Friday, January 8, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4366

8 Messages

Digest #4366

Messages

Thu Jan 7, 2016 6:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ibu Tunggal Nafi Anak Kongsi Pakaian Seperti Yang Tersebar Di Media Sosial

siakapkeli.my

Sumber Gambar: Bernama

BUKIT MERTAJAM: Berikutan tersebar di media sosial kisah kanak-kanak tinggakatan satu melapor diri lambat kerana berkongsi pakaian dengan abang yang dimuatnaik oleh seorang guru di media sosial dan dikongsi ramai termasuk Siakapkeli, seorang ibu tunggal menafikan berita berkenaan.

Memetik laporan Bernama, ibu kanak-kanak berkenaan, Fadilah Hashim, 45, berkata walaupun dia daripada keluarga yang susah, beliau masih mampu untuk menyediakan pakaian sekolah tiga anaknya termasuk dua anak lelaki yang belajar di sekolah yang sama.

"Saya terkejut apabila didatangi pelbagai pihak termasuk Zakat Pulau Pinang (ZPP) selepas gambar anak saya menjadi viral hari ini...memang betul kami susah tetapi setiap bulan saya terima bantuan dari ZPP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Mereka datang bertanya sama ada saya memang tidak mampu menyediakan pakaian dan tiada duit untuk anak-anak bersekolah dan saya menafikannya kerana telah menyiapkan kelengkapan sekolah mereka...cuma anak bongsu yang tingkatan satu itu lambat mendaftar kerana baru tahu dia bersekolah di situ," katanya ketika ditmui di rumahnya di Permatang Rawa.

Semalam, seorang lelaki dipercayai seorang guru (tidak pasti samada penulis asal) telah memuatnaik sekeping gambar kononya pelajar tingkatan satu berkenaan lambat mendaftar persekolahan kerana terpaksa berkongsi pakaian sekolah dengan abangnya yang menuntut di tingkatan empat sekolah yang sama.

Menurut status itu juga, keluarga berkenaan dikatakan dari keluarga susah selepas ibu bapanya bercerai dan ibunya tidak bekerja.

Fadilah yang bekerja mengambil upah mengopek ikan bilis dengan pendapaan sekitar RM8.50 sehari itu menyatakan rasa sedih selepas cerita berkenaan dimuatnaik ke laman sosial dan berharap individu yang memuatnaik cerita berkenaan tampil memberi penjelasan sebenar.

"Setiap bulan saya terima bantuan sebanyak RM400 dari ZPP dan RM300 dari JKM, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya untuk menampung perbelanjaan tiga anak berusia 13 hingga 16 tahun," katanya.

Beliau dikatakan telah bercerai dengan suaminya sejak lime tahun lepas dan tinggal di rumahnya dibawah Projek Perumahan Rakyat di Mukim 7 Permatang Rawa.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar ZPP Mohd Khairi Ghazali berkata pihaknya segera ke rumah keluarga berkenaan selepas mendapat maklumat menerusi laman sosial seperti yang diviralkan untuk melihat sendiri keadaan mereka.

"Kami juga terkejut kerana memang sebelum ini keluarga ibu tunggal itu menerima bantuan ZPP sejak 2012," katanya kepada Bernama. - Siakapkeli.my

Pelajar Terpaksa Berkongsi Pakaian Dengan Abangnya ?
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai



Gambar seorang pelajar yang dikatakan terpaksa berkongsi pakaian sekolah dengan abangnya seperti yang tersebar di laman sosial termasuk Facebook, Rabu.

BUKIT MERTAJAM: Seorang ibu tunggal menafikan anak lelakinya lambat mendaftar di tingkatan satu di sebuah sekolah di Permatang Rawa di sini, kerana terpaksa berkongsi pakaian sekolah dengan abangnya seperti yang tersebar di laman sosial termasuk Facebook, Rabu.

Fadilah Hashim, 45, berkata walaupun mereka sekeluarga susah, beliau masih mampu menyediakan pakaian sekolah untuk tiga anaknya termasuk dua anak lelaki yang belajar di sekolah yang sama.

"Saya terkejut apabila didatangi pelbagai pihak termasuk Zakat Pulau Pinang (ZPP) selepas gambar anak saya menjadi viral hari ini...memang betul kami susah tetapi setiap bulan saya terima bantuan dari ZPP dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Mereka datang bertanya sama ada saya memang tidak mampu menyediakan pakaian dan tiada duit untuk anak-anak bersekolah dan saya menafikannya kerana telah menyiapkan kelengkapan sekolah mereka...cuma anak bongsu yang tingkatan satu itu lambat mendaftar kerana baru tahu dia bersekolah di situ," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Permatang Rawa, Rabu.

Gambar mengenai seorang pelajar tingkatan satu yang baru mendaftar persekolahan hari ini kerana dikatakan terpaksa meminjam pakaian abangnya yang menuntut di tingkatan empat sekolah yang sama, menjadi viral Rabu.

Remaja itu dikatakan dari keluarga susah selepas ibu bapanya bercerai dan ibunya tidak bekerja.

Fadilah berkata beliau yang mengambil upah mengopek ikan bilis dengan pendapatan RM8.50 sehari, sedih dengan cerita yang menjadi viral itu dan berharap mereka yang memuat naik gambar itu dalam laman sosial dapat tampil memberi penjelasan sebenar.

"Setiap bulan saya terima bantuan sebanyak RM400 dari ZPP dan RM300 dari JKM, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya untuk menampung perbelanjaan tiga anak berusia 13 hingga 16 tahun," katanya.

Beliau yang bercerai dengan suami sejak lima tahun lepas, tinggal di rumah yang dibina menerusi Projek Perumahan Rakyat di Mukim 7 Permatang Rawa.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar ZPP Mohd Khairi Ghazali berkata pihaknya segera ke rumah keluarga berkenaan selepas mendapat maklumat menerusi laman sosial seperti yang diviralkan untuk melihat sendiri keadaan mereka.

"Kami juga terkejut kerana memang sebelum ini keluarga ibu tunggal itu menerima bantuan ZPP sejak 2012," katanya.(mtar)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Jan 7, 2016 6:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Bila Beli Kereta "Second", Nanti Bil Air Kita Pula Naik Sebab Dah Tak Mandi Hujan", Seloroh Sang Suami

siakapkeli.my

Bak kata pepatah, 'Hidup ini umpama roda, sekejap kita diatas dan sekejap kita di bawah', di dunia yang fana ini tidak semua orang kaya dan tidak semua orang miskin.

Sudah pasti ada antara inginkan menjadi seorang yang kaya dan hidup mewah, dan ada diantara kita tidak kisah kaya atau miskin asalkan bahagia.

Setiap ikatan yang dibina untuk membentuk sebuah keluarga sudah pasti ramai inginkan kebahagian, perlu diketahui, kebahagiaan bukan boleh dibeli dengan wang ringgit tapi dari keihklasan dan kejujuran yang dibina atas ikatan yang sah.

Sebuah posting di laman Facebook hari ini oleh seorang lelaki bernama Dan Shan di mana beliau telah menceritakan pengalaman yang disaksikannya terjadi di depan matanya iaitu perbualan antara sepasang suami isteri yang pasti membuatkan ramai rasa cemburu.

Berikut adalah tulisan beliau yang telah kami alih ke bahasa Malaysia.

Pertama sekali, Syukur Alhamdulillah kepada semua yang Allah telah berkati bersama saya. Amin.

Saya terlihat pasangan ini sedang memakai baju hujan kerana hujan lebat ketika itu. Ini adalah perbualan antara mereka ..

Suami: Kita tunggu kejap la sayang, Hujan lebat Sangat ni

Isteri: kalau tunggu takut lambat nak ambik Aishah (saya menganggap ia adalah anak perempuan mereka)

Suami: call la kak Nah cakap Kita Lambat sikit, Sutuh dia bagi makan dulu Ke apa.

Isteri membuat panggilan kemudian melihat suami dan berkata ..

Isteri: dah call, Kak Nah kata ok.

Beberapa minit kemudian selepas merenung ke dalam hujan, isteri berpaling kepada suaminya dan berkata .. "kalau kita ada rezeki lebih tahun ni, kita beli la kete second hand ye bang"

Suami: InSyaAlllah sayang, nanti abang usahakan. Senang la jugak kita, tapi nanti bil air kita la pulak naik pasal dah tak mandi hujan.. (kedua-dua mereka ketawa bersama-sama)

Walaupun dengan kesusahan yang dihadapi mereka, mereka masih mampu ketawa dan senyum bersama-sama. Di depan mata saya kini ada sebuah keluarga yang begitu bahagia. Semoga Allah memberkati anda dan keluarga anda dengan rezeki yang melimpah dan gembira sentiasa. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Jan 7, 2016 6:22 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Padah Merokok Di R&R

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai



IPOH: Seramai 33 individu dikompaun RM250 seorang kerana merokok di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) seluruh Perak dalam operasi dua hari bermula 5 Januari lalu, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Juita Ghazalie.

Beliau berkata Operasi Penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 itu dijalankan serentak di 18 R&R dan melibatkan 15 pasukan dengan jumlah anggota seramai 103 orang.

Katanya operasi dijalankan secara serentak di seluruh daerah bagi memberi impak penguatkuasaan yang menyeluruh.

"Jumlah kompaun yang dikeluarkan sepanjang operasi adalah sebanyak RM8,250.

Individu yang ditangkap perlu menjelaskan kompaun yang ditawarkan di Pejabat Kesihatan Kinta.

"Jika gagal berbuat demikian dalam tempoh 30 hari, kes akan didaftar di mahkamah dan saman akan dikeluarkan," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Kawasan R&R merupakan satu daripada 22 kawasan larangan merokok yang telah diwartakan Kementerian Kesihatan dan mula dikuatkuasakan di Perak sejak Jun 2015.

"Penguatkuasaan larangan merokok di kawasan berkaitan bertujuan melindungi orang awam daripada bahaya asap rokok basi," katanya.

Menurut Dr Juita orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang merokok di kawasan R and R boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah untuk tindakan lanjut.(mstar)

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Jan 7, 2016 6:23 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Haron Din Belum Terima Tawaran Daripada Rayani Air
siakapkeli.my

Sebelum ini timbul ura-ura Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din akan dilantik sebagai Penasihat kepada syarikat penerbangan Rayani Air.

Namun, sehingga kini Haron mengesahkan tidak mendapat sebarang tawaran atau panggilan daripada syarikat itu.

"Tidak ada mana-mana pihak berkenaan (Rayani Air) menghubungi saya. Saya tidak tahu kedudukan, yang saya dengar kata jadi Penasihat Syariah. Jadi tidak tahu mana yang sebenarnya.

"Memang banyak orang yang bertanya. Tetapi tidak ada sebarang usaha untuk mereka (Rayani Air) hubungi dan apa sebenarnya hasrat mereka. Takkanlah benda yang saya tidak tahu mana letaknya saya akan komen," ujarnya.

Sebelum ini Pengarah Urusan Rayani Air berkata jika Haron bersetuju dengan hasrat syarikat itu, maka pemimpin PAS itu akan menasihati Rayani Air tentang bagaimana melaksanakan konsep patuh syariah yang sebetulnya mengikut lunas Islam. -Siakapkeli.my

Rayani Air Cadang Ambil Mursyidul Am PAS Sebagai Penasihat
siakapkeli.my

Syarikat penerbangan konsep patuh syariah, Rayani Air bercadang untuk melantik Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din sebagai penasihat.

Sekiranya veteran PAS itu bersetuju, beliau akan menasihati Rayani Air tentang bagaimana melaksanakan untuk melaksanakan konsep patuh syariah yang sebetulnya mengikut lunas Islam.

"Kami bercadang, apabila beliau sudah cukup rehat, maka kami akan berjumpa dengannya untuk menjadikan beliau sebagai penasihat,"

"Beliau akan menasihati kami, seperti bagaimana hendak melaksanakan konsep patuh syariah ini, dan ia meliputi segala segi," kata pengarah urusannya Jaafar Zamhari sebagaimana lapor The Malaysia Insider. - Siakapkeli.my

Thu Jan 7, 2016 6:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Hospital Didakwa Tersilap Serah Bayi, Bapa Terkejut Tengok Tag Nama Orang Lain

siakapkeli.my

JITRA: Sepasang suami isteri kesal dan mendakwa kecuaian sebuah pusat rawatan apabila 'tersilap' memberi bayi kepunyaan pasangan lain ketika bersalin di hospital tersebut.

Menurut Nik Ahmad Sabri Mohamad Yusoff, kejadian itu hanya disedari pihak hospital sehari selepas isterinya melahirkan anak dan sudah pulang ke rumah.

Isterinya, Mahani Zakaria, 36, yang melahirkan anak kelima mereka pada Selasa lalu sudahpun menyusukan bayi yang 'tersilap' itu.

"Kami mendapat panggilan daripada pusat rawatan ketika waktu Maghrib iaitu kira-kira 7.30 malam. Saya pun agak terkejut apabila tengok tanda tag di kaki bayi memang nama orang lain.

"Kalau nak dikira logiknya, sepanjang satu hari masa di hospital dalam wad berkenaan isteri saya memegang bayi berkenaan dan menyusukannya sehingga pulang ke rumah. Bagi menyusu sehingga kenyang, bayi itu sudah boleh menjadi anak susuan.

"Namun kami tidak sedar dan hospital pun tidak sedar sehinggalah pasangan satu lagi itu memberitahu bayi berkenaan bukan anaknya dan memberitahu hospital. Mereka kemudiannya ke hospital untuk tunjuk bukti bahawa bayi kami sudah tertukar," kata Nik Ahmad dengan rasa kesal, memetik laporan Astro Awani.

Selepas menerima panggilan daripada pihak hospital, pasangan suami isteri itu segera ke hospital dan sampel darah Mahani diambil bagi ujian DNA.

Sementara itu, Mahani mengakui merasa trauma dengan kejadian tersebut yang mungkin boleh terjadi kepada pasangan lain.

"Kesilapan berkenaan tidak boleh berlaku dalam bidang ni. Kalau bidang lain itu tidak apa namun kalau bidang memang tidak boleh ada kesilapan.

"Kalau ada kesilapan bermakna awak tidak perlu duduk kerja di sini dan perlu diambil tindakan. Kalau minta maaf macam itu sahaja, bagi saya semua orang boleh minta maaf. Jadi pengajaran itu kena ada, kalau tidak, bayangkan kalau saya tidak perasan dan dia pun tidak perasan, apa akan jadi?" luahnya.

Nik Ahmad membuat laporan polis berhubung kecuaian pusat rawatan itu pada jam 12 tengah malam tadi, namun kes dianggap selesai apabila kedua-dua pasangan ibu bapa itu mengambil anak masing-masing.- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Thu Jan 7, 2016 6:24 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Imam Selesaikan Larian Lebih 500KM Shah Alam Ke Alor Setar

kitabantai.info/
Posted by Kita Bantai


ALOR SETAR – Selepas melakukan larian selama 10 hari meliputi jarak lebih 500km dari Shah Alam ke Alor, Nasir Abbas, Imam Masjid Lama Kuala Kedah menamatkan lariannya tepat pada 5.40 petang ini di Stadium Darul Aman.

Ketibaan Nasir, 60, disambut oleh lebih 300 penyokong "Helang Merah", pasukan bola sepak negeri, yang turut sama berlari mengiringi peringkat akhir lariannya ke perkarangan stadium itu.

Larian bermula dari Stadium Shah Alam pada 13 Dis.
"Saya bersyukur kerana berjaya menamatkan larian dalam keadaan yang baik dan selamat.
"Keadaan cuaca yang panas dan hujan sedikit menyukarkan larian saya, namun ia tidak mematahkan semangat.
"Semangat untuk menamatkan larian semakin berkobar-kobar kerana sepanjang perjalanan saya mendapat sokongan dari peminat bola sepak dari negeri-negeri yang saya lalui," katanya kepada pemberita.
Berasal dari Taman Sri Putra, Kuala Kedah, Nasir berlari sebagai tanda sokongan kepada pasukan Helang Merah kerana berjaya memasuki perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini.
Menurutnya, idea untuk membuat larian itu datang secara spontan.
Walaupun tewas kepada Selangor pada perlawanan itu, namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk meneruskan larian sehingga ke garisan penamat di Stadium Darul Aman.
"Selepas berbincang dengan penyokong-penyokong Kedah dari Kuala Kedah, saya berfikir ini merupakan masa terbaik untuk menunjukkan tanda sokongan kepada pemain-pemain Kedah," katanya.
Anggota Exco Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan dan Pembangunan Insan negeri Aminuddin Omar yang turut berada di perkarangan stadium itu berkata larian Nasir itu merupakan motivasi kepada golongan muda.
"Pak Nasir yang berusia 60 tahun ini mampu berlari sejauh lebih 500 kilometer, jadi saya yakin anak muda dapat mengambil aura positif yang ada pada diri Pak Nasir," katanya.
Beliau berkata, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan mengadakan majlis kesyukuran atas usaha Nasir dan menanggung keseluruhan kosnya. – BERNAMA

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Saturday, December 12, 2015 10:29 PM
Subject: Fw: Menang Atau Kalah, Imam Sedia Berlari Dari Shah Alam Ke Alor Star

Menang Atau Kalah, Imam Sedia Berlari Dari Shah Alam Ke Alor Star Tanda Sokongan Kepada Helang Merah

siakapkeli.my

Seorang warga emas yang merupakan seorang imam menyatakan hasrat untuk berlari pulang daripada Stadium Shah Alam sehingga ke Stadium Darul Aman sebagai tanda sokongan kepada skuad Lang Merah.

Memetik laporan Bernama, beliau Nasir Abas, 60, dari Taman Sri Putra, Kuala Kedah akan memulakan lariannya itu selepas sehari tamat perlawanan akhir Piala Malaysia yang akan berlansung di Stadium Shah Alam.

Nasir dikatakan akan membuat larian berkenaan tidak kira samaada Kedah bergelar juara atau pun tewas dengan menyasarkan masa larian selama 10 hari.

"Namun saya yakin pemain Kedah mampu memberi komitmen tinggi untuk menang pada perlawanan Sabtu ini," kata Imam Masjid Lama, Kuala Kedah tersebut.

Bekas anggota tentera berkenaan sebelum ini pernah mencatat nama dalam The Malaysia Book Of Record apabila berlari sejauh 1,754 kilometer mengelilingi semenanjung Malaysia selama 30 hari pada tahun 2002 dan pada 2003 beliau turut berlari sejauh 2,068 kilometer dari Tawau hingga Kuching selama 53 hari.

Beliau turut meminta pihak yang sudi menaja atau memberi sumbangan kepadanya agar menghubungi beliau di talian 013-4736868. - Siakapkeli.my

Thu Jan 7, 2016 6:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Malaysia Disenarai Antara 6 Skandal Rasuah Paling Teruk pada 2015 oleh FP

siakapkeli.my

31 Dis - Malaysia telah disenaraikan antara 6 skandal rasuah paling teruk oleh majalah Foreign Policy (FP), sebuah majalah kepunyaan Washington Post.

Di dalam laporan bertarikh 29 Disember itu, pengarang FP meletakkan Malaysia dibelakang Fifa dan Nigeria.

Laporan itu menyebut mengenai skandal 1MDB dan juga dana peribadi Najib Razak.

Antara petikan dari artikel yang bertajuk The Worst Corruption Scandals of 2015:

"Apabila Presiden Amerika Syarikat Barack Obama melawat Malaysia pada bulan November lalu, beliau tiba di tengah-tengah skandal rasuah yang janggal. Empat bulan sebelum ini, Wall Street Journal melaporkan bahawa kira-kira $ 700 juta dana negara telah berakhir di akaun bank peribadi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak - bukan tempat sepatutnya ia(wang tersebut) berada. Perkara ini mengikat Najib Razak kepada siasatan syarikat 1Malaysia Development Berhad, sebuah syarikat pembangunan milik kerajaan yang sepatutnya untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab kewangan yang berkembang maju. Najib bagaimanapun telah mengatakan laporan Journal sebagai tidak tepat, dengan sebaliknya berkata bahawa wang dalam akaunnya itu datang daripada sumbangan peribadi. " - FP

Empat skandal lain yang turut disenarai di dalam laporan tersebut adalah Honduras & Guatemala, Hakim-hakim Ghana, dan Perhimpunan Agung PBB.- ,Siakapkeli.my

Sumber : foreignpolicy.com/

Thu Jan 7, 2016 6:26 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

PELAKSANAAN TOL SISTEM KAD PRABAYAR SECARA TOTAL MENJERUT RAKYAT.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Melangkah sahaja tahun baharu 2016 bererti sebuah bala lagi melanda rakyat sebagai pengguna aktif lebuhraya apabila hampir semua plaza tol menutup kaunter tunai dan menggantikan sepenuhnya semua kaunter dengan sistem kad prabayar 'Touch N Go'.

Sebelum itu suku tahun terakhir 2015 menyaksikan kenaikan kadar tol 'menggila' sehingga mencapai 80%.

Alasan biasa sebab tutupnya kaunter tunai adalah untuk menambahkan lagi kecekapan operasi dan melalui sistem kad prabayar sepenuhnya pasti akan berjaya mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas.

Ternyata alasan ini gagal malah masalah kesesakan jalanraya makin bertambah parah terutamanya di plaza tol itu sendiri.

Sebenarnya sistem kad prabayar ini adalah satu bentuk paksaan dan tekanan yang dikenakan ke atas pengguna lebuhraya. Secara tidak sedar kita khususnya pengguna lebuhraya telah membuka buku 'akaun hutang' dengan syarikat-syarikat konsesi tol ini.

Bayangkan sejuta pengguna lebuhraya membeli kad prabayar dengan kadar RM10 untuk minggu pertama, sudah tentu RM10 juta sudah berada di dalam akaun syarikat konsesi. Dan setiap minggu pengguna lebuhraya ini akan membuat tambahnilai.

Sistem ini secara psikologinya mengikat mentaliti pengguna lebuhraya untuk tidak mencari jalan alternatif kerana mereka berfikir yang mereka sudah ada akaun dengan lebuhraya berbayar. Jadi hendak tak hendak mesti guna kerana wang sudah dibayar.

Paling malang adalah pengguna lebuhraya di luar Lembah Klang. Contohnya pemandu dari Pahang yang mempunyai urusan sehari di Kuala Lumpur terpaksa membeli kad Touch N Go di Lebuhraya Karak dengan kadar tertentu. Setelah selesai urusan dan pulang semula ke Pahang dia memiliki sekeping kad yang menjadi liabiliti kepadanya dengan baki yang masih ada di dalam dan tidak digunakan.

Ada pandangan mengesyorkan kita melakukan tambahnilai menggunakan kad pengenalan kerana kad pengenalan kita menyediakan akses Touch N Go. Apakah sampai begitu sekali kita mesti 'Check In' menggunakan kad pengenalan apabila melekapkannya di mesin imbas kaunter tol? Selesakah kita merakamkan identiti kita ke mana-mana destinasi?

Kenaikan tol dan penutupan kaunter tunai ini sangat jelas merupakan suatu peraturan yang berbentuk paksaan. Sedihnya isu ini tidak disuarakan dengan bersungguh oleh ahli Parlimen kita di Dewan Rakyat.

Pakatan Rakyat pernah mengambil sikap akan menghapuskan semua tol jika mereka berjaya memerintah. Kerajaan Barisan Nasional pula tidak bersetuju kerana jika tol ditutup ramai pekerja hilang mata pencarian.

Hari ini apa yang dipertahankan kedua pihak telah berlaku. Tol makin naik dan tenaga pekerja di kaunter tunai tol telah diambilalih oleh robot dan mesin.

Mungkin kenaikan gaji serta elaun ahli Parlimen yang cukup banyak pada tahun 2016 ini membuat mereka selesa dan tidak sedar beban yang ditanggungi oleh rakyat yang memilih mereka pada pilihanraya umum yang lalu semakin berat.

Rakyat semakin terhimpit dan kebebasan memilih sudah semakin tertutup.

Jika ada kebaikan pada sistem kad prabayar di plaza tol ini sekalipun, adalah amat tidak wajar ditutup terus kaunter tunai. Mungkin ada maksud baik di sebalik penukaran sistem ini tetapi seperti kata Allahyarham WS Rendra melalui bait puisinya, "Saudara punya maksud baik tetapi maksud baik saudara untuk siapa?"

Dalam membuat keuntungan sesebuah perniagaan, janganlah terlalu menekan. Berilah kemudahan dan juga hak kepada rakyat untuk membuat pilihan. .... RONASINA

@ronasina merupakan pelukis/ penulis/ aktivis dan pengasas kempen Hope2Walk kesedaran tentang Cerebral Palsy.

21 Lebuhraya Laksana Tol Elektronik Sepenuhnya Tahun Ini
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai



CYBERJAYA: Kesemua 21 lebuh raya di Lembah Klang akan melaksanakan sistem pembayaran tol elektronik sepenuhnya menjelang akhir tahun ini, kata Yang Dipertua Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) Datuk Ir Zainudin A Kadir.

Beliau berkata langkah tersebut merupakan inisiatif bagi menggalakkan penggunaan sistem tol elektronik yang lebih mudah, selesa dan membantu pengguna menikmati perjalanan lebih lancar di setiap plaza tol.

"Secara purata, kutipan tol secara manual adalah sebanyak 360 transaksi setiap jam berbanding 1,000 transaksi dengan penggunaan Smart Tag dan lebih 700 transaksi dengan menggunakan Touch n Go," katanya pada taklimat media di Ibu Pejabat Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) di sini Selasa.

Beliau berkata syarikat konsesi lebuh raya akan menanggung kos RM150,000 setiap lorong, termasuk kos kerja-kerja konfigurasi dengan pelaksanaan sistem pembayaran tol elektronik itu.

Zainudin berkata pelaksanaan sistem pembayaran tol elektronik sepenuhnya tidak akan melibatkan pemberhentian jurutol sebaliknya mereka akan ditugaskan ke bahagian lain termasuklah khidmat pelanggan, memeriksa sistem dan membuat pemantauan di tol plaza.

Katanya terdapat kira-kira 3,500 jurutol di seluruh negara pada masa kini.

Zainudin berkata sistem pembayaran tol elektronik sepenuhnya dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Malaysia mula melaksanakan sistem pembayaran tol secara elektronik di Bangunan Sultan Islandar, Lebuhraya PLUS pada 16 Disember 2008 dan disusuli dengan beberapa plaza tol di Lebuhraya Linkedua dan Lebuhraya PLUS, katanya.

Plaza Tol Mambau dan Plaza Tol Lukut di Lebuhraya Seremban-Port Dickson melaksanakan sistem pembayaran tol secara elektronik pada 1 Jun tahun lepas, dan diikuti tujuh lagi lebuh raya dengan 12 plaza tol pada 9 Sept lalu.

Zainudin berkata 10 plaza tol di empat lebuh raya iaitu MEX, Lebuhraya Baru Pantai (NPE), Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA) akan melaksanakan sistem pembayaran tol secara elektronik sepenuhnya pada pukul 12 tengah hari, 13 Januari ini.

Plaza-plaza tol terlibat termasuklah tiga plaza tol di Lebuhraya MEX iaitu Plaza Tol Salak Selatan; Plaza Tol Putrajaya dan Plaza Tol Seri Kembangan, tiga plaza tol di Lebuhraya NPE (Plaza Tol PJS2; Plaza Tol PJS5 dan Plaza Tol Pantai Dalam), dua plaza tol di Lebuhraya Grandsaga (Plaza Tol Batu 9 serta Plaza Tol Batu 11) dan dua lagi plaza tol di Lebuhraya LKSA (Plaza Tol Seri Muda dan Plaza Tol Alam Impian).

Zainudin berkata syarikat konsesi lebuh raya terbabit akan menawarkan beberapa insentif kepada pengguna termasuk pengedaran 140,000 kad Touch n Go secara percuma di mana pengguna perlu membayar nilai kredit sebanyak RM5.

Selain penawaran unit Smart tag bernilai RM99 dengan tambah nilai Touch n Go RM20, beliau berkata pemberian rebat sebanyak 10 peratus selama dua bulan untuk kenderaan kelas 1 bermula 13 Januari sehingga 12 Mac tahun ini.

Zainudin yang turut ditanya sama ada kerajaan dalam perbincangan untuk menamatkan konsesi lebuh raya berkata: "Setakat ini, tiada."

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: