Thursday, September 15, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4585

9 Messages

Digest #4585

Messages

Wed Sep 14, 2016 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Datuk Husni, bekas Menteri Kewangan sudah kena hentam,
bloglist-malaysia.blogspot
sisibukit.blogspot

Apabila Husni mula bercakap dia pun kena hentam.Husni, bekas Menteri Kewangan 2 amat tahu tentang 1 MDB.Tengku Adnan, Setiausaha Agung UMNO, sudah mula mengasak Datuk Husni (klik sumber).

Syabas Husni berani hilang semua .Sanggup letak jawatan Menteri.Bukan semua Menteri berani buat macam Datuk.

Datuk Husni, berani bersuara dan beliau tahu risiko apabila bercakap benar.Beliau tidak ada kesalahan rasuah, dan tidak ada kesalahan salah laku dalam UMNO,Pengundi Kawasan Tambun pun tahu beliau wakil rakyat yang berkhidmat.

1MDB kena bayar bunga RM2.7 bilion setahun – Husni
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Kementerian Kewangan menyatakan syarikat pelaburan 1Malayia Development Berhad (1MDB) membayar bunga berjumlah RM2.7 bilion setahun kepada bank untuk melunaskan hutang berjumlah RM42 bilion yang terkumpul sejak enam tahun lalu.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata sewaktu menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin di Dewan Rakyat hari ini.

"Jika jumlah hutang tersebut adalah RM42 bilion, jumlah bunga adalah RM2.4 bilion hingga RM2.7 bilion setahun," katanya dipetik Astro AWANI.

Ahli Parlimen itu mengemukakan soalan tentang jumlah bunga yang perlu dibayar oleh 1MDB sebulan untuk melunaskan hutang yang ditanggung syarikat itu.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 14, 2016 7:50 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tiga hari tambang percuma LRT laluan Kelana Jaya bermula Selasa
bloglist-malaysia.blogspot.
dialograkyat.blogspot
Dicatat oleh ELBI RISALAH
ASTRO AWANI

Laluan Kelana Jaya berintegrasi dengan laluan Sri Petaling di stesen Masjid Jamek dan Putra Heights. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pengguna tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dari stesen Gombak hingga Putra Heights berpeluang menikmati tambang percuma selama tiga hari mulai Selasa ini.

Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini berkata penumpang yang menukar laluan ke Sri Petaling, Ampang, Monorel, BRT Sunway di stesen bersepadu hanya perlu membayar perbezaan tambang perjalanan bagi ketiga-tiga laluan itu.

"Sama juga sekiranya penumpang datang dari laluan BRT Sunway, Sri Petaling, Ampang dan monorel yang ingin meneruskan perjalanan ke laluan Kelana Jaya, tambang percuma akan diberikan bagi sektor perjalanan di laluan Kelana Jaya," tambah kenyataan itu.

Laluan Kelana Jaya berintegrasi dengan laluan Sri Petaling di stesen Masjid Jamek dan Putra Heights.

Menurut kenyataan itu, bagi laluan BRT Sunway yang dikendalikan anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad, Rapid Bus Sdn Bhd, yang terhubung dengan laluan Kelana Jaya di stesen USJ 7, pengguna dengan bayaran tunai boleh mendapatkan token percuma di kaunter khidmat pelanggan.

Pengguna dengan bayaran tanpa tunai pula boleh menggunakan kad tanpa tunai seperti biasa, manakala pengguna dari laluan Kelana Jaya ke Sri Petaling, Ampang, Monorel, BRT Sunway boleh menggunakan kad tanpa tunai atau token dari mesin TVM.

Selain itu, Prasarana turut memberikan diskaun tambang sebanyak 50 peratus kepada pengguna perkhidmatan LRT, monorel dan BRT sebelum 7 pagi mulai 16 September ini.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 14, 2016 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Paralimpik : "Lari Kuat-Kuat Tau..", Adik Nur Iman Beri Kata-Kata Semangat Kepada Ibunya, Siti Noor Iasah
siakapkeli.my

Johor Bharu, 13 Sep - "Lari kuat-kuat tau..", itu kata-kata semangat yang diberikan oleh Nur Iman Qaisara, anak kepada atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin, yang akan berentap di final acara 400m T20 Paralimpik Rio esok.

Nur Iman memberi kata-kata semangat itu ketika bercakap dengan ibunya di telefon yang memberitahu dia sangat rindukan anak perempuannya itu.

Bagi keluarga Siti Noor Iasah, emas bukanlah segala-galanya tetapi mereka mahu Iasah lakukan yang terbaik untuk Malaysia.

Suami Siti Noor Iasah, Muhammad Hafiz Abu Bakar berkata seluruh keluarga berdoa untuk kejayaan Iasah dan mereka memberi motiviasi untuk Iasah menerusi telefon setiap hari.

"Kami beritahu dia untuk fokus ketika perlumbaan dan tidak terlalu memikirkan kemenangan. Saya percaya jika dia melakukan yang terbaik, dia akan dapat beraksi dengan baik di final

"Saya tidak pernah menyangka dia boleh melakukan sepantas 58.96 saat di pusingan saringan, yang mana lebih pantas dari rekod peribadinya, 60.4 saat", kata Hafiz, yang juga seorang bekas atlet paralimpik negara.

Hafiz berkata sedemikian kepada akhbar The New Straits Times di rumahnya di Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram di sini.

Siti Noor Iasah akan berentap di final dalam acara 400m T20 paralimpik esok selepas dia berjaya memenangi acara saringan dan juga memecahkan rekod Asia. - Siakapkeli.my
Sumber : NST

Paralimpik : Siti Noor Iasah Mara ke Final, Cipta Rekod Asia
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 13 Sep: Atlet paralimpik negara, Siti Noor Iasah Mohamad Arifin berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir dalam acara 400 meter T20 waniat (masalah pembelajaran) dalam temasya Sukan Paralimpik Rio sebentar tadi.

Iasah berja memenangi saringan kedua acara tersebut dengan mencatat masa 58.6 saat sekaligus memperbaharui rekod Sukan Para Asia iaitu 1:01.33s miliknya yang diperoleh pada 2014.

Dalam peringkat saringan yang berlangsung di Stadium Olimpik Rio, awal pagi tadi, Siti Noor Iasah memenangi saringan kedua dengan mencatat masa 58.96 saat (S).

Siti Noor Iasah sudah memperbaharui rekod Sukan Para Asia ketika beraksi di Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lalu dengan catatan masa 60.35s untuk meraih pingat gangsa.

Saingan akhir acara 400m T20 wanita akan berlangsung esok, membabitkan lapan pelari terbaik daripada kedua-dua peringkat saringan. - BERNAMA

Sumber : BH Online

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 14, 2016 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Pas Mungkin Setuju Bergabung Dapatkan Kerusi Parlimen
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Betul atau tidak, Pas akan bersetuju bergabung dengan parti pembangkang lain pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 demi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Sumber dalaman Pas memberitahu, parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu bersetuju untuk bergabung hanya untuk kerusi Parlimen sahaja sementara kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) masih lagi dalam rundingan tidak rasmi.

"Matlamat semua pembangkang adalah untuk menukar kerajaan BN dan untuk mencapai matlamat tersebut, pembangkang mestilah memenangi semua kerusi Parlimen.

"Jika perancangan berjalan lancar, maka semua kerusi parlimen yang dipertandingkan di seluruh negara akan menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara BN dan mana-mana parti pembangkang.

"Kalau tak buat begitu, maka susahlah pembangkang hendak jatuhkan kerajaan BN dan sampai bila pun tidak akan berjaya jika berlaku pertandingan tiga penjuru," katanya ketika dihubungiMalaysiaGazette.

Jelasnya, walaupun tidak diumumkan secara rasmi, tetapi percaturan itu dilihat sangat berkesan dan pasti akan memberi tekanan kepada kerajaan BN.

"Pengalaman Pilihan Raya Negeri Sarawak dan Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sudah cukup menjadi pengajaran kepada parti-parti pembangkang.

"Melalui persetujuan ini, kedudukan parti pembangkang akan lebih kuat dan memudahkan rakyat untuk membuat pilihan," ujarnya.

Mengenai pembahagian kerusi, katanya, Pas akan tetap mempertahankan kerusi sedia ada manakala pembangkang lain akan membuat pembahagian mengikut persetujuan bersama.

"Pada dasarnya, Pas bersetuju untuk bergabung dan yakin cara itu yang terbaik untuk menewaskan BN nanti pada PRU ke-14.

"Kerusi DUN pula, kemungkinan syarat yang dikenakan Pas adalah pembangkang lain tidak boleh bertanding di Kelantan kerana mahukan negeri itu terus kekal di bawah pemerintahan Pas.

"Begitu juga dengan Pulau Pinang dan Selangor yang akan dikekalkan seperti mana hari ini," katanya.

Tambahnya, apa yang penting adalah persetujuan Pas bergabung dengan parti pembangkang lain untuk bertanding satu lawan satu dengan BN pada PRU ke-14 nanti. - MalaysiaGazette

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 14, 2016 7:51 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



'Arak hilang dara' sasar mahasiswa

Dilulus untuk paparan oleh Editor
tranungkite.net

Minuman alkohol, Four Loko yang diharamkan di beberapa negeri di Amerika Syarikat telah dijual secara dalam kepada orang Malaysia khususnya penuntut institusi pengajian tinggi.

Minuman itu mencetus kontroversi kerana dikatakan mudah memabukkan sehingga mendapat jolokan 'arak hilang dara'.

Walaupun ia tidak dijual secara terbuka di Malaysia, tetapi terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengimport dari China dan menjualnya melalui media sosial.

Pedagang haram tersebut menyasarkan laman-laman Facebook yang menjadi tumpuan mahasiswa.

Harga yang ditawarkan adalah agak mahal iaitu RM50 setin berbanding AS$3 atau AS$4 (RM12-RM16) di Amerika Syarikat.

Persatuan-persatuan restoran yang dihubungi Sinchew Daily memberitahu, arak kontroversi itu tidak kelihatan dijual secara terbuka pada masa ini.

Import apa jua minuman perlu mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, dan peniaga biasanya tidak akan mengimport minuman yang mana keselamatannya dipertikaikan.

Pusat-pusat hiburan malam juga dilaporkan tidak akan menjual minuman itu secara sembarangan tanpa kelulusan daripada Kementerian Kesihatan.

Beberapa negeri di Amerika Syarikat mengharamkan minuman Four Loka selepas terdapat pelajar yang jatuh sakit malahan terlibat dalam kemalangan kerana meminum arak itu.

Kandungan kafein dalam minuman itu juga merupakan perkara yang mencari perhatian pihak berkuasa kesihatan.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 14, 2016 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Patah Kaki, Ditendang Lembu

siakapkeli.my

Keadaan mangsa selepas ditendang lembu.

SEREMBAN 12 Sept: Seorang lelaki, patah kaki ketika gotong-royong menyembelih lembu untuk ibadah korban di Taman Senangin, pagi tadi.

Pengerusi Surau Al-Azim, Hirzan Bazli, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 10.30 pagi, apabila Rosli Sabran, 40, yang berdiri di bahagian hadapan, tiba-tiba tergelincir dan jatuh akibat keadaan tanah yang basah disebabkan hujan.

Tambahnya, pada masa yang sama, lembu yang berkemungkinan terkejut dengan kejadian itu bertindak agresif dan menendang kaki lelaki itu.

"Dia kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ). Selepas pemeriksaan dijalankan, doktor mengesahkan kaki kanannya patah dan dia kini berada dalam keadaan stabil," kata Hirzan, tulis Berita Harian.

Penduduk di perumahan itu melakukan ibadah korban setiap tahun, dan pada kali ini sebanyak tiga ekor lembu disembelih.

Lembu yang menendang mangsa adalah lembu terakhir yang disembelih.

Sumber: BH Online

Lembu Dengan Berat 1000 Kilogram, Bakal Dikorbankan
siakapkeli.my

Lembu jenis Charolais

TERENGGANU, 12 Sept: Lembu korban besar jenis Charolais berasal dari France seberat 1 tan matrik bakal dikorbankan pada pagi hari raya kedua Aidiladha.

Menurut Pengerusi Badan Ukhwah Darul Iman (Budi Losong), Zulfadzli Hassan, lembu jenis Charolais itu dibelinya daripada seorang penternak di Telemong, Hulu Terengganu sebulan lalu, dan menjadi perhatian orang ramai kerana saiznya tiga kali ganda dari lembu tempatan.

Sekarang sukar hendak mencari lembu sebesar ini pada umur sebegini, dan dijangka memperoleh daging mencecah 400 kilogram untuk diagih-agihkan kepada orang ramai, kata Zulfadzli, tulis Terengganu Times.

"Orang ramai boleh hadir menyaksikan sembelihan di samping mendapatkan daging-daging agihan dan beramah mesra dengan penduduk kampung menerusi jamuan ringan yang disediakan," tambah Zulfadzli.

"Apa yang lebih mustahak, kita mahu masyarakat melihat pengurusan korban mengikut syarak yang kita laksanakan. Sebagai badan NGO Islam, ini merupakan dakwah kita kepada ummah," katanya.

Ini merupakan kali kedua BUDI Losong berjaya mendapatkan lembu baka terbaik selepas yang pertama kira-kira lima tahun lalu, sepanjang 10 tahun terlibat dalam ibadah korban.

Sumber: Terengganu Times

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 14, 2016 7:52 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kecewa Dengan UMNO, Cucu Bekas TPM Keluar UMNO..
bloglist-malaysia.blogspot.
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Tariq Ismail yang merupakan cucu bekas Timbalan Perdana Menteri, Dr Ismail Abdul Rahman mengumumkan akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, walaupun tahu tindakannya itu akan mengecewakan sebahagian ahli keluarganya, beliau masih memilih Bersatu dan bukannya Umno kerana tidak lagi percaya kepada cara pengurusan parti itu.

"Ia mengenai perubahan dan kemajuan. Ia mengenai kepimpinan melalui teladan.

"Saya mengambil keputusan menyertai Bersatu bukan kerana saya marah, cemburu atau kecewa dengan Umno. Saya hanya tidak percaya dengan cara parti itu dikendalikan sekarang.

"Saya orang Melayu, tetapi saya juga progresif. Oleh itu, saya tidak percaya dengan (konsep Umno) melindungi Tuan Presiden (Datuk Seri Najib Razak)," katanya kepada FMT hari ini.

Ditanya kenapa beliau menyertai Bersatu yang hendak menjatuhkan parti di mana datuknya mengabdikan seluruh hidupnya,

Tariq berkata, Umno hari ini memerlukan perubahan yang hanya boleh dilakukan dari luar.

"Umno hari ini lebih baik menjadi syarikat berkaitan kerajaan kerana semua orang berada di dalam sana demi wangnya.

"Selagi mereka kekal berkuasa, mereka tidak akan berubah. Mereka menjadi begitu angkuh. Selain itu, ramai orang seperti (bekas Timbalan Perdana Menteri) Tun Musa Hitam, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba mengubah Umno dari dalam.

"Ia tidak berjaya dan tidak kira apa pun, golongan progresif dalam Umno akan 'dibunuh'," katanya.

Beliau berkata, Bersatu yang merupakan parti serpihan Umno akan kembali kepada perjuangan asal parti itu untuk menjunjung Perlembagaan Persekutuan, institusi diraja, hak Melayu dan Bumiputera.

"Ia bertujuan menyatukan semua dan menyedari sebagai rakyat Malaysia, kita semua mempunyai perbezaan unik dan kepelbagaian yang perlu diraikan.

"Untuk membolehkan semua orang mendapat hak mereka yang sepatutnya dan pada masa sama memperjuangkan nilai Melayu asal, termasuk integriti, kesopanan, maruah dan rasa hormat kepada orang lain," katanya.

Bersatu ditubuhkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkata parti itu akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk menjatuhkan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

Minggu lalu, Setiausaha penaja Bersatu, Kamarulazman Habibur Rahman dilaporkan berkata, pendaftaran parti itu dijangka diluluskan Jumaat ini, selepas jawatankuasa penaja memenuhi semua syarat ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) lapor FMT

Datuk Baharom, Pengasas Umno Gelang Patah isytihar keluar parti

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net


Pengerusi tetap Umno bahagian Gelang Patah, Datuk Baharom Abdul Ghani mengisytiharkan keluar parti dalam persidangan perwakilan bahagian berkenaan pagi ini.

Beliau adalah bekas ketua Umno bahagian Gelang Patah dan bekas Exco kerajaan negeri Johor.

"Umno bahagian Gelang Patah yang ku tubuhkan selaku Ketua Penaja 1994 dan sebagai Adun 1995-2004... ku isytihar keluar dari menjadi ahli semasa berucap sebagai Pengerusi Tetap di mesyuarat perwakilan Umno Gelang Patah 10 Sep 2016," tulis Datuk Baharom pada sataus facebooknya.

Beliau yang kini amat kecewa dengan kepimpinan Umno menganggap Umno telah rosak di bawah kepimpinan Datuk Seri najib Razak sekarang.

"Umno sekarang bukan lagi parti orang Melayu tapi sudah jadi parti milik Datuk Seri Najib yang tidak boleh diselamatkan lagi," katanya.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 14, 2016 7:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



"Orang Lain Sibuk Sambut Raya, Mama Sibuk Sambut Jasad Adik, Mama Redha Sayang, Pergilah Sayangku"
siakapkeli.my

Hari ini merupakan hari yang menggembirakan untuk umat Islam seluruh dunia di mana kita akan menyambut Hari Raya Aidil Adha hari di mana umat Islam digalakkan membuat korban binatang ternakan.

Namun, lain pula kisahnya dengan pasangan Encik Mohd Jazry dan Puan Haziyana Fifi di mana hari ini mereka telah kehilangan anak mereka yang dikasihi Nur Hafieshya.

Untuk menyatakan kesedihannya itu dan memaklumkan kepada rakan-rakan tentang pemergian anaknya, Puan Haziyana Fifi telah memuatnaik satu status di laman facebooknya.

Jom kita baca,

BISMILLAHHIROHMANIROHIM & ASSALAMUALAIKUM SEMUA

maafkan mama sbb mmg xdpt nak jawab&balas mesej semua..harap semua faham..

baru tgk arwah NUR HAFIESHYA

FIRST TIME mama pegang adik

FIRST TIME mama cium adik

sejuk..tp mama suka cium adik..mama nak cium byk2..lepas ni mama xleh nak cium dh😭😭😭

Sebelum ni mama tak berani nak cium adik sebab takut jangkitan kuman mama kena kat adik..tapi arini mama tak perlu risau lagi dah..mama dah boleh sentuh..dukung dan cium adik.

Sayang pergi la sayang..pergi dengan tenang..

Orang sibuk menyambut raya..mama menyambut jasad adik..mama redha sayang..sayang pergi la..nanti tunggu mama ye..

Percaya la mama sayang adik sangat-sangat..adik bidadari syurga mama..

Pemergian adik masih lagi jadi tanda tanya tapi tunggu mama semadikan adik dulu.

Insyallah adik akan disemadikan di kampung papa di Kg Pangkal Jenereh, Machang, Kelantan mungkin selepas zohor..sapa-sapa nak tengok adik esok boleh la..

mama-0175889979
papa-0126819155

Pada yang sedekah pada Eishya selama ni..mama minta halalkan dunia akhirat ye

tolong sedekah kan AL-FATIHAH ye semua..

Sementara itu Encik Mohd Jazry dalam satu kenyataan di laman Facebooknya menyatakan dia akan melalui jalan dari Ipoh dan akan melalui Kuala Kangsar - Grik - Jeli - Tanah Merah - Machang di mana dia dan bersama sebuah lagi kereta lain akan membawa pulang jenazah Nur Hafieshya.

"Andai terlihat dua buah kereta beri double signal melalui jalan Ipoh -Kuala Kangsar - Grik - Jeli - Tanah Merah - Machang, kiranya terpotong kereta anda, kami mintak maaf banyak-banyak, sebab kami nak cepat sampai untuk bawa jenazah Nur Hafieshya ke Machang."

"Ikut hati kami nak rehat dulu, tapi jenazah tak elok lama-lama dibiarkan dan kami gagahi perjalanan ini juga." tulisnya.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga adik Nur Hafieshya, sesungguhnya ketahuilah, anak kecil yang pergi meninggalkan kita ini merupakan salah satu syafaat kita di sana, tempat mereka adalah syurga diasuh oleh Nabi Ibrahim yang turut berkaitan dengan kisah sambutan Hari Raya Korban. - Siakapkeli.my

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Wed Sep 14, 2016 7:53 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Petik Apple: 34 Rakyat Malaysia Ditahan Imigresen Australia
bloglist-malaysia.blogspot.
Posted by Jeebond BLM

Impian 34 rakyat Malaysia yang menaruh cita-cita untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan menyaksikan mereka berakhir di sebuah pusat tahanan imigresen Australia selepas menjadi mangsa kepada skim penipuan memetik buah-buahan.

Isu itu didedahkan oleh BERSIH Sydney, yang berkata mereka dihubungi oleh Salvation Army Australia untuk membantu rakyat Malaysia, termasuk dua di bawah umur, yang kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood.

Dalam tulisan di Facebook, BERSIH Sydney berkata rakyat Malaysia yang ditahan itu akan dihantar pulang selepas ditangkap bekerja sebagai pemetik buah di ladang blueberry di Coffs Coast tanpa visa sah.

"Adalah jelas, kemudiannya bahawa pekerja haram ini menjadi mangsa kepada skim penipuan yang semakin berleluasa," katanya.

Menurutnya, ejen yang beroperasi di Malaysia, sesetengahnya dikaitkan dengan syarikat pelancongan, mendakwa mereka boleh membantu rakyat Malaysia untuk mendapatkan pekerjaan sebagai pemetik buah-buahan di Australia dengan bayaran serendah RM3,999.

Ini dikatakan meliputi tambang kapal terbang, perbelanjaan hotel, permohonan visa, penginapan dan pengangkutan.

Ia berkata ejen berkenaan mengelirukan rakyat Malaysia yang berminat bahawa visa pelancong atau visa pelajar adalah mencukupi untuk membolehkan mereka bekerja di Australia.

"Ini lazimnya akan menyebabkan mereka bekerja di ladang buah-buahan melebihi had masa kerja yang ditetapkan dan menyebabkan visa mereka dibatalkan.

"Sebaik sahaja pekerja-pekerja ini ditangkap, ejen akan melepas tangan, manakala mangsa-mangsa terpaksa menanggung akibat dan risiko diusir pulang," katanya.

Tambahan pula, mereka yang bekerja di ladang itu juga adalah tertdedah dengan keadaan kerja dan hidup yang teruk, serta dibayar gaji di bawah paras minimum.

"Buat masa ini, kami bersama-sama dengan Salvation Army Australia, sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan jenayah ini berakhir.

"Kami menasihatkan semua orang supaya ambil maklum mengenai penipuan ini dan hanya mendapatkan visa Australia melalui saluran yang sah," katanya.

Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia juga mengeluarkan amaran berhubung penipuan itu.

http://jombelikacamata.blogspot.my/
http://camobackpackshopz.blogspot.com/

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: