Wednesday, January 27, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4383

10 Messages

Digest #4383
1
Fw: Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan PM by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
4
Fw: Amran Tompel sakit by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8
Fw: 50 Produk Kosmetik Yang Diharamkan by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Tue Jan 26, 2016 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Peguam Negara : Tiada Kesalahan Jenayah Dilakukan PM, Saksi Sahkan RM2.08 Billion Sumbangan Peribadi

siakapkeli.my

PUTRAJAYA: Jabatan Peguam Negara hari ini berpuas hati bahawa tiada kesalah jenayah yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkaitan tiga kertas siasatan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Negara(AG), Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengarhkan ketiga-tiga kertas siasatan terbabit ditutup di dalam satu sidang media sebentar tadi.

Menurut beliau, ketiga-tiga kertas siasatan tersebut yang membabitkan satu kertas siasata dana RM2.6 billion dan dua kertas siasatan berkaitan SRC International sudah dikemukakan kembali kepada SPRM.

"Berhubung kertas siasatan berkait dana yang dikatakan berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri, saya berpuas hati bahawa keterangan saksi dan dokumen sokongan yang dikemukakan pihak SPRM kepada saya menunjukkan bahawa dana yang dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri berjumlah AS$681 juta (RM2.08 bilion).

"Dana berkenaan, yang dimasukkan di antara tarikh 22 Mac 2013 dan 10 April 2013 adalah sumbangan peribadi kepada Perdana Menteri daripada keluarga diraja Arab Saudi dan diberikan kepada beliau tanpa apa-apa batasan.

"Pihak SPRM sendiri di dalam siasatan menemui dan merakamkan percakapan saksi termasuk pemberi sumbangan dana terbabit yang mengesahkan sumbangan terbabit diberikan kepada Perdana Menteri secara peribadi," katanya sebagaimana lapor BH Online.

PM Telah Kembalikan Semula Sebahagian Dari RM2.6 Billion Pada Ogos 2013 - Peguam Negara
siakapkeli.my

26 Jan - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah mengembalikan semula sebahagian dari wang RM2.6 billion yang diterima olehnya dari keluarga diraja Arab Saudi.

Menurut Apandi, sejumlah wang RM2.03 billion (AS$620) telah dikembalikan semula pada Ogos 2013 kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.

"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.08 bilion tersebut," katanya sebagaimana lapor Malaysiakini.

Apandi berkata sedemikian di sidang media pada hari ini. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 26, 2016 7:26 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Peguam Negara Dilantik Sebagai Anggota Lembaga Tabung Haji

siakapkeli.my

Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali dilantik sebagai anggota lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji, lapor portal Malaysiakini.

Perlantikan berkenaan dikatakan telah disahkan oleh wakil lembaga itu Anis Zuhani Ahmad kepada portal The Malaysian Reserve.

"Ya, kami boleh sahkan pelantikan Apandi Ali sebagai anggota lembaga Tabung Haji baru-baru ini," beliau dilaporkan sebagai berkata.

Hasil semakan kami di laman sesawang portal Tabung Haji mendapati memang sudah terdapat nama Apandi sudah tersenarai dalam organisasi berkenaan.

Berita perlantikan ini timbul ketika terdapat desas desus mengatakan lembaga pengarah itu melewatkan bayaran dividen kepada sembilan juta pendepositnya.

Berdasarkan laporan Malaysikini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki memberi jaminan bahawa lembaga itu dalam keadaan baik dan maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dikeluarkan lewat hari ini.

Asyraf demikian sebagai mengulas surat bocor kononnya daripada Bank Negara Malaysia memberi amaran Tabung Haji rizabnya dalam paras negatif.

Manakala berita perlantikan Tan Sri Mohamad Apandi Ali sebagai ahli lembaga pengarah ini juga muncul selepas peguam negara tersebut mengumumkan bahawa tiada kesalahan jenayah yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib Razak berhubung wang sumbangan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya serta siasatan berkaitan SRC International dan mahu SPRM menutup kes tersebut. - Siakapkeli.my

Pengerusi Tabung Haji Nafi Rizab TH Negatif
siakapkeli.my

26 JAN: Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azez Abdul Rahim hari ini menafikan laporan bahawa rizab dana jemaah Islam agensi tersebut berada dalam paras negatif.

"Tidak. Ia tidak benar", kata Azeez sebagaimana lapor BNBCC.

Azeez berkata sedemikian di luar persidangan Dewan Rakyat dan berkata Tabung Haji akan mengadakan sidang akhbar mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, Azeez enggan mengulas lanjut mengenai perkara terbabit.

Sebelum ini, tersebar satu dakwaan yang memaparkan satu surat dari Bank Negara Malaysia yang memberi amaran kepada Tabung Haji bahawa rizab mereka berada pada paras negatif. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 26, 2016 7:28 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Muka, badan bertukar warna pink kerana kosmetik ...

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Muka serta tubuh Abi yang bertukar menjadi merah jambu.

TINDAKAN seorang wanita yang tersalah guna produk kecantikan mengundang padah sehingga menyebabkan tubuh serta mukanya bertukar menjadi warna merah jambu selama tiga hari.

Abi Shenton menghantar tweet kepada syarikat produk kecantikan Lushcosmetics untuk bertanyakan sebab badannya serta tubunnya bertukar menjadi warna merah jambu selepas menggunakan produk kecantikan.

"Hai @Lushcosmetics, adakah produk anda akan menyebabkan kulit bertukar menjadi warna merah jambu,' tulisnya.

Terkejut dengan pertanyaan tersebut, syarikat komestik berkenaan meminta wanita itu menghubungi pusat khidmat nasihat Lush Comestic untuk bantuan khidmat nasihat.

Selepas diteliti, perkara tersebut terjadi disebabkan wanita berkenaan tersalah guna dan tidak membaca arahan penggunaan produk kosmetik tersebut.

Abi menjelaskan, dia tersalah faham tentang cara penggunaan produk yang dinamakan 'Razzle Dazzle' itu.

"Cara penggunaan produk berkenaan ialah dengan melarutkan ia ke dalam air, namun saya telah menyapu ke seluruh badan dan muka kerana menyangka cara penggunaannya adalah seperti sabun.

"Namun selepas tiga hari dan mandi, saya tidak lagi berwarna merah jambu," katanya dipetik Metro.uk.

Menurutnya lagi, saya tersilap menggunakan produk berkenaan namun berkata, dia tidak berasa serik untuk menggunakkannya lagi.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/01/muka-badan-bertukar-warna-pink-kerana.html#ixzz3yMQBUOfF
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 26, 2016 7:29 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Amran Tompel sakit

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Amran kini sakit dan hanya duduk di rumah

Kuala Lumpur: "Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zulkifli Mohamad (Zack KOOL) sudah melawat Amran ketika dia dirawat di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban baru-baru ini dan ada menghulurkan bantuan.

"Saya tidak dapat hadir kerana ada urusan lain dan mewakilkan dia menziarahi Amran bagi pihak kami," kata Presiden Seniman Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi berhubung kenyataan pelakon Amran Tompel, 65, yang terkilan kerana tidak dilawati mana-mana persatuan artis selepas terlantar akibat angin ahmar sejak Disember tahun lalu.

Amran atau nama sebenarnya Amran Aman Ramli mendakwa nasibnya tidak mendapat perhatian mana-mana persatuan artis.
Dia kini tidak mampu untuk bekerja dan hilang punca pendapatan akibat penyakit itu dan kini hanya duduk di rumahnya di Taman Matahari Height, Senawang, Negeri Sembilan.
Rozaidi berkata, anak Amran ada menghubungi Seniman memberitahu keadaan kesihatan bapanya yang ketika itu dirawat di hospital.
"Seniman tidak menunggu lama kerana terus menghantar wakil untuk melawat. Bantuan yang diberikan bergantung kepada jenis penyakit yang dihidapi," katanya.HM

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/01/amran-tompel-sakit.html#ixzz3yMO03XYW
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 26, 2016 7:30 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pereka Fesyen Perjelas Baju Didakwa Seperti 'Ayam Belanda' yang Dipakai Fara Fauzana Ketika AJL30

siakapkeli.my

PETALING JAYA, 25 Jan: Pereka busana 'ayam belanda' yang dipakai oleh Fara Fauzana pada malam Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) menjelaskan baju terbabit merupakan koleksi sedia ada yang dhasilkan pada tahun 2015.

Menurut Rizalman 44, Fara Fauzana meminjam baju itu pada saat akhir kerana busana dari pereka fesyen lain yang sepatutnya dipakai tidak bersesuaian dengan tema majlis anugerah tersebut.

"Untuk pencerahan Fara Fauzana memakai baju 'ayam belanda' itu daripada koleksi pakaian saya pada tahun 2015.

"Dia meminta untuk memakai pakaian tersebut dua hari sebelum AJL30, ketika itu saya sudah berlepas ke Paris. Baju sepatutnya dipakai (Fara) yang direka oleh pereka lain tidak bertepatan dengan tema.

"Beliau tiada pilihan selain berlari ke butik saya dan meminjam apa sahaja yang sudah tergantung di rak," ujarnya sebagaimana memetik laman Instagramnya.

Rizalman menjelaskan perkara tersebut sebagai menjawab kritikan penonton terhadap baju rekaannya itu yang dipakai oleh Fara Fauzana ketika mengacara AJL30 yang seolah-olah menyerupai 'ayam belanda'.

Rizalman juga berkata dia tidak berniat untuk menganiaya pengacara itu dan meminta masyarakat tidak terus mengkritik mereka atas apa yang berlaku.

Selain dari Fara Fauzana, Rizalman turut menyediakan baju yang dipakai oleh Dayang Nurfaizah pada malam itu.

Sementara itu, Fara Fauzana pula bersikap terbuka dengan menganggap segala kritikan sama ada yang baik atau buruk sebagai tanda bahawa masyarakat prihatin terhadap penampilannya.

"Positif atau negatif kita tetap suka sebab itu petanda orang prihatin pada kita. Satu yang kita pinta, pereka fesyen tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi cantikkan kita.

"Bukan salah baju mereka tapi, ya badan kita yang 'sado', tolong kutuk saya saja, jangan kutuk mereka," ujarnya. - Siakapkeli.my

Bukan Salah Baju, Tapi Badan Saya Yang 'Sado' - Fara Fauzana
siakapkeli.my

Berikutan tersebar gambar yang membandingkan pakaian Fara Fauzana ketika mengacarakan Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) dengan ayam belanda, Fara telah tampil meminta peminat supaya tidak menyalahkan pereka persalinan keduanya itu oleh Rizalman Ibrahim.

Fara yang merupakan mengacara radio Hot FM sebelum itu mengenakan persalinan rekaan Lynda Rahim sebelum menukar persalinan kedua di mana terus ada peminat yang mengedit gambarnya memakai baju berkenaan di sebelah gambar ayam belanda.

"Pereka tiada salahnya kerana mereka penat bekerja demi mencantikkan saya. Bukan salah baju, tetapi salah badan saya yang 'sado'. Jadi, kalau nak kutuk, biarlah saya yang dikutuk. Jangan kutuk pereka fesyen," kata Fara di laman Instagramnya, semalam.

Sebelum itu, Rizalman telah menjelaskan bahawa pakaian yang dipakai oleh Fara tersebut adalah koleksi sedia ada daripada tahun lalu lagi.

Baju berkenaan yang dipakai oleh Fara untuk menjadi pengacara pada malam AJL30 itu telah dipinjam pada saat akhir apabila pakaian oleh pereka fesyen lain yang sepatutnya digayakan wanita itu, tidak bersesuaian dengan tema majlis anugerah berkenaan.

Sementara itu, mengenai kritikan terhadap gaya pengacaraan pada acara terbabit, Fara yang mengendalikan AJL30 bersama AG, enggan memanjangkan perkara berkenaan.

"Saya cukup seronok bekerja dengan AG. Dialah hero saya pada malam itu. Bab gagap dan tersilap itu memang (salah) saya. Gementar itu janganlah cakap kerana sudah bertahun saya tak mengacarakan AJL.

"AG yang banyak 'cover' kesilapan saya. Apapun, saya sayang awak semua dan terima kasih kepada yang sudi memberi komen.

"Positif atau negatif komen kalian, saya tetap suka kerana itu tanda semua yang menonton dan memerhatikan saya sangat prihatin," katanya dipetik BH Online. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 26, 2016 7:30 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Mak Toleh Belakang, Tengok Troli Dengan Adik Yang Ada Dalam Tu Sudah Hilang

siakapkeli.my

Sejak kebelakangan ini kita sering terdengar pelbagai kisah yang terjadi di dalam masyarakat, ada kisah yang sebenarnya agak membimbangkan terutamanya ibu bapa.

Terbaru, diceritakan oleh seorang pengguna Facebook bernama Schazwaney Sara di mana hari ini ibunya mengalami satu peristiwa yang amat ditakuti oleh ramai ibu bapa.

Kejadian berkenaan berlaku di sebuah pusat membeli belah

Ya Allah, benda yang paling kami takuti telah terjadi kepada Mami saya.

Kira-kira jam 2.30 petang tadi, Mami saya telah keluar pergi membeli belah dengan adik saya bernama Adam di NSK kuchai Lama, seperti biasa Adam memang suka duduk dalam troli sambil makan.

Mami letak Adam di tepi dia, dengan orang ramai dekat situ, ketika Mami tengah pilih-pilih ikan, Mami terdengar Adam memangil.

"Mami, Mami, Mami", mungkin Mami tidak sedar, bila Mami toleh belakang Adam dah tiada sekali dengan troli yang penuh dengan barang itu.

Mami apa lagi, terus menjerit-jerit memanggil nama Adam, selepas itu Mami terus ke kaunter "Customer Service" mintak tolong pengawal keselamatan untuk jaga semua pintu keluar masuk.

"Alahamdulillah", akhirnya ada orang jumpa Adam dekat tepi kaunter keluar, agak jauh juga dari tempat Adam hilang.

Mungkin orang itu tidak sempat nak bawa Adam keluar memandangkan hendak bawa keluar troli kena bayar dulu barang-barang yang ada dalam tu.

Petang ini Mami akan ke NSK Kuchai Lama untuk tengok balik rakaman kamera litar tertutup CCTV untuk kenal pasti siapa yang tolak troli tersebut.

Hati-hati semua. - Schazwaney Sara

- Siakapkeli.my

**Sehingga kini jam 4.30 petang laporan polis belum dibuat

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 26, 2016 7:31 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tedung selar berkepala merah berjaya ditangkap

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Seekor ular tedung selar berkepala merah seberat 27kg berjaya ditangkap di sebuah kilang tisu di Benus.

BENTONG - Seekor ular tedung selar seberat 27 kilogram (kg) yang memasuki sebuah kilang membuat tisu di Benus, di sini berjaya ditangkap anggota bomba, Rabu lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong, Zainal Abidin Nong Chik berkata, seramai tiga anggota yang diketuai Pegawai Bomba, Rahim Abdullah terlibat dalam operasi menangkap reptilia berbisa sepanjang empat meter itu.

Menurutnya, anggota terlibat bergegas ke pejabat penyelia kilang berkenaan selepas menerima panggilan daripada orang awam.

"Sebaik tiba di kilang berkenaan pada kira-kira jam 3.35 pagi, anggota kita mendapati ular tedung berkenaan berada di bawah meja.

"Kita jolok guna peralatan khas untuk paksa ular itu keluar sebelum menangkapnya dengan penjerut khas bagi mengelak ia tercedera," katanya kepada pemberita di sini.

Zainal Abidin berkata, usaha menangkap ular tedung selar berkepala merah berkenaan mengambil masa kira-kira 45 minit.

Menurutnya, ular tedung selar sebesar lengan lelaki dewasa itu dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat Bentong sebelum dihantar ke Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh untuk tindakan lanjut.

Katanya, pada masa ini ular berkenaan berada di bawah jagaan Unit Khas Kawalan Ular Temerloh yang mempunyai kepakaran menjaga dan mengawal reptilia tersebut.

Beliau berharap orang ramai segera menghubungi pihak berkuasa sekiranya terjumpa haiwan berbisa di dalam premis atau rumah.SN

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/01/tedung-selar-berkepala-merah-berjaya.html#ixzz3yMPpQkoD

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 26, 2016 7:32 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kementerian Kesihatan Senaraikan 50 Produk Kosmetik Yang Diharamkan

siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 25 Jan - Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) semalam telah mengeluarkan senarai 50 produk kosmetik beracun yang telah diharamkan oleh kementerian tersebut.

Senarai itu dikeluarkan oleh KKM menerusi laman facebook rasminya.

Berikut adalah 50 senarai yang dikeluarkan oleh KKM:

1. Khazanah White Pembersih Wajah
2. Gloskin Krim Malam & Siang
3. Reena's Astringen Lanjutan
4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk
5. EETYE Whitening Cream
6. O'Lynn Skin Lightening Cream
7. Hans Beauty Flawless Day Cream
8. Hans Beauty Flawless Night Cream
9. Hans Beauty Treatment Toner
10. AS Beauty Night Cream
11. AS Beauty Day Cream
12. Golden Horse Herbal Milk Lotion
13. Golden Horse Bio C omplex Cream
14. Dermaceutic Spot Cream
15. Dermaceutic Spot Peel Cream
16. Yellow Cream (Krim Ku-Neng)
17. Dnars Magic Gold Foundation
18. SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM
19. Sensual Meiji Skin Renewar Cream
20. Acrena Pure Herbal Papaya Soap
21. White Complex
22. SS Pearl Cream
23. SS Vita C Night Repair
24. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
25. Natural 99 Night Cream
26. Natural 99 Day Cream
27. SF Beauty Night Cream (Facial)
28. SF Beauty Day Cream (Facial)
29. Aveana Night Revival Cream
30. Blemished Skin Ampoules
31. Golden Horse B&W Cream
32. Felisa Gentle Peeling Solution
33. Krim Malam Rahsia Rimba
34. Eriesya Spa Beauty Cream
35. Natasya Krim Herba
36. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
37. Ratna Sari Whitening Night Cream
38. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream
39. Chantique - Whitening Night Cream
40. NV Toner Treatment No 1
41. Zara Rejuvenation Cream
42. Natasya Gold Krim Herba
43. De Putih Night Cream
44. BML HB LOTION
45. Yoko Whitening Cream
46. Sensual Whitening Cream
47. Derma-Rx Arbutin-R Cream
48. EZEE SUNBLOCK CREAM
49. MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE
50. Daily Protecting Cream - Joie et Beaute

Selain itu pengguna boleh menyemak status senarai penuh di laman web www.bpfk.gov.my.

- Siakapkeli.my

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Government Organization · 560,083 Likes
· January 23 at 11:40pm ·
Berikut senarai produk-produk kosmetik yang disahkan mengandungi bahan-bahan beracun yang diharamkan:

1. Khazanah White Pembersih Wajah
2. Gloskin Krim Malam & Siang
3. Reena's Astringen Lanjutan
4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk
5. EETYE Whitening Cream
6. O'Lynn Skin Lightening Cream
7. Hans Beauty Flawless Day Cream
8. Hans Beauty Flawless Night Cream
9. Hans Beauty Treatment Toner
10. AS Beauty Night Cream
11. AS Beauty Day Cream
12. Golden Horse Herbal Milk Lotion
13. Golden Horse Bio C omplex Cream
14. Dermaceutic Spot Cream
15. Dermaceutic Spot Peel Cream
16. Yellow Cream (Krim Ku-Neng)
17. Dnars Magic Gold Foundation
18. SF PROTECT & PERFECT DAY CREAM
19. Sensual Meiji Skin Renewar Cream
20. Acrena Pure Herbal Papaya Soap
21. White Complex
22. SS Pearl Cream
23. SS Vita C Night Repair
24. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment
25. Natural 99 Night Cream
26. Natural 99 Day Cream
27. SF Beauty Night Cream (Facial)
28. SF Beauty Day Cream (Facial)
29. Aveana Night Revival Cream
30. Blemished Skin Ampoules
31. Golden Horse B&W Cream
32. Felisa Gentle Peeling Solution
33. Krim Malam Rahsia Rimba
34. Eriesya Spa Beauty Cream
35. Natasya Krim Herba
36. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya
37. Ratna Sari Whitening Night Cream
38. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream
39. Chantique - Whitening Night Cream
40. NV Toner Treatment No 1
41. Zara Rejuvenation Cream
42. Natasya Gold Krim Herba
43. De Putih Night Cream
44. BML HB LOTION
45. Yoko Whitening Cream
46. Sensual Whitening Cream
47. Derma-Rx Arbutin-R Cream
48. EZEE SUNBLOCK CREAM
49. MONTAGNE JEUNESSE CHOCOLATE MASQUE
50. Daily Protecting Cream - Joie et Beaute

Senarai penuh produk kosmetik yang diharamkan KKM rujuk di www.bpfk.gov.my

BPFK
www.bpfk.gov.my
www.bpfk.gov.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Tue Jan 26, 2016 8:40 am (PST) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Tuesday, 26 January 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: