Wednesday, May 27, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4211

4 Messages

Digest #4211

Messages

Tue May 26, 2015 8:35 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

BEZA KETARA ANTARA WANITA DAN LELAKI KALAU PERGI BERCUTI.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Cukup dengan rakaman gambar diatas demi menggelak berpendirian bias untuk menjemput minda kita membicara mengapa ketara amat antara wanita dan lelaki kalau pergi bercuti.

Apakah sehelai jean mampu dan sanggup digunakan untuk beberapa hari??????? .. atau sifat semula jadi wanita yang jauh bersikap pembersih dari lelaki????

Tue May 26, 2015 8:36 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Secret Recipe Tidak Guna Bahan Haram - JAKIM
siakapkeli.my

PUTRAJAYA 26 Mei - Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini menjelaskan penarikan sijil halal Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd bukan disebabkan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk.

Perkara itu dijelaskan oleh Pengarah Bahagian JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff, yang menambah sijil halal itu ditarik kerana kesalahan yang melibatkan soal kebersihan dan Good Manufacturing Practice (GMP).

"Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terlibat dan syarikat itu telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia mereka ditarik balik," katanya beliau memetik satu laporan dari agensi berita Bernama.

Bagaimanapun, Hakimah berkata penarikan sijil itu tidak menghalang syarikat tersebut untuk memohon semula sijil halal setelah pembetulan dibuat. - Siakapkeli.my

Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menarik kembali sijil pengesahan halal Syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini menarik balik sijil pengesahan halal syarikat Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd disebabkan pelanggaran prosedur pensijilan melibatkan kesalahan kebersihan dan amalan pengilangan (GMP) yang serius.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff melalui satu kenyataan yang disiarkan melalui Facebook rasmi mereka, penarikan sijil yang berkuatkuasa pada 7 Mei lalu itu walau bagaimanapun bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk itu.

"Penarikan sijil halal tersebut tidaklah menghalang syarikat berkenaan untuk memohon semula Sijil Halal setelah tindakan pembetulan telah dibuat dan mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia," kata Jakim melalui akaun Facebook rasmi mereka.

Difahamkan, Jakim sudah memanggil syarikat itu dan mereka berjanji akan melakukan tindakan segera terhadap kesalahan yang dilakukan sehingga menyebabkan sijil halal ditarik balik.

Bagaimanapun, Jakim akan membuat penilaian semula terhadap permohonan tersebut berdasarkan pemeriksaan dan pematuhan terhadap Malaysia Standard 1500: 2009 dan Manual Proseder Pensijilan Halal Malaysia 2014.

"Jakim memandang serius terhadap perkara ini dan mengingatkan setiap pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia agar sentiasa mematuhi piawaian dari semasa ke semasa.

"Tindakan juga akan diambil tanpa kompromi kepada mana-mana pihak yang melakukan pelanggaran pematuhan piawaian pensijilan halal," kata Hakimah.

Sementara itu, pengamal media sosial melahirkan pandangan mereka sejurus selepas kenyataan ini dikeluarkan Jakim.

Nampaknya, isu ini telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya pengguna beragama Islam.

Tue May 26, 2015 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

AKHIRNYA RESTORAN NASI KANDAR CAJ 5 BATANG BENDI DENGAN HARGA RM20 DISERBU KPDNKK
Posted by OMAK KAU!!!!

 

BUKIT JAMBUL: Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul , Pulau Pinang diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) gara-gara didakwa mengenakan caj sebanyak RM20 ke atas lima batang sayur bendi.

Timbalan Ketua Penguatkuasa negeri, Chin Ching Chung ketika dihubungi berkata, sepasukan anggota KPDNKK telah melakukan pemeriksaan di restoran terbabit hari ini selepas mendapat aduan.

Menurut aduan, pelanggan terbabit mendakwa, restoran terbabit mengenakan caj tidak munasabah dan insiden itu menjadi viral selepas resit tersebut dimuat naik di laman media sosial.

Berikutan itu, pihaknya telah memberi notis kepada pemilik restoran dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.

Tempoh tiga hari diberikan kepada restoran berkenaan menjelaskan sebab munasabah kepada KPDNKK sebelum tindakan penguatkuasaan diambil.

Sementara itu, pengarah urusan restoran nasi kandar terbabit, Burhan Mohamed menjelaskan insiden tersebut berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang dibuat juruwang pada hari tersebut.

Burhan berkata, harga yang dikenakan sepatutnya ialah RM2 bagi lima batang sayur bendi dan bukannya RM20 sebagaimana yang dinyatakan di dalam resit pelanggan berkenaan.

Tambahnya, kesilapan tersebut jarang berlaku sebelum ini dan beliau memohon maaf kepada pelanggan terbabit serta memintanya untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Burhan berkata, pihaknya tidak berniat untuk menyusahkan pelanggan dan berharap insiden itu tidak berlaku lagi dimasa depan.

Mengulas mengenai harga roti telur yang dijual dengan harga RM2.50 sen, beliau menegaskan harga itu adalah berpatutan dengan perkhidmatan yang disediakan di restorannya.

Sebelum ini, KPDNKK telah membuat pemeriksaan d irestoran itu , selepas mendapat aduan roti telur di jual pada harga RM2.50 berbanding harga sebelum pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) iaitu RM1.80.

Namun tidak sampai 48 jam pemeriksaan dilakukan, restoran sama didakwa mengenakan caj RM20 untuk 5 batang sayur bendi kepada pelanggan.

EDISI MELAMPAU!!!! ... RESTORAN PENANG KAYU NASI KANDAR PETALING JAYA CAJ SEKEPING ROTI TISU RM11.00?????

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Roti tisu berisi apa mahal sangat sedut darah sampai kering kontang ni?????

Apakah akan beri alasan kesilapan teknikal juga????? ... Mohon KPDNKK jalankan serbuan terhadap restoran ini jika apa yang dipaparkan ini benar dan sahih.

Restoran jual roti telur RM2.50 sekeping diserbu
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

GEORGETOWN - Sebuah restoran nasi kandar terkenal di Bukit Jambul hari ini diserbu Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNN) Pulau Pinang gara-gara menjual roti canai telur pada harga RM2.50.

Timbalan Ketua Penguatkuasa KPDNKK negeri Chin Ching Chung berkata pemeriksaan pada 10.40 pagi itu dijalankan selepas pihaknya menerima aduan pengguna mengatakan harga roti canai telur sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ialah RM1.80.

"Peniaga terbabit diberi tempoh tiga hari untuk mengemukakan dokumen berkaitan dan menyatakan sebab munasabah mereka menaikkan harga sebelum tindakan penguatkuasaan diambil," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata jika pengusaha gagal mengemukakan alasan kenaikan itu dalam tempoh yang ditetapkan mereka boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

"Jika pengusaha terbabit didapati mengaut keuntungan dengan margin berlebihan mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 14 akta sama," katanya.

Ching Chung berkata siasatan lanjut mendapati harga roti canai telur di restoran itu berubah beberapa kali sebelum April iaitu dari RM1.80 kepada RM2.20 dan terbaru menjadi RM2.50 selepas GST.

Tinjauan mendapati tanda harga pada papan menu menggunakan pelekat yang mudah dipinda mendapati harga roti canai telur pernah dijual pada harga serendah RM1.60.

Beliau berkata pihaknya akan terus melakukan pemantauan harga dari semasa ke semasa bagi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa sikap tamak segelintir peniaga yang mengambil kesempatan pelaksanaan GST untuk menaikkan harga barang sesuka hati. - Bernama

Tue May 26, 2015 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Wanita Cari Ibu Kandung Selepas 24 Tahun Terpisah
siakapkeli.my

Seorang gadis, Noor Fatihah Syamsul, 24, telah tampil kepada Siakapkeli meminta bantuan supaya menyiarkan kisahnya yang ingin sangat berjumpa dengan ibu kandungnya selepas terpisah 24 tahun lalu semasa beliau masih kecil.

Menurut Fatihah, pada 24 tahun lalu semasa beliau dilahirkan, ibunya telah menyerahkannya kepada pasangan Encik Othman dan Arwah Puan Kamariah yang menetap di Bandar Baru Sungai Buloh.

"Saya teringin sangat ingin berjumpa dengan ibu kandung saya itu, nama ibu kandung saya Noor'aini binti Hashim dan alamat terakhir kesan di Kg Petai Kudung, Gulau 08210 Sik, Kedah."

"Saya telah cuba mencari ibu saya dengan pergi ke alamat tersebut dan juga alamat daftar pemilih SPR selepas telah membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara,"

"Tetapi ibu sudah tidak ada disitu dan dikatakan orang kampung ibu sudah lama berpindah ke Kuala Ketil, Kedah menyebabkan saya tidak dapat mencari beliau," ceritanya.

Menurut Fatihah lagi, untuk maklumat tambahan dia dilahirkan pada 15 Mei 1991 tetapi didaftarkan pada 7 Oktober 1992 kerana masalah pendaftaran.

"Ibu sebenanrnya tahu dia hantar saya dimana tapi selepas serahkan kepada keluarga angkat ibu hanya melawat sekali dan selepas itu menghilangkan diri."

"Kalau sesiapa yang tahu dimana ibu atau ibu sendiri terbaca berita ini tolong hubungi saya, saya janji tidak akan marah, tidak akan tanya kenapa tinggalkan saya dulu, saya cuma hendak sangat jumpa dengan ibu saya."

"Saya sudah berkahwin dan akan ada anak, saya nak anak saya nanti kenal nenek dia." kata Fatihah lagi.

Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat tentang Puan Noor'Aini bolehlah menghubungi beliau di talian 014-2347853 atau Facebook beliau Noor Fatihah Syamsul. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: