Monday, May 18, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4204[2 Attachments]

9 Messages

Digest #4204

Messages

Sun May 17, 2015 6:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

438 pesalah trafik diburu di tempat kerja

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KOTA BHARU - Sejumlah 438 pesalah trafik yang memiliki tiga waran tangkap antara tahun 2013 dan 2015 akan diburu polis di tempat kerja mereka menerusi Ops Warta bermula, Isnin ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, operasi mengesan pesalah trafik yang ingkar membayar saman serta mengumpul tiga waran itu akan dimulakan pada 18 Mei sehingga penghujung bulan ini.

Katanya, kesemua pesalah itu akan dikesan melalui tiga saluran termasuk mengesan mereka di tempat kerja, sekatan jalan raya dan di lokasi-lakasi yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan awam dalam tempoh operasi berkenaan.

"Sehubungan itu, kami menasihatkan kepada orang ramai supaya hadir ke balai atau kaunter-kaunter trafik yang dibuka di daerah masing-masing untuk mengetahui status atau menyemak saman serta waran tangkap mereka.

"Kaunter akan dibuka sehingga jam 8 malam bagi memberi peluang kepada pesalah untuk menyelesaikan waran sebelum mereka dikenakan tindakan yang lebih tegas," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, di sini, hari ini.

Jawatan itu sebelum ini disandang Asisten Komisioner, Lai Yong Heng yang kini bersara dan kemudian dipangku Superintendan Aziz Hassan sebelum perlantikan Asisten Komisioner, Ahmad Taufek Abdullah. Ahmad Taufek pernah berkhidmat di Sabah dan berpengalaman selama 20 tahun bertugas bersama JSJ.

Mazlan berkata, sehingga hari ini, 2,044 pengguna jalan raya di Kelantan memiliki waran tangkap dengan 389 daripadanya memiliki dua waran dan 1,217 masing-masing satu waran sementara selebihnya tiga waran.

"Bagi yang memiliki satu dan dua waran kami masih memberi pelung untuk mereka menyelesaikan saman dan waran berkenaan, tetapi bagi operasi kali ini, pesalah yang memiliki tiga waran menjadi sasaran yang akan diburu di mana-mana sahaja mereka berada kecuali ketika di rumah," katanya. - SInar

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To: Sent: Thursday, May 14, 2015 11:58 PM
Subject: Fw: Cuma 20,966 saman status waran tangkap dibayar

Cuma 20,966 saman status waran tangkap dibayar

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

Hanya 20,966 dari 1.59 juta saman berstatus waran tangkap yang dikeluarkan susulan kegagalan pengguna jalan raya membayar saman dan menghadiri perbicaraan di mahkamah, diselesaikan sebelum penguatkuasaan Ops Warta, minggu depan.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata pihaknya memberi peluang kira-kira dua minggu kepada pesalah trafik membuat semakan dan bayaran sebelum tindakan tegas diambil, namun hanya sebilangan kecil menjelaskannya.

"Kita telah kenal pasti pesalah trafik yang memiliki waran tangkap ini... di mana mereka berada, dan minggu depan kita akan jejak dan tahan mereka seterusnya bawa ke mahkamah," katanya dalam program bual bicara Bernama Radio semalam.

Mohd Fuad berkata angka itu sangat rendah, sambil berpendapat bahawa pesalah trafik tidak menggunakan peluang diberikan walaupun hebahan telah dibuat sejak 30 April lepas.

Katanya angka 1.59 juta itu merupakan baki dari 1.8 juta saman yang diumumkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Ops Selamat 5 yang dilancarkan semasa Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.

Mohd Fuad turut mencadangkan agar pesalah trafik tampil di Bukit Aman atau balai polis trafik berhampiran, bagi membolehkan pihaknya membantu mereka menyelesaikan perkara itu.

"Sekiranya mereka berdiam diri, sampai bila-bila pun masalah tidak selesai. Mereka juga boleh menyemak status di mana-mana balai polis trafik kerana di sana ada sistem dalam talian, boleh semak dengan memasukkan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan," katanya.

Selain itu, beliau berkata semakan juga boleh dilakukan di pejabat-pejabat pos.

Selain sekatan jalan raya, katanya penguatkuasaan Ops Warta juga akan mengesan pesalah trafik sehingga ke kediaman mereka.

Sementara itu, sebanyak 5.5 juta saman dikeluarkan tahun lepas, manakala sehingga April tahun ini, 1.9 juta saman direkodkan dengan kesalahan tertinggi ialah memandu laju dan meletak kenderaan di tempat tidak dibenarkan.

- Bernama

Sun May 17, 2015 6:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


HANYA KERANA MEMINTA PEMANDU BUS TUTUP DVD DANGDUT. BUDAK-BUDAK TAHFIZ DITINGGALKAN DITEPI JALAN "
bloglist-malaysia.blogspot
tikaqbuloh.blogspot
tikaq buloh

Mengikut ruangan comment pihak syarikat bas telahpun menghubungi mudir tahfiz ini dan telah bersetuju untuk memulangkan semula wang sewa bas kepada pihak tahfiz.

Isu ini selesai cuma yang menjengkelkan ada juga manusia yang mempunyai hati busuk hitam seperti ini. Pemandu bas juga dimaklumkan seorang melayu yang beragama Islam.

Dah tahu budak-budak tahfiz yang berada dalam bas tuh sibuk pi pasang lagu danggut buat apa, adoilah. Pengajaran untuk semua pemandu-pemandu bas.

comment:
1..
Anonymous
Skrg ni bnyk org islam hnya pda nama shj..stakat tingal smbhg..pose..zakat...mnom arak hmm..mcm minum air jer..no big deal walaupon kubo dh memangil mangil..umat akhir zaman la katakan..

Kisah Pemandu Bas Sewa Khas Tinggalkan Pelajar Tahfiz Tepi Jalan
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Tindakan seorang pemandu bas meninggalkan anak-anak tahfiz di tepi jalan hanya kerana sebab yang tidak masuk akal, mengundang kemarahan orang ramai.

Difahamkan, serombongan anak-anak tahfiz dalam perjalanan dari Kedah ke Melaka menggunakan khidmat bas Famira Travel & Tours.

Pemandu bas yang seakan-akan tidak sensitif membiarkan radionya mendendangkan lagu dangdut sehingga menimbulkan rasa kurang senang anak-anak tahfiz berkenaan.

Salah seorang dari mereka meminta agar pemandu berkenaan menghentikan lagu itu.

Berang dengan permintaan anak-anak tahfiz itu, pemandu terbabit menghentikan bas dan mengarahkan anak-anak tahfiz tadi keluar dari bas berkenaan.

"Sedih bila orang Islam sendiri buat anak-anak yatim dan fakir macam ni. Kau jangan lupa, doa anak-anak yatim yang dianiaya ini mudah makbul," kata Durratun Nurin yang meminta agar semua pihak menyebarkan insiden terbabit.

"Dah call banyak kali tapi tak angkat. Sewa bas bukan murah. Ikutkan hati nak je doa biar driver tu eksiden mati masuk gaung," katanya yang cukup geram dengan tindakan pemandu bas yang tidak bertanggungjawab itu.

Menurut Durratun lagi, mereka telah mendapat bas ganti. Beliau juga turut melaporkan perkara itu kepada SPAD dan menteri pelancongan.

"Tunggu dan lihat macam mana. Saya post di Facebook supaya jadi pengajaran kepada orang di luar sana. Janganlah mentang-mentang yang dibawa, yang dilayan itu anak yatim, anak fakir, maka kamu melayan dia macam sampah, macam pengemis.

"Mereka pun manusia. Sikap double standard inilah kena kikis," katanya.

Penjelasan Kedua-Dua Pihak Kes Bas Tinggal Pelajar Tahfiz Tepi Jalan (Salinan Laporan Polis)
siakapkeli.my/

Semalam heboh dilaman sosial kisah sebuah bas dari syarikat travel yang dilabel oleh ramai netizens sebagai bas 'puaka' selepas ada seorang pengguna di laman Facebook meluahkan perasaan tidak puas hati kerana bas tersebut meninggalkan anak-anak tahfiz di tepi jalan

Menurut pengguna Facebook berkenaan yang mendakwa merupakan Ustazah di sekolah tahfiz berkenaan menyatakan kesanggupan pemandu bas tersebut yang sanggup meninggalkan pelajar tehfiz di tepi jalan.

Dia meminta orang ramai viralkan gambar berkenaan kerena ketidak puasan hatinya. Netizens dilihat tanpa usul periksa telah 'share' gamabr tersebut tanpa usul periksa dan tahu sebenarnya apa yang terjadi.

Kami cuba ke Page Facebook rasmi milik syarikat bas tersebut, ternyata penyebaran gambar tersebut telah memberi kesan yang kuat kepada syarikat bas tersebut apabila dilihat netizens mula menyerang page syarikat bas berkenaan.

Rata-rata mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada syarikat bas berkenaan.

Namun dalam perkembangan terbaru, pengguna Facebook berkenaan yang bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut telah memuatnaik semula status di laman Facebooknya meminta maaf tentang status tersebut kerana dia mengeluarkan status seolah-olah menyalahkan syarikat bas berkenaan kerana sepatutnya disalahkan adalah pemadu bas berkenaan.

Jadi apa sebenarnya yang terjadi? kes ini dah tersebar satu Malaysia, syarikat bas berkenaan sudah menerima kesan yang teruk.

Ini pula Screen Shot Sk dapat dari komen para netizens.

SK cuba mencari maklumat dan akhirnya dari rujukan dari kawan-kawan page lain, SK dapat maklumat tersebut.

Berikut adalah penjelasan pemilik syarikat tersebut dan laporan polis.

Dan ini pula laporan polis dari Maahad Tahfiz Taufiqillah:

SK sebenarnya tidak mahu ulas lebih dan melakukan sebarang kesimpulan. Cukuplah SK sertakan laporan polis daripada dua-dua pihak.

Kita tidak tahu sebenarnya apa yang terjadi di atas bas tersebut. Cuma SK nasihatkan kepada semua berhenti mencemuh syarikat bas berkenaan kerana mereka tidak bersalah.kerana ini melibatkan pemandu dan maahad tahfiz berkenaan. Tapi dalam hal ini SK tidak mahu salahkan sapa-sapa. Biarlah kes ini disiasat oleh pihak bertanggungjawab. - Siakapkeli.my

Sun May 17, 2015 7:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Apalah nasib anak2 kita nanti..bahaya sungguh!

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Malaysia digelar truely Asia. Bila aku tengok2 disekeliling memang benar kata2 tersebut. Hanya diMalaysia sahaja yang terdapat pelbagai jenis manusia menginap didalamnya.

Ada orang Melayu, Jawa, Indonesia, Cina, Thailand, Bangla, India, Filipina, Pakistan, Arab, Kampuchea, Laos, Monggolia, Vietnam, Jepun, Korea, Taiwan, Afrika dan macam2 bangsa disini. Memang tepatlah kerajaan menggunakan motto Malaysia Truely Asia.

Tapi, tahukah kita dimana anak2 kita akan berada 20 tahun dari sekarang?

Dimana anak2 kita sekarang ini. Nilai 3 yang terkenal dengan kawasan jualan fabrik terbaik negara sudah dikuasai oleh orang2 pakistan.Bangunan Low Yatt di KL yang terkenal dengan produk IT nya sudah kelihatan orang2 pakistan, bangladesh dan Arab mula berniaga disitu.

Kontraktor2 binaan sudah tidak terlawan dengan kontraktor2 dari Indonesia yang mampu memberi harga dibawah harga pasaran. Kedai2 gunting rambut dioperasi oleh orang acheh dan india serta kedai top up handphone dipunyai oleh orang Bangladesh dan India.

Selama hampir 60 tahun kemerdekaan tanah melayu ini, kehidupan kita sebagai pribumi disini tidak kelihatan meningkat. Semakin lama semakin terpinggir golongan kita di bandar2. Aku sendiri pun tercampak tersepuk di tepi sudut bandar ini mencari kehidupan.

Tiket ke Universiti sudah tidak menjanjikan sebarang harapan dimasa depan. Betapa ramai anak2 kita menganggur dipasaran dengan kelulusan yang tinggi sedangkan golongan pendatang hanya berbekal semangat dan harapan sudah mula menggajikan anak tempatan sebagai buruhnya.

Apakah kita akan menerima nasib yang sama seperti yang terjadi pada ayah dan atuk kita dahulu dimana mereka hanya dijadikan pekerja2 bawahan dengan gaji yang seadanya serta diberi kemudahan berhutang dengan institusi2 kewangan yang akhirnya terpaksa menjual tanah2 di kampong dan di bandar semata untuk menmpong hidup.

Apakah para pemimpin kita sekadar hanya mencorakkan bangsa sendiri dengan hanya diberi ikan tanpa perlu diberi joran. Pelbagai formula untuk bangunkan bangsa kelihatan tidak menjadi malah semakin teruk jadinya. Melayu yang gagah dizaman Hang Tuah dulu sudah hilang jati dirinya. Melayu yang ada sekarang tercari2 rezeki untuk dimakan hari ini untuk menyambung hidup esok hari.

Bagaimana kronologi semua ini berlaku? Baca lagi disini!

modayu hm

www.dadiydoo.com

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: modayu
Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu

Melayu dalam bahaya!
dadiydoo.com
Posted by md daud yusri Fie

Malaysia digelar truely Asia. Bila aku tengok2 disekeliling memang benar kata2 tersebut. Hanya diMalaysia sahaja yang terdapat pelbagai jenis manusia menginap didalamnya.

Ada orang Melayu, Jawa, Indonesia, Cina, Thailand, Bangla, India, Filipina, Pakistan, Arab, Kampuchea, Laos, Monggolia, Vietnam, Jepun, Korea, Taiwan, Afrika dan macam2 bangsa disini. Memang tepatlah kerajaan menggunakan motto Malaysia Truely Asia.

Tapi, tahukah kita dimana anak2 kita akan berada 20 tahun dari sekarang?

Teringat masa belajar sejarah disekolah menengah diIpoh dahulu. Ketika negara kita dilimpahi oleh Allah dengan hasil bijih timah pada zaman kegemilangan kerajaan melayu di Malaya dahulu terutama dinegeri Perak. Nama negeri Perak itu juga bersempena dengan hasil mahsyul yang banyak dinegeri bertuah itu.

Negeri yang penuh dengan hasilan bijih timah ini di mulakan industri oleh Long Jaafar pada tahun 1848. Disini memperlihatkan bahawa perusahaan bijih timah ini di kuasai oleh saudagar Melayu kita sendiri. Disebabkan permintaan bijih yang tinggi, maka dibawa masuk pekerja2 daripada tanah besar china sebagai buruh kasar dilombong2 diseluruh negara.

Pendatang2 daripada tanah besar china banyak menyumbang kepada hasilan bijih yang lebih banyak terutama pada zaman pemerintahan British di tanah melayu. Perkelahian dalam merebut lombong2 bijih sering terjadi diantara pembesar2 negeri. Bab itu korang baca sendiri di dalam buku sejarah lah yea.

Disini aku nak memperlihatkan bagaimana bangsa melayu suatu ketika dahulu menjadi tuan ditanah ini tapi sekarang menjadi hamba ditanah sendiri.

Kawasan2 lombong telah menjadi bandar2 baru dan ini mempercepatkan perkembangan ekonomi setempat. Pendatang2 dari china mula berniaga sikit2 sesama mereka dalam kelangsungan hidup di kawasan lombong tersebut. Disebabkan kedaifan hidup diperantauan, mereka sentiasa tolong menolong sesama mereka terutama dalam hal perniagaan kecil2an mereka.

Perkembangan pesat perusahaan bijih timah ditanah melayu telah menyuburkan perniagaan kecil golongan pekerja2 cina tersebut. Tanpa mengenal penat dan lelah di samping sikap 'survival' mereka yang tinggi di tanah orang, menjadikan mereka kini menguasai hampir 90% kekayaan negara. Mereka layak untuk itu kerana kesungguhan mereka dalam mencari kekayaan.

DiIndonesia dikatakan bahawa 99% ekonomi negara itu dikuasai oleh golongan ini. Dan faktor yang sama seperti di Malaysia terjadinya mereka seperti itu sekarang. Berbeza dengan golongan India yang merantau kesini suatu ketika dahulu. Mereka kebanyakkannya ditempatkan di estet2 dan ladang2 getah yang dikuasai oleh saudagar2 Inggeris.

Kebiasaannya kawasan pertanian jarang terdapat bandar2 baru untuk aktiviti ekonomi berlangsung. Oleh itu ianya tidak menyumbang kepada perkembangan ekonomi golongan india tidak seperti pada golongan cina di lombong2. Andai golongan India ini di tempatkan dilombong2 dan golongan cina ditempatkan di ladang2, mungkin sejarah sekarang perlu diubah skripnya.

Sekarang pada tahun 2015 ini, sejarah kedatangan pendatang yang ingin bekerja di sini berulang kembali. Jika dahulu perusahaan bijh dan getah menjadi faktor kedatangan mereka disini, sekarang semua industri memerlukan pekerja dari negara2 berdekatan dalam jumlah yang banyak.

Dikatakan hampir 4 juta pendatang bekerja diMalaysia. Mula2 mereka bekerja di pelbagai sektor diseluruh negara tapi kini mereka mula mengorak langkah menjadi peniaga2 yang hebat. Kedai runcit di lembah kelang dikuasai oleh golongan dari Acheh dan kelihatan golongan dari Bangladesh mula berjinak2 untuk berniaga.

Kedai2 tomyam di kuasai oleh pendatang dari Thailand dan pelbagai jenis perniagaan lagi yang di jalankan oleh golongan pendatang tersebut. Mereka bermula sebagai pekerja disini dan kini sudah bergelar peniaga.Jalan berdekatan dengan Mydin KL bersebelahan dengan kotaraya sudah seperti bukan diMalaysia nampaknya. Papantanda perniagaan semuanya bertulis dengan perkataan dari bahasa Bangladesh, Myammar dan juga India.

Kehadiran mereka kesini dalam masa 20 tahun kebelakangan ini telah menukar jalan2 diKL menjadi koloni puak2 mereka. Mereka berjaya ditempat orang dan mereka mula menguasai ekonomi kita tanpa perlu sebarang pertolongan dari kerajaan Malaysia.

Dimana anak2 kita sekarang ini. Nilai 3 yang terkenal dengan kawasan jualan fabrik terbaik negara sudah dikuasai oleh orang2 pakistan.Bangunan Low Yatt di KL yang terkenal dengan produk IT nya sudah kelihatan orang2 pakistan, bangladesh dan Arab mula berniaga disitu.

Kontraktor2 binaan sudah tidak terlawan dengan kontraktor2 dari Indonesia yang mampu memberi harga dibawah harga pasaran. Kedai2 gunting rambut dioperasi oleh orang acheh dan india serta kedai top up handphone dipunyai oleh orang Bangladesh dan India.

Selama hampir 60 tahun kemerdekaan tanah melayu ini, kehidupan kita sebagai pribumi disini tidak kelihatan meningkat. Semakin lama semakin terpinggir golongan kita di bandar2. Aku sendiri pun tercampak tersepuk di tepi sudut bandar ini mencari kehidupan.

Tiket ke Universiti sudah tidak menjanjikan sebarang harapan dimasa depan. Betapa ramai anak2 kita menganggur dipasaran dengan kelulusan yang tinggi sedangkan golongan pendatang hanya berbekal semangat dan harapan sudah mula menggajikan anak tempatan sebagai buruhnya.

Apakah kita akan menerima nasib yang sama seperti yang terjadi pada ayah dan atuk kita dahulu dimana mereka hanya dijadikan pekerja2 bawahan dengan gaji yang seadanya serta diberi kemudahan berhutang dengan institusi2 kewangan yang akhirnya terpaksa menjual tanah2 di kampong dan di bandar semata untuk menmpong hidup.

Apakah para pemimpin kita sekadar hanya mencorakkan bangsa sendiri dengan hanya diberi ikan tanpa perlu diberi joran. Pelbagai formula untuk bangunkan bangsa kelihatan tidak menjadi malah semakin teruk jadinya. Melayu yang gagah dizaman Hang Tuah dulu sudah hilang jati dirinya. Melayu yang ada sekarang tercari2 rezeki untuk dimakan hari ini untuk menyambung hidup esok hari.

Aku pun pening dengan nasib diri ku ini. Apakah jalannya bangsa ku ini kembali hebat seperti zaman Malaya Melaka dahulu. Melayu tidak sepatutnya mengemis dibumi sendiri dan melayu tidak sepatutnya membunuh diri di tanah bertuah ini serta melayu tidak patut memulaukan bangsanya sendiri.

Habis tu apa yang patut kita buat sekarang?
'Buat apa lagi yop! tidor jelah, mana tau dapat mimpi jadi kaya karang!'.
comments:
1..
fazly73
Yang teman tahu...Keretapi Tanah Melayu je yg ada nama Melayu...

2..
md daud yusri Fie
betul tu yop....tak lama dinaikkn taraf jd ETS pulak,,hilang terus melayunya

3..
PKR
Apa bezanya melayu malaysia dgn melayu indon? Pada hemat saya sama je, tak de bezanya

a..
md daud yusri Fie
Dasarnya sama?warganegara berbeza,so anak2 kita itu bermaksud anak2 melayu.malaysia.apa yg harus kita lakukn skrg utk anak2 kita ini! Trima kasih atas comment

Sun May 17, 2015 7:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Masyallah.. Telur Keluarkan Darah Lepas Dibaca Al-Rukyah
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info/
Kita Bantai

Pada awalnya sukar hendak percaya kisah yang dikongsi oleh seorang netizen yang bernama Rizu Nads melalui laman Facebooknya ini.
Menurut Rizu, dia sendiri terkejut apabila melihat keadaan telur goreng yang dibeli ketika hendak menjamah selera.
Bagaimanapun, telur goreng yang dibeli secara tiba-tiba mengeluarkan tompok-tompok merah seperti darah selepas memasangkan bacaaan ayat Rukyah dari komputernya.
Katanya dalam Facebook;

Bagaimanapun ada beberapa komen yang mendakwa itu mungkin kicap, namun perkara tersebut dinafikan olehnya.

MasyaAllah… Waktu beli makanan tadi dah tengok telur goreng atas bawah semua ok. Then sampai office makan depan PC buka bacaan Rukyah telur berubah bertompok-tompok merah seperti darah. Kuasa Allah memelihara dari pelaris yg kotor dari memasuki badanku… Subhanallah… Maha suci Allah…

Namun, tidak boleh menafikan kewujudan jin dan syaitan yang diceritakan dalam Al-Quran, ada benarnya.
Read more: http://www.kitabantai.info/2015/05/masyallah-telur-keluarkan-darah-lepas.html#ixzz3aCR9Jf8U

Sun May 17, 2015 7:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

CURI DUIT ATM JADI KOTOR BNM.
bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot

KAKITANGAN BNM, Nor Aimah Mohd Nor menunjukkan contoh wang rosak menggunakan kaedah teknologi dakwat-noda berwarna.

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan Teknologi Hakisan Dakwat iaitu kaedah mengotorkan wang kertas di dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang cuba dirosakkan atau dirompak bagi menghalang ia digunakan semula.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim berkata, dakwat itu akan mengotorkan wang kertas pada pelbagai sudut dan kesannya tidak boleh dihilangkan, sekali gus menjadikan wang terbabit tidak sah penggunaannya.

"Wang yang dirosakkan ini akan memudahkan pihak berkuasa mengesan dan menjalankan siasatan terhadap sebarang cubaan merosak atau merompak mesin ATM serta pada masa sama, pemilik wang iaitu pihak bank boleh menukarkannya kepada wang baru di BNM," katanya ketika melancarkan teknologi itu, di sini, semalam.

Beliau berkata, pengenalan Teknologi Hakisan Dakwat yang dibangunkan syarikat Perancis, Oberthur Cash Protection itu diharap mampu meningkatkan tahap keselamatan sistem kewangan di negara ini melalui penggunaan ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi di mesin ATM dan wang kertas tempatan.

"BNM akan menjalankan pelbagai kempen bagi mempromosikan lagi perkembangan teknologi ini dan mendidik masyarakat dengan menekankan memiliki wang kertas yang mempunyai kesan dakwat hasil rompakan adalah satu kesalahan," katanya.

Sumber Metro : POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

Sun May 17, 2015 9:55 am (PDT) . Posted by:

"muhamad zuki bin abdul kadir" myv183

Satu langkah yg dipuji tp alangkah lebih elok jika kecurian mesin ATM dapat
dicegah dengan menambahbaik kekukuhan tapak mesin atm. Dibimbangi kos untuk
mengganti wang yg rosak oleh dakwat menggunakan duit rakyat.
On May 17, 2015 10:18 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

>
>
> 
> *CURI DUIT ATM JADI KOTOR BNM. *
> bloglist-malaysia.blogspot
> blogtauhusumbat.blogspot
>
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-1TehLS69k3Q/VVGSoUerPwI/AAAAAAAAZBs/T8sVOzknZ_Y/s1600/Kalau%2Bcuri%2Bduit%2Bkotor.jpg>
>
> * KAKITANGAN BNM, Nor Aimah Mohd Nor menunjukkan contoh wang rosak
> menggunakan kaedah teknologi dakwat-noda berwarna. *
>
> Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan Teknologi Hakisan
> Dakwat iaitu kaedah mengotorkan wang kertas di dalam mesin pengeluaran wang
> automatik (ATM) yang cuba dirosakkan atau dirompak bagi menghalang ia
> digunakan semula.
>
> Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim berkata,
> dakwat itu akan mengotorkan wang kertas pada pelbagai sudut dan kesannya
> tidak boleh dihilangkan, sekali gus menjadikan wang terbabit tidak sah
> penggunaannya.
>
> "Wang yang dirosakkan ini akan memudahkan pihak berkuasa mengesan dan
> menjalankan siasatan terhadap sebarang cubaan merosak atau merompak mesin
> ATM serta pada masa sama, pemilik wang iaitu pihak bank boleh menukarkannya
> kepada wang baru di BNM," katanya ketika melancarkan teknologi itu, di
> sini, semalam.
>
> Beliau berkata, pengenalan Teknologi Hakisan Dakwat yang dibangunkan
> syarikat Perancis, Oberthur Cash Protection itu diharap mampu meningkatkan
> tahap keselamatan sistem kewangan di negara ini melalui penggunaan
> ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi di mesin ATM dan wang kertas
> tempatan.
>
> "BNM akan menjalankan pelbagai kempen bagi mempromosikan lagi perkembangan
> teknologi ini dan mendidik masyarakat dengan menekankan memiliki wang
> kertas yang mempunyai kesan dakwat hasil rompakan adalah satu kesalahan,"
> katanya.
>
> Sumber Metro : POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT
> <http://blogtauhusumbat.blogspot.com/>
>
>

Sun May 17, 2015 5:49 pm (PDT) . Posted by:

cirit3

Secara logiknya tak menggunakan wang rakyat...insuran yg kena
tanggung. Dan kadang kadang pihak insuran yg mencadangkan kaedah
ini
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
From: muhamad zuki bin abdul kadir melayu83@gmail.com
[automobil]Sent: Monday, 18 May 2015 00:56To:
automobil@yahoogroups.comReply To:
automobil@yahoogroups.comSubject: Re:
www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: CURI DUIT ATM JADI KOTOR
BNM.



Satu langkah yg dipuji tp alangkah lebih elok jika kecurian mesin
ATM dapat dicegah dengan menambahbaik kekukuhan tapak mesin atm.
Dibimbangi kos untuk mengganti wang yg rosak oleh dakwat
menggunakan duit rakyat.
On May 17, 2015 10:18 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
<mailto:rienacom@yahoo.com.sg> [automobil]"
<automobil@yahoogroups.com <mailto:automobil@yahoogroups.com> >
wrote:


CURI DUIT ATM JADI KOTOR BNM. bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot
<http://2.bp.blogspot.com/-1TehLS69k3Q/VVGSoUerPwI/AAAAAAAAZBs/T8\
sVOzknZ_Y/s1600/Kalau%2Bcuri%2Bduit%2Bkotor.jpg>
KAKITANGAN BNM, Nor Aimah Mohd Nor menunjukkan contoh wang
rosak menggunakan kaedah teknologi dakwat-noda berwarna.
Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan
Teknologi Hakisan Dakwat iaitu kaedah mengotorkan wang kertas di
dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang cuba dirosakkan
atau dirompak bagi menghalang ia digunakan semula.

Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Muhammad Ibrahim
berkata, dakwat itu akan mengotorkan wang kertas pada pelbagai
sudut dan kesannya tidak boleh dihilangkan, sekali gus menjadikan
wang terbabit tidak sah penggunaannya.

"Wang yang dirosakkan ini akan memudahkan pihak berkuasa
mengesan dan menjalankan siasatan terhadap sebarang cubaan
merosak atau merompak mesin ATM serta pada masa sama, pemilik
wang iaitu pihak bank boleh menukarkannya kepada wang baru di
BNM," katanya ketika melancarkan teknologi itu, di sini,
semalam.

Beliau berkata, pengenalan Teknologi Hakisan Dakwat yang
dibangunkan syarikat Perancis, Oberthur Cash Protection itu
diharap mampu meningkatkan tahap keselamatan sistem kewangan di
negara ini melalui penggunaan ciri-ciri keselamatan berteknologi
tinggi di mesin ATM dan wang kertas tempatan.

"BNM akan menjalankan pelbagai kempen bagi mempromosikan
lagi perkembangan teknologi ini dan mendidik masyarakat dengan
menekankan memiliki wang kertas yang mempunyai kesan dakwat hasil
rompakan adalah satu kesalahan," katanya. Sumber Metro
: POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT
<http://blogtauhusumbat.blogspot.com/>




Attachment(s) from
1 of 1 Photo(s)

Sun May 17, 2015 7:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Curi Barang Mangsa Kemalangan

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net/

Pemilik video ini mendakwa merakam beberapa pihak mengambil kesempatan mencuri barangan dari kereta mangsa kemalangan. Jika benar suatu tindakan biadap

Kredit:
AAbdullah Othman
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun May 17, 2015 7:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Kisah 'Kuwait Malaysia' Baiki Jalan Dengan Tapak Kasut

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Lucu kan. Rakyat Malaysia bolehlah datang melancong ke Terengganu. Banyak daya tarikan yang mengujakan. Pantainya, masjid-masjidnya, hasil makanan tradisional hinggalah budayanya. Aku tak nak cerita yang semua pelancong dah tahu tu. Yang aku nak cerita ialah daya tarikan yang agak unik bagi pelancong iaitu jalanrayanya.

Datanglah ke negeri bergelar 'Kuwait Malaysia' ni. Pusing-pusinglah seluruh daerahnya. Kalian akan dapati jalanrayanya 'amat mengujakan'. Baik jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandaran,apalagi jalan atau lorong di kampungnya, kalian akan dapati suasana seperti menaiki feri Langkawi. Lebih seronok dari itu, di sesetengah tempat kaki pemandu akan sentiasa menekan brek. Feri Langkawi mana boleh tekan brek macam tu.

Jalan beralun, berlubang, birai jalannya bertebing tinggi adalah fenomena biasa di Terengganu. Yang menariknya ada lubang-lubang yang ditampal tar dengan cara menggunakan cangkul dan tapak kasut. Jelajahlah ke lorong-lorongnya. Aku nak beri contoh ketara di Kemaman. Laluilah Jalan Bukit Kuang-Kijal, Jalan Mak Lagam-Cheneh, Jalan Chukai-Air Putih. Kalian akan merasa suasana berombak dan menekan brek yang menyeronokkan. Banyak kes kemalangan yang berlaku termasuk di LPT2 dekat Cheneh baru-baru ni dan di depan gerai lemang di Kijal.

Yang anehnya lagi, jalan baru siap, tarnya hitam lagi, sudah nampak tidak ratanya dan beralun-alun. Sila tengok di lokasi-lokasi tertentu di LPT2. Sila tengok jalan dengan turapan baru dekat Jambatan Sungai Pinang. Kalian nilailah sendiri kerja buat kontraktor UMNO. Betul-betul projek anugerah kepada JKKK yang tiada pengalaman. Haprak. Kalau berlaku kemalangan, pengguna jalanraya sahaja yang dipersalahkan. Mana ada kerajaan nak persalahkan jalanraya yang berbahaya tadi.

Tengok jambatan sempit dekat PPD Kemaman dan di Jalan Kemaman-Dungun dekat Air Hitam. Bukan panjang pun. Tak sampai 10 meter. Dah bepuluh tahun, masih tidak diperlebar hingga ke hari ini. Jambatan beratus juta ringgit boleh dibuat. Yang pendek kketok macam tu dibiarkan menanti mangsa. Apa punya haprak kerajaan macam ni.

Jalan dan lorong di kampungnya pula tak dibaiki. Betul-betul macam tiada wakil rakyat. Rakyat tak marah pula tu. Tu satu lagi kehebatan orang BN di Terengganu. Asalkan BN, jalan asal boleh lalu cukuplah. JKR pula entah buat apa. Itulah yang jadi cerita tampal jalan dengan cangkul dan tapak kasut tu. Sambilewa.

Kerajaan Terengganu apa peduli. Muka kerajaan dan pemimpinnya dah sama tebal dengan aspal yang bertampal-tampal. Betullah kata orang, kerajaan yang bodoh terbentuk dari tangan-tangan pengundi yang bodoh. Untuk mengesahkan kata-kata aku, sila berkunjung ke lokasi-lokasi yang aku ceritakan tadi. Kalian boleh nilai betul atau tidak ada tampalan-tampalan aspal yang dipijak dengan kasut dan dihentak dengan cangkul. Kah!, Kah!, Kah!

................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: BayangDiAir
Posted on Monday, May 11 @ 20:23:56 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: