Monday, September 19, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4587[1 Attachment]

9 Messages

Digest #4587

Messages

Sun Sep 18, 2016 7:19 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Najib mungkin tukar MB di 4 negeri

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) akan datang, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijangka akan membuat 'perubahan' untuk memastikan BN kekal berkuasa.

Akhbar berbahasa Inggeris The Star yang memetik sumber berkata, perubahan yang akan dilakukan termasuk menukar menteri besar di empat negeri- Pahang, Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.

"Perdana Menteri perlu pemimpin baru untuk menerajui jentera di negeri tersebut," kata sumber itu yang dipetik sebagai berkata.

Spekulasi mengenai perubahan dalam jentera kerajaan Umno telah giat diperkatakan selepas Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob baru-baru ini berkata mungkin tidak akan mempertahankan kerusi DUN Pelangai yang telah disandangnya sejak 1986.

Adnan membuat kenyataan itu beberapa hari selepas dia mengejutkan Dewan DUN dengan meletakkan 'pen di antara jari di kakinya' bagi menolak khabar angin kononnya beliau tidak sihat.

Di Kedah pula, The Star melaporkan, perancangan Najib untuk menukar menteri besar itu ekoran kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah yang kerap ke hospital.

Begitu juga dengan Negeri Sembilan, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamad Hasan turut mempunyai masalah kesihatan ketika beliau dikatakan sakit semasa menghadiri Mesyuarat Agung Umno bahagian Rembau.

Cukai Hotel, Cukai Baru Untuk Promosi Industri Pelancongan Selepas Negara Hilang Hasil Akibat Kejatuhan Harga Minyak - Nazri Aziz
bloglist-malaysia.blogspot.
amenoworld.net

Menteri bagitau ;

Kerajaan gila kesayangan kita neh ada satu plan percukaian terbaru. Plan tersebut ialah memperkenalkan cukai perhotelan. Pelaksanaan cukai ini perlu bagi membantu kerajaan menjana pendapatan. Kerajaan telah hilang banyak pendapatan berikutan kejatuhan harga minyak global oleh itu bagi mendapatkan kembali dana yang hilang perkenalan satu cukai ke atas hotel perlu dilaksanakan agar kementerian pelancongan mendapat dana bagi mempromosikan Malaysia.

Kejap. Rasa nak maki. Tapi input belum cukup. Nak rasa marah. Tapi info atas tangan belum lengkap. Jadi aku bersabar dulu sehingga jelas dengan semua maklumat.

Pendapat aku secara kasar. Cukai seperti ini tidak boleh ada sebabnya ialah hotel dah ada 2 jenis cukai. Bila ko book hotel online ko kena bayar cukai perkhidmatan dan cukai GST. So cukai perhotelan ini untuk apa pula? Kita dah ada cukai perkhidmatan disitu beb. Then ko tambah GST lagi. Sekarang kau nak impose satu lagi jenis cukai. Tak logik. Di saat kau nak boost industri pelancongan dengan impose cukai baru kau indirectly jatuhkan industri perhotelan. Ko laksanakan cukai baru sebab nak cari dana. Tetapi siapa pula nak rajin tidur hotel dengan segala cukai yang mencekik. Baik p layan homestay beb. Homestay yang diusahakan oleh orang perseorangan. Selain murah ianya juga lengkap dengan segala kemudahan.

Cukai baru jika di impose, kalau pelancong tahu dorang pun takmau mai sebab menambah kos meskipun matawang Malaysia dah jatuh. Sebaliknya hapuskan je cukai2 sedia ada dan stick pada GST 6% semata. GST 6% itu nanti akan kembali kepada kerajaan sebagai revenue disebabkan penghapusan2 cukai sedia ada buat kita jadi berani nak perhabis duit dengan melancong.

Jangan tambah cukai. Cari jalan dengan boost industri pelancongan supaya kerajaan dapat tambah pendapatan directly dari hasil GST. Tak pun minta no penderma baik ahti dari Najib atau Reza anak tiri si Najib tu hah. Suruh dia derma kepada kementerian ko atas alasan menyelamatkan rakyat Malaysia dari penjajahan cukai. Aku percaya penderma yang baik ahti itu akan memahami keperitan dan kesusahan rakyat Malaysia. Aku ikhlas sebut neh. Seriyus pula tu. Bukannya main-main taw.

Kbai.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 18, 2016 7:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



LOKASI SEMADI DATOK HARUN DIN ADALAH BUKTI KEHEBATAN ALLAH
bloglist-malaysia.blogspot
kerabubersuara.blogspot

LOKASI SEMADI DATOK HARUN DIN ADALAH BUKTI KEHEBATAN ALLAH

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Siapa sangka? Lahir di Iraq tapi dikebumikan di Kg Sungai Pusu Gombak! Itu yang berlaku kepada Prof. Dr. Irfan dan Dr. Baha'uddin, 2 pensyarah UIAM yang berasal dari Iraq. Siapa sangka lahir di Malaysia tetapi meninggal dunia di ruang udara Ukraine. Itu pula yang berlaku kepada mangsa nahas kapal terbang MH 17. Siapa pula tahu, al-Marhum Tuan Guru Datok Dr. Harun Din, lahirnya di Perlis tapi disemadikan di California, Amerika Syarikat. Jarak antara dua lokasi ini beribu batu jauhnya.

Apabila mengenang "lokasi semadi" Tuan Guru Datok Harun Din, iman kita kepada Allah sepatutnya mencanak naik. Hebat sekali Allah yang merencanakan segala sesuatu. Benar sekali firman Allah ini:

إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ وَيُنَزِّلُ الْغَيْثَ وَيَعْلَمُ مَا فِي الْأَرْحَامِ وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ مَاذَا تَكْسِبُ غَدًا وَمَا تَدْرِي نَفْسٌ بِأَيِّ أَرْضٍ تَمُوتُ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ

Ertinya: Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dia lah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); DAN TIADA SEORANGPUN YANG DAPAT MENGETAHUI DI BUMI NEGERI MANAKAH IA AKAN MATI. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuanNya (Luqman[31:34]).

Siapa tahu? Ketika malaikat diarah meniup roh ke dalam janin Tuan Guru Datok Harun Din pada usianya 4 bulan, tarikh dan tempat matinya sudah ditetapkan Allah berlaku di bumi California Amerika Syarikat yang nun jauh di sana. Benar sekali sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَبْعَثُ اللَّهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ وَيُقَالُ لَهُ اكْتُبْ عَمَلَهُ وَرِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ ثُمَّ يُنْفَخُ فِيهِ الرُّوحُ

Ertinya: Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian ia menjadi segumpal darah selama itu juga (40 hari), kemudian ia menjadi seketul daging selama itu juga (40 hari), kemudian dihantar kepadanya malaikat lalu diarahkan agar menulis 4 perkara. Lalu dikatakan kepada malaikat itu: Tuliskan perihal amalannya, kadar rezekinya, ajalnya dan sama ada dia menjadi orang yang celaka (sebagai ahli neraka) atau bahagia (sebagai ahli syurga). Kemudian ditiup padanya ruh (Sahih al-Bukhari, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan Ibn Majah, Musnad Ahmad).

Ketika mengulas ayat misteri tempat mati yang ditetapkan bagi manusia, Imam Ibn Kathir membawa sebuah hadith, sabda Rasulullah SAW:

إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى إِذَا أَرَادَ قَبْضَ رُوحِ عَبْدٍ بِأَرْضٍ جَعَلَ لَهُ فِيهَا أَوْ قَالَ بِهَا حَاجَةً

Ertinya: Sesungguhnya apabila Allah mahu mencabut roh hambanya di sebuah bumi, dijadikan bagi hambaNya itu sesuatu hajat (urusan) di bumi tersebut (Musnad Ahmad & Sahih Ibn Hibban)(Hadith ini dinilai sahih oleh al-Albani).

Ketika mengulas ayat 34 surah Luqman di atas, para mufassir membawa sebuah riwayat Isra'iliyyat yang mengkisahkan satu peristiwa ajaib pada zaman nabi Sulayman AS.

"Pada suatu hari Malaikat Maut bertemu dengan nabi Sulayman AS. Malaikat Maut terpaku melihat seorang lelaki dalam majlis nabi Sulayman. Lelaki itu bertanya kepada baginda AS: "Siapakah dia ini?" Nabi Sulayman menjawab: "Dia adalah Malaikat Maut." Lelaki itu berkata: "Seakan-akan dia mahu mencabut nyawaku, wahai tuanku suruhlah si angin agar ia membawaku jauh ke negeri Hind." Nabi Sulayman pun melaksanakan permintaan lelaki tersebut. Sesudah itu Malaikat Maut berkata: "Sebenarnya aku melihatnya kehairanan kerana aku diarahkan Allah agar mencabut nyawanya di negeri Hind sedangkan (dalam beberapa ketika sebelum matinya) dia masih berada bersamamu." (Tafsir al-Alusi, Tafsir al-Baydawi dan Tafsir al-Nasafi).

Mati adalah misteri Allah. Tiada siapa tahu tarikh mati dan di bumi mana dia akan mati atau dikebumikan. Apa yang pasti, ikatan sempadan negara hanya berlaku di alam zahir ini. Alam barzakh yang menjadi negeri persinggahan sementara sebelum sampai alam akhirat pastinya tiada sempadan ruang dan masa seperti alam dunia. Orang beriman seperti al-Marhum Tuan Guru Datok Harun Din mungkin sedang berbahagia di sana bersama orang beriman yang lain. Ya Allah! Jadikan kubur Tuan Guru kami ini sebagai sebuah taman antara taman syurgaMu. Insya Allah.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari

* Dapatkan buku penulis:

http://pts.com.my/S=e25b12b6e5fe2e54576c4c3b35587d6fea5e66f4/buku/ceritera-haji-wartawan-al-quran-tuhan-kami-datang/

http://pts.com.my/buku/ayat-ayat-syaitan-mombongkar-rahsia-jin-syaitan-dan-iblis-dalam-al-quran/

http://pts.com.my/buku/apabila-tuhan-berbicara/

http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Dr Harun Din Sendiri Minta DiKebumikan di AS

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din mengamanatkan untuk dikebumikan di Amerika Syarikat (AS) jika ditakdirkan meninggal dunia di negara itu.

Amanat terakhir arwah itu disampaikan kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangannya di negeri ini, menurut BH Online.

Memetik kenyataan Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli, pesanan tersebut disampaikan arwah di Pusat Rawatan Darussyifa di Santan, Kangar sebelum berlepas ke AS pada 10 September lalu.

"Amanat itu disampaikan sebagai persediaan kerana ini kali keenam Allahyarham menjalani pembedahan," katanya ketika dihubungi, menurut laporan yang sama.

Arwah yang juga pendakwah terkemuka meninggal dunia di Hospital Stanford University, San Francisco, AS pada usia 76 tahun.

Terdahulu, arwah dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan selepas mengalami masalah jantung.

Beliau meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Allahyarham mula bergiat aktif dalam PAS sejak 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983) dan dipilih sebagai Mursyidul Am PAS selepas pemergian arwah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas lanjut, Mohd Shukri berkata, solat jenazah ghaib akan diadakan di Kompleks PAS Perlis di Jalan Stadium Utama, Kangar malam ini.

Jenazah Haron Din Akan Dikebumikan Di San Francisco
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR 16 Sept: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan bahawa jenazah Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Dr Haron Din, akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam di daerah San Francisco, California.

Beliau dimaklumkan mengenai hal tersebut selepas berhubung dengan keluarga Allahyarham.

"Baharu bercakap dengan keluarga TG Dt Dr Harun Din (Tuan Guru Datuk Dr Haron Din), keluarga sepakat pengkebumian di San Francisco", katanya dalam catatan terbaru di laman Twitter rasminya.

"Solat jenazah di Masjid An Nur di sana", tambahnya lagi.

Allahyarham Haron Din, 76, meninggal dunia pada jam 10.10 pagi tadi waktu Malaysia, akibat kompilasi jantung.

Pengasas pusat rawatan Islam Darussyifa itu berlepas ke AS sejak 10 September lalu, bagi mendapatkan rawatan berhubung masalah jantung yang dihadapinya, dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak semalam ketika menjalani rawatan jantung di Hospital Stanford University, San Francisco.

Allahyarham meninggalkan isteri Datin Khatijah Salleh serta dua anak lelaki dan tiga anak perempuan.

Sumber: BH Online , Utusan Online

Solat Jenazah Ghaib Al marhum Tuan Guru Dato Dr Harun Din

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hadir di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam bagi menyempurnakan solat jenazah ghaib Al marhum Tuan Guru Dato Dr Harun Din yang telah diimamkan oleh cucunda beliau pagi tadi.

Saran semua masjid adakan solat jenazah ghaib Untuk Dr Harun Din

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

SHAH ALAM - Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyarankan semua masjid utama di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk melaksanakan solat jenazah ghaib di atas pemergian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri itu turutu menyarankan solat sama turut dilakukan di masjid serta surau di bawah Jabatan Agama Islam Persekutuan (Jawi).

"Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, negara kita telah kehilangan seorang tokoh yang telah banyak menyumbangkan jasa bakti kepada agama dan negara.

"Sehubungan itu, saya menyeru seluruh umat Islam di Malaysia agar dapat mengadakan solat jenazah ghaib sebaik sahaja mendapat maklum bahawa urusan-urusan berkaitan di sana telahpun disempurnakan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Haron disahkan meninggal dunia di Hospital Stanford University Amerika Syarikat pagi ini selepas dilaporkan dalam keadaan kritikal akibat komplikasi jantung.

Pemergian Haron disampaikan melalui akaun Facebook rasmi milik Allahyarham.

Dalam pada itu, Jamil Khir turut memohon kerjasama Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri untuk menyarankan seluruh masjid di negeri masing-masing melaksanakan solat jenazah ghaib.

"Justeru itu, saya mengharapkan agar seluruh ahli keluarga Allahyarham bersabar dan tabah dengan ujian ini.

"Saya doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan yang beriman dan bertaqwa di sisi Ilahi," katanya lagi.

Dr. Haron Din: Perginya satu lagi permata
bloglist-malaysia.blogspot
cenangau.blogspot.

Walaupun dalam bab dan isu politik, aku banyak tak setuju dengan pandangan dan pendirian allahyarham Dr. Haron Din sejak dulu lagi tapi penglibatan dan jasa beliau terutama sekali dalam bidang perubatan Islam memang tidak boleh dinafikan.

HMetro melaporkan :

Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California, sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.

Ketua Penerangan PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi ketika mengesahkan perkara itu berkata, maklumat lanjut akan menyusul daripada pihak keluarga Allahyarham Tuan Guru. - Hmetro.
Salam takziah untuk keluarga allahyarham, semoga tabah menghadapi ujian yang mesti dihadapi oleh orang yang hidup.

Juga salam takziah untuk seluruh ahli PAS terutama sekali para pentaksub geng Ostad atas pemergian allahyarham Dr. Haron Din Mursyidul Am PAS yang ke-3 selepas allahyarham Hj Yusuf Rawa dan allahyarham TG Nik Aziz Nik Mat.

Juga dilaporkan:

"Jam 10.10 pagi ini, berita kami terima bahawa Tuan Guru Datuk Dr Haron Din telah kembali ke rahmatullah di Hospital Stanford University Amerika Syarikat.

"Semoga Allah swt mencucuri rahmat-Nya dan mengampuni Almarhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dalam kalangan hamba-Nya yang soleh," katanya dalam kenyataan di sini.

Sebelum itu Allahyarham ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California akibat komplikasi jantung yang kritikal.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Allahyarham mula menjawat jawatan tertinggi PAS itu pada tahun lalu selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Mula bergiat aktif dalam parti sejak tahun 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).

Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am. - Ibid.
Walaupun dalam bab dan isu politik, aku banyak tak setuju dengan pandangan dan pendirian allahyarham Dr. Haron Din sejak dulu lagi tapi penglibatan dan jasa beliau dalam bidang agama dan dakwah Islam terutama sekali dalam bidang perubatan Islam memang tidak boleh dinafikan.

Walaupun ramai yang mempertikai beberapa kaedah dan amalan yang beliau lakukan tetapi jasa beliau dalam memurnikan bidang perubatan alternatif dari amalan khurafat amat besar dan cukup jelas dapat dilihat kesannya sekarang.

Kalau sebelum ni jampi serapah begitu kukuh dalam budaya perubatan tradisional melayu tapi dengan keujudan Darul Syifa bukan saja berjaya memecahkan monopoli pawang dan dukun tapi kaedah perubatan Islam berjaya jauh mengatasi kaedah perubatan tradisional pawang dan dukun.

Haron Din merupakan generasi awal lulusan Islam bersama PAS - Abdul Hadi

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang meninggal dunia di Amerika Syarikat hari ini.

Beliau berkata Allahyarham Haron adalah di antara generasi awal lulusan Islam yang bersama-sama dengan PAS sejak parti itu ditubuhkan.

"Beliau merupakan generasi awal yang bersama dengan PAS, generasi awal lulusan Islam bersama dengan Profesor Dr Zulkifli Mohamad dan kumpulan Islam.

"Kita harap semua sumbangan Allahyarham terhadap Islam dapat diterima Allah SWT dan semua kekurangan beliau diampunkan oleh Allah SWT.

"Mudah-mudahan Allah bagi rahmat dan meletakkan rohnya bersama para Anbia, syuhada dan para solehin yang menegakkan Islam," katanya selepas menyampaikan kuliah mingguan pagi Jumaat di Masjid Rusila di sini.

Haron, 76, meninggal dunia pada 10.10 pagi (waktu Malaysia) di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 18, 2016 7:20 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Budak maut patah leher kena beg udara

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

BESUT - Malang tidak berbau, itulah yang berlaku terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun maut terkena beg udara yang mengembung selepas kereta yang dipandu bapanya melanggar belakang sebuah kereta lain dalam kejadian kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di jalan Gong Kemuntong, Jertih di sini hari ini.

Dalam kejadian 12.30 tengahari itu, mangsa Muhammad Syawal Amsyar Mohd Fakhruzi disahkan meninggal dunia apabila tiba di hospital.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sebelum kejadian mangsa bersama bapa dan ibunya dari arah Kampung Raja ke Jertih.

Menurutnya, mangsa berada di kerusi penumpang hadapan sementara ibunya berusia 30 tahun duduk di kerusi penumpang belakang.

"Apabila sampai di tempat kejadian mangsa yang memakai tali pinggang keledar bangun berdiri di atas kerusi sambil bermain lalu bapa mangsa yang berumur 32 tahun menyuruhnya duduk dan tiba-tiba bapanya melihat kereta di hadapannya membrek dan bergerak perlahan kerana keadaan lalu lintas yang sesak.

"Bapa mangsa membrek kereta namun disebabkan jarak dekat menyebabkan keretanya melanggar kereta Proton Iswara di hadapan kemudian kereta Iswara itu pula melanggar kereta Perodua Kelisa di hadapannya," katanya.

Mohd Zamri berkata lagi, pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua beg udara papan pemuka (dashboard ) hadapan pemandu dan penumpang hadapan terbuka.

Menurutnya, kesan hentakan beg udara di hadapan kerusi penumpang hadapan itu menyebabkan kanak-kanak tersebut patah tulang tengkuk.

"Bapa dan ibu mangsa termasuk pemandu dua buah kereta lagi tidak mengalami kecederaan. Mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Besut namun disahkan meninggal dunia," katanya.

Jenazah mangsa dituntut ahli keluar dan di bawa pulang ke kampung ibu bapa mereka di Kampung Tok Dor di sini.

Mohd Zamri berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Budak 4 Tahun Maut, Akibat Hentakan Beg Udara
siakapkeli.my

Besut 16 Sept: Seorang budak lelaki empat tahun maut dipercayai terkena hentakan beg udara yang mengembung selepas kereta yang dipandu bapanya terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Kampung Gong Kemuntong, Jertih, siang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa Mohd Syawal Amsyar Mohd Fakhruzi, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Besut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superitenden Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, sewaktu kejadian mangsa duduk di kerusi penumpang hadapan, sementara ibunya, berusia 30 tahun duduk di kerusi penumpang belakang.

"Apabila sampai di tempat kejadian mangsa yang memakai tali pinggang keledar bangun berdiri di atas kerusi sambil bermain lalu bapa mangsa yang berumur 32 tahun menyuruhnya duduk dan tiba-tiba bapanya melihat kereta di hadapannya membrek dan bergerak perlahan kerana keadaan lalu lintas yang sesak", katanya.

Menurut Mohd Zamri lagi, bapa mangsa bertindak membrek kereta, namun disebabkan jarak yang dekat keretanya melanggar kereta Proton Iswara di hadapan kemudian kereta Iswara itu pula melanggar kereta Perodua Kelisa di hadapannya.
"Pelanggaran itu menyebabkan kedua-dua beg udara papan pemuka (dashboard) hadapan pemandu dan penumpang hadapan terbuka dan disebabkan itu, mangsa dipercayai terkena hentakan beg udara yang keluar hingga mengakibatkan lehernya patah," tambahnya lagi.

Manakala, bapa dan ibu mangsa termasuk pemandu dua buah kereta lagi tidak mengalami kecederaan.

Jenazah mangsa dituntut ahli keluar dan di bawa pulang ke kampung ibu bapa mereka di Kampung Tok Dor di sini.

Mohd Zamri berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian , Harian Metro

General Motors Panggil Balik Hampir 4 Juta Kenderaan Seluruh Dunia Selepas Kes Kematian Yang Berkait Dengan Masalah Perisian
siakapkeli.my

Detroit, 10 Sep - General Motors hari ini memanggil semula hampir empat juta kenderaan di seluruh dunia berikutan terdapat satu kematian yang berkait dengan kerosakan perisian.

Kerosakan itu melibatkan satu perisian beg udara di beberapa model, yang mana boleh menyebabkan komputer kenderaan berubah ke dalam mod percubaan; menyebabkan beg udara di model yang terlibat tidak akan timbul apabila berlaku pelanggaran.

Selain itu, tali pinggang keledar juga mungkin tidak akan berfungsi di kenderaan-kenderaan yang terlibat, syarikat tersebut memberi amaran.

Menurut laporan, General Motors akan menghubungi pelanggan dan mengemaskini perisian itu secara percuma.

Model yang terlibat adalah :

— 2014-2016 Buick LaCrosse, Chevrolet SS, Chevrolet Spark EV

— 2014-2017 Buick Encore, GMC Sierra 1500, Chevrolet Corvette, Chevrolet Trax, kereta polis Chevrolet Caprice dan Chevrolet Silverado 1500

— 2015-2017 Chevrolet Tahoe, Chevrolet Suburban, Chevrolet Silverado HD, GMC Yukon, GMC Yukon XL, GMC Sierra HD, Cadillac Escalade dan Cadillac Escalade ESV

Sumber : Mirror

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 18, 2016 7:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kewangan kerajaan pusat tersepit, kata pakar ekonomi

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


Pakar ekonomi, Tan Sri Dr Kamal Salleh menyifatkan kedudukan kewangan kerajaan pusat sekarang tersepit antara kekurangan wang dengan kos pinjaman luar yang tinggi.

Dalam wawancara dengan akhbar mingguan Amanah, bekas pengarah Intitut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER) itu berkata, pendapatan negara sekarang jauh lebih kecil dari perbelanjaannya.

Dalam masa yang sama, katanya, hutang negara kini mencecah 55% dari keluaran dalam negara kasar (GDP) yang menyebabkan rating Malaysia rendah di pasaran antarabangsa.

Kesannya, kata beliau, kos yang tinggi perlu dibayar oleh negara jika mahu berhutang di luar negara bagi menampung keperluan perbelanjaan tempatan.

Ekoran itu, beliau menjangkakan pilihan raya umum tidak akan diadakan tahun ini.

"Kerajaan tidak akan adakan pilihan raya dalam masa yang terdekat kerana mereka akan kalah kerana mereka tidak boleh berbelanja," kata Kamal Salleh dalam wawancara khasnya dengan akhbar mingguan Amanah.

Laporan penuh wawancara itu boleh diikuti dalam akhbar itu yang berada di pasaran sekarang.

Sebelum ini, akhbar mingguan itu juga melaporkan, pilihan raya tidak boleh diadakan pada waktu terdekat ekoran pembekuan dana 1MDB yang berada di luar negara ekoran tindakan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika terhadap dana 1MDB.

Menurut akhbar itu, pilihan raya umum (PRU) terpaksa ditangguhkan ke tahun hadapan walaupun sebelum ini ada pihak menggesa kerajaan supaya mengadakan PRU segera ekoran kemenangan besar BN pada pilihan raya negeri Sarawak dan dua pilihan raya kecil di Semenanjung iaitu Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, September 07, 2016 11:02 PM
Subject: Fw: Hutang negara Malaysia hampir RM1 Trillion.

Hutang negara Malaysia hampir RM1 Trillion.
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

Hutang Negara Malaysia 63.8 Peratus RM847.9 bilion Daripada GDP. Amaran Tengku Razaleigh Kepada Kerajaan Malaysia!
Sesuatu perlu diperbetulkan dengan segera. Jikalau semak semula hutang isi rumah di Malaysia bukanlah tinggi biasa, sangat tinggi iaitu pada kadar 87.4 peratus pada tahun 2015 yang mana telah diangkat sebagai sebuah negara yang mempunyai hutang isi rumah yang paling tinggi di Asia.

MALAYSIA TERTINGGI BERBANDING KOREA SELATAN, SINGAPURA, JEPUN DAN INDONESIA
Negara maju seperti Korea Selatan, Singapura, Jepun pun "kalah dengan Malaysia". Indonesia yang mempunyai jumlah penduduk lebih 200 juta pun kalah dengan negara membangun seperti Malaysia yang mempunyai jumlah penduduk seramai 29.8 juta orang sahaja.

Jikalau sebelum Berita Semasa pernah mengeluarkan laporan Berita pada tahun 2014 seperti di bawah ini mengenai keadaan dan situasi hutang isi rumah di Malaysia, jumlahnya terus meningkat pada ketika ini.

BACA BERKAITAN : Hutang Isi Rumah di Malaysia 86.8 Peratus Kepada KDNK Negara RM854.3 Billion. Tertinggi di Asia. Korea Selatan Pun Kalah!

Semakan Berita Semasa menunjukkan data dan statitik yang dikeluarkan sendiri oleh The Economist melalui Economist Intelligence Unit yang berpangkalan di North Michigan Avenue, Chicago, Amerika Syarikat menunjukkan hutang negara Malaysia terus menunjukkan trend kenaikan sehingga meninggalkan terus negara jiran kita seperti Thailand dan juga Indonesia daripada kadar jumlah hutang kerajaan Malaysia iaitu di paras RM847,978,546,769.32 bersamaan RM847.9 bilion.

AMARAN KU LI
Dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bangkit di Dewan Rakyat baru-baru ini menyuarakan kembimbangan dan amaran kepada kerajaan Malaysia apabila melihatkan situasi hutang negara Malaysia yang berada paras yang menyebabkan krisis ekonomi dan politik pada masa yang akan datang.

Hutang negara Malaysia, hutang rakyat juga. Semakin tinggi hutang negara Malaysia, maknanya semakin terbebanlah rakyat Malaysia di masa akan datang untung menangggung.

P/S : Dikala ekonomi negara Malaysia tidak menentu, berjimat cermatlah ketika berbelanja dan menguruskan dana awam. Berbelanja berdasarkan kemampuan sendiri bagi negara membangun seperti Malaysia.
Sumber :
- http://www.beritasemasa.com.my/hutang-negara-malaysia-gdp-kerajaan

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 18, 2016 7:21 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Paralimpik : Siti Noor Radiah Ismail Raih Gangsa, Kibar Jalur Gemilang di Rio
siakapkeli.my

Rio, 15 Se - Atlet para negara, Siti Noor Radiah, berjaya meraih pingat gangsa bagi acara Lompat Jauh T20 Wanita berjaya meraih gangsa dalam acara yang berlangsung sebentar tadi.

Atlet berusia 23 tahun dari Johor itu melakukan lompatan sejauh 5.20 meter (m) sekali gus memecahkan rekod Asia 5.10m yang dilakukannya ketika memenangi emas di Sukan Para Asia di Incheon 2014.

Pingat emas acara itu dimenangi oleh atlet dari Croatia dengan lompatan sejauh 5.67m manakala pingat perak pula diraih oleh peserta dari Poland dengan lompatan sejauh 5.55m.

Sumbangan pingat gangsa oleh Radiah itu menjadikan jumlah pingat bagi Paralimpik Rio 2016 sebanyak empat setakat ini.

Satu video yang merakamkan aksi Radiah mengibarkan jalur gemilang di Rio dimuat naik di laman Twitter.

Gaya "cakar harimau" Ridzuan Puzi jadi aksi bertaraf dunia?

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Untuk menjadi seorang atlet bertaraf dunia, selain mempamer aksi terbaik di atas gelanggang, atlet itu juga kadang-kala perlu mempunyai gaya tersendiri untuk memikat para penyokong.

Itulah juga yang dipamerkan atlet-atlet bertaraf dunia seperti Usain Bolt dengan aksi "Lightning Bolt" yang diinspirasikan di dewan tarian di Jamaica , Lin Dan dengan gaya tabik hormat ala tentera, Cristiano Ronaldo, pemain bola sepak yang meraikan jaringannya dengan gaya "This is Me", dan tidak ketinggalan, pemain bola keranjang NBA, LeBron James, dengan aksi menepuk serbuk putih sebelum perlawanan.

Dan kini, pelari pecut sensasi negara, Mohamad Ridzuan Puzi, menyertai senarai atlet dunia yang mempunyai gaya atau dalam bahasa Inggerisnya, 'trademark' tersendiri selepas meraih emas pertama Malaysia dalam saingan akhir 100 meter T36 di Sukan Paralimpik Rio.

Apabila pengulas memperkenalkan Ridzuan sambil mengelarnya "The Malaysian Tiger", dengan membuat mimik muka harimau sambil tangannya melakukan cakaran, Ridzuan memperagakan aksi "Cakar Harimau" di depan kamera.

Kenapa "Cakar Harimau" jadi pilhan Ridzuan?

Ridzuan menjelaskan pemilihan itu dibuat secara simbolik terhadap ketangkasan haiwan itu, dan simbolik haiwan itu terhadap Malaysia. Harimau Malaya merupakan spesies haiwan yang hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia.

Aksi itu telah pun diperagakan Ridzuan ketika Sukan Sukan Para Asean 2015 di Singapura.

Jurulatihnya, R. Jeganathan, tidak ada masalah dengan gaya anak didiknya itu asalkan ia tidak mengganggu fokus Ridzuan di atas trek.

Menguruskan atlet kelainan upaya adalah berbeza kerana emosi mereka perlu diambil kira, dan Jeganathan sendiri gembira melihat "anaknya" itu berseronok di atas trek untuk menaikkan semangatnya sendiri.

Kini, Ridzuan mampu berbangga kerana aksi yang diciptanya itu menjadi ikutan buat anak-anak muda lain yang mahu mengikut jejak langkahnya.

"Harimau Malaya" kini boleh berbangga dengan megah akhirnya apabila muncul wira sukan yang berjaya mengharumkan namanya di pentas dunia!

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 18, 2016 7:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



MISTI BANGGA JADI ANGGOTA JPJ BILA TENGOK GAMBAR NI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Dua Anggota Polis Ditahan Cederakan Guru
siakapkeli.my

Keratan video viral

IPOH, 6 Sep - Dua orang anggota polis yang didakwa mencederakan seorang guru sebuah sekolah dekat sini telah ditangkap hari ini.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi, dua anggota itu telah menyebabkan kecederaan kepada guru itu sehingga patah tangan.

"Permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu.

"Siasatan akan dilengkapkan segera dan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut," katanya.

Abdul Rahim berkata, pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan.

Dalam kejadian Selasa minggu lalu, mangsa baharu selesai mengajar kelas tambahan bagi murid-murid tahun enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sinar Online melaporkan, kira-kira jam 7.15 malam, guru berkenaan telah ditahan dua anggota terbabit kerana mengesyaki mangsa adalah penagih dadah dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Rakaman video yang merakamkan kejadian guru terbabit ditahan dua anggota itu tersebar di media sosial.

Menurut Sinar Online lagi, pihaknya berjaya menghubungi guru tersebut namun enggan mengulas lanjut selain mengesahkan tangan kirinya patah.

Sumber : Sinar Online

Dua Anggota Polis Ditahan Kerana Cederakan Guru Sehingga Patah Tangan
bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Jeebond BLM

IPOH - Seorang anggota polis yang didakwa telah mencederakan seorang guru Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi, Lenggong, telah ditahan bagi membantu siasatan hari ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, anggota terbabit telah menyebabkan kecederaan kepada guru berkenaan sehingga patah tangan.

"Permohonan reman akan dibuat esok di Mahkamah Majistret Pengkalan Hulu.

"Siasatan akan dilengkapkan segera dan dirujuk ke Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, pihaknya menjalankan siasatan dibawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan.

Dalam kejadian Selasa minggu lalu, mangsa baharu selesai mengajar kelas tambahan bagi murid-murid tahun enam yang bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Kira-kira jam 7.15 malam, guru berkenaan telah ditahan dua anggota polis berpakaian preman kerana mengesyaki mangsa adalah penagih dadah dan dibawa ke balai polis untuk siasatan.

Kejadian guru malang berkenaan menjadi viral dalam laman sosial apabila orang ramai turut merakam kejadian itu menerusi video pendek berdurasi 20 saat.

Sinar Harian berjaya menghubungi guru berkenaan namun, beliau enggan mengulas lanjut selain mengesahkan dia mengalami patah tangan kirinya.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Sep 18, 2016 7:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KENAPA NAJIB TAK PERGI?
shahbudindotcom
bloglist-malaysia.blogspot.
dialograkyat.blogspot

Pada 22 Ogos lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi telah melakukan lawatan rasmi lima hari ke New York untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNSC.

Dalam mesyuarat itu, Zahid mempengerusikan perbahasan tentang "Cabaran Dalam Mendepani Percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran dan Kaedah Penghantaran, Bahan Berkaitan, Peralatan dan Teknologi Kepada Pelaku Bukan Negara" yang diadakan di ibu pejabat PBB itu.

Majlis Keselamatan PBB dianggotai oleh 15 buah negara dengan lima negara iaitu Amerika Syarikat, Russia, United Kingdom, China dan Perancis adalah anggota tetap, manakala 10 negara lagi bukan anggota tetap yang dipilih setiap dua tahun.

Malaysia menduduki salah satu kerusi bukan tetap Majlis Keselamatan PBB bermula 1 Januari tahun lepas setelah menang dalam pemilihan pada Oktober 2014.

Semalam, Zahid Hamidi sekali lagi ke New York untuk mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung PBB atau UNGA yang bermula 17 hingga 25 September depan.

Menurut laporan Bernama, Zahid akan menyertai Raja-Raja, Presiden dan Perdana Menteri dari seluruh dunia dalam perhimpunan tersebut.

Antaranya Zahid juga dijadual akan menyampaikan kenyataan negara pada sessi debat umum, menyertai mesyuarat peringkat tinggi menangani penghijrahan pelarian dan migran berskala besar dan mesyuarat peringkat tinggi mengenai situasi di Syria.

Dalam tempoh tidak sampai sebulan, dua kali Zahid ke New York menghadiri mesyuarat PBB.

Kenapa Najib Razak tidak pergi dalam Perhimpunan PBB ini sedangkan negara-negara lain menghantar ketua kerajaan masing-masing yang terdiri daripada Raja, Presiden dan Perdana Menterinya?

Mesyuarat PBB kali ini juga adalah yang terakhir dihadiri oleh Barack Obama berikutan penggalnya akan berakhir hujung tahun ini.

Apa yang disibukkannya di Malaysia sehingga diwakilkan kepada Zahid Hamidi menghadiri perhimpunan pemimpin politik terbesar dunia itu?

Bukankah selama ini Najib suka pergi ke Amerika Syarikat?

'Tinggalkan Umno kerana Nazri halau saya'
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

SHAH ALAM - Naib Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Selangor Mohd Hamidi Abu Bakar hari ini, bertindak meninggalkan Umno.

Menerusi satu kenyataan Mohd Hamidi berkata, tindakan itu selaras dengan cabaran Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang mahu dia keluar daripada parti keramat Melayu itu pada bulan Mei lalu.

"Saya ingin mengimbau sedikit kenyataan Nazri kepada saya pada bulan Mei yang lalu, beliau telah menghalau saya daripada Umno.

"Kepada Nazri, saya telah melakukannya," katanya.

Pada Mei lalu, Mohamed Nazri dalam satu laporan dipetik sebagai berkata, beliau mencabar Mohd Hamidi untuk mengikut jejak langkah pemberontak Umno agar keluar daripada parti itu.

"Dia boleh melihat sama ada ia akan membawa bencana untuk dia," kata Mohamed Nazri sebagai respons kepada komen Mohd Hamidi bahawa pengusiran Tan Sri Muhyiddin Yassin , Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menjadi bencana.

Dalam pada itu Mohd Hamidi mendakwa, beliau akan menarik lebih ramai ahli Umno supaya keluar daripada parti itu selepas melakukannya sendiri hari ini.

"Saya berjanji insya-ALLAH saya akan mengajak lebih ramai lagi ahli Umno yang akan mengikut apa yang telah saya lakukan," katanya.

Dalam pada itu, katanya walaupun tindakan keluar daripada Umno merupakan satu keputusan yang sukar, namun ujarnya dia terpaksa melakukannya.

"Saya ingin memohon maaf pada ibu bapa saya dan keluarga besar saya yang kesemuanya adalah ahli Umno, serta ahli-ahli Umno di kawasan saya yang telah memberi saya sedikit jawatan pada pemilihan yang lepas

"Apa pun ingin saya tegaskan, ini adalah atas dasar prinsip dan keyakinan saya bahawa Umno ini tidak lagi menjadi wadah perjuangan orang Melayu.

"Orang Melayu sudah mula hilang keyakinan terhadap Umno, kerana ada sesetengah pemimpin Umno yang tidak serius menangani masalah rasuah serta ketirisan," katanya.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, September 14, 2016 10:52 PM
Subject: Fw: Kecewa Dengan UMNO, isytihar keluar parti

Kecewa Dengan UMNO, Cucu Bekas TPM Keluar UMNO..
bloglist-malaysia.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Tariq Ismail yang merupakan cucu bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Ismail Abdul Rahman mengumumkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, walaupun tahu tindakannya itu akan mengecewakan sebahagian ahli keluarganya, beliau masih memilih Bersatu dan bukannya Umno kerana tidak lagi percaya kepada cara pengurusan parti itu.

"Ia mengenai perubahan dan kemajuan. Ia mengenai kepimpinan melalui teladan.

"Saya mengambil keputusan menyertai Bersatu bukan kerana saya marah, cemburu atau kecewa dengan Umno. Saya hanya tidak percaya dengan cara parti itu dikendalikan sekarang.

"Saya orang Melayu, tetapi saya juga progresif. Oleh itu, saya tidak percaya dengan (konsep Umno) melindungi Tuan Presiden (Datuk Seri Najib Razak)," katanya kepada FMT hari ini.

Ditanya kenapa beliau menyertai Bersatu yang hendak menjatuhkan parti di mana datuknya mengabdikan seluruh hidupnya,

Tariq berkata, Umno hari ini memerlukan perubahan yang hanya boleh dilakukan dari luar.

"Umno hari ini lebih baik menjadi syarikat berkaitan kerajaan kerana semua orang berada di dalam sana demi wangnya.

"Selagi mereka kekal berkuasa, mereka tidak akan berubah. Mereka menjadi begitu angkuh. Selain itu, ramai orang seperti (bekas Timbalan Perdana Menteri) Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengubah Umno dari dalam.

"Ia tidak berjaya dan tidak kira apa pun, golongan progresif dalam Umno akan 'dibunuh'," katanya.

Beliau berkata, Bersatu yang merupakan parti serpihan Umno akan kembali kepada perjuangan asal parti itu untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan, institusi diraja, hak Melayu dan Bumiputera.

"Ia bertujuan menyatukan semua dan menyedari sebagai rakyat Malaysia, kita semua mempunyai perbezaan unik dan kepelbagaian yang perlu diraikan.

"Untuk membolehkan semua orang mendapat hak mereka yang sepatutnya dan pada masa sama memperjuangkan nilai Melayu asal, termasuk integriti, kesopanan, maruah dan rasa hormat kepada orang lain," katanya.

Bersatu ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

Minggu lalu, Setiausaha penaja Bersatu, Kamarulazman Habibur Rahman dilaporkan berkata, pendaftaran parti itu dijangka diluluskan Jumaat ini, selepas jawatankuasa penaja memenuhi semua syarat ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) lapor FMT

Datuk Baharom, Pengasas Umno Gelang Patah isytihar keluar parti

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


Pengerusi tetap Umno bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani mengisytiharkan keluar parti dalam persidangan perwakilan bahagian berkenaan pagi ini.

Beliau adalah bekas ketua Umno bahagian Gelang Patah dan bekas Exco kerajaan negeri Johor.

"Umno bahagian Gelang Patah yang ku tubuhkan selaku Ketua Penaja 1994 dan sebagai Adun 1995-2004... ku isytihar keluar dari menjadi ahli semasa berucap sebagai Pengerusi Tetap di mesyuarat perwakilan Umno Gelang Patah 10 Sep 2016," tulis Datuk Baharom pada sataus facebooknya.

Beliau yang kini amat kecewa dengan kepimpinan Umno menganggap Umno telah rosak di bawah kepimpinan Datuk Seri najib Razak sekarang.

"Umno sekarang bukan lagi parti orang Melayu tapi sudah jadi parti milik Datuk Seri Najib yang tidak boleh diselamatkan lagi," katanya.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 18, 2016 7:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Telekom Malaysia Mungkin Terpaksa Turunkan Harga Jalur Lebar PETALING JAYA: Telekom Malaysia Bhd (TM) mungkin terpaksa menurunkan harganya disebabkan kemunculan syarikat pesaing dengan tawaran kos lebih rendah seperti ViewQwest Pte Ltd dari Singapura yang mula beroperasi di Malaysia pada Julai. Harga yang lebih murah itu, menurut BMI Research, juga boleh membawa kepada rangsangan dalam penggunaan jalur lebar, dan perkhidmatan IT di negara ini akan menerima akibatnya. BMI Research, yang merupakan sebahagian daripada Kumpulan Fitch berkata ViewQwest menawarkan kelajuan sehingga dua kali lebih cepat berbanding pembekal sedia ada pada harga yang lebih rendah. ViewQwest dilaporkan menyasarkan permintaan perusahaan untuk jalur lebar berkelajuan tinggi di daerah-daerah perniagaan utama. Rakan kongsi tempatannya, Televenture telah meletakkan kabel gentian optik kira-kira 100 kilometer di bawah tanah di hab komersial utama di Kuala Lumpur, Segitiga Emas, Bangsar South dan Cyberjaya. Menurut firma penyelidikan itu, pembekal perkhidmatan internet Malaysia membayar kira-kira AS$20 (RM82) per mega bit (Mb) kadar antarabangsa berbanding hanya AS$5 (RM20) bagi setiap Mb di Singapura. Dengan memanfaatkan kelebihan kos ini, ViewQwest akan melemahkan harga jalur lebar pesaing yang harga puratanya adalah kira-kira RM30,000 untuk sambungan perusahaan (100 Mbps), dengan tawaran sambungan 1 giga bit (Gb) per saat pada harga S$500 (RM1,510) sebulan, katanya. "Kemasukan pemain-pemain yang menimbulkan gangguan tersebut juga positif untuk pengambilan jalur lebar yang lebih luas apabila syarikat dominan TM mungkin terpaksa mengurangkan harga jika pesaing membina momentum yang cukup untuk mengancam kedudukan pasaran," kata firma penyelidikan itu dalam satu laporan baru-baru ini. BMI Research menyatakan bahawa TM jelas memimpin jalur lebar tetap di Malaysia dan memiliki sejumlah besar jalur lebar antarabangsa melalui pemilikan kabel dasar laut termasuk projek-projek yang sedang berjalan. Ia menambah bahawa disebabkan rangkaian jalur lebar ViewQwest hanya memenuhi permintaan di Kuala Lumpur, kesannya ke atas IT dan jalur lebar peringkat negara serta ramalan pasaran adalah terhad buat masa ini.

Make Money Online : http://ow.ly/KNICZTelekom Malaysia Mungkin Terpaksa Turunkan Harga Jalur Lebar

bloglist-malaysia.blogspot

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 18, 2016 7:22 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



iPhone 7 Plus Tampil Dengan Kamera Dwi-Lensa, Tanpa Lubang Headphone, Kalis Air & 7 Ciri Lain Yang Perlu Anda Tahu Tentangnya
siakapkeli.my

8 Sept - Hari ini merupakan hari yang sangat mengujakan bagi peminat-peminat gadjet terutamanya peminat setia iPhone.

Apple kini sedang menjalankan majlis pengumuman produk terbarunya, iaitu iPhone 7 dan juga Apple Watch 2 yang sememangnya dinanti-nanti peminat.

Menurut blog teknologi Wiser.my, Apple telah mengesahkan ura-ura bahawa iPhone 7 Plus akan hadir dengan kamera Dwi-Lensa, yang mana satu upgrade yang buat besar buat iPhone.

Selain itu, Wiser.my juga berkata, Apple mengesahkan iPhone 7 tidak akan hadir dengan lubang (jack) headphone. Sebagai ganti, Apple membolehkan signal audio dialirkan menerusi lighting dan juga Airpods - earphone mudah alih.

iPhone 7 Plus datang dengan dwi-kamera, manakala iPhone 7 datang dengan satu kamera.

Dan ini adalah perkara-perkara lain yang perlu anda tahu tentang iPhone terbaru keluaran Apple ini.

a.. - iOS 10
b.. - Butang Home baru dengan pelbagai fungsi & ciri baru
c.. - Kalis air & debu
d.. - Kamera hadapan 7MP baru
e.. - Kamera belakang 12MP baru
f.. - Dua kamera belakang 12 MP (iPhone 7 Plus sahaja)
g.. - Skrin RetinaHD
h.. - Speaker Stereo
i.. - Cip pemprosesan baru A10 ( 2 teras + 2 teras lemah, 40% lagi laju dari cip A9)
j.. - Cip GPU baru 6 teras
k.. - Bateri 7 Plus tahan 1 jam lebih lama berbanding 6 Plus
l.. - Storan didatangkan dengan 32GB, 128GB dan 256GB.
m.. - Harga sama dengan iPhone 6 & iPhone 6 Plus

iPhone 7 akan didatangkan dalam warna hitam, hitam legap, emas, perak dan juga rose gold.

Selain iPhone 7, Apple juga turut mengumumkan Apple Watch 2 yang mana menyasarkan secara khusus golongan yang mementingkan kesihatan seperti atlet, pendaki, perenang dan lain-lain.

Apple Watch Nike+

Lihat lagi gambar di Wiser.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: