Monday, September 26, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4593

11 Messages

Digest #4593
2
Fw: Bapa, Anak Maut Dilanggar Go Kart by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
9
Fw: Jangan Aniaya Peminjam PTPTN by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Sep 25, 2016 7:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bekas wartawan dakwa dipukul pembantu Timbalan Menteri Dalam Negeri
bloglist-malaysia.blogspot
milosuam.net
SEORANG bekas wartawan TV3, Mohd Adli Effendy menulis di laman sosial facebook mendakwa dia diserang oleh lelaki yang mengaku sebagai Pembantu Peribadi, PA kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Berdasarkan laporan polis yang dilampirkan dalam tulisannya itu, kejadian berlaku semasa dia menurunkan anak perempuannya berhampiran sekolah supaya boleh diambil oleh bekas isteri tengah hari semalam.

Namun tidak lama kemudian suami kepada bekas isterinya datang bersama dua buah kenderaan jenis Vellfire berwarna hitam bersama kira-kira 5 orang di dalamnya.

Keluar pula seorang wanita, tiba-tiba mengheret dan memaksa anaknya untuk masuk ke dalam kereta. Melihat anak meraung dan meminta tolong, Adli cuba menasihatkan mereka supaya tidak menggunakan kekerasan.

Malangnya, Adli dipukul bertubi-tubi oleh mereka malah isteri, anak dan ibu Adli turut ditolak dan dipukul sehingga terjatuh dan menyebabkan kecederaan yang teruk.

Barang-barang peribadi miliknya seperti telefon bimbit, cermin kereta bahagian depan dan belakang turut dipecahkan oleh bekas isterinya bersama rakan-rakan.

Salah seorang mengaku sebagai pembantu peribadi kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri telah mengugut mahu menembak Adli dan isteri jika enggan menyerahkan anak kepada bekas isterinya.

Adli mengalami kecederaan, pendarahan di bahagian mata, muka, badan dan kaki kerana dipukul. Isteri dan ibunya turut merasa sakit akibat serangan itu.

Adli meminta pihak polis membuka kertas siasatan terhadap kejadian tersebut kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya lantaran ugutan yang diterima.

Adli Z Effendy
pada hari Jumaat
Saya masih di Balai Mutiara Damansara dari jam 7:30pm sehingga sekarang 1:14 pagi. Salah seorang yg menyerang saya dengan angkuh mengakui dia PA kepada Timb Menteri Dalam Negeri & memiliki pistol lalu mengugut saya, isteri & ibu saya. Saya difahamkan dia dah petik org atasan supaya memberi tekanan kepada pegawai penyiasat untuk kes ini.

Andai apa apa jadi pada saya, isteri, ibu & anak, mohon sebarkan maklumat penting ini...

Read more: http://www.milosuam.net/2016/09/bekas-wartawan-dakwa-dipukul-pembantu.html#ixzz4LFM1oCG4

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 25, 2016 7:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bapa, Anak Maut Dilanggar Go Kart di Kuantan
siakapkeli.my

[Dikemaskini]

KUANTAN, 25 Sep : Dua beranak maut, manakala beberapa lagi cedera selepas dilanggar sebuah kereta go kart yang menyertai perlumbaan di Indera Mahkota kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Dalam kejadian 11.30 pagi tadi, mangsa lelaki berusia 30-an bersama anak perempuannya berusia 4 tahun sedang menyaksikan perlumbaan itu sebelum dirempuh satu kenderaan go-kart yang dikatakan hilang kawalan.

Menerusi beberapa foto yang dimuat naik online, kelihatan beberapa kanak-kanak mengalami kecederaan akibat kemalangan tersebut.

Mangsa (bapa) dipercayai meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan manakala anaknya maut di tempat kejadian.

Seorang penonton Said Ishak, 56, memberitahu mangsa maut di tempat kejadian manakala anaknya meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Aziz Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

One killed, several injured when go-kart slams into spectators at Education Innovation Motorsports & Automative Race in Kuantan pic.twitter.com/hD7DvWnB8B
— New Straits Times (@NST_Online) September 25, 2016
Berita Harian Online
6 jam yang lalu
KUANTAN: Seorang penonton terbunuh manakala beberapa orang lagi cedera dilanggar satu go kart yang menyertai perlumbaan Educational Innovation Motorsport Automotive Race (EIMARace) di Indera Mahkota jam 11.30 pagi tadi.

Sumber : Harian Metro

Kemalangan maut penonton go kart di kuantan
kerabubersuara.blogspot

Info Awal
Berlaku dekat Trek Eimarace Sukpa Pahang..
Kereta Go kart melanggar penonton..dilaporkan seorang maut 3 lagi cedera.
●●
Kepada yg mengenali ustazah siti suhaiza. SKIMU
Sek Keb Indera Mahkota Utama

Berlaku kemalangan go kart di taman bandar merempuh mereka sekeluarga.. suaminya meninggal dunia.. anak2 separa kritikal dan kritikal. .. ustazah pun tak brape ingat..

Skrg tgh berusaha contact waris sebb phone dia kena ambil. .phone suami lock..
Manalah tahu blh membantu. Tolong viralkan semuga semuanya dipermudahkan. Aamiin.

#PAHANG
#DTTB

Go-kart terbabas, bapa dan anak 4 tahun maut
freemalaysiatoday.com
FMT Reporters
| September 25, 2016
Izuan Isa, 30 dan anak perempuannya Siti Zulaikha, yang berusia 4 tahun maut selepas sebuah go-kart berkuasa 131cc terbabas melanggar mereka.

KUANTAN: Dua beranak maut dalam satu kemalangan dirempuh kenderaan 'go-kart' yang terbabas ketika Perlumbaan Automotif dan Inovasi Pendidikan 2016 (Eimarace 2016) di Indera Mahkota berdekatan Kompleks Tertutup Sukan Pahang (Sukpa).

Menurut laporan Astro Awani, Izuan Isa, 30 dan anak perempuannya Siti Zulaikha, yang berusia 4 tahun menjadi mangsa rempuhan selepas sebuah go-kart berkuasa 131cc terbabas melanggar mereka sebelum beberapa kereta dikatakan bergesel antara satu sama lain.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak perempuannya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Afzan selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, lapor portal itu lagi.

Anak lelaki mangsa, Muhammad Izz Danial yang berusia 7 tahun difahamkan berada dalam keadaan kritikal.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, beberapa penonton lain termasuk kanak-kanak yang berkumpul sebelah kanan jalan turut dilaporkan cedera.

Jumlah sebenar penonton yang tercedera masih belum disahkan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Aziz Ahmad mengesahkan kejadian berkenaan.

Go Kart Rempuh Penonton… 1 Maut, 3 Cedera
mynewshub.cc

KUANTAN – Keriangan sekumpulaan penonton yang menyaksikan perlumbaan Educational Innovation Motorsport Automotive Race (EIMARace) di Indera Mahkota, di sini, bertukar tragedi apabila seorang maut manakala tiga orang lagi cedera parah selepas dirempuh sebuah go-kart, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi tadi, kesemua mangsa bersama-sama penonton lain sedang menyaksikan acara bagi kategori 131cc semasa lap ke-7.

Kesemua mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Antara mangsa terlibat merupakan dua kanak-kanak yang dilaporkan cedera parah.

Difahamkan, susulan kejadian itu, pertandingan bagi kategori 250cc dibatalkan.

Beberapa keping gambar dan video kemalangan ini turut tersebar menjadi viral di media sosial.

Rata-rata netizen menuding jari kepada pihak pengurusan program ini yang disifatkan tidak mengutamakan keselamatan. – MYNEWSHUB.CC

kemalangan dalam perlumbaan Go-Kart yang menyebabkan bapa dan anak terbunuh
terbakor.com
Pagi tadi dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi dua beranak maut manakala beberapa yang lain cedera dirempuh Go-Kart yang hilang kawalan merempuh penonton semasa perlumbaan Go-Kart. Si bapa meninggal di tempat kejadian manakala anaknya yang berusia 4 tahun meninggal di hospital.

Gambar dan video kemalangan dalam perlumbaan Go-Kart yang menyebabkan bapa dan anak terbunuh

Menurut artikel terdahulu yang kami kongsi tadi, ramai netizen meluahkan rasa simpati kepada keluarga mangsa. Mereka juga mempersoalkan isu keselamatan yang diabaikan pihak penganjur. Dalam video yang kami kongsi di bawah ni, anda boleh lihat sendiri penganjur hanya meletakkan kon sebagai penghadang.

Seorang pengguna Facebook, Ummu Balqis telah berkongsi video dan gambar kejadian. Menurutnya isteri mangsa yang merupakan seorang ustazah telah kehilangan handphonenya semasa kejadian.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 25, 2016 7:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bukan berlagak, bukan cakap besar, saya orang paling sesuai – TMJ

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Kenyataan Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Facebook Johor Southern Tigers tentang skuad kebangsaan sekiranya berada di bawah kelolaannya, mereka pasti boleh lakukan perkara sama seperti pemain Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim (JDT).

"Saya ingin berterus terang, bukan kerana disebabkan angkuh atau mahu berlagak, tetapi saya orang paling sesuai untuk mengubah bola sepak tanah air. Bukan mahu cakap besar, tetapi saya tahu saya mempunyai formula dan formula itu berjaya dalam JDT.

"Sekiranya saya mengambil alih skuad kebangsaan, mereka pasti boleh lakukan perkara yang sama sepertimana JDT tetapi bukanlah terus menang.

"Anda kena tahu, secara realistiknya banyak kelemahan dalam FAM untuk tempoh 30 tahun, jadi sekiranya saya ambil alih pun sekurang-kurangnya saya memerlukan 4 tahun untuk mengubahnya.

"Saya macam 50/50 kerana saya tahu perubahan yang saya boleh lakukan. Tetapi dalam masa sama saya tidak mahu. Hanya penyokong JDT saja yang menghargai perubahan yang saya buat.

"Tetapi orang lain yang rasa macam dah pandai sangat, terutama dalam laman web 'lain-lain'. Saya rasa kenapa tidak lantik mereka saja untuk menguruskan pasukan bola sepak tanah air, kenapa perlu saya pula?

"Fokus saya masih di sini (JDT) kerana banyak lagi tugasan saya yang belum selesai seperti belum lagi layak ke pentas saingan ACL, stadium dan akademi baharu juga masih belum siap.

"Bukan saya memandang rendah kepada negara, tetapi saya seorang yang jujur dan telus. Saya tidak boleh memberikan komitmen yang sama kepada pasukan kebangsaan sepertimana dengan JDT kerana cinta saya kepada JDT.

"Saya suka apabila saya sampaikan sesuatu bukan datang daripada mulut tetapi hati saya." – TMJ

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 25, 2016 7:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tanpa Pas, pembangkang boleh hilang Selangor - Analisis Parti PKR

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Analisis yang dilakukan PKR mendapati pembangkang mungkin kecundang di Selangor tidak kira pilihan raya negeri diawalkan atau sebaliknya.

Keadaan itu akan berlaku jika pembangkang gagal mencapai persefahaman dengan Pas di Selangor.

Penganalisis daripada PKR, Chan Ming Kai meramalkan PKR akan kehilangan tiga kerusi di Selangor, DAP (dua kerusi), Amanah (tiga kerusi) dan Pas (11 kerusi) jika pilihan raya di Selangor diawalkan.

PKR mungkin kehilangan kerusi Ijok, Batu Tiga dan Kota Andalas manakala DAP berdepan laluan sukar di Sungai Pelek dan Kuala Kubu Baru.

Selain Bangi yang mana Pas dilihat berpeluang menang, parti pembangkang itu berdepan kemungkinan kehilangan 11 kerusi berisiko tinggi yang lain.

Kawasan yang diintai Amanah seperti Seri Serdang, Cempaka dan Templer Park juga mungkin dirampas oleh Barisan Nasional (BN).

Ming Kai berkata, kejayaan pembangkang di Selangor pada 2008 dan 2013 didorong oleh taburan pengundi Cina di kawasan berlainan selain sokongan daripada pengundi bukan Cina.

"Pada 2008, cuma terdapat dua kawasan yang mempunyai lebih daripada 70 peratus pengundi Cina iaitu Seri Kembangan dan Damansara.

"Bukit Gasing dan Sungai Pinang pula mempunyai pengundi Cina yang menghampiri 70 peratus iaitu masing-masing 69 peratus dan 61 peratus," katanya.

Menurutnya, kejayaan Pas pada 2008 adalah banyak didorong oleh kejayaannya mendapat sokongan 50 peratus pengundi Cina.

"Pada 2013 pula, kerusi Pas melonjak daripada tujuh kepada 15 selepas mendapat sokongan kira-kira 40 peratus pengundi Cina," katanya.

Menurutnya lagi, persempadanan semula akan menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kerusi pembangkang mengalami penurunan jumlah pengundi Cina.

Katanya, keadaan itu berlaku kerana pengundi Cina akan dipindahkan ke dalam kawasan DAP.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, Biro Politik PKR telah menolak cadangan DAP untuk mengawalkan pilihan raya negeri.

Katanya, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah menjelaskan perkara itu kepada ahli parti dan ia diterima sebulat suara oleh Biro Politik PKR.

Antara penjelasan Azmin ialah keperluan perbincangan dengan Pas bagi mengelakkan pertarungan tiga penjuru.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 25, 2016 7:12 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pengguna Jalan Raya Terkejut Batu Besar Dibaling Dari Atas Jejantas
siakapkeli.my

ALOR SETAR - Tiga pemandu yang melepasi jejantas di KM 40.6 Lebuhraya Utara Selatan, Khamis lalu tergamam apabila kenderaan mereka dibaling batu dari arah jejantas.

Kejadian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 malam di bawah Jejantas, KM 40.6 Lebuhraya Utara Selatan dari arah Pekan Jitra menghala ke Bukit Penang.

"Ketika kejadian, ketiga-tiga kenderaan dari arah Utara menghala ke Selatan dan semasa melepasi jejantas, Norazlina Azzura kusnedy, yang memandu kereta jenis Mazda berada dihadapan diikuti Mohamed Zuned Bashir Ahmed,36, yang memandu kereta Mitsubishi Triton dan di belakang sekali Cheang Qiu Xia,42 yang memandu kereta jenis Honda,"katanya, pada media.

Rozi jugaberkata, patu pertama yang dibaling jatuh ke atas bumbung dan memecahkan cermin hadapan kereta yang dipandu oleh Norazlina Azzura dan batu terbabit termasuk dalam keretanya.

"Sejurus itu, berlaku balingan batu kedua yang mengenai bumper hadapan kereta Muhamed Zuned, dan batu yang jatuh di atas jalan itu dilanggar oleh Cheng Qiu xia yang berada di belakang.

"Siasatan awal mendapati terdapat dua ketul batu besar dibaling dari atas jejantas, dan ia merupakan kejadian pertama bagi tahun ini,"katanya.

Mohd Rozi berkata, kesan daripada kejadian terbabit, ketiga-tiga kenderaan mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan kereta, antaranya cermin hadapan pecah, bumbung rosak dan bonet kemek.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan pihak polis sedang menjalankan siasatan rapi untuk mengesan suspek yang terlibat. Sekiranya orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, mereka diminta tampil menghubungi pihak polis berhampiran,"katanya.

Sumber : Sinar Online

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 25, 2016 7:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Terima Kasih Chuah, Hadiah Sepasang Kasut Kepada Muhammad Ridzuan 7 Tahun Lepas Akhirnya Buahkan Hasil!
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot.

KETIKA rakyat Malaysia meraikan kejayaan atlet paralimpik negara, pemenang pingat emas Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi tidak melupakan sepasang kasut yang pernah dihadiahkan oleh seorang pemandu lori di Perlis, Chuah Heng Oon , kepadanya beberapa tahun lalu.

Heng Oon, 57, kini gembira apabila Mohamad Ridzuan menang emas dalam acara pecut 100 meter T36 (cerebral palsy) di Paralimpik Rio 2016, lapor Sin Chew Daily.

Menurut laporan itu, Heng Oon telah membelikan Mohamad Ridzuan sepasang kasut apabila mengetahui bahawa beliau tidak mampu untuk membeli kasut baharu apabila dipilih menjadi atlet negara tujuh tahun lalu.

Semasa di Rio, Mohamad Ridzuan, 29, telah memberitahu media tentang penghargaannya kepada Heng Oon.

Jurulatih pertamanya, Affizam Amdan, 45, seorang pegawai di Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis, pada 18 September lalu telah pergi ke Gunung Medan Utan Aji di Kangar, tempat di mana Mohamad Ridzuan selalu berlatih untuk mengucapkan terima kasih kepada Heng Oon.

Heng Oon yang biasanya akan berjogging di situ, bagaimanapun tidak muncul tetapi Affizam berjaya mendapatkan nombor telefon beliau melalui seorang rakannya.

Ketika ditemui di rumahnya, Heng Oon memberitahu bahawa beliau telah lupa tentang kasut yang pernah dihadiahkannya kepada Mohamad Ridzuan sehinggalah beliau melihat perlawanan tersebut.

"Kemudian saya beritahu isteri saya, tetapi pada mulanya dia tidak percaya," kata Heng Oon.

Mengimbas kembali pertemuan dengan Mohamad Ridzuan, Heng Oon berkata beliau dan rakan-rakannya sering melihat Mohamad Ridzuan bersama atlet lain berlatih.
Mereka akan berbual dengan Mohamad Ridzuan dan kadang-kadang berlari dengannya pada jarak dekat.

"Satu hari, Affizam memberitahu saya bahawa dia sedang mencari seseorang untuk menaja sepasang kasut sukan bernilai kira-kira RM200 kerana Ridzuan tidak mampu membeli kasut baharu selepas kasut lamanya tidak boleh digunakan," imbas Heng Oon.

Tidak lama selepas itu, Affizam memberitahunya bahawa anak muda muda itu telah dipilih untuk menjadi atlet negara.

Sumber : Mstar.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 25, 2016 7:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bersorak Orang Umno Bila Keputusan Mahkamah Macam Ni..
bloglist-malaysia.blogspot.
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Bersorak Orang Umno Bila Keputusan Mahkamah Macam Ni. Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Selasa lalu menjadi individu terbaru yang disabitkan kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana memuat-naikkan komen jelek di media sosial.

Sebelas bulan selepas beliau pertama kali mengaku tidak bersalah, Rahim dikenakan denda sebanyak RM1,900 kerana membuat komen jelek ke atas Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah tahun lalu.

Bersorak Orang Umno Bila Keputusan Mahkamah Macam Ni. Ini adalah hukuman paling ringan yang dijatuhkan daripada 12 kes sabitan yang dilaporkan mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia sejak tahun 2009, dengan hukuman terdiri daripada denda RM10,000 kepada setinggi RM50,000 atau penjara setahun.

Empat bulan sebelum ini, Muhammad Amirul Azwan Mohd Shakri, 19 tahun mengaku bersalah menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan dijatuhi hukuman penjara selama satu tahun.

Bersorak Orang Umno Bila Keputusan Mahkamah Macam Ni

Rayuan terhadap hukuman itu oleh ibu bapa Amirul menyebabkan remaja berkenaan berakhir dengan hukuman lebih lama iaitu tiga tahun di sebuah sekolah pemulihan akhlak.

Persoalan timbul mengapa Rahim dilepaskan dengan hukuman yang begitu ringan berbanding yang lain.

Kes Senator UMNO Didakwa Ugut Bunuh Dirujuk Ke Timbalan Pendakwa Raya
bloglist-malaysia.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Kes senator yang didakwa membuat ugutan bunuh terhadap dua orang ahli jawatankuasa Umno Bahagian Gombak sudah dirujuk ke Timbalan Pendakwa raya (TPR).Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata polis ketika ini hanya menunggu keputusan untuk tindakan seterusnya.

"Kertas siasatan telah siap dan telah dirujuk pada TPR pada 5 September 2016. Belum ada keputusan dari pihak TPR," katanya..

Sebelum ini FMT telah melaporkan..

KUALA LUMPUR: Dua ahli jawatankuasa (AJK) Umno Bahagian Gombak hari ini mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang ahli Dewan Negara.

Mohd Farouk Mohamad Ramli dan Azmi Iswan berkata mereka menerima ugutan itu daripada salah seorang pemimpin Umno bahagian itu, ketika Persidangan Puteri Umno Gombak pada 14 Ogos lalu.

"Eh marilah, yang mati dah mati dah, ni ada lagi yang nak mati… 3 tahun aku dah tahan," menurut Farouk memetik kata-kata senator berkenaan.

"Sambil menjerit dia berkata dan terus nak menyerang saya," katanya kepada wartawan hari ini. Farouk berkata laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selayang pada 15 Ogos, tetapi masih belum ada tindakan.

Azmi mendakwa beliau turut menerima ugutan pada hari dan tempat yang sama, selesai persidangan.

"Dia cakap, Mi apa yang kau tak puas hati. Dia bawa saya ke tempat lain," katanya.

Azmi berkata dia sebelum ini mempersoalkan kehadiran senator tersebut mewakili Umno Gombak ke Persidangan Umno Petaling Jaya Selatan.

Azmi berkata sedang mempertimbangkan membawa perkara terbabit kepada Biro Pengaduan Umno. Sementara itu, usaha FMT menghubungi senator terbabit masih buntu.

Kroni Umno Ini Bakal Diheret Kemuka Pengadilan
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Kroni Umno Ini Bakal Diheret Kemuka Pengadilan. Mahkamah khas di India yang membicarakan kes melibatkan syarikat telekomunikasi Maxis Communication bakal membuat keputusan sama ada membenarkan Biro Penyiasatan Pusat (CBI) negara itu mengeluarkan waran tangkap terhadap 2 rakyat Malaysia, termasuk ahli perniagaan Malaysia, T Ananda Krishnan.

Ananda dan Ketua Pegawai Eksekutif Astro All Asia Network, Augustus Ralph Marshall dikehendaki di India selepas dituduh melakukan penipuan dalam usahasama antara Maxis dengan syarikat tempatan, Aircel Limited.

Kroni Umno Ini Bakal Diheret Kemuka Pengadilan. Bloomberg dari India melaporkan, CBI merancang mendapatkan "notis merah" daripada Interpol terhadap kedua-dua mereka sebaik sahaja mahkamah mengarahkan waran tangkap, menurut pendakwa raya kanan, Anand Grover.

Minggu lalu, mahkamah khas membuat keputusan ia mempunyai bidang kuasa membicarakan kes Aircel-Maxis, dan menolak permohonan tertuduh.

Selain Maxis Communications dan Asto All Asia Network, turut dituduh dalam skandal itu ialah Sun Direct TV dan South Asia Entertainment Holding.

Kroni Umno Ini Bakal Diheret Kemuka Pengadilan

Turut terlibat dalam kes itu ialah bekas menteri komunikasi India, Dayanidhi Maran dan adiknya Kalanithi Maran, yang mencabar bidang kuasa mahkamah khas itu daripada mendengar kes 2G.

Maran dituduh memberi tekanan kepada ahli perniagaan Chennai, C Sivasankaran menjual kepentingannya dalam Aircel kepada Maxis pada 2006. Ini bagi membolehkan Maxis melabur dalam Sun Direct, syarikat penyiaran milik Maran.

Mei lalu, pihak berkuasa India mengeluarkan 2 saman di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (PMLA), iaitu untuk menyiasat Ananda dan Augustus.

Kedua-dua saman itu dihantar ke Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kroni Umno Ini Bakal Diheret Kemuka Pengadilan
Grover memberitahu mahkamah, Peguan Negara Malaysia mengemukakan pelbagai soalan berkenaan cara kes jenayah ditangani di India, sebelum membuat keputusan tidak ada elemen jenayah dalam kes itu.

"Bagaimana kami boleh pastikan mereka dibicarakan di India? Mahkamah mesti mengeluarkan waran," katanya.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 25, 2016 7:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Dulu Bergelut Minta Bantuan Bina Rumah Hampir Roboh, Kini Wang Ganjaran Akan Digunakan Bina Rumah Baru
siakapkeli.my

Rezeki ayam nampak di kaki, rezeki manusia siapa tahu, itulah yang boleh dikatakan mengenai salah seorang wira negara, Abdul Latif Romly kejayaan di sukan Paralimpik Rio bakal mengubah kehidupan keluarganya, lapor Harian Metro.

Menurutnya, satu ketika dulu dia dan keluarganya terpaksa bergelut untuk mendapatkan bantuan membina rumah baru bagi menggantikan rumahnya yang roboh dek dimakan anai-anai tapi kejayaan Latifnya di temasya Paralimpik Rio bakal mengubah segala-galanya.

Ibu Latif, Salmah Yatim, 58, berkata, anaknya itu pernah memberitahunya jika dia berjaya memenangi pingat emas, dia akan menggunakan wang ganjaran RM1 juta yang bakal diperolehinya untuk membina rumah baru untuk keluarga yang terletak di Kampung Paya Kelubi, Bukit Keteri, Arau.

Kehidupan keluarganya banyak bergantung kepada kepada hasil jualan barang seperti kerisik, ikan, serai dan barangan kampung dengan jumlah pendapatan yang tidak menentu.

Tapi dek kerana minatnya terhadapa sukan, ibunya sanggup berulang alik mengambil Latif di Sekolah Menengah Syed Alwi di Perlis dengan hanya menggunakan motosikal buruk.

"Kami dulu susah. Pernah minta bantuan Baitulmal untuk memperbaiki rumah tapi ditolak tanpa alasan.

"Biarpun susah kami tetap hantar Latif ke sekolah.

"Selepas dia berjaya dalam sukan kehidupan kami mula berubah.

"Dengan duit dari sukan yang diperoleh itulah dia gunakan untuk membantu keluarga memperbaiki rumah yang sudah dimakan anai-anai.

"Sesungguhnya kami tidak menyangka Latif yang dahulunya seorang yang nakal dapat mengubah kehidupan keluarga," katanya.

Menurut ibu Latif lagi, anaknya itu memang lemah dalam pelajaran sehinggakan untuk mengeja namanya sendiri pun agak sukar tapi dia dianugerahkan Allah kecemerlangan dalam sukan.

Beliau menyatakan kerana sifat anaknya itu yang manja dan rapat dengan beliau, dia bimbang untuk melepaskan Latif berlatih di Bukit Jalil kerana bimbang Latif tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru, tambahan pula dia tiada saudara mara di Kuala Lumpur.

"Latif perlu diberikan perhatian khusus perlu diberikan kepadanya terutama jika dia demam selain tidak suka makan nasi."

"Saya tidak memaksanya untuk pergi. Saya bagi dia membuat keputusan untuk menentukan masa depannya. Syukur dia dapat menyesuaikan diri. Selepas dia ke Bukit Jalil saya lihat dia banyak berubah dan kini kami bangga dengan apa yang dicapainya," kata Salmah.

Kepulangan pemenang pingat emas Paralimpik Rio dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) amatlah dinantikan oleh ratusan penduduk kampung dimana jalan utama ke rumah atlet berusia 19 tahun itu, sudah ada kain rentang tertulis ucapan tahniah untuk dua wira Perlis - Latif dan Mohamad Ridzuan Puzi. - Siakapkeli.my

Kredit: Harian Metro

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 25, 2016 7:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jangan Aniaya Peminjam PTPTN - Idris Jusoh
siakapkeli.my

KUALA TERENGGANU, 25 Sept -- Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh memberi amaran keras kepada pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Naisonal (PTPTN) agar tidak menganiayai peminjam dalam usaha mengutip semula hutang pinjaman dari peminjam.

Namun, kata beliau, peminjam perlu berbincang terlebih dahulu dengan pihak PTPTN bagi mencari kaedah terbaik atau menstruktur semula pinjaman mereka agar bayaran balik dapat dibuat tanpa berlaku sebarang penganiayaan.

Tambah beliau lagi, kajian mendapati peminjam yang gagal membayar balik hutang PTPTN bukan dalam kalangan peminjam yang tidak mempunyai wang, tetapi mereka yang terikat dengan pelbagai komitmen lain seperti ansuran rumah, kereta atau pinjaman peribadi.

"Apa yang penting, kalau kita berhutang mesti kena bayar. Jadi kepada peminjam jika tidak mampu bayar, jumpa pihak PTPTN terlebih dahulu bagi berbincang semula penstrukturan semula pinjaman berkenaan.

"Saya telah arahkan kepada PTPTN jangan aniaya sesiapa pun (peminjam). Kalau ada mana-mana peminjam yang rasa dianiaya, boleh datang jumpa saya secara peribadi dan bagi maklumat lengkap pihak PTPTN yang melakukan perkara tersebut," katanya.

Idris dalam pada itu turut menarik perhatian kepada para peminjam agar membudayakan sikap 'pinjam dan bayar balik' bagi memastikan mereka tidak menghadapi kesulitan dengan pihak yang memberi pinjaman.

Katanya, sejak PTPTN menggunakan pelbagai kaedah pembayaran balik pinjaman termasuk menerusi potongan gaji secara bulanan, jumlah kutipan balik pinjaman itu semakin meningkat.

"Malah, sasaran PTPTN untuk capai kutipan RM2 bilion tahun ini sudahpun tercapai dan kami jangka sehingga akhir tahun ini jumlah kutipan tersebut akan meningkat sehingga RM3 bilion.

"Ini menunjukkan para peminjam semakin sedar tanggungjawab mereka dan budaya ini harus diaplikasi dalam kalangan peminjam yang lain," katanya.

Sumber : Bernama

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Sep 25, 2016 10:08 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Sep 25, 2016 10:08 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: