Friday, April 18, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3896

4 Messages

Digest #3896

Messages

Thu Apr 17, 2014 8:43 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



karpal-singh-maut-dalam-kemalangan

telokbakong.blogspot
mafiaboss2u.blogspot
MAFIABOSS MELAYU

IPOH - Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya, pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen, besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian, katanya.

"Saya tak tahu itu Karpal," demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd, 45.

Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera.

Katanya, terdapat beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.

"Waktu itu baru saya tahu itu Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada kesan darah," katanya.

"Saya dengar orang jerit minta tolong, kuat sangat," kata Nur Azlina Ahmad, penumpang lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, awal pagi tadi.

Nur Azlina, 23, berkata, ketika kejadian, lori dipandu suaminya, Abu Mansor Mohd, 45, berada di laluan kiri dan dipandu perlahan.

Bagaimanapun menurutnya, secara tiba-tiba, kenderaan mereka dirempuh kuat dari arah belakang.

"Serentak itu saya dengar suara lelaki menjerit, ada juga yang minta tolong," katanya.

Nur Azlina bersama suami dan anak perempuan mereka, Nurieman Diana Qhaleesha dalam perjalanan menghantar barang simen, besi dan mozek ke Bukit Mertajam.

Ketiga-tiga mereka selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Takziah untuk keluarga Karpal Singh...

Karpal Singh meninggal dalam kemalangan + Laporan Polis & Gambar
telokbakong.blogspot
azmieyusoff.blogspot.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selatan (PLUS) [di Kawasan Gua Tempurung] menghala ke utara kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Manakala pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia apabila kereta jenis Toyota Alphard yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta berkenaan dilaporkan cedera.

Kapal Singh adalah antara ahli parlimen yang lantang pernah digelar Harimau Julutong bergiat politik semenjak 1978 sehingga sekarang dan baru-baru ini melepas jawatan sebagai Pengerusi DAP...

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum memulakan karier politiknya pada 1970 selepas menyertai DAP.

Beliau pertama kali menang pilihan raya pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.Peguam lantang itu pertama kali menang kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978.

Semenjak menang buat kali pertama pada tahun 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke 10 pada 1999.Karpal yang sudah menjadi aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009. Beliau menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.

Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merengkok di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih seratus orang ditahan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

"Kami kehiangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui talipon jam 630 ptg semlm. Takziah buat keluarga," kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.

Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik & peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."Karpal meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak serta empat orang cucu.

Ramai orang terkejut dan tidak menyangka yang Karpal akan menghabiskan sisa hidup dengan kemalangan.

Satu kehilangan besar, seorang pejuang yang disegani dan dihormati oleh kawan dan lawan.‎ Takziah buat ahli keluarga mendiang, penyokong dan pendukung DAP khasnya serta keluarga Pakatan Rakyat secara umum.

LAPORAN KEMALANGAN MAUT JALANRAYA

1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt:
960/14
2. Tkh: 17/04/2014
3. Masa: 0110hrs
4. Lokasi: KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara)
5. Sek APJ: Sek 41 (1) APJ 1987
6. Kend Terlibat:
K1: M/Mpv No.KS 9898
(Toyota Alphard)
K2: M/Lori No. WTL 9909 (Mitsubishi Canter - 5 tan)

7. Mangsa:
M1: Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut)
Kpt: 400628-07-5079
Umur:74thn
Alamat: No.144 A, Jalan Utama
10450, Georgetown,
Pulau Pinang

M2: Nama: dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang MPV/maut)

M3: Nama: (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Kpt: belum diperolehi
Umur: -
Alamat:-

M4: Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera)
Kpt: 760409-07-5211
Umur: 38thn
Alamat: 14-1-4 City Gardens Persiaran Raja
Chulan, 50200, W. P.

M5: Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera)
Kpt: Warganegara India
Umur: 27thn
Alamat: -

M6: Nama: Abu Mansor bin Mohd (pemandu M/Lori/cedera)
Kpt: 690830-05-5 053
Umur: 45thn
Alamat: No 528 Blok B,
Flat Petaling Utama 13, 46000 Petaling Jaya,Selangor

M7: Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera)
Kpt: 910829-08-6356
Umur: 23thn
Alamat: No 17-12 Blok C
PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810
Petaling Jaya,Selangor

M8: Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti
Abdullah
(penumpang M/Lori/tidak
cedera)
Kpt: 101230-10-2508
Umur: 4thn
Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

8. Ringkasan/Siasatan Awal:

Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.

Siasatan:
1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan.
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas)

Peg Penyiasat:
ASP Abd Aziz Abd Rahman
KBKA/KTD
IPD Kampar

Pemandu lori positif dadah

Kampar: Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon, mengesahkan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara), membabitkan kematian bekas Pengerusi DAP Karpal Singh dan pembantunya, awal pagi tadi, positif dadah jenis ganja.

Menurutnya, saringan awal ujian air kencing positif dadah jenis ganja dan pemandu lori terbabit ditahan sebelum dilepaskan dengan jaminan polis.

"Ujian makmal akan dilakukan bagi mendapatkan keputusan lebih tepat,"katanya. HM

Karpal: Ujian awal air kencing pemandu lori mengandungi kesan ganja - Polis
Astro Awani | Kemas kini: April 17, 2014

KUALA LUMPUR: Ujian air kencing terhadap pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan pemimpin veteran dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dipercayai mempunyai pengaruh dadah.

Ketua Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata siasatan awal polis menerusi saringan ujian air kencing kepada pemandu lori tersebut mendapati terdapat kesan-kesan dadah jenis ganja.

"Terdapat adanya kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut namun begitu kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut," katanya kepada Astro AWANI.

Lori yang digunakan juga merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya dan semasa kejadian lori tersebut menghala ke Ipoh sambil membawa muatan barang-barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek dan besi.

Dalam kejadian, pada jam 1.10 pagi itu, lori berkenaan secara tiba-tiba dikatakan memasuki lorong yang dilalui kenderaan yang dinaiki Karpal.

Akibatnya kenderaan mereka melanggar bahagian belakang bucu lori tersebut.

Rempuhan itu mengakibatkan impak yang kuat sekaligus meragut nyawa Karpal dan pembantu peribadinya di tempat kejadian.

KM 301.6 di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala utara sering menjadi lokasi kemalangan. - astroawani

Berita ini dipetik dari sebaran pelbagai sumber media sosial, twitter dan facebook.

Michael Wong · Top Commenter · Regional Executive Chef at Vairo International Pte Ltd
Report kata pemandu mpv ada 20 rekod kesalahan jalanraya bagaimana pemandu lori ....

Thu Apr 17, 2014 9:29 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Kawasan Gua tempurung ni aku familiar pasal kg aku di Ipoh...
kalau lori berat memang slow kekura - ibarat berjalan kaki

kalau mcm alphard tu laju -mcm arnab
jalan situ lurus menaik, SEMPIT dan kekanaN sikit di puncanknya.

jika tengok lori, MPV ni langgar bucu belakng kanan lori.
dia taK langgar badan lori panjang tu atau kepala lori.
((kalau kena kepala lori kira betulla lori makan jalan MPV...))
jadi MPV tu laju sangat dan lori tu tak masuk jalan MPV dikanan spt laporan akhbar.
Besar kenungkinan bukan salah lori, tapi salah MPV sebab terlalu laju.
Kalau salah lori pun ialah dia slow sangat naik bukit...
Tapi drebar tu ada ganja dalam darah. Sangkut.
Mungkin sebab nak kurangkan penat bekerja teruk Di Malaya ni cari rezeki, kejar trip mcm bas xpress.

Cadangan : semua lori letak lingkaran lampu ikut belaknag badan, jadi drebar keta belakang tahu jenis lori didepan  tu...
Lori kecil yg laju atau lori treler kura2...

On Thursday, April 17, 2014 11:43 PM, -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

 

 
 
karpal-singh-maut-dalam-kemalangan
 
telokbakong.blogspot
mafiaboss2u.blogspot
MAFIABOSS MELAYU
 

IPOH
- Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut
dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori
di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua
Tempurung di Kampar awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar
Superintenden Ng Kong Soon berkata Karpal Singh, 74, dan pembantu peribadinya
Michael Cornelius, 40-an, maut di tempat kejadian.

Selain itu, katanya,
pembantu rumah Karpal Singh, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan
mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu
kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi
itu.

"Siasatan awal polis mendapati kenderaan MPV jenis Toyota Alphard berwarna putih yang
membawa lima penumpang termasuk Karpal Singh dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dipercayai hilang
kawalan apabila tiba di kawasan kejadian dan melanggar bahagian kanan lori yang
sedang bergerak di sebelah kiri laluan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di
sini hari ini.

Beliau berkata lori lima tan yang membawa muatan simen,
besi dan mozek itu dipercayai bergerak perlahan di sebelah kiri laluan ke utara
itu memandangkan ia membawa muatan berat dan tempat kejadian juga merupakan
kawasan laluan berbukit.

Ng berkata kesemua mangsa dibawa ke Hospital
Raja Permaisuri Bainun di sini. Operasi menyelamat kesemua mangsa dalam
kemalangan itu dibantu anggota Bomba dan Penyelamat di tempat kejadian,
katanya. 

"Saya tak
tahu itu Karpal," demikian reaksi pemandu lori, Abu Mansor Mohd,
45.

Menurutnya, sebaik perlanggaran berlaku, dia segera meninjau keadaan
MPV berkenaan dan mendapati ada mangsa yang cedera.

Katanya, terdapat
beberapa kenderaan berhenti di laluan itu dan memaklumkan mangsa yang terlibat
merupakan bekas pemimpin tertinggi DAP.

"Waktu itu baru saya tahu itu
Karpal, ketika itu dia berada dalam keadaan tidak sedar, sebahagian mukanya ada
kesan darah," katanya.

"Saya dengar orang jerit minta tolong, kuat
sangat," kata Nur Azlina Ahmad, penumpang lori yang terbabit dalam nahas
mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, awal pagi
tadi.

Nur Azlina, 23, berkata, ketika kejadian, lori dipandu suaminya,
Abu Mansor Mohd, 45, berada di laluan kiri dan dipandu
perlahan.

Bagaimanapun menurutnya, secara tiba-tiba, kenderaan mereka
dirempuh kuat dari arah belakang.

"Serentak itu saya dengar suara lelaki
menjerit, ada juga yang minta tolong," katanya.

Nur Azlina bersama suami
dan anak perempuan mereka, Nurieman Diana Qhaleesha dalam perjalanan menghantar
barang simen, besi dan mozek ke Bukit Mertajam.

Ketiga-tiga mereka
selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Takziah untuk keluarga Karpal
Singh...

 
Karpal Singh meninggal dalam kemalangan + Laporan Polis &
Gambar
telokbakong.blogspot
azmieyusoff.blogspot.
 

Ahli
Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh 74 tahun meninggal dunia dalam satu
kemalangan ngeri di kilometer 301.6 lebuhraya utara selatan (PLUS) [di Kawasan
Gua Tempurung] menghala ke utara kira-kira pukul 1 pagi tadi.

Manakala pembantu beliau Michael Cornandez turut meninggal dunia
apabila kereta jenis Toyota Alphard yang
mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara di Lebuh Raya
Utara Selatan kira-kira jam 1 pagi tadi.

Anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta berkenaan
dilaporkan cedera.
 
Kapal
Singh adalah antara ahli parlimen yang lantang pernah digelar Harimau Julutong
bergiat politik semenjak 1978 sehingga sekarang dan baru-baru ini melepas
jawatan sebagai Pengerusi DAP...

Karpal
dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun,
1940. Beliau mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan
berkhidmat sebagai peguam sebelum memulakan karier politiknya pada 1970 selepas
menyertai DAP.

Beliau
pertama kali menang pilihan raya pada 1974
di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.Peguam lantang itu pertama kali
menang kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978.

Semenjak menang buat kali pertama pada tahun 1978, Karpal hanya
kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke 10 pada 1999.Karpal
yang sudah menjadi aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan
berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal
melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam
kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009. Beliau
menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan
jalan raya pada 2005.

Beliau
pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merengkok di Kem Tahanan Kamunting
selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan
Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih seratus orang
ditahan.

Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter
@najibrazak.

"Saya
baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya.
Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.Sementara Ketua Pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan
pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat
II.

"Kami
kehiangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang
melalui talipon jam 630 ptg semlm. Takziah buat keluarga," kata Anwar di akaun
Twitter @anwaribrahim.

Karpal
merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang
PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua
pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri
Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter
@khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik &
peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal
Singh."Karpal meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak serta empat orang
cucu.

Ramai
orang terkejut dan tidak menyangka yang Karpal akan menghabiskan sisa hidup
dengan kemalangan.

Satu
kehilangan besar, seorang pejuang yang disegani dan dihormati oleh kawan dan
lawan.‎ Takziah buat ahli keluarga mendiang, penyokong dan pendukung DAP khasnya
serta keluarga Pakatan Rakyat secara umum.

LAPORAN KEMALANGAN MAUT JALANRAYA

1.
No Rpt:Trafik Kampar Rpt:
960/14
2.
Tkh: 17/04/2014
3. Masa: 0110hrs
4. Lokasi: KM 306.1 Lebuh
Raya Utara Selatan arah (Utara)
5. Sek APJ: Sek 41 (1) APJ
1987
6. Kend Terlibat:
K1: M/Mpv No.KS
9898
(Toyota Alphard)
K2: M/Lori No. WTL 9909 (Mitsubishi
Canter - 5 tan)

7.
Mangsa:
M1:
Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut)
Kpt:
400628-07-5079
Umur:74thn
Alamat: No.144 A, Jalan
Utama
10450, Georgetown,
Pulau Pinang

M2:
Nama: dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang
MPV/maut)

M3:
Nama: (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d
Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Kpt: belum diperolehi
Umur:
-
Alamat:-

M4:
Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak
cedera)
Kpt: 760409-07-5211
Umur: 38thn
Alamat:
14-1-4 City Gardens Persiaran Raja
Chulan, 50200, W.
P.

M5:
Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera)
Kpt:
Warganegara India
Umur: 27thn
Alamat: -

M6:
Nama: Abu Mansor bin Mohd (pemandu M/Lori/cedera)
Kpt: 690830-05-5
053
Umur: 45thn
Alamat: No 528 Blok B,
Flat
Petaling Utama 13, 46000 Petaling Jaya,Selangor

M7:
Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera)
Kpt:
910829-08-6356
Umur: 23thn
Alamat: No 17-12 Blok
C
PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara
47810
Petaling Jaya,Selangor

M8:
Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti
Abdullah
(penumpang
M/Lori/tidak
cedera)
Kpt: 101230-10-2508
Umur:
4thn
Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1
Kota
Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

8.
Ringkasan/Siasatan Awal:

Pada
17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di
KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah
M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5
tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang
dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke
Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar
belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang
sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor)
dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah
meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia
dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah
HRPB, Ipoh.

Siasatan:
1)
Keadaan jalan lurus / mendaki bukit
2) Cuaca baik / gelap tanpa
lampu
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri
manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan.
4) Semakan
keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah
Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas)

Peg
Penyiasat:
ASP
Abd Aziz Abd Rahman
KBKA/KTD
IPD Kampar

Pemandu lori
positif dadah

Kampar: Ketua
Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon, mengesahkan pemandu lori yang
terbabit dalam kemalangan di KM 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara),
membabitkan kematian bekas Pengerusi DAP Karpal Singh dan pembantunya, awal pagi
tadi, positif dadah jenis ganja.

Menurutnya, saringan awal ujian air kencing positif dadah
jenis ganja dan pemandu lori terbabit ditahan sebelum dilepaskan dengan jaminan
polis.

"Ujian makmal akan dilakukan
bagi mendapatkan keputusan lebih tepat,"katanya. HM

Karpal: Ujian awal
air kencing pemandu lori mengandungi kesan ganja - Polis
Astro Awani | Kemas kini: April 17, 2014

KUALA LUMPUR: Ujian air kencing terhadap pemandu lori yang
terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan pemimpin veteran dan Ahli Parlimen
Bukit Gelugor, Karpal Singh dipercayai mempunyai pengaruh dadah.

Ketua
Polis Daerah Kampar, Supt Ng Kong Soon berkata siasatan awal polis menerusi
saringan ujian air kencing kepada pemandu lori tersebut mendapati terdapat
kesan-kesan dadah jenis ganja.

"Terdapat adanya kesan penggunaan dadah
jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut
namun begitu kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi
untuk dianalisis dengan lebih lanjut," katanya kepada Astro AWANI.

Lori
yang digunakan juga merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar
di Petaling Jaya dan semasa kejadian lori tersebut menghala ke Ipoh sambil
membawa muatan barang-barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek dan
besi.

Dalam kejadian, pada jam 1.10 pagi itu,lori
berkenaan secara tiba-tiba dikatakan memasuki lorong yang dilalui kenderaan yang
dinaiki Karpal.

Akibatnya kenderaan mereka melanggar
bahagian belakang bucu lori tersebut.

Rempuhan itu mengakibatkan impak yang kuat sekaligus meragut nyawa
Karpal dan pembantu peribadinya di tempat kejadian.

KM 301.6 di Lebuhraya
Utara-Selatan (PLUS) menghala utara sering menjadi lokasi kemalangan. - astroawani

Berita
ini dipetik dari sebaran pelbagai sumber media sosial, twitter dan
facebook.
 
Michael Wong· Top
Commenter · Regional Executive Chefat Vairo International Pte
Ltd
Report kata pemandu
mpv ada 20 rekod kesalahan jalanraya bagaimana pemandu lori
....

Thu Apr 17, 2014 8:43 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

AIRASIA BERPINDAH KE KLIA2 PADA 9 MEI 2014
bloglist-malaysia.blogspot.
utusankini.com
Posted by Arijal

PEMBUKAAN KLIA2 PADA 2 MEI 2014

AirAsia akhirnya setuju memindahkan operasinya ke KLIA2 selepas Putrajaya membuat keputusan mendapatkan kepakaran Pertubuhan Penerbangan Sivil Antarabangsa (ICAO) bagi menilai dan menentukan keselamatan jangka panjang lapangan terbang itu.

"Keputusan ini mencerminkan keutamaan pihak kerajaan dalam isu keselamatan, dan memastikan bahawa KLIA2 adalah selamat untuk kegunaan orang ramai.

"Kami amat berterima kasih atas keutamaan yang telah diletakkan oleh pihak kerajaan dalam isu ini," menurut kenyataan bersama Pengerusi AirAsia X Berhad Tan Sri Rafidah Aziz (kiri) dan Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad Datuk Kamarudin Meranun.

Pada 1 April lepas, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi mengumumkan terminal penerbangan tambang rendah (LCCT) di Sepang akan ditutup pada 9 Mei.

Mengulas pengumuman itu pada hari yang sama, AirAsia berkata semua operasi penerbangannya akan terus berpusat di LCCT, malah selepas 9 Mei.

Perdana menteri turut mengarahkan AirAsia berpindah mengikut jadual, walaupun kerajaan, menerusi Malaysia Airports Holdings Bhd, bersedia berbincang jika ada sebarang masalah berhubung pemindahan.

Rafidah dan Kamarudin dalam kenyataan hari ini menyebut, Kumpulan AirAsia telah membuat persediaan sejajar dengan spesifikasi Kesediaan Operasi dan Pemindahan (ORAT) dan akan berpindah ke KLIA2 pada bulan depan.

"Walaupun masih terdapat beberapa isu-isu komersial yang tertangguh, perkara ini tidak akan membatas operasi kami di KLIA2 seperti yang dirancang.

"Oleh itu, Kumpulan AirAsia akan berpindah ke KLIA2 pada 9 Mei 2014," kata mereka.
SUMBER

Thu Apr 17, 2014 8:47 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


MP Seputeh Teresa Kok kena ragut...
telokbakong.blogspot.
alditta.blogspot

Dalam kejadian di Taman Rainbow itu, suspek cuba meragut rantai leher tetapi setelah Teresa menjerit, dia melarikan diri tanpa berjaya mendapatkannya.

Mangsa dan dua anak saudaranya berumur 11 dan lima tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teresa membuat laporan polis di balai polis Sentul pada tengah hari semalam.

Menurut polis, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak berkuasa menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil menyalurkannya.

Polis juga berkata akan menambah kekerapan rondaan dan tindakan pencegahan di sekitar kawasan berkenaan.- mk

Snatch thieves target Teresa outside family home...

The DAP's Seputeh MP Teresa Kok almost fell victim to an attempted snatch theft outside her family home in Taman Rainbow in Sentul on Sunday night.

Two men on a motorcycle tried to grab her necklace while she was taking a stroll on the street with her two nieces - aged five and 11 - but left empty-handed.

CCTV footage of the incident shows the motorcyclists approaching the trio from behind. In the ensuing struggle, Kok fell to the ground.

However, she was able to run away from her assailants while shouting for help. The pillion rider got off the motorcycle to chase Kok but left when two men stopped to help the victims.

Kok lodged a report at the Sentul police station yesterday afternoon.

According to the police, no one has been arrested yet.

Those with information on the case are urged to contact Sentul police.

In a press conference at Taman Rainbow today, Kok said her spectacles were broken when she fell down.

"All this happened swiftly, I think it was within 30 seconds... one of the thieves spotted my necklace and tried to grab it.

"As I got up and ran away, I was worried that my neck would be injured if he managed to take the necklace away... until another two Indian men walked past and this frightened the thieves and they fled eventually," Kok (right) recalled.

She said she was glad that her nieces and herself did not suffer any injuries from the misfortune, but her five-year-old niece seemed to have been traumatised and fell sick subsequently.

Alarming crime rate

Quoting her own experience, the DAP vice-president pointed out that the crime rate in the country is alarming and there is no reason for the government and police to ignore such an issue.

"We as people's representatives, we (have) heard too many things on snatch thieves and all that, but all these are other people's stories.

"Until you face it, then you know the kind of shock and fear at the moment, and the harm that could have happened to me, so it's alarming," she stressed.

Asked why lodged a report on the next day but not immediately, Kok said she needed one day to retrieve the CCTV footage and hand it over to the police at the same time, to facilitate investigation.

However, Kok revealed that she was unable to identify the duo as they were wearing full-face helmets, adding that the police now could only rely on the footage.

Kok added that the police seemed to be paying high attention to her case, and the case is being investigated under section 395 of the Penal Code for gang robbery.- mk

MP Seputeh Mangsa Terbaru Cubaan Ragut
greenboc.blogspot
Posted by greenboc

Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok menjadi mangsa terbaru jenayah apabila cuba diragut berhampiran kediaman keluarganya di Sentul, Kuala Lumpur, oleh dua lelaki bermotosikal.

Dalam kejadian di Taman Rainbow itu, suspek cuba meragut rantai leher tetapi setelah Teresa menjerit, dia melarikan diri tanpa berjaya mendapatkannya.

Mangsa dan dua anak saudaranya berumur 11 dan lima tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teresa membuat laporan polis di balai polis Sentul pada tengah hari semalam.

Menurut polis, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak berkuasa menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes ini supaya tampil menyalurkannya.

Polis juga berkata akan menambah kekerapan rondaan dan tindakan pencegahan di sekitar kawasan berkenaan. -mk

Jeritan Teresa Kok gagalkan cubaan ragut

DUA suspek yang cuba meragut Teresa Kok bertindak melarikan diri apabila ahli Parlimen Seputeh itu menjerit meminta bantuan dalam kejadian pukul 7 petang Ahad lalu di Taman Rainbow, Jalan Ipoh di sini.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata, ketika kejadian itu Teresa sedang bersiar-siar bersama dua anak saudaranya masing-masing berusia 11 dan 5 tahun sebelum didatangi dua suspek berbangsa india yang menunggang motorsikal.

Kedua-dua suspek itu cuba meragut rantai emas yang dipakai beliau, namun cubaan tersebut gagal selepas Teresa yang terperanjat dan terjatuh cuba melarikan diri sambil menjerit meminta bantuan orang ramai. Suspek yang panik dengan tindakan Teresa tersebut melarikan diri dengan motorsikal.

Beliau dan kedua-dua anak saudaranya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Teresa bagaimanapun hanya membuat laporan polis di Balai Polis Sentul pada tengah hari tadi.

Setakat ini tiada tangkapan dibuat dan pihak polis menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu supaya menyalurkan kepada mana-mana balai polis berdekatan.

Pihak polis juga menambah kekerapan rondaan di sekitar kawasan berkenaaan. -Malaysiagazeete
comments:

Anonymous said...

Sepatutnya lepas Teresa hampir jadi mangsa ragut, beliau patut sokong usul hudud yg bakal dibentangkan oleh Kelantan .....

Anonymous said...
Cantik ulasan anon 4:20, setuju sangat. Begitu juga MP yg lain, sebelum diri sendiri ditimpa kejadian seumpama ini demi untuk kesejahteraan umum.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: