Wednesday, May 6, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4196[3 Attachments]

10 Messages

Digest #4196
2
3
Fw: 3 REMAJA MEROMPAK PEMANDU TEKSI by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Tak nak ulas Baca Ajelah.. by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: BERITA MENAMBAH SESAK NAFAS RAKYAT by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Kereta Guru Hampir Tenggelam by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
9

Messages

Tue May 5, 2015 3:10 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Rakaman CCTV: Bukan enam tapi lapan Myvi terlibat?
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Punca kemalangan maut me­libatkan tiga sekeluarga di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke), semalam yang menarik perhatian masyarakat Malaysia ter­utama di laman sosial masih menjadi misteri.

Dalam perkembangan terbaharu hari ini, muncul rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 31 saat yang bukan hanya menunjukkan enam tetapi lapan buah kereta Perodua Myvi yang dipandu laju.

Dalam rakaman yang diambil di Plaza Tol Ayer Panas, Setapak itu turut kelihatan ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) Pajero Sport yang dinaiki ketiga-tiga mangsa iaitu Allahyarham Fairuz Nizam Husain, 35, serta isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa .

Bagaimanapun, rakaman CCTV milik syarikat konsesi Lebuh Raya Duke yang menjadi viral di laman sosial itu tidak menunjukkan lokasi kemalangan tersebut berlaku.

Polis yang belum mengesahkan kesahihan rakaman CCTV itu hari ini memberi jaminan, sekiranya rakaman tersebut benar, pasukan tersebut akan mengambil tindakan tanpa prejudis.

Sehubungan itu, dua lagi pemandu kereta Perodua Myvi yang kelihatan dalam rakaman CCTV berkenaan supaya tampil membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, keluarga mangsa mengharapkan siasatan telus dan adil bagi membela nasib dua anak mangsa, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Aqila, 4, yang menjadi yatim piatu selepas kehilangan kedua-dua ibu bapa dalam tragedi berkenaan.

Mereka turut disokong oleh para pengguna laman sosial yang menya­takan tanda simpati sehingga ada yang membuka akaun Facebook. Tidak kurang juga menghentam pemandu-pemandu Perodua Myvi terlibat yang digelar mereka sebagai '6 Jahanam', pembunuh dan sebagainya.

Sementara itu, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nazri Hussain berkata, pihaknya dalam proses meneliti rakaman CCTV tersebut bagi memastikan kesahihannya selain memanggil pihak yang menyebarkannya untuk membantu siasatan.

"Jika benar CCTV itu, kita akan berusaha mengesan dua lagi pemandu tersebut dengan apa cara sekali pun.

"Video itu mula tersebar dan menjadi viral hari ini di beberapa laman sosial seperti Facebook serta beberapa blog," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Nazri memberitahu, enam pemandu Perodua Myvi termasuk dua yang ditahan semasa kejadian telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan.

"Kita telah merekodkan 11 ke­terangan daripada saksi termasuk enam pemandu Perodua Myvi tersebut. Kenderaan yang terlibat telah dihantar untuk pemeriksaan.

"Hasil ujian air kencing yang dijalankan mendapati mereka bebas daripada sebarang pengaruh dadah dan alkohol. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurut Nazri, pihaknya sedang menyiapkan kertas siasatan sebelum menghantar kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, turut menjadi viral di laman sosial ialah dakwaan mengenai salah seorang pemilik wanita kereta Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan maut tersebut mempunyai 11 saman trafik tertunggak berjumlah RM1,930.

Enam Pemandu Berlumba di atas DUKE, 3 Maut Termasuk Bayi Berusia 6 Bulan
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Kita Bantai

Foto Facebook Shafiq Rosli

Sebuah kemalangan yang meragut nyawa sepasang suami isteri serta bayi mereka yang berusia enam bulan telah berlaku di lebuh raya DUKE menghala ke Damansara kira-kira jam 12.30 malam semalam.

Kejadian itu berlaku berpunca daripada enam buah keereta jenis Myvi yang sedang berlumba sesama mereka dan salah sebuah telah terlanggar kereta Pajero.

Perlanggaran tersebut telah mengakibatkan Pejero tersebut terbalik, manakala penumpangnya tercampak keluar.

Menurut laporan Astro Awani, Difahamkan, tiga orang maut iaitu pasangan suami isteri dan bayinya yang berusia enam bulan. Lebih malang lagi apabila pasangan tersebut telah meninggalkan dua orang lagi anaknya yang masih kecil. — sumber


Gambar keluarga mangsa bersama dua orang lagi anakya yang masih kecil

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/05/enam-pemandu-berlumba-di-atas-duke-3.html#ixzz3Z4Y2bGyn

Video Tangisan Sayu Anak Kecil Kehilangan Ayah Dan Ibu Akibat Kecuaian Kumpulan Pemandu Myvi Yang Berlumba
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Hari ini kita digemparkan dengan satu berita yang menyayat hati yang mana sepasang suami isteri serta bayi mereka yang berusia enam bulan maut dalam sebuah kemalangan di lebuh raya DUKE.

Kejadian yang berpunca daripada enam buah kereta jenis Myvi sedang berlumba telah mendapat perhatian orang ramai. Rata-rata netizen mengutuk teruk aktiviti pelumba-pelumba kereta terbabit yang mana telah mengakibatkan kemalangan tersebut sehingga meragut nyawa orang yang tidak bersalah.

Lebih menyayatkan hati lagi pasangan berkenaan meninggalkan dua orang anak yang masih kecil.

Dalam kejadian membabitkan 6 buah kereta produa myvi dan sebuah pajero. Diberitahu sumber mengatakan 6 buah perodua myvi berlumba secara haram di lebuh raya duke dari arah Damansara dan salah sebuah daripadanya melanggar kereta mangsa sehingga terbalik dan ketiga-tiga mangsa kereta pajero tersebut tercampak keluar dari kereta.

Pasangan Suami isteri bernama Fairuz Nizam Husain, 35, meninggal dunia di tempat kejadian, isterinya pula, Nova Safitri Azhari,27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur

Kejadian tersebut berlaku ketika pajero yang dipandu Fairuz Nizam berada di lorong tengah sebelum dipercayai digesel dari sebelah kanan oleh sebuah Myvi menyebabkan Pajero itu terbabas ke sebelah kiri lalu dilanggar oleh sebuah lagi Myvi yang berada di lorong kiri - Kata Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan

Jesteru itu "Mengakibatkan Pajero tersebut berpusing beberapa kali. Pemandu dan semua penumpang tercampak di atas jalan raya.

Manakala di kejadian yang sama pemandu Myvi cedera di mulut dan dirawat di HKL. dan sebuah lagi Myvi yang memandu di lorong sebelah kiri tidak mengalami sebarang kecederaan

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1957

a.. Yana Myvi tu puteri umno rupanyer
telokbakong.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Hahaha.. Habis serba serbi nak guna kabel dah. Hang ingat puteri umno bebas langgar peraturan ke?

Mereka semakin panas dah. Kelab jahanam!

Luahan Hati Dan Rayuan Adik Mangsa Kemalangan Ragut Tiga Nyawa di Atas DUKE
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Semalam adik mangsa melalui laman Facebook miliknya telah membuat satu luahan apabila terkenangkan nasib dua orang anak buahnya yang merupakan anak pasangan suami isteri yang terkorban tersebut.

Muhammad Faizznur Asyraf Husain, 25, yang merupakan adik bongsu mangsa memberitahu abang, kakak ipar dan anak mereka telah selamat dikebumikan petang semalam dan secara tidak langsung dua orang anak meninggalkan dua orang puteri di bawah jagaannya.

Beliau memberitahu mahu nasib anak-anak buahnya yang sudah tiada ibu bapa itu terbela kerana mereka masi kecil dan perlu ditanggung.

"Semalam, anak sulung arwah, Firuza Amira telah menyaksikan laporan berita kemalangan yang melibatkan ibu bapanya di televisyen menyebabkan dia menangis dan meluahkan segalanya kepada saya."

"Sekarang sayalah tempat dia mengadu sedangkan saya tidak pernah ada pengalaman untuk menjaga anak dan kini mereka sudah manjadi anak yatim piatu."

"Siapakah yang harus dipertanggungjawabkan diatas pemergian ayah dan ibu dia?, saya telah diamanahkan menjaga mereka dan juga syarikat milik arwah," luah beliau.

Oleh sebab itu beliau merayu kepada admin kelab Myvi tersebut supaya segara menghubunginya untuk berunding.

"Mereka masih kecil dan ditanggung sepenuh oleh arwah. Kini tanggungan bertukar tangan dan menjadi tanggungjawab saya. Mohon kepada Admin Club Myvi yang terlibat tampil untuk berunding dengan kami," tulis Faiz malalui laman Facebooknya.

- siakapkeli

Pemandu Wanita Terlibat Lumba Haram Yang Mengorbankan 3 Sekeluarga Ditahan Polis
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu wanita telah ditahan dan polis kini sedang menjalankan siasatan sama ada enam buah kereta Perodua Myvi yang berlumba (haram) di lebuh raya Duke malam semalam terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa pasangan suami isteri dan bayi mereka yang berusia enam tahun.

Menurut saksi, FAiruz Nizam Husain, 35, maut serta merta di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 25, dan bayi perempuan mereka, Nur Fizura Annisa, meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital selepas kemalangan yang berlaku pada jam 1.05 pagi Sabtu.

Sebuah kereta Myvi di lorong kanan melanggar Pajero Fairuz yang berada di lorong tengah menyebabkan mangsa hilang kawalan dan melanggar sebuah kereta Myvi yang berada di lorong kiri.

Fairuz yang hilang kawalan menyebabkan Pajero yang dipandunya berpusing beberapa kali dan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dari kenderaan.

Seorang pemandu Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 35, mengalami kecederaan ringan, manakala seorang lagi pemandu Myvi, Mohammad Fizal Reza Jamaluddin, 31, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Lapor portal Rakyat Post, pemandu wanita terbabit telah ditahan manakala beberapa pemandu Myvi yang lain telah tampil ke balai polis bagi membantu siasatan. Pemandu wanita terbabit ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Tiga buah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu telah diambil untuk siasatan dan kes disiasat di atas pemanduan secara melulu.

Difahamkan, Fairuz dan keluarga dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri majlis perkahwinan kenalan mereka di Putrajaya.

Menurut saksi, beberapa buah kereta Myvi dipandu dengan laju di lebuh raya Duke ketika sebuah Myvi berlanggar dengan Pajero yang dinaiki mangsa sekeluarga dan hilang kawalan lalu melanggar sebuah kereta Myvi di lorong pelahan yang menyebabkan kereta mangsa berpusing beberapa kali.

Jenazah Fairuz, isteri dan anaknya dituntut oleh waris keluarga untuk pengebumian semalam. Pasangan itu meninggalkan dua anak mereka, Nur Firuza Amira, 7, dan Nur Firuza Akila, 3.

CCTV Bukti 6 Buah Myvi Berlumba Di Lebuhraya Duke

bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot.
By Famili Ceria

Assalamualaikum, di bawah merupakan video perlumbaan FMC club yg meragut 3 nyawa di duke kelmarin. Pada saat ke 17 mungkin itu adalah kereta arwah.

6 Buah Myvi Berlumba Menyebabkan Sebuah Keluarga Meninggal Dunia

bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot.
By Famili Ceria

Assalamualaikum, kemalangan maut berlaku jam 12-1 pagi (lebih kurang) , 2 Mei 2015 di Lebuhraya Duke arah Damansara. Kejadian berpunca dari 6 buah Perodua Myvi yangberlumba sesama mereka dan telah melanggar sebuah Pajero Sport yang menyebabkan Pajero itu terbalik dan penumpang tercampak keluar. Dikhabarkan satu pasangan (lelaki dan perempuan) dan anak beliau (bayi berusia 6bulan) meninggal dunia. (Mangsa Pajero Sport)

Mohon sesiapa yang kenal 5 buah Perodua Myvi (1 dah kene tahan) dari Myvi Familia Club yang terlibat dengan insiden untuk serah diri ke Balai Polis berhampiran

Anonymous
Kebanyakan pemandu myvi memang babi.

Anonymous
bukan setakat babi..pemandu2 myvi memang haram jadah..mereka ingat myvi tu hebat sgt ke....

harumanis
Haramkan semua performance upgrade dan kelab kelab kereta

Anonymous
Apabila berok, ungka, kera dan chimpanzee memandu myvi dan berlumba haram di jalan raya, akibatnya adalah sangat buruk ! Kita amat berharap polis segera menangkap dan mendakwa pelumba-pelumba haram yang telah menyebabkan kematian tiga orang yang tidak bersalah dan dua kanak-kanak menjadi anak yatim. Berok, ungka, kera dan chimpanzee hanya layak tinggal dalam zoo sahaja supaya mereka tidak membahayakan orang ramai.

Anonymous
apabila pemantauan tidak kerap cam tu la jadinya...elok bawak kereta kebal langgar aje babi-babi yg bawak myvi tu..hanjing punya babi!!

Anonymous
Semua pemandu myvi tersebut harus didakwa dengan jenayah bunuh sebab tindakan mrk menyebabkan kematian mangsa mangsa yg tak terlibat langsung dgn aktivviti haram mrk

Geng Myvi Berlumba Punca Tiga Beranak Termasuk Bayi Meninggal Dunia
telokbakong.blogspot

Kemalangan yang berlaku lebih kurang jam 12:30 malam tadi ini menyaksikan 6 biji Myvi sedang berlumba dan telah melanggar sebuah Pajero. Nahas tersebut menyebabkan ketiga-tiga beranak termasuk bayi yang ada di dalam Pajero tersebut tercampak keluar dan meninggal dunia.


Syazmeen Rahman
aku bukan anti myvi, tapi hakikatnya kebanyakkan myvi yang aku tengok atas jalan memang semua bawak laju. mostly yang bawak tu anak muda. yang tah belum baligh ke aku pun tak tau. tapi memang dah lama aku perhati myvi myvi atas jalan ni. tak semua myvi yang bawak cibai tapi mostly memang bawak kalau boleh nak cecah 200km/h. aku tau la myvi "laju". tak payah la nak bawak mcm samseng atas jalan. aku kalau jumpa myvi tak berhemah ni memang aku bagi je. sory kepada semua yang bawak myvi. aku tak menyalahkan korang semua, tetapi kerana setitik nila, rosak susu sebelanga. so jual la myvi korang beli kereta lain. sebab aku mmg pantang tengok myvi atas jalan. yang bawak okay tu bagus. yang mostly bawak mcm sial tu kirim salam lah. kalau aku nampak atas jalan mmg siap.

amy syarrockz
Setuju!!aku pn heran la bangang2 ni bwk myvi mcm fisrt time dpt audi,xde akal langsung..aku bwk myvi my sis pn 100km je dh gegar weh ni kn lbh dr tu..mmg mudah ilang kawalan kl laju,sedey tul tgk ank2 mangsa,aduhaiii..mnusia2

MrMoufyiedarz
Dulu abg aku koma, icu sampai jadi oku sekarang. Sebab budak2 yang baru nak up macam ni berlumba jugak. Tapi budak2 yang melanggar abang aku tu pun masih berleluasa kat luar tu, siap di backup famy, sebab undang2 malaysia ni tak tau la ikut birokrasi mane

Hati Keseorangan
+MrMoufyiedarz masyaallah... hukuman dunia... mmg x adil... :/
·


mohd zaki
Takziah sangat saya ucapkan. Semoga mangsa dimasukkan ke syurga.


Alang Bonna
Budak2 baru nak naek..gian stereng...belum merasa kena pd diri sendiri atau pada ahli keluarga dorang.....


Syuhadah Saggitarius
Brand apa diaorg bawak x penting. Yg problem ye pengguna jalan raya yg guna jalan raya macam bapak diaorang yang punya. Berlumba bagai. Akibatnya nyawa orang tak berdosa melayang.


Syafieq Wagimin
bawak myvi je pon nak race acah2 bawak lambo.. driver myvi ni memang ****


Mohd Khadafi Md Sharom
Say no to MyVi...wadafak..


Saiful Ramdan
Al-fatihah..semoga mangsa di tempatkan bersama org yg beriman...


Hasrizal Husman
Takziah kepada keluarga bekenaan.. smoga org yg menyebabkan kemalangan tersebut mendapat balasan.. amin... kalau nak belumba pergi sepang or airport.. xpayah nak blagak atas jalan raya yg public guna.. zzz.. kalau nyawa korang hilang xpa. Ni nyawa org xbsalah yg hilang... renung2 lah kawan..
·


caramel7707
Now everybody hates myvi fakkkk


Shahfiee Rahman
Budak myvi yg bawak kereta smp membawa kematian keatas keluarga ini budak myvi sakai mcm baru dpt kereta kalo nak berlumba pon pergilah litar lumba apalah bangang bin bahlol ini bdk myvi
·

Ishahrul Hakimie
Kalau naj kutuk or rase tak puas hati jangan luahkan kat sini senang cari (familia myvi) dalam fb kutuk kat situ baru diaorg tahu ramai tak puas hati dengan geng diaorang nak berlumba pikir dah laju ape myvi diaorg tu |
·


Rehazwan Shazrul Dato' Rameli
Geng myvi ni mmg suka berlumba.. saya dah 2x hampir terkena kat duke.... bawa laju2 zig zag mencilok.. patut diaorg ni hukum gantung je.. bawa myvi ego mengalahkan bawak lambo.. puihh..
·


Hati Keseorangan
nmpak rembat je rmai2...
·


Yus Lina
Cari budak2 familiar club...pas tu rembat...
·


Nurul Izzati
Kesian kereta myvi yg lain yg x bersalah


Choong Khoon
+Nurul Izzati setuju
·


Azlien Momo
semoga roh mereka ditempatkan di kalangan org2 yg beriman,,serta selalu dicucuri rahmat oleh ALLAH SWT Aamiin_
·


mohd sharil
Bavilh kau budak myvi ni,Aku lnggar korang dgn lori samph lg bguskan?wtf


Puteri Izzah
Hei...geram betul. Kalau boleh nak langgar je diaorang ngan treller sampah. Biar mereka pulak rasa...azab.perit tapi tak mati. Padan muka.
·


Airpit Disc
pengaruh fast 7 nih.. kunun2 nk jd toretto la tuh.. ni lah org malaysia.. berangan byk sgt.


puteri DATUK AMINUDDIN
Masih belum ditangkap ke semua yg berlumba tu?
·


Khairul Amilin
Fuck off geng myvi.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
2 of 2 File(s)

Tue May 5, 2015 3:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kehendak syarikat telco KAMU TURUTI, kehendak rakyat KAMU KHIANATI..

bloglist-malaysia.blogspot 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

 

MENGAPA menteri2 UMNO dah 'dayus' & mudah kena main dgn syarikat2 telco ??? Wahai menteri DAM, kamu dibayar gaji oleh taxpayer rakyat KAMU BUAT APA !!! Mkn gaji buta ka !!!

ulasan:

kampong lad

malaysia is a monopoly-capitalist state!

HARGA BARU KAD TAMBAH NILAI PRABAYAR ..... KETUA PENGARAH KASTAM DENGAN PENGERUSI SKMM PUN BERTELAGAH SESAMA MEREKA..

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan kenyataan berbeza semalam berhubung harga baru untuk kad tambah nilai telefon.

Menurut Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad, harga berkenaan akan kembali kepada harga asal sebelum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai Jumaat.

Khazali berkata, beliau sendiri sudah mengarahkan kesemua empat syarikat telekomunikasi untuk mengekalkan harga asal berkuatkuasa 1 Mei dalam satu surat semalam (28 April).

"Apabila arahan diberikan, syarikat telekomunikasi perlu akur kepada arahan Ketua Pengarah Kastam. Tidak ada alasan sama ada kad prabayar itu stok baharu atau stok lama," katanya seperti dipetik dalam laporan Bernama.

Menurutnya, jika isian semula itu bernilai RM10 maka pengguna akan membayar RM10 mulai 1 Mei.

SKMM pula dalam kenyataannya menyebut, kad isian semula akan terus dijual dengan GST.

Menurut Pengerusi SKMM, Datuk Seri Halim Shafie, jika isian semula itu bernilai RM10, ia akan dijual dengan harga RM10.60

Pengguna juga boleh beli dengan harga RM10 bagi mendapatkan isian semula bernilai RM9.43, katanya.

Halim berkata langkah untuk meminda harga agar kembali ke paras sebelum GST "agak mustahil".

Beliau antara lainnya memberi alasan, pihak penjual akan mengalami kerumitan kerana perlu membuat konfigurasi semula ke atas sistem.

"Bukan hanya di pihak pembekal perkhidmatan bahkan juga bagi ejen pihak ketiga seperti institusi kewangan, pembekal pembayaran elektroini, pasar raya, stesen minyak dan ejen jualan lain yang kesemuanya berjumlah lebih kurang 30,000.

"Kos untuk melaksanakannya juga besar, baik bagi pembekal perkhidmatan mahupun ejen pihak ketiga.

"Tambahan lagi, stok baharu kad prabayar perlu dikeluarkan dan diagihkan ke seluruh negara," katanya lagi dalam kenyataan.

Tinjauan awal bulan ini mendapati, ada di kalangan peruncit menghentikan jualan selepas pelaksanaan GST kerana keliru dan bimbang akan mengalami kerugian.

Kalau peringkat bos tertinggi Jabatan dan Agensi Kerajaan boleh keliru dan bercelaru dengan memberikan kenyatan bercanggah cuba bayangkan rakyat dibawah terutamanya di luar bandar, kampong-kampong tradisional dan rancangan-rancangan Felda .. apakah mereka lebih arif??

Membuktikan kurang persediaan dan maklumat dikalangan pelaksana GST ini .. yang gebang kencang perasaan diri itu amat bagus hanya Ahmad Maslan dan Hasan Malek .. hakikatnya pelaksanaan GST sehingga kini banyak menimbulkan kelam kabut dan berkecamuk sana sini.

BERITA YANG SANGAT MENGEMBIRAKAN RAKYAT MALAYSIA
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Adakah rakyat Malaysia ni bodoh sgt? Kad prabayar mmg dah kena cukai sebelum GST dilaksanakan, kononnya GST akn menggantikan cukai sebelum ini tp apa yng berlaku ialah korang telah dikenakan cukai berganda...Cukai lama kena GST pun kena...Amacam best???

Tue May 5, 2015 3:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

POLIS BERJAYA CEKUP 3 REMAJA MEROMPAK PEMANDU TEKSI SETELAH BERLAKU KEJAR MENGEJAR SEHINGGA TEKSI YANG DIBAWA LARI REMAJA BERKENAAN LANGGAR PEMBAHAGI JALAN DAN TERUS TERBALIK

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Pada 27/04/15 jam lebih kurang 9.30 malam seorang pemandu teksi telah mengambil penumpang 2 lelaki Melayu dan seorang perempuan Melayu,di Stesen LRT Ampang, Selangor.

Penumpang berkenaan meminta pemandu teksi berkenaan hantar mereka ke Banting,Kuala Langat. Setibanya di tanah perkuburan Islam Kampung Sg.Buaya,Banting penumpang perempuan yang duduk di bahagian belakang pemandu telah mengeluarkan pisau dan meletakkan di bahagian tengkuknya.semenyata ,kedua-dua penumpang lelaki lain yang duduk di bahagian pemandu hadapan dan belakang turut mengeluarkan pisau dan letakkan di perut dan tengkuk pemandu.

Salah seorang dari penumpang tersebut telah mengarahkan pengadu berhentikan teksi dan keluar daripada teksi. Penyamun berkenaan telah periksa badan pemandu teksi yang dalam keadaan tertiarap di rumput dan ambil wang beliau berjumlah RM 115.00.

Kesemua penyamun kemudiannya bawa lari teksi jenis Proton Saga BLM No.pendaftaran HBA 3705 menghala ke arah Telok Panglima Garang ketika pemandu teksi berkenaan masih dalam keadaan tertiarap.

Pemandu teksi itu kemudianya telah minta bantuan dari orang awam yang lalu lalang dan buat panggilan kepada Bilik Gerakan IPD Kuala Langat.

Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat buat hebahan awal yang mana sebuah kereta peronda telah lihat Teksi yang di pandu oleh penyamun berkenaan di hadapan Maybank Banting.

Hasil tindakan pantas polis satu sekatan jalanraya dengan menggunakan sebuah kereta peronda telah dilakukan di hadapan The Store Banting namun demikian penyamun berkenaan bertindak merempuh pintu kereta peronda tersebut.

Kereta peronda yang dipandu oleh dua anggota polis itu kemudiannya mengejar teksi tersebut sehingga ke Telok Panglima Garang dimana teksi tersebut terbabas setelah merempuh beberapa buah kereta dan juga motosikal seterusnya melanggar pembahagi jalan mengakibatkan tayar teksi pecah. Kesemua suspek berjaya ditahan.

Butir-butir suspek yang berjaya ditahan adalah seperti berikut:

A) Nama :Muhammad Muqri bin Zainudin

KPT :970306-04-5533

Umur :18 Tahun

Pekerjaan: penjual minyak wangi

Alamat :No.751,Semarak 12, Taman Panchor Jaya,Seremban 70400,Seremban,Negeri Sembilan.

B) Nama :Siti Azahliza bt Bakri

KPT :930131-01-5116

Umur :22 Tahun

Pekerjaan: Penternak kambing

Alamat :No.5 3/4 Jln Parit Betak 82000,Benut,Pontian,Johor.

C) Nama : Muhammad Reidzuan Eishkhandar Bin Abdullah

KPT : 980805-14-5589

Alamat : No 16 Jln Persiaran Mawar 2, Tmn Sri Mawar 2, Senawang, Negeri Sembilan

Umur ; 17 Tahun

Pekerjaan: Tiada

Suspek Nama:Siti Azahliza dan Muhammad Muqri telah di hantar ke Hospitar Banting untuk buat pemeriksaan dan rawatan. Kedua-dua suspek mengalami kecederaan calar-calar pada lengan kaki dan muka. Suspek yang bernama:Muhammad Reidzuan pula mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan masih belum sedarkan diri. Kini masih menungu hasil x-ray dan pemeriksaan.

Kesemua suspek dipercayai tidak mempunyai rekod lampau. Kini ditahan reman untuk bantu siasatan atas kesalahan melakukan samun bersenjata.

Tue May 5, 2015 7:45 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tak nak ulas Baca Ajelah..

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net


Inilah yang bermatian UMNO @ BN kata GST baik untuk rakyat!!

Kenapa pilih UMNO @ BN?

Tue May 5, 2015 7:46 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

BERITA MENAMBAH SESAK NAFAS RAKYAT .... BETUL KE TOL BAKAL NAIK LAGI??????

Posted by OMAK KAU!!!!

 

Belum pun rakyat rasa reda sesak nafas, disebabkan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lalu, satu lagi kejutan merobek saku rakyat bakal berlaku apabila dikhabarkan kadar tol pula akan dinaikkan.

Sumber-sumber memberitahu, sebanyak 19 syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol pada Ogos ini.

Adalah difahamkan, kadar itu melibatkan kenaikkan sekitar 50 hingga 100 peratus.

Bagaimanapun, kadar kenaikkan itu bergantung sepenuhnya kepada kemampuan kerajaan untuk memberi subsidi kepada syarikat konsesi.

Tahun lalu, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM458 juta peruntukkan bagi pembayaran 20 syarikat konsesi sebagai pampasan untuk tidak menaikkan kadar tol.

Bagaimanapun, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar pada 2015 mengikut Perjanjian Konsesi.

Kadar kenaikan tol yang dibenarkan adalah pada sekitar 0.50 sen hingga RM2.

Berdasarkan perjanjian konsesi 2015, 20 syarikat konsesi yang dibenarkan menaikkan kadar tol ialah adalah Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint), Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk), dan Storm Water Management and Road Tunnel (Smart), Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya).

Turut dibenarkan Lebuhraya Senai Desaru (SDE), Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas). Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).

Kenaikkan itu turut melibatkan Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB), Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga), dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Apakah sumber ini sahih atau pun sekadar khabar angin sepoi-sepoi bahasa untuk menyemarakkan berita sensasi, hanya pihak berwajib perlu berikan respon demi pencerahan dan kebenaran.

Jika ditanya rakyat tidak kira dari kelompok anutan politik mana dan kedudukan serta status sosial mana sekali pun sudah pasti akan membantah keras.

Harap-harap ini hanyalah khabar angin dari radio karat yang sedang berkumandang.

Tue May 5, 2015 7:46 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kereta Guru Hampir Tenggelam Di Kuala Baram Sarawak
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

Nasib la ada kerajaan sarawak yang kononnya prihatin.

Kesian. Nak tunggu yb meninggal baru nak buat kot?

Tue May 5, 2015 7:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tol PLUS Mesti Percuma Jika Lebuh Raya Sesak sesak

bloglist-malaysia.blogspot

idaman78

 

[kd]- Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), pemegang konsesi Lebuhraya Utara-Selatan, agar tidak mengutip tol dari pengguna apabila berlaku kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Utara Selatan.

Saya sendiri terperangkap dalam kesesakan lalulintas dari Kuala Lumpur ke Ipoh pada 1hb Mei 2015.

Perjalanan sejauh 200 kilometer itu biasanya mengambil masa 2 jam. Akan tetapi oleh kerana kesesakan lalu lintas di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan, perjalanan tersebut mengambil masa lebih 6 jam.

Kesesakan yang luar biasa bermula sejak petang 30 April 2015 dan melibatkan ratusan ribu pengguna lebuh raya.

Saya mendapati bahawa pihak PLUS telah gagal mengambil tindakan pencegahan seperti tambahan lorong trafik ke utara, tambahan kaunter tol di plaza tol dan bantuan trafik di lebuh raya, memandangkan tarikh tersebut merupakan permulaan hari cuti yang panjang.

PLUS yang mencatat keuntungan tahunan sehingga RM2.5 bilion bertanggungjawab untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan yang membayar tol.

PLUS harus memastikan lalu lintas yang lancar dan selamat. Memang tidak munasabah untuk pengguna lebuhraya menanggung tol apabila perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal.

Semasa kesesakan lalu lintas tersebut, PLUS telah gagal untuk membantu pengguna lebuh raya.

Saya mencadangkan supaya PLUS menetapkan kelancaran trafik di lebuh raya sebagai Piawaian Perkhidmatan dan diterima sebagai Piagam Pelanggan.

Sekiranya piawaian tersebut tidak dipenuhi, tol mestilah percuma.

* Penulis adalah Ahli Parlimen Gopeng.

ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini untuk perhatian semua!

1) Masa Sesak Dah tentu jammed.

2)Masa Tidak Sesak!

Selalu guna highway dari utara ke selatan(SIANG HARI). MESTI ADA KERJA REPAIR bebarapa kilometer di beberapa lokasi yang menrencatkan perjalanan. Jammed.

Sepanjang tahun, sekali dua sahaja boleh guna highway terus ke kl atau ke utara tanpa gangguan. REPAIR TAK HABIS2.

Kerja repair pun buat macam nak tak nak.

Sesetengah tempat, hasilnya permukaan jalan sama taraf dengan jalan kampung juga!

Sekali repair beribu atau berjuta tuh.. Jammed x habis..

Tolonglah sape2 angkat isu nih jangan dia kenakan gst plak kat tol nanti

Tue May 5, 2015 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Rakyat Malaysia Pertikai Kenapa Pelumba MYVI YG Bunuh Orang Bebas Manakala Peserta Demo Lawan GST Didakwa.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Rakyat Malaysia ketika ini sedang mengikuti rakyat kes 6 pelumba MYVI yang berlumba di jalanraya sehingga mengakibatkan 3 mangsa terkorban.

3 mangsa yang terkorban itu ialah sekeluarga yang melibatkan suami, isteri dan anak bongsu.

Mereka2 ialah ;

Fairuz Nizam 35
Nova Safitri Azhari 27
Nur Firuza Annisa 7 bulan

Apa yang berlaku ialah ;

1. Ketika kemalangan maut yang membabitkan kenderaan Pajero, salah seorang pelumba MYVI turut dibawa ke hospital kerana kemalangan bersama pajero tersebut.

2. Wanita tersebut ialah salah seorang yang terlibat dalam perlumbaan tersebut.

3. Selepas menjalani rawatan susulan, diambil keterangan dan menjalani ujian air kencing, wanita tersebut dibiarkan bebas oleh PDRM.

4. Kemudiannya, 2 dari pelumba MYVI yang terlibat dalam perlumbaan tersebut juga membuat 2 laporan polis secara berasingan.

5. Kemudiannya, melalui laporan Utusan Online, PDRM dilaporkan telah mengambil keterangan 6 pemandu MYVI yang berlumba sesama sendiri sebagai proses siasatan.

Namun apa yang menjadi pelik, UTUSAN ONLINE telah memadamkan berita berkenaan dari web mereka. Aku antara yang membaca laporan berita berkenaan.

Lihat ;

Sebelum ialah = sebelum kecoh yang sesetengah ahli FMC mempunyai orang dalam di PDRM dan JPJ bagai.

Selepas ialah = selepas rakyat Malaysia mendedahkan bahawa terdapat ahli FMC yang bercakap besar di whatsApp yang mereka mempunyai orang dalam di PDRM dan JPJ.

Nampak kecik. Tapi pada aku, ia berhak diragui something. Sebab aku baca laporan berkenaan. Secara tak langsung ia jejaskan kredibliti polis apa.

Kenapa berita kejap ada kejap takde.

Pelik kan.

Itu satu hal. Selepas dilaporkan pemandu2 MYVI dibebaskan atas alasan tiada bukti yang menyokong bahawa mereka semua berlumba ketika itu, maka rakyat Malaysia mula mempersoalkan di laman sosial.

Pertama. Mereka bertanya, kenapa polis boleh membebaskan pembunuh 3 orang atas alasan yang tidak masuk akal.

Kedua. Mereka bertanya, orang yang berdemo dan protes lawan GST sampai kena reman, sampai kena duduk dalam lokap supaya polis boleh gunakan masa tersebut untuk mencari bukti bagi membolehkan mereka mendakwa peserta2 tersebut di mahkamah atas kesalahan tertentu TETAPI atas sebab apa POLIS tidak MENAHAN REMAN INDIVIDU2 YANG DIKATAKAN BERLUMBA SEHINGGA MENYEBABKAN 3 SEKELUARGA MAUT.

Disebabkan pembebasan berkenaan, maka rakyat Malaysia mula menyebarkan satu klip video yang mendedahkan kenderaan2 MYVI yang ketika itu sedang berlumba sebelum terjadinya kemalangan maut. Ia mula tersebar sejak 2 hari yang lepas.

Dan ini telah menyebabkan satu persepsi hadir bahawa pelumba2 MYVI itu dilindungi oleh PDRM kerana mempunyai kaitan dengan VVIP tertentu di Malaysia manakala pendemo2 yang menuntut keadilan untuk rakyat Malaysia pula sebenarnya dianiaya dan didakwa kerana tidak mempunyai dengan sebarang orang kenamaan di negara ini.

PDRM. Tolong jawab. Kenapa yang bunuh orang tidak bersalah berbanding protes lawan GST. Kami rakyat Malaysia mahu tahu.

Comments

aku

Macam Azmin kata...Polis Barua...

Abg Khalid boleh bagi keterangan pakai telefon je...orang PR kena hambat pepagi kat rumah...

Tahniah Khalid, ko kasi up level polis skarang ni...sampai level tertinggi - PALING DIBENCI RAKYAT BOLEHLAND...

siputsedut

Inilah Malaysia ku.. Malaysia boleh.

BekasPO

Adakah siasatan polis termasuk juga perhubungan telefon ( sms, FB, Instagram dsbnya) antara suspek sebelum dan selepas kemalangan kerana ini juga bukti niat jahat mereka (berlumba haram) ?

Tue May 5, 2015 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pemandu Lori Buat Gila Di Lebuhraya NKVE
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot.
Ditulis Oleh Famili

Pemandu Lori Buat Gila Di Lebuhraya NKVE - Assalamualaikum, sudahlah sebelum ni kita disajikan dengan video lumba Perodua Myvi, kali ni ada pulak lori nak berlumba.. Mohon pihak berkuasa mengambil tindakan. Kejadian ini berlaku pada jam 6ptg 2 mei 2015 antara lori Giant dan lori Mitsubishi..

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Tue May 5, 2015 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Paparan Grafik Bagaimana Nahas DUKE Berlaku
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Kita Bantai

KEMALANGAN di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) pada awal pagi Sabtu lalu meninggalkan dua kanak-kanak perempuan menjadi anak yatim piatu berikutan kehilangan kedua ibu bapa dan adik bongsu mereka dalam nahas tersebut.
Kejadian dipercayai berlaku akibat tindakan pemandu Perodua Myvi yang dikatakan memandu secara merbahaya dan berlumba sesama mereka.
Paparan grafik yang disiarkan sebuah akhbar tempatan ini menunjukkan bagaimana detik-detik kejadian itu berlaku.

Sebuah Perodua Myvi berwarna kuning dikatakan dipandu secara laju dari arah Hulu Kelang dan kemudiannya kenderaan itu bergesel dengan Pajero Sport yang dinaiki mangsa sekeluarga.
Pajero yang dipandu Fairuz Nizam Husain, 35, dikatakan terbabas ke lorong kiri sebelum dirempuh pula sebuah Myvi lain berwarna putih.
Rempuhan tersebut telah mengakibatkan kereta mangsa berpusing sebanyak empat kali sehingga menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak keluar dan maut.
Fairuz Nizam maut serta merta di tempat kejadian manakala isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, dan bayi mereka, Nur Firuza Annisa, enam bulan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Read more: http://www.kitabantai.info/2015/05/paparan-grafik-bagaimana-nahas-duke.html#ixzz3ZGYdJjvV
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: