Sunday, September 29, 2013

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3723

6 New Messages

Digest #3723

Messages

Sat Sep 28, 2013 3:26 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sekali lagi kenaikan harga petrol RON95. Ini semua sudah ketetapan. Bersyukurlah.
wasukalu.com
kerajaanrakyat.blogspot

Sekali lagi kenaikan harga petrol RON95.
Ini semua sudah ketetapan. Bersyukurlah.

KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.

PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.- Bernama

Sat Sep 28, 2013 3:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

The dangers of running on an empty tank
By Naveen Victor | Motor Trader Malaysia
a..
b.. Meter cluster of a Jaguar sedan
Trying to get the best fuel consumption out of a single tank of fuel is a good habit, but allowing the fuel level in your tank to reach alarmingly low levels isn't a very good idea.

We've all done it, run our cars till the fuel tank was practically empty. Most of the time it's because our work schedules don't permit us to stop as frequently as we'd like at our usual petrol station. Sometimes it's because we are on a tight budget and want that full tank of fuel to last for ever.Whatever the case, allowing your car to run until the tank is practically empty will not only cause performance issues but will cost you dearly in the long run.

As sophisticated as modern day cars are, they aren't idiot proof
Modern day cars have their fuel pumps fitted in the middle of the petrol tank. A fuel pump's function is to pump fuel out of the tank and into the fuel line. The reason the pump is fitted right in the middle is so that it's kept cool by the petrol inside the tank.

Fuel tank of a standard MINI
When the petrol level inside the tank reduces to a very low level, the pump doesn't receive sufficient cooling and as a result begins to heat up. What makes matters worse is at this point the pump is not only pumping petrol but air as well and as such is working overtime. Prolonged exposure to such situations will cause excessive wear and tear on the fuel pump and force it to give up the ghost prematurely. There aren't any warning signs for the impending demise of a worn out fuel pump. One day it will be working fine then the next, your car just won't start.

Besides issues with the fuel pump, continuously subjecting your engine to fuel starvation will cost you a hefty repair bill in the long run. Petrol, no matter how premium it might be, will have a certain amount of sediment in it. Wether it's improper mixing or just because of a lacklustre storage facility, when pumping fuel, this sediment will eventually make its way into your fuel tank. Though this maybe a very small volume at first, overtime there will be a continuous build up inside the tank.

Most fuels do carry a very small amount of sediment
Allowing your fuel tank to reach very low levels will cause this sediment and other residue to be pumped into the fuel system. It will eventually make its way through your entire fuel system and in to your engine. It can cause a lot of problems such as clogging up your fuel line, clogging the fuel injectors or worse. It is even said that it could make its way into your engine and cause a number of performance issues.

So each time you decide to allow the needle on your fuel gauge to dip to E, ask yourself if it's really going to be worth the risk in the long run. Most experts will tell you to always keep the tank half full. The moment the needle reaches the half way mark, its time to visit the petrol station. While this is a good tip to keep in mind, sometimes it isn't always easy to keep doing this. So, as long as you constantly have at least a 1/4 tank of petrol in your fuel tank, you shouldn't need to worry about clogged injectors.

Look after your car and your car will look after you
The best way to keep your car running like clockwork is to adhere to the manufacturer's recommended service intervals and always insist on using genuine parts. Look after your car and your car will end up looking after you for a considerable number of years.

Sat Sep 28, 2013 7:09 am (PDT) . Posted by:

"jaghahha kkam" radak48ira

x  pe..kau bli le krta apa2 pon..aku ttp keta Mesia .......x lupa jodoh n ajal ats kehendakNya...aminn....

________________________________
From: bashah <bwasi@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Friday, September 20, 2013 8:25 PM
Subject: Fw: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Fakta Bahawa Kereta Buatan Malaysia Tidak Berkualiti


biarkan gambar bisu ini cerita sendiri...

sori jika ada yg marah..tapi kita perlu boleh "handle the truth"

http://www.youtube.com/watch?v=UXoNE14U_zM

tq dr google

**********************

Kejadian : Lebuh Raya KESAS ( 12.20 p.m) 5 /2/2010 

Status Pemandu / Penumpang : Meninggal serta merta. 

Mayat tak boleh dikeluarkan oleh pihak Bomba kerana kenderan remuk hanya dilanggar dari belakang oleh Volvo V50. Impact (+/- 110 km). Panjang kenderan 2.5 M jadi 1.2M. 

( Gambar mayat tidak dapat di attachkan kerana akan mengakibatkan fobia) 

________________________________
From: Mohd Naim Hashim <naimhashim@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Friday, September 20, 2013 8:02 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Fakta Bahawa Kereta Buatan Malaysia Tidak Berkualiti


koyak/putus mcm gambar tu kesan potong oleh bomba atau penyelamat,, 
nak king-kong biar berpada-pada

________________________________
From: bashah <bwasi@yahoo.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Friday, September 20, 2013 7:56 PM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Fakta Bahawa Kereta Buatan Malaysia Tidak Berkualiti


Jgn kata keta tin Milo ooiiii...
tin Milo pun mahai nak oiiii..
nak tak percaya ? , tengok gambaq ni....

________________________________
From: -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Friday, September 20, 2013 12:16 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Fakta Bahawa Kereta Buatan Malaysia Tidak Berkualiti


 

Fakta Bahawa Kereta Buatan
Malaysia Tidak Berkualiti
telokbakong.blogspot
btmmari.blogspot.
Written By
canang
Posted by canang
 
Dalam entri sebelumnya mengenai Proton
Saga FLX SV, saya ada menyebut mengenai reputasi salah satu pesaingnya iaitu
Perodua Viva yang semakin tercalar berikutan beberapa kes kemalangan maut
melibatkan kereta tersebut, berikutan struktur kerangkanya yang begitu
lemah.
 
Kemalangan melibatkan
Perodua Viva di Lebuhraya Persekutuan
FT2 yang mengorbankan tiga pelajar
universiti, yang mana
kerangka Perodua Viva ini seakan terkoyak seperti
kertas.
 
 
Ia
terbukti semasa kemalangan maut di Jalan Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2)
FT28 dekat Bukit Antarabangsa serta yang terbaru di Lebuhraya Persekutuan FT2
dekat Shah Alam; kedua-duanya melibatkan Perodua Viva yang mana kerangka
kedua-dua kereta tersebut terkoyak seperti kertas, menyebabkan hampir kesemua
pemandu dan penumpang (kesemua bagi kes MRR2 FT28) terbunuh.
 
Berikutan
kes-kes kemalangan maut melibatkan Perodua Viva, saya berasa amat kesal kerana
tahap keselamatan kereta tersebut yang sebegitu teruk sehinggakan kerangka boleh
terkoyak semasa kemalangan, sungguhpun harganya lebih kurang sama atau lebih
mahal daripada Proton Saga FLX yang mendapat 3 bintang dalam Asean
NCAP.
 
Mungkin
ada di antara anda (terutamanya pemilik kereta Perodua Viva) akan berasa marah
apabila membaca entri ini, tetapi niat saya di sini bukanlah untuk menjadi
jurujual Proton ataupun menghina kereta buatan tempatan.
 
Saya
menulis entri ini kerana saya berasa amat kesal apabila sebuah pengeluar kereta
yang sepatutnya mengeluarkan kereta mampu milik yang jimat minyak dan selamat
untuk rakyat sebaliknya mengeluarkan "kereta tin Milo" yang tidak selamat tetapi
lebih mahal daripada "kereta rakyat" sebenar yang masih dicemuh oleh sebilangan
orang kita meskipun ia lebih selamat dan lebih murah.
 
Saya
percaya, ramai pemilik Perodua Viva yang akan marah-marah dan mengatakan bahawa
kesemua kereta lain hatta Mercedes-Benz dan BMW pun kereta tin Milo
juga.
 
Kepada
golongan tersebut, cuba bertenang dan baca dahulu entri ini lebih lanjut untuk
penerangan mengenai zon remukan (crumple zone), yang menjadi asas binaan
kerangka kereta-kereta sekarang. Pada zaman dahulu, persepsi masyarakat mengenai
kereta ialah kereta yang lebih keras dan lebih kebal itulah yang dikatakan
sebagai "selamat".
 
Namun,
tanggapan tersebut disanggah oleh Béla Barényi, seorang jurutera Mercedes-Benz
yang digelar "Bapa Keselamatan Pasif" dalam bidang automotif, yang sebaliknya
mengatakan bahawa kereta yang keras dan kebal itulah yang sebenarnya lebih
berupaya membunuh pemandu serta penumpang terutamanya pada kelajuan tinggi, yang
boleh ditunjukkan melalui persamaan E = ½ mv².
 
Misalnya,
kereta seberat 2,000 kg yang berlanggar pada kelajuan 60 km/j menghasilkan impak
pelanggaran yang sama seperti jatuh dari bangunan setinggi 14.2 m, tetapi
apabila kereta yang sama berlanggar pada kelajuan 90 km/j, impak pelanggaran
adalah sama seperti jatuh dari bangunan setinggi 32 m, meningkat secara drastik
sehingga 125%.
 
Maka,
beliau berpendapat bahawa untuk melindungi pemandu dan penumpang, impak
pelanggaran mestilah diserap oleh badan kenderaan melalui bahagian yang mudah
remuk secara terkawal.
 
Maka,
beliau berpendapat bahawa sebuah kereta yang selamat terdiri daripada ruang
kabin yang keras dan kebal tetapi dalam masa yang sama mempunyai ruang but dan
bonet yang mudah remuk secara terkawal.
 
Sebab
itulah jika diikutkan kereta-kereta sekarang kesemuanya "kereta tin Milo" -
bezanya cuma bezanya cumalah kereta mana yang "lebih rasa tin Milo"!
 
Namun,
cabaran yang dialami oleh mana-mana pengeluar kereta ialah menghasilkan kereta
yang mempunyai ruang kabin yang keras dan kebal tetapi dalam masa yang sama pula
mempunyai ruang bonet dan but yang cukup lembut, dengan menggunakan besi keluli
yang sama jenis, untuk menangani impak pelanggaran pada kelajuan tinggi tanpa
mencederakan atau membunuh pemandu dan penumpang.
 
Maka,
dua kriteria diperlukan untuk membolehkan keadaan tersebut dicapai - pemilihan
jenis keluli serta rawatan haba yang dikenakan untuk memperkuatkan
komponen-komponen tertentu pada kerangka.

Gambar rajah fasa keluli (besi-karbon)

 Besi
merupakan anugerah Allah yang amat berharga dalam peradaban manusia. Besi yang
diekstrak dan dileburkan untuk dijadikan jongkong mempunyai kandungan karbon
yang tinggi (besi tuang) bersifat rapuh dan kurang sesuai dijadikan kerangka
kenderaan;
 
oleh
itu, kandungan karbon mestilah dikeluarkan dan dikawal sehingga mencapai
peratusan tertentu dan seterusnya disejukkan atau dilindap kejut (quench) untuk
menghasilkan keluli pada kekuatan yang dikehendaki.
 
Namun,
keluli biasa masih mempunyai limitasi dan had sebagaimana yang
berikut:-
 
Kekuatan
tegangan yang maksima ialah 700 N/mm2 
Komponen-komponen
yang besar sukar untuk dikeraskan dengan berkesan dengan itu terhad untuk
bahagian-bahagian yang kecil. 
Melindap-kejut
(quench) dengan air menghasilkan kekerasan yang sepenuhnya tetapi terdedah
kepada herotan dan retakan. 
Jika
dilembutkan dengan cepat pada suhu 300°C, kegunaannya terhad untuk memotong
logam dengan kelajuan yang tinggi. 
Mempunyai
daya rintangan yang rendah kepada kakisan dan pengoksidaan pada suhu yang
tinggi.
 
Berikutan
limitasi pada keluli karbon biasa, keluli yang selalunya digunakan dalam
pengeluaran kereta ialah dari jenis keluli aloi rendah berkekuatan tinggi
(high-strength low alloy steel) atau keluli HSLA. Keluli jenis ini turut
dicampur dengan bahan-bahan pengaloian lain seperti mangan, fosforus, sulfur dan
silikon bagi menghasilkan keluli yang bukan sahaja cukup kuat untuk dijadikan
kerangka kereta, malah ia juga tahan kakisan.
 
Selain
pemilihan jenis keluli, rawatan haba juga diperlukan agar setiap komponen
kerangka yang terlihat mempunyai tahap kekuatan yang bersesuaian selaras dengan
fungsi mereka. Teknik rawatan haba ini melibatkan pemanasan atau penyejukan
logam seraca pantas atau perlahan bagi menambahkan kekuatannya, dan ia boleh
melibatkan kerja lain seperti tempaan dan tekanan.
 
Teknik
sebegini juga diamalkan oleh mana-mana tukang besi di dunia untuk memperkuatkan
peralatan besi buatan mereka.
 
Semasa
membangunkan kerangka bagi Proton Preve, Proton menggunakan teknik tekanan panas
sebagai rawatan haba bagi 12 komponen kritikal kerangka supaya kekuatan
komponen-komponen tersebut ditingkatkan sehingga mencapai tahap ketegaran
kilasan 19,000 N-m/darjah tetapi dalam masa yang sama menggunakan keluli HSLA
ringan.
 
Hasilnya,
Proton Preve adalah kereta Proton yang paling selamat serta kereta keluaran
Proton yang pertama berupaya memperolehi 5 bintang penuh dalam ANCAP. Ia
merupakan peningkatan mendadak daripada hanya 1 bintang (seperti pada Proton
Arena dan Proton Wira) kepada 3 bintang (seperti pada Proton Waja dan Proton
Saga FLX), 4 bintang (Proton Exora) dan akhir sekali 5 bintang (Proton
Preve).
 
Peningkatan
sebeginilah yang sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pengeluar kereta - daripada
sebuah "kereta tin Milo" yang mudah kemek kepada sebuah kereta yang walaupun
masih boleh kemek apabila dilanggar tetapi kabinnya cukup kebal untuk melindungi
pemandu dan penumpang.
 
Babak
dalam Top Gear mengenai Perodua Kelisa yang mencetuskan kontroversi di dalam
Parlimen
 
Apa
yang saya kesalkan tentang Perodua ialah ketiadaan inisiatif untuk meningkatkan
tahap keselamatan kereta-kereta buatannya. Setakat tahun ini (2013), kereta
Perodua yang paling selamat hanyalah Perodua Myvi yang memperoleh 3 bintang
dalam Asean NCAP (sebenarnya Perodua Kembara lebih keras dan lebih selamat,
tetapi model tersebut merupakan model SUV yang sudah lama dihentikan
pengeluarannya).
 
Anda
tentunya masih ingat akan rancangan Top Gear di mana salah seorang daripada
pengacaranya, Jeremy Clarkson, telah membeli sebuah Perodua Kelisa dan
memusnahkannya pada hari yang sama - mengetuk bumbung dan bonet hadapan dengan
tukul besi, menekan bumbung tersebut dengan tangan, dan seterusnya menggantung
kereta tersebut menggunakan kren serta mengikat beban 1 tan pada kerangka
hadapan Kelisa, menyebabkan bampar serta segala isi bonet kereta tersebut
terburai, dan akhir sekali meletupkan Kelisa tersebut menggunakan
dinamit.
 
Babak
tersebut kemudian dikecam oleh Parlimen Malaysia dengan dakwaan bahawa tiada
satu pun komplen diterima daripada mana-mana pengguna Kelisa di United
Kingdom.
 
Namun,
dari sudut kejuruteraan pula, jika kereta tersebut tidak mampu untuk menampung
satu tan beban yang dikenakan pada mana-mana bahagian kerangka, maka sudah
tentulah kereta tersebut terlalu berbahaya kerana jika berlaku kemalangan pada
kelajuan tinggi, ada kemungkinan kerangka akan terkoyak kerana tidak mampu
menampung daya yang terhasil akibat pelanggaran.
 
Apa
tidaknya, jika sebuah Perodua Kelisa dipenuhi 5 orang dewasa dengan berat purata
65 kg, membawa muatan di dalam but seberat 30 kg dan diisi setangki penuh
minyak, maka berat beban tambahan yang perlu dipikul oleh sebuah kereta yang
beratnya tidak sampai 700 kg itu sudah melebihi 400 kg.
 
Jadi,
Perodua sepatutnya mengambil iktibar dengan berusaha menambahkan kekuatan
kerangka kereta-kereta buatan mereka - kalau tak boleh guna jenis keluli yang
lebih berat, gunakanlah rawatan haba! Jika kerangka kereta itu sendiri sudah
tidak kuat, maka 8 biji beg udara pun tidak berupaya melindungi pemandu dan
penumpang daripada impak pelanggaran yang kuat.
 
Untuk
pengetahuan anda, komponen terpenting bagi melindungi pemandu dan penumpang
semasa kemalangan ialah kerangka kereta itu sendiri, kerana ia membentuk
perlindungan keselamatan aktif.
 
Tali
pinggang keledar, alas kepala, lajur stereng mudah pecah serta beg udara pula
membentuk perlindungan keselamatan pasif. Maka, jika sesebuah kereta itu
dilengkapi pelbagai ciri keselamatan tetapi dalam masa yang sama pula badan
kereta terlalu lemah dan mudah remuk seperti tin Milo, maka sia-sialah
perlindungan pasif yang diberikan.
 
Kesimpulannya,
semua pemain industri automotif di Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya dalam
menghasilkan kereta yang selamat tetapi mampu milik kepada rakyat
Malaysia.
 
Memang
benar, kita ada ramai pemandu ***** yang suka melanggar peraturan jalan raya,
tetapi dalam masa yang sama kita memerlukan kenderaan yang cukup kuat untuk
melindungi kita dan orang yang tersayang.
 
Maka,
kita berhak untuk memiliki kenderaan yang mampu memberi perlindungan secukupnya
daripada "kejahatan&quot; pemandu-pemandu ***** tersebut kerana melindungi diri dan
orang tersayang juga sebenarnya satu bentuk jihad.
 
Akhir
kata, kereta buatan tempatan yang cukup kuat dan selamat juga secara tidak
langsung berupaya menghentikan segala bentuk kecaman terhadap kereta buatan
tempatan oleh orang-orang kita sendiri.
 
Sumber: http://myinfohubs.blogspot.com/

Sat Sep 28, 2013 10:10 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

TAHNIAH.. Rokok naik harga lagi...
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

King Jason

Ni dia senarai baru harga rokok.. dah macam harga dinner plate kfc dah gua tengok..

Nak beli rokok or nak simpan duit tu?

P/s : jangan tengok kat situ..tengok kat sisi " kantung negara yang dah kering " ADAKAH NEGARA KITA HABIS WANG?

Sat Sep 28, 2013 11:08 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

kawasan sekolah kena letak AES. saman double pun takpe..

2013/9/28 -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg>

> **
>
>
> **
> Tragis! Anak 9 tahun lihat ibu digilis lori
> <http://www.kitabantai.info/2013/09/tragis-anak-9-tahun-lihat-ibu-digilis.html>
>
> wasukalu.com
> kitabantai.info
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-UMYew1Tb9-E/UkTMFWJNz0I/AAAAAAAAOyw/ChEJbG1S3DQ/s1600/anak.jpg>
> Anak mangsa cuba ditenangkan oleh pengawal keselamatan.
>
> KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah
> tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah lori simen di hadapan
> Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2, semalam.
>
> Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30,
> isteri kepada anggota polis Balai Sentul, dikatakan gagal mengawal
> motosikalnya setelah bergesel dengan lori itu.
>
> Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan
> tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).
>
> Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen
> dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu.
>
> Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan
> menahan pemandu untuk siasatan.
>
> Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur,
> Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, motosikal gagal dikawal
> menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.
>
> Katanya, mangsa kemudiannya digilis dan maut serta-merta di tempat
> kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
> kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
>
> Sinar Harian
>
>
> GAMBAR IBU DIGILIS LORI DI DEPAN SEKOLAH<http://biaqpila.blogspot.com/2013/09/gambar-ibu-digilis-lori-di-depan-sekolah.html>
> halamniah.blogspot
> biaqpila.blogspot.
> Oleh: biaqpila hensem >>>
>
>
> <http://4.bp.blogspot.com/-w-VvcAmxIlQ/UkTfUR3iVrI/AAAAAAAACvw/OqtbY6ZbYiQ/s1600/1237120_1448020668756361_1024922977_n.jpg>
>
> Rutin harian seorang ibu mengambil anaknya pulang dari sekolah bertukar
> tragedi setelah dia maut digilis lori di Jalan Tanah Lapang, Sentul di sini
> hari ini.
>
> Lebih menyayat hati, kejadian kira-kira 2.15 petang itu berlaku hanya
> beberapa meter dari pintu pagar sekolah anaknya itu dan mayat mangsa, Siti
> Rohani Mohamed Saadi, 30, pula terputus dua dari paras pinggang.
>
> Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi
> Supritendan Abdullah Roning berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku
> apabila motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori
> konkrit hingga menyebabkan motosikal itu hilang kawalan lalu terjatuh.
>
> "Mangsa yang terjatuh di jalan raya digilis tayar bahagian belakang lori
> terbabit dan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya ketika
> dihubungi di sini hari ini.
>
> Menurut Abdullah, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah
> siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan
> Raya.
>
> Difahamkan, pemandu lori terbabit merupakan warga Indonesia yang mempunyai
> taraf penduduk tetap telah ditahan bagi membantu siasatan.
>
> Sementara itu, Siti Rohani yang berasal dari Temerloh, Pahang merupakan
> isteri kepada seorang anggota polis berpangkat koperal dari Bahagian
> Risikan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan akan dikebumikan
> di kampungnya.
>
>
>
>
>
>
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-ISVB0cYOKPM/UkTZjhML8II/AAAAAAAACvQ/xHgJWUMz0Dc/s1600/mautdigilis2.jpeg>
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-AuTn-iPy5do/UkTZjt0JuhI/AAAAAAAACvU/tMaF-E89HJQ/s1600/mautdigilis3.JPG>
>
> <http://4.bp.blogspot.com/-d-TqELCdpFs/UkTZjupbAUI/AAAAAAAACvY/raxF8IszZiY/s1600/mautdigilis.JPG>
>
> <http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.206010.1380238676%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg>
>
> #Takziah kepada keluarga mangsa. Bersabar dengan dugaan yang diterima.
> Read more:
> http://biaqpila.blogspot.com/2013/09/gambar-ibu-digilis-lori-di-depan-sekolah.html#ixzz2g5jG999J
>
>
>

Sat Sep 28, 2013 11:34 pm (PDT) . Posted by:

"Muhammad Rusydan Hashim"

Betul....betul....betul......
Sepatutnya kawasan yang seperti ni la pihak berkuasa meletakkan kamera AES setidaknya boleh
membantu mengurangkan risiko kemalangan di tempat awam yang penuh sesak. Bukannya
meletakkan di highway 3rd line yg memang kebanyakan orang tgh speeding

From: automobil@yahoogroups.com [mailto:automobil@yahoogroups.com] On Behalf Of Zaiedishaq
Sent: 29 September 2013 2:08 PM
To: automobil@yahoogroups.com
Cc: zzxmelayucyber
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Tragis! Anak 9 tahun lihat ibu digilis lori

kawasan sekolah kena letak AES. saman double pun takpe..

2013/9/28 -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg<mailto:rienacom@yahoo.com.sg>>

Tragis! Anak 9 tahun lihat ibu digilis lori <http://www.kitabantai.info/2013/09/tragis-anak-9-tahun-lihat-ibu-digilis.html>

wasukalu.com<http://wasukalu.com>
kitabantai.info<http://kitabantai.info>

[cid:image001.jpg@01CEBD20.F7B88030]<http://2.bp.blogspot.com/-UMYew1Tb9-E/UkTMFWJNz0I/AAAAAAAAOyw/ChEJbG1S3DQ/s1600/anak.jpg>
Anak mangsa cuba ditenangkan oleh pengawal keselamatan.

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, isteri kepada anggota polis Balai Sentul, dikatakan gagal mengawal motosikalnya setelah bergesel dengan lori itu.

Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).

Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, motosikal gagal dikawal menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.

Katanya, mangsa kemudiannya digilis dan maut serta-merta di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Sinar Harian

GAMBAR IBU DIGILIS LORI DI DEPAN SEKOLAH<http://biaqpila.blogspot.com/2013/09/gambar-ibu-digilis-lori-di-depan-sekolah.html>
halamniah.blogspot
biaqpila.blogspot.
Oleh: biaqpila hensem >>>

[cid:image002.jpg@01CEBD20.F7B88030]<http://4.bp.blogspot.com/-w-VvcAmxIlQ/UkTfUR3iVrI/AAAAAAAACvw/OqtbY6ZbYiQ/s1600/1237120_1448020668756361_1024922977_n.jpg>

Rutin harian seorang ibu mengambil anaknya pulang dari sekolah bertukar tragedi setelah dia maut digilis lori di Jalan Tanah Lapang, Sentul di sini hari ini.

Lebih menyayat hati, kejadian kira-kira 2.15 petang itu berlaku hanya beberapa meter dari pintu pagar sekolah anaknya itu dan mayat mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, pula terputus dua dari paras pinggang.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori konkrit hingga menyebabkan motosikal itu hilang kawalan lalu terjatuh.

"Mangsa yang terjatuh di jalan raya digilis tayar bahagian belakang lori terbabit dan menyebabkan mangsa maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Abdullah, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan Raya.

Difahamkan, pemandu lori terbabit merupakan warga Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap telah ditahan bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Siti Rohani yang berasal dari Temerloh, Pahang merupakan isteri kepada seorang anggota polis berpangkat koperal dari Bahagian Risikan Jenayah (D4) Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul dan akan dikebumikan di kampungnya.
[cid:image003.jpg@01CEBD20.F7B88030]

[cid:image004.jpg@01CEBD20.F7B88030]

[cid:image005.jpg@01CEBD20.F7B88030]

[cid:image006.jpg@01CEBD20.F7B88030]

[cid:image007.jpg@01CEBD20.F7B88030]

[cid:image008.jpg@01CEBD20.F7B88030]

[cid:image009.jpg@01CEBD20.F7B88030]<http://2.bp.blogspot.com/-ISVB0cYOKPM/UkTZjhML8II/AAAAAAAACvQ/xHgJWUMz0Dc/s1600/mautdigilis2.jpeg>

[cid:image010.jpg@01CEBD20.F7B88030]<http://2.bp.blogspot.com/-AuTn-iPy5do/UkTZjt0JuhI/AAAAAAAACvU/tMaF-E89HJQ/s1600/mautdigilis3.JPG>

[cid:image011.jpg@01CEBD20.F7B88030]<http://4.bp.blogspot.com/-d-TqELCdpFs/UkTZjupbAUI/AAAAAAAACvY/raxF8IszZiY/s1600/mautdigilis.JPG>

[cid:image012.jpg@01CEBD20.F7B88030]<http://www.sinarharian.com.my/polopoly_fs/1.206010.1380238676%21/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_490/image.jpg>

#Takziah kepada keluarga mangsa. Bersabar dengan dugaan yang diterima.
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2013/09/gambar-ibu-digilis-lori-di-depan-sekolah.html#ixzz2g5jG999J

GROUP FOOTER MESSAGE
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: