Tuesday, May 26, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4210

8 Messages

Digest #4210
1
Fw: Empat Sekeluarga Rentung Di LPT2 by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Tidak Mampu Beli Susu Formula, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Inflasi NAIK 1.8 Peratus Selepas GST by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
5
Fw: Renjatan Pencabut Nyawa by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: MC "Sakit nye tuh di sini", by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Penyokong The Red Worrior Kemalangan, by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Mon May 25, 2015 8:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pemandu Sebabkan Empat Sekeluarga Rentung Ditahan Reman Empat Hari
siakapkeli.my

Kuala Terengganu: Seorang pemandu lori yang menyebabkan empat sekelaurga rentung dalam satu kemalangan di Kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) semalam telah direman selama empat hari, hari ini.

Majistret Rozianti Mohamad Hanaphi membenarkan suspek berusia 35 tahun direman selama empat hari untuk disoal siasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dan memandu secara merbahaya.

Suspek dikatakan berasal dari Labis, Johor telah tiba diperkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi, Sesyen dan Majistret Kuala Terengganu pada 11.40 pagi.

Semalam. kira-kira jalm 4.30 petang, empat mangsa termasuk dua kanak-kanak rentung manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki enam sekeluarga itu terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo.

Bagaimanapun, dua lagi penumpang berjaya menyelamatkan diri kerana berada di luar kereta ketika rempuhan berlaku, namun seorang daripada mereka dilaporkan cedera parah.

Sebelum kejadian. kereta yang dinaiki mangsa dikatakan telah berhenti ditepi jalan selepas mengalami kerosakan sebelum dirempuh lori dipandu suspek. - Siakapkeli.my

Empat Rentung Dalam Kemalangan Di LPT2 Terengganu
kitabantai.info

Sebuah kereta KIA Spectra hangus terbakar selepas dirempuh sebuah lori di Kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 pada 4.30 petang tadi. - Foto BERNAMA
HULU TERENGGANU – Empat orang, termasuk dua kanak-kanak, rentung manakala dua orang cedera, seorang daripadanya parah, selepas kereta dinaiki mereka terbakar akibat dirempuh sebuah lori kargo di kilometer 386.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) di sini hari ini.
Mangsa yang terkorban ialah pemandu kereta Ahmad Razi Harun, 53, Dayang Suhana, 23, Umar Rayyan Suhaimi, 6, dan Nur Damia Irdiha Rosailan, berusia setahun, kesemuanya berada di dalam kereta ketika kemalangan berlaku kira-kira 4.30 petang.
Sementara itu, Hafshah Wangai, 56, yang mengalami cedera parah dan Sharifah Wangai, 49, cedera ringan, berada di luar kereta ketika kejadian.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hussin Deraman berkata kesemua mereka dikatakan dalam perjalanan dari Kota Baharu untuk menghadiri majlis konvokesyen Politeknik Muadzam Shah di Pahang.
Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku selepas sebuah lori kargo 16 tan tanpa muatan yang dipandu Fazly Othman, 35, dari Kuala Terengganu menuju ke Johor Baharu terbabas sebelum merempuh kereta jenis Kia Spectra yang berhenti di lorong kecemasan kerana rosak.
"Pemandu kereta menghentikan kenderaannya di lorong kecemasan kerana kereta itu mengalami kerosakan sebelum tidak lama kemudian dirempuh lori terbabit dan kedua-dua kenderaan terus terbakar," katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Hussin berkata kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk mendapatkan rawatan.
Mayat turut dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat.
Sementara itu Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Hulu Terengganu Mohd Zamri Omar berkata 10 anggota bomba dari Balai Bomba Hulu Terengganu dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa yang rentung.
Katanya akibat kemalangan itu, lori berkenaan terbakar 70 peratus di bahagian hadapan manakala kereta berkenaan terbakar keseluruhannya. – BERNAMA
Read more: http://www.kitabantai.info/2015/05/empat-rentung-dalam-kemalangan-di-lpt2.html#ixzz3b9nbfjzd

Mon May 25, 2015 8:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

'Taib Mahmud dapat Rolls-Royce RM3.7 juta'
telokbakong.blogspot
kachipemas.blogspot.
Posted by Abu Luqman

Yang dipertua Negeri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kini dilapor mempunyai Rolls-Royce Phantom keluaran 2012.

Sarawak Report melaporkan bahawa kereta mewah itu sebagai kenderaan rasmi Taib dan mencadangkan ia 'hadiah' daripada penggantinya Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Bagaimanapun, ia boleh jadi dimiliki kerajaan persekutuan yang membekalkan kenderaan rasmi kepada yang dipertua negeri, menteri besar dan ketua menteri ketika berada di ibu negara.

Laman pembocor maklumat itu mendakwa kereta itu dibeli tahun lalu dan kini disimpan di pejabat Yayasan Sarawak di Kuala Lumpur.

Kereta jenis itu dijual dengan harga 365,000 pounds sterling (RM2 juta) di Britain.

Carian Sarawak Report mendedahkan bahawa di Malaysia sebuah kereta terpakai Phantom boleh mencecah kos RM3.7 juta.

Taib dikenali sebagai peminat Rolls-Royce.

Pada 2011, Malaysia pernah mengambil gambar salah sebuah daripada kereta Rolls-Royce vintaj miliknya yang tidak mempunyai pelekat cukai jalan atau nombor plat.

Mon May 25, 2015 8:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tidak Mampu Beli Susu Formula, Anak Tak Dapat Zat Mencukupi
siakapkeli.my

Syamim menemani ibunya membuat kuih koci. Foto : Sinar Harian

ALOR SETAR - Dek kerana kesempitan hidup, sebuah keluarga di Kampung Padang Perak, di sini terpaksa hidup dalam serba kekurangan sehinggakan tidak mampu membeli susu formula untuk anak ketiga mereka yang lahir secara pramatang.

"Badan Syamim kecil. Klinik beri susu percuma kepadanya supaya berat badan dia meningkat. Tapi kami tak mampu nak terus beli susu berkualiti, jadi badan Syamim tidak membesar dengan sempurna," katanya Shariff Saad, 42.

Syamim masih lagi memakai lampin pakai buang saiz S walaupun sudah berusia dua tahun kerana tidak mendapat zat yang mencukupi untuk membesar.

"Syamim masih memakai lampin pakai buang saiz S seperti seorang bayi. Sebulan dia memerlukan dalam 168 keping, dianggarkan RM100. Bagi mereka yang berkemampuan, nilai itu mungkin kecil, tapi bagi kami, ia amat besar.

Shariff Saad bekerja sebagai pekerja kontrak manakala isterinya, Shakinah Md Yahya, 38, membuat kuich koci untuk membantu suaminya menampung perbelanjaan keluarga.

"Bayangkan, untuk keperluan harian tidak cukup apatah lagi nak beli susu formula," katanya.

"Alhamdulillah, bukan setakat subsidi, jika diberi bantuan keperluan bayi secara percuma lebih baik untuk bantu insan seperti kami sekeluarga," tambahnya lagi. - Siakapkeli.my

Mon May 25, 2015 9:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Inflasi NAIK 1.8 Peratus Selepas Pelaksanaan GST
bloglist-malaysia.blogspot
duniacacamarba2.blogspot

Kadar inflasi negara naik 1.8 peratus pada April susulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Statistik Indeks Harga Pengguna (CPI), Jabatan Perangkaan, menunjukkan peningkatan daripada 109.9 kepada 111.9, berbanding bulan sama tahun lalu.

Pada Mac kadar inflasi hanya 0.9 peratus.

Menurut statistik itu, pada April berlaku peningkatan harga arak dan hasil tembakau sebanyak 13 peratus diikuti penjagaan kesihatan (5 peratus), hotel dan restoran (4.3 peratus) serta makanan dan minuman ringan (3.1 peratus).

Keempat-empat barangan dan perkhidmatan itu menyumbangkan 79.3 peratus kepada peningkatan CPI, kata jabatan itu. -Malaysia Kini/22/5/15

Mon May 25, 2015 9:00 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Renjatan Pencabut Nyawa- 2 Lelaki Rentung Sekelip Mata
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga tempatan maut akibat renjatan elektrik apabila kenderaan yang mereka gunakan ketika melakukan kerja memindahkan paip air tersentuh wayar elektrik voltan tinggi.

Dalam kejadian pukul 11.41 pagi tadi di Kampung Tanah Mas, Bidor, Perak, kedua mengsa maut di tempat kejadian bersebelahan kenderaan mereka.

Seorang lagi pekerja Bangladesh pula cedera parah.

Kejadian dipercayai berlaku apabila bahagian kren pada lori yang digunakan semasa memindah paip air untuk pihak Lembaga Air Perak tersentuh dengan wayar elektrik voltan tinggi berkenaan yang menyebabkan arus yang sangat kuat berpindah melalui kren ke atas kenderaan kerja mereka.

Sumber Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberitahu Mynewshub, kejadian berlaku di talian bare (wayar yang tidak disalut) 22kv (sistem 11kv).

"Bahagian talian tersebut telah dimatikan dan dibumikan untuk kerja-kerja oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat," katanya.

- mynewshub

Dua Maut, Seorang Parah Apabila Kren Yang Digunakan Semasa Bekerja Terkena Wayar Elektrik Bervoltan Tinggi
bloglist-malaysia.blogspot
kitabantai.info
Kita Bantai

BIDOR: Gara-gara kren yang digunakan untuk kerja memindahkan paip air tersentuh wayar elektirik bervoltan tinggi, dua orang lelaki warga tempatan maut makanakala seorang lelaki warga Bangladesh cedera parah.

Kejadian tersebut berlaku di Kampung Tanah Mas, Bidor, Perak, pada pukul 11.41 pagi semalan di mana kedua mangsa maut di tempat kejadian bersebelahan kenderaan mereka.

Semasa kejadian, kerja-kerja pemindahan paip milik Lembaga Air Perak sedang dijalankan betul-betul di bawah wayar bervoltan tinggi tersebut.

Akibat sentuhan tersebut, arus bervoltan tinggi telah berpindah melalui kren ke atas kenderaan kerja mereka.

Untuk operasi menyelamat, pihak TNB telah mematikan dan dibumikan section talian tersebut bagi memudahkan kerja-kerja menyelamat pihak bomba.

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/05/dua-maut-seorang-parah-apabila-kren.html#ixzz3axVj8xy2

Mon May 25, 2015 9:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

MC "Sakit nye tuh di sini", Doktor Buat Laporan Polis
siakapkeli.my

Kuala Lumpur : Seorang doktor membuat satu laporan polis setelah satu sijil sakit yang mengandungi tandatangan dan cop beliau telah diubah isi kandungannya dan menjadi viral di media sosial.

Menurut Dr Asmah Ghazali , beliau kecewa dengan tindakan individu yang mengubah isi sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh klinik miliknya di Taman Sri Keramat dan menyifatkan tindakan tersebut memalukan dan menjatuhkan kredibilitnya sebagai seorang doktor.

"Gurauan ini memalukan dan menjatuhkan kredibiliti profesion saya sebagai seorang doktor perubatan," katanya memetik laporan Harian Metro.

Menurut Dr Asmah, dia mula menyedari perkara itu setelah gambar sijil sakit itu dihantar oleh adik iparnya di Johor Bharu melalui WhatsApp.

"Adik ipar saya itu mahukan kepastian berhubung perkara berkenaan berikutan nama saya turut tersebar sama pada gambar berkenaan.

"Pada mula saya sangkakan ia satu bentuk gurauan yang tidak mendatangkan kesan. Namun, saya terkejut apabila orang ramai turut menghubungi saya dan bertanyakan perkara sama", katanya lagi.

Sebelum ini, satu sijil sakit yang tertera perkataan "1 hari mc kerana sakit nye tuh di sini" menjadi viral di media sosial. - Siakapkeli.my

Sumber : myMetro

Mon May 25, 2015 9:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Penyokong The Red Worrior Kemalangan, Tidak Sempat Lihat Anak Sulung Yang Bakal Dilahirkan
siakapkeli.my

Kredit foto: Harian metro

Kota Bharu: Pagi semalam, Afif Asyraf, 28, dan sepupunya Amiruddin Nawi, 29, telah terlibat dalam kemalangan jalan saya semasa baru pulang dari menonton perlawanan final paiala FA di Bukit Jalil.

Kemalangan tersebut telah membabitkan kereta yang dinaiki mereka telah bertembung dengan sebuah treler menyebabkan Afif yang cedera parah telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala sepupunya, Amiruddin turut mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kuala Krai (HKK) untuk rawatan kecemasan.

Kejadian tersebut berlaku di kilometer 105, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Laloh, Kuala Krai kira-kira pukul 6 pagi.

Menurut kakak mangsa, Norzila Yahya, 48, ibunya ada berpesan supaya Afifi membatalkan niatnya untuk ke Kuala Lumpur menyaksikan perlawanan bola tersebut.

"Emak menghalang adik ke Kuala Lumpur kerana isteri adik sedang sarat mengandung anak sulung dan dijangka bersalin dalam tempoh masa terdekat." katanya.

Jenazah Afif telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Kachang di sini, jam 2.30 petang semalam. - Siakapkeli.my

Mon May 25, 2015 9:03 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Abe Mail, Anak Kecil Tabah Derita Hidapi Tujuh Penyakit Kronik Sejak Dilahirkan
siakapkeli.my

Ismail Zhafran bin Azizul, seorang bayi kecil comel dilahirkn pada 28 oktober 2014 yang kini berumur 8 bulan merupakan anak kecil yang tabah dan kuat.

Mana tidaknya dari dilahirkan sehingga kini, anak kecil ini terpkasa menanggung begitu banyak penyakit kronik yang tidak dapat dibayangkan oleh kita sendiri deritanya kalau sakit itu ada pada kita yang sudah dewasa.

Semasa dilahirkan Ismail Zhafran atau nama panggilan manjanya Abe Mail tidak mempunyai lubang dubur dan semasa berumur dua hari dia telah menjalani pembedahan Stoma.

Selain itu, Abe Mail turut menjalani pembedahan lain semasa berumur lima hari kerana dikatakan saraf tunjangnya terbuka. Anak kecil ini turut mengalami pendarahan pada kepala dan kepalanya mengalami bengkak air.

Bukan sahaja derita tersebut dialami beliau, semasa dilahirkan dia hanya mempunyai hanya satu buah pinggang iaitu hanya di sebelah kanan, itupun hanya berfungsi sebanyak 12 %.

Semasa dalam proses kelahiran kaki anak kecil ini disahkan patah. Abe Mail juga menanggung sakit jantung berlubang.

Takkala sedang menulis artikel ini, sebak SK memikirkan nasib anak kecil ini. Sungguh besar penderitaan yang dihadapinya.

Menurut ibu beliau, Puan Suhaila. Dia kini buntu kerana pembedahan anaknya semakin dekat tetapi wang untuk pembedahan tersebut masih tidak cukup.

"Untuk meneruskan hidup anak ini, ia memerlukan terlalu banyak wang kerana anak saya ini perlu menjalani banyak lagi pembedahan tapi sumber kewangan amat terhad."

"Saya merayu kepada orang ramai agar dapat membantu anak saya ini dengan menghulurkan bantuan kewangan kerana masa amat dekat membuatkan saya buntu untuk mengumpul wang memandangkan pembedahan sudah tidak lama lagi," katanya.

Menurut puan Suhaila, dia pernah mendapatkan khidmat nasihat dari KPJ Johor, luka saraf tunjang amat-amat perlu dijaga kerana jika terkena jangkitan kuman dalam masa seminggu sahaja Abe Mail boleh pergi meninggalkan kita.

"Buah pinggang dia yang hanya ada satu perlu juga dijaga agar berfungsi dengn baik untuk memastikan ia terus berfungsi." katanya lagi.

Kepada anda yang ingin membantu anak kecil ini boleh menyalurkan bantuan ke:

7613231448 (CIMB)
Suhaila Adam - Ibu
20050032815 (Hong Leong)
Azizul Hussin - Bapa

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi puan Suhaila (Masella Azizul) 0127432843. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: