Thursday, December 18, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4088

9 Messages

Digest #4088

Messages

Wed Dec 17, 2014 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


----- Original Message -----
From: 'Neny Asrina Bt. Isa' neny-asrina@jhr.sharp-world.com
To: undisclosed-recipients
Sent: Wednesday, December 17, 2014 2:29 PM
Subject: RENUNGAN BERSAMA

Wed Dec 17, 2014 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Hutang Negara Tinggi (RM763 Bilion), Bursa Saham Jatuh (1,703), Ringgit Lemah (US$1 = RM3.49). Tidak Jejas Ekonomi Malaysia? Ekonomi Rakyat?

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net


Hutang Negara Tinggi (RM763 Bilion), Bursa Saham Jatuh (1,703), Ringgit Lemah (US$1 = RM3.49). Tidak Jejas Ekonomi Malaysia? Ekonomi Rakyat? : Corak politik di Malaysia sudah jauh berubah, tetapi masih ramai lagi yang tertinggal di belakang. Berkali-kali Berita Semasa mengatakan yang sebenarnya, kita rakyat Malaysia adalah ahli lembaga pengarah bagi sebuah syarikat yang bernama Malaysia yang mana kita berhak menegur dan memantau prestasi CEO yang kita lagi. Kita boleh...

Kita boleh hormat dia sebagai seorang CEO, cukup setakat itu. Bukannya menjadi hamba kepada CEO dan "pak angguk" semata. Kita tegur sebab apa?

Sebab kita sayang dan mahu jaga kepentingan bersama syarikat kita. Ini bukan soal mahu pilih siapa, Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tempoh berpolitik dan dan berkempen sudah lama berlalu sejak Pilihanraya Umum ke 13. Sekarang ini waktu untuk bekerja. Bukti kemampuan masing-masing ketika sudah diberikan ruang dan peluang.

Berita Semasa pun tidak mahu menyalahkan 100% di atas bahu kerajaan Malaysia. Ini kerana secara faktanya, ringgit malaysia jatuh disebabkan minyak jatuh dan itu bukan salah kerajaan.

1.. Amerika Syarikat mahu menekan Rusia sebagai pengeluar minyak, yang mana Amerika Syarikat dan sekutu kuatnya Arab Saudi terus melambakkan minyak di pasaran dunia menyebabkan harga minyak dunia jatuh mendadak
2.. Apabila murah, Rusia rugi besar untuk tempoh yang sukar untuk dijangka samada Rusia mengalah dan berhenti menekan dan menyerang Ukraine atau bakal berhadapan Perang Dunia ke 3. Wallahualam.
SUMBER ASAL : Kegawatan & Kemelesetan Ekonomi Jepun Resahkan Malaysia, Amerika Syarikat & Dunia! Kenaikan Cukai Jualan 8% di Jepun Adalah Punca Utama!
Berita Semasa sedar tindakan kerajaan hapus subsidi, perkenalkan GST 6% termasuk juga perjanjian TPPA yang cukup kontroversi itu adalah salah satu daripada mekanisme untuk tarik FDI (Foreign Direct Investment) masuk ke Malaysia.

Ekonomi Malaysia VS Ekonomi Rakyat Marhaen?
Masalahnya sekarang, kerajaan terlalu boros menguruskan dana negara sehingga hutang negara terus melambung ke angka RM763 bilion. Termasuklah isu 1MDB yang cukup kontroversi itu :

a.. Kerajaan juga tidak telus kepada rakyat, jikalau susah katakan susah. Jikalau senang katakan senang, jangan diamkan dan sapu "sendirian" di kalangan di atas sana.
b.. Perlu bahagi-bahagi "secara saksama" kepada rakyat.
c.. Sekali lagi, harapan Berita Semasa jangan layan ahli lembaga pengarah anda aka rakyat Malaysia seperti tidak bersekolah. Cuba anda baca dan perhatikan kenyatan terbaru daripada Wahid Omar mengenai isu ekonomi sekarang ini
Tinjaun Berita Semasa terhadap majlis Federation of Manufacturer Malaysia (FMM) yang berlangsung baru-baru ini, akan ada beberapa lagi aspek sudah mula terjejas :

a.. Dilaporkan industri telah mula jatuh 25pct untuk suku keempat 2014 dan dijangka jatuh lebih tinggi selepas pelaksanaan GST 6%
b.. Yang paling terjejas adalah perkhidmatan perniagaan, meningkat kepada lebih 50%
c.. Banyak yang tutup perniagaan mereka
d.. Jadi akan ada lebih banyak VSS pada 2015 merangkumi kilang, bank (dek kerana modal diperolehi melalui pinjaman bank), perniagaan import
e.. Usah diharapkan kenaikan bonus 2014, naik gaji banyak, bos-bos sudah mula berhempas pulas untuk bertahan dalam perniagaan
f.. Petronas sendiri bakal memotong 25pct perbelanjaan yang mana banyak sub kontraktor Petronas akan terjejas
Barangan negara kita majoriti 80% buatan China. Apabila ringgit jatuh, harga barangan adakah masih sama? Adakah kenaikan inflasi tidak menjelma? Adakah kenaikan inflasi baik untuk rakyat Malaysia?

Wed Dec 17, 2014 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Segera lakukan penama KWSP

sinarharian.com.my
MOHAMAD NORZAHARUDDIN KASIMON

a.. Tee Yong (tengah) selepas merasmikan Program Hari Keluarga 1Malaysia di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, Labis.
< 1 / 1 >
LABIS – Sebanyak 70 peratus daripada 6 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di negara ini gagal menamakan penama akaun dan bakal mengundang masalah semasa proses pengeluaran caruman apabila berlaku kematian.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, dia meminta setiap pencarum supaya menyegerakan urusan penamaan bagi memudahkan keluarga mereka melaksanakan urusan pengeluaran caruman jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.

"Setiap tahun jumlah pencarum KWSP semakin meningkat tetapi peratusan pencarum yang tidak melakukan penamaan waris pada akaun mereka begitu rendah meskipun kerajaan sudah melakukan pelbagai promosi untuk tujuan tersebut.

"Kadang-kadang mereka (pencarum) tidak fikir apa akan berlaku kepada diri mereka kerana kemalangan adalah suatu perkara yang tidak diduga," katanya.

Tee Yong yang juga Ahli Parlimen Labis berkata demikian selepas merasmikan Program Hari Keluarga 1Malaysia anjuran Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Parlimen Labis di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas, di sini.

Menurutnya, KWSP juga akan mempergiatkan usaha untuk menyedarkan pencarum kerana dengan melakukan penamaan, ahli keluarga pencarum yang berumur 55 tahun ke bawah layak menerima faedah kematian berjumlah RM2,500 apabila pencarum meninggal dunia.

"KWSP masih belum mewajibkan penamaan, tetapi untuk kebaikan, kemungkinan KWSP akan menolak borang permohonan caruman pemohon yang tiada penama pada masa akan datang.

"Proses penamaan waris juga sangat mudah dan mereka boleh menamakan penama masing-masing melalui borang penamaan yang terdapat di semua 60 kaunter KWSP di seluruh negara tanpa mengambil masa lama," katanya.

Wed Dec 17, 2014 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Barisan Nasional Mengutip RM274 Juta Cukai Petrol Sejak 1 November 2014 Hingga 15 Disember 2014?
telokbakong.blogspot
http://rafiziramli.com
Harga pasaran bagi petrol RON95 dan diesel bagi tempoh 1 Disember 2014 hingga 15 Disember 2014 disertakan di dalam Lampiran A (harga pasaran RON95) dan Lampiran B (harga pasaran diesel) yang disertakan bersama.

Data harga telah diperolehi secara sah dari pasaran seperti berikut:

RON95 – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Mogas 95 Unleaded
Diesel – ditentukan oleh MOPS bagi Singapore Gasoil
Kadar tukaran matawang – ditentukan oleh kadar rasmi Bank Negara
Dari Lampiran A dan Lampiran B, jelas bahawa harga pasaran bagi RON95 (tidak termasuk jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak) telah menjunam dari paras RM1.73 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.58 seliter pada 15 Disember 2014.

Keadaan yang sama juga berlaku dengan harga diesel yang menjunam dari paras RM1.87 seliter pada 1 Disember 2014 kepada RM1.71 seliter pada 15 Disember 2014.

Malah, dengan jaminan keuntungan dan kos yang diberikan oleh kerajaan kepada syarikat minyak sebanyak 32 sen seliter (RON95) dan 23 sen seliter (diesel) seperti yang terpaksa dibayar rakyat sekarang, harganya juga masih rendah berbanding harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Mengambil kira jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak itu, harga RON95 ialah RM2.05 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.90 seliter (pada 15 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.26 seliter.

Harga diesel pula (termasuk jaminan keuntungan dan kos kepada syarikat minyak) ialah RM2.10 seliter (pada 1 Disember 2014) dan terus menurun kepada RM1.94 seliter (pada 15 Disember 2014); berbanding harga yang dibayar oleh rakyat RM2.23 seliter.

Oleh kerana rakyat terus membayar pada harga yang lebih tinggi dari harga pasaran (walaupun tanpa subsidi), rakyat Malaysia sebenarnya telah membayar cukai petrol sejak bulan November 2014 lagi.

Perkiraan cukai petrol tersembunyi yang telah ditanggung oleh rakyat ditunjukkan di dalam Lampiran C. Anggaran ini dibuat berdasarkan jumlah penggunaan petrol sebanyak 14 bilion liter setahun dan penggunaan diesel sebanyak 9.64 bilion liter setahun seperti jawapan Perdana Menteri di Parlimen.

Bagi tempoh November 2014, rakyat membayar sebanyak RM47 juta cukai petrol.

Bagi tempoh 15 hari pertama Disember, rakyat membayar sebanyak RM146 juta cukai petrol bagi RON95 dan RM81 juta bagi diesel.

Maka, jumlah cukai petrol yang dikutip secara senyap oleh kerajaan bagi tempoh 45 hari sahaja ialah RM274 juta tanpa diketahui oleh rakyat.

Oleh sebab itu, saya terus menegaskan bahawa sistem penetapan harga sekarang ini tidak telus dan memangsakan rakyat. Dato' Seri Najib Tun Razak perlu menjawab segera ke mana perginya cukai tersembunyi sebanyak RM274 juta yang dikutip dari rakyat dalam tempoh 45 hari sahaja di antara 1 November 2014 hingga 15 Disember 2014?

RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan

17 Disember 2014

Wed Dec 17, 2014 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lagi Kes Buli Jalan Raya : Myvi vs Hilux Milik Kerajaan
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Baru-baru ini, satu lagi gambar yang didakwa kes buli jalan raya tersebar di media sosial.

Kejadian buli itu melibatkan sebuah kereta Perodua MyVi dan juga sebuah Hilux yang dimiliki oleh Unit Vektor Jabatan Kesihatan Daerah Ulu Langat. Dipercayai, lelaki pemandu MyVi bertindak memecahkan cermin kereta Hilux yang terlibat dengan menggunakan stereng lock.

Terdapat tiga gambar yang diselitkan bersama dakwaan ini. Gambar pertama(atas) memaparkan pemilik MyVi yang terlibat keluar dari kenderaannya sambil membawa 'stereng lock'.

Gambar kedua dan ketiga pula memaparkan kereta Hilux milik Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat yang sudah dipecahkan cermin sebelah kanan.

Pihak Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat telah mengesahkan kejadian ketika dihubungi. Menurut pihak terbabit, kejadian berlaku pada semalam (16 Disember) dan laporan polis telah pun dibuat.

Namun pihak tersebut enggan mengulas lanjut tentang kejadian tersebut.

Wed Dec 17, 2014 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


----- Original Message -----
From: hazriza hazriza@soem.sharp-world.com
To:
Sent: Tuesday, December 16, 2014 10:03 AM
Subject: Infaq sorang rm10 ~~ Mohon bantuan utk bantu keluarga yg benar-2 perlukan bantuan kita semua.

Assalammualaikum semua rakan-2 di alam maya..

Saya terpanggil utk menceritakan hal sahabat saya yg saya x mampu nak bantu dgn kewangan… saya cuba curikan sedikit masa utk membantu sahabat sy yg saya kenal di grp wassap. Saya tak pandai nak tulis… saya sekadar copy & paste utk tuan-2, puan-2 di sini baca dan jika ada yg nak membantu, sila direct masuk ke akaun sahabat saya.

Maybank : 1570-9134-7161

Alamat : 349, Jalan Gamelan,

Taman Ria Jaya, Sg Petani.

No hp : 018-2345834

Moga sumbangan rm10 dr sahabat semua dpt meringankan beban sahabat saya ini. Lebihan wang dpt membeli baju sekolah anak-2 sahabat saya… saya sertakan alamat & no tel jika ada kawan-2 yg nak pergi ziarah… juga ada anak istimewa yg perlukan perhatian lebih seperti susu & pampers. (asal dilahirkan normal, tetapi menjadi mangsa dera oleh pengasuh 7tahun dulu). Mohon panjangkan email ini pd pihak yg berwajib… hulurkan bantuan…

Semoga Infaq RM 10, kita dimurahkan lagi rezeki dan keluarga kita dilindungi oleh Allah SWT.

[12/15, 4:45 PM] Smlm tnb potong letrik...
[12/15, 4:23 PM] Ahlong dtg tuntut duit
[12/15, 4:23 PM] Mcm3
[12/15, 4:24 PM] Sy nk mati je smlm
[12/15, 4:24 PM] Sy hadap sorang2 ,abg x smp blk lg dr jengka
[12/15, 4:24 PM] Sy naik pej tnb.. Perot boyot gini
[12/15, 4:24 PM] Mtk byr skit x dpt soh byr penuh
[12/15, 4:24 PM] saya : brp bil tnb??
[12/15, 4:25 PM] 500 gak.. 3 bln je pon.. Pakai skit tp ada penalti sbb tunggakan bulanan (bil bukan seperti dijangka oleh sahabat… tetapi lebih lagi)
[12/15, 4:45 PM] Mkn pon kdg x cukop.. Nk byr bil..
[12/15, 4:26 PM] Kan mggu lps cuti niaga seminggu van rosak
[12/15, 4:27 PM] Tersadai umah mak..
[12/15, 4:27 PM] Ahlong mengamok cm nk mati
[12/15, 4:45 PM] Ahlong mengamok cm nk mati
[12/15, 4:29 PM] RM33x7= RM231 dia nk cash
[12/15, 4:29 PM] Jerit2 call sy
[12/15, 4:29 PM] Seharian menangis
[12/15, 4:30 PM] Suami bwk van mcm org gila
[12/15, 4:31 PM] Bygkn smlm je lebor RM800... Kluakan van dr workshop RM500...
[12/15, 4:31 PM] Kiri knn dpn blkg pinjam

[12/15, 4:45 PM] Sabaq ni kak
[12/15, 4:41 PM] Sbb tu ari ni kita bley chat lg
[12/15, 4:41 PM] Kalau sy pk pendek smlm.......
[12/15, 4:41 PM] Haihhhhhhh
[12/15, 4:41 PM] Iman di dada msh ada
[12/15, 4:42 PM] saya : istigfar byk2 awak
[12/15, 4:42 PM] saya : jgn ckp mcm tu
[12/15, 4:42 PM] AstaghfirullahalAzim
[12/15, 4:42 PM] saya : kak fhm.. ujian berat utk awak tgg semua ni...
[12/15, 4:42 PM] kak pun x sekuat awak
[12/15, 4:45 PM] Biaq la kak.. X yah ckp apa2 lg.. Nnt org mengata sy.. Sedap2 pakai letrik pastu mtk tlg org
[12/15, 4:38 PM] Start abg sakit terok mmg x mampu nk byr
[12/15, 4:38 PM] Air gagah byr sbb mmg pakai ..
[12/15, 4:38 PM] Meniaga pon cukop mkn nk saving mmg payah
[12/15, 4:38 PM] Bkn suke2 x nk byr
[12/15, 4:40 PM] Mesti org ingat sy enjoy2 bl ada duit...
[12/15, 4:40 PM] senyum je la
[12/15, 4:40 PM] Dgn sakit kaki x baik2..
[12/15, 4:40 PM] Boring dah sy kak
[12/15, 4:41 PM] sabar byk2 awak..
[12/15, 4:45 PM] Lg2 abg x de smlm, kontang kanting sorang2
[12/15, 4:43 PM] Dia pon frust gile, time dia x de plak seme dtg
[12/15, 4:43 PM] Dia kejar trip sbb nk cover blk duit workshop

[12/15, 4:06 PM] saya : borang zakat g ambik td kat masjid??
[12/15, 4:07 PM] X layak
[12/15, 4:07 PM] Ibu tunggal anak sekolah 2
[12/15, 4:07 PM] Keluarga anak skolah 3
[12/15, 4:07 PM Sekolah dlm kedah shj
[12/15, 4:08 PM] Aihhhh
[12/15, 4:08 PM] Mendaaaa la syarat
[12/15, 4:08 PM] bukan anak sek 3 org dah ka??
[12/15, 4:08 PM] Abg long skolah p penang..
[12/15, 4:08 PM] Adam di sini
[12/15, 4:09 PM] Eiman thn dpn br 5 thn.. Blom msk skolah
[12/15, 4:17 PM] Kannnn?
[12/15, 4:17 PM] Bg je laa
[12/15, 4:17 PM] Bleh beli bj skola
[12/15, 4:18 PM] Sy dl2 abah belikan.. Tp thn ni dia da x keje.. X mo ssh dia
[12/15, 4:19 PM] Sblm ni mertua beli kelengkap sekolah
[12/15, 4:19 PM] Thn ni ntah la

MANA PEJABAT ZAKAT ????
MANA PENGAWAI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT ????
TOLONG TURUN PADANG, CARI ORANG SUSAH…

Wed Dec 17, 2014 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Stesen bas sementara dialu-alukan

sinarharian.com.my
NORAWAZNI YUSOF
Papan tanda hentian bas sementara di Seksyen 13, Shah Alam.
< 1 / 3 >
SHAH ALAM – Meskipun menyambut baik penyediaan stesen bas sementara, pengguna perkhidmatan awam itu mahu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tidak abaikan kemudahan yang lengkap di stesen yang terletak di Seksyen 13 itu.

Sebelum ini, MBSA membuat keputusan memindahkan sementara stesen bas di Seksyen 17 ke Seksyen 13 bagi memberi ruang kerja naik taraf dan sebanyak 24 kaunter tiket disediakan untuk memudahkan pengguna membeli tiket bas.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi itu mendapati kebanyakan pengguna tiada masalah dengan perpindahan itu, namun mereka inginkan keselesaan di ruang menunggu sebelum menaiki bas ke destinasi yang dituju.

Penuntut institusi pengajian tinggi awam, Merlissa Balqis Mokhtar, 20, mahu MBSA sediakan banyak kemudahan seperti memperbanyakkan ruang menunggu bagi memberi keselesaan kepada pengguna.

"MBSA perlu sediakan lebih banyak tempat seperti kerusi yang berbumbung kerana kawasan itu merupakan tempat lapang dan tiada tempat berteduh.

"Kalau hujan bagaimana dengan nasib kami, jadi MBSA perlu melakukan sesuatu bagi memudahkan pengguna," katanya.

Dia bagaimanapun menyambut baik pemindahan sementara stesen bas itu kerana kawasan berkenaan mempunyai ruang yang lebih besar.

"Ruangnya agak besar dan tidak menyusahkan pengguna meletakkan kenderaan mereka," katanya.

Sementara itu, penjawat awam, Mohd Fakhri Md Tahir, 28, berkata masalah kesesakan tidak menjejaskan perjalanan disebabkan kawasan tempat letak kereta luas dan berdekatan masjid untuk kemudahan solat.

"Masalah bola tidak timbul sebab bukan hari-hari ada lawan bola, di mana-mana tempat ada kesesakan...apa-apa pun saya menyambut baik perpindahan lokasi ini kerana banyak kawasan letak kereta di sediakan.

"Kalau di Seksyen 17 sebelum ini agak sempit dan menyukarkan untuk kita letak kenderaan, " katanya.

Selain itu, beliau meminta pihak berkuasa menyediakan kemudahan asas yang selesa seperti tandas dan tempat menunggu yang sesuai.

"Seksyen 13 tempat terbaik. Keluasan tapak cukup baik daripada dibiarkan kawasan tidak digunakan.

"Cuma harap pihak berwajib ambil inisiatif pastikan tapak sementara ada fasiliti asas," katanya.

Bagi, penjawat awam, Anizan Ibrahim, 31, pula mengharapkan stesen bas Seksyen 17 mempunyai kemudahan lebih baik berbanding sekarang bila siap sepenuhnya.

Katanya, pihak berkuasa perlu menyediakan ruang meletakkan kenderaan lebih besar terutama untuk mereka meletakkan motosikal.

"Harapan saya agar keadaan jauh lebih baik daripada yang ada sekarang. Contohnya kedai makan lebih bersih persekitaran, tandas lebih besar dan selesa, ruang menunggu pun lebih besar.

"Tak lupa juga tempat letak kenderaan. Kalau boleh, biarlah berbumbung untuk motosikal. Kesian kalau hujan helmet takung air," katanya.

Dalam pada itu, MBSA merancang menambah baik dan menaik taraf kemudahan di stesen bas ekspres sementara di Seksyen 18 di sini untuk keselesaan dan kemudahan orang ramai.

Timbalan Pengarah Komunikasi Korporatnya, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya akan berusaha menambah baik di ruang menunggu kepada pengguna.

"Buat masa sekarang MBSA telah sediakan kemudahan asas seperti tandas, surau dan sebagainya di kawasan berkenaan, namun ruangan menunggu agak terhad.

"Jadi kita bercadang untuk menambah ruangan menunggu dengan memperbanyakkan kerusi dan kawasan berbumbung demi keselesaan orang ramai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Wed Dec 17, 2014 7:12 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

INILAH KELUHAN IBU DAN BAPA SETIAP HUJUNG TAHUN...
telokbakong.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Wed Dec 17, 2014 7:13 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


----- Original Message -----
From: Hussaini Kamal hussaini.kamal@gmail.com
To: undisclosed-recipients
Sent: Tuesday, December 16, 2014 8:45 PM
Subject: Keikhlasan Polis Trafik Jadi Viral Di Laman Sosial

Keikhlasan Polis Trafik Jadi Viral Di Laman Sosial
Kini Trending » Keikhlasan Polis Trafik Jadi Viral Di Laman Sosial

December 15th, 2014 | by Wan | 2 comments

Share the post "Keikhlasan Polis Trafik Jadi Viral Di Laman Sosial"

a.. Facebook
b.. 4Twitter
c.. E-mail
d.. Total: 4
KINI TRENDING

Korang pernah tak mengalami situasi di mana tayar kereta tiba-tiba pancit masa tengah drive? Tambahan pula masa itu korang rushing nak pergi kerja atau attend meeting, memang stress gila kot. Itu dah satu hal, masalahnya pandai ke tukar tayar? Haha

Baru-baru ini tersebarnya beberapa keping gambar yang menjadi viral dikongsi oleh pemilik Facebook bernama Jay Sheelan. Melalui gambar tersebut, dia menceritakan bagaimana seorang polis trafik yang baik hati telah menolong menukarkan tayar kereta isterinya yang pancit.

Menurut Jay, semasa dalam perjalanan menuju ke Jalan Kuching, dia menerima panggilan daripada isterinya memberitahu tayar kereta yang dipandu isterinya itu telah pancit. Jay bergegas menuju ke lokasi isterinya itu namun apa yang memeranjatkan, terdapat seorang polis trafik sedang membantu menukar tayar kereta tersebut.

Jay bercadang untuk memberikan sedikit wang kepada polis tersebut sebagai tanda terima kasih namun ditolak dengan baik.

Hari ini saya tolong awak, sekarang giliran awak pula untuk tolong orang lain.

Sikap yang ditunjukkan oleh polis trafik tersebut membuatkan Jay tersentuh dan berharap ada lebih ramai lagi sepertinya. Rasanya ini bukan kali pertama cerita tentang kebaikan polis trafik tersebar, tapi tak apa lah kami nak bagi kesedaran kepada orang ramai.

Sikap polis trafik ini patut dicontohi oleh orang ramai, sekaligus melahirkan masyarakat Malaysia yang suka tolong menolong. Kita kan 1Malaysia! Setakat hari ini, post milik Jay itu telah mendapat 482 perkongsian. Salute untuk abang polis trafik!

Sumber Foto : Facebook/Jay Sheelan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: