Tuesday, January 19, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4375

9 Messages

Digest #4375

Messages

Mon Jan 18, 2016 7:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Anak Azmil Mustapha Sahkan Bapanya Kini Sedang Tenat

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Anak kepada pelakon Azmil Mustapha yang terkenal era 80an, Syamira, mengesahkan yang ayahnya kini sedang tenat dirawat di hospital Putrajaya akibat sakit jantung.

Memetik laporan Berita Harian, Syamira mengatakan doktor telah memaklumkan keadaan ayahnya kini sedang kritikal.

Pengesahan Syamira itu sekaligus menjawab status di laman Facebook bapa saudaranya yang memuatnaik status mengenai kesihatan Azmil yang popular era 80an itu.

Hari ini, netizen dikejutkan dengan penyebaran status Facebook adik Azmil yang dikenali sebagai Aziph yang mendakwa abang sulungnya itu dimasukkan ke Unit Rawatan Kardiac, Hospital Putrajaya, sejak semalam kerana sakit jantung.

Aziph mendakwa ketika ini, abangnya masih tidak stabil.

"Pada awalnya, keadaan abang okay sehinggalah jam 4 petang semalam dia mula mengadu sakit di bahagian dada. Doktor juga tak dapat mengesahkan sama ada dia kena serangan jantung.

"Pihak hospital akan berusaha sehabis baik untuk mengubatinya," katanya dalam status itu.

Ketika zaman kegemilangannya. Azmil membintangi banyak filem box office seperti Mekanik, Ali Setan dan Suara Kekasih. - Siakapkeli.my

Profile

Aziph Mustapha added a new photo to the album: @aziph Instagram Photos.
Public Figure · 859 Likes
· January 14 at 3:49pm ·
Early yesterday morning 14 Jan 2016, my eldest brother Hj Mohd Azmil Mustapha (Abang) was admitted to the Cardiac Care Unit at Hospital Putrajaya. He was weak and his heart was not functioning optimally. At that time he was coherent, chatty and quite cheerful. After ensuring he was ok in the hospital, I went to work, and that same afternoon caught a flight to Langkawi. At about 4pm Abang complained of severe chest pains. The doctors can't confirm a heart attack occurred, but because of his condition they decided to fully sedate him and place him on a respirator. The hospital then called family members to come to the hospital (apparently this is SOP when a patient is on life support for whatever reason.) I arrived back from Langkawi at about 10pm. It was distressing you see your once strong big bro lying there on life support. His vital signs were strong at that time. I managed to speak with his anaesthetist, and the good doctor told me that today (15.1.2016), the CCU team will attempt to wean Abang off the sedatives and reduce his reliance on the meds and machines that are stabilizing him. This is a very critical and dangerous time. Please continue to pray for Abang Azmil Mustapha and send good vibes. By God's grace, he will get better. If that is what the Almighty has planned for him. Aziph Mustapha 15.01.2016 7am ‪#‎prayforazmilmustapha‬ http://ift.tt/1ZnVx60

Doakan!!! Pelakon 'Ali Setan', Azmil Mustapha Tenat Di Hospital Putrajaya.. Moga Beliau Diberi Kesembuhan..
bloglist-malaysia.blogspot
sedakasejahtera.blogspot

Azmil Mustapha kini berada dalam keadaan kritikal selepas mengadu sakit dada kira-kira pukul empat petang semalam.

PETALING JAYA: Pelakon yang terkenal menerusi filem 'Ali Setan' iaitu Azmil Mustapha dilaporkan dalam keadaan tenat akibat sakit jantung.

mStar Online dimaklumkan pelakon era 80-an itu kini berada di Unit Rawatan Kardiologi, Hospital Putrajaya dekat sini sejak Khamis lalu.

Adik kepada Azmil iaitu Aziph Mustapha menerusi status di laman Facebook miliknya memberitahu abangnya mengadu sakit di bahagian dada kira-kira pukul empat petang Khamis sebelum dikejarkan ke hospital.


"Sebelum mengadu sakit dada kira-kira pukul 4 petang dia berada dalam keadaan baik," katanya.

Menurutnya lagi, keadaan Azmil ketika ini masih tidak stabil dan pihak doktor juga belum mengesahkan keadaan sebenar abangnya ketika ini.

Menurut status itu lagi, Azmil yang juga Ketua Pewagai Ekskutif, Yayasan Inovasi Malaysia kini berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selain menggunakan alat bantuan hayat.

"Ia sangat menyedihkan apabila melihat orang yang kita sayang terbaring di atas katil dengan alat bantuan hayat.

"Sekarang adalah masa yang sukar dan berharap semua dapat mendoakan kesejahteraan abang saya," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 18, 2016 7:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ini Faizal..Jadilah Seperti Faizal..

siakapkeli.my

Nama seorang anak muda, Ahmad Faizal Murtadza mula menjadi sebutan apabila kisahnya seorang "runner" sepenuh masa dikeluarkan oleh portal The Malaysia Insider.

Menerusi wawancara oleh portal tersebut, Faizal menceritakan kisahnya sebagai runner yang bermula pada setahun lalu dan biarpun dia beberapa kali ditawarkan kontrak puluhan ribu ringgit untuk menguruskan penghantaran barangan termasuk dari syarikat besar, Faizal memilih untuk menolak tawaran tersebut kerana dia mahu mengekalkan niat asalnya untuk menjadi runner, iaitu untuk membantu mereka yang memerlukan.

Lebih menarik, Faizal juga tidak meminta sebarang upah tetap dalam pekerjannya, tapi hanya mengenakan "upah seikhlas hati". Biarpun begitu, Faizal tetap gembira dan berpuas hati dengan pendapatannya kerana dapat membantu mereka yang memerlukan.

Menceritakan kisahnya kepada The Malaysia Insider, Faizal kelihatan teruja untuk menceritakan pengalamannya sebagai runner untuk menghantar barangan, antaranya bunga, kek, makanan, dan binatang peliharaan dengan menggunakan sebuah motosikal, Honda Wave 125cc.

Ahmd Fzl added 5 new photos — with Ahmad Fadzli and 2 others.
a.. Shah Alam, Malaysia
· 21,509 followers
· January 12 at 9:12pm ·
kawan minta tolong ambilkan lauk ikan patin masak tempoyak dan hantar ke KL, apa yg saya tertarik dengan bro ni, dia rajin berusaha dan membantu ibunya berniaga. bapa bro ni meninggal 2 bulan lps, motor kena tarik masa di hospital. tp beliau tetap gigih dan rajin menghantar masakan ibunya kerumah client sekitar shah alam. makanan alhamdulillah sedap gila. siapa orang pahang atau negeri lain minat dengan ikan patin masak tempoyak boleh cuba rasa. hubungi beliau

017 - 272 9699 - Ali

‪#‎supportbeliayangrajin‬

1,002 Likes · 168 Comments · 227 Shares

"Ada syarikat besar yang menawarkan saya kontrak untuk menjadi pihak pengurusan penghantaran produk mereka, siap dengan pejabat dan kerani.

"Mula-mula kelabu juga mata saya, tetapi selepas berbincang dengan ibu bapa dan keluarga, saya memilih menolak tawaran mereka.

"Syarikat itu kata, saya tidak perlu buat 'runner' sana sini, duduk sahaja, tapi tak 'syok'. Saya minat berjumpa orang. Saya boleh motivasikan diri. Saya kena kerja keras," katanya.

"Ayah saya mengingatkan saya tentang niat asal saya membantu mereka yang mahukan pertolongan dan perkhidmatan," katanya.

Ahmd Fzl added 2 new photos.
a.. Shah Alam, Malaysia
· 21,509 followers
· January 12 at 7:27pm · Shah Alam, Malaysia ·
collect kuih dan hantar ke yeop goreng pisang. siapa tak kenal yeop? pisang goreng ini boleh dikatakan famous area seksyen 19 shah alam. alhamdulillah settle. jom sambung kerja.

242 Likes · 7 Comments

Faizal juga berkata, ada juga pelanggan yang pernah meminta dia ke Jepun, China dan Singapura namun dia terpaksa menolan tawaran tersebut.

"Pernah pelanggan minta saya pergi ke Jepun untuk jual beli emas, dan China, ada juga minta saya pergi Singapura, tetapi saya tolak. Sebab jauh satu, kos lagi.

"Bila pegang amanah orang, kena buat elok-elok, tak boleh main-main. Kita perlu jujur. Kalau tidak, kita lingkup," kata beliau yang juga bapa kepada seorang anak berusia 9 bulan.

Khidmat Faizal tidak tertakluk kepada penghantara sahaja malah ia tiada had dan meliputi apa sahaja yang diperlukan oleh pelanggan seperti contoh bil utiliti tertunggak dan cukai jalan.

Profile

Ahmd Fzl
a.. Shah Alam, Malaysia
· 21,509 followers
· January 12 at 7:25pm · Shah Alam, Malaysia ·
air dah kena potong jadi kita tolong client ni settlekn bil beliau inshaAllah petang ni pihak syabas sambung meter semula
"Saya sampai satu tahap diminta menjadi pengintip suami orang," katanya, sambil ketawa.

Menariknya, Faizal juga turut menggunakan perakam GoPro yang dipasang pada dadanya untuk merakam gambar & video sebagai bukti penghantaran.

"Saya tidak pernah buat tugas 'runner', sebab itu saya cuma caj seikhlas hati, kerana saya mahukan pengalaman.

"Saya tidak ada pengalaman, jadi mana boleh saya nak 'demand'. Kalau saya caj RM100 untuk satu penghantaran, nanti pelanggan kata mahal sangat, lepas itu mereka tidak mahu lagi menggunakan khidmat saya.

"Lebih baik saya tidak letakkan harga, jadi nanti kalau mereka berpuas hati, mereka akan panggil saya lagi," katanya. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 18, 2016 7:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pelajar Putus Kaki Digilis Lori — Laporan Awal Kejadian

siakapkeli.my

SABAK BERNAM: Malang bagi seorang pelajar perempuan dari sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bagan Terap di sini kerana terlibat dalam kemalangan sehingga kedua-dua belah kakinya putus setelah digilis oleh sebuah lori kira-kira petang tadi di Parit 16, Sungai Panjang.

Mangsa dikatakan bersama adiknya menaiki sebuah motosikal dalam perjalanan pulang kerumah dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta kira-kira jam 3.30 petang.

Mangsa lalu terjatuh ke tengah jalan dan tidak sempat untuk bangun lalu digilis oleh sebuah lori dipercayai dengan muatan tanah.

Difahamkan pemandu kereta dan lori terbabit melarikan diri selepas kejadian, namun beberapa keping gambar mula viral mengatakan bahawa pemandu lori tersebut sudah ke balai untuk membuat laporan.

Gambar yang tersebar di media sosial yang mengatakan pemandu lori sudah tampil membuat laporan

Mangsa bagaimanapun telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam untuk rawatan lanjut.

Bayi Lapan Bulan Maut Dalam Kemalangan Babitkan Lori dan Enam Kenderaan
siakapkeli.my

Gambar kecil : Gambar ayah Nur Muhris Anas Anuar memangku adik Nur Muhris yang viral di media sosial.

JOHOR BAHRU, 16 Jan: Seorang bayi lelaki 8 bulan dilaporkan maut manakala bapanya pula cedera dalam satu kemalangan yang melibatkan enam kenderaan di Kilometer 55.8 Jalan Mersing-Batu Pahat, Kluang dalam satu kejadian yang berlaku pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham, bayi tersebut, Nur Muhris Anas Anuar meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kluang akibat cedera parah.

Bapanya pula, Anuar Geman@Wagiman, 36, cedera ringan manakala pemandu-pemandu kenderaan lain yang terlibat selamat.

Mohamad Laham berkata, kejadian kira-kira 11.50 pagi itu berlaku apabila sebuah lori tanpa muatan yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan menglami masalah brek lalu hilang kawalan sebelum melanggar belakang kereta Toyota Vios dan mengelak ke kiri jalan.

Lori terbabit kemudian terbabas kekiri jalan dan melanggar pula kereta yang dinaiki oleh Nur Muhris dan bapa yang secara kebetulan ketika itu berhenti di bahu jalan, sebelum melanggar tiga lain kenderaan lain yang diletakkan di hadapan sebuah kedai perkakasan rumah.

"Akibat pelanggaran itu, Nur Muhris tersepit dalam kereta dan cedera parah. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kluang tetapi meninggal dunia ketika dalam perjalanan," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Menurut Mohamad Laham lagi, pemandu lori terbabit, yang berusia 33 tahun telah ditahan dan akan direman esok kerana cuai mengawal kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 18, 2016 7:01 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PROJEK GILA KERAJAAN ......?

bloglist-malaysia.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Tiada masuk akal laluan basikal dibina betul-betul melalui tempat orang menunggu bas (gambar di bawah), ia seumpama ditadbir oleh sebuah kerajaan negeri yang 'gila', kata pengguna FB Lim Lian See.

"Tidak boleh percaya terdapat lorong basikal betul-betul di hadapan perhentian bas. Letakkan kaki anda ke bawah untuk dilanggar oleh penunggang basikal pelumba, "ulasnya.

Menurutnya, apabila lorong berbasikal dibuat secara bengkang bengkok, ia menunjukkan kerajaan negeri sedikit gila. "Tetapi lorong basikal ini yang hanya betul-betul di hadapan perhentian bas adalah benar-benar gila. "Mungkin CAT (haiwan) adalah orang mengecat lorong itu. Atau 'C' dalam CAT bermaksud gila (crazy) dan tidak cekap (not competent),"ulasnya.

Seorang lagi pengguna FB Azizi Safar pula mempertikaikan siapakah dalang di sebalik projek ini kerana ia pernah dinafikan kelulusannya oleh pihak MBPP sendiri."Dilaporkan dalam media bahawa MBPP mendakwa tidak meluluskan projek ini. Jadi siapa yang meluluskan projek 'mengecat laluan pejalan kaki hijau ini?,"soalnya.

Satu perkara lagi yang dipertikaikan ialah kos projek itu yang dilihat tidak masuk akal untuk projek tangkap muat seperti itu. RM 30 Juta untuk projek laluan basikal sepanjang 12.5 kilometer adakah ia munasabah?

SUMBER

N'N: Duit pembayar cukai digunakan dengan cara yng tidak berhemah, kenapa tidak dilakukan kajian dahulu sebelum projek diluluskan atau ambil model negara yng telah berjaja melaksanakan projek sebegini? CAT lah sangat...

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 18, 2016 7:01 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kalau redha, RM300 ribu akan jadi RM2.6b, perli Mr Os

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


PETALING JAYA: Isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut diperli bekas pelakon popular era 80-an, Mr Os.

Mr Os mengaitkan derma RM2.6 bilion dengan pendapatannya sebagai pemandu teksi dalam satu program santai di Temerloh, semalam.

"Sejak saya bawa teksi, saya boleh hantar anak ke Mesir. Belajar. Berapalah agak-agak duit masuk, teksi. Masuk kereta tekan RM3. Apa boleh buat RM3.

"Kalau kita redha, InsyaAllah RM3 boleh jadi RM3,000. InsyaAllah RM3,000 akan jadi RM300,000. Insya Allah RM300,000 akan jadi RM2.6 bilion," katanya yang disambut ketawa hadirin.

Mr Os atau nama penuhnya Mohd Yusof Abdul Hamid bagaimanapun menafikan kenyataan itu ada kaitan dengan politik biarpun dia sebenarnya hadir di program anjuran PAS.

"Saya bukan cerita politik. Saya cerita pasal angka. Bertambah, bertambah jika tidak diusik," katanya yang dipetik Harakahdaily.

Di zaman kegemilangannya, Mr Os banyak membintangi filem sebagai pelakon utama seperti Mr Os, Kembar Siam, Hero dan Cikgu Romantik.

FMT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 18, 2016 7:01 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Petron Perkenal Petrol RON 100 di 8 Buah Stesen

siakapkeli.my

15 Jan - Petron Malaysia secara rasminya telah melancarkan jenis petrol terbarunya, Petrol Blaze 100 Euro 4M di malaysia.

Petrol tersebut dijual pada harga RM2.80 seliter, menjadikannya sedikit mahal berbanding dengan harga petrol tidak dikawal lain iaitu V-Power Racing (RM2.70 seliter).

Menurut Petron, petrol tersebut diformulasikan dengan Tri-Activ, formula yang dikatakan mampu memberi lebih kuasa, pelindungan enjin dan lebih jarak perjalanan.

Setakat ini, petrol tersebut hanya boleh didapati di 8 stesen Petron iaitu di :

- Petron Jalan Maarof
– Petron Tol Sg Besi (arah Selatan)
– Petron Taman Tun Dr Ismail
– Petron KESAS (arah Barat)
– Petron Batu 3 Lebuhraya Persekutuan
– Petron Damansara Kayu Ara
– Petron Tol Skudai (arah Utara)
– Petron Linkedua (arah Selatan)

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 18, 2016 7:01 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tahanan Sosma Dakwa Kena Seksa, Cium Kaki Dan Onani

bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Sebuah NGO hari ini mendedahkan beberapa surat yang didakwa adalah rintihan tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) yang mendakwa mereka diseksa.

Antaranya, tahanan mendakwa bahawa mereka dipaksa mencium kaki pegawai penyiasat, melakukan onani, menonton video lucah dan dibogelkan.

Ada juga tahanan yang mendakwa dipaksa membuat lafaz cerai taklid kepada isteri sekiranya tidak mahu diri mereka dipukul.

"Pegawai penyiasat mengugut memisahkan bayi saya dari isteri saya dan mengusirnya dari Malaysia dan akan dijadikan pelacur di Kemboja.

"Saya dipaksa mencium tapak kaki pegawai penyiasat. Saya dipaksa melakukan onani di hadapan mereka," kata tahanan yang dikenali sebagai OKT 3.

OKT 6 seorang tahanan wanita pula mendakwa seorang anggota polis lelaki menjenguk ketika dia sedang mandi.

"Di luar, saya seorang perempuan yang menutup aurat sejak tingkatan satu.

"Di lokap, saya tidak dibenarkan memakai baju dalam dan mandi bogel, pernah sekali, seorang anggota polis lelaki membuka tingkap pintu bilik sya menjengguk ketika saya sedang mandi," katanya.

OKT 2 pula mengadu mereka dipaksa membuat pengakuan agar keterangan yang diberikan sama dengan kehendak atau teori yang dicipta oleh pihak polis.

Menurutnya, mereka akan didera dan dimalukan sekiranya engkar dengan arahan berkenaan.

"Polis juga memaksa saya dan OKT lain bercium sambil mereka tergelak-gelak melihat perlakuan kami yang sangat mengaibkan tetapi jika kami tidak lakukannya kami akan dipukul," katanya sambil menambah beliau dibogelkan semasa keterangannya dirakamkan.

Suaram berkata ia mempunyai surat aduan daripada tujuh tahanan tetapi hanya mendedadahkan enam hari ini kerana kes tahanan ketujuh sekarang menjadi kes di mahkamah.

Enam surat berkenaan adalah dalam tulisan tangan yang berjumlah 21 mukasurat.

Salinan surat-surat berkenaan diedarkan kepada wartawan pada sidang media Suaram di Kuala Lumpur hari ini.

Dipetik dari - malaysiakini

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 18, 2016 7:02 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jadilah Seperti Rashid Masuk Buletin TV3

siakapkeli.my

Siapa sangka, belum lagi sampai sebulan, karakter Rashid mendapat sambutan hangat netizen Malaysia.

Lebih membanggakan, karakter rashid hari ini berjaya menembusi media mainstream apabila tampil di buletin TV3.

Rashid adalah satu karakter kartun yang menampilkan sindirin berupa nasihat. Selalunya, rashid akan melakonkan watak seorang yang jujur dan baik. - Siakapkeli.my

So who's Rashid? Tonight on BU�� pic.twitter.com/7V2wj9K2pt
— andy telasai (@andytelasai) January 17, 2016

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Mon Jan 18, 2016 7:55 am (PST) . Posted by:



BUSINES ROKOK KESEHATAN reminder
When: Monday, 18 January 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: