Sunday, May 31, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4215

3 Messages

Digest #4215

Messages

Sat May 30, 2015 9:31 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PELAJAR KOMA KERANA 'AIR COKE'
telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot
Posted by Abu Luqman

Status ini dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang mendakwa seorang pelajar sekolah rendah telah koma hanya kerana minum minuman tin yang telah tamat tempoh.

Menurutnya, 'air coke' itu mudah diperolehi dan sering dijual oleh penjaja di luar pintu pagar sekolah.

SEMALAM, dapat berita yang mendukacitakan dari ibu bapa tentang anak mereka yang berada di tahun 1.

Anak mereka koma dah masuk empat hari termasuklah hari ini.

Menurut doktor, punca utama adalah disebabkan murid itu minum air cola jenis spray candy ini. Air cola ini harganya RM0.50 - RM1.00 sahaja dan banyak dijual oleh penjaja-penjaja di luar sekolah.

Mungkin air yang murid itu beli sudah expired atau dipenuhi dengan bakteria-bakteria bahaya. Aku pun tak tahu tetapi yang pasti menurut doktor, itulah puncanya.

Hari ini terus buat perhimpunan tergempar untuk murid tahap 1. Aku jelaskan bahaya minum cola ini dan larang mana-mana murid dari beli.

Peringatan untuk rakan Facebook sekalian. Hindari anak-anak atau adik-adik anda dari membeli cola spray candy ini sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku.

Nota kecil: yang dalam gelas itu air teh o ais aku. Jangan salah faham. Sekadar nak bagi gambaran saiz sebenar saiz bekas minuman cola itu sahaja. Tolong doakan kesihatan buat muridku yang masih tidak sedarkan diri.

Sat May 30, 2015 9:33 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SEBUAH LORI TERBAKAR DI KM 47.1 BARAT (BUKIT TINGGI - GENTING SEMPAH) PAGI TADI.

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Beberapa foto kejadian sebuah lori terbakar di KM 47.1 Barat (Bukit Tinggi - Genting Sempah) yang dikatakan berlaku sekitar jam 5 - 6 pagi tadi lagi dan kini beberapa lorong Timur dan Barat telah pun dibuka serta beransur pulih namun begitu kesesakan trafik masih lagi berlaku disepanjang 8KM laluan dari Lentang ke Genting Sempah.

Sat May 30, 2015 9:34 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jualan kereta Proton merudum

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

PETALING JAYA: Penjualan kereta nasional keluaran Proton mencatatkan penurunan ketara sepanjang empat bulan pertama 2015.

Menurut data yang diperolehi daripada Persatuan Automotif Malaysia (MAA), sepanjang bulan lalu, ia hanya menjual 4,972 buah kereta.

Ia menunjukkan penurunan sebanyak 52.8 peratus berbanding bulan Mac di mana jualannya mencecah 10,528 unit.

Meskipun menganggap kejatuhan jualan itu yang dikaitkan dengan sikap pengguna yang membuat pembelian awal sebelum Cukai Barang dan Jualan (GST) berkuatkuasa pada 1 April, jualan Proton berada dalam keadaan membimbangkan kerana ia mencatatkan penurunan sebanyak 23.8 peratus lebih rendah jika dibandingkan dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Secara keseluruhan, jumlah penjualan kenderaan baru di Malaysia jatuh sebanyak 32.9 peratus.

Setakat ini, kereta keluaran Perodua menguasai pasaran jualan kereta tempatan dengan jumlah 17,584 unit diikuti Honda 6,562 unit, Proton , 4.972 unit, Toyota, 4,200 unit dan Nissan 2,722 unit.

Menurut sumber yang dipetik daripada www.carlist.my sambutan terhadap model City, Jazz, CR-V, Accord dan juga HR-V telah membantu melonjak jualan Honda sebanyak 27.3 peratus.

Produa Bakal Memperkenalkan Kereta Sedan Pertama Keluaran Mereka Pada 2016
siakapkeli.my

Ketua Pegawai Eksekutif Produa, Datuk Aminar Rashid telah mendedahkan beberapa maklumat mengenai rancangan mereka untuk melancarkan kereta sedan pertama keluaran Perodua

Kereta sedan terbaru ini dikatakan diberi nama kod D63D. Setiap kereta konsep produa akan diberi kod contohnya yang telah dipakai D54T untuk Myvi, D46T untuk Alza dan D87A untuk Axia.

Sedan itu dikatakan telah diluluskan dan kini dalam peringkat prototaip. Perodua telah menilai enjin, platform dan penghantaran. Platform yang digunakan harus menjadi platform Toyota atau Daihatsu sedia ada.

Walaupun dikatakan kebanyakkan rekaan kereta produa adalah dari Daihatsu, tetapi hampir semua rekaan dalaman adalah dihasilkan sendiri oleh mereka.

Aminar juga mendedahkan bahawa Perodua menyasarkan NCAP Kedudukan keselamatan lima bintang untuk kereta baru ini, tetapi tidak disebut pula NCAP Global atau NCAP ASEAN.

Tapi kalau berdasarkan kereta konsep yang pernah dipamerkan oleh Produa ialah seperti gambar dibawah iaitu Produa Buddyz di Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (KLIMS) lalu.

Selain Produa Buddyz produan juga pernah mempamirkan sebuah lagi kereta konsep mereka iaitu Perodua Bezza di KLIMS 2010.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan secara tepat rekabentuk yang bakal ditawarkan oleh Produa untuk kereta sedan keluaran mereka. - Siakapkeli.my

SUMBER: paultan.org
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: