Monday, April 7, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 3887

9 Messages

Digest #3887

Messages

Sun Apr 6, 2014 8:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gara-Gara Telefon Pintar, Anak Tikam Dan Kelar Leher Ibu !

telokbakong.blogspot.
pahangdaily.blogspot.

MIRI- Gara-gara tidak menunaikan permintaannya untuk membeli sebuah telefon pintar, seorang anak sanggup menikam dan mengelar leher ibunya sendiri hingga mati.

Mayat ibu malang itu, Mariefe Wong, 42, yang merupakan warganegara Filipina ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam keretanya oleh beberapa pelajar di hadapan Kompleks Tenis, Jalan Sukan di sini, kira-kira 2.30 petang ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa dipercayai dikelar dan ditikam selepas bertengkar dengan suspek di dalam kereta tersebut.

Beliau berkata, pisau yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di dalam kereta jenis Atos itu.

"Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan. Namun kita tidak menolak kemungkinan suspek berang selepas ibunya enggan memenuhi permintaan untuk memiliki telefon pintar," katanya ketika dihubungi.

Tian Kee menambah, kes itu berjaya diselesaikan dalam tempoh sejam apabila tertangkapnya anak mangsa (18 tahun) yang turut berada di lokasi kejadian.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Ericson Maheah, 17, memberitahu, dia melihat kereta mangsa yang diletakkan di hadapan tempat latihannya sejak pukul 8 pagi.

Ujarnya, ketika itu dia tidak mempedulikan mangsa yang dilihat sedang tidur kerana pada hujung minggu Kompleks Tenis sering dikunjungi orang ramai.

"Selepas tamat latihan tenis, saya dapati mangsa masih di dalam kereta dalam keadaan sama. Kerana curiga saya terus menghampirinya dan terkejut melihat mangsa berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ericson berkata, dia terus memberitahu rakan yang lain sebelum menghubungi polis. #sumber

Sun Apr 6, 2014 9:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Mahal beb..Inilah Jumlah Perbelanjaan Misi Cari MH370 Paling Mahal Dalam Dunia..
telokbakong.blogspot
karatijau.blogspot.
Nukilan Oleh Juragan

Selepas empat minggu kos misi mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, ia bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, lapor media.

Sehingga kini, kos mencari MH370 sudah melebihi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah US$50 juta (RM163.98).

Kos perbelanjaan tinggi ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi pula.

Menurut The Sydney Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas berjumlah US$510,400 (RM1.67 juta) sehari.

Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah US$352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari.

Apabila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah US$9.28 juta (RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi.

Laporan yang sama turut berkata bahawa pihak Amerika Syarikat (AS) sudah berbelanja sebanyak US$3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka.

Tentera AS turut berbelanja sebanyak US$3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam pesawat MH370.

Vietnam pula sudah berbelanja US$8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka.

Akhbar berkenaan melaporkan kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak US$5000 (RM16397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi US$1.16 juta (RM3.8 juta).

Jumlah boleh mencecah US$49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana ia melibatkan 26 negara.

MH370: Kos mencari cecah RM160.8 juta, termahal dalam sejarah? Siapa yang bayar..??
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Kos misi mencari dan siasatan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, menurut angka yang dianggarkan oleh Fairfax Media.

Selepas empat minggu, ia sudahpun melepasi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah $50 juta (RM163.98).

Kos perbelanjaan tinggi ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi pula.

Memetik laporan The Sydney Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas berjumlah $510,400 (RM1.67 juta) sehari. Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah $352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari. Bila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah $9.28 juta (RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi.

Laporan yang sama turut berkata bahawa pihak Amerika Syarikat telah berbelanja sebanyak $3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka. Tentera Amerika Syarikat turut berbelanja sebanyak $3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam pesawat MH370.

Vietnam pula telah berbelanja $8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka.

Akhbar berkenaan melaporkan bahawa kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak $5000 (RM16397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi $1.16 juta (RM3.8 juta). Jumlah boleh mencecah $49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana ia melibatkan 26 negara.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, Angus Houston berkata beliau akan memberikan angka sebenar dalam masa terdekat. "Ia memerlukan wang yang banyak," jelas beliau.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-kos-mencari-cecah-rm160-8-juta-termahal-dalam-sejarah-33236?cp

Sun Apr 6, 2014 9:09 pm (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

Relax ...negara kita kaya....minyak atas (sawit) dan minyak bawah ada...
cuma... rakyat jer yg kureng kaya, asyik terima BRIM
On Monday, April 7, 2014 12:01 AM, -:eSpAcE9808:- <rienacom@yahoo.com.sg> wrote:

 

Mahal
beb..Inilah Jumlah Perbelanjaan Misi Cari MH370 Paling Mahal Dalam
Dunia..
telokbakong.blogspot
karatijau.blogspot.
Nukilan Oleh Juragan
 
Selepas empat minggu kos misi
mencari dan menyelamat pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, ia bakal
menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, lapor
media.
 
Sehingga kini, kos mencari MH370 sudah melebihi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling
mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah US$50 juta (RM163.98).

Kos perbelanjaan
tinggi ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang
dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi
pula.
Menurut
The Sydney Morning Herald, kos
kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas
berjumlah US$510,400 (RM1.67 juta) sehari.

Kos HMAS Toowoomba pula
berjumlah US$352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu
hari.

Apabila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah US$9.28 juta
(RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi.

Laporan yang sama turut
berkata bahawa pihak Amerika Syarikat (AS) sudah berbelanja sebanyak US$3.06 juta (RM10.04 juta) untuk
kegunaan pesawat dan kapal mereka.

Tentera AS turut berbelanja sebanyak
US$3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk
mencari kotak hitam pesawat MH370.

Vietnam pula sudah berbelanja US$8.07 juta (RM26.47
juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka.

Akhbar berkenaan melaporkan kos lain pula
termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak US$5000 (RM16397.50)
kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi
US$1.16 juta (RM3.8 juta).

Jumlah boleh mencecah US$49.18 juta (RM161.29
juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana ia melibatkan 26 negara. 
 
MH370: Kos
mencari cecah RM160.8 juta, termahal dalam sejarah? Siapa yang bayar..??
kedahlanie.info
Posted by Kedah
Lanie
 

Kos misi mencari dan siasatan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu
bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, menurut angka yang
dianggarkan oleh Fairfax Media.

Selepas empat minggu, ia sudahpun melepasi kos misi mencari
pesawat Air France AF447 yang sebelum ini
memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah $50 juta (RM163.98).

Kos perbelanjaan tinggi
ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar
ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi
pula.

Memetik laporan The Sydney
Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang
digunakan dua minggu lepas berjumlah $510,400 (RM1.67 juta) sehari. Kos HMAS
Toowoomba pula berjumlah $352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru
untuk satu hari. Bila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah $9.28 juta
(RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi.

Laporan yang sama turut berkata bahawa
pihak Amerika Syarikat telah berbelanja
sebanyak $3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka.
Tentera Amerika Syarikat turut berbelanja sebanyak $3.62 juta (RM11.87 juta)
bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam pesawat
MH370.

Vietnam pula telah
berbelanja $8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat
mereka.

Akhbar berkenaan melaporkan bahawa kos lain pula termasuk wang
yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak $5000 (RM16397.50) kepada ahli
keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi $1.16 juta (RM3.8
juta). Jumlah boleh mencecah $49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka
keseluruhan kerana ia melibatkan 26 negara.

Ketua Penyelaras Pusat
Penyelarasan Agensi Bersama, Angus Houston berkata beliau akan memberikan angka sebenar dalam masa terdekat. "Ia memerlukan
wang yang banyak," jelas beliau.

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-kos-mencari-cecah-rm160-8-juta-termahal-dalam-sejarah-33236?cp

Sun Apr 6, 2014 9:01 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gambar Sempoii Pramugari Dan Pramugara ANAK Kapal Terbang Brunei..
bloglist-malaysia.blogspot
kachipemas.blogspot
Posted by Abu Luqman

Pramugari, pramugara dan kru anak kapal terbang Brunei....
alhamdulillah..walaupun mereka Tidak menyajikan arak..Syarikat Kapal Terbang Brunai tetap masih lagi memberi keuntungan..Ini semua kuasa Allah..tapi MAS..menyajikan Arak..masih rugi ber billion ringgit.alasan Takut .masyarakat antarabangsa boikot

MAS bila nak follow ??? —

Sun Apr 6, 2014 9:02 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Berita Buruk untuk Pembayar Cukai Ingkar
telokbakong.blogspot

kafesantai.blogspot

Dicatat oleh Tuk Kiyai

KUANTAN - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan memburu 15 hingga 20 peratus pembayar cukai yang masih ingkar untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.

Tanpa menyebut jumlah tepat pembayar cukai yang terlibat, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dan akan mengenakan tindakan tegas termasuk saman dan sekatan untuk mereka ke luar negara.

"Mereka yang ingkar (boleh juga) diisytiharkan bankrap dan LHDN juga boleh mengeluarkan taksiran atas kuasa ketua pengarah," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama CEO LHDN Siri Tiga anjuran Kolej Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di sini hari ini.

Menurutnya, pelbagai strategi dirangka dan disusun bagi menarik lebih ramai individu dan syarikat melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menampung perbelanjaan pembangunan negara.

Tumpuan sepenuhnya perlu diberikan agar sasaran kutipan cukai sebanyak RM140 bilion tahun ini seperti yang disebut Perdana Menteri, ketika pembentangan Bajet 2014, Oktober tahun lepas tercapai, katanya. - Bernama
-kosmo

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2014/04/berita-buruk-untuk-pembayar-cukai-ingkar.html#ixzz2xpkZ7Wcb

Mon Apr 7, 2014 1:11 am (PDT) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

hahaha.. bab buat lawak ni kita memang pelopor

On 04/04/2014 11:34 PM, -:eSpAcE9808:- wrote:
>
> 
>
>
> _MALAYSIA JADI PELOPOR TEKNOLOGI BARU AIR KELAPA GANTI PETROL. _
>
> telokbakong.blogspot.
> naimnikmat.blogspot
> Dicatat oleh Na'im Nikmat
> <http://www.blogger.com/profile/03432287966399183682>
> <https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwdTgia2DioPZxBxAgBH30Vali7B-RjRKO3fWiBMBuniLfuWfBwCGR93-VrxUFhtJ9h_M5VA_u9jEWN-DbrVxhO569K6fTTNTOP_foboVX6UzpIZViTKFulsTHikqXRwwMU4tn0RhZWkw/s1600/CYMERA_20140404_201430.jpg>
>

Mon Apr 7, 2014 1:16 am (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Assalamualaikum abg bro - abg bro sekalian,

Saya ada sebuah Proton Wira 1.5A guna radiator 1.6 (tahun lepas pernah
jalan 2 silinder sebab gasket pecah).
Masalahnya ialah;
Soalan 1. Kalau tak on aircond, temperature enjin akan naik, bila bukak aje
elok pulak temperature.
a. motor radiator tak cukup laju?
b. memang camtu..
Soalan 2. Hari siang (panas) aircond tak berapa rasa. Bila malam, molek
pulak sejuknya.
a. adakah bersangkut paut dengan soalan 1(a)?
b. memang camtu..

Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Wassalam,
-zaied-

Mon Apr 7, 2014 1:35 am (PDT) . Posted by:

"MHZ" mohamad_hadi

kipas/ motor kipas kot

On 07/04/2014 4:16 PM, Zaiedishaq wrote:
> Assalamualaikum abg bro - abg bro sekalian,
>
> Saya ada sebuah Proton Wira 1.5A guna radiator 1.6 (tahun lepas pernah
> jalan 2 silinder sebab gasket pecah).
> Masalahnya ialah;
> Soalan 1. Kalau tak on aircond, temperature enjin akan naik, bila
> bukak aje elok pulak temperature.
> a. motor radiator tak cukup laju?
> b. memang camtu..
> Soalan 2. Hari siang (panas) aircond tak berapa rasa. Bila malam,
> molek pulak sejuknya.
> a. adakah bersangkut paut dengan soalan 1(a)?
> b. memang camtu..
>
> Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
>
> Wassalam,
> -zaied-
>
>
>

Mon Apr 7, 2014 3:00 am (PDT) . Posted by:

"bashah" bwasi

wsalam.
ya, mungkin kipas radiator...
cari tempat selamat dan takde budak2 atau mak budak 
on enjin, on aircon, bukak bonet enjin...
ada 2 kipas - cek dua2 kipas tu kalau ader yg sangkut...
kalau kipas lari canak ok, maknay mungkin radiator karat dah masuk lubang - cuci radiator - ni kena bawak pomen biasa, atau sendiri bikin bukak gasket radiator dibawah utk buang karat kalu ada branilah...
kalau kipas kong - mungkin sebab fius yg kong atau enjin kipas yg kong atau wayar kipas yg sudah short - ni kena bawak pomen letrik/pomen biasa
On Monday, April 7, 2014 4:35 PM, MHZ <cekelatgetah@gmail.com> wrote:

 
kipas/ motor kipas kot

On 07/04/2014 4:16 PM, Zaiedishaq wrote:

 
>Assalamualaikum abg bro - abg bro sekalian,
>
>
>Saya ada sebuah Proton Wira 1.5A guna radiator 1.6 (tahun lepas pernah jalan 2 silinder sebab gasket pecah).
>Masalahnya ialah;
>Soalan 1. Kalau tak on aircond, temperature enjin akan naik, bila bukak aje elok pulak temperature.
>              a. motor radiator tak cukup laju?
>              b. memang camtu..
>Soalan 2. Hari siang (panas) aircond tak berapa rasa. Bila malam, molek pulak sejuknya.
>              a. adakah bersangkut paut dengan soalan 1(a)?
>              b. memang camtu..
>
>
>Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
>
>
>Wassalam,
>-zaied-
>
>
>
>

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: