Thursday, January 28, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4384

9 Messages

Digest #4384

Messages

Wed Jan 27, 2016 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KUTIP UNTUNG TOL JUTA2, CUKAI JALAN WAJIB BAYAR TIAP2 TAHUN TAPI KUALITI JALAN MACAM NAK BUNUH ORANG.

bloglist-malaysia.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 27, 2016 7:06 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

MOHON BERTENANG ... HARAP JANGAN SESIAPA MUNTAH SEBAB MAKLUMLAH YANG BERCAKAP INI BUKAN CALANG-CALANG ORANG .. PEMIMPIN PKR.
Posted by OMAK KAU!!!!

Tindakan PKR menukar bekas menteri besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melalui "Langkah Kajang" dilakukan secara "tertib" berbanding tindakan sama yang cuba dilakukan Umno Kedah terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir, kata Datuk Johari Abdul.

Ketua Whip Parlimen PKR itu berkata, dalam keadaan hari ini, tindakan Umno Kedah untuk menukar Mukhriz adalah tidak masuk akal kerana ia melibatkan pertelingkahan di peringkat nasional, susulan pergeseran antara kepimpinan dan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pada peringkat ini tidak masuk akal (untuk tukar Mukhriz) kerana memenuhi kehendak parti, kerana pertelingkahan antara Tun (Dr Mahathir) dan kepimpinan Umno.

"Kalau pun nak berlaku mesti melalui tertib demokrasi. Nak memaksa dengan paksaan ini memberikan kecelaruan di peringkat bawahan.

"Di Selangor kami laksanakan dengan tertib. Masalahnya Umno tidak melakukannya dengan cara tertib seperti kami," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Johari, yang juga ahli Parlimen Sungai Petani berkata, proses penukaran Khalid dilakukan PKR selepas rundingan secara tertutup dilakukan dengannya, namun disebabkan keengganan untuk berundur, PKR memulakan langkah menyingkirkannya.

KUPASAN OMAK KAU:-

Akhirnya setelah sekian lama menafikan tujuan diadakan Langkah Kajang dan PRK Kajang adalah semata-mata untuk menukar MB Selangor ketika itu akhirnya kantoi sudah mengaku.

Penipuan dan niat jahat selalunya tidak tahan lama kekal.

Bukankah juga timbul pergeseran dan pertelingkahan secara terbuka antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim???? .. Jadi apa bezanya masalah yang melanda UMNO Kedah dengan PKR Selangor tahun 2014???

Tahun 2014 PKR menggunakan akuan bersumpah dan cara yang sama diguna pakai oleh UMNO/BN Kedah kini.

Tahun 2014 PKR/DAP kumpulkan para ADUNnya untuk dapatkan persetujuan .. langsung tidak ada beza dengan UMNO Kedah kini.

UMNO lakukan dengan pengetahuan rakan-rakanya dalam BN sedangkan PKR buat keputusan besar tanpa dimaklumkan terlebih dahulu rancangan Langkah Kajangnya dengan PAS dan DAP ... dah buat keputusan baru maklumkan kepada DAP dan PAS ... itu tertib murni dan demokratik kah dalam semangat Pakatan Rakyat????

Semasa krisis MB Selangor diperingkat bawahan dan akar umbi tidak bercelaru???? Ketika kes MB Selangor Almarhum Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat pun tak setuju.

Kes MB Selangor dengan penuh tertib sopan santun beradab PKR pecat Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai anggota PKR .. MB Kedah Mukhriz Mahathir kena pecat ke sebagai ahli UMNO???? .. tertib sangat dan berbudi bahasa tinggi ke PKR dalam hal ini???

Dalam kes MB Kedah tidak dilakukan roadshow jelajah satu Kedah dengan pelbagai tuduhan skandal dan alasan setebal 92 helai muka surat sehingga diheret ke Mahkamah Tinggi sampai mengaku bersalah secara terbuka ianya adalah fitnah jahat lagi jijik belaka. Bersopan santun tertib dan demokratikkah PKR dalam isu ini?????

Sebab itu bila bercakap jangan sampai rakyat naik muntah bila mendengarnya. .. kalau merasakan diri itu cerdik bijak bistari rakyat pun tidak bodoh dan bebal.

Adun Kedah Dakwa Diburu Dan Dipaksa Untuk Sokong Pecat Mukhriz
siakapkeli.my

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif mendedahkan didakwa telah dipaksa menyokong kumpulan penentang yang mengatur rancangan menyingkirkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, lapor portal Malaysian Insider.

Portal Malaysian Insider juga melaporkan, adun tersebut memberitahu yang beliau diburu dan dipaksa semata-mata untuk menolak Mukhriz dan menjatuhkan menteri besar penggal pertama itu.

"Saya amat mengenali menteri besar kita, saya lakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan Datuk Mukhriz walaupun saya tak sehebat pegawai sekeliling. Kita ada tugas dan tanggungjawab saya sebagai Adun untuk pertahankan Datuk Mukhriz.

"Saya lari, saya hilang, hampir-hampir jatuh di laut, diburu semata-mata nak dapatkan sesuatu daripada saya," kata Abu Hassan sambil menangis di hadapan orang ramai semasa program bagi menyatakan sokongan kepada Mukhriz di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam malam tadi.

Memetik laporan itu, Abu Hassan tidak menjelaskan mengapa beliau diburu, namun berdasarkan sumber mendedahkan kira-kira 19 orang Adun telah pun menandatangani akun bersumpah (SD) untuk menolak kepimpinan Mukhriz.

Beliau yang sudah 5 penggal bergelar ADUN berkata, beliau sangat sedih mengenangkan apabila seorang pemimpin yang disanjung rakyat akan digulingkan dengan begitu hina sekali.

"Saya menangis, saya tak pernah menangis depan anak dan isteri. Kita ada lelaki ada ego tapi di sini saya menangis depan anak saya, depan rakan saya menangis.

"Bagaimana orang yang ikhlas, jujur dan amanah, tidak mempunyai moral dan akhlak tidak baik, bertanggungjawab, tak amal rasuah, pemimpin yang boleh majukan masyarakat, rakyat dan negeri Kedah ini, tiba-tiba beliau akan digulingkan dalam keadaan yang amat menyedihkan, saya tidak reda," katanya.

Beliau dalam pada itu mendedahkan semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Najin Razak telah memanggil semua Adun Kedah bertemunya di Putrajaya.

Dalam pertemuan itu, beliau dikatakan telah membuat rayuan kepada Najib supaya Mukhriz dikekalkan sehingga habis penggal.

"Beri masa, saya kata kepada PM, beri masa kepada Mukhriz, kalau nak buang dan ganti pun tunggu habis penggal.

"Biar beliau jalankan tugas dan kita nak pastikan Datuk Mukhriz memang pemimpin yang disukai rakyat dan bukan cakap kosong," katanya.

Beliau juga dilaporkan telah menasihati rakan-rakannya supaya memikirkan mengenai masa depan UMNO dan bukan semata-mata mengejar habuan dan jawatan.

"Jangan kita lari nak habuan dan pangkat, tapi hari ini orang lari takut hilang pangkat dan juga sekarang ini orang lari nak kejar pangkat, nak jadi exco, nak jadi menteri, nak jadi menteri besar," katanya dipetik dari Malaysian Insider. - Siakapkeli.my

Siapa tegur dia yang kena buang
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mohamad kini menjadi permainan politik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad.
Mahathir menyifatkan anaknya kini berhadapan dalam situasi berkenaan hanya kerana menegur Najib.

"Ini politik Datuk Seri Najib siapa yang tegur dia kena buang, expelled from Umno even," katanya kepada pemberita di Yayasan Perdana Putrajaya.
Mahathir berkata demikian ketika ditanya mengenai Muhkriz yang akan digugurkan dari jawatan menteri besar Kedah.

- Malaysiakini

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/01/siapa-tegur-dia-yang-kena-buang.html#ixzz3yS6X5mtD
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Najib Menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Pagi Ini
siakapkeli.my

Kredit gambar: Berita Harian

DUTA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur, pagi ini.

Memetik laporan daripada portal TV14, kenderaan rasmi kerajaan yang dilaporkan membawa Najib tiba di pintu Istana Negara kira-kira jam 7.58 pagi tadi.

Menurut portal berkenaan lagi, Najib dilaporkan menghadap Seri Paduka untuk meminta perkenan perlantikan baru Menteri Besar Kedah ke-12 bagi menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang telah hilang kepercayaan UMNO Kedah.

Sementara itu, memetik laporan Sinar Online, mereka cuba menghubungi Jabatan Perdana Menteri bagaimanapun masih belum beroleh jawapan.

Suasana politik di Kedah kebelakangan ini 'panas' apabila Menteri Besar sedia ada cuba dijatuhkan dengan meminta Perdana Menteri menggantikan calon baru. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 27, 2016 7:07 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Buaya Sambar Kaki Ketika Memancing, Pekerja Ladang Cedera Parah

siakapkeli.my

LAHAD DATU: Seorang lelaki yang merupakan seorang pekerja ladang cedera parah selepas beliau dilaporkan telah diserang oleh seekor buaya ketika sedang memancing.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu, warga Indonesia, Sulle Buriah, 37, pekerja ladang kelapa sawit di FELDA Sahabat 39, bersama anak lelakinya berusia lapan tahun dikatakan sedang memancing di sebuah kawasan takungan air berhampiran Loji Jeragan Bistari di kawasan Felda tersebut.

Ketika memancing, tiba-tiba seekor buaya telah menyambar kakinya menyebabkan dia jatuh ke dalam kolam takungan air berkenaan.

Pengurus Ladang FELDA Sahabat 39, Shahalin Barahim berkata, penduduk yang berada di lokasi kejadian terus bergegas menarik keluar mangsa yang ketika itu sedang bergelut dengan buaya berkenaan.

"Mangsa yang patah tangan dan mengalami kecederaan di paha kanan dikejarkan ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan dan keadaannya dilaporkan stabil," katanya dipetik laporan Berita Harian.

Shahalin berkata, kolam takungan air berkenaan memang dihuni buaya, namun tidak pernah berlaku kes reptilia itu menyerang manusia. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 27, 2016 7:08 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pelajar Malaysia Maut Dilanggar Tren Bawah Tanah di London

siakapkeli.my

LONDON: Seorang pelajar Malaysia maut setelah dilanggar oleh tren bawah tanah di Stesen Marble Arch di sini dalam kejadian pada petang Isnin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6.26 petang itu, Muhamad Aaron Maseri, 22, pelajar dari Universiti Middlesex dilaporkan dalam perjalanan pulang ke rumah di laluan Central ketika waktu puncak.

Laporan dari akhbar The Standard menyebut, jurucakap Pengangkutan London berkata mangsa masih lagi hidup sejurus dilanggar namun dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba bagi merawat mangsa.

Kejadian menyebabkan beberapa perjalanan tren ditangguhkan bagi membolehkan siasatan berjalan.

Dalam perkembangan yang sama, pihak Polis Trafik British berkata hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kemalangan.

Akhbar tersebut juga menulis, seorang saksi, Chris Green yang berada dalam tren tersebut berkata beliau mendengar pemandu membunyikan hon sebelum tren itu dihentikan secara tiba-tiba.

"Saya melihat melalui cermin tingkap dan melihat ramai orang berlari ke arah laluan keluar platform," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Ibu bapa mangsa, yang turut berada di London untuk menghadiri majlis konvokesyen abangnya juga sudah dimaklumkan mengenai kejadian. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 27, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kementerian Kewangan Arab Saudi Tak Tahu Menahu Derma 2.6 Billion..
bloglist-malaysia.blogspot
penburukonline.blogspot

Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu.

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam.

Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Pegawai-pegawai kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi pemimpin luar tidak mempunyai duluan.

"Wakil-wakil keluarga diraja tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mereka," menurut laporan WSJ.

Dana lawan Ikhwan?

Sementara itu, memetik sumber, BBC juga mendakwa wang itu daripada Abdullah, bagi membantu Najib memang dalam pilihan raya umum 2013.

Media British itu melaporkan sumber mereka – yang berkedudukan tinggi dan enggan dikenali – mendakwa wang itu dikeluarkan daripada kewangan peribadi Abdullah dan simpanan-simpanan negara itu.

"Tujuan sumbangan itu mudah, kata sumber Saudi – untuk membantu Najib dan gabungannya menang pilihan raya, menggaji pasukan komunikasi yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa, menumpukan kepada wilayah-wilayah di Sarawak dan menaja program sosial melalui kempen parti.

"Tetapi kenapa Saudi ambil berat berkaitan pilihan raya di negara bukan Arab yang lebih 6,000km dari tempat mereka? Jawapannya, kata sumber, terletak terhadap kebimbangan peningkatan kuasa Ikhwanul Muslimin, yang mereka anggap pertubuhan pengganas.

"Saudi sebelum ini kesal dengan apa yang berlaku di Mesir, yang menyaksikan presiden Mohammed Morsi sibuk mengukuhkan penguasaan Ikhwan di negara itu," menurut laporan itu.

Laporan itu menyebut, hubungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, termasuk PAS, menyaksikan pendiri-pendirinya dinspirasikan oleh Ikhwan.

Ia juga menyebut, terdapat kurang bukti menunjukkan Ikhwan mendapat sokongan sebegitu di Malaysia.

Semalam, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan salah laku yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Apandi antaranya menyebut, AS681 juta (RM2.08 bilion) disumbangkan kepada Najib daripada keluarga diraja Saudi tanpa apa-apa balasan.

Beliau juga berkata AS$620 (RM2.03 bilion) dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai.

Sumbangan itu dibuat menjelang pilihan raya umum ke-13 dan semasa pemerintahan Abdullah.

Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat antarabangsa tidak percaya dengan versi ini.

"Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan agensi kerajaan lain luar Malaysia terus menyiasat pemindahan itu," menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyebut bekas penganalisis politik di Kedutaan Saudi di Washington berkata idea sumbangan sebanyak itu daripada kerabat Saudi ke akaun peribadi, dan bukan institusi kerajaan, hanya "suspek".

Bagaimanapun, sumber Saudi BBC berkata tiada yang tidak kena dalam sumbangan itu.

Katanya, negara-negara seperti Jordan, Maghribi dan Sudah sudah mendapat manfaat ratusan juta dolar daripada dana kerabat diraja Saudi.

SRC International & RM2.6 Billion : SPRM Mahu Keputusan Peguam Negara Dinilai Semula
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 27 Jan - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membentangkan semula keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang sebelum ini mengarahkan kes SRC International dan dana RM2.6 billion yang melibatkan Perdana Menteri, Najib Razak ditutup.

Dalam satu kenyataan pada hari ini, SPRM memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat khas pada hari ini yang bertujuan membincangkan keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara itu.

"Pengurusan Tertinggi SPRM memutuskan untuk membentangkan keputusan Peguam Negara kepada Panel Penilaian Operasi (PPO), salah satu badan bebas yang dibentuk oleh kerajaan bagi memantau perjalanan SPRM mengikut Akta SPRM 2009, untuk penilaian dan pertimbangan oleh PPO dan sebuah lagi panel khas yang akan dilantik.

"Salah satu terma rujukan PPO ialah memberi pendapat berhubung tindakan kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh oleh Pendakwa Raya," kata kenyataan tersebut sebagaimana lapor Astro Awani.

Menurut SPRM juga, PPO dianggotai oleh Tan Sri Dr Hamid Bugo sebagai Pengerusi, Tan Sri Jawhar Hassan, Datuk Zamani Abdul Ghani, Datuk Azizah Arshad, Datuk Wan Abdul Wahab Abdullah, Prof Dr Normah Omar, Dr Sundramoorthy M. Pathmanathan dan Tuan Lim Chee Wee.

Peguam Negara pada Selasa dalam satu sidang media berkata tiada apa-apa kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berkaitan dengan kes SRC International dan dan RM2.6 billion. - Siakapkeli.my

Dana RM2.6b: Peguam Negara Didakwa Salah Guna Kuasa
kitabantai.info/
Posted by Kita Bantai


PETALING JAYA: Tan Sri Mohamed Apandi Ali didakwa menyalahgunakan kedudukannya sebagai Peguam Negara ketika meneliti kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes derma politik bernilai RM2.6 bilion dan SRC International.

Susulan itu, bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis bagi menggesa supaya siasatan dibuat ke atas Peguam Negara kerana dikhuatiri terlibat dengan kecuaian jenayah berkaitan kes yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya memohon pihak polis menyiasat Peguam Negara sama ada terdapat sebarang unsur salahguna kuasa, cuai jenayah, memutar belit fakta dan mengganggu penjawat awam daripada menjalankan tugas mahupun siasatan mereka secara telus, bebas serta komprehensif," kata Khairuddin menerusi kenyataan di Facebooknya pada Rabu.

Menerusi posting berkenaan Khairuddin turut memuat naik salinan laporan polis yang dibuat pada tengah hari Rabu di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di ibu negara.

Salinan laporan polis yang dimuat naik Khairuddin di Facebooknya.

Pada Selasa, Mohamed Apandi mengumumkan bahawa Najib tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung kes SRC International dan dana RM2.6 bilion.

Menurut Mohamed Apandi, ketiga-tiga kertas siasatan berhubung dua kes berkenaan akan dikembalikan kepada SPRM dengan arahan supaya ia ditutup.

Selain itu, Khairuddin menuntut Peguam Negara supaya mendedahkan hasil siasatan SPRM berhubung isu berkenaan.

"Peguam Negara harus memberi penerangan secara komprehensif kepada rakyat khususnya di dalam menzahirkan semua asas butiran siasatan yang telah dijalankan oleh pihak SPRM.

"Jawapan yang komprehensif dari Peguam Negara penting demi menjamin keutuhan imej serta kredibiliti Jabatan Peguam Negara pada pandangan rakyat secara menyeluruh," katanya.

sumber

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/01/dana-rm26b-peguam-negara-didakwa-salah.html#ixzz3yS6EqVel
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Portal Berita BBC Lapor Najib Terima RM2.08 Bilion Daripada Kerabat Diraja Arab Saudi
siakapkeli.my

PETALING JAYA: Menurut satu sumber dari Arab Saudi telah mengesahkan kepada Agensi berita British Broadcasting Company (BBC) bahawa dana sebanyak $681 juta (RM2.08 bilion) telah disalurkan daripada sebuah akaun beribadi daripada negara teluk berkenaan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik laporan mStar Online, sumber yang tidak didedahkan namanya itu memberitahu kepada BBC akaun peribadi berkenaan adalah milik seseorang yang 'kedudukan yang baik', dimana pembayaran itu dibenarkan oleh Allahyarham Raja Abdullah dan diperoleh daripada wang negara dan kewangan peribadi.

Portal BBC juga melaporkan bahawa wang berkenaan disumbangkan bertujuan untuk membantu Barisan Nasional memenangi Pilihan Raya Umum 2013 dimana ia dibuat untuk menggagalkan pengaruh Ikhwanul Muslimin.

Menurut BBC, pengaruh Ikhwanul Muslimin di Malaysia merujuk kepada pengasas parti pembangkang PAS telah diilhamkan oleh Ikhwanul Muslimin, tetapi mengakui bahawa ia dilihat tidak mempunyai banyak sokongan di Malaysia.

Ikhwanul Muslimin yang merupakan organisasi Muslim itu telah ditubuhkan di Mesir tetapi telah berkembang untuk mempengaruhi parti-parti politik lain di seluruh dunia.

Pada satu sidang akhbar pada Selasa lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Apandi Ali telah mengisytiharkan Najib bebas tanpa apa-apa kesalahan jenayah.

Apandi dalam sidang akhbar itu menyatakan bahawa sumbangan peribadi' berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion), yang didakwa sebelum ini sebanyak (AS$ 700 juta) RM2.6 bilion telah didermakan oleh kerabat diraja Saudi 'tanpa apa-apa balasan' dalam beberapa pemindahan antara Mac hingga April 2013 sebelum PRU ke-13 pada 5 Mei.

Peguam Negara berkata AS$ 620 juta (RM1.89 bilion) telah dikembalikan kepada kerabat diraja Saudi pada bulan Ogos 2013 kerana 'jumlah wang itu tidak digunakan'.

Baki AS$61 juta (RM186 juta) tidak diambil kira, kata BBC.

Selain itu Arab Saudi ketika ini dikatakan menganggap Ikhwan Muslimin merupakan sebuah pertubuhan pengganas, menurut BBC, dan langkah itu juga dibuat memandangkan bekas Presiden Mesir Mohammad Morsi yang mengukuhkan Ikhwanul Muslimin pada masa itu.

Laporan itu dengan jelas bahawa Arab Saudi juga menyokong kewangan kerajaan tentera yang menggulingkan Morsi.

Sumber itu menjelaskan bahawa tidak ada 'apa-apa yang luar biasa' apabila kerabat diraja Arab Saudi memberikan berjuta-juta ringgit 'sumbangan peribadi' kerana ia sebelum ini telah berbuat demikian di Jordan, Maghribi, Mesir dan Sudan.

Apandi juga membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan pinjaman kerajaan RM4 bilion pada tahun 2011 kepada SRC International, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), yang telah mengemukakan kertas siasatan, kemudiannya diarahkan untuk menutup fail.

Walau bagaimanapun, Pengarah Bahagian Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohd Zin pada Selasa berkata bahawa "kemungkinan besar" Suruhanjaya itu akan mempertimbangkan mengemukakan rayuan kepada Peguam Negara untuk menimbang semula keputusannya dalam 'kes mudah'. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 27, 2016 7:09 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kenderaan Perodua paling laris di Malaysia

bloglist-malaysia.blogspot
pendapatanda.com

Tahun 2015 menyaksikan kenderaan keluaran Perodua menjadi kenderaan nombor 1 paling laris di negara kita Malaysia. Jumlah keseluruhan jualan kenderaan keluaran Perodua adalah sebanyak 213, 307 unit.

Jumlah tersebut menjadikan Perodua menguasai pasaran kenderaan sebanyak 32% daripada keseluruhan kenderaan yang terjual di negara kita pada tahun 2015. Nampaknya Perodua menjadi jualan paling laris di Malaysia selama 10 tahun berturut-turut.

Jumlah keseluruhan kenderaan yang terjual di Malaysia pada tahun 2015 adalah sebanyak 666,674 unit. Meningkat seanyak 0.3% berbanding jualan keseluruhan kenderaan pada tahun sebelumnya. Tahun 2014 mencatatkan jumlah jualan kenderaan sebanyak 655,793 unit.

Jualan kereta keluaran Proton
Walaupun banyak masalah yang menimpa Proton, jualan kereta keluaran Proton masih berada di tangga kedua dengan jumlah jualannya mencapai sebanyak 102,175 unit pada tahun 2015. Ini menjadikan Proton kenderaan nombor 2 paling laris di negara kita.

Proton menguasai pasaran sebanyak 17.3% daripada keseluruhan jualan kenderaan di Malaysia.

Jualan kereta keluaran Honda dan Toyota
Honda telah memotong Toyota dalam jumlah jualan kenderaan pada tahun 2015. Kenderaan keluaran Honda menguasai pasaran sebanyak 14.2% di negara kita dengan hasil jualannya mencapai sebanyak 94,902 unit.

Toyota pula menjual sejumlah 93,760 unit dengan penguasaan pasaran sebanyak 14.1% pada tahun 2015. Tak banyak sangat Honda memotong jualan Toyota, tapi tentu ia merupakan berita gembira buat mereka kerana berjaya memotong hasil jualan Toyota.

Jika dibandingkan jumlah jualan kenderaan Honda, nampaknya proton hanya menjual lebih sebanyak 7,273 unit sahaja jualan mereka berbanding Honda. Jika dicampur pula hasil jualan Honda dengan Toyota, mereka masih tidak dapat memotong hasil jualan Perodua. Memang hebat nampaknya kenderaan keluaran Perodua.

Kenderaan Nissan pula menduduki nombor 3 dari segi hasil jualan kenderaan bukan buatan nasional di Malaysia. Nissan menjual sebanyak 47,235 unit.

Unjuran jualan kenderaan 2016
Pada tahun ini pula MAA menjangkakan jualan kenderaan akan merosot berbanding tahun 2015. Ini memandangkan kawalan ketat yang dikenakan oleh Bank Negara terhadap prosedur pinjaman bagi mengurangkan masalah bebanan hutang rakyat Malaysia.

MAA menjangkakan hanya sebanyak 650,000 init kenderaan sahaja yang akan terjual pada tahun 2016 ini.

Walaupun jumlah jualan itu menyusut sedikit, tapi nampaknya masih banyak kenderaan baru akan berada di atas jalanraya. Tahun demi tahun menyaksikan jumlah kenderaan baru masuk ke jalanraya bertambah melebihi setengah juta unit.

Dalam keadaan sekarangpun kita dah alami kesesakan lalulintas di kebanyakan pusat bandar, keadaan ini nampaknya akan semakin meruncing lagi tahun demi tahun. Kesesakan jalanraya pada musim cuti sudah tentu akan menjadi lebih gila berbanding tahun-tahun yang sudah.

Apakah jumlah kenderaan yang terjual menunjukkan bahawa sistem pengangkutan awam kita amat tidak boleh diharapkan ?

Bila sistem pengangkutan awam lemah dan tak boleh diharapkan, maka pengguna memilih untuk mendapatkan kereta bagi kegunaan perjalanan mereka samada untuk pergi kerja atau pergi berjalan-jalan ?

Sumber maklumat: The Edge

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 27, 2016 7:10 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jururawat patah tangan bergelut dengan peragut

kitabantai.info/
Posted by Kita Bantai


Suspek kes ragut jururawat ditahan polis.


Kota Bharu: Jururawat berusia 36 tahun patah tangan kiri akibat terjatuh selepas bergelut dengan dua lelaki yang cuba meragut beg tangannya berisi wang tunai RM21,000, tengah hari tadi.

Kejadian berlaku di depan bank di bandar Kubang Kerian, di sini kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Susulan itu, seorang lelaki warga Indonesia berusia 20 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu berkata, kira-kira 1 tengah hari, mangsa membuat pengeluaran wang berkenaan di sebuah bank ditemani dua anak.

"Ketika mahu masuk ke dalam kereta, dua lelaki termasuk suspek menghampiri, cuba merampas beg tangan mangsa dan berlaku pergelutan antara mereka.

"Mangsa cedera dan patah tangan kiri ketika pergelutan itu, namun jeritannya yang meminta tolong didengari polis di pondok bit berdekatan yang kemudian menangkap suspek.

"Seorang lagi suspek melarikan diri dan usaha memburunya sedang giat dilakukan," katanya di sini, hari ini.

Suspek direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, manakala mangsa dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).HM

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/01/jururawat-patah-tangan-bergelut-dengan.html#ixzz3yMP5asvt

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 27, 2016 7:11 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Presiden Argentina derma gaji kepada dapur jalanan

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Macri, 56, juga pernah menjadi pengerusi kelab bola sepak terkemuka Argentina, Boca Juniors pada tahun 1998
Presiden baharu Argentina, Mauricio Macri bakal menderma seluruh gajinya kepada sebuah dapur jalanan di Buenos Aires.

Macri yang memperoleh 61,000 pesos (RM20,400) sebulan akan menyerahkan gajinya kepada sebuah pertubuhan kebajikan persendirian yang menyediakan makanan kepada lebih 1,800 orang gelandangan di Villa Soldati, sebuah kawasan berpendapatan rendah di selatan ibu negara Argentina.

Macri dilaporkan telah membuat perkara yang sama ketika memegang jawatan Datuk Bandar Buenos Aires.

Selepas mengangkat sumpah sebagai presiden pada 10 Disember lalu, Macri telah melaksanakan pelbagai perubahan untuk memulihkan ekonomi Argentina.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 27, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Wednesday, 27 January 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: