Monday, December 29, 2014

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4096[1 Attachment]

5 Messages

Digest #4096

Messages

Sun Dec 28, 2014 7:23 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

EDISI DENGARILAH LAH JERITAN HATI RAKYAT .... IBU BAPA TERTEKAN HARGA KELENGKAPAN SEKOLAH MELAMBUNG.

omakkau.blogspot 

Posted by OMAK KAU!!!!

Menjelang musim persekolahan nak bermula, ibu bapa paling sibuk membeli-belah kelengkapan sekolah bagi anak-anak. Namun, mereka merungut kerana harga barangan naik mendadak dan peniaga pula bagaikan mengambil kesempatan.

Yang menghebohkan penderitaan, kesengsaraan, keperitan, keluhan dan rungutan rakyat ini ialah akhbar milik UMNO Berita Harian.

Sudah pasti penderitaan yang ditanggung rakyat itu sudah terlalu perit untuk ditanggung sehingga tidak sanggup lagi mendiamkan diri .. kesengsaraan yang sudah sampai kepada melebehi paras bahaya.

Ini belum lagi diambil kira tambang bas, yuran, dan duit saku harian dimana kini makanan dan minuman yang dijual dikantin-kantin sekolah pun sudah melambung naik juga.

Perlu diberi perhatian yang cuntas dan pantas bukannya kenyataan-kenyataan yang menambah sakit hati rakyat.

Jangan pula ada menteri berkata kalau rasa mahal sangat guna sahaja peralatan dan kelengkapan tahun lepas tanpa mengambil kira budak sekolah semakin membesar dan peralatan sekolah selalunya tidak tahan lama.

Menjelang musim persekolahan nak bermula, ibu bapa paling sibuk membeli-belah kelengkapan sekolah bagi anak-anak. Namun, mereka merungut kerana harga barangan naik mendadak dan peniaga pula bagaikan mengambil kesempatan.

Tinjauan wartawan BH di beberapa pusat beli-belah termasuk di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di ibu negara selain temubual dengan ibu bapa mendapati harga barangan kelengkapan sekolah meningkat sebanyak 10 hingga 15 peratus sekarang berbanding tahun lalu.

Contohnya, pakaian seragam pelajar sekolah menengah berharga sekitar RM32 sepasang bagi perempuan dan RM26 sepasang bagi lelaki manakala harga purata baju kurung dan kain pelajar perempuan sekitar RM64 sepasang.

Bagi pakaian seragam lelaki pula, harga sehelai seluar pelajar sekolah menengah mencapai RM43.90 sepasang belum termasuk baju kemeja dan kelengkapan lain yang rata-ratanya meningkat sehingga RM2 hingga RM5 sepasang.

Sun Dec 28, 2014 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KWSP NAFI TIDAK BERI BANTUAN KEMATIAN.

omakkau.blogspot

Posted by OMAK KAU!!!!

 

AUTA

Tersebar maklumat di internet dan aplikasi sosial mendakwa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak memaklumkan mengenai bantuan sebanyak RM2,500 yang diberikan kepada ahli keluarga pemegang akaun yang meninggal dunia.

Dalam pesanan itu mengatakan, hanya sedikit jumlah yang menerima bantuan RM2,500 kerana tidak ramai mengetahui mengenainya.

Pesanan yang disampaikan secara berantai itu, turut mempersoalkan ke mana pergi RM2,500 berkenaan jika tidak dituntut keluarga si mati.

"Di manakah RM 2,500 pergi apabila keluarga si mati itu tidak menuntut? Poket seseorang?

"Kita tidak tahu! Oleh itu, sila sampai maklumat ini kepada semua keluarga, saudara-mara, rakan sekerja dan rakan-rakan, biarkan mereka tahu tentang maklumat ini dan jangan lupa menuntut RM2500 apabila dalam keluarga mereka ada yang meninggal dunia," menurut mesej itu.

FAKTA

Persoalan mengenai bantuan kematian tersebut sudah dijelaskan KWSP sejak tahun lalu lagi di laman web mereka.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporatnya, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di laman web KWSP menafikan, agensi itu tidak memaklumkan tentang Bantuan Kematian KWSP.

Beliau berkata, Bantuan Kematian sebanyak RM2,500 akan dibayar kepada waris ahli sebagai tanda simpati bagi meringankan beban kewangan mereka mengikut syarat ditetapkan.

Syarat-syarat tersebut ialah warganegara Malaysia, ahli belum mencapai umur 55 tahun semasa kematian dan permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.

Dalam pada itu, katanya, Bantuan Kematian dibayar kepada waris ahli apabila permohonan Pengeluaran Kematian dibuat dan akan dimaklumkan kepada mereka.

"KWSP ingin menjelaskan bayaran Bantuan Kematian dibuat daripada pendapatan pelaburan KWSP dan bukan daripada simpanan ahli.

"Jika waris ahli tidak layak menerima Bantuan Kematian ini mengikut syarat-syarat yang ditetapkan, wang tersebut masih berada di KWSP dan diagihkan kepada semua ahli dalam bentuk dividen," katanya.

 

 

Sun Dec 28, 2014 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

EDISI HANYA DI MALAYSIA SAHAJA ... INILAH DINAMAKAN PEMBANGUNAN LESTARI.

omakkau.blogspot

Posted by OMAK KAU!!!!

Pembangunan menang menang .. lektrik dapat dan dalam masa yang sama jalan bertar pun dapat .. mana nak dapat macam ini punya pembangunan infrastruktur dan utiliti .. hanya di Malaysia.

Sun Dec 28, 2014 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Video: kes pemandu kereta ugut menggunakan parang di Desa Murni
bloglist-malaysia.blogspot
btmmari.blogspot
Written By canang

Video & Foto Lelaki Berparang Panjang Mengamuk Di Jalan Raya
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Beberapa keping gambar muncul di Facebook pagi ini memperlihatkan seorang lelaki yang kelihatan begitu marah melibas parang.

Kepada siapa dan di mana tidak diketahui.

Dari gambaran itu, lelaki berkenaan walaupun kelihatan macam tersenyum tetapi dia pastinya sangat marah untuk bertindak ke tahap berkenaan.

Apa puncanya tidak diketahui tetapi mesti ada sesuatu yang buat dia angin begitu sekali.

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Dec 28, 2014 7:35 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kerajaan Kantoi Kaw2 - Ini Iklan Kerajaan Kononnya Teksi Dikecualikan Dari GST.
telokbakong.blogspot

amenoworld.net

Fak.

Salam jari tengah untuk Barisan Nasional dan kepimpinan Najib Razak termasuk menteri2 di bawahnya. Sesi fak ini berlaku disebabkan kerajaan BN telah kantoi habis dengan rakyat Malaysia melalui iklan GST.

Apa yang berlaku?

Kronologi kejadian.

Baru2 neh telah disahkan bahawa pemandu teksi akan dikenakan GST. GST akan dikenakan ke atas bayaran sewa. Maksudnya begini.

A ialah pemandu teksi.

A menyewa teksi.

A perlu membayar sewa teksi secara harian ketika bekerja membawa teksi kepada syarikat yang menawarkan perkhidmatan sewa teksi.

A dikenakan GST ke atasnya oleh kerajaan kerana A bekerja sebagai pemandu teksi iaitu individu yang menawarkan perkhidmatan teksi (pengangkutan) ke atas orang lain.

Dalam erti kata lain, disebabkan A 'membeli perkhidmatan' dari syarikat yang menawarkan perkhidmatan teksi, maka A di GST kan oleh kerajaan.

A dikenakan GST kerana memilih untuk bekerja sebagai pemandu teksi. Menjadi pemandu teksi melayakkan anda dikenakan GST. Disebabkan oleh GST itu maka selain dari sewa harian / bulanan / tahunan, A juga perlu mengeluarkan perbelanjaan tambahan bagi menampung pembayaran GST.

Sewa + GST = jumlah yang perlu A fikirkan setiap hari.

Bagaimana dengan minyak? Tol? Untung? Simpanan untuk maintain kenderaan? Kos selenggara?

Nampak? Nampakk?

Jika syarikat yang menawarkan perkhidmatan teksi sewa menaikkan kadar sewa maka jumlah bayaran untuk GST juga akan meningkat.

Nampak? Nampakk?

Oleh kerana GST akan menyebabkan perbelanjaan tambahan ke atas pemandu2 teksi maka tiada jalan lain lagi untuk pemandu teksi menaikkan kadar tambang bagi menampung aka menyerap pertambahan kos yang perlu dikeluarkan oleh mereka.

Nampak? Nampakk?

Dan tengokla iklan kerajaan tentang GST ini.

Memang pengguna tak perlu membayar GST kepada pemandu2 teksi setiap kali menaiki teksi. Namun. Pengguna akan terpalit dengan GST apabila pemandu teksi menaikkan caj perkhidmatan mereka disebabkan pemandu teksi dikenakan GST oleh kerajaan ke atas mereka.

Maka. Secara tak langsungnya. Kerajaan telah menipu dan manipulate rakyat Malaysia dengan iklan2 GST mereka. Kalau kita mahu, kita boleh berbincang dengan peguam2 pro rakyat untuk SAMAN kerajaan sebab telah memanipulasikan pemikiran kita melalui iklan2 GST yang terserlah kebohongannya.

Lihat lagi ;

Menerusi iklan neh, kerajaan kata bill2 perubatan tidak akan dikenakan GST. Memang betul bil2 perubatan tidak akan dikenakan GST tapi ubat2an antara yang tertakluk dengan GST dan kos perubatan akan meningkat dengan GST sebab sesetengah perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka tertakluk kepada pembayaran GST kepada kerajaan.

Walaupun dalam bil2 hospital atau klinik tak stated GST 6% kepada pesakit namun, kadar ataupun caj perubatan itu akan meningkat bagi menyerap pertambahan kos akibat pengenalan GST tadinya.

Nampak?

Nampakk?

Iklan2 pemanipulasian macam neh iklan2 yang memperbodohkan umat dan menipu. Sebijik macam syarikat2 yang buat iklan menipu macam iklan ubat kurus. Artis kurus jadi model syarikat yang jual ubat kurus. Iklan ubat putih. Artis putih untuk iklan ubat putih. Cuba kau amek Rosmah Mansur jadi model kau. Bagi dia makan ubat kurus. Dia kurus ke tak dengan ubat2 kau tue. Ataupun kau jadikan Ning Baizura ka ataupun Dayang Nurfaizah model iklan ubat putih kau. Tengok depa boleh putih tak dengan product2 kau. Tak faham aku dengan wanita2 bodoh yang obses dengan iklan2 bebalisme macam tue. Daripada buang duit beli product2 menyetan macam tue baik kau beli satu alat senaman + mp3 + headphone = bersenam 1 jam samada dengar lagu atau tengok tv. Lagi ada faedah. Kalau aku jadi kerajaan, iklan2 dari syarikat2 yang jual ubat kurus ubat putih ubat jerawat ubat cantik neh aku ban laju2 dulu. Sebab aku meluat tengok perempuan banyak kena tipu. Lelaki jarang dijadikan mangsa sebab lelaki memang sukar kena tipu dengan syarikat2 macam neh. Ini pun perempuan2 sewel + gila tue tak sedar2 lagi.

Hehe.

Oke sesi tersasar dari landasan dah habis. Kerajaan takan ban syarikat2 penipu macam tue sebab kerajaan pun tipu rakyat dengan manipulate minda rakyat melalui iklan2 penipu macam contoh yang aku berikan di atas.

Ini iklan bodoh kerajaan. Segala2nya dalam iklan neh pembohong. Sama macam piem kau le.

Fak kerajaan. You go dai.

Bai.

Comments
Prince Noob
yang buat iklan2 ni pun bukannya pikir panjang pun

Coom

Cam ni la...
pembeli budu memang tak ada gst. tapi penjual budu beli botol kosong kena gst. Jadi kos mengeluarkan budu akan meningkat. Secara tak langsung penjual budu akan naikkan harga cumanya kenaikan itu bukan ditulis dalam bentuk gst..... Tapi kan, harga budu akan tetap naik sebab penjual budu nak menyerap kos gst semasa membeli botol. Itu tak masuk lagi kos perkhidmatan menyewa lori dll.

nampak?
Nampak tak?

hih hih.....

labukau

Maknanya, bila satu benda tertentu dikenakan gst, semua benda yang berkaitan dengannya akan turut naik harga walaupun bukan dalam bentuk gst!

Yang ni mamat mazlan tak cerita......

Ahmad

Mustahil...mustahil!
Kalau simin, batu, kayu, pasir, besi, tile, genting, cat, aluminium dll kena GST, takkan harga rumah semakin turun!!! Makin sengsara hidup kita weh....

Ahmad

Kalu bole bior ler belanja kawin dan mas kawin pun kenakan GST sekali.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: