Saturday, June 27, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4237[2 Attachments]

9 Messages

Digest #4237

Messages

Fri Jun 26, 2015 8:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Adik Rayyan Hidapi Penyakit Amat Jarang Berlaku Di Malaysia, Perlukan Pemindahan Sumsum Tulang Dengan Segera
siakapkeli.my

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul takkala mata SK berkaca melihat keadaan adik Rayyan Seif Rizqin bin Mohamad Shukor yang berumur lima tahun ini,

Kanak-kanak yang dahulunya seorang yang aktif dan pintar kini terlantar seolah tidak bermaya di mana ia pasti meruntunkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Adik Rayyantelah disahkan oleh doktor bahawa dia telah menghidap Haemophagocytic Lymphohistiocytis (HLH) iaitu penyakit yang amat jarang berlaku di mana sehingga kini hanya ada 6 kes pernah dicatatkan di Malaysia.

Apa itu penyakit Haemophagocytic Lymphohistiocytis, Klik SINI

Keadaan menjadi lebih serius kerana adik Rayyan bukan sahaja disahkan menghidapi Haemophagocytic Lymphohistiocytis tetapi turut disahkan penyakit yang mempunyai hubung kait dengan HLH, iaitu EBV.

Keadaan ini telah menyebabkan jumlah sel darahnya terlalu tinggi di mana paras normal sel darah adalah hanya ribuan tetapi di dalam badan Rayyan terdapat terdapat 31 juta sel darah di mana ia berisiko 'memakan' organ dalaman.

Rayyan kini terpaksa menjalani sesi kemoterapi dua minggu sekali menyebabkan anak kecil ini terpkasa menanggung sakit kerana kemoterapi ini biasanya hanya untuk orang dewasa.

Untuk pengetahuan sahabat SK semua, Rayyan memerlukan pemindahan sumsum tulang secepat mungkin bagi menyelamatkan nyawanya dan beliau cepat pulih namun ujian yang dilakukan oleh pakar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras mendapati satu-satunya adiknya tidak sesuai untuk mendermakan sumsum tulang.

Untuk menjalankan pembedahan tersebut keluarganya perlu mencari sebanyak RM300,000 untuk membiayai kos rawatan.

Oleh itu marilah sama-sama kita rakyat Malaysia sama-sama membantu adik Rayyan dengan memberi sumbangan kepadanya.

Butiran Akaun :
Nama: Mohamad Shukor Bin Ahmad
Akaun CIMB : 7029372297
Akaun Bank Islam : 07016020510718
Akaun HSBC : 041010174109

Nama: Norazlin Binti Hamzah
Akaun CIMB : 7003976683
Akaun Maybank : 164025013638

Untuk perkembangan terkini Rayyan, sila hubungi bapa Rayyan, Mohamad Shukor Ahmad di talian 019-2751552, atau ibu Rayyan, Norazlin Hamzah (019-2637089). - Siakapkeli.my

Fri Jun 26, 2015 8:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

JOM TENGOK GAMBAR LELAKI TAK GUNA...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Sat Jun 27, 2015 12:19 am (PDT) . Posted by:

cirit3

Hai..kata nak sama rata antara lelaki dan perempuan...perempuan
ada koc sendiri lagi...kat sesetengah pasaraya ada area parking
sendiri..
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
From: '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]Sent:
Friday, 26 June 2015 23:47To: zzxmelayucyberReply To:
automobil@yahoogroups.comSubject: www.groupautomobil.blogspot.com
- Fw: JOM TENGOK GAMBAR LELAKI TAK GUNA...


JOM TENGOK GAMBAR LELAKI TAK GUNA... bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot Dicatat oleh Na'im Nikmat
<http://www.blogger.com/profile/03432287966399183682>
<http://3.bp.blogspot.com/-zTtbS4SG1Dc/VY0SqGHfbkI/AAAAAAAACEU/WO\
ggK6itVYs/s1600/FB_IMG_1435308641758.jpg>


Attachment(s) from
1 of 1 Photo(s)

Fri Jun 26, 2015 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jangan Buang Biji Kurma!

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sahabat pencinta Makanan Sunnah! Ramadan Al Mubarak bakal menjengah lagi, Subhanallah bulan mulia untuk semua umat Islam. Ironinya bulan Ramadan akan dikaitkan dengan makanan baik untuk berbuka puasa iaitu KURMA atau TAMAR.

Kurma adalah buah ajaib, kecil pada saiznya namun jika diambil secara konsisten setiap hari, ianya adalah makanan terbaik buat kita umat manusia.

Kaya dengan Glukos kerana itu ianya amat sempurna untuk tenaga berpanjangan sepanjang hari.

Langkah demi langkah memproses biji kurma, saya menggunakan biji kurma Ajwa

Namun pada post kali ini saya ingin berkongsi ilmu dengan biji kurma. Biji kurma sangat banyak khasiatnya, untuk kulit dan juga boleh dibuat minuman seperti kopi

jika anda makan kurma, jangan terus membuang bijinya. Simpan dan kumpul.

Cara cara memproses biji kurma;

a.. Basuh biji kurma dan tos kering
b.. Taburkan di atas dulang atau penutup periuk dan jemurkan seharian
c.. Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak , goreng sehingga hangus pastikan biji kurma hitam legam, pada ketika ini biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan sangat wangi persis biji kopi!
d.. Tumbuk dengan batu lesung atau kisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana tekstur biji kurma sudah garing dan tidak keras)
e.. Simpan di dalam botol kaca dan boleh digunakan dengan jangkamasa yang lama

Buku Islamic Medicine The Key To A Better Life hasil tulisan dan kajian Yusuf Al Hajj Ahmad membicarakan secara terperinci mengenai KURMA

Kebaikannya?

1) Sebagai minuman penganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tapi rasanya seakan akan kopi. Ianya memberi tenaga baik pada peminum

2) Seperti dikongsi sahabat baik saya, Fadillah Nur beliau menggunakan serbuk biji kopi untuk membuat perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah perapan daging amat amat lembut

3) Digunakan sebagai scrub badan (saya akan kongsikan tips scrubbing dengan anda pada post yang lain) . Gabungan scrub biji kurma dengan #pevoo dan #madu akan membuatkan kulit badan anda selembut baby!. Natural? yes and safe!

4) Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK!!! maka inilah natural remedy atau cara semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO , maka hasilnya adalah TERBAIK. Penggunaan secara Konsisten setiap hari sebelum tidur اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak anak rambut kembali keluar dengan sihat!!!

Masya ALLAH, tidaklah ALLAH SWT menyebut sesuatu yang baik di dalam AL QURAN jika tidak mendatangkan kebaikan dan barakah pada semua Umat Manusia

Apa yang penting, YAKIN, TAWAKAL dan ISTIQOMAH

Live and Love Sunnah

Munirah

Fri Jun 26, 2015 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Fast n Furious" Ferrari Speciale di Kuching Jadi Viral
siakapkeli.my

KUCHING, 25 Jun: Seorang pemandu kereta mewah Ferrari Speciale terselamat apabila terbabit dalam satu kemalangan dengan tiang berhampiran Jalan Tabuan Court pagi tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, pemandu tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan.

Difahamkan juga, pemandu kereta tersebut adalah anak kepada seorang ahli perniagaan hartanah di negeri tersebut.

Gambar kemalangan tersebut telah menjadi viral di media sosial dengan orang ramai melontarkan pelbagai pendapat mengenai kejadian. - Siakapkeli.my

Fri Jun 26, 2015 8:49 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

ETS Akan Beroperasi Sepenuhnya Ke Utara Mulai 1 Julai Ini
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Apa yang dtunggu-tunggu oleh penduduk utara tanah air nampaknya akan mucul tiba apabila Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) yang menghubungkan Kuala Lumpur sehingga Padang Besar, Perlis bakal memulakan operasi sepenuhnya 1 Julai ini.

Menurut Presiden Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Leftenan Kolonel (B) Sarbini Tijan berkata, semua persiapan oprasi ETS ini yang dilakukan oleh KTMB tren ini boleh digunakan sebagai perkhidmatan pengankutan untuk Aidilfitri.

"Bagaimanapun, KTMB perlu menunggu kelulusan daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebelum perkhidmatan itu dibuka kepada orang ramai.

"Sehingga kini, kami yakin SPAD akan memberi kelulusan berdasarkan beberapa ujian yang sudah dilakukan oleh kami bagi memastikan tahap keselamatan bemar-benar terjamin," katanya.

Pekhidmatan tren ETS ini dikatakan mampu mencapai kelajuan 160 km/j di mana jarak perjalanan dari Kuala Lumpur sejauh 500 km hanya mengambil masa 4 jam 30 minit. - Siakapkeli.my

Fri Jun 26, 2015 8:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Burj Khalifa, Bagunan Tertinggi Di Dunia Ini Punyai Tiga Waktu Berbuka Berbeza
siakapkeli.my

PASTI anda akan merasakan satu kelainan jika diberikan peluang untuk menjalani ibadah puasa di atas bagunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.

Mana tidaknya kerana di atas menara tertinggi di dunia ini sebenarnya mempunyai 3 waktu berbuka puasa berbeza.

Perkara ini sedang dialami oleh pelancong dan juga pekerja yang berada di dalam bagunan tersebut di mana mempunyai ketinggian 829.8 meter.

Kejadian ini terjadi kerana semasa matahari jatuh penghuni ditingkat abwah sudah tidak nampak tetapi penghuni di tingkat atas masih melihat keliaat matahari.

Kerana hal demikian penguatkuasa Islam Dubai telah berbincang dan mengeluarkan waktu berbuka puasa berbeza di dalam bagunana berkenaan.

"Oleh itu, mereka yang tinggal di tingkat atas belum boleh berbuka puasa seperti yang lain-lain di bandar kerana terdapat perbezaan masa selama dua minit," kata Mufti Dubai Ahmed Abdul Aziz al-Haddad.

Seorang ulamak terkenal Mohammed Al-Qubaisi telah mengeluarkan waktu baru di mana berada di atas tingkat 80 perlu berpuasa lebih dua minit manakala mereka di tingkat 150 dan ke atas perlu menunggu selama tiga minit sebelum boleh berbuka. - Siakapkeli.my

Fri Jun 26, 2015 4:03 pm (PDT) . Posted by:

"dollahmamat" dollahmamat


Tu kelebihann kete enjin diblkg...
Klu enjin didepan...confirm driver pon maut...

"'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

>"FastnFurious"FerrariSpecialediKuchingJadiViralsiakapkeli.myKUCHING,25Jun:SeorangpemandukeretamewahFerrariSpecialeterselamatapabilaterbabitdalamsatukemalangandengantiangberhampiranJalanTabuanCourtpagitadi.MenurutjurucakapJabatanBombadanPenyelamat,pemandutersebutbernasibbaikkeranatidakmengalamisebarangkecederaanakibatkemalangan.Difahamkanjuga,pemandukeretatersebutadalahanakkepadaseorangahliperniagaanhartanahdinegeritersebut.Gambarkemalangantersebuttelahmenjadiviraldimediasosialdenganorangramaimelontarkanpelbagaipendapatmengenaikejadian.-Siakapkeli.my

Sat Jun 27, 2015 12:29 am (PDT) . Posted by:

cirit3

Tetapi kadang kadang kita kena tgk jugak...dua dua
pihak...mungkin kawasan tu sudah diberitahu tak dibenarkan
berniaga sbb ia akan menyebabkan kesesakkan jalan raya atau
mungkin ada yg lain tidak di lihat oleh peniaga tetapi di lihat
oleh Majlis...pada saya benda ni tak pelik sebab, undang undang
Allah pun kita langgar ini kan pula undang undang
manusia...(bukan maknanya bila musim puasa, kita boleh bukak
bazar ramadan ikut suka kita sahaja)
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
From: bashah bwasi@yahoo.com [automobil]Sent: Thursday, 25 June
2015 10:41To: automobil@yahoogroups.comReply To:
automobil@yahoogroups.comSubject: Re:
www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: BAZAR RAMADAN DIROBOH PADA
HARI PERTAMA PUASA


Salam Ramadhan,Kita semua tahu pasal Dajjal - yg bermata
satu....Mata satu bukan secara lahir saja, tapi otaknya pun fikir
satu hala - hanya pandang sebelah, atau sebelah saja yg betul..yg
lain salah
Bila kita berkuasa, janganlah kita guna prinsip Dajjal - guna
prinsip mata tutup sebelah..contoh prisnip Dajjal -- saya hanya
jalankan tugas // itu bukan masalah saya // etc..sebab besok ,
kita sendiri jugak yg kena jawab. Sekian terimakasih kerna baca.


On Wednesday, June 24, 2015 11:42 PM, "'-:eSpAcE9808:-'
rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com>
wrote:


 BAZAR RAMADAN
DIROBOH PADA HARI PERTAMA PUASA DI HULU SELANGOR MENJADI KECOH
DI MEDIA SOSIAL. Posted by OMAK KAU!!!!   Beberapa gambar
yang memperlihatkan anggota penguatkuasa dari Majlis Daerah Hulu
Selangor (MDHS) telah menyerbu bazar ramadan di hari pertama
menyambut puasa menjadi ribut dan kecoh di media sosial. Para
peniaga yang mau mencari rezeki halal demi sesuap nasi dan
seteguk air mau membesarkan anak-anak dan mencari duit lebih
sempena bulan mulia ini mendapat kritikan hebat dari warga media
sosial. Dalam keadaan kos hidup yang semakin meningkat dan
menghimpit rakyat tetiba kerajaan yang berslogankan PEMBANGUNAN
BERKUALITI RAKYAT DIPEDULI menjadi mangsa kerakusan pihak
berkuasa tempatan (PBT). Dimana Rakyat Di Pedulinya??? .. Dimana
Negeri Berkebajikannya??? .. Dimana rasa ehsan kepada para
peniaga yang mau mencari rezeki halal atau menambah pendapatan
dikala diserang dengan kos sara hidup yang semakin meningkat dan
pukulan GST???? Sehingga kini tidak ada lagi respon dan jawapan
dari pihak yang terbabit.




Attachment(s) from
1 of 1 Photo(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: