Thursday, January 21, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4377

10 Messages

Digest #4377

Messages

Wed Jan 20, 2016 7:37 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

TAKTIK PENIPUAN TARIK KERETA BERLUASA ANDA MUNGKIN MANGSA SETERUSNYA JIKA TIDAK MEMBACA PESANAN INI.

bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

Dari FB Pn.Adilla Rashid:

Salam warga Putrajaya..

Semalam (15/1/16) tengahari sy dgn husband nk g amik anak kat presint 5..sekolah kt sana..tetiba husband perasan yg kereta kami diekori..x sedap hati dia wt u turn byk kali still kereta tu ikut..tetiba dia overtake kitorg and minta stop..ms tu kt depan sekolah presint 5 tu..

Apa yg kami perasan kereta proton saga plat no BKA 8550..ada 4 indian..kata nak tarik kereta kami.

Dorg dh gertak2 minta kami keluar kereta tp sbb ada anak2 mmg kereta kami dilock sentiasa..sy minta surat bank tp xde katanya..bank call minta ambil je kereta tu.sy terus call polis..semasa tgu polis tu dorg ugut2 lg..tunjuk sy kad kuasa tp apa yg sy perasan kad tu dh expired..sy amik phone n amik gambar dia..marah betul dia..nak tercabut pintu kereta..

Polis call sy balik kata dh di area sy tu..trus mereka ni cabut lari naik kereta..polis sampai tp dorg lari. Polis ambil report dan minta hati2 juga..kata ada gak kes cmni berlaku..

Apa yg sy risaukan ialah klu sy memandu seorg diri ms tu..n ada anak2..kawan2 pn ada yg memandu sendiri..Klu sy yg drive td myb sy x perasan pn diekori. Husband pn dah call bank n xde mslh pn akaun kereta kami.. mmg bkn dr bank nak tarik kereta tu..myb gak nak curi kereta.

So kawan2 semua take care..n jgn cepat panik..

comments:

Anonymous said...
elok puan buat susulan kes ini. Tanya balai kes ini mcm mana. sbb no kereta dah ada...

ada kes dlm blog dulu yg menunjukkan polis bersubahat dgn penjenayah. bila polis sampai, boleh pula mrk berborak2 dgn penjenayah tarik kereta tsb.

perkara ini juga berlaku di plus r&r tapah. jgn berhenti disitu...

Anonymous said...
Mengapa penjenayah seperti pencuri, perompak, pembunuh, penceroboh, ahlong, MLM, penipu, gores dan menang, penjual h/phone, penjual barang tiruan @ clone, sendiket pemerdagangan manusia, bapa ayam dan ibu ayam dll bebas melakukan jenayah di negara ini?

Anonymous said...
kalau itu gambar sudah ada tak kan tak boleh cari mamat ni
jangan bagi muka bahya pengganas ni
jangan asyik kira pengganas berani mati saja ini pun pengganas jugak
mana tau lain kali dia oarang bertindak lagi ganas
cubaan menipu tak kan tak ada hukum yang boleh didakwa

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 20, 2016 7:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Harga Minyak Susut - PETRONAS Kini Dilanda Masalah - Gaji Kakitangan Dipotong, Masa Bekerja Dikurangkan.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot.

Laporan Awani menyebut bahawa Petronas bakal memotong perbelanjaan sehingga 50b dalam tempoh 4 tahun berikutan harga minyak global yang terus susut.

Rujuk : sini.

Sebelum ini Najib juga mengumumkan akan membentangkan semula bajet (mengubahsuai) berikutan harga minyak dunia yang terus susut.

Ini pula serba sedikit pendapat dari Elias Abllah dalam mengulas krisis Petronas.

Di media sosial dan whatapps group telah tersebar perutusan khas Presiden Petronas kepada kakitangan Petronas. Perutusan oleh Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin sepatutnya untuk edaran dalaman Petronas sahaja.

Tentu sekali, Datuk Wan kecewa dengan sebahagian kakitangannya yang menyebarkan perutusan tersebut.

Perutusan itu untuk meredakan gossip akan nasib pekerja Petronas dan menyatakan betapa empati Presiden kepada nasib kakitangan.

Harga minyak $28/bbl tentunya menyebabkan mereka yang terlibat dengan sektor minyak dan gas tidak nyeyak tidur malam.

Setakat ini dilaporkan 20,000 orang telah hilang kerja sama ada kontraknya tidak di sambung, VSS, MSS dan apa lagi SS.

Shell, Murphy, Shlumberger antara gergasi yang telah megambil tindakan drastik membuang pekerja demi kelangsungan syarikat.

Saya ingin meneliti, adakah Downstream akan menjadi Penyelamat?

Antara faktor yang boleh membujuk hati pekerja Petronas ialah projek RAPID di Penggerang Johor.

Penggerang ni dikhabarkan lagi hulu daripada Gua Musang. Kakitangan yang bekerja di tapak pembinaan RAPID terpaksa ditempatkan dalam kem. Tidak ada hotel di sana.

Bila siap beroperasi, RAPID akan memerlukan ramai pekerja, oleh itu kakitangan Petronas di Petronas Carigali boleh ditempatkan semula di RAPID nanti.

Di atas kertas nampak cantik, tetapi ada tiga hurdle kepada plan ini,

1. Timing
2. Downstream and Petrochemical Profit Margin Squeeze
3. Non-transferable Skill

#1 Timing
Pada Mei 2015, Petronas Mengumumkan yang projek RAPID akan siap lewat daripada perancangan awal dan hanya akan beroperasi sepenuhnya pada 2019.

Kelewatan ini juga berpunca daripada harga minyak yang rendah menyebabkan Petronas menyemak kembali jadual perbelanjaan CAPEX dan rundingan semula dengan kontraktor.

Oleh kerana harga minyak jatuh tahun 2015 dan RAPID siap tahun 2019, bagaimana mahu ditempatkan semula jika rumah yang dipindah masuk belum siap?

Adakah Petronas akan cold storage kakitangan mereka dan menambahkan lagi kerugian?

#2 Downstream and Petrochemical Profit Margin Squeeze

Semalam, Chinese Premier Li Keqiang menyatakan ekonomi China adalah yang paling perlahan pertumbuhan ekonominya dalam masa dua dekat.

Pemulihan yang perlahan di Eropah dan juga US buka sahaja memberi kesan kepada harga minyak tetapi juga profit margin di sektor hiliran.

Faktor ekonomi China dan pemulihan ekonomi global yang perlahan menyebabkan permintaan diesel dan petrol kurang berkembang seperti sebelumnya.

Terbaru Exxon Mobil dan Shell melaporkan profit margin di sektor penapisan minyak menyusut dengan mendadak.

Dikala harga minyak yang rendah sektor downstream tidak dapat diharapkan untuk menampung kerugian di sektor upstream.

Kini bukan soal adakah RAPID boleh menyelamatkan pekerja Petronas tetapi bolehkah RAPID menyelamatkan Petronas. Siapa yang perlu berkorban demi menyelamatkan Petronas.

#3 Non-transferable Skill

Andainya RAPID beroperasi, Petronas ada dua pilihan untuk sumber tenaga manusia.

Pertama, mengambil pekerja yang berpengalaman di luar Petronas

Kedua, melatih semula kakitangan upstream untuk bekerja di RAPID.

Cara yang memberi economic sense ialah mengambil pekerja yang sesuai dengan skill yang diperlukan.

Cara ini lebih menjimatkan daripada melatih pekerja lama daripada skill base yang berbeza.

Lagipun dengan mengambil pekerja baru dari pasaran tenaga kerja terbuka, Petronas boleh dapatkan terma yang lebih baik, contohnya menawarkan pakej gaji yang lebih murah.

Gaji kakitangan di sektor upstream tidak murah.

Kesimpulan

Dalam perutusan Presiden Petronas, Datuk Wan memberi masa sehingga Mac 2016 untuk memutuskan organisasi baru Petronas.

Pilihan dan masa yang ada untuk Datuk Wan tidak banyak.

Wassalam
#savepetronas

Harga Minyak Dilapor Terendah Sejak 2009, Kenapa Harga Minyak Di Malaysia Tak Turun Lagi?
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan niaga hadapan Brent jatuh ke paras terendah baharu dalam tempoh lima setengah tahun berikutan kebimbangan terhadap lebihan bekalan global hingga menyebabkan permintaan berterusan lemah.

Dua penanda aras minyak, Brent dan West Texas Intermediate ketika ini kehilangan lebih daripada separuh nilai mereka berbanding harga kemuncak yang dicatatkan pada pertengahan tahun lepas.

Minyak mentah AS hari ini mencatatkan harga serendah AS$51.40 (RM181.30) setong, iaitu merupakan kadar terendah sejak Mei 2009.

Minyak mentah Brent bagi Februari jatuh kepada AS$55.36 (RM195.27) setong, juga harga terendah sejak Mei 2009.

Tindakan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada November lalu mengekalkan pengeluaran telah mempercepatkan kejatuhan harga minyak.

Ini ditambah lagi dengan pengeluaran minyak yang tinggi oleh Rusia serta rekod eksport tertinggi Iraq sejak 1980, sekali gus membimbangkan peningkatan lebihan bekalan.

Sementara itu, Pengurus Jualan Komoditi Newedge Japan, Yusuke Seta berkata, permintaan minyak mentah dijangka tidak meningkat tahun ini melihat kepada keadaan ekonomi China, Jepun dan Eropah.

Katanya, kelemahan mata wang euro menyumbang kepada kejatuhan harga minyak mentah kerana ia mengurangkan kuasa beli pemegang euro kepada minyak yang menggunakan mata wang dolar.

"Kelembapan euro secara teori memberi tekanan negatif kepada Brent meskipun pelan rangsangan ekonomi di zon euro mungkin memberi lebih banyak kecairan di wilayah berkenaan yang mungkin boleh membantu Brent," ujarnya lapor Utusan

Wed Jan 20, 2016 6:59 pm (PST) . Posted by:

Baru turun 2-3 bulan dah kecoh.

Time untung berpuluh tahun tak pulak kecoh





From: "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]"
<automobil@yahoogroups.com>
To: "zzxmelayucyber" <melayucyber@yahoogroups.com>,
Date: 20/01/2016 11:40 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Kenapa Harga Minyak
Di Malaysia Tak Turun Lagi?
Sent by: automobil@yahoogroups.com





Harga Minyak Susut - PETRONAS Kini Dilanda Masalah - Gaji Kakitangan
Dipotong, Masa Bekerja Dikurangkan.
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot.



Laporan Awani menyebut bahawa Petronas bakal memotong perbelanjaan
sehingga 50b dalam tempoh 4 tahun berikutan harga minyak global yang terus
susut.

Rujuk : sini.

Sebelum ini Najib juga mengumumkan akan membentangkan semula bajet
(mengubahsuai) berikutan harga minyak dunia yang terus susut.

Ini pula serba sedikit pendapat dari Elias Abllah dalam mengulas krisis
Petronas.

Di media sosial dan whatapps group telah tersebar perutusan khas Presiden
Petronas kepada kakitangan Petronas. Perutusan oleh Datuk Wan Zulkiflee
Wan Ariffin sepatutnya untuk edaran dalaman Petronas sahaja.

Tentu sekali, Datuk Wan kecewa dengan sebahagian kakitangannya yang
menyebarkan perutusan tersebut.

Perutusan itu untuk meredakan gossip akan nasib pekerja Petronas dan
menyatakan betapa empati Presiden kepada nasib kakitangan.

Harga minyak $28/bbl tentunya menyebabkan mereka yang terlibat dengan
sektor minyak dan gas tidak nyeyak tidur malam.

Setakat ini dilaporkan 20,000 orang telah hilang kerja sama ada kontraknya
tidak di sambung, VSS, MSS dan apa lagi SS.

Shell, Murphy, Shlumberger antara gergasi yang telah megambil tindakan
drastik membuang pekerja demi kelangsungan syarikat.

Saya ingin meneliti, adakah Downstream akan menjadi Penyelamat?

Antara faktor yang boleh membujuk hati pekerja Petronas ialah projek RAPID
di Penggerang Johor.

Penggerang ni dikhabarkan lagi hulu daripada Gua Musang. Kakitangan yang
bekerja di tapak pembinaan RAPID terpaksa ditempatkan dalam kem. Tidak ada
hotel di sana.

Bila siap beroperasi, RAPID akan memerlukan ramai pekerja, oleh itu
kakitangan Petronas di Petronas Carigali boleh ditempatkan semula di RAPID
nanti.

Di atas kertas nampak cantik, tetapi ada tiga hurdle kepada plan ini,

1. Timing
2. Downstream and Petrochemical Profit Margin Squeeze
3. Non-transferable Skill

#1 Timing
Pada Mei 2015, Petronas Mengumumkan yang projek RAPID akan siap lewat
daripada perancangan awal dan hanya akan beroperasi sepenuhnya pada 2019.

Kelewatan ini juga berpunca daripada harga minyak yang rendah menyebabkan
Petronas menyemak kembali jadual perbelanjaan CAPEX dan rundingan semula
dengan kontraktor.

Oleh kerana harga minyak jatuh tahun 2015 dan RAPID siap tahun 2019,
bagaimana mahu ditempatkan semula jika rumah yang dipindah masuk belum
siap?

Adakah Petronas akan cold storage kakitangan mereka dan menambahkan lagi
kerugian?

#2 Downstream and Petrochemical Profit Margin Squeeze

Semalam, Chinese Premier Li Keqiang menyatakan ekonomi China adalah yang
paling perlahan pertumbuhan ekonominya dalam masa dua dekat.

Pemulihan yang perlahan di Eropah dan juga US buka sahaja memberi kesan
kepada harga minyak tetapi juga profit margin di sektor hiliran.

Faktor ekonomi China dan pemulihan ekonomi global yang perlahan
menyebabkan permintaan diesel dan petrol kurang berkembang seperti
sebelumnya.

Terbaru Exxon Mobil dan Shell melaporkan profit margin di sektor penapisan
minyak menyusut dengan mendadak.

Dikala harga minyak yang rendah sektor downstream tidak dapat diharapkan
untuk menampung kerugian di sektor upstream.

Kini bukan soal adakah RAPID boleh menyelamatkan pekerja Petronas tetapi
bolehkah RAPID menyelamatkan Petronas. Siapa yang perlu berkorban demi
menyelamatkan Petronas.

#3 Non-transferable Skill

Andainya RAPID beroperasi, Petronas ada dua pilihan untuk sumber tenaga
manusia.

Pertama, mengambil pekerja yang berpengalaman di luar Petronas

Kedua, melatih semula kakitangan upstream untuk bekerja di RAPID.

Cara yang memberi economic sense ialah mengambil pekerja yang sesuai
dengan skill yang diperlukan.

Cara ini lebih menjimatkan daripada melatih pekerja lama daripada skill
base yang berbeza.

Lagipun dengan mengambil pekerja baru dari pasaran tenaga kerja terbuka,
Petronas boleh dapatkan terma yang lebih baik, contohnya menawarkan pakej
gaji yang lebih murah.

Gaji kakitangan di sektor upstream tidak murah.

Kesimpulan

Dalam perutusan Presiden Petronas, Datuk Wan memberi masa sehingga Mac
2016 untuk memutuskan organisasi baru Petronas.

Pilihan dan masa yang ada untuk Datuk Wan tidak banyak.

Wassalam
#savepetronas

Harga Minyak Dilapor Terendah Sejak 2009, Kenapa Harga Minyak Di Malaysia
Tak Turun Lagi?
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka



Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) dan niaga hadapan Brent jatuh ke paras
terendah baharu dalam tempoh lima setengah tahun berikutan kebimbangan
terhadap lebihan bekalan global hingga menyebabkan permintaan berterusan
lemah.

Dua penanda aras minyak, Brent dan West Texas Intermediate ketika ini
kehilangan lebih daripada separuh nilai mereka berbanding harga kemuncak
yang dicatatkan pada pertengahan tahun lepas.

Minyak mentah AS hari ini mencatatkan harga serendah AS$51.40 (RM181.30)
setong, iaitu merupakan kadar terendah sejak Mei 2009.

Minyak mentah Brent bagi Februari jatuh kepada AS$55.36 (RM195.27) setong,
juga harga terendah sejak Mei 2009.

Tindakan Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) pada November lalu
mengekalkan pengeluaran telah mempercepatkan kejatuhan harga minyak.

Ini ditambah lagi dengan pengeluaran minyak yang tinggi oleh Rusia serta
rekod eksport tertinggi Iraq sejak 1980, sekali gus membimbangkan
peningkatan lebihan bekalan.

Sementara itu, Pengurus Jualan Komoditi Newedge Japan, Yusuke Seta
berkata, permintaan minyak mentah dijangka tidak meningkat tahun ini
melihat kepada keadaan ekonomi China, Jepun dan Eropah.

Katanya, kelemahan mata wang euro menyumbang kepada kejatuhan harga minyak
mentah kerana ia mengurangkan kuasa beli pemegang euro kepada minyak yang
menggunakan mata wang dolar.

"Kelembapan euro secara teori memberi tekanan negatif kepada Brent
meskipun pelan rangsangan ekonomi di zon euro mungkin memberi lebih banyak
kecairan di wilayah berkenaan yang mungkin boleh membantu Brent," ujarnya
lapor Utusan


Wed Jan 20, 2016 7:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Selamatkan Duit Anda, Jangan Bayar Saman AES - Peguam Janji Tampilkan Diri Bantu Pengguna Jika Perlu Ke Mahkamah.

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

SELAMATKAN DUIT ANDA - JANGAN BAYAR SAMAN AES.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Low Tiong Lai semalam dilaporkan sebagai berkata Kementeriannya akan menyambung semula perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bermula MAC 2016 serentak dengan penguatkuasaan semula Sistem KEJARA.

Minggu lepas Timbalannya Datuk Aziz Kaprawi berkata Kementeriannya juga akan membawa cadangan kepada Jemaah Menteri bagi memberikan diskaun 50% kompaun saman-saman AES yang masih belum dijelaskan. Cadangan pemberian diskaun tersebut bertujuan menyelesaikan masalah lambakan saman AES yang masih tertunggak berjumlah lebih kurang 1.91 juta saman. Aziz juga berkata Kerajaan sanggup kerugian hampir setengah bilion ringgit bagi tujuan tersebut.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF dengan ini menyeru dan mengajak semua pengguna jalanraya yang menerima saman AES sejak September 2012 sehingga hari ini yang masih belum membuat bayaran agar TIDAK MEMBUAT BAYARAN saman-saman yang diterima.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF mengajak semua penerima saman AES supaya mengabaikan sahaja saman-saman yang telah diterima.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF menegaskan bahawa saman tidak diperlu dijelaskan. Tiada sebarang peruntukkan mewajibkan saman dijelaskan.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF memberi aku janji akan bersama mempertahankan anda jika anda dibawa ke Mahkamah kerana tidak menjelaskan saman-saman AES.

Saya, ZULHAZMI SHARIFF mendesak Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pengangkutan membatalkan dan melupuskan semua saman-saman yang telah dikeluarkan sejak September 2012 sehingga sekarang.

JANGAN PENAT MELAWAN PENINDASAN.
BERANI BERUBAH.

ZULHAZMI SHARIFF.
19012016

Sumber.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 20, 2016 7:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pemilik Volkswagen Dapat 'Logo' Baru Selepas Letak Kereta Sesuka Hati

siakapkeli.my

Bukan sekali dua kita disajikan dengan gambar-gambar viral kenderaan diparkir secara sesuka hati di tempat-tempat yang tidak sepatutnya.

Keadaan ini sekaligus menunjukkan sikap sebenar pemandu atau pemilik kenderaan itu yang tidak suka mengikut peraturan.

Terbaru yang sedang viral di laman-laman sosial adalah gambar sebuah kereta Volkswagen bewarna hitam yang dicat dengan dengan perkataan yang tidak elok maknanya.

Tak semena-mena pemiliknya mendapat satu lagi 'logo' baru di badan kenderaannya.

Mengikut gambar berkenaan, ia dirakamkan pada 18 Januari lalu namun tidak dapat dipastikan lokasi sebenar kejadian itu berlaku. -Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 20, 2016 7:40 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Berita Baik Untuk Semua Pengguna WhatsApp : Tiada Lagi 'Iklan&#39; $0.99 Setahun

siakapkeli.my

Kuala Lumpur,18 Jan - Berita baik untuk semua pengguna Whatsapp!!

Aplikasi mesej paling popular dunia, WhatsApp hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memansuhkan caj $0.99 setahun yang dikenakan kepada orang ramai yang ingin menggunakan aplikasi tersebut bermula tahun 2016.

Menerusi satu posting di blog mereka, syarikat milik Facebook itu memberitahu pemansuhan itu akan melibatkan pengguna di seluruh dunia.

Sebelum ini, Whatsapp tidak mengenakan sebarang caj kepada pengguna untuk tahun pertama namun caj sebanyak US$0.99 (RM4.32) untuk tahun yang berikutnya.

"Setelah kami semakin matang, kami mendapati cara ini(caj US$0.99) tidak berjalan dengan baik

"Ramai pengguna Whatsapp tidak mempunyai kad debit atau kredit dan mereka bimbang akan kehilangan akses kepada rakan dan keluarga selepas tahun pertama", kata posting terbabit.

Di dalam posting itu juga, WhatsApp berkata mereka akan mencuba model bisnen lain dengan mengenakan caj kepada bisnes yang mahu berinteraksi dengan pelanggan.

"Ini mungkin bermakna berkomunikasi dengan bank anda mengenai transaksi palsu, atau dengan syarikat penerbangan tentang pesawat tertangguh", tulisnya.

Namun menurut mereka, perkara ini masih lagi diuji dan dalam eksperimen.

Whatsapp telah dibeli oleh Facebook pada 2014 dengan nilai $19 billion dan servis itu semakin berkembang dengan mempunyai pengguna seramai 900 juta. - Siakapkeli.my

WhatsApp Kini Percuma Sepenuhnya – Tiada Lagi Yuran Langganan
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


PERKHIDMATAN pesanan mudah alih WhatsApp yang dimiliki oleh Facebook Inc berkata, ia tidak lagi mengenakan caj langgan tahunan dan merancang untuk menguji alat-alat untuk membolehkan pengguna berkomunikasi secara langsung dengan organisasi dan perniagaan menerusi aplikasi tersebut.
WhatsApp yang mempunyai 900 juta pengguna di seluruh dunia dan berfungsi menerusi pelbagai jenis telefon berkata, ia tidak merancang untuk melancarkan pengiklanan pihak ketiga bagi menjana pendapatan.

Ia hanya mengenakan caj untuk bayaran langganan tahunan sebanyak AS$0.99 (RM4.35) atau setaraf, yang dikecualikan pada tahun pertama, dan berkata, ia akan menamatkan bayaran langganannya dalam beberapa minggu akan datang.
Ia akan menguji alat-alat yang membolehkan pengguna berkomunikasi dengan organisasi dan perniagaan di WhatsApp, berbanding menerusi pesanan teks dan panggilan telefon.

WhatsApp merupakan salah satu aplikasi pertama yang membolehkan orang ramai menghantar dan menerima teks pesanan menerusi telefon pintar.
Tanpa caj rangkaian, ia akan menjadi semakin popular di kalangan pengguna muda.
Ia menyaksikan persaingan berdasarkam aplikasi perkhidmatan yang ditawarkan oleh antara lain adalah Google. - Reuters

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 20, 2016 7:41 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

"Mak Nak Pinjam RM300?, Nanti Saya Tanya Isteri Saya Dulu," Jawapan Anak Berat Untuk Mengiyakan

siakapkeli.my

Ibu, seorang insan yang begitu cekal, ibu disamping suaminya sang ayah, membela, membelai, mengasuh, membelai dan sanggup berkorban demi memastikan kita sebagai anak membesar dengan baik dan berjaya.

Disebalik membesarkan kita, abang, kakak dan adik kita, mereka telah banyak berkorban masa, wang ringgit, dan ada yang tidak berkemampuan sanggup bergadai apa yang ada demi memastikan kita membesar dengan sempurna.

Bagi mereka yang masih mempunyai ayah dan ibu, sayangilah mereka, hargailah mereka, ketahuilah, tanpa mereka tiada kita di dunia ini.

"Ibu, kau banyak berkorban untukku, apalah sangat jika ku berikan wang ringgit beribu-ribu, tetapi ia tidak sebesar pengorbananmu membesarkan ku."

Berikut sebuah kisah yang amat besar maknanya untuk kita sebagai anak bacanya, yang ditulis oleh saudara Mohd Fairoz mengenai kisah seorang ibu yang meminta untuk berhutang dengan anak lelakinya yang sudah berkahwin.

Jom kita baca.

Seorang ibu ingin meminjam wang dari anak lelakinya .

Dengan suara rendah di sertai rasa malu berkata ;

"Nak,bolehkah ibu meminjam RM300 ? Ibu perlu untuk beli barangan dapur "

Anaknya tidak langsung menjawab , dengan raut muka bersahaja dia berkata ;

"Iya bu , nanti saya tanya isteri saya dulu ya.."

Seakan berat mengiyakan kerana belum tentu isterinya mengiyakan.

Ketika si anak masuk ke rumah terlihat bungkusan pampers anaknya yang sudah hampir habis , lalu terfikir ;

Pamper sudah mahal sekarang , lebih kurang RM30 sebungkus.

Sebulan lebih kurang 2 bungkus pampers , RM60 .

12 bulan X 60 = RM720

Sekurangnya 3 tahun anak akan guna pampers = RM2160

Anak tadi terfikir banyak juga pakai duit bulanan untuk membesarkan anak anaknya.

Lalu terkenangkan zaman kecilnya.

Ibunya memberikan sepenuh kasih sayang pada dia tanpa berkira. Dibesarkan oleh ibunya sehingga kini sudah berjaya mempunyai keluarga yang boleh di katakan senang.

Apakah ibunya pernah meminta di balas , sekiranya di minta apakah nilai yang perlu di bayar ???

Terus si anak keluar semula dan menatap wajah ibunya yang redup di mamah usia. Dirimu telah memberikan semua kasih sayang, harta dan semuanya kepadaku tanpa harap balasan, dan semua itu kuterima dgn PERCUMA.

"Maafkan anakmu ini yang tidak tahu balas budi.."

Segera ia memeluk ibunya dan mengecup keningnya dan memberi wang RM300, sambil menangis ia berkata: "Ibu, jangan berkata pinjam lagi yaa, hartaku adalah juga milikmu, do'akan anakmu ini agar selalu berbakti padamu".

Sambil berkaca-kaca ada air bening di kelopak mata ibu ia berkata:

"Nak, di setiap keadaan ibu selalu berdo'a agar kita semua selalu dikumpulkan di dunia dan di SYURGA nanti dalam kebahagian.."

-

Ketahuilah wahai anak-anak terutama jika anda seorang anak lelaki, bahawa walaupun kamu sudah berkahwin dan mempunyai tanggungjawab(anak-anak), ibu bapamu tetap tanggungjawabmu.

Lihatlah betapa tingginya nilai ibu di dalam Islam. Seorang ibu tidak ada apa cara sekalipun dapat kita membalasnya. Seorang lelaki datang kepada Sayyidian Umar al-Khattab r.a dan berkata, "Saya telah mendokong ibu saya sepanjang tawaf dan haji, sudahkah saya dapat membalas jasa ibu." Jawab Umar r.a., " Kamu belum dapat membalas jasa ibumu walaupun setitis air mata ibumu semasa melahirkanmu." - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 20, 2016 7:41 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

MESTI BACA!!! Ini antara kesan-kesan negatif TPPA kepada Malaysia
bloglist-malaysia.blogspot

Professor Dr Agus Yusoff

SAYA menerima banyak permintaan dari sahabat supaya menulis tentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau Trans-Pacific Partnership Agreement yang akan ditandatangani pada Oktober nanti. Pada mulanya saya tidak mahu menulis tentang isu ini kerana mahu serahkan kepada pakar ekonomi untuk menulis mengenainya. Tetapi apabila tidak ada ulasan yang saya harapkan, maka saya menulis juga untuk memberi pencerahan kepada kawan-kawan supaya kita semua tahu tentang inti Perjanjian ini dan kesannya kepada kita.

TPPA adalah perjanjian multilateral terikat yang melibatkan negara Asia Pasifik seperti Australia, AS, New Zealand, Kanada, Mexico, Chile, Brunei, Malaysia dan Vietnam. TPPA ini alah tentang liberalisasi pasaran di mana negara ahli bebas berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka sesuai dengan konsep globalisasi.

Masalahnya dengan TPPA ini ialah semua perbincangannya dibuat secara rahsia dan semua teks perbincangan adalah rahsia sehinggalah selepas empat tahun perjanjian dimeterai. Ini bermakna perjanjian TPPA ini meletakkan rakyat dalam kegelapan, sesuatu yang cukup pelik dalam sebuah dunia terbuka tanpa sempadan.

Apabila ditanya mengapa dirahsiakan, jawapan kerajaan adalah standard: Perjanjian ini baik untuk negara kerana memudahkan barangan kita untuk memasuki pasaran luar. Persoalannya, jika TPPA begitu bermanfaat, mengapa teks perjanjian yang sedang dirundingkan tidak dibentangkan untuk pengetahuan umum? Mengapa perlu berahsia?

Saya tanyakan hal di atas kerana terdapat beberapa klausa dalam TPPA ini yang akan memberikan kesan yang cukup besar kepada rakyat dan negara dan cukup membimbangkan saya. Untuk maklumat ringkas, di bawah ini saya perturunkan beberapa kesan negatif yang perlu sangat kita ketahui:

i. Hampir 80% harga ubat akan menjadi mahal, sehingga mencecah 1000% dari harga sekarang. Ini kerana ubat generik yang lebih murah tidak boleh dijual lagi kerana Malaysia terikat menggunakan ubat patented (asli) yang dihasilkan syarikat famarkeutikal dari luar negara. Kesannya akan menyukarkan pesakit berpendapatan rendah dan sederhana kerana kos untuk mendapatkan ubatan menjadi sangat tinggi. Bayangkan jika seorang guru menghidap penyakit barah yang memerlukan ubat bernilai RM7000 sebulan, mampukah mereka untuk membayar kos perubatan semahal itu? Apakah nasib ramai rakyat di negara kita nanti?

ii. Syarikat gergasi akan bebas berniaga di negara kita menyebabkan usahawan-usahawan kecil terpaksa bersaing dengan syarikat gergasi dari luar negara. Ini seolah-olah meletakkan kepentingan syarikat asing mengatasi kepentingan rakyat kita. Ini juga seperti memberi kuasa kepada negara maju seperti AS, Singapura dan Australia untuk mencereboh ekonomi negara kita.

iii. Kerajaan boleh disaman oleh pelabur luar di tribunal antarabangsa yang berpangkalan di Washington dan Geneva jika terdapat dasar-dasar kerajaan yang boleh merugikan hak pelabur luar dan menghalang aktiviti perdagangan mereka. Ini tentunya menjejaskan bidang kuasa kerajaan dalam menentukan apa yang terbaik untuk rakyat dan negara.

iv. Petani kita terpaksa bersaing dengan hasil pertanian luar negara. Lebih merisaukan lagi ialah TPPA bakal memberi kesan buruk ke atas industri padi negara apabila beras dari AS yang menerima subsidi yang tinggi dipasarkan di negara ini. Ratusan ribu keluarga petani padi di negara ini akan terjejas jika TPPA dimeterai.

v. TPPA juga menyebabkan bidang pelaburan dan khidmat undang-undang dan pelbagai khidmat profesional tempatan yang lain terpaksa berhadapan dengan persaingan pasaran terbuka. Mampukah industri perkhidmatan kita berhadapan dengan kemasukan syarikat gergasi ini?

vi. TPPA melanjutkan perlindungan hakcipta bahan-bahan rujukan dari 50 tahun selepas kematian penerbit kepada 120 tahun. Ini bermakna segala bahan-bahan rujukan yang kini percuma dan telah didigitalkan akan menjadi terhad kepada pengguna. Ini juga bermakna segala bahan rujukan wajib dibeli atau wajib dibayar sewa, sekaligus menghadkan kemudahan ilmu kepada rakyat yang kurang mampu.

Justeru implikasi TPPA ini besar kepada rakyat dan negara, maka saya merayu supaya kerajaan mengambil tindakan berikut terlebih dahulu sebelum memetarai perjanjian ini. Antaranya:

i. Menangguhkan perundingan TPPA sehingga segala teks mengenainya didedahkan kepada rakyat untuk mendapatkan maklumbalas. Rakyat berhak tahu dan diberi hak memberi pandangan kerana perjanjian ini melibatkan kualiti hidup mereka.

ii. Ahli parlimen perlu diberi pencerahan dan perlu membahaskan baik buruk Perjanjian ini. Semasa membahaskan hal ini, ahli parlimen perlulah melihat Perjanjian ini dari aspek kebaikannya untuk rakyat dan negara, bukannya berterusan terikat kepada kepentingan parti.

iii. Kerajaan mesti menolak status layanan tempatan yang perlu diberikan kepada syarikat gergasi luar.

Saya akui TPPA ini ada baiknya untuk negara kerana kita bergantung kepada kemasukan pelaburan luar untuk memacu ekonomi negara kita. Namun, setelah mengamati kesan perjanjian ini, saya dapati perundingan TPPA ini perlu disemak semula dengan teliti oleh kerajaan kerana ia memberi kesan besar kepada rakyat. Sekiranya kerajaan mendapati keburukannya lebih banyak dari kebaikan, maka masih belum terlewat untuk kita menarik diri daripada Perjanjian ini.

Harapan saya cuma satu dari keputusan muktamad yang bakal diambil oleh kerajaan nanti: Jangan biarkan anak cucu kita tergadai melalui perjanjian yang bersifat globalisasi ini. Jangan biarkan menang sorak kampung tergadai.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 20, 2016 7:42 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Teknik Penipuan Jenayah Cyber Dengan Mengutip Derma

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai


Internet merupakan keperluan penting dalam kehidupan kita pada hari ini. Dengan adanya komputer peribadi dan peranti mudah alih, semua lapisan masyarakat dapat menikmati aktiviti online pada bila-bila masa dan di mana saja.

Tapi tahukah anda aktiviti online menggunakan internet sekarang ni lebih mudah kita terdedah kepada jenayah siber.

Perbagai Jenayah cyber terdapat sekarang seperti kecurian maklumat peribadi pengguna internet dan sebagainya.

Antara yang admin nak sampaikan hari ini ada penipuan dengan cara mengutip derma yang menjadi VIRAL dilaman facebook, whatsap, wechat dan sebagainya..

Perhatikan kepada semua yang selalu online sila berhati-hati dengan jenayah cyber zaman sekarang yang sangup berbuat apa sahaja demi kerana duit. Sikap pemurah rakyat malaysia sering diambil kesempatan oleh penjenayah cyber.

Jgn tertipu dengan teknik cari duit cara mudah dari pengemis cyber.Sila berhati-hati dan siasat terlebih dulu sebelum kita menderma kerana ada yang mengambil kesempatan dengan penipuan mengutip derma untuk kos rawatan merawat pesakit.

Sila siasat dahulu sebelum anda menderma dan berhati-hati.Jangan terperangkap dengan perbagai penipuan zaman sekarang.

Nama bapa budak budak ini semua En.Muhammad Amirul Dan
no acc yg sama

Nama bapa budak budak ini semua En.Muhammad Amirul Dan
no acc yg sama

Nama bapa budak budak ini semua En.Muhammad Amirul
Dan no acc yg sama

Nama bapa budak budak ini semua En.Muhammad Amirul
Dan no acc yg sama

Sila kongsikan artikel ini,semoga sahabat-sahabat kita tidak menjadi mangsa penipuan penjenayah cyber yang mengambil kesempatan dengan cara mengambil gambar real dan tulis cerita-cerita yang membuatkan kita terpedaya... jazakallah .

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This rIeNaCoM Mail.

Checked By AVG Antivirus Internet Security 2016

Wed Jan 20, 2016 7:55 am (PST) . Posted by:



BUSINES ROKOK KESEHATAN reminder
When: Wednesday, 20 January 2016 05:00 PM to 06:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: