Friday, December 5, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4076[1 Attachment]

4 Messages

Digest #4076

Messages

Thu Dec 4, 2014 7:01 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ramai Rakyat Malaysia 'Sangat Tidak Mampu' Untuk Membeli Rumah Rupanya...
telokbakong.blogspot.
penpasksgb.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
darisungaiderhaka.blogspotKalau Kerajaan yang ada tidak berusaha untuk mengawal atau mengekang kenaikkan harga rumah yang semakin menggila diseluruh Malaysia ini.. tak mustahil di masa akan datang kita akan menyaksikan ramai rakyat Malaysia yang menjadikan bawah jambatan dan jejambat sebagai tempat tinggal mereka.. percayalah..

The Malaysian Insider melaporkan..

Antara rumah paling mahal di Malaysia ialah di Sabah, menurut satu badan pemikir, yang mendapati purata harga rumah di negeri Borneo itu 11 kali lebih tinggi berbanding median pendapatan tahunan keluarga iaitu RM34,320.

Ini disusuli Sarawak dan Kuala Lumpur, kata Institut Rakyat, menggunakan data suku keempat 2012 yang dibekalkan sumber rasmi.

Pengarah Eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong berkata, pada amnya, rumah di Sabah dua kali lebih mahal daripada median kebangsaan harga rumah, iaitu RM251,731.

Di Sarawak, purata harga rumah adalah RM330,594 sedangkan purata pendapatan isi rumah tahunan hanya RM36,564. "Sabah dan Sarawak dibelenggu pendapatan isi rumah yang rendah serta harga rumah yang jauh lebih tinggi daripada purata nasional, dengan purata harga yang boleh menandingi Selangor," kata Yin dalam satu kenyataan hari ini.

Purata harga rumah di Kuala Lumpur adalah RM576,991 tetapi median pendapatan isi rumah tahunan di bandaraya itu hanya RM70,164 atau RM5,847 sebulan.

Badan pemikir yang berkait dengan PKR itu membuat rumusan, rumah di ketiga-tiga negeri itu jauh di luar kemampuan berdasarkan Indeks Kemampuan Perumahan, selepas mengambil kira data sumber rasmi dan membuat perbandingan purata pendapatan isi rumah di peringkat negeri dengan median harga rumah setiap negeri pada akhir 2012.

Ketiga-tiga negeri itu disusuli Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, iaitu negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

"Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan ditempatkan di tangga keempat, kelima dan keenam sebagai negeri di mana rumah paling di luar kemampuan.

"Negeri ini mempunyai peluang membezakan mereka daripada kerajaan pusat dengan menjadikan pemilikan rumah dalam kemampuan golongan berpendapatan rendah dan sederhana," kata Yin.

Harga rumah di Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Perlis dan Johor pula dikatergorikan sebagai "terlalu di luar kemampuan". Hanya Negeri Sembilan dan Melaka, dikategorikan sebagai "di luar kemampuan tahap sederhana".

"Bagaimanapun, purata harga rumah di negeri ini masih menjangkau 3 kali ganda median pendapatan isi rumah tahunan masing-masing," katanya.

Harga rumah 3 kali ganda median pendapatan isi rumah tahunan disifatkan sebagai tidak mampu milik.

Pada 2012, median pendapatan isi rumah tahunan adalah RM43,512.

Yin berkata, menjelang akhir 2012, purata harga rumah adalah 5.79 kali pendapatan tahunan median isi rumah di Malaysia.

Menjelang suku pertama 2014, Index Kemampuan Perumahan kebangsaan bertambah baik kepada 5.52, tetapi Yin berkata ia masih meletakkan rumah di Malaysia jauh di luar kemampuan jika menurut piawai antarabangsa.

Masalah golongan berpendapatan sederhana

Berdasarkan data sama, Yin berkata median pendapatan isi rumah pada enam bulan pertama tahun ini ialah RM4,258 sebulan.

Katanya, sebuah rumah mampu milik bagi keluarga berpendapatan sederhana sepatutnya berharga RM153,000 ke bawah.

Ia mestilah sekurang-kurangnya 800 kaki persegi dengan tiga bilik tidur, tetapi Yin berkata rumah sebegini amat sedikit bilangannya.

Katanya, purata harga rumah meningkat lebih dua kali ganda dari tahun 2000 sehingga awal tahun ini, dan sementara ia merupakan berita baik bagi pemilik rumah yang sekarang mendapat nilai lebih tinggi bagi hartanah mereka, masih ada 27.2% daripada rakyat Malaysia yang tidak memiliki rumah.

"Kerajaan mengadakan beberapa skim bagi menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah. Bagaimanapun, pilihan yang diwujudkan bagi golongan pertengahan bermutu rendah," katanya.

Beliau membandingkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) oleh Putrajaya dengan skim Rumah Selangorku, dan mendapati program Selangor itu lebih "mampu milik."

Dalam menentukan kriteria rumah mampu milik PR1MA berada dalam lingkungan tiga kali ganda pendapatan tahunan, Institut Rakyat mendapati, sesebuah isi rumah dengan pendapatan RM2,500 sebulan perlu membayar RM90,000 ke bawah bagi sebuah rumah mampu milik, manakala mereka yang berpendapatan RM10,000 sebulan perlu bayar RM360,000.

"Oleh itu, kami dapati harga rumah PR1MA lebih tinggi sekurang-kurangnya 11%," katanya.

PR1MA diwujudkan pada 2012 bagi memberi peluang pemilikan rumah kepada isi rumah berpendapatan sederhana antara RM2,500 dan RM10,000 sebulan. Harga hartanahnya ialah antara RM100,000 dan RM400,000.

Putrajaya bagaimanapun terpaksa mengubah kriteria kelayakan daripada pendapatan minima RM7,500 kepada RM10,000 seperti diumumkan Bajet 2015, yang menurut Yin menunjukkan Putrajaya mengakui harga rumah kelas atas PR1MA terlalu tinggi.

Sebaliknya, Yin berkata skim Rumah Selangorku di bawah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) lebih mampu dimiliki pada harga RM250,000 bagi mereka yang berpendapatan RM8,000 sebulan pada hanya 2.6 kali pendapatan isi rumah tahunan.

Sistem penggajian lebih baik

Yin berkata kemampuan perumahan ialah faktor yang menentukan kedua-dua harga rumah dan kuasa membeli isi rumah.

Sementara kebanyakan tumpuan Putrajaya ialah terhadap usaha mengawal harga rumah, hasilnya setakat ini bercampur-campur dan usaha menambah pendapatan 'tidak bermaya.'

Beliau membuat perbandingan dengan Thailand dan Korea Selatan di mana gajinya meliputi lebih 60% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), bermakna pekerja menyumbang lebih banyak kepada kekayaan negara.

Di Malaysia, gaji meliputi hanya 33.6% dari KDNK pada 2013, dan Putrajaya hanya mensasarkan kenaikannya kepada 40% menjelang 2020.

"Pertumbuhan gaji tidak memberangsangkan. Pada 1971, gaji meliputi 33.8% daripada KDNK, tidak jauh beza dengan hari ini. Sebaliknya, peratusan KDNK dibawa pulang sektor korporat meningkat daripada 51.7% pada 1971 kepada 64.2% pada 2013," katanya.

Beliau berkata gaji orang perseorangan tidak bertambah sejajar dengan kenaikan harga rumah. Pada masa purata harga rumah naik 11.8% antara 2011 dan 2012, gaji median pula hanya tumbuh 7.7%.

"Sementara kerajaan pusat dan negeri perlu terus memberi tekanan supaya harga rumah terus turun, kerajaan persekutuan perlu berusaha menaikkan gaji bagi menutup jurang antara keadaan pasaran dan keinginan rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri."

Tapi.. macai tak kisah.. sebab macai boleh tumpang kandang ternakan NFC tu...

RUMAH MAMPU MILIK HANYA BERHARGA RM600!!!
idahsalam.blogspot
pkrl.blogspot

Bukan nak hina abang ini hanya mampu membina rumah sedemikian, sedangkan perit untuk membayar sewa baik buat rumah ala kadar, mungkin juga dapat untuk menampung kos harian dari membayar sewa.....

Ini kira lebih baik dari yang bergelandangan di bandar2 besar....

Bina rumah berdindingkan buluh

Che Isa menyiapkan lantai rumahnya di Kampung Banir Belikong, Selising.

PASIR PUTEH - Seorang bapa terpaksa membina sendiri rumah daripada buluh dan batang pokok gelam kerana tidak mampu membayar sewa rumah RM350 sebulan akibat kesempitan hidup.

Walaupun rumah dibina di Kampung Banir Belikong, Selising dekat sini, agak daif, ia tetap akan menjadi tempat perlindungan empat sekeluarga itu kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Che Isa Che Daud, 43, berkata, keluarganya bernasib baik kerana masih ada tanah milik ibunya untuk dia membina rumah tersebut.

"Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mampu lagi membayar sewa rumah, akhirnya saya memilih membina rumah sendiri sejak sebulan lalu.

"Saya mengeluarkan perbelanjaan RM600 untuk membeli atap nipah, bahan lain terutama buluh dan pokok gelam saya cari sendiri," katanya.

Dinding rumah dibuat daripada batang buluh yang dipecah-pecahkan, sementara tiangnya daripada batang pokok gelam.

Ketika ini Che Isa menyiapkan lantai konkrit yang dibuat secara berperingkat kerana tidak mampu membeli simen dalam jumlah banyak dalam satu masa.

Che Isa bersama isteri, Maskah Awang, 35, dan tiga anak berusia 2 bulan, 18 dan 20 tahun serta seorang lagi anak saudara yang dipelihara berusia 18 tahun akan menghuni rumah berkenaan dalam masa terdekat.

Che Isa berkata, dia belum memikirkan kemudahan lain untuk rumah tersebut seperti tandas dan bilik air.

"Yang penting saya siapkan rumah ini cepat supaya keluarga dapat berlindung dan berharap ada pihak dapat membantu meringankan beban saya sekeluarga," katanya.

Orang ramai mahu membantu boleh menghubungi jiran mereka, Aziz Halim menerusi talian 0111-4943100.

Kepada yang bercadang nak buat rumah ......tetapi tiada modai.....hangpa boleh kutip palet2 kayu terbuang buat macam gambar diatas.....apa macam

Ramai Rakyat Malaysia 'Sangat Tidak Mampu' Untuk Membeli Rumah......

Kalau Kerajaan yang ada tidak berusaha untuk mengawal atau mengekang kenaikkan harga rumah yang semakin menggila diseluruh Malaysia ini.. tak mustahil di masa akan datang kita akan menyaksikan ramai rakyat Malaysia yang menjadikan bawah jambatan dan jejambat sebagai tempat tinggal mereka.. percayalah..

[EKSKLUSIF] Berapa Kos Untuk Bina Sebuah Rumah Hari Ini? | Sebenarnya Sangat Murah
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com
by Que Achmad

Harga rumah memang tak pernah turun dan kenaikannya semakin membimbangkan ramai generasi muda terutama yang baru tamat pengajian universiti, baru mula bekerja dan berkahwin.

Persoalannya, berapa sebenarnya harga kos utk membina sebuah rumah?

Jawapan :

Ambil contoh rumah bungalow yang ditawarkan oleh Pemaju Perumah , Harga rumah bungalow antara RM266k ~ RM419k. Harga purata : (266 + 419) / 2 = RM342.5k. Maka Harga Rumah Bungalow yang sederhana dari segi keluasan dan rekabentuk adalah RM 342,000.00 sebuah. Tetapi kita andaikan lebih rendah iaitu = RM320.000.00 sebuah

Kadar Harga Kontraktor per kaki persegi antara RM105 ~ RM125. Ini adalah harga standard bagi sebuah banglo. Andaikan RM110 per ka persegi. Sekadar contoh ambo ambil keluasan 1650ft2 termasuk porch

Luas lantai = 1400 ft2, Maka Harga bagi luas lantai kawasan yang berdinding (build up area) adalah RM110 x 1400ft2 = RM154,000.00. Kawasan yang tidak berdinding spt porch, varendah dll.

Gross area 1650ft2 – build up area 1400ft2 = 250ft2

Bagi kawasan yang tidak berdinding harga standard sekitar RM65 ~ RM75per ft2. Andaikan RM70/ft2, Maka harganya adalah RM70 x 250ft2 = RM17,500.00. Kos pembinaan rumah tidak termasuk pagar = RM154,000.00 + RM17,500.00 = RM171,500.00

Kos pembinaan pagar batu-bata diikat setinggi 600mm dan disambungkan dgn. pagar berangkai (chain link) setinggi 900mm termasuk pre cast tiang pada setiap 3.0meter. = RM 22,000.00

KOS PEMBINAAN BUNGALOW RM 171,500.00

KOS PEMBINAAN PAGAR + RM 22,000.00
_____________________________________________
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00
NILAI TANAH TAPAK RUMAH = RM 95,000.00
——————————————————————————–
JUMLAH KESELURUHAN = RM 288,500.00
========================================
HARGA YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU = RM 320,000.00
HARGA BUNGALOW TERSEBUT = RM 288,500.00
——————————————————————————-
MAKA KEUNTUNGAN PEMAJU = RM 31,500.00
==============================================

SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA/ANDA SEBAGAI KONTRAKTOR UNTUK KENALAN ANDA….

HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00

Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.

Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika seperti bungalow kadar harganya adalah RM21 atau RM22/ft2. Ambo andaikan RM22/ft2

Maka harga upah tukang rumah bagi luas lantai yang berdinding adalah

RM22 x 1400ft2 = RM30,800.00

Bagi carporch, varendah dll. kadar upah adalah RM14/ft2
maka upahnya adalah RM14 x 250 = RM 3,500.00
Upah bina pagar RM 6,000.00
Oleh itu RM30,800.00
+RM 3,500.00
+RM 6,000.00
_________________________
RM40,300.00

Lain-lain kerja/kos yang berkaitan:-
Upah kerja mengecat————pukal———————RM2,500.00
Upah pasang jubin lantai dan dinding—per ft2 dan pukal—-RM3,500.00.00
Pintu Sliding (pemasangan + bahan)———-pukal—————–RM1,700.00
Kerja letrik (kerja pendawaian + barang + deposit TNB)——RM6,000.00
kerja paip (kerja pemasangan + barang + deposit JBA)—-pukal———–RM4,000.00
Sewa mesin pengorek tanah (backhoe)——-anggaran——RM2,000.00
Mesin pembancuh konkrit————-RM400/bulan———-RM2,400.00
Kos luar jangka——————-anggaran—————–RM1,000.00
Kos pengurusan———————————-anggaran———————————RM2,000.00

__________________________________________________________
JUMLAH LAIN-LAIN KOS YANG BERKAITAN = RM25,100.00
=========================================================

SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA….HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00. Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal dengan tukang rumah.

Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika seperti imej bungalow di atas kadar KOS UPAH TUKANG KESELURUHAN + BEKALAN LETRIK DAN AIR

RM40,300.00 + RM 25,100.00 = RM65,400.00

SECARA ASASNYA KOS PEMBINAAN RUMAH DIPECAHKAN KEPADA 3 PERKARA IAITU:-
BAHAN BINAAN———————–1/3
UPAH TUKANG/PEKERJA——–1/3
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR—1/3
KIRAAN HARGA KONTRAKTOR ADALAH RM 193,500.00
TOLAK UPAH TUKANG / PEKERJA RM 65,400.00
_______________________
= RM 128,100.00

ANGGARAN KOS BAHAN BINAAN DAN KEUNTUNGAN KONTRAKTOR
RM 128,100.00 / 2 = RM64,050.00

MAKA RINGKASAN ANGGARAN KOS BAGI PEMBINAAN RUMAH BUNGALOW
KOS BAHAN BINAAN =RM64,050.00

KOS UPAH TUKANG/PEKRJA =RM65,400.00
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR =RM64,050.00
________________________________
RM 193,500.00
=============================

Daripada Analisa Kos Pembinaan Rumah Bungalow di atas didapati keuntungan yang diperolehi oleh kontraktor yang anda lantik adalah RM64,050.00. Jadi kenapa anda tidak berminat untuk membina rumah sendiri ataupun menjadi kontraktor binaan untuk mengurus dan membina rumah orang lain..

*Terima kasih kpd Putera Farid kerana sudi bkongsi info bguna ini.. via budakhutankampung.

sumber: om-fabulous.blogspot.com

Thu Dec 4, 2014 5:55 pm (PST) . Posted by:

Terutamanya orang Melayu... merempat dibumi sendiri



From: "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]"
<automobil@yahoogroups.com>
To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>,
Date: 05/12/2014 08:12 AM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Ramai Rakyat
Malaysia Tidak Mampu Membeli Rumah
Sent by: automobil@yahoogroups.com





Ramai Rakyat Malaysia 'Sangat Tidak Mampu' Untuk Membeli Rumah Rupanya...
telokbakong.blogspot.
penpasksgb.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
darisungaiderhaka.blogspot

Kalau Kerajaan yang ada tidak berusaha untuk mengawal atau mengekang
kenaikkan harga rumah yang semakin menggila diseluruh Malaysia ini.. tak
mustahil di masa akan datang kita akan menyaksikan ramai rakyat Malaysia
yang menjadikan bawah jambatan dan jejambat sebagai tempat tinggal
mereka.. percayalah..

The Malaysian Insider melaporkan..

Antara rumah paling mahal di Malaysia ialah di Sabah, menurut satu badan
pemikir, yang mendapati purata harga rumah di negeri Borneo itu 11 kali
lebih tinggi berbanding median pendapatan tahunan keluarga iaitu RM34,320.

Ini disusuli Sarawak dan Kuala Lumpur, kata Institut Rakyat, menggunakan
data suku keempat 2012 yang dibekalkan sumber rasmi.

Pengarah Eksekutif Institut Rakyat Yin Shao Loong berkata, pada amnya,
rumah di Sabah dua kali lebih mahal daripada median kebangsaan harga
rumah, iaitu RM251,731.

Di Sarawak, purata harga rumah adalah RM330,594 sedangkan purata
pendapatan isi rumah tahunan hanya RM36,564. "Sabah dan Sarawak dibelenggu
pendapatan isi rumah yang rendah serta harga rumah yang jauh lebih tinggi
daripada purata nasional, dengan purata harga yang boleh menandingi
Selangor," kata Yin dalam satu kenyataan hari ini.

Purata harga rumah di Kuala Lumpur adalah RM576,991 tetapi median
pendapatan isi rumah tahunan di bandaraya itu hanya RM70,164 atau RM5,847
sebulan.

Badan pemikir yang berkait dengan PKR itu membuat rumusan, rumah di
ketiga-tiga negeri itu jauh di luar kemampuan berdasarkan Indeks Kemampuan
Perumahan, selepas mengambil kira data sumber rasmi dan membuat
perbandingan purata pendapatan isi rumah di peringkat negeri dengan median
harga rumah setiap negeri pada akhir 2012.

Ketiga-tiga negeri itu disusuli Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, iaitu
negeri di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat (PR).

"Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan ditempatkan di tangga keempat, kelima
dan keenam sebagai negeri di mana rumah paling di luar kemampuan.

"Negeri ini mempunyai peluang membezakan mereka daripada kerajaan pusat
dengan menjadikan pemilikan rumah dalam kemampuan golongan berpendapatan
rendah dan sederhana," kata Yin.

Harga rumah di Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Perlis dan Johor pula
dikatergorikan sebagai "terlalu di luar kemampuan". Hanya Negeri Sembilan
dan Melaka, dikategorikan sebagai "di luar kemampuan tahap sederhana".

"Bagaimanapun, purata harga rumah di negeri ini masih menjangkau 3 kali
ganda median pendapatan isi rumah tahunan masing-masing," katanya.

Harga rumah 3 kali ganda median pendapatan isi rumah tahunan disifatkan
sebagai tidak mampu milik.

Pada 2012, median pendapatan isi rumah tahunan adalah RM43,512.

Yin berkata, menjelang akhir 2012, purata harga rumah adalah 5.79 kali
pendapatan tahunan median isi rumah di Malaysia.

Menjelang suku pertama 2014, Index Kemampuan Perumahan kebangsaan
bertambah baik kepada 5.52, tetapi Yin berkata ia masih meletakkan rumah
di Malaysia jauh di luar kemampuan jika menurut piawai antarabangsa.

Masalah golongan berpendapatan sederhana

Berdasarkan data sama, Yin berkata median pendapatan isi rumah pada enam
bulan pertama tahun ini ialah RM4,258 sebulan.

Katanya, sebuah rumah mampu milik bagi keluarga berpendapatan sederhana
sepatutnya berharga RM153,000 ke bawah.

Ia mestilah sekurang-kurangnya 800 kaki persegi dengan tiga bilik tidur,
tetapi Yin berkata rumah sebegini amat sedikit bilangannya.

Katanya, purata harga rumah meningkat lebih dua kali ganda dari tahun 2000
sehingga awal tahun ini, dan sementara ia merupakan berita baik bagi
pemilik rumah yang sekarang mendapat nilai lebih tinggi bagi hartanah
mereka, masih ada 27.2% daripada rakyat Malaysia yang tidak memiliki
rumah.

"Kerajaan mengadakan beberapa skim bagi menyediakan lebih banyak rumah
mampu milik kepada golongan berpendapatan rendah. Bagaimanapun, pilihan
yang diwujudkan bagi golongan pertengahan bermutu rendah," katanya.

Beliau membandingkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) oleh
Putrajaya dengan skim Rumah Selangorku, dan mendapati program Selangor itu
lebih "mampu milik."

Dalam menentukan kriteria rumah mampu milik PR1MA berada dalam lingkungan
tiga kali ganda pendapatan tahunan, Institut Rakyat mendapati, sesebuah
isi rumah dengan pendapatan RM2,500 sebulan perlu membayar RM90,000 ke
bawah bagi sebuah rumah mampu milik, manakala mereka yang berpendapatan
RM10,000 sebulan perlu bayar RM360,000.

"Oleh itu, kami dapati harga rumah PR1MA lebih tinggi sekurang-kurangnya
11%," katanya.

PR1MA diwujudkan pada 2012 bagi memberi peluang pemilikan rumah kepada isi
rumah berpendapatan sederhana antara RM2,500 dan RM10,000 sebulan. Harga
hartanahnya ialah antara RM100,000 dan RM400,000.

Putrajaya bagaimanapun terpaksa mengubah kriteria kelayakan daripada
pendapatan minima RM7,500 kepada RM10,000 seperti diumumkan Bajet 2015,
yang menurut Yin menunjukkan Putrajaya mengakui harga rumah kelas atas
PR1MA terlalu tinggi.

Sebaliknya, Yin berkata skim Rumah Selangorku di bawah Perbadanan Kemajuan
Negeri Selangor (PKNS) lebih mampu dimiliki pada harga RM250,000 bagi
mereka yang berpendapatan RM8,000 sebulan pada hanya 2.6 kali pendapatan
isi rumah tahunan.

Sistem penggajian lebih baik

Yin berkata kemampuan perumahan ialah faktor yang menentukan kedua-dua
harga rumah dan kuasa membeli isi rumah.

Sementara kebanyakan tumpuan Putrajaya ialah terhadap usaha mengawal harga
rumah, hasilnya setakat ini bercampur-campur dan usaha menambah pendapatan
'tidak bermaya.'

Beliau membuat perbandingan dengan Thailand dan Korea Selatan di mana
gajinya meliputi lebih 60% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), bermakna
pekerja menyumbang lebih banyak kepada kekayaan negara.

Di Malaysia, gaji meliputi hanya 33.6% dari KDNK pada 2013, dan Putrajaya
hanya mensasarkan kenaikannya kepada 40% menjelang 2020.

"Pertumbuhan gaji tidak memberangsangkan. Pada 1971, gaji meliputi 33.8%
daripada KDNK, tidak jauh beza dengan hari ini. Sebaliknya, peratusan KDNK
dibawa pulang sektor korporat meningkat daripada 51.7% pada 1971 kepada
64.2% pada 2013," katanya.

Beliau berkata gaji orang perseorangan tidak bertambah sejajar dengan
kenaikan harga rumah. Pada masa purata harga rumah naik 11.8% antara 2011
dan 2012, gaji median pula hanya tumbuh 7.7%.

"Sementara kerajaan pusat dan negeri perlu terus memberi tekanan supaya
harga rumah terus turun, kerajaan persekutuan perlu berusaha menaikkan
gaji bagi menutup jurang antara keadaan pasaran dan keinginan rakyat
Malaysia memiliki rumah sendiri."


Tapi.. macai tak kisah.. sebab macai boleh tumpang kandang ternakan NFC
tu...


RUMAH MAMPU MILIK HANYA BERHARGA RM600!!!
idahsalam.blogspot
pkrl.blogspot

Bukan nak hina abang ini hanya mampu membina rumah sedemikian, sedangkan
perit untuk membayar sewa baik buat rumah ala kadar, mungkin juga dapat
untuk menampung kos harian dari membayar sewa.....

Ini kira lebih baik dari yang bergelandangan di bandar2 besar....


Bina rumah berdindingkan buluh


Che Isa menyiapkan lantai rumahnya di Kampung Banir Belikong, Selising.

PASIR PUTEH - Seorang bapa terpaksa membina sendiri rumah daripada buluh
dan batang pokok gelam kerana tidak mampu membayar sewa rumah RM350
sebulan akibat kesempitan hidup.

Walaupun rumah dibina di Kampung Banir Belikong, Selising dekat sini, agak
daif, ia tetap akan menjadi tempat perlindungan empat sekeluarga itu
kerana tidak mempunyai pilihan lain.

Che Isa Che Daud, 43, berkata, keluarganya bernasib baik kerana masih ada
tanah milik ibunya untuk dia membina rumah tersebut.

"Saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak mampu lagi membayar sewa
rumah, akhirnya saya memilih membina rumah sendiri sejak sebulan lalu.

"Saya mengeluarkan perbelanjaan RM600 untuk membeli atap nipah, bahan lain
terutama buluh dan pokok gelam saya cari sendiri," katanya.

Dinding rumah dibuat daripada batang buluh yang dipecah-pecahkan,
sementara tiangnya daripada batang pokok gelam.

Ketika ini Che Isa menyiapkan lantai konkrit yang dibuat secara
berperingkat kerana tidak mampu membeli simen dalam jumlah banyak dalam
satu masa.

Che Isa bersama isteri, Maskah Awang, 35, dan tiga anak berusia 2 bulan,
18 dan 20 tahun serta seorang lagi anak saudara yang dipelihara berusia 18
tahun akan menghuni rumah berkenaan dalam masa terdekat.

Che Isa berkata, dia belum memikirkan kemudahan lain untuk rumah tersebut
seperti tandas dan bilik air.

"Yang penting saya siapkan rumah ini cepat supaya keluarga dapat
berlindung dan berharap ada pihak dapat membantu meringankan beban saya
sekeluarga," katanya.

Orang ramai mahu membantu boleh menghubungi jiran mereka, Aziz Halim
menerusi talian 0111-4943100.




Kepada yang bercadang nak buat rumah ......tetapi tiada modai.....hangpa
boleh kutip palet2 kayu terbuang buat macam gambar diatas.....apa macam

Ramai Rakyat Malaysia 'Sangat Tidak Mampu' Untuk Membeli Rumah......



Kalau Kerajaan yang ada tidak berusaha untuk mengawal atau mengekang
kenaikkan harga rumah yang semakin menggila diseluruh Malaysia ini.. tak
mustahil di masa akan datang kita akan menyaksikan ramai rakyat Malaysia
yang menjadikan bawah jambatan dan jejambat sebagai tempat tinggal
mereka.. percayalah..

[EKSKLUSIF] Berapa Kos Untuk Bina Sebuah Rumah Hari Ini? | Sebenarnya
Sangat Murah
bloglist-malaysia.blogspot
queachmad.com
by Que Achmad

Harga rumah memang tak pernah turun dan kenaikannya semakin membimbangkan
ramai generasi muda terutama yang baru tamat pengajian universiti, baru
mula bekerja dan berkahwin.



Persoalannya, berapa sebenarnya harga kos utk membina sebuah rumah?

Jawapan :

Ambil contoh rumah bungalow yang ditawarkan oleh Pemaju Perumah , Harga
rumah bungalow antara RM266k ~ RM419k. Harga purata : (266 + 419) / 2 =
RM342.5k. Maka Harga Rumah Bungalow yang sederhana dari segi keluasan dan
rekabentuk adalah RM 342,000.00 sebuah. Tetapi kita andaikan lebih rendah
iaitu = RM320.000.00 sebuah

Kadar Harga Kontraktor per kaki persegi antara RM105 ~ RM125. Ini adalah
harga standard bagi sebuah banglo. Andaikan RM110 per ka persegi. Sekadar
contoh ambo ambil keluasan 1650ft2 termasuk porch

Luas lantai = 1400 ft2, Maka Harga bagi luas lantai kawasan yang
berdinding (build up area) adalah RM110 x 1400ft2 = RM154,000.00. Kawasan
yang tidak berdinding spt porch, varendah dll.

Gross area 1650ft2 – build up area 1400ft2 = 250ft2

Bagi kawasan yang tidak berdinding harga standard sekitar RM65 ~ RM75per
ft2. Andaikan RM70/ft2, Maka harganya adalah RM70 x 250ft2 = RM17,500.00.
Kos pembinaan rumah tidak termasuk pagar = RM154,000.00 + RM17,500.00 =
RM171,500.00

Kos pembinaan pagar batu-bata diikat setinggi 600mm dan disambungkan dgn.
pagar berangkai (chain link) setinggi 900mm termasuk pre cast tiang pada
setiap 3.0meter. = RM 22,000.00

KOS PEMBINAAN BUNGALOW RM 171,500.00

KOS PEMBINAAN PAGAR + RM 22,000.00
_____________________________________________
HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00
NILAI TANAH TAPAK RUMAH = RM 95,000.00
——————————————————————————–
JUMLAH KESELURUHAN = RM 288,500.00
========================================
HARGA YANG DITAWARKAN OLEH PEMAJU = RM 320,000.00
HARGA BUNGALOW TERSEBUT = RM 288,500.00
——————————————————————————-
MAKA KEUNTUNGAN PEMAJU = RM 31,500.00
==============================================

SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA
MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA/ANDA SEBAGAI KONTRAKTOR UNTUK
KENALAN ANDA….

HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00

Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal
dengan tukang rumah.

Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika
seperti bungalow kadar harganya adalah RM21 atau RM22/ft2. Ambo andaikan
RM22/ft2

Maka harga upah tukang rumah bagi luas lantai yang berdinding adalah

RM22 x 1400ft2 = RM30,800.00

Bagi carporch, varendah dll. kadar upah adalah RM14/ft2
maka upahnya adalah RM14 x 250 = RM 3,500.00
Upah bina pagar RM 6,000.00
Oleh itu RM30,800.00
+RM 3,500.00
+RM 6,000.00
_________________________
RM40,300.00

Lain-lain kerja/kos yang berkaitan:-
Upah kerja mengecat————pukal———————RM2,500.00
Upah pasang jubin lantai dan dinding—per ft2 dan pukal—-RM3,500.00.00
Pintu Sliding (pemasangan + bahan)———-pukal—————–RM1,700.00
Kerja letrik (kerja pendawaian + barang + deposit TNB)——RM6,000.00
kerja paip (kerja pemasangan + barang + deposit JBA)—-pukal———–RM4,000.00
Sewa mesin pengorek tanah (backhoe)——-anggaran——RM2,000.00
Mesin pembancuh konkrit————-RM400/bulan———-RM2,400.00
Kos luar jangka——————-anggaran—————–RM1,000.00
Kos pengurusan———————————-anggaran———————————RM2,000.00

__________________________________________________________
JUMLAH LAIN-LAIN KOS YANG BERKAITAN = RM25,100.00
=========================================================

SEKARANG AMBO TUNJUKKAN BERAPA BANYAK DUIT YANG DAPAT ANDA JIMATKAN JIKA
MENGURUS SENDIRI PEMBINAAN RUMAH ANDA….HARGA KONTRAKTOR = RM 193,500.00.
Jika nak mengurus sendiri pembinaan rumah anda kena cari dan direct deal
dengan tukang rumah.

Kadar Harga semasa tukang rumah adalah sekitar RM18 ~ RM24 per ft2. Jika
seperti imej bungalow di atas kadar KOS UPAH TUKANG KESELURUHAN + BEKALAN
LETRIK DAN AIR

RM40,300.00 + RM 25,100.00 = RM65,400.00

SECARA ASASNYA KOS PEMBINAAN RUMAH DIPECAHKAN KEPADA 3 PERKARA IAITU:-
BAHAN BINAAN———————–1/3
UPAH TUKANG/PEKERJA——–1/3
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR—1/3
KIRAAN HARGA KONTRAKTOR ADALAH RM 193,500.00
TOLAK UPAH TUKANG / PEKERJA RM 65,400.00
_______________________
= RM 128,100.00

ANGGARAN KOS BAHAN BINAAN DAN KEUNTUNGAN KONTRAKTOR
RM 128,100.00 / 2 = RM64,050.00

MAKA RINGKASAN ANGGARAN KOS BAGI PEMBINAAN RUMAH BUNGALOW
KOS BAHAN BINAAN =RM64,050.00

KOS UPAH TUKANG/PEKRJA =RM65,400.00
KEUNTUNGAN KONTRAKTOR =RM64,050.00
________________________________
RM 193,500.00
=============================

Daripada Analisa Kos Pembinaan Rumah Bungalow di atas didapati keuntungan
yang diperolehi oleh kontraktor yang anda lantik adalah RM64,050.00. Jadi
kenapa anda tidak berminat untuk membina rumah sendiri ataupun menjadi
kontraktor binaan untuk mengurus dan membina rumah orang lain..

*Terima kasih kpd Putera Farid kerana sudi bkongsi info bguna ini.. via
budakhutankampung.

sumber: om-fabulous.blogspot.com


Thu Dec 4, 2014 7:03 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kerana Guna Plat Kenderaan MOMMY Ibu Shaheizy Sam Disaman
telokbakong.blogspot.
kachipemas.blogspot
Posted by Abu Luqman

Kerana Guna Plat Kenderaan MOMMY Ibu Shaheizy Sam Disaman

Agak kreatif pengolahan plat kenderaan MCM 1774 yang dilakukan ke atas kereta mewah Audi A5 yang dihadiahkan Shaheizy Sam kepada ibunya, pelakon Khaty Fauziah.

Tetapi undang undang tetap undang undang2kan? Berita Harian hari ini melaporkan yang pelakon itu telah disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika memandu kenderaan itu di Lebuhraya DUKE baru baru ini kerana plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi.

"Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Tiada hak istimewa kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas"

"Mummy akan meminta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi," ujar Khaty mengulas.

Buat anda yang masih menggunakan plat kenderaan penuh kreatif nampaknya boleh menukar ke spesifikasi yang telah ditetapkan, siapa tahu bila pula giliran anda terserempak dengan pegawai JPJ, kalau terlambat tiada guna menyesal

Thu Dec 4, 2014 7:58 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Video pemandu teksi dibelasah polis bantuan tersebar
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Satu rakaman video yang menunjukkan dua anggota polis bantuan dan seorang pemandu teksi bergaduh, tersebar luas di laman sosial Facebook.

Video selama satu minit dua saat itu dipercayai dirakamkan sewaktu kejadian itu dipercayai berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, di Johor Bahru.

Difahamkan, video itu mula tersebar, selepas dimuat naik ke laman sosial Facebook The Real Singapore dan dalam tempoh satu jam, ia sudah dikongsi hampir 626 pengguna laman sosial tersebut.

Berdasarkan penelitian The Rakyat Post, kedua-dua anggota polis itu dilihat menumbuk dan kemudiannya menendang pemandu teksi berkenaan.
Pergaduhan itu akhirnya dileraikan seorang anggota polis trafik yang tiba di lokasi kejadian bersama seorang pemandu teksi lain.

Maklum balas daripada orang awam ternyata kurang senang dengan kejadian itu, sehingga ada di antara mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kedua-dua anggota polis berkenaan.

Daeng Jonet berpendapat: "Apa pun kesalahan taxi driver…tak kan lah sampai bertumbok…awak pakai uniform…malu lah!!!!!!

Manakala Jay Chen Well pula berkata: "Whatever it is, policemen or civil servant to keep peace and not fight in the public. Shame sial." (Apa pun yang berlaku, anggota polis atau penjawat awam bertanggungjawab menjaga keamanan dan bukannya bergaduh di khalayak ramai. Memalukan)

Sementara itu, Rahidah Angin pula berkata: "Need to know both side of the story, cannot blaming one side." (perlu tahu cerita kedua-dua belah pihak, tidak boleh salahkan satu pihak saja)

https://www.facebook.com/video.php?v=892455344132967&set=vb.416856241692882

- therakyatpost

VIDEO PERGADUHAN ANTARA POLIS SIMPANAN DAN PEMANDU TEKSI, ADAKAH RAKYAT MALAYSIA SEMAKIN TERTEKAN !!!
bloglist-malaysia.blogspot
pkrl.blogspot

Berbincang baik2 tak boleh ke..?? Jangan lah sampai begitu walaupun ada kuasa..!!!

SUMBER

Menurut seorang pengguna FB, Pergaduhan antara Polis Bantuan dgn Pemandu Teksi ini berlaku di CheckPoint Johor....

Rakaman video menunjukkan dua anggota polis bantuan dan seorang pemandu teksi bergaduh, yang dipercayai berlaku di CIQ, Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Satu rakaman video yang menunjukkan dua anggota polis bantuan dan seorang pemandu teksi bergaduh, tersebar luas di laman sosial Facebook.

Video selama satu minit dua saat itu dipercayai dirakamkan sewaktu kejadian itu dipercayai berlaku di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), Bangunan Sultan Iskandar, di Johor Bahru.

Difahamkan, video itu mula tersebar, selepas dimuat naik ke laman sosial Facebook The Real Singapore dan dalam tempoh satu jam, ia sudah dikongsi hampir 626 pengguna laman sosial tersebut.

Berdasarkan penelitian The Rakyat Post, kedua-dua anggota polis itu dilihat menumbuk dan kemudiannya menendang pemandu teksi berkenaan.

Pergaduhan itu akhirnya dileraikan seorang anggota polis trafik yang tiba di lokasi kejadian bersama seorang pemandu teksi lain.

Maklum balas daripada orang awam ternyata kurang senang dengan kejadian itu, sehingga ada di antara mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kedua-dua anggota polis berkenaan.

Daeng Jonet berpendapat: "Apa pun kesalahan taxi driver…tak kan lah sampai bertumbok…awak pakai uniform…malu lah!!!!!!

Manakala Jay Chen Well pula berkata: "Whatever it is, policemen or civil servant to keep peace and not fight in the public. Shame sial." (Apa pun yang berlaku, anggota polis atau penjawat awam bertanggungjawab menjaga keamanan dan bukannya bergaduh di khalayak ramai. Memalukan)

Sementara itu, Rahidah Angin pula berkata: "Need to know both side of the story, cannot blaming one side." (perlu tahu cerita kedua-dua belah pihak, tidak boleh salahkan satu pihak saja)

Read more: SINI
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: