Friday, September 16, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4586

9 Messages

Digest #4586

Messages

Fri Sep 16, 2016 12:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Salam Perjuangan buat semua.
Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima dari anggota keluarga bahawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US. Semoga Allah swt mencucuri rahmatNya dan mengampuni al Marhum Tuan Guru serta menggolongkan beliau dari kalangan hambaNya yang soleh. Aameen Ya Rabbal A'lamin.

إنا لله و إنا إليه راجعون

Maklumat lanjut akan menyusul kemudian dari pihak keluarga al Marhum Tuan Guru.

Bagi pihak PAS kami mengucapkan takziah buat seluruh ahli keluarga Al Marhum Tuan Guru dan pastinya ia adalah satu kehilangan besar buat PAS khasnya dan seluruh ummat Islam amnya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat

**
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun.

Turut berada di sisi Allahyarham ialah semua ahli keluarga terdekat.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Khatijah Din dan lima cahaya mata.

Allahyarham mula menjawat jawatan tertinggi PAS itu pada tahun lalu selepas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Mula bergiat aktif dalam parti sejak tahun 1974 sebelum dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1975-1983).

Allahyarham pernah dilantik sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahli Majlis Syura Ulama dan Timbalan Mursyidul Am.

......
# Gambar di atas 2 hari sebelum ini, semasa ziarah pimpinan pemuda PAS.

Tuan Guru Haron Din Meninggal Dunia
siakapkeli.my

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din,76, dilaporkan telah meninggal dunia jam 10.10 pagi sebentar tadi selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Berita pemergian Tuan Guru Haron Din ini telah dimuatnaik dalam ke laman Facebook rasmi Tuan Guru iaitu Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (Official).

Perkara ini turut disahkan Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan, menerusi akaun rasmi Facebook miliknya sebentar tadi.

"Jam 10.10 pagi ini (waktu Malaysia), berita kami terima bahawa Tuan Guru Dato' Dr Harun Din telah kembali ke rahmatillah di Hospital Stanford University US.

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani juga telah memuatnaik satu status mengesahkan berita ini.

Laporan sebelum ini menyatakan Tuan Guru telah berlepas ke AS beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya di mana sebelum ini beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012. Mac lalu.

Semoga Roh Murabbi Ummah ini ditempatkan dikalangan para Shuhada dan Solihin. - Siakapkeli.my

Haron Din kritikal, alami 'brain death'

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

BANGI, Jumaat – Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din masih dalam keadaan kritikal dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Stanford San Francisco, California, selepas menghadapi masalah jantung.

Beliau sebelum ini, dilaporkan menghadapi masalah kompilasi jantung dan dimasukkan ke ICU hospital berkenaan untuk rawatan lanjut.

Sehingga berita ini ditulis jam 7.16 pagi ini, ismaweb.net dimaklumkan bahawa Haron Din dalam keadaan 'brain death', namun masih memakai alat bantuan pernafasan.

Difahamkan, berlaku pendarahan dalam pembuluh darah jantung selepas kegagalan pihak hospital melakukan angiogram.

Kira-kira jam 5 pagi waktu California, pihak hospital menghubungi keluarga Allahyarham untuk datang ke ICU, berikutan keadaannya yang semakin kritikal dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.

Pada April 2012 lalu, Allahyarham pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital sama.

Mac lalu, Allahyarham turut mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Haron Din Kritikal
siakapkeli.my

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat (AS), lapor Berita Harian.

Laporan berkenaan menyebut, Tuan Guru kini sedang bergantung sepenuhnya dengan mesin sokongan hayat dan ahli keluarga terdekat berada bersamanya di hospital berkenaan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh anak beliau, Hamdi Haron menerusi satu pesanan mesej yang dihantar kepada Ketua Penerangan PAS, Nasaruddin Hassan, dalam kumpulan WhatsApp pimpinan PAS yang diterima pada jam 2.45 pagi tadi.

"Baba dlm keadaan koma, tolong sampaikan pd TG dan pimpinan PAS, Dr kata sudah tiada harapan, bleeding terok, now on life support, hanya tunggu masa utk cabot mesin dan biar Baba pegi menemui Rabbul Alamin dgn aman....Hamdi."

Tuan Guru telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak semalam, bagi menjalani rawatan jantung di hospital berkenaan.

Difahamkan, Haron berlepas ke AS beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya di mana sebelum ini beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di hospital berkenaan pada 2 April 2012. Mac lalu.

Sementara itu, Pengerusi Darussyifa' Malaysia, Tuan Haji Abd Rahman Ahamd menafikan berita kematian Tuan Guru dan beliau meminta supaya orang ramai mendoakan kesihatan Tuan Guru tanpa henti. - Siakapkeli.my

Haron Din dimasukkan ke ICU di San Francisco

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) ketika menjalani rawatan jantung di sebuah hospital di San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi laman status Facebooknya memberitahu, pihak hospital menghubungi keluarga Haron pada jam 5 pagi (waktu tempatan, 8 malam waktu Malaysia), memaklumkan beliau dimasukkan ke ICU dan meminta keluarganya segera datang.

"Tuan Guru Datuk Haron Din mempunyai komplikasi di jantung dan dimasukkan di ICU. Dua anak Tuan Guru bersama doktor sekarang.

"Keluarga yang lain menunggu di luar. Masih belum dapat berita penuh dari dalam. Mohon doa kalian," kata Ahmad Dusuki menerusi status yang dimuat naik kira-kira dua jam lalu.

Difahamkan, Haron berlepas ke AS sejak beberapa hari lalu untuk mendapatkan rawatan lanjut berhubung masalah jantung yang dihidapinya.

Pada Mac lalu, beliau dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas mengadu sakit dada. Beliau sebelum ini beliau pernah menjalani pembedahan pintasan jantung di Hospital Stanford, San Francisco, AS pada 2 April 2012.

Tuan Guru Dato' Haron Din dimasukkan di ICU

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Pada jam 5.00 pagi (SFO) hospital call. Minta keluarga datang hospital. Tuan Guru Dato' Haron Din mempunyai komplikasi d jantung dan dimasukkan di ICU.

Sekarang on heart support. 2 anak Tuan Guru bersama Doktor Sekarang. Keluarga yg lain menunggu di luar. Masih belum dapat berita penuh dari dalam. Mohon Doa kalian..jazakallah..

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Sep 16, 2016 12:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pelajar Malaysia hutang yuran RM4.5j, ini respon bekas pelajar perubatan Mesir

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

ISU berkenaan penghantaran pelajar perubatan beramai-ramai bukan isu yang baru. Sebelum saya memulakan pengajian di sana sudah ada suara yang agak kuat dan keras menentang.

Ia bermula apabila agen penghantaran (orang tengah yang menguruskan kemasukan pelajar ke dalam universiti di Mesir) begitu rakus mencari mangsa dengan menabur pelbagai janji manis buat ibu bapa dengan menjamin biasiswa pada tahun kedua. Seingat saya seawal tahun 2006 sebelum saya ke Mesir lagi, perkara ini sudah berlaku. Sehinggalah saya tamat 2016 masalah ini masih belum selesai.
Secara peribadi saya sendiri berjumpa dengan pegawai Education Malaysia di sana dan menanyakan sendiri berkenaan hal ini. Penyelesaian yang saya dapat adalah pihak mereka sudah maklum akan hal ini dan sudah mengambil beberapa langkah.

Antaranya dengan mewajibkan pendaftaran terus melalui Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tanpa perlu melalui agen terlebih dahulu. Namun hakikatnya tidak seperti yang diharapkan. Agen pendaftaran masih giat bertindak mencari mangsa. Surat tawaran yang dibuat sendiri oleh pihak agen menjadi ganti surat tawaran universiti. Keputusan peperiksaan dipalsukan. Ada pelajar yang tidak cukup kelayakan kredit dihantar juga ke Mesir.

Natijahnya banyak fail pendaftaran tidak sampai, pendaftaran terganggu, yuran tertangguh dan pelajar dihalang daripada memasuki peperiksaan atau keputusan peperiksaan disekat.

Sebagai graduan mahasiswa perubatan Mesir, saya berpandangan pihak kementerian masih belum bertindak sewajarnya untuk menangani isu ini. Saya menyahut penuh seruan kerajaan Melaysia untuk meramaikan doktor dalam kalangan Bumiputera seperti yang pernah disebut oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dato' Sahlan dalam pertemuan beliau dengan mahasiswa di Kaherah tahun lepas. Walaupun begitu, perancangan tersebut perlulah teliti seperti mengenakan bilangan kuota yang sesuai dengan memfokuskan biasiswa 100 peratus buat semua mahasiswa.

Memandangkan Mesir menyediakan pusat pengajian termurah bagi jurusan perubatan, maka tiada salahnya melebihkan kuota biasiswa untuk belajar di sana.

Saya tegaskan sekali lagi, demi mencapai 'win win situation' bagi pihak kerajaan dan pelajar, kerajaan perlu bertindak agresif dengan menangani campur tangan agen yang bertindak pihak ketiga. Begitu juga masyarakat perlu maklum akan hal ini kerana rata-rata ibu bapa mahukan anaknya menjadi doktor akan mendapat maklumat daripada agen terdahulu berbanding kementerian.

Dr Ahmad Fahmi Abdullah
Graduan Fakulti Perubatan Universiti Al-Azhar

Saya menangis mengetahui berita ini – Ibrahim Ali
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

150 Pelajar Mesir Minta Bantuan RM4.5j Kerajaan Tak Layan Tapi Ada Duit 650j Utk Projek Tugu.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membidas tindakan kerajaan yang masih belum meluluskan segera biasiswa atau pinjaman kepada pelajar Malaysia di Mesir, tetapi bermegah membina Taman Tugu dengan kos RM650 juta.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata kerajaan nampaknya lebih mementingkan untuk membina infrastruktur daripada memberi biasiswa kepada pelajar Malaysia di Mesir yang sedang dibebani hutang kos pembelajaran mereka.

Katanya, pendidikan lebih penting berbanding infrastruktur dan ia perlu didahulukan, tetapi kerajaan memilih untuk meluluskan projek jutaan ringgit seperti Tam Tugu yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini. "RM4.5 juta untuk kerajaan terlalu kecil. Kerajaan lebih meluluskan projek jutaan ringgit seperti Taman Tugu. Kenapa tidak duit itu diperuntukkan untuk pendidikan. Pendidikan lebih penting daripada infrastruktur.

"Saya tidak dapat bayangkan kesedihan pelajar dan keluarga mereka yang terbabit. Saya menangis apabila mengetahui berita ini. Saya boleh rasa kerana pernah berjumpa dengan mereka (beberapa pelajar Malaysia di Mesir) beberapa kali," katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Berita Harian hari ini mengenai 150 pelajar Malaysia di 8 universiti di Mesir bakal disingkirkan selepas menanggung hutang yuran sebanyak RM4.5 juta.

Menurut akhbar itu, pelajar terpaksa berdepan dengan hutang pembelajaran kerana tidak mendapat sebarang tajaan atau pembiayaan pendidikan semasa tempoh pembelajaran mereka di Mesir. Mereka yang terbabit ialah pelajar jurusan perubatan, pergigian dan farmasi yang bergantung sepenuhnya dengan keluarga untuk membayar yuran pengajian dan sara hidup mereka. Persatuan Pelajar-pelajar Sains Kesihatan Malaysia-Mesir (Perubatan) kini merayu bantuan pihak Malaysia tampil meringankan beban kumpulan pelajar terbabit demi masa depan mereka dan negara.

Kerajaan sebelum ini meluluskan cadangan pembinaan projek Taman Tugu, terletak di tanah seluas 26.7 hektar berhampiran Tugu Negara dengan matlamat mengangkat taraf Kuala Lumpur menjadi kota raya bertaraf dunia. Khazanah Nasional Berhad akan membiayai 75% (RM500,000) kos projek itu.

Ibrahim berkata kerajaan perlu bertindak segera menyelesaikan masalah ditanggung pelajar di Mesir berkenaan. "Ini tragedi yang menyayat hati, ibarat kata seperti gempa bumi kepada keluarga. Jika pelajar perubatan itu masih ada baki pengajian dan dibuang, tentunya merugikan mereka. Bukan saja pelajar, bahkan negara," katanya. - FMT

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Tuesday, September 06, 2016 11:10 PM
Subject: Fw: Masih Tak Cukup Duit Untuk Bina Hospital?

Setelah Kutip Berbillion RM Dari GST.. Masih Tak Cukup Duit Untuk Bina Hospital?
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Hairan betul ni.. dulu semasa nak dipotong subsidi minyak kata Najib subsidi yang dipotong itu akan digunakan oleh Kerajaan untuk membantu rakyat dengan membina lebih banyak kemudahan untuk rakyat..

Begitu juga semasa telah dilaksanakan GST.. Najib sendiri berkata tanpa GST kerajaan tidak mampu membina lebih banyak sekolah, hospital atau pusat kesihatan di kawasan pedalaman dan luar bandar.. bacalah di SINI

Ahmad Maslan pulak berkata menerusi kutipan cukai GST yang dikuatkuasakan, negara dijangka memperolehi hasil sebanyak RM23 bilion berbanding hasil cukai sebelum pelaksanaan GST iaitu hanya RM13 bilion.

"Kita bernasib baik melaksanakannya (GST) untuk membolehkan kita membina lebih banyak kemudahan asas termasuk jalan, jambatan, sekolah, klinik, hospital, masjid, surau dan bangunan kerajaan, yang dijangka memerlukan peruntukan berbilion ringgit,"

Tetapi setelah mengutip lebih dari RM30 Billion pada tahun 2015 dan kutipan bersih yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan bagi tempoh 1 April 2015 sehingga 31 Disember 2015 adalah sebanyak RM27.01 bilion..

Masih tak cukup duit???

Baca ni..

ALOR SETAR – Rancangan pembinaan Hospital Pendang bernilai RM200 juta yang diluluskan menerusi Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu diteruskan.
Bekas Exco Kesihatan Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, perkara itu penting bagi menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.
"Saya difahamkan rancangan pembinaan Hospital Pendang yang tertangguh sejak sekian lama akan disemak semula walaupun pada sebelum ini Perdana Menteri telah meluluskan pembinaannya.
"Kita akui semakan itu terpaksa dibuat kerana kerajaan tidak mencukupi duit, tapi kita harap kerajaan dapat teruskan juga projek tersebut," katanya, semalam.
Menurutnya, rancangan pembinaan hospital itu juga pernah mendapat perhatian oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
Ditanya mengenai penjimatan yang akan dilakukan kerajaan, beliau yang juga merupakan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah tidak menolak kemungkinan penjimatan akan dibuat melibatkan pelbagai peringkat dalam projek tersebut akibat kegawatan ekonomi negara yang serius.

Tuanku Abdul Halim semasa titah ucapan perasmian Dun Kedah pada 2011 pernah menzahirkan rasa kesal akibat rancangan untuk membina Hospital Pendang dan Hospital Bandar Baharu masih belum dilaksanakan.
Titah baginda, rakyat di dua daerah berkenaan menghadapi kesukaran kerana perlu bergerak jauh untuk mendapatkan rawatan daripada hospital di luar daerah tersebut.
Baginda berharap tindakan susulan dapat diambil bagi menyediakan kemudahan hospital berkenaan. Difahamkan, rancangan pembinaan Hospital Pendang pada awalnya diumumkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam Bajet 2006.
Ketika kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), beberapa projek besar termasuk Hospital Pendang terpaksa ditangguhkan akibat kekurangan peruntukan.
Projek itu kemudiannya dimasukkan pula ke dalam RMK10 menerusi kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) lapor Sinar di SINI

Dulu kaata tak cukup duit untuk bina Hospital kalau tak laksanakan GST.. dah laksanakan GST pun tak cukup duit apa cerita ni??

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Sep 16, 2016 12:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Saya Hampir Dilarikan Lelaki Tidak Dikenali Gara-Gara Tak 'Lock' Pintu Kereta Ketika Tunggu Suami Ke Bank," Wanita Cerita Detik Cemas
siakapkeli.my

Seorang wanita bernama Nabila Huda Mohamad telah menceritakan detik cemas yang melanda dirinya semalam apabila dia mendakwa hampir dilarikan oleh seorang lelaki tidak dikenali ketika berada di dalam kereta.

Menurut beliau, kejaidan berlaku menyebabkan dia kini masih trauma, ketika kejadian dia dikatakan sedang menunggu suaminya yang masuk ke dalam bank di dalam kereta di mana keretanya itu tidak dikunci.

Jom kita baca cerita penuh beliau.

Peristiwa petang tadi, pengajaran dan peringatan buat semua, pastikan lock kereta walaupun sekejap mana pun meninggalkan kereta...lagi-lagi dengan keadaan enjin hidup, saya masih trauma dengan peristiwa di mana saya hampir dilarikan oleh orang yang tak dikenali.

Allah masih sayangkan saya di mana saya sempat menjerit pangil husband yang berada di dalam bank, tragis sikit la sebab ada adegan terseret di pintu sebab nak rampas kunci.

Alhamdulillah, kuasa jeritan bekas koperal kadet polis ni dapat tarik perhatian orang ramai untuk tolong, penjenayah berjaya ditahan, skali dengan kereta pun kena tinggal di balai...huhu...sekarang still trauma dengan lebam-lebam di badan yang confirm tak daapt tidur la malam ni...

Husband lebam teruk kat tangan atas usaha nak lunyaikan penjenayah..tak pernah tengok husband mengamok sedemikian rupa...ingat ya semua! Dulu saya selalu baca kes-kes mcm ni kt fb...sekarang saya alami sendiri...beringat sebelum kena. - Nabila Huda Mohamad.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi kejadian, jadi kepada anda diluar sana, berhati-hatilah, jenayah di mana-mana. - Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Sep 16, 2016 12:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lagi Fenomena Gerhana Bulan Penumbra Sabtu Ini (17 September 2016)
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 15 Sep: Rakyat di negara ini bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penumbra buat kali kedua pada tahun ini pada Sabtu.

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) berkata, fenomena gerhana itu hanya akan dapat mula disaksikan apabila bulan mula memasuki penumbra pada jam 12.55 pagi Sabtu dan berada pada fasa maksimum apabila bulan berada di kawasan penumbra paling dalam pada 2.54 pagi.

"Fenomena gerhana bulan penumbra akan berakhir apabila keseluruhan bulan keluar sepenuhnya dari kawasan penumbra pada jam 4.54 pagi.

"Secara am, fenomena gerhana bulan berlaku apabila bumi menghalang cahaya matahari dari jatuh ke atas permukaan bulan," menurut ANGKASA dalam kenyataan di sini hari ini.

ANGKASA juga berkata, Gerhana Bulan Penumbra sukar dilihat dengan mata kasar kerana penumbra adalah kawasan bayang-bayang bumi yang lebih samar (kurang gelap) jika dibandingkan dengan kawasan umbra iaitu kawasan bayang-bayang bumi yang gelap.

"Peluang untuk melihat kesan gerhana penumbra akan menjadi lebih mudah dan jelas jika kita melihat gerhana tersebut menggunakan peralatan bantuan seperti binokular ataupun menggunakan teleskop," menurut agensi itu.

Agensi itu juga berkata pihaknya tidak akan mengadakan program pencerapan untuk orang awam sempena fenomena itu Sabtu ini.

Sumber : BH Online

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Sep 16, 2016 12:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Akhirnya Bekas Peguam Negara Dedah Cara Gulingkan Najib
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.com
Posted by Addin Deen

Akhirnya Bekas Peguam Negara Dedah Cara Gulingkan Najib. Peserta Bersih 5 tidak boleh menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana ia hanya boleh dilakukan 222 ahli Parlimen, kata bekas peguam negara.

Tan Sri Abu Talib Othman berkata Najib hanya boleh disingkirkan menerusi undi tidak percaya dalam sidang Parlimen atau menerusi representasi kepada Yang di-Pertuan Agong ketika Dewan Rakyat tidak bersidang.

Akhirnya Bekas Peguam Negara Dedah Cara Gulingkan Najib. "Atau pun, perdana menteri sendiri berundur dan meletakkan jawatan atas kerelaan sendiri. ini saja 3 cara yang dibenarkan undang-undang untuk menyingkirkan Najib," katanya kepada FMT.

Abu Talib menjawat jawatan peguam negara dari 1980 hingga 1993.

Semua perdana menteri menyerahkan tugas masing-masing menerusi peralihan kuasa yang aman, kecuali Tun Razak Hussein (1970-1976) yang meninggal dunia ketika masih dalam jawatan itu.

Akhirnya Bekas Peguam Negara Dedah Cara Gulingkan Najib

Abu Talib berkata kuasa sebenar untuk menyingkirkan Najib terletak di tangan 222 ahli Parlimen – iaitu 132 daripada BN dan 90 pembangkang serta ahli bebas.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai himpunan Bersih 5 yang akan diadakan pada 19 November depan mendesak perubahan institusi dan menyingkirkan Najib daripada jawatan perdana menteri.

Ia juga sebahagian daripada kempen Deklarasi Rakyat yang digerakkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan 40 yang lain pada Mac, mendesak rakyat Malaysia menyertai mereka menyingkirkan Najib menerusi jalan aman.

Abu Talib berkata mereka yang menyertai himpunan itu tidak melanggar undang-undang selagi tidak bertindak provokatif dan keganasan.

Akhirnya Bekas Peguam Negara Dedah Cara Gulingkan Najib

"Penganjur dan peserta perlu mematuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman. Persoalannya ialah sama ada pihak berkuasa akan membenarkan perhimpunan itu atau tidak," katanya.

Katanya, tidak banyak yang rakyat boleh lakukan pada masa ini kecuali menunggu pilihan raya umum akan datang, selewat-lewatnya 2018.

"Sementara waktu, mereka boleh meluahkan pendapat kepada wakil rakyat, tetapi soalannya ialah sama ada ahli Parlimen hendak dengar atau tidak," katanya.

Akhirnya Bekas Peguam Negara Dedah Cara Gulingkan Najib. Najib didesak meletak jawatan atas tuduhan dikaitkan dengan wang berbilion ringgit yang dimasukkan ke dalam akaunnya dalam skandal 1MDB.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, September 14, 2016 10:51 PM
Subject: Fw: Pas Mungkin Setuju Bergabung Dapatkan Kerusi Parlimen

Pas Mungkin Setuju Bergabung Dapatkan Kerusi Parlimen
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Betul atau tidak, Pas akan bersetuju bergabung dengan parti pembangkang lain pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sumber dalaman Pas memberitahu, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bersetuju untuk bergabung hanya untuk kerusi Parlimen sahaja sementara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masih lagi dalam rundingan tidak rasmi.

"Matlamat semua pembangkang adalah untuk menukar kerajaan BN dan untuk mencapai matlamat tersebut, pembangkang mestilah memenangi semua kerusi Parlimen.

"Jika perancangan berjalan lancar, maka semua kerusi parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan mana-mana parti pembangkang.

"Kalau tak buat begitu, maka susahlah pembangkang hendak jatuhkan kerajaan BN dan sampai bila pun tidak akan berjaya jika berlaku pertandingan tiga penjuru," katanya ketika dihubungiMalaysiaGazette.

Jelasnya, walaupun tidak diumumkan secara rasmi, tetapi percaturan itu dilihat sangat berkesan dan pasti akan memberi tekanan kepada kerajaan BN.

"Pengalaman Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah cukup menjadi pengajaran kepada parti-parti pembangkang.

"Melalui persetujuan ini, kedudukan parti pembangkang akan lebih kuat dan memudahkan rakyat untuk membuat pilihan," ujarnya.

Mengenai pembahagian kerusi, katanya, Pas akan tetap mempertahankan kerusi sedia ada manakala pembangkang lain akan membuat pembahagian mengikut persetujuan bersama.

"Pada dasarnya, Pas bersetuju untuk bergabung dan yakin cara itu yang terbaik untuk menewaskan BN nanti pada PRU ke-14.

"Kerusi DUN pula, kemungkinan syarat yang dikenakan Pas adalah pembangkang lain tidak boleh bertanding di Kelantan kerana mahukan negeri itu terus kekal di bawah pemerintahan Pas.

"Begitu juga dengan Pulau Pinang dan Selangor yang akan dikekalkan seperti mana hari ini," katanya.

Tambahnya, apa yang penting adalah persetujuan Pas bergabung dengan parti pembangkang lain untuk bertanding satu lawan satu dengan BN pada PRU ke-14 nanti. - MalaysiaGazette

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Sep 16, 2016 12:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tilapia Tidak Mengandungi 10 Ribu Sel Kanser Seperti Didakwa - Jabatan Perikanan Malaysia
siakapkeli.my

Artikel yang tersebar, viral di laman sosial.

Beberapa minggu lalu hangat diperkatakan di media sosial sehingga isu ini menjadi viral. Terdapat dakwaan yang mengatakan kononnya ikan tilapia membawa penyakit, di mana penyakit tersebut boleh menyebabkan kematian.

Kenyataan berkenaan mendakwa, ikan tilapia diberi makanan yang tidak sihat, bukan dari sumber semula jadi dan berunsurkan Genetically Modified Organism (GMO), yang akan menyebabkan ikan tilapia membawa satu sel kanser. Walaupun dakwaan tersebut hanya menyebut ianya hanya terjadi kepada ikan tilapia dalam sangkar sahaja, namun, isu ini mampu membuat orang ramai tidak senang duduk.

Terkesan dengan dakwaan yang menjadi viral ini, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui satu kenyataan, menyangkal sama sekali akan apa yang diperkatakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Maklumbalas Terhadap Dakwaan Ikan Talapia Mempunyai Sel Kanser oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

*Antara Isu Yang Dibangkitkan:

1. Ikan tilapia mengandungi 10 ribu sel kanser menurut laporan kajian WHO
#Ulasan DOF
-WHO tidak langsung mengeluarkan laporan sedemikian di laman webnya.
-Tiada artikel saintifik (di dalam dan luar negara) berkaitan laporan terdapatnya sel kanser pada isi ikan tilapia.

2. Ikan tilapia diternak dengan "hormonal feed that are filled with steroids and other fattening chemicals"
#Ulasan DOF
-Tiada laporan saintifik yang mengaitkan isu penggunaan makanan ikan yang dicampur hormon dan agen penggalak tumbesaran diamalkan dalam industri ternakan tilapia di negara ini.
-Pengusaha ternakan ikan tilapia pada masa ini kebanyakannya menggunakan strain tilapia yang ditambahbaik melalui pembiakbakaan (selective breeding), kacukan dan hybrid untuk tujuan meningkatkan kadar tumbesaran. Maka penggunaan hormon dan agen penggalak tumbesaran tidak perlu dan membazir serta akan meningkatkan kos operasi.

3. Omega 6 fatty acid in tilapia can increase risk of getting blood clot, arthritis
#Ulasan DOF
-Kajian saintifik yang dijalankan oleh FRI bersama WorldFish pada tahun 2010 berkaitan kandungan fatty acid dalam isi tilapia mendapati paras omega-3 lebih rendah berbanding omega-6.
-Penentuan risiko kepada kesihatan manusia untuk penyakit seperti dinyatakan di atas dibuat dengan mengira nisbah omega-6 kepada omega-3. Jika nilainya melebihi 5, ia dianggap berisiko kepada kesihatan manusia.
-Walaubagaimanapun, kajian ini mendapati nisbah yang direkodkan adalah 3.3 yang menunjukkan ia jauh lebih rendah daripada paras berisiko tersebut.

RUMUSAN
Ikan Tilapia Malaysia berpotensi besar di dalam pasaran domestik dan eksport serta mempunyai stok ternakan yang baik juga selamat untuk dimakan.

*Orang ramai diharap tidak terkesan dengan dakwaan tidak benar akan ikan tilapia, dan dengan penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Jabatan Perikanan Malaysia ini, orang ramai harus lebih berhati-hati dalam menerima maklumat yang tidak sahih, dan seharusnya membuat pengesahan kepada pihak berwajib terlebih dahulu.

Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Sep 16, 2016 12:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Ketahui Senarai Hospital Menyediakan Ujian Pengesahan #ZIKA

bloglist-malaysia.blogspot.
bankami.blogspot

Tahukah anda senarai hospital yang menyediakan perkhidmatan ujian bagi mengesahkan ZIKA? Berikut dikongsikan senarai hospital di seluruh Malaysia yang menyediakan perkhidmatan ini seperti dikongsikan dari facebook Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk makluman, kes jangkitan virus Zika tempatan pertama di Malaysia telah dilaporkan pada 2 September 2016 di Sabah. Nyamuk Aedes adalah punca penyebaran demam Zika.

Berikut adalah senarai 12 hospital yang menyediakan Perkhidmatan Ujian bagi mengesahkan ZIKA :

1.. Hospital Kuala Lumpur
2.. Hospital Sg Buloh, Selangor
3.. Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak
4.. Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah
5.. Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan
6.. Hospital Melaka
7.. Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
8.. Hospital Pulau Pinang
9.. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang
10.. Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kelantan
11.. Hospital Umum Sarawak
12.. Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu

Pelajar UniKL MICET Buat Penyelidikan Hasilkan Vaksin Virus Zika, Dapati Campuran 6 Jenis Herba Mampu Rencat Sel Virus Zika
siakapkeli.my

Hariz Haikal

Melaka, 15 Sep: Seorang pelajar UniKL MICET kini sedang membuat penyelidikan bagi menghasilkan vaksin untuk mencegah jangkitan virus Zika.

Hariz Haikal, pelajar tahun akhir dalam Ijazah Sarjana Muda Bioproses, Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical & Bioengineering Technology (UniKL MICET) itu membuat penyelidikan tersebut di ladang herba terbesar di Asia milik bapanya, Nasuha Kasian, 62, yang berkeluasan 1,295 hektar.

Haikal, yang juga merupakan ketua penyelidik Nasuha Biotechnology & Biodiversity Sdn Bhd berkata pihaknya memulakan kajian secara makmal sejak enam bulan lalu dan mendapati pati wap campuran enam jenis herba mampu merencatkan sel virus Zika dari terus merebak.

"Penggunaan pati herba tersebut juga mampu mematikan virus tersebut secara perlahan," katanya kepada Bernama.

Menurut beliau lagi, hasil dari penyelidikan itu, pihaknya berjaya menghasilkan minyak pati wap berasaskan pati herba campuran yang boleh dimajukan untuk dijadikan vaksin virus Zika.

"Kita menggunakan minyak pati wap bagi menghasilkan penyembur penghalau serangga dengan jenama 'Organic Natural Repellant' yang mengandungi enam jenis herba yang ditanam di ladang yang terletak di Jalan Muar-Pagoh tanpa membabitkan bahan kimia," katanya.

Beliau berkata semburan repelan itu akan bertindak menutup lubang pernafasan nyamuk aedes yang akan menyebabkannya mati serta-merta apabila disembur terus pada nyamuk aedes.

"Ia dihasilkan menggunakan teknologi hijau dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada manusia dan alam sekitar kerana kita menggunakan bahan organik dan bebas daripada bahan kimia dan racun yang mampu mendatangkan kesan sampingan jangka panjang kepada manusia," katanya.

Tambah Hariz, untuk melakukan penyelidikan secara klinikal sama ada pati herba itu sesuai ntuk manusia dalam jangka masa panjang memerlukan masa dan dana yang besar.

Justeru itu, pihaknya mengalu-alukan bantuan geran dari kerajaan dan pihak yang berminat untuk mengadakan kerjasama bagi melakukan penyelidikan saintifik secara menyeluruh bagi menghasilkan vaksin virus Zika.

Sebanyak enam kes jangkitan virus Zika dilaporkan di negara ini termasuk dua kes terbaharu melibatkan adik-beradik dikesan di Miri, Sarawak dan Setapak, Kuala Lumpur.

Sumber ; Mediacorp, The Sun Daily

Penyelidik Menegaskan Dunia Perlu Siap Siaga Hadapi Wabak Mikrosefali
siakapkeli.my

PARIS 16 Sept: Ketika virus zika mula merebak di negara baharu, di mana ia mengehadkan pertumbuhan kepala pada janin, dunia juga harus bersiap sedia berhadapan 'wabak global' mikrosefali, kata penyelidik.

Menurut saintis dari Brazil dan Britain, mereka menemui bukti tambahan Zika adalah punca kecacatan itu, kaitan yang sudah pun diterima secara meluas dalam dunia perubatan, tulis Berita Harian.

Bagi negara Brazil, yang sudah diketahui, negara paling teruk terjejas akibat penularan wabak zika, kajian dilakukan terhadap bayi baru lahir, di mana hampir separuh daripada 32 bayi dengan mikrosefali mempunyai kesan virus Zika dalam darah atau cecair serebrospina.

Tiada seorang pun daripada 62 bayi yang lahir dengan kepala normal diuji positif Zika dalam darah mereka, kaitan jelas itu membawa penyelidik merumuskan wabak mikrosefali adalah disebabkan jangkitan virus Zika kongenital.

"Jika benar, kita perlu bersedia berhadapan wabak mikrosefali merebak ke semua negara yang ada pemindahan virus Zika tempatan dan ke negara yang pemindahan virus berkemungkinan menular", kata penyelidik.

Tambah penyelidik lagi, mereka mencadangkan dunia perlu bersedia menangani wabak global mikrosefali dan manifestasi lain sindrom Zika kongenital.

Penyelidik juga mencadangkan untuk menambah Zika ke dalam kategori jangkitan kongenital yang diketahui berlaku sebelum atau ketika kelahiran. Zika adalah virus yang disebarkan oleh nyamuk, tetapi dalam kes yang jarang berlaku ia juga boleh dijangkiti melalui seks.

Sumber: BH Online

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Sep 16, 2016 12:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



ANAK PANDA DITIMANG2, RAKYAT SENDIRI HIDUP SENGSARA
bloglist-malaysia.blogspot.
mutaligat.blogspot
Posted by Penjana Melaka

Anak panda ditimang dan diberi sepenuh keistimewaan. Tetapi rakyat sendiri ramai yang melarat dan menderita. Itulah hebatnya kerajaan tanahairku.

Anak panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang, Nuan Nuan berkemungkinan besar akan dipulangkan ke China, Ogos tahun hadapan.

Keputusan itu dibuat berikutan Zoo Negara tidak mampu untuk membiayai kos penjagaannya yang terlalu tinggi.

Mengikut perjanjian antara Malaysia dan China, Malaysia perlu menanggung kos tinggi jika penjagaan anak panda itu dilanjutkan tempoh dua tahun.

Pejuang 16 Final4 RGB (1)

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Sr. Zaharin Md. Arif berkata, pihaknya perlu membayar kepada China sebanyak AS$600,000 (RM2,414,116.03) dan memperuntukkan AS$150,000 (RM603,549.80) untuk insurans seekor panda, selain kos operasi penjagaannya menelan hampir RM200,000 sebulan.

Selain itu katanya, selepas usianya dua tahun, anak panda betina itu perlu diasingkan daripada ibu bapanya kerana dikhuatiri berlaku pergaduhan dan ini menyebabkan kos tambahan diperlukan.

"Kita tiada tempat untuk anak panda dan perlu memikirkan gaji kakitangan, penyelenggaraan pendingin hawa yang perlu dipasang selama 24 jam dan makanan haiwan itu," katanya lagi.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, August 28, 2016 10:04 PM
Subject: Fw: Anak Panda Dihantar Pulang Kerana Kos Penjagaan Mahal

Anak Panda Dihantar Pulang Kerana Kos Penjagaan & Sewa YG Mahal - Zoo Negara.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Anak panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang, Nuan Nuan berkemungkinan besar akan dipulangkan ke China, Ogos tahun hadapan kerana Zoo Negara tidak mampu untuk membiayai kos penjagaannya yang tinggi.

Presiden Persatuan Zoologi Malaysia, Datuk Sr. Zaharin Md. Arif berkata, pihaknya perlu membayar kepada China seba­nyak AS$600,000 (RM2,414,116.03) dan memperuntukkan AS$150,000 (RM603,549.80) untuk insurans seekor panda, selain kos operasi penjagaannya menelan hampir RM200,000 sebulan.

Menurutnya, selepas usianya dua tahun, anak panda betina itu perlu diasingkan daripada ibu bapanya kerana dikhuatiri berlaku pergaduhan dan ini menyebabkan kos tambahan diperlukan. "Kita tiada tempat untuk anak panda dan perlu memikirkan gaji kakitangan, penyelenggaraan pendingin hawa yang perlu dipasang selama 24 jam dan makanan haiwan itu.

"Perbincangan dengan Persatuan Pemeliharaan Hidupan Liar China (CWCA) akan dilakukan November ini dan kami bercadang menjaga Nuan Nuan sehingga usianya dua tahun sahaja pada Ogos tahun hadapan walaupun kontrak membenarkannya sehingga empat tahun," katanya.

Beliau berkata kepada pemberita dalam sidang akhbar maj­lis pelancaran setem tujuh ke­ajaiban flora dan fauna sempena sambutan hari lahir panda gergasi ke-10, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah ber­kenan menyempurnakan gimik sambutan ulang tahun panda gergasi dan melawat sekitar kawasan Zoo Negara termasuk Pusat Konservasi Panda Gergasi (GPCC). Majlis itu turut menyaksikan penganjur bersama, Pos Malaysia Berhad melancarkan tujuh koleksi setem keajaiban flora dan fauna, manakala Universiti Malaya menghasilkan laman pendidikan siber, membolehkan pengunjung mengimbas kod QR untuk me­ngetahui maklumat hidupan menerusi telefon pintar. -Utusan

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Fri Sep 16, 2016 12:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Tindakan Brunei Haramkan Filem Pekak Ini Memang Tepat!', Anda Pasti Sokong Bila Lihat 11 Sebab Ini !

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Menurut Syarifah Amani, "Rugi dan kasihanilah Brunei kerana mengharamkan Pekak". Selepas menonton saya kira 2/3 filem tersebut, saya setuju, malah saya salute tindakan Brunei dan saya kecewa mengapa Malaysia tidak bertindak sedemikian. Saya mula tidak sedap duduk selepas tiga puluh minit pertama. Semakin lama semakin gelisah. Akhirnya saya keluar dalam keadaan menggigil tangan kerana menahan marah. Kesan dari filem ini, saya sudah "dengar" di dalam panggung ketika menontonnya. Kesan seterusnya? Saya tak sanggup bayangkan.

Sebelum itu, saya harus beri kredit pada pembukaan cerita yang segar, sudut kamera yang kreatif dan lakonan Zahiril Adzim dalam menunjukkan kesunyian orang pekak. Sayangnya filem ini bukan cerita tentang dia.

Berikut adalah 11 sebab mengapa saya keluar panggung sebelum filem Pekak berakhir.

1. Babak Dara dan Melur mencuri di kedai runcit.

Dara disuruh Melur mengalihkan perhatian pekedai runcit sementara dia mencuri rokok. "Bang, mana satu bagus?" tanya Dara kepada pekedai runcit, mereka berdiri di rak tuala wanita. "Entah, saya tak pernah pakai" jawab pekedai tersebut. Penonton remaja yang duduk di barisan belakang dalam panggung ketawa. Bila Melur sudah berjaya mencuri sekotak rokok, Dara pon berkata, "Tak apalah bang, cancel". Pekedai OK saja, tak tahu apa-apa. Budak-budak remaja di belakang sekali lagi ketawa. Kemudian kedua-dua Dara dan Melur cepat-cepat berlalu dari situ. Mereka berjaya mencuri. Adakah mencuri itu lucu? Anak sekolah dalam pakaian seragam sekolah mencuri rokok itu lucu? mempermainkan orang lain dan mengambil haknya itu lucu?

2. Babak Dara dan Melur melepak dan merokok di halaman flat mereka.

Persoalan filem ini bermula di babak ini. "Wei, kau dan on belum dengan Kamil" tanya Melur. Kalau bukan kerana ada terjemahan bahasa Inggeris, saya tak tahu apa maksud "on". "On" bermaksud "sleep". Ya, Melur bertanya pada Dara, kau dah tidur dengan Kamil ke belum? Remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa. Dara menafikan. Alasannya, baru kenal sebulan dengan Kamil. "Aku baru je berapa jam kenal Azman dan "on" dah!" cabar Melur. Setiap kali menyebut "ON", Melur menjungkit bahu. Perkataan "ON" tu, ditekankan. Setiap kali itulah, remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah-dekah. Apa yang lucunya tentang seks bebas bawah umur?

3. Masih babak yang sama

Melur memujuk Dara untuk mengikutnya keluar malam itu. Dara menolak dengan alasan takut dimarahi bapanya. "Eleleh… strict sangat bapak kau tu, biar aku "servis" dia sikit!". Sekali lagi Melur menjungkit bahu dan remaja-remaja lelaki di barisan belakang ketawa berdekah- dekah.

4. Babak Azman menghisap dadah dengan alat semacam rod kaca

Saya tak tahu apa benda yang dia hisap dan apa dia guna, tapi babak tu memang mirip video demo youtube. Maksud saya begitu 'upclose' dan 'detail'. Anda rasa, kalau budak-budak remaja yang belum cukup akal tengok ada tak rasa nak cuba tak?

5. Babak Melur dan Dara berpura-pura mengaji untuk memperdaya bapa Dara.

Melurnya kononnya datang untuk mengajar Dara mengaji, tetapi sebenarnya mahu memujuk Dara mengikutnya keluar ke parti malam itu selepas ayah Dara keluar bekerja. Melur datang berbaju kurung dan berselendang. Muka polos tanpa mekap. Ayah Dara menyangka, Melur anak yang baik. Dia memuji Melur dan menyuruh Melur menemankan Dara di rumah malam itu. Ketika ayah Dara tiba-tiba membuka pitu bilik anaknya, mereka sebenarnya sedang bersolek lantas pura-pura mengaji dan Dara menyorokkan baju seksi yang dibawa Melur utuknya. Ketika babak ini, anak-anak remaja dibelakang ketawa berdekah-dekah. Lucu kah bila anak-anak hilang hormat pada bapanya? Lucukah bila anak-anak menipu orang tuanya?

6. Babak Kamil jumpa Uda pertama kali.

Kamil mengadakan parti. Uda datang menghantar dadah. Bila Kamil tahu yang Uda seorang pekak, dia merenung Uda dekat-dekat dan menanggilnya bodoh beberapa kali. Dia mahu memprovok dan mengejek Uda. Bodoh! bodoh! bodoh! …………… tiba-tiba dari belakang ada suara kanak-kanak berteriak bodoh!bodoh! Saya pon menyumpah dalam hati. Bodoh! mak bapak bodoh mana yang bawa anak kecil tengok cerita macam ni? Ini filem klasifikasi P13, kenapa ada anak kecil? Dan penjaga pintu pawagam? apa kerjanya?

7. Masaalah yang diangkat dalam filem ini ialah

"Apa yang Kamil perlu buat supaya dapat tidur dengan Dara?" Ya, dari awal, ini saja dialog mereka. Kau dan on dengan Dara? Bila kau nak on dengan Dara. Azman dan Melur adalah penasihat Kamil. Kamil yang dipaparkan sebagai orang berada mengadakan pesta demi pesta semata-mata untuk meniduri Dara. Ketika filem Hantu Kak Limah pecah panggung, frasa "Kita bakar!" menjadi sebutan dimana-mana. Tak mustahil dialog "dah on" ni akan jadi buah bibir anak-anak remaja di belakang tu selepas menonton filem ini.

8. Uda? Uda sebenarnya cuma watak sampingan.

Adakah filem ini membincangkan masalah Uda yang pekak? Tidak sama sekali. Bagaimana Uda boleh pekak? Tak tahu. Cuma diceritakan Uda ditinggal orang tuanya dalam hujan di kaki lima kedai ketika berusia lebih kurang lima tahun. Uda kemudian di bela oleh bossnya sekarang. Apakah jenis kepekakan Uda? Tak di ceritakan. Semulajadi atau kemalangan? Entah. Cuma ada satu babak berjumpa doktor dan klinik doktor tu macam tak bertauliah saja. Doktor cuma menerangkan peratus kejayaan implan ialah 90% dan
suruh Uda datang semula bila dah ada duit. Saya tak pasti itu doktor atau tukang telinga.Berapa kos yang perlu Uda sediakan? Tak tahu. Uda menjual dadah dalam keadaan tenang dan senang. Hanya tunggu orang datang, beri barang dapat duit. Beberapa kali dipaparkan nilai simpanan Uda meningkat puluhan ribu dalam masa pendek. Amboi! Apa mesejnya? Nak beritahu pada remaja-remaja di belakang tu yang jual dadah ialah cara mudah dapat duit. Dan asalkan kau ada niat mulia, kau berada dalam keadaan 'darurat', kau tetap naif. Kau orang baik. Kau tak berdosa.

9. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan

Saya harapkan cerita ini akan menyuntik kesedaran dan keperihatinan masyarakat pada golongan OKU secara umum dan golongan pekak secara khusus.

Tapi sayangnya cerita ini cuma memaparkan seks dan dadah. Konflik cerita ini bermula bila Kamil masih gagal meniduri dara walaupon beberapa kali memasang perangkap dan klimaxnya bila Azman pula yang menikmati Dara. Pengarah sekarang dah berani buat babak bercumbuan dari sisi pandangan belakang pasangan bercumbuan. Aku tahu mereka bukan buat betul-betul. Tapi remaja-remaja yang di belakang tu naik syok juga! Satu lagi adengan bercumbuan Melur dan Azman di kolam mandi kering. Sangat melampau! Saya masih ingat pada akhir tahun 90-an. TV Singapura mula menayangkan adengan bercumbuan dari sisi belakang. Masa itu gegar jugalah masyarakat Singapura. Mereka berbahas baik-buruknya hal tersebut. 10 tahun kemudian? Hmmm… perkara biasa. Adakah kita juga bergerak ke arah itu?

10. Babak pemerkosaan Dara oleh Azman.

Inilah babak terakhir sebelum aku keluar dengan tangan menggigil menahan marah. Dara mabuk, tak sedarkan diri, terbaring atas katil. Azman melutut di atas Dara. Bila kamera fokus pada Azman dari depan dan dia mula buka seluar, saya terus bangun. Adakah penulis tidak belajar seni "tell but not show?". Remaja-remaja di belakang diam. Sama ada mereka simpati pada Dara atau menikmati Dara seperti Azman. Saya tak tahu. Tak sanggup nak fikir.

11. Dalam filem ini tiada orang "baik" yang menyantuni anak-anak yang sesat.

Watak paling "baik" adalah bapa Dara. Tetapi bapa dara adalah watak "ulama penghukum". Itu berdosa! Kau nak masuk neraka? Nak jadi macam mak kau? Bapa dara menghukum anaknya secara fizikal. Dara tertekan. Dara kurang kasih sayang. Stereotaip? Heh.

Kenapa saya marah?

Kata Syarifah Amani, "Kita jangan menipu atau jangan cuba sorok [realiti] … Itu cara kita berdakwah. Insya Allah, orang dapat kebaikan daripadanya" Saya anggap Amani tersasul menyebut "dakwah". Siapakah sasaran penonton cerita ini? Pemimpin negara? Supaya mereka mahu buka mata pemimpin negara akan keseriusan masalah sosial di negara ini? Atau adakah mereka sasarkan ibu bapa yang mempunyai anak remaja? Supaya ibu bapa berjaga-jaga akan tingkah laku anak mereka? Jangan sorok fakta, sasaran penonton filem ini adalah remaja. Seperti
remaja-remaja yang duduk di barisan belakang ketika saya menonton. Adakah filem ini mampu beri pengajaran baik? Anda nilaikan sendiri dari cerita saya di atas. Sebelum keluar panggung saya sudah mendengar kesannya. Saya tidak pekak.

Bergiat secara aktif dalam NGO, membuka telinga saya dari kepekakan terhadap isu-isu sosial. Saya mengenali Puan Vimmi Yasmin Razak secara peribadi walaupon saya baru pernah berjumpanya sekali. NGO kami telah bekerja sama beberapa kali. Ketika beliau mula menubuhkan Rumah Kita (rumah perlindungan untuk ibu remaja dan anak tidak sah taraf), Our Touch menyokong dengan dana sewa selama setahun. Saya membaca luahan rasa Kak Vimmi setiap hari di facebook beliau. Tentang anak-anaknya, tentang cucu- cucunya. Kerisauannya tentang gejala sosial yang melanda generasi muda negara ini dan jerit perih mencari dana untuk membela mereka. Anak-anak yang tersasar ini, beliau peluk dan pelihara. Tapi siapa akan merawat puncanya? Kejahatan tak perlu di ajar, syaitan ada di mana-mana. Kenapa kita mahu membantu syaitan? Bukan ada satu saja rumah perlindungan seperti ini di negara kita, banyak! Bukalah telinga anda, dan dengarkan rintihan mereka.

Kenapa saya marah? Menurut Ustaz Pahrol Mohd Joi, jika anda tak merasa marah melihat kemungkaran, tepuk dada tanya iman. Marah bukan sesuatu yang sentiasa negatif. Saya marah bila remaja-remaja di belakang saya menikmati cerita ini dengan gelak tawa. Seolah-olah kesemua yang kerja salah yang dilakonkan adalah "normal". Saya bukan marah kepada mereka. Saya marah dan kesal kerana mereka tidak mampu melindungi diri sendiri dan tidak dilindungi masyarakat dari anasir-anasir seperti ini. Perbuatan songsang diringankan dengan komedi. Penjual dadah adalah "hero". Ringan-ringan tak apa.

Kau tidak adil kau tidak menontonnya sampai habis

Durasi filem ini 1 jam 36 minit. Filem bermula kira-kira jam 8.05 malam dan saya keluar kira-kira 9.25 malam. Selama satu jam dua puluh minit filem tu penuh dengan adengan-adengan rendah moral dan ia belum berakhir. Adakah anda fikir beberapa minit terakhir filem tu mampu
memurnikan minda anak-anak remaja yang tercemar dengan segala kebejatan yang diajar selama sejam lebih sebelumnya? Dapatkah mereka memadam imej-imej rendah moral dan dialog-dialog rendah akhlak dari minda mereka?

Tindakan Brunei tepat

Media-media Malaysia melaporkan antara alasan mengapa Brunei mengharamkan filem Pekak kerana ada adengan seperti perempuan menghisap rokok. Sebenarnya adengan perempuan menghisap rokok tu yang paling sopan. Adengan lain lebih teruk lagi. Lelaki perempuan sama
saja. Adengan hisap dadah. Adengan panjat tembok sekolah. Adengan bercumbu. Adengan curi keluar malam dengan lelaki.

Tapi mereka kan menang anugerah di luar negara?

Adakah kiblat kita di Cannes? Asal mereka mengiktiraf filem kita maka kita 'terpaksa' mengiktirafnya sama? Apakah pembaris akhlak mereka sama dengan kita? Tanpa mengguna penilaian agama pon, adakah nilai budi bahasa kita sama seperti mereka? Ironi, Perancis tak pernah menjajah kita tapi kita pula terhegeh-hegeh mahu menyanjung mereka. Saya menerangkan analogi ini kepada kawan saya. Pelancong barat sangat suka ke Phuket. Phuket adalah syurga dunia. Pelbagai pesta sepanjang tahun. Full moon? Half moon? Arak murah, perempuan bersepah. Tetapi apakah Phuket tempat pelancongan terbaik untuk kita?

Filem ini memang PEKAK

Bukan filem ini saja tajuknya Pekak. Penulis, pengarah, penerbit sampai kepada pihak yang meluluskan tayanyan filem ini. Semuanya Pekak. Pekak pada masalah sosial negara. Pekak pada tata susila. Pekak pada keresahan masyarakat. Pekak pada rintihan pihak-pihak yang saban
hari berjuang membawa pulang anak-anak yang tersesat di jalan gelap. Jika anda tak mampu membantu mereka, janganlah menambah masaalah yang ada!

Ketika melangkah keluar panggung, ada dua stroller di ruang tepi. Saya secara bersahaja bersuara perlahan "Siapa yang bawa anak ni? Baliklah! Cerita ni tak elok bagi anak-anak tengok. Saya pon tak sanggup tengok lagi" Saya rasa hendak menangis lihat si kain putih bermain-main sendiri di tepi tangga sedangkan ibubapanya sedang menonton adengan rogol. Sedih dan marah. Tangan saya menggigil.

Sumber : Pengembara Berpoket Nipis

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: