Thursday, September 1, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4576

9 Messages

Digest #4576

Messages

Wed Aug 31, 2016 8:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelajar Tingkatan 3 Yg Terjatuh Di Sekolah Akhirnya Maut - Menteri Jangan Lepas Tangan!
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.net

Oleh kerana BN menang setiap kali dalam pilihanraya umum, maka BN memang wajar dipersalahkan kerana meremehkan rekabentuk sekolah-sekolah awam di Malaysia. Kegagalan membina atau mengemaskini bangunan-bangunan sekolah berdasarkan kepada tahap keselamatan yang semaksimumnya adalah antara punca kenapa bebudak sekolah dan pelajar sekolah asyik 'accident' je kat sekolah. Kes terjatuh dari tempat tinggi bukan pertama kali berlaku kat Malaysia neh. Tetapi beberapa kali dah. Dan kerajaan tak pernah ambil iktibar. Sebab ape?

Sebab takde sesiapa yang salahkan kerajaan.
Rakyat Malaysia baik sangat.
Salahkan diri sendiri.
Salahkan pelajar sekolah.
Salahkan sekolah.
Pendek kata kerajaan dan menteri takan disalahkan.
Tapi dikalangan rakyat Malaysia yang baik-baik itu wujudnya satu individu yang macam aku. Oleh kerana takde sesiapa yang nak salahkan kerajaan maka biar aku yang ambil tanggungjawab ini dengan menyalahkan mereka.

Kahkahkahkahkah!
Eh jap. Ini citer sedihla. Babi ape gelak-gelak pula kan.

Kes pagi tadi. Seorang pelajar tingkatan 3 maut terjatuh sebab nak ambil beg kawan yang dibuang ke luar koridor oleh kawannya yang lain.

Sekarang kawan yang buang beg tu mesti menyesal. Tapi menyesal pun takde guna. Tindakan cuai kau mendorong kematian seseorang. Dan nyawa bukan boleh diganti-ganti. Tanggungla penyesalan sampai ko pula yang mati.

Sekarang. Kalau ko semua belum tidur lagi, sila pergi ke sekolah kerajaan yang terdekat. Lepas tu sila naik tangga yang berada di salah satu sekolah tu. Kemudian sila naik ke tingkat 3. Kemudian sila berdiri ke tepi dinding, yang mengadap ke arah luar tu. Yang kita sebut sebagai koridor tu. Perasan tak ape yang aku perasan? Yes. Dinding tepi-tepi tu kategori cetek, ketot dan bantut. Kepala bana apa kerajaan kau bina sekolah takde ciri2 keselamatan macam neh? Kalau aku nampak bebudak bergayut kat tepi2 tu aku laju2 suruh dia berhenti tau. Tu tak masuk lagi dorang berlari2 turun tangga. Budak la katakan. Lari. Lari. Lari. Macam tak reti nak berjalan.

Dezain sekolah kita ialah dezain kuno. Aku tau ada orang tak suka aku ulang tulis tapi aku tetap perlu ulang semula. Dezain kebanyakan sekolah kerajaan ialah kuno yang diwarisi dari zaman sejak belum merdeka lagi. Bangunan seperti ini kekal digunakan tanpa ada penambahbaikan dari sudut meningkatkan ciri2 keselamatan. Yang ada ialah kita hanya selenggara. Tukar cat. Tukar bumbung. Tambah kelas. Dezain-dezain bangunan ini agak bahaya. Sebab terlalu terbuka kat bahagian hadapan kelas.

Bangunan kerajaan dulu-dulu pun macam ini. Namun perlahan demi perlahan dinaiktaraf sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa. Pejabat-pejabat menteri dulunya ringkas. Namun sekarang siap ada bilik khas mesyuarat yang fully furnished.

Ini menunjukkan yang kerajaan faham bahawanya bangunan2 kerajaan memang perlu ditambahbaik bagi kekal relevan dengan keperluan dan perubahan semasa.

Begitu juga dengan bangunan sekolah. Bangunan sekolah yang kurang menekankan ciri-ciri keselamatan sudah sepatutnya dinaiktaraf.

Melihat keadaan sekolah adik Azim. Terdapat ciri2 keselamatan yang boleh diragui yang mana aku percaya adik Azim bukan satu-satunya pelajar yang pernah keluar beranda (nampak macam beranda juga kan?). Boleh jadi ada student lain pernah buat perkara yang sama. Benda yang dah selalu buat lama-lama jadi kebiasaan yang akhirnya pada fikiran dorang ahh ini takdela bahaya mana.

Keadaan koridor sekolah tu memang tak selamat terutamanya pada budak sekolah menengah. Budak2 tu time inila mereka sedang membesar dan meninggi. Tetapi dinding koridor kadang2 tak sampai pinggang pun pada pelajar kategori tinggi. Wajar ke desain2 begini dipertahankan dan dikesinambungkan kepada generasi akan datang. Mak bapak pun makin canggih. Masa pregnant makan ubat bagi putih, bagi tinggi, bagi pandai dengan harapan anak2 lahir jadi putih, tinggi dan bijak. Bila dah putih, tinggi dan bijak, takan nak bagi anak-anak pergi sekolah yang menggunakan rekaan yang bodoh, ye tak? Tak selamat langsung bagi anak2.

Reka bentuk sekolah kita perlu dinaiktaraf. Menteri yang bertanggungjawab sila berhenti buat projek tukar sistem itu tukar sistem ini perkenalkan sistem baru dan blablabla. Bagi aku itu semua sampah. Yes sampah.

Buat sistem separuh masak, laksanakan, gagal dan buang duit.
Then ulang balik proses yang sama.
Buang duit dah berbillion-billion, sistem yang baik tak jumpa-jumpa juga. Buang masa je layan beb.

Dari layan benda takde faedah macam tu, baik kita push kerajaan kita naiktaraf fasiliti sekolah awam untuk kemudahan generasi sekarang dan akan datang. Minta dorang upgrade bangunan sekolah selaras dengan tahap keselamatan yang sepatutnya. Tengok aje sekolah2 kat negara maju macam mana. Dorang ada bangunan tinggi pun sekolah awam dijaga. Negara kita bakal ada 3 bangunan antara tertinggi di dunia tapi desain sekolah awam macam sial.

Semoga kita semua mengambil iktibar dari kejadian adik arwah Azim. Buat sementara neh minta anak2 sekolah ber ahti2 dengan koridor maut yang berpunca dari kemalasan kerajaan bien. Pun begitu menjadi tanggungjawab kita juga menyediakan persekitaran yang selamat, ini perlu kerana dapat cover kecuaian sesetengah murid yang nakal. Dorang nak nakal2 buang bag kat koridor alih2 koridor tertutup. Hah padan muka kau.

Disamping itu terus lawan sikap penting diri menteri. Bangunan tempat kerja sendiri kalau boleh tiap2 tahun nak upgrade, bangunan tempat budak belajar 50 tahun sekali pun taknak bagi modal untuk ditambahbaik. GST nak. Cukai nak. Tolong rakyat taknak. Baybee betui.

Berita ;

Pagi tadi digemparkan dengan kejadian seorang pelajar tingkatan 3, Azim Hakimi Abu Shuja yang maut akibat terjatuh dari tingkat 3 sekolah ketika mahu menyelamatkan beg rakannya yang dibuang oleh rakan yang lain. Ibu mangsa berkata dia perasan bahawa anaknya itu banyak mendiamkan diri sejak beberapa hari yang lalu.

Beliau juga memberitahu kepada wartawan Berita Harian bahawa, Azim sempat mengulang kali pelajaran bersama rakan yang lain kerana bakal menduduki peperiksaan PT3 tidak lama lagi.

"Azim banyak mendiamkan diri dan malam tadi, dia sempat mengulangkaji pelajaran bersama-sama rakannya.

"Pagi tadi, dia tidak banyak bercakap, namun kelakuannya masih seperti biasa, malah dia sempat melambaikan tangan selepas saya menghantarnya ke sekolah," katanya. Jenazah Azim dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Orang Islam Presint 20.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, August 29, 2016 11:31 PM
Subject: Fw: Ambulans Terbalik Dilanggar Kereta & Pelajar Temui Ajal

Pelajar Temui Ajal Ketika Cuba Bantu Rakan Ambil Beg

siakapkeli.my

Putrajaya: Seorang pelajar tingkatan tiga di SMK Presint 9 (2) di sini maut selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi tadi.

Mangsa, Azim Hakimi Abu Shuja, 15, dipercayai terjatuh ketika cuba mengambil beg rakan yang dibuang oleh rakan lain.

Sumber Harian Metro berkata, mangsa dikatakan cuba membantu rakannya itu mengambil beg tersebut.

"Ketika melompat keluar, mangsa dikatakan gagal mengawal diri dan terjatuh dari tingkat tiga bangunan berkenaan," katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Sumber : Harian Metro

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Aug 31, 2016 8:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Beratus Terperangkap Dalam Kesesakan di Jalan Lapangan Terbang Subang Akibat Banjir Kilat
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Beratus pengguna jalan raya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas apabila banjir kilat melanda di Jalan Lapangan Terbang Subang, susur masuk Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Subang pagi ini.

Menurut jurucakap Bomba berkata, air telah meningkat dengan mendadak dari 0.3 meter kepada 0.6 meter antara 7.30 pagi dan 8.20 pagi susulan hujan yang tidak berhenti.

Beliau berkata banjir berlangsung selama kira-kira sejam dan surut di 08:20 apabila hujan akhirnya berhenti.

Sumber : NST

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Aug 31, 2016 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gelongsor Air Sepanjang 1,000 Kaki Bakal Menjadi Permainan Hangat di Johor
siakapkeli.my

Selepas mendapat sambutan hangat sebelum ini, Slide the City akan kembali lagi ke Malaysia pada pada 15 Oktober ini di Johor Bharu.

Acara yang mensasarkan golongan muda-mudi dan keluarga itu sebelum ini berjaya menarik lebih 10,000 peserta di Putrajaya tahun lepas.

Bagi yang belum tahu, Slide the City menjadi fenomena global apabila ia mendapat sambutan lebih dari 2 juta pengunjung sepanjang ia dijalankan di beberapa negara termasuklah Jepun, Hong Kong, Kolumbia, USA dan pelbagai lagi.

Spritzer Slide the City Malaysia adalah acara yang dibawakan oleh Monkey Theory Sdn Bhd yang merupakan franchise ekslusif acara tersebut di Malaysia.

Pelbagai aktiviti menarik

Acara utama yang disediakan oleh Spritzer Slide the City di Johor pada tahun ini sudah tentu gelongsor luncur 1,000 kakinya yang sudah terkenal di serata dunia.

Ya, 1,000 kaki yang bersamaan dengan panjang 3 padang bola.

Untuk lebih jelas apa itu gelongsor luncur 1,000 kaki Slide the City, lihat gambar-gambar dan video di bawah.

Selain meluncur, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai lagi aktivit menarik di Spritzer Slide the City. Antaranya permainan-permainal karnival, pelbagai makanan tempatan dan juga menikmati muzik yang akan dimainkan sepanjang acara tersebut.

Acara ini bukan sahaja memberi peluang kepada pengunjung berhibur, malah turut memberi peluang kepada peniagaan-peniagaan tempatan untuk memperkenalkan produk mereka kepada pengunjung-pengunjung Spritzer Slide the City yang datang dari serata pelusok negara.

Pelbagai Pakej & Tawaran Early Bird

Spritzer Slide the City tahun ini tampil dengan empat pakej yang menarik untuk pengunjung, iaitu Single Slider, Save-N-Slide, Triple Slider, dan Unlimited Slider.

Pakej yang paling menarik sudah tentu pakej Unlimited Slider - yang mana akan memberi peserta peluang bergelongsor tanpa had, baju rasmi Slide the City, pelampung, pistol Hydroblaster dan minuman percuma.

Spritzer Slide the City kali ini juga membawakan harga menarik kepada pengunjung-pengunjung yang membuat tempahan tiket awal. Bagi pakej Unlimited Slider, pengunjung cuma perlu membayar pada harga RM149 sahaja.

Tempahan awal Spritzer Slide the City di Johor sudah pun di buka dan sesiapa yang berminat boleh membuat tempahan menerusi http://www.slidethecity.asia/location/johor-bahru/#114. Sekiranya berminat, sekarang adalah masa yang tepat untuk membuat tempahan kerana tiket tempahan awal adalah terhad.

Bagaimanapun, orang ramai juga boleh membeli tiket ke Spritzer Slide the City di kaunter tiket pada hari acara nanti, tetapi sudah tentu tidak semurah harga tempahan awal.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Spritzer Slide the City boleh like dan ikuti laman https://www.facebook.com/slidethecitymalaysia.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Aug 31, 2016 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Jeneral Bank' Ditahan
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

gambar Hiasan

PETALING JAYA: Pengerusi Bank Rakyat, Jeneral (Bersara) Tan Sri Abdul Aziz Zainal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk disoal siasat berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa berjumlah RM15 juta.

Beliau menjadi orang kedua daripada pengurusan tertinggi bank berkenaan yang ditahan SPRM.

Abdul Aziz Zainal

Sebelum ini pada Khamis minggu lalu, Pengarah Urusan bank itu, Datuk Mustafha Abd Razak ditahan dan dikenakan tahanan reman.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan tindakan suruhanjaya itu pada Isnin.

"Saya mengesahkan penangkapan itu. Ia adalah untuk memudahkan siasatan yang sedang berjalan , " katanya yang enggan mengulas lanjut.

Satu sumber memberitahu The Star bahawa pengerusi Bank Rakyat itu ditahan di pejabatnya di Jalan Rakyat pada kira-kira pukul 1.15 tengah hari, Isnin.

"Wang tunai hampir RM1 juta dalam akaun banknya telah dibekukan sementara menunggu siasatan. Kami ke pejabatnya untuk menahan beliau," katanya.

Mustafha Abd Razak

Sumber itu berkata, SPRM tidak menolak kemungkinan untuk membekukan aset-aset lain yang dimiliki suspek berusia 65 tahun itu jika ia ada kaitan dengan kes.

Selain Abdul Aziz dan Mustafha, seorang lagi pegawai turut ditahan sebelum ini berhubung dakwaan rasuah melibatkan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku mengenai tokoh pemimpin negara.

-mstar

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/08/jeneral-bank-ditahan.html#ixzz4IoOQjZUH
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Pengerusi bank bergelar 'Tan Sri' ditahan SPRM

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

KUALA LUMPUR - Pengerusi sebuah bank bergelar 'Tan Sri' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi membantu siasatan berkaitan kes rasuah dan salah guna kuasa.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata pengerusi yang berumur 60-an itu ditahan di ibu pejabat SPRM pada 1.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata akaun bank Tan Sri itu yang mengandungi wang hampir RM1 juta telah dibekukan.

"Dia ditahan dan akan disoal siasat berkaitan kes berkenaan," katanya kepada Bernama.

Tan Sri tersebut adalah orang ketiga dari bank itu ditahan SPRM berhubung kes yang sama. Seorang pengarah urusan bergelar 'Datuk' ditahan pada 25 Ogos, dan seorang lagi pegawai sehari selepas itu.

Datuk itu ditahan di pejabatnya berhubung rasuah melibatkan tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku mengenai tokoh pemimpin negara.

Sebanyak RM15 juta diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik individu yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan.

Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.

Terdahulu, pada 15 Ogos lepas, tiga penjawat awam - dua daripadanya bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' - ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Ketiga-tiga mereka yang masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

SPRM turut membekukan akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang yang ditahan.

SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa setelah Datuk Dzulkifli Ahmad dilantik Ketua Pesuruhjaya pada 1 Ogos. - Bernama

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Aug 31, 2016 8:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KINI ARAK DAH HALAL
bloglist-malaysia.blogspot.
gajahmenta.blogspot.
DIRECTER Gajah Menta

Kemajuan teknologi moden kini mampu menghasilkan Bir tanpa Alkohol dan Bir tersebut telah dipanggil sebagai 'Bir Halal'.

Berikutan kontroversi itu, pelbagai reaksi dari netizen yang rata-rata bersetuju produk sedemikian rupa tidak seharusnya diperkenalkan di negara Islam seperti Malaysia.

ARAK HALAL ( TANPA ALKOHOL )

PENGERTIAN ARAK

Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar, berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.

Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis ainnya. Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya".
(Surah Al- Maidah ayat 90)

KENAPA PERLU PANGGIL ARAK? TAK SESUAI....

Betul betul mengelirukan Umat Islam. Kalau tiada alkohol macam Ribena, panggil sahajalah nama produk. Cukuplah dengan nama Root Bir yang kadangkala mengelirukan masyarakat.

Memandangkan pembotolan pula hampir menyerupai packing arak beralkohol ( Carlsberg, Anchor Beer dsb ), kita kena bertindak segera untuk jangka panjang.

Esok esok bila anak muda beli bir dijalanan, togok Carlsberg, Jolly Shandy, Anchor Beer, Tiger Beer, kita susah nak bezakan dan akhirnya menjadi tidak kisah sebab sangkakan arak halal.

Malaysia negara Islam walaupun sekular. Kita mencorakkan sistem agar menjadi lebih baik. Jangan beri Allah murka. Padah jawabnya. Segala tindakan di dunia dipersoalkan diakhirat kelak.

suarakami

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Aug 31, 2016 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



NASIHAT BUAT DA'I DAN SEUMPAMANYA
bloglist-malaysia.blogspot.
kerabubersuara.blogspot.

Saya dari awal rancangan Da'i saya sudah nampak keburukan dan bahananya pada agama. Mungkin agak keterlaluan jika saya katakan rancangan itu hanya rancangan hiburan yang bertopengkan agama. Itulah realitinya.

Dulu saya pernah menegur rancangan ini yang melibatkan lelaki dan perempuan yang bukan Mahram,Lagi pula bermesra berlebihan, Ikhtilat dan batasan tidak di hiraukan dan bercampur antara Da'i lelaki dan perempuan. Ini bukan cara islam.

Sudah saya katakan agama tidak terbit daripada rancangan 'Ala Islamik' begitu. Bahkan ramai Ulama yang melarang rancangan sedemikian rupa. Di antaranya ialah Syeikh Nuruddin Al-Banjari yang tegas melarang rancangan sebegitu.

Saya lihat kebanyakan yang masuk rancangan itu umur belasan tahun dan awal 20-an,Kalau dinisbah dengan ilmu mungkin masih tidak cukup untuk berdakwah di tengah masyarakat. Sepatutnya umur muda teruskan menuntut Ilmu dulu.

Syarat kemasukan rancangan ini pun tidak ada tapis Ilmu melainkan hanya yang pandai berbicara dan pandai "Mengayat"; terutama perempuan. Dengan kata kata manis mulut kononya atas nama nasihat agama tapi ayat itu penuh dgn maksiat.

Sepatutnya syarat kemasukan test mereka supaya baca dan hurai Kitab jawi dan arab. bukan test mereka dengan ayat puitis manis di mulut sahaja. Hari itu saya terlihat uji bakat rancangan itu. juri test tanya syarat sah solat pun tak tahu.

Hari ini terbukti ada Dae'i yang berpuitis di laman sosial dengan ayat yang agak keterlaluan dan menghilangkan Tsiqah orang ugama. Kononya ingin menasihat artis, saya lihat itu bukan nasihat tapi lebih kepada "Mengorat";, ia bertopengkan ugama demi mencari populariti.

Benarlah kata Syeikh Zainal Abidin Al-Fathoni dalam Kitabnya Aqidatun Najin, Katanya disebabkan Ulama sangat mulia di sisi Allah, Maka ramai orang jahil hari ini mendakwa diri mereka itu Alim" padahal pada hakikatnya ia jahil.

Ulama' manusia mengangkat mereka kerana kealimannya. Akan tetapi orang jahil mengangkat diri sendiri kerana ingin mencari kemasyhuran dan populariti dimata manusia jahil. Ulama makin berkurang dan Da'i yang merapu makin bertambah.

Guru selalu pesan, kita belajar agama ni jangan cari kemasyhuran, jangan nak disanjung dan jangan cari habuan dunia dengan ugama.

Nasihat saya, ayuhlah kita sama-sama belajar. InsyaAllah, bila Alim orang akan angkat kita dengan sendirinya. Jangan kita mengangkat diri sendiri.

Hafiz Adnan
Tok Faqir Pondok

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Aug 31, 2016 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Viral Mat Salleh Kutip Sampah Sukarela : "Ini Hanya Sumbangan Kecil Kami Kepada Jiran", kata Micheal Joseph
siakapkeli.my

Pasir Gudang, 30 Ogos: Baru-baru ini, foto mereka yang sedang memungut sampah di satu kawasan perumahan di sini menjadi viral di media sosial dan pasangan suami isteri tersebut, Micheal Joseph dan Tammy Sue tidak menyangka perbuatan mereka itu menjadi viral.

Joseph, 63, berkata kepada Harian Metro, yang menemui mereka baru-baru ini, bahawa langkahnya mengutip sampah itu sudah dilakukan olehnya sejak tiga hingga empat bulan lalu selepas berpindah ke negeri itu pada Disember 2014.

Micheal berkata, sejak berpindah ke kawasan tersebut, dia dan isteri selalu memikirkan jalan terbaik untuk berkhidmat kepada jiran tetangga sehingga terpanggil untuk melakukan khidmat mengutip sampah secara sukarela.

"Biarpun kami adalah orang mendatang yang mempunyai perbezaan agama dan fahaman di kawasan perumahan ini, sudah menjadi prinsip hidup kami supaya sentiasa berbuat baik dengan orang lain.

"Ini hanya sumbangan kecil kami kepada jiran yang mana kami ingin membantu mereka supaya kawasan perumahan ini sentiasa bersih selain memudahkan tugas petugas yang memungut sampah di kawasan ini.

"Kami hanya mengutip sampah dan memasukkan ke dalam plastik sebelum dibuang ke tong sampah yang lebih besar, sama ada di tong sampah rumah kami atau di kawasan yang mempunyai longgokan sampah yang banyak," kata Joseph yang juga seorang bekas wartawan di Texas, AS..

Menurut Joseph lagi, sejak dia berpindah ke kawasan tersebut, dia dan isteri akan menghabiskan masa bersiar-siar di taman dan melakukan senaman dengan berjalan di seluruh kawasan perumahan itu.

Pada satu hari, pasangan itu terdetik untuk mengutip sampah di kawasan sekitar sementara mereka mengambil angin.

Pasangan yang mempunyai tiga anak berusia 31 hingga 36 tahun itu berkata, mereka hanya mengambil masa kira-kira 45 minit pada setiap hari Isnin dan Khamis bagi melakukan perkara berkenaan dan biasanya, hanya mengutip sampah dalam tiga beg plastik saja.

Menurut Tammy yang juga bekas jururawat di Texas, dia dan suaminya selama ini diajar untuk mencintai orang sekeliling dan itu antara cara mereka menunjukkan rasa kasih serta sayang kepada jiran tetangga.

"Ada jiran yang menghantar mesej kepada kami dan tunjuk bahawa gambar kami tersiar di laman sosial.

"Jiran dan orang sekeliling amat menghargai apa yang kami lakukan. Ada yang akan memberhentikan kenderaan dan mengucapkan terima kasih, malah ada juga yang menghulurkan makanan dan minuman buat kami.

"Bagi kami, ini bukan soal kebersihan semata-mata kerana di mana saja, malah di AS juga, sampah sarap itu memang akan wujud."katanya.

Tammy juga berkata, perbuatan mereka itu bukan untuk memberi tanggapan buruk bahawa kawasan tersebut kotor, tetapi untuk berkhidmat kepada jiran-jiran.

"Apa yang kami lakukan ini, bukan untuk memberi persepsi buruk sama ada menganggap kawasan ini kotor atau orang sekeliling yang tidak menjaga kebersihan, tetapi apa yang kami lakukan ini hanya untuk berkhidmat kepada jiran dan kawasan perumahan yang kami diami.

"Bagi kami, apa yang kami lakukan hanyalah perkara kecil, tetapi ia mungkin nampak besar kerana kami dipanggil 'Mat Salleh'," katanya yang kini dalam proses mempelajari Bahasa Melayu dan mengikuti kelas bahasa di rumahnya setiap hari.

Sumber : Harian Metro

Hari-Hari Pasangan "Mat Saleh" Ini Kutip Sampah Yang Dibuang Oleh Orang Kita Di Tepi Jalan
siakapkeli.my

Hari ini menjadi viral dilaman sosial beberapa keping gambar yang menunjukkan sikap terpuji pasangan suami isteri 'orang putih' sehingga gambar mereka menjadi bualan ramai.

Mana tidaknya, pasangan ini dikatakan mempunyai sifat yang tiada pada kebanyakan orang kita, mereka dikatakan hari-hari membersihkan bahu jalan dengan mengutip sampah yang dibuang oleh orang kita.

Gambar-gambar mereka ini telah dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Zaki Bai, katanya lokasi mereka adalah di Taman Bukit Dahlia, Pasir Gudang dan kini perkongsian berkenaan beliau telah mendapat perhatian ramai.

Menurut seorang pengguna Facebook bernama Nik Ahmad Faisal, beliau menurunkan komen mengatakan pasangan ini berasal dari Texas, Amerika Syarikat dan kini menetap di Malaysia.

"Namanya adalah Uncle Mike, tidak ingat nama isterinya, setiap kali selepas jogging mereka akan mengutip sampah di sekitar kawasan berkenaan," tulisnya.

Berikut adalah reaksi netizen.

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Aug 31, 2016 8:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bersedekah Tidak Semestinya Dengan Harta Sahaja
bloglist-malaysia.blogspot.
detikislam.blogspot

Bersedekah tidak semesti dengan harta sahaja

Mungkin ramai di kalangan kita apabila disebutkan sahaja sedekah akan membayangkan ia perlu mengeluarkan sejumlah wang atau harta. Lalu sebahagian dari kita akan merasa sempit dada kerana mungkin tidak mampu untuk memberi atau mula memberi berbagai alasan. Sinonimnya kebanyakan dari kita sememangnya begitu kerana kelaziman manusia mempunyai sifat berkira atau kedekut. Kita disarankan berbuat begitu kalau untuk melakukan kemungkaran atau berbuat dosa.

Dikisahkan di dalam sebuah hadis riwayat Muslim di dalam Kitab Zakat, beberapa orang sahabat Nabi SAW telah datang menemui baginda SAW menzahirkan rasa cemburu terhadap golongan yang kaya. Mereka merasa cemburu kerana golongan kaya itu dapat membuat pahala yang banyak kerana mampu bersedekah dengan lebihan harta mereka. Lalu apakah jawapan Rasulullah SAW terhadap mereka? "Bukankah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kamu yang boleh kamu sedekahkan? Sesungguhnya bagi kamu dengan setiap kali bertasbih (mengucap Subhanallah) adalah sedekah. Setiap kali bertakbir(mengucap Allahu Akbar) adalah sedekah . Setiap kali bertahmid (mengucap Alhamdulillah) adalah sedekah. Setiap kali bertahlil (mengucap La ilah illalLah) adalah sedekah. Ajak kebaikan adalah sedekah. Cegah kemungkaran adalah sedekah. Menggauli isteri adalah sedekah." Para sahabat terkejut kerana memuaskan nafsu juga dianggap sedekah. Lantas baginda SAW bersabda: "Apakah pendapat kamu kiranya ia memuaskan nafsunya pada yang haram? Adakah ia mendapat dosa? Begitulah sebaliknya. Jika dia memuaskan pada yang halal, maka dia mendapat pahala."

Sungguh indah agama ini. Sangat mudah untuk membuat kebaikan. Sangat mudah mendapat pahala kebajikan. Sesungguhnya pintu-pintu kebajikan sangat luas.Di mana-mana dan pada bila-bila masa kita boleh bersedekah.

*Tasbih, Tahmid, Takbir, Tahlil dan Melakukan Yang Halal
Sepertimana yang disebutkan di dalam hadis di atas, amalan bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil adalah sedekah. Bahkan menggauli isteri juga adalah sedekah. Kerana apa? Kerana dengannya ia terpelihara dari perbuatan maksiat. Tambah-tambah lagi sekiranya ia berniat untuk mendapatkan zuriat yang soleh darinya. Niat telah mengubah adat menjadi ibadat. Hadis itu juga boleh memberi maksud, Allah mengganjari pahala pada apa sahaja perbuatan yang halal, Sangat mudah bukan untuk mendapat pahala? Pada hakikatnya bukan hanya amalan itu yang dianggap sedekah. Terdapat banyak lagi riwayat hadis yang menyatakan bentuk-bentuk sedekah yang lain, yang boleh kita lakukan hingga seolah-olahnya sepanjang 24 jam dalam sehari kita boleh melakukan pelbagai bentuk sedekah. Sekarang mari kita telusuri hadis-hadis di bawah untuk kita sama-sama merasai keindahan, kesyumulan dan mudahnya Islam.

*Nafkah Kepada Keluarga
Hakikatnya, setiap hari Allah telah menyediakan bagi hamba-hambanya ganjaran dan pahala kiranya digandingkan dengan keikhlasan dan niat yang baik. Bukankah setiap hari kita membelanjakan sesuatu untuk ahli keluarga kita? Di situ juga ada pahala sedekah yang Allah janjikan. Sabda Rasulullah SAW: Apabila seorang lelaki memberi nafkah kepada keluarganya dengan penuh pasrah mengharapkan redha Allah, maka baginya bernilai sedekah baginya. (Riwayat Bukhari dan Muslim). Rasulullah SAW juga ada bersabda; Sesungguhnya tidaklah engkau menginfakkan sesuatu dengan tujuan mencari redha Allah melainkan engkau akan mendapat pahala kerananya, bahkan makanan yang engkau suapkan ke mulut isterimu sekalipun. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

*Sedekah Dari Hasil Tanaman
Pernahkah kita tahu sekiranya binatang memakan hasil tanaman kita, kita mendapat pahala sedekah? Dalam hal ini Rasulullah SAW ada bersabda yang bermaksud: Mana-mana muslim yang menanam tanaman, apa sahaja daripada tanamannya dimakan, dia mendapat pahala sedekah. Apa sahaja dari tanamannya dicuri, dia mendapat pahala sedekah. Apa sahaja dari tanamannya dimakan binatang buas, dia mendapat pahala sedekah. Apa sahaja dari tanamannya dimakan burung, dia mendapat pahala sedekah. Dan apa sahaja daripada tanamannya diambil seseorang, dia mendapat pahala sedekah. (Hadis riwayat Muslim)

*Tidak Melakukan Kejahatan
Dikatakan juga sebagai sedekah apabila kita menahan diri dari melakukan kejahatan. Sabda Rasulullah SAW: Sekiranya dia tidak mampu melakukan kebaikan, dia hendaklah menegah dirinya dari melakukan kejahatan. Sesungguhnya ia adalah sedekah baginya. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

*Membantu, Menasihat Serta Menggembirakan Saudaranya
Bahkan pada setiap perkara yang dibuat untuk menceriakan orang lain, memudahkan urusannya, mengajaknya ke arah kebaikan dan mencegah dari melakukan kemungkaran dan sebagainya, yang sangat mudah untuk dilakukan setiap hari, padanya Allah sediakan ganjaran. Sabda Rasulullah SAW: Senyumanmu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu. Kamu menyuruh melakukan kebaikan dan menegah kemungkaran adalah sedekah bagimu. Kamu memberi pandu arah kepada seorang lelaki yang tersesat di suatu tempat adalah sedekah bagimu. Kamu membuang batu, duri dan tulang di jalan adalah sedekah bagimu. Kamu menuang air dari timbamu untuk diisi ke dalam timba saudaramu adalah sedekah bagimu. (Hadis riwayat Tirmizi)

Maka dengan itu, tenanglah hati-hati mereka yang tidak punyai harta yang cukup untuk bersedekah kerana Allah telah menyediakan ruang yang sangat luas untuk mereka membuat kebaikan. Namun demikian, bagi yang mempunyai harta yang lebih, kiranya mereka bersedekah dengan harta mereka dan dalam masa yang sama mereka juga melakukan amal-amal kebajikan yang banyak, maka sesungguhnya ganjaran untuk mereka sangatlah besar. Itulah kelebihan yang telah Allah kurniakan buat mereka.

Antara pengajaran lain yang boleh kita ambil dari kumpulan hadis di atas ialah;
• Zahir hadis-hadis di atas menunjukkan bahawa semua yang disebutkan adalah sedekah. Samada ia berbentuk perkataan atau perbuatan. Samada berbentuk harta mahupun bukan harta.
• Islam sangat mudah. Sedekah bukan hanya dengan harta. Bahkan dengan apa sahaja kebaikan yang kita lakukan dan apa sahaja kegembiraan yang kita berikan kepada oranglain. Bahkan ganjarannya adalah sama dengan ganjaran mereka yang bersedekah dengan harta.
• Melakukan sesuatu yang halal, padanya pahala sedekah.
• Sesiapa yang melakukan kebaikan tetap diberikan ganjaran pahala walaupun mereka melakukan tanpa tujuan dan niat sepertimana pahala yang diterima oleh seseorang yang hasil tanamannya dimakan burung atau dicuri orang.
• Ia juga menunjukkan bahawa Islam sangat menuntut umatnya supaya menjaga silaturrahim, memelihara dan menunaikan hak-hak sesama saudara. Hinggakan apa sahaja kebaikanke arah itu, dikira sebagai sedekah.

Untuk itu, marilah kita memperbanyakkan amal dan kebajikan untuk mengejar kelebihan-kelebihan yang Allah telah janjikan, dengan apa sahaja yang kita miliki dan apa sahaja yang kita mampu kerana Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap perbuatan baik adalah sedekah. (Hadis riwayat Muslim)

Ehsan – Ustazah Suriani binti Sudi
Ahmad Irsha

sumber https://peribadirasulullah.wordpress.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Aug 31, 2016 8:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hotel Muslim Di Kaki Gunung Fuji Belum Terima Sebarang Tempahan, Punyai Permandangan Cantik
siakapkeli.my

Disebalik keindahan alam dikaki pergunungan gunung Fuji di Jepun rupanya terdapat sebuah hotel yang patuh syariah dan mempunyai permandangan cantik amat sesuai untuk didiami terutamanya pelancong beragaman Islam.

Namun hasrat murni pengusaha hotel patuh syariah berkenaan belum tercapai lagi apabila hotel miliknya yang terletak berhampiran tasik Kawaguchi dalam daerah Fujikawaguchiko itu masih belum menerima sebarang tempahan daripada pelancong beragama Islam, lapor Japan Times.

tasik Kawaguchi

Hotel syariah Fujisan di kaki gunung Fuji yang diusahakan oleh Shigeru Yamashita dikatakan menyediakan segala kemudahan untuk mereka beragama Islam di mana ianya menyediakan masakan makanan halal Jepun menggunakan daging lembu dan bebas alkohol.

Selain itu, hotel berkenaan juga dilengkapi surau untuk kemudahan solat, manakala sebanyak lapan bilik di hotel itu mempunyai anak panah yang menunjuk arah kiblat, lengkap dengan sejadah.

Hotel berkenaan dikatakan telah diubahsuai daripada sebuah rumah kosong sehingga menjadi sebuah hotel bercirikan syariah pada 17 Ogos lalu, namun ia masih tidak menerima sebarang tempahan.

Menurut Shigeru Yamashita,72, beliau sememangnya menjangka keadaan ini terjadi di mana dia tidak akan mendapat pelanggan pada hari-hari awal selepas restoran itu dibuka.

"Saya menguruskan hotel ini sambil melihat ke depan untuk masa akan datang dalam tempoh lima hingga 10 tahun," katanya.

Beliau memberitahu dia mula tertarik dalam sajian makanan halal beberapa tahun lalu selepas membawa sekumpulan pelancong muslim melancong di situ.

Jadi, beliau telah mendapat ilham untuk membuka sebuah hotel yang berasakan Syariah bagi mensasarkan pelancong beragama Islam kerana peningkatan bilangan pengunjung ke Fujikawaguchiko adalah berasal dari Indonesia dan Malaysia.

Selain hotel itu, beliau turut mempunyai sebuah hotel di bandar Fujikawaguchiko di mana menawarkan makanan halal jika diminta sejak awal tahun lepas.

Oleh itu dia membuat keputusan untuk membuka sebuah hotel khusus untuk pelancong muslim selepas diberitahu kesukaran mereka mencari masjid dan restoran halal.

Pada tahun 2015 lalu, dianggarkan lebih 8000 orang pelangong Muslim daripada Malaysia dan Indonesia melawat bandar Fujikawaguchiko yang berhampiran dengan Gunung Fuji.

Yamashita percaya jumlah itu akan meningkat jika persekitaran yang mesra Muslim dibangunkan di sana di mana beliau bercadang jika mendapat sambutan baik dari pelancong Islam dia akan membina sebuah masjid di hotel berkenaan bagi memudahkan pelancong Islam beribadat. - Siakapkeli.my

Sumber gambar: booking.com

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: