima bangang jugak, tolak cara ilmiah la sikit, yang sampai kata nak kena tubuh Jabatan Facebook Negara tu pasai apa, tak ka bangang namanya tu.

Sumber: http://lensahp.blogspot.com/2013/12/cadangan-gilababi-menteri-nak-tubuh.html#ixzz2nozL7r7a

----- Original Message -----
From: xstream

Sent: Wednesday, December 18, 2013 8:12 AM
Subject: Re: ... Betoi ke.. fb pun nak charge?

UMNO sekarang dalam proses untuk memiskinkan rakyat..formula mudah..miskin mudah ditundukkan..miskin terpaksa meminta..miskin boleh menang PRU14..hehehe..tak nampak juga..memang macai..camna nak miskin??? senang bg semua brg naik...

2013/12/18 Hashim, Fasriana <fasriana_hashim@apl.com>

Takkan kot weh?

Kalo nak banned demi keselamatan negara cam China buat tu, logic gak ar..

Tapi kalo nak collect duit, cam mengarut je.. hehe..

# adakah ini fitnah terhadap Shabery Chik? KDN kene siasat neh! Hehehehehehe…

--
Xstream-BOP

Wed Dec 18, 2013 5:21 pm (PST) . Posted by:

"bashah" bwasi

Dalam kes ni Menteri Shabery Chik TaK salah, cuma cara dia cakap tu berbelit....
Senator Rahman tu boleh cakap apa saja- dia cuma senator dewan Negara, dia jwb pd PM, dia tak jawab pd rakyat...
Kat sini saja kita boleh tengok PM suka lantik org jenis apa...

On Thursday, December 19, 2013 12:30 AM, -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

 

Cadangan gilababi menteri nak
tubuh Jabatan Facebook Negara?
malaysiaberih.blogspot
lensahp.blogspot
posted from Bloggeroid
 
Tak berapa nak
tepat kut belasah Shabery Cheek pasai isu penubuhan Jabatan Facebook Negara
pasainya isu bangang gila babi tu bukan asal dari dia sebenarnya. Isu bangang
gila babi tu datang dari Senator Datuk Abdul Rahman Bakar.

Tapi tak salah
pun kalau kutuk Menteri Komunikasi dan Multimedia pasai jawapan dia untuk soalan
dari senator yang bangang tu pun lebih kurang dua kali lima bangang jugak, tolak
cara ilmiah la sikit, yang sampai kata nak kena tubuh Jabatan Facebook Negara tu
pasai apa, tak ka bangang namanya tu.

 
Sumber: http://lensahp.blogspot.com/2013/12/cadangan-gilababi-menteri-nak-tubuh.html#ixzz2nozL7r7a

 
 
----- Original Message -----
From: xstream
 
Sent: Wednesday, December 18, 2013 8:12 AM
Subject: Re: ... Betoi ke.. fb pun nak charge?
 
UMNO sekarang dalam proses untuk memiskinkan rakyat..formula
mudah..miskin mudah ditundukkan..miskin terpaksa meminta..miskin boleh menang
PRU14..hehehe..tak nampak juga..memang macai..camna nak miskin??? senang bg
semua brg naik...

2013/12/18 Hashim, Fasriana <fasriana_hashim@apl.com>


>Takkan kot weh?
>Kalo nak banned demi keselamatan negara cam China buat tu, logic gak ar..
>Tapi kalo nak collect duit, cam mengarut je.. hehe..

># adakah ini fitnah terhadap Shabery Chik? KDN kene siasat neh! Hehehehehehe…




--
Xstream-BOP
 

Wed Dec 18, 2013 10:52 pm (PST) . Posted by:

"Abdul RahMan" man_belon

senang kate tak jujur la org camni...take for granted....so pihak berkuasa pun kena amik tindakan sebelum jadi parah...once dah parah..nak ubah pun susah...kejam la...tak hati perut la...etc...
 

On Friday, 15 November 2013, 16:37, Nazri Ahtar <littlenoti@yahoo.com> wrote:

 
kadang2 ada orang yang suka buat trading di stesen LRT.....bila nak jumpa orang...dia malas nak keluar....so jumpa kat gate je....tukar duit n barang, kemudian dia boleh naik lrt semula utk balik....

so memang patut la dikenakan surcaj 70.....  contoh... naik gombak....keluar kelana jaya.....tak check out kat gate pun, trading kat gate lrt....then naik balik lrt....turun gombak.....

dari kena bayar full utk 2 jalan..... bayar 70 sen je...... ok ape... ?

rgds,
Nazri Ahtar

On Friday, November 15, 2013 8:22 AM, Kamarudin Kamre <kamarcam@yahoo.com> wrote:

 
KL n Selangor je yg ada LRT yg diparintah oleh PKR n DAP apa kena mengena dgn BN lol? Amik kau!

Sent from my iPad

On Nov 15, 2013, at 7:50 AM, noorazlimdali@gmail.com wrote:

 
>Bayaran tu untuk yang suka melepak di Stesyen sebab boleh gunakan wifi percuma! Pengguna sebenar LRT tak terbabit. Sekadar pandangan saya berdasarkan kenyataan yang tertampal! Tanpa prejudis dan niat tersembunyi
>
>Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
>
>________________________________
>
>From: "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg>
>Sender: automobil@yahoogroups.com
>Date: Fri, 15 Nov 2013 00:02:12 +0800
>To: zzxmelayucyber<melayucyber@yahoogroups.com>
>ReplyTo: automobil@yahoogroups.com
>Subject: http://www.groupautomobil.blogspot.com/ - Fw: 70 sen untuk Urusan Keluar Masuk LRT..
>
>  
>
>Perghh !!!
Mak Oooi 70 sen Dikenakan untuk Urusan Keluar Masuk LRT..Kikiki..tq BN
>malaysiaberih.blogspot
>kachipemas.blogspot
>Posted by Abu Luqman
>
><surcarge.jpg>
>
>
>terima
kasih bebanyak pengundi2 47 %.  Sendiri
mau jawab..mau tau..terima kasih kepada pengundi BN ..anda bahagia..walau pun
semua kena caj...kantooiii..
>
>comments:
> Anonymous said...
>Inilah jasa besar pengundi bn kepada rakyat malaysia Anonymous said...
>Ape maksudnye "keluar masuk lrt yang sama"
>Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (2)

Thu Dec 19, 2013 2:24 am (PST) . Posted by:

"ML" budubedet

Ni umpama anak orang kaya cerita rumah dia ada memacam yg awesome...

Bila sedar diri dengan kemampuan, mentaliti dan attitude rakyat negara sendiri, tak le bebulu mana...

Memang a semua nak hidup mcm org kaya, tapi kena sedar diri jugak kan?? ;-)

Sent from my i-Raspberry 4G

> On 18 Dec, 2013, at 12:03 am, "-:eSpAcE9808:-" <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:
>
> 
>
> BERBULU JER ORANG MALAYSIA BILA BACA KENYATAAN NI...
>
> telokbakong.blogspot
> naimnikmat.blogspot
> Dicatat oleh Na'im Nikmat
>
> <1480544_663110900405705_1945830523_n.jpg>
>
> SUMBER: KING JASON
>
> comment:
>
> Anonymous said...
> berdesup lah memandu kat autobahn!!!
>
>
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: