Sunday, June 14, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4226

3 Messages

Digest #4226

Messages

Sun Jun 14, 2015 12:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

APAKAH KOD PEMAKAIAN DI KASINO SINGAPURA INI DIANGGAP SEBAGAI MELAMPAU?????

Posted by OMAK KAU!!!!

"JPJ bukannya masjid, kenapa jabatan ini mengenakan kod pemakaian sedemikian?" ... TERESA KOK

"JPJ 'sarong' policy is disgusting and it tells us that how deep has the worst forms of Islamization has crept into the government offices." "Sarong" measure is not a slip, but a deliberate and systematic attempt to impose Islamic dress code on non-Muslims! ... P. RAMASAMY Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Kedua-dua pemimpin DAP ini memberikan respon dan reaksi hasil dari kisah seorang wanita masyarakat Cina yang diarah oleh seorang anggota RELA memakai sarong batik ketika mau berurusan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang menjadi viral dan kecuh seluruh negara sehinggakan Menterinya Dato' Seri Liow Tiong Lai mengarahkan JPJ menjalankan siasatan dan minta JPJ mohon maaf dan anggota RELA berkenaan telah ditukarkan ke bahagian lain dengan serta merta sebagai suatu hukuman.

Tidakkah kedua pemimpin DAP ini sedar betapa di kasino Singapura juga telah memastikan setiap tetamunya yang ingin berkunjung kekasino mesti mengikut syarat kod pemakaian yang ditetapkan .. tidak boleh berpakaian yang menjolok mata, berseluar pendek, memakai baju singlet dan berselipar. Adakah kasino itu sebuah masjid dan tujuan pihak kasino itu sebagai mau melakukan suatu tindakan secara sistematik melaksanakan kaedah dan budaya Islam????

 

Secara logik dan ikut hukum akan mengapa perlu kasino Singapura diadakan suatu kod pemakaian untuk pelanggan dan tetamunya untuk berpijak dan berkunjung kekasinonya sedang itu tempat orang nak berjudi ... mengapa mau menitik beratkan cara mana haru berpakaian pula???? .. lantak dia oranglah nak beradab dan bersopan pun sebab yang kaki judi itu pun kalau jenis bersopan dan berakhlak dia pun tidak pergi berjudi.

Sebab itu jangan cuba ambil kesempatan dengan mengaitkan dengan agama setiap isu yang timbul ... perlu rasional sikit .. jika rakyat yang mau berurusan dengan kedua mereka apakah dibenarkan jika sekadar bersinglet dan berseluar dalam??????

Harap dapat memberikan respon dan jawapan kepada persoalan yang dilontarkan.

Sun Jun 14, 2015 12:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

" KESALAHAN SENDIRI TAK NAMPAK. MACAM INI PUNYA ORANG PUN ADA "
bloglist-malaysia.blogspot
tikaqbuloh.blogspot.
tikaq buloh

Masalah negara berpunca daripada Mahathir dan pembangkang katanya. Dah tahap bengap punya PM, masalah ringgit jatuh teruk, masalah saham Felda yang dah hampir berkubur, masalah hutang hingga mencecah RM800 bilion, masalah GST, macam-macam lagilah, apa kau ingat ini semua punca Mahathir ??, apa kau ingat ini semua punca pembangkang ??, akai ada kah, lagu ni pun boleh jadi PM.

Letupkan saja lebuh raya Plus, sindir Dr M
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata Putrajaya patut "meletupkan" Lebih Raya Utara-Selatan (Plus), sebuah projek penting ketika era pentadbirannya.

Beliau mengulas dakwaan terdapat cubaan merosakkan legasinya melalui kempen buruk terhadap pengeluar kereta nasional Proton, sebuah cetusan ilham beliau.

"Ramai kata saya buat banyak benda buruk, seperti Lebuh Raya Utara-Selatan, sepatutnya kita letupkan saja," katanya disambut gelak ketawa pemberita dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

"Lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur, menara berkembar Petronas, semua ini tidak baik kamu tahu," sindirnya lagi.

'Hamba yang setia'

Sebelum itu bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin membangkitkan sama ada stesen televisyen cuba memburuk-burukkan Proton semata-mata ia legasi Mahathir.

Zainuddin mendakwa dimaklumkan kawan-kawannya bahawa "kami hanya hamba setia yang menurut perintah, kami terima arahan dari penasihat-penasihat di JPM".

Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu, itu bagaimanapun sinis berkata mereka tidak harus malu kerana ia langkah paling berkesan, penuh etika dan nilai baru profesionalisme.

Semuanya, sindir tokoh wartawan itu lagi, demi "membangunkan maruah 1MDB sebagai legasi teragung Datuk Deri Najib".

Ia, kata Zainuddin juga, akan mengatasi kehebatan Putrajaya, menara Petronas, KLIA, lebuh raya dan jambatan Pulau Pinang yang menjadi kenyataan di era Mahathir dulu.

"Syabas pahlawan Bugis teragung di abad ini," katanya lagi.MALAYSIAKINI

Sun Jun 14, 2015 12:30 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Betapa cerdiknya Putrajaya membayar RM222 juta setahun untuk menyewa kereta Proton

telokbakong.blogspot 

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn

 

Kerajaan membayar RM221.66 juta setahun kepada syarikat swasta Spanco Sdn Bhd untuk memajak 10.963 kereta Proton untuk kegunaan pegawai-pegawainya.

Kerajaan telah menyewa tujuh model kereta Proton pada kadar RM973.84 untuk RM3,288.84 satu model sebulan, Kementerian Kewangan berkata dalam jawapan bertulis kepada Parlimen.

"Sebanyak 10,983 unit kenderaan telah disewa oleh kerajaan pada masa ini," masa ini," kata kementerian itu dalam jawapan kepada Teo Kok Seong (DAP-Rasah, gambar) dalam jawapan yang bertarikh 10 Jun.

Senarai ini termasuk 486 unit Perdana 2.4 Eksekutif di sewa bulanan sebanyak RM3,284.84 kereta, 709 unit Perdana 2.0 Standard (RM2,892.32 kereta sebulan) dan 2,127 unit Inspira 2.0 (RM2,147.68).

Tiga model kereta pertengahan yang digunakan oleh kerajaan adalah Persona (442 unit, di RM1,114.66 kereta sebulan), Preve (3518 unit, RM1,572.77) dan Proton Waja (2,466 unit, RM1,296.85). Proton Saga disewa pada RM974 sebulan.

Kerajaan juga menyewa sejumlah 1,061 unit Proton Saga pada RM973.84 kereta sebulan.

Ini bermakna kerajaan membayar Spanco RM18,472,160 sewa sebulan untuk semua kereta, bermakna perbelanjaan RM221.66 juta setahun untuk sewa kereta sahaja. Harga sebuah Proton Inspira 2.0 julat daripada RM84,841 kepada RM92,062, mengikut senarai harga yang tertera di laman web Proton, manakala kerajaan membelanjakan daripada RM25,772 setahun untuk menyewa model ini.

Teo meminta kerajaan menyatakan jumlah bilangan kenderaan disewakan sejak tahun 1993, model yang digunakan dan sewa bulanan yang dibayar.

Spanco telah menandatangani perjanjian pajakan 25 tahun dengan kerajaan, yang akan tamat pada 31 Disember 2018.

Di bawah perjanjian itu, Spanco bertanggungjawab untuk membekalkan, menyelenggara dan membaiki semua kereta yang disewa oleh kerajaan. - M'kini
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: