Sunday, September 1, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3692

2 New Messages

Digest #3692
1
Fw: Hati-hati, Ular dalam kasut by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
2
Fw: Gambar Klimax sambut merdeka (18SG) by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sat Aug 31, 2013 11:47 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hati-hati, Ular Mungkin Berada di dalam kasut Anda
telokbakong.blogspot.
duniacacamarba.blogspot.

[SH] KUALA KURAU - Keterujaan seorang remaja bermain sepak takraw hampir mengundang padah apabila dia tidak menyedari kewujudan seekor ular tedung yang berada di dalam kasutnya, petang kelmarin.

Mujurlah remaja berkenaan bertindak segera membuka kasutnya setelah merasakan dia terpijak sesuatu benda yang lembik dan sejuk, jika tidak dia pasti dipatuk oleh haiwan berbisa itu.

Dalam kejadian jam 6 petang di Kampung Parit Mat Ali di sini, Marzuki Ahmad Pauzi, 18, berkata, dia menyarung kasut yang diletakkan di luar rumah untuk bermain sepak takraw di gelanggang berhampiran.

Menurutnya, kaki terasa sejuk dan lembik sewaktu menyarung kasut, namun dia tidak mengendahkan kerana menyangka plastik.

"Bagaimanapun, beberapa minit selepas itu, saya merasakan benda 'sejuk dan lembik' itu bergerak-gerak dan saya segera mencabut kasut.

"Alangkah terkejutnya apabila mendapati 'benda' yang berada di dalam kasut sepuluh minit lalu merupakan ular tedung senduk dan saya segera melepaskan kasut ini," katanya sewaktu ditemui media di rumahnya di sini semalam.

Marzuki berkata, dia mengenali spesies ular itu melalui bentuk seakan-akan huruf 'O' yang terdapat di kepala ular itu sewaktu ia sedang mengembangkan kepala.

Menurutnya, haiwan berbisa itu turut menunjukkan isyarat seolah-olah hendak menyerang, bagaimanapun salah seorang abangnya yang kebetulan berada di tempat kejadian bertindak memukul ular tedung senduk itu dengan sebatang kayu.

"Saya amat bersyukur haiwan itu tidak mematuk kaki saya sewaktu menyarung kasut, jika tidak sudah pasti perkara buruk terjadi pada saya," katanya.

Katanya, ular tedung senduk itu berukuran setengah meter panjang dan dipercayai datang dari arah sawah padi berdekatan.

"Saya menjadi serik hendak meletakkan kasut di luar rumah berikutan bimbang 'pisang berbuah dua kali," katanya.

Sat Aug 31, 2013 11:51 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gambar Klimax sambut merdeka ,,
telokbakong.blogspot.
manjongmari.blogspot.
Posted by Manjungmari

Kibarkan jalur gemilang,, kibarkan jalur gemilang,,, tengah hari tadi waktu balik dari makan kenduri dari Beruas, sampai di Air Tawar, ternampak kumpulan anak muda naik motor kibar jalur gemilang saiz besar di belakang motor, bila berkibar memang merbahaya....

Berleter bini aku duduk disebelah, bila melihat gelagat mat motor berkeadaan sedemikian,, sebab sebelum ni dah ada kejadian kemalangan yang meninggal...

Bila aku buka FB pula terjumpa gambar, kerana mu jalur gemilang,,,, merdeka....

Ni sambut merdeka sebenar rasanya,,, merdeka dari dari kehidupan dunia.... siapa yang duk anjur macam ni semua,,, tak payahlah nak kata sesiap lagi, pakat [akat sendiri fikiaq la,,, ajaran islam suruh buat macam ni....
GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: