Friday, June 17, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4531[2 Attachments]

9 Messages

Digest #4531

Messages

Thu Jun 16, 2016 8:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Bukan RM12 Juta Tapi RM18 Juta Untuk Bebas 4 Mangsa Culik.. Tapi Zahid Kata Tiada Bayaran Dibuat?
bloglist-malaysia.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Laporan penafian oleh Zahid mengenai dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia membayar wang tebusan bagi pembebasan empat rakyat Malaysia ni semalam disiar oleh Utusan.. tapi hari ni dah tak ada dah..

Berikut adalah laporan tersebut yang aku jumpa di SuaraTV.. bacalah!!

KUALA KANGSAR – Timbalan Perdana Menteri menafikan dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia membayar wang tebusan bagi pembebasan empat rakyatnya oleh kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina.
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tiada rundingan berkaitan pembayaran dipersetujui di antara pihak polis kedua-dua negara dengan penculik.
"Jika ada tuduhan bayaran tertentu telah dibuat untuk membebaskan kesemua tebusan, ia bukan dalam bidang pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mewakili kerajaan Malaysia," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Himpunan Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Parlimen Kuala Kangsar di Universiti Sultan Azlan Shah Malaysia (USAS) di sini hari ini ~ SuaraTV

Sebenarnya.. bukan bebas macam tu saja.. kena bayar RM18Juta wang tebusanlaaa..

Kira-kira RM18 juta digunakan untuk membebaskan empat pemuda Sarawak yang diculik Abu Sayyaf, menurut sumber yang dipetik China Press.
Ahli keluarga mangsa culik semalam memaklumkan RM12 juta diserahkan kepada polis, namun kumpulan penculik itu dipercayai tidak berpuas hati dengan jumlah itu.
Difahamkan RM18 juta dibelanjakan secara keseluruhan termasuk kos rundingan dengan penculik yang dibiayai ahli korporat.
Semalam, Datuk Lau Cheng Kiong, bapa saudara mangsa culik termuda, Johnny Lau Jung Hien dan wakil keluarga empat tebusan itu mendedahkan, wang derma sebanyak RM12 juta dimasukkan ke dalam 12 peti besi untuk dihantar ke Bank Hong Leong di Sandakan mulai jam 4 petang, 24 Mei lalu.
Jelasnya, wang itu kemudiannya dimasukkan ke dalam beg plastik sampah oleh dua anggota polis Cawangan Khas (SB) dari Sandakan sebelum diangkut ke Balai Polis Sandakan pada jam 6 petang hari sama.
Difahamkan, wang tebusan RM12 juta itu terdiri daripada pajakan dua rumah keluarga mangsa yang berjumlah RM1 juta, sumbangan orang ramai sebanyak RM9 juta dan RM2 juta lagi daripada syarikat perkapalan empat tebusan itu.
Polis Sabah dan Bank Hong Leong di Sandakan yang dihubungi China Press enggan mengulas berhubung pengeluaran dan penghantaran wang tebusan itu.
Sementara itu, perunding yang dipetik akhbar berbahasa Cina itu menegaskan, Abu Sayyaf tidak mungkin melepaskan tebusan tanpa sebarang bayaran.
Jelasnya, penculik hanya menerima wang tunai yang ditukarkan kepada mata wang peso dan dihantar menggunakan bot ke kubu Abu Sayyaf di Pulau Jolo.
Sumber dari Filipina pula memberitahu, wang tebusan yang dibayar untuk membebaskan empat rakyat Malaysia itu sekurang-kurangnya berjumlah RM18 juta termasuk kos perjalanan, makanan, penginapan, gambar, panggilan telefon dan orang tengah.
Jika mangsa culik jatuh sakit, penculik akan meminta kos perubatan daripada keluarga mangsa dan mereka tidak menerima ubat-ubatan yang dikirim keluarga sebaliknya akan membeli ubat berdasarkan senarai yang diberikan keluarga mangsa.
Tambahnya, rundingan dengan kumpulan militan Abu Sayyaf amat rumit dan mungkin berdepan penipu, justeru proses mengenal pasti orang tengah memerlukan masa dan wang.
Media sebelum ini melaporkan wang tebusan yang diminta penculik adalah 300 juta peso (RM30 juta), sebelum dikurangkan kepada 180 juta peso (RM18 juta).
Adik-beradik, Wong Teck Kang, 31, dan Teck Chii, 29, bersama sepupu mereka, Johnny yang berusia 21 tahun dan rakan sekerja, Wong Hung Sing, 34, diculik dari sebuah kapal tunda di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna pada 1 April lalu sebelum dibebaskan pada 8 Jun lalu ~ FMT

Tengok video ni.. kering saja dia kencing kita..

Apa yang dia nak cover ni??

Comments

kassim selamat ·

Dia tak cover apa2 pun....dia buat muka bodoh aje....biasa la kan....

Tertipu ·

Apaa nak jadi pemimpin macam ni...xkan penculik nak buat kja sia2...meteka xbodoh mcam ......

NA'IM NIK'MAT ·

Kalau aku jd penculik tu x kan nk lepas begitu shj kan....PENAT PENAT buat kerja mngadai nyawa tiba2 nk lepaskan begitu shj ..x ke bodoh nama nya....ikut logik akal la sikit hamno babi oiii...rakyat bkn bangang mcm kamu semua !!!!

NA'IM NIK'MAT ·

Kerajaan telah BERPAKAT dgn penculik agar transaksi duit dirahsiakan..CIA tahukah perkara ini???

Polis Tak Bayar Wang Tebusan Tegas Menteri - 12 Juta Hilang Ke Mana? 4 Diselamatkan, 4 Yg Lain Pula Diculik!
bloglist-malaysia.blogspot
sozcyili.blogspot

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan bahawa pihak berkuasa Malaysia membayar wang tebusan bagi pembebasan empat rakyat mangsa diculik kumpulan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina.
Katanya, tiada rundingan berkaitan pembayaran di antara pihak polis Malaysia-Filipina dengan kumpulan penculik itu lapor Utusan Malaysia.
"Ada pihak mengatakan pembayaran telah dilakukan, jadi saya ingin sebutkan dalam rundingan yang dilakukan oleh polis dan kumpulan penculik, tiada bayaran dibuat dan tiada bayaran dijanjikan untuk membebaskan mangsa culik.
"Jadi tuduhan bahawa bayaran tertentu telah dibuat, itu bukan dalam bidang kuasa pihak berwajib seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mewakili kerajaan Malaysia," katanya yang dipetik akhbar itu.
Tak boleh beri komen
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata polis telah melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina baru-baru ini.
Beliau menegaskan keutamaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah menyatukan kembali mangsa culik berkenaan bersama keluarga mereka dengan selamat.
"Apa yang penting ialah semua mangsa sudah diselamatkan dan disatukan bersama keluarga mereka," katanya yang dipetik Bernama di Kuala Lumpur, semalam.
Noor Rashid berkata beliau tidak boleh memberi komen mengenai soal wang tebusan kerana tidak menguruskan perkara berkenaan.
Beliau mengulas dakwaan bahawa keluarga empat mangsa culik dari Sarawak itu membayar RM12 juta bagi membebaskan mereka daripada kumpulan militan Abu Sayyaf.
Keempat-empat mangsa culik itu ialah adik-beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29; sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21, dan anak kapal bot tunda Wong Hung Sing, 34, yang diculik di perairan Pulau Ligitan, berhampiran Semporna, Sabah pada 1 April lalu.
Mereka dibebaskan pada 8 Jun lalu.
Noor Rashid seterusnya berkata tumpuan kini ialah memastikan kejadian serupa tidak berulang, termasuk memperkukuhkan keupayaan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan menjalinkan kerjasama dalam aspek keselamatan dengan negara jiran lapor Malaysiakini.
Dalam pada itu, media Filipina hari ini melaporkan bahawa empat lagi rakyat Malaysia diculik di luar pantai Sabah dan dibawa ke Sulu pagi ini. Perkara ini turut menimbulkan tanda-tanya dan mewujudkan pelbagai spekulasi dikalangan netizens. Ada yang beranggapan wujudnya suatu konspirasi disebalik kes penculikan yang mana mensasarkan 'wang cash' sebagai objektif atas sesuatu tujuan.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Wednesday, June 15, 2016 11:59 PM
Subject: Fw: Keluarga Serah RM12 Juta TAPI Polis kata tiada

Keluarga Akui Serah RM12 Juta Pada Polis Untuk Abu Sayyaf
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Keluarga empat mangsa culik di Sarawak mengakui menyerahkan RM12 juta wang tebusan kepada polis untuk diserahkan kepada kumpulan militan Abu Sayyaf pada 24 Mei lalu.

Harian Metro melaporkan, wang tebusan itu membabitkan sumbangan individu dan orang ramai sebanyak RM9 juta, pemberian syarikat perkapalan tempat mangsa bekerja sebanyak RM2 juta dan RM1 juta lagi hasil pajak gadai dua rumah keluarga mangsa di Pulau Li Hua, Sibu.

Bapa saudara kepada kepada salah seorang tebusan, Datuk Lau Cheng Kion berkata, wang tebusan itu diserahkan kepada Cawangan Khas di Sandakan pada 24 Mei lalu.

"Kami serahkan amaun itu membabitkan 12 cek Hong Leong Bank yang setiap satunya bernilai RM1 juta dalam sebuah beg sebelum diserahkan kepada Cawangan Khas di Sandakan pada 24 Mei, sekitar jam 4 hingga 6 petang.

"Semua wang itu sudah diserahkan kepada mereka (kumpulan militan Abu Sayyaf) dan kami tidak mengambilnya walau satu sen pun," katanya yang merupakan bapa saudara kepada tebusan Johnny Lau Jung Hien.

Lau berkata, selepas keluarga mangsa membuka akaun Facebook merayu bantuan orang ramai, mereka menerima maklum balas positif.

"Sumbangan diterima dari Papua New Guinea, Taiwan, China, Pulau Solomon dan Malaysia. Ada individu yang memberikan amaun besar dalam sumbangan itu, namun tidak mahu namanya didedahkan.

"Sesiapa yang ingin penjelasan lanjut mengenai wang tebusan ini, mereka boleh berhubung Cawangan Khas dan Bank Hong Leong di Sandakan. Ia adalah sumbangan orang ramai, kami tiada hak terhadapnya," katanya.

Pengakuan Lau itu bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa tiada wang tebusan yang dibayar kepada kumpulan militan Abu Sayyaf.

Khalid sebelum ini dilapor berkata keempat-empat tebusan itu dibawa pulang ke tanah air oleh Unit Tindakan Khas (UTK) selepas dibebaskan tanpa sebarang pembayaran.

Pada 1 April lalu, adik beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chii, 29, sepupu mereka Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34, diculik dari kapal tunda MV Massive 6 oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perairan Sabah.

Semua tebusan dibebaskan pada 9 Jun lalu dan menjalani pemeriksaan serta diambil keterangan oleh polis sebelum dibenarkan pulang, semalam.

Keempat-empat mereka di sambut keluarga masing-masing sebaik tiba di Lapangan Terbang Sibu jam 8.40 pagi, semalam.

4 Mangsa Culik Dibebas Abu Sayyaf Tanpa Wang Tebusan

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keempat-empat tebusan itu dibawa pulang ke tanah air oleh Unit Tindakan Khas (UTK) selepas dibebaskan tanpa sebarang pembayaran wang tebusan.

"Keempat-empat mereka nampaknya dalam keadaan sihat. Mereka berada di Sandakan akan dibawa ke Kota Kinabalu hari ini.

"Kami terpaksa merahsiakan butiran lanjut pergerakan operasi kerana kita khuatir keselamatan mangsa dan kami belum ambil keterangan mereka lagi," katanya dalam laporan disiarkan Astro Awani.

Mangsa culik dikenalpasti sebagai adik beradik Wong Teck Kang, 31, dan Wong Teck Chi, 29, sepupu mereka Johnny Lau JungHien, 21, dan rakan sekerja Wong Hung Sing, 34.

Kumpulan penculik pada mulanya meminta wang tebusan sebanyak 300 juta peso (kira-kira RM30 juta) sebelum mengurangkan kepada 180 juta peso (kira-kira RM18 juta) untuk pembebasan empat pemuda dari Sibu itu.

Sebaik sahaja dibebaskan, empat tebusan itu dilaporkan menaiki bot selama lapan jam dari Jolo ke Sandakan. – MYNEWSHUB.CC

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 16, 2016 8:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



KESILAPAN DALAM BERPUASA

malaysiaberih.blogspot.
utusankini.com
Posted by Arijal
MELAKUKAN KESALAHAN
Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman. Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah.
Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-
1. Berpuasa tetapi tidak solat
Sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat; anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama

Tidak menjaga batas-batas aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.
3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.
5. Semakin cepat marah
Sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
6. Membazir ketika berbuka puasa
Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah
8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun
Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.
9. Hanya puasa makan dan minum sahaja
Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda;
Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)
10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan
Sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak;
Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43)
Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).
11. Menang sorak, Tarawih ala kadar
Solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an, padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah (tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;
Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.
12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.
13. Tidak mahu bersahur
Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW;
Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)

Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Rabbmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu.
Amirul Mukminin k.w. berkata,:Aku berdiri dan berkata,"Ya Rasulullah! Apa amal yang paling utama dibulan ini?" Jawab Nabi:Ya abal Hasan! Amal yang paling utama di bulan ini adalah menjaga diri dari apa yang diharamkan Allah".

Sumber: "Puasa Bersama Rasulullah", karangan Ibnu Muhammad, Pustaka Al Bayan Mizan.

----- Original Message -----

From: Azari Bin Tajudin

Subject: Puasa

_,_.___

Beberapa kesilapan sepanjang Ramadhan
Posted by Kedah Lanie
Zaharuddin Abd Rahman,

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim dalam bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dalam surah al-Baqarah. Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadis sahih tentang Sayyidatina Aisyah RA yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1.Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadis, Ertinya: "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu." (Riwayat al-Bukhari)

2.Makan sahur ketika waktu tengah malam kerana malas bangun pada akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3.Bersahur dengan hanya makan dan minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin yang bermaksud:

"Dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar." (Surah az-Zariyyat : ayat 18)

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat): Wahai Rasulullah: Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah SWT); jawab Nabi: Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu." (Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi: Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)

4.Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

5.Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

6.Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan dikira dengan niat, jika niat utama seseorang itu (sama ada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadis riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

7.Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja pada siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya ketika Ramadhan ini.

8.Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadis yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

9.Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur. Hal ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

10.Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah dan didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

11.Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, sama ada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan Rasul-Nya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.

Nabi Muhammad menceritakan, maksudnya:

"Menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, walhal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit: Wahai Tuhanku... wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram.. Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya." (Riwayat Muslim, no 1015, 2/703; hadis sahih)

Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram? Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri daripada riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.

12.Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut,ertinya:

"Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi." (Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah makbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadis, maksdunya.

"Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak." ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi: Sanadnya sahih)

http://www.zaharuddin.net

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 16, 2016 8:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Subject: Fw: Euro 2016 & Copa America 2016

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Thu Jun 16, 2016 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jual Juadah Berbuka Dengan Bayar Seikhlas Hati, Gerai Jual Makanan Ini Patut Viral
siakapkeli.my

Kita selalu jumpa di laman sosial di mana dimuatnaik gambar mendakwa ada segelintir peniaga di bazar Ramadhan jual makanan tidak ikhlas, karipap inti 'ciput' dan bermacam-macam lagi.

Ia seolah-olah menjadi fenomena setiap kali Ramadhan, maklumlah bazar Ramadhan ini sebenarnya lubuk untuk mendapat duit lebih, lagi-lagi nak puasa, sudah pasti ramai peniaga mahu untuk berlipat kali ganda dari hari biasa.

Bagaimanapun bukanlah semua peniaga bazar seperti itu, cuma segelintir sahaja.

Dikongsikan oleh seorang lelaki bernama Ammar Rahimi Anwar di mana kisahnya seorang peniaga di bazar Ramadhan yang berniaga pelbagai jenis lauk pauk dengan harga yang agak tidak masuk akal.

Mana tidaknya pak cik berkenaan menjual lauk dengan bayaran seikhlas hati, ikut suka berapa kita nak bayar walaupun untuk lauk mahal. menarik.

Jom kita baca apa yang dikongsikan beliau.

Semalam before berbuka dekat Murni Kelana Jaya, aku saje pergi jalan dekat Bazaar Ramadhan SS6 KJ tu (belakang flat Polis). Memang meriah la. Aku tawaf dari start sampai paling hujung. Dapat la beli rojak buah dengan skewer chicken 2 cucuk.

Then time nak patah balik ke Murni aku lalu satu gerai pak cik ni jual banyak lauk. Kebanyakkannya ikan. Memang ramai orang. Aku jenguk la tengok lauk-pauk dia. Memang banyak la. Ada siakap 3 rasa, ketam masak merah, ikan sweet sour & macam-macam lagilah.

Pastu, aku dengar ada sorang mamat ni tanya,

"Anak bayar la ikut suka anak, seringgit ke 2 ringgir ke, terpulang". Tercengang semua yang ada kat situ. Pastu mamat tu tanya lagi, "Boleh ke pak cik?".

"Apa pulak tak boleh, dengan izin Allah semua boleh. Pak cik yakin dengan rezeki Allah", sambil membungkus siakap 3 rasa tersebut.

Ya. Yakin & percaya. Selamat berbuka.

P/s: Pak Cik tu pakai baju warna putih, bertopi hitam

- Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 16, 2016 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Burung Unta 'Sesat' di Federal Highway Telah Berjaya Ditangkap
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 16 Jun : Seekor burung unta yang mencuri perhatian umum bila videonya berlari di lebuhraya menjadi viral di media sosial telah berjaya ditangkap dan dibawa balik ke ladang di Semeyih.

Dan burung unta itu mempunyai nama, iaitu Peekaboo.

Malaysiakini melaporkan, seorang saksi, Dr. Rathimalar berkata haiwan berkaki dua itu melompat dari kenderaan ketika melalui depan Universiti Malaya.

Ia bagaimanapun kemudian berlari ke arah lebuh raya kira-kira jam 3 petang.

"Kami cuba hadang dengan kereta kerana tidak mahu langgar dan pemiliknya pusing beberapa kali mencarinya," katanya menerusi laporan itu..

Rathimalar berkata mereka juga menelefon Jabatan Pertahanan Awam tetapi pasukan itu gagal tiba pada masanya.

Burung itu berjaya dikepung dan ditangkap pada sekitar jam 4.15 petang sebelum diambil oleh tuannya yang dikenali sebagai Agus.

Ketika dihubungi, ladang Ostrich Wonderland and Showfarm mengesahkan burung unta itu selamat namun berkata burung itu bukan milik mereka tetapi milik ladang berdekatan.

Kakitangan ladang itu juga berkata Peekaboo tidak akan berakhir di dalam pinggan kerana ia tidak dibela untuk dijadikan makanan. - Siakapkeli.my

Runaway Federal Highway ostrich finally rescued

NST ONLINE
16 June 2016
KUALA LUMPUR: A runaway ostrich which caused a spectacle when it sped along the Federal Highway earlier today, is now safely with its owner.

Local portal Malaysiakini reported that the loose bird was cornered and trapped around 4.15 pm before its owner, only known as Agus, came to retrieve it.

According to an eyewitness, the ostrich had apparently escaped from a truck near Universiti Malaya while it was being transported.

It somehow bolted free and got onto the highway.

""We tried to block it with our car because we didn't want it to get hit and the owner made a couple of rounds to look for it," she said.

The bird is reportedly to be from a farm in Semenyih.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Run ostrich, run! Giant bird makes bid for freedom on Federal Highway

By Mayuri Mei Lin
KUALA LUMPUR, June 16 — Commuters in Malaysia may be used to seeing roadrunners on the expressway, but when an ostrich hit the Federal Highway this afternoon, you can bet more than a handful rubbed their eyes before whipping out their smartphones to snap a shot.
Among those who caught sight of the giant bird making its bid for freedom was local radio station BFM producer Jeff Sandhu, who saw the giant bird sprinting from Jalan Universiti and onto the highway at about 3:30pm.

"From the UM bus top, it was running on that road then it merged onto the Federal Highway and it was on the fast lane, passing Bangsar South, RTM, it just kept running.

"It started out on the slow lane then it went to the emergency lane. Then on the emergency lane it overtook a car and ran across to the fast lane. It was just switching lanes here and there," he told the Malay Mail Online after his video of the running ostrich went viral on social media.

The video uploaded on Sandhu's Instagram account has since been viewed 1,291 times since it was uploaded an hour ago.

The ostrich was running at approximately 35km/h for about 2km, Jeff said.

"I was driving at 35km/h and matching its speed. But still within speed limit, so no saman for him," he said in jest, adding that the ostrich was last seen passing the Radio Television Malaysia (RTM) Angkasapuri office, headed towards Kuala Lumpur.

He added that while cars merely slowed down to make way for the ostrich, motorcyclists were caught off guard by the flightless bird.

"The motorcyclists were honking because they couldn't see why the cars had slowed down. In front you could see it was clear so the motorcyclists were probably honking because they didn't know what was going on.

"But you could see they realised it was an ostrich when they came closer and had to swerve to avoid it," he recounted.

Pedestrians too were unfazed, he said, and simply took the opportunity to capture the unusual event on camera.

"At the bus stop, they were laughing and taking videos and the whole time, the ostrich just kept running.

"I don't think it registered that there were people around. Even one biker was quite close it and it just overtook the biker and kept running. The ostrich didn't react," he said.

Um, there's an ostrich on the Federal Highway...

James Sivalingam
16 June 2016
KUALA LUMPUR: As the saying goes, "it's a jungle out there", and Kuala Lumpur drivers would probably have seen their share oddball sightings.

However, the spectacle of an ostrich running full speed on the fast lane of the Federal Highway must something entirely new.

This was the highly unusual scene which took place this afternoon along what is usually regarded as the country's busiest stretch of road.

In a video posted to Facebook by user Jeff Sandhu, an ostrich was seen running in the midst of slow traffic, towards the direction of the city centre.

The 25 second video clearly shows the world's largest bird scampering about scared, with the Menara Telekom looming in the background.

Other surrounding objects and landmarks suggest that the video was shot near the Universiti LRT station.

One car was even seen driving close to the bird, presumably to scare it away from the highway.

It is arguably among the most bizarre sightings ever caught on camera on a highway in Malaysia, as ostriches aren't even a native species to the country.

How the bird ended up on the highway still remains a mystery.

According to the American Ostrich Association, ostriches can run up to 40 mph (64.3 km/h) for sustained periods of time, which will without a doubt will make life hard for City Hall or the Wildlife Department, to contain the bird.

© New Straits Times Press (M) Bhd

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Thu Jun 16, 2016 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Kanak-Kanak Tiga Tahun Cedera Tangan Tersepit pada Eskalator
siakapkeli.my

MELAKA 15 Jun - Seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun terpaksa melalui detik cemas apabila tangan kanannya tersepit pada eskalator di sebuah pasaraya di Ayer Keroh dalam kejadian jam 10 malam tadi.

Utusan Online melaporkan, kejadian berlaku ketika mangsa bersama keluarga datang ke pasaraya itu untuk membeli belah dan ketika melalui kawasan eskalator itu, tangan mangsa tiba-tiba tersepit di eskalator terbabit.

Pegawai Pengurusan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Timbalan Penguasa Bomba Kamarulzaman Mohd. Din berkata, mangsa, Iman Sumaiyah Masri, 3, mengalami luka iaitu melecet pada tangan kanannya berikutan kejadian itu.

"Pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 10.02 malam dan sepasukan 12 anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II Ashraf Abdullah bergegas ke tempat kejadian.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 5 minit untuk mengeluarkan tangan mangsa dan kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Pantai di Ayer Keroh untuk menerima rawatan atas permintaan keluarganya," katanya.

Punca kejadian masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, Kamarulzaman turut menasihati ibu bapa supaya sentiasa berhati-hati dan mengawal anak mereka ketika menggunakan eskalator.

Katanya lagi, pihaknya telah meminta pengurusan pasar raya itu supaya sentiasa membuat penyelenggaran dan memantau peralatan tersebut bagi mengelak kejadian itu daripada berulang. - Siakapkeli.my

Kanak-Kanak Kritikal Dipatuk Ular
siakapkeli.my

Mersing, 16 Jun: Seorang kanak-kanak berumur lelaki setahun 9 bulan kritikal selepas dia dipatuk ular dalam kejadian di rumahnya di Kampung Wak Salam di sini kira-kira jam 9 malam tadi.

Harian Metro melaporkan, mangsa, Mohd Iskandar Mohd Syukuri sedang leka bermain di rumah bersama ibunya. Ketika itu bapa mangsa ke luar bandar untuk membeli barang.

Mangsa dikatakan menjerit kesakitan sambil berlari ke arah ibunya dan apabila diperiksa, ibu kanak-kanak itu melihat ada kesan gigitan di kaki.

Difahamkan, dalam masa sama ibu mangsa melihat seekor ular tedung senduk menjalar keluar dari celah tikar di dalam rumah sekaligus menyebabkan keluarga bergegas membawa kanak-kanak itu ke Hospital Mersing untuk tindakan lanjut.

Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru untuk rawatan lanjut dan difahamkan masih dalam keadaan kritikal. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 16, 2016 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tazkirah Ramadhan

biaqpila.blogspot
ikutsukaakuisa.blogspot.
Di Belasah Oleh Isa

Orang yang berpuasa mempunyai adab-adabnya, yang mana tidak akan sempurna puasa itu kecuali dengan adanya adab adab tersebut. Yang terpenting daripada itu adalah menjaga lidah dari dusta dan ghibah (menggunjing) serta membicarakan sesuatu yang tidak perlu baginya.

Ia jaga mata dan telinganya dari mendengarkan dan melihat kepada sesuatu yang tidak halal baginya serta sesuatu yang dianggap fudhul (berlebihan). Begitu pula ia jaga dirinya dari memakan makanan haram dan syubhat, khususnya keika berbuka puasa. Ia berusaha dengan sangat hati-hati untuk tidak berbuka puasa, kecuali dengan memakan makanan yang halal.

Seorang ulama salaf berkata: "Apabila engkau puasa, lihat makanan apa yang engkau makan ketika berbuka dan di tempat siapa engkau berbuka."

Hal itu merupakan dorongan agar berhati-hati mengenai makanan untuk berbuka puasa. Begitu pula orang yang berpuasa harus menjaga semua anggota tubuhnya dari melakukan dosa-dosa, kemdian dari perbuatan yang tidak perlu. Dengan itu puasanya menjadi sempurna dan bersih.

Banyak orang berpuasa dengan memayahkan dirinya dengan lapar dan haus, namun ia biarkan anggota tubuhnya berbuat maksiat sehingga merosakkan puasanya dan mensia-siakan kepayahannya. Nabi Muhammad SAW bersabda (yang ertinya):

"Banyak orang berpuasa, tetapi puasanya hanya menghasilkan lapar dan dahaga."

Meninggalkan maksiat adalah wajib untuk selamanya keatas orang yang berpuasa mahupun orang yang tidak berpuasa. Akan tetapi bagi orang yang berpuasa lebih hati-hati dan lebih wajib. Nabi SAW bersabda (yang ertinya):

"Puasa itu adalah perisai. Maka pada hari seorang dari kamu berpuasa, janganlah ia berkata keji dan berbuat kefasikan serta jangan mengganggu orang lain. Jika ada orang memarahinya atau memakinya, maka katakanlah: Sesungguhnya aku berpuasa."

Termasuk adab orang berpuasa ialah untuk tidak banyak tidur di siang hari dan tidak banyak makan di waktu malam. Hendaknya dia makan sekadarnya hingga dia merasakan sentuhan lapar dan dahaga supaya jiwanya menjadi baik dan syahwatnya menjadi lemah serta hatinya menjadi terang. Itulah rahsia puasa dan tujuannya.

Hendaklah orang yang puasa menjauhi kemahuan dan kesenangan syahwat serta kenikmatan yang banyak. Sedikit-sedikitnya adalah kebiasaan bersenang-senang itu hanya sekali di bulan Ramadhan dan lainnya. Ini adalah sedikit-dikitnya yang patut. Akan tetapi latihan dan menjauhi keinginan nafsu menimbulkan pengaruh besar dalam dalam menerangi hati dan secara khusus di tuntut di bulan Ramadhan.

Adapun orang-orang yang menjadikan bersenang-senang dan hidup mewah di bulan Ramadhan yang mereka tidak biasa lakukan diluar bulan Ramadhan, maka hal itu adalah tipu daya syaitan yang menipu mereka supaya mereka tidak merasakan keberkahan puasa mereka. Dan supaya tidak nampak pada mereka pengaruhnya berupa cahaya, mukassafat, sifat khusyuk kepada Allah dan tunduk dihadapan-Nya menikmati munajat-Nya dan pembacaan kitab-Nya serta dzikir-Nya.

Kebiasaan salaf kita adalah mengurangi kebiasan dan kesenangan nafsu serta memperbanyakkan amal baik di bulan Ramadhan secara khusus, meskipun hal itu sudah dikenal dari perilaku mereka dalam seluruh waktu. Termasuk adanya ialah tidak terlalu banyak mengurusi dunia di bulan Ramadhan, tetapi mengkhususkan diri beribadah kepada Allah dan menyebut namaNya sebanyak mungkin.

Janganlah ia mengurusi dunia, kecuali bila sangat mendesak bagi keperluannya atau keluarganya yang wajib diurusinya. Hal itu disebabkan bulan Ramadhan di antara bulan-bulan lain seperti hari Jumaat di antara hari-hari yang lain. Oleh kerana itu orang2 mukmin harus menjadikan hari Jumaat dan bulannya ini khusus untuk akhiratnya.

Termasuk sunnah adalah menyegerakan berbuka puasa dan berbuka dengan kurma, jika tidak menemukannya, maka mencukupi ianya berbuka dengan air. Adalah Nabi SAW berbuka sebelum shalat maghrib, Nabi SAW bersabda:

"Umatku selalu dalam kebaikan selama mereka menyegerakan dalam berbuka puasa dan mengakhiri sahur." Maka mengakhirkan sahur adalah sunnah pula. Orang yang puasa hendaknya makan sedikit.

Hal itu dimaksudkan supaya nampak pengaruh puasa padanya dan iapun bisa mendapat hikmahnya dan mencapai tujuannya, iaitu mendidik nafsu dan melemahkan keinginannya. Kerana rasa lapar dan kekosongan perut berpengaruh besar dalam menerangi hati dan kekuatan anggota badan dalam beribadah, sedangkan kekenyangan adalah menyebabkan kekerasan hati dan kelalaian serta kemalasan dalam melakukan ibadah. Nabi Muhammad SAW bersabda (yang ertinya):

"Tidaklah anak Adam mengisi wadah yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah anak Adam beberapa suap makanan untuk menegakkan tubuhnya. Jika ia tidak mampu menghindarinya, maka sepertiga perut itu untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya, dan sepertiga untuk nafasnya."

Seorang arif berkata: "Apabila perut menjadi kenyang maka semua anggota tubuh menjadi lapar, dan apabila perut menjadi lapar, maka semua anggota tubuh menjadi kenyang."

Maksud laparnya anggota-anggota tubuh adalah ibarat usaha dan keinginannya yang sangat untuk melampiaskan kesenangannya. Maka lidah suka bicara, mata suka memandang, dan telinga suka mendengar. Begitu juga anggota tubuh yang lain. Bangkitnya anggota-anggota tubuh itu adalah untuk mencari kelebihan dari kesenangannya ketika perut menjadi penuh.

Dan ketika perut kosong maka diamnya dan ketenangan anggota-anggota tubuh itulah yang diungkapkan dengan istilah kekenyangan anggota tubuh dan hal itu dapat disaksikan.

Sangat dianjurkan memberi makan orang-orang yang berpuasa, walaupun hanya beberapa butir kurma atau seteguk air. Nabi Muhammad SAW bersabda (yang ertinya):

"Barangsiapa yang memberi makan orang puasa, maka ia mendapat pahala seperti orang yang puasa itu tanpa mengurangi sedikitpun".

Pahala ini mampu diperolehi orang yang memberi makan untuk berbuka puasa, walaupun hanya air. Ada pun orang yang memberi makan orang yang berpuasa sesudah berbuka puasa dirumahnya atau ditempat lain, maka ia tidak mendapat pahala ini, tetapi mendapat pahala memberi makan, dan pahalanya besar.

Bagaimanapun, memberi makan orang yang berpuasa sehingga kenyang adalah perbuatan yang mendapat banyak pahala. - Sumber

Comments
abee ·

alhamdulillah..bulan puasa ni, ramai yang insaf dan mengawal tutur kata, perbuatan, pergaulan ..semoga berterusan.

Solehah ·

Semoga puasa kita semua menghasilkan ketakwaan kepada allah
Selamat berpuasa ISA...💝

Azam Al Husaini ·

Marhaban Ya Ramadhn .Bulan pencerahan bulan perdamaian .Ramai yg pucat lesu berpuasa menahan lapar dahaga demi redha Allah untuk menuju Taqwa .Keberhasilan menuju Taqwa agak kelabu ........ dikalangan umat melayu .

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 16, 2016 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Tak Sangka Dapat Motor Selepas Kisah Kehilangan Motor Viral Dilaman Sosial
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

Mardiana (kiri) bersyukur kerana ada insan bermurah hati meminjamkan motosikal kepadanya buat sementara waktu.

KUANTAN - Nasib seorang wanita yang kehilangan motosikal di hadapan sebuah pasar raya di Balok di sini, mendapat perhatian masyarakat selepas kisahnya diviralkan dalam laman sosial Facebook, kelmarin.

Peniaga, Mardiana Abas, 38, tidak menyangka selepas kejadian motosikalnya hilang disyaki dicuri, ada individu tampil membantu meringankan bebannya.

Katanya, agak mengejutkan apabila ada insan prihatin sudi membantu menggantikan motosikalnya yang hilang termasuk seorang individu dari Melaka yang berjanji untuk membelikan sebuah motosikal baharu.

"Saya bersyukur kepada ALLAH ada insan yang sudi hulur bantuan selepas kisah sedih saya dimasukkan dalam Facebook kelmarin.

"Ada individu dari Melaka berjanji akan beri saya motosikal selepas mengetahui itulah satu-satunya kenderaan yang saya ada untuk berniaga dan uruskan anak ke sekolah," katanya ketika ditemui di Balok di sini, semalam.

Mardiana amat bersyukur apabila ada insan yang sudi menghulur bantuan di saat dia sedang memerlukan.

Malah, dia menganggap kejadian yang berlaku kelmarin merupakan dugaannya dan menguji kesabarannya.

"Saya masih sedih dan trauma dengan kejadian menimpa kerana kecurian itu berlaku begitu pantas, tapi saya perlu terima ketentuan ini.

"Saya tak sangka pelbagai pihak tampil membantu sejak semalam termasuk seorang individu yang menggantikan semua barang keperluan dan kasut sekolah anak yang dilarikan bersama motosikal," katanya.

Mardiana berkata, buat masa sekarang jirannya meminjamkan motosikal kepadanya bagi memudahkan dia menjalankan urusan harian.

"Saya boleh gunakan motosikal ini sehingga saya ada motosikal baharu dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu yang sudi membantu saya," katanya.

Mengenai kejadian yang menimpanya, Mardiana berkata, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Berserah dengan pertolongan penduduk di sekitar kawasan itu.

Kejadian berlaku kira-kira 11 pagi kelmarin ketika dia dan rakannya, Saliza Ahmad, 39, masuk semula ke pasar raya berhampiran untuk mendapatkan barang yang dibeli.

Ibu lima anak itu mengakui agak cuai kerana meninggalkan kunci motosikal menyebabkan kenderaannya dilarikan seorang lelaki.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/tak-sangka-dapat-motor-selepas-kisah.html#ixzz4Bew90hqa
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

Kes Motor C70 Merah Hilang Jadi Viral, Mangsa Terharu Apabila Biker Ini Tampil Untuk Hulur Bantuan
siakapkeli.my

13 Jun - Hari ini, laman Facebook Siakap Keli Press berkongsi satu kes kehilangan motor C70 milik seorang makcik yang berlaku di Kuantan. Posting tersebut menjadi viral dengan lebih 5,000 perkongsian dan seterusnya mencetus rasa hiba netizen terhadap apa yang menimpa makcik tersebut.

Bagaimanapun, kesedihan makcik tersebut bakal terpadam dan diganti dengan kegembiraan apabila seorang biker tampil ingin memberi bantuan kepada makcik tersebut.

Biker tersebut, yang dikenali sebagai Rafi, berkata beliau akan membantu makcik tersebut mendapatkan motosikal terpakai yang baru menerusi keratan perbualan mesej yang dikongsi olehnya di laman Facebook Rafi Superbike.

Beserta posting tersebut, Rafi berkongsi keratan mesej sayu antara beliau dan makcik berkenaan. Menurut keratan mesej terbabit, difahamkan pada awalnya Rafi ingin memberikan sebuah motor C70 miliknya yang sudah tidak digunakan lagi secara percuma.

Namun disebabkan kesukaran untuk menghantar dan masalah masa, Rafi yang tinggal di Melaka berkata beliau akan ke Kuantan untuk membelikan makcik itu sebuah motosikal terpakai supaya boleh digunakan oleh makcik itu secepat mungkin.

Pihak Siakapkeli telah menghubungi makcik terbabit dan dia mengesahkan keratan perbualan mesej tersebut.

Apa yang lebih mengharukan, ada dalam kalangan-kalangan geng bikers di page itu turut terpanggil untuk memberi sedikit sebanyak sumbangan dalam proses menjayakan usaha oleh Rafi itu.

Zul Cebi menulis : "Terbaik bro...bg no akaun bro,aku bg duit minyak sikit....#TumpangPahala".

Diharap agar segalanya berjalan lancar dan dimudahkan buat Rafi. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Thu Jun 16, 2016 8:42 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Jakim jawab viral sijil halal sos Tabasco dan HP
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan produk sos jenama Tabasco merupakan pemegang Sijil Halal Ifanca Amerika Syarikat manakala sos jenama HP pula pemegang Sijil Halal dari Total Halal Correct Netherland.

Menurut Unit Hal Ehwal Korporat Bahagian Hab Halalnya, kedua-dua badan pensijilan halal berkenaan diberikan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.

Jakim turut memuat naik sekeping gambar surat yang menggunakan logo Jakim bertarikh 31 Oktober 2011 yang dipercayai sama dengan surat yang tersebar di laman sosial beberapa tahun lalu.

Surat jawapan tersebut ditujukan kepada sebuah pasar raya besar di Malaysia yang mengesahkan kedua produk tersebut haram kerana mengandungi DNA babi oleh Jabatan Kimia Malaysia pada 30 Jun 2011.

Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/jakim-jawab-viral-sijil-halal-sos.html#ixzz4BjaUYDDo
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

JAKIM Sekali Lagi Tampil, Sahkan Mee Segera Ramyeon-Samyang Adalah Halal
siakapkeli.my

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,(JAKIM) dalam kenyataan terbaru mereka telah menegaskan produk Mee Segera Ramyeon-Samyang yang hanagt diperkatakan di media sosial kini adalah halal.

Menurut mereka. ketika ini status halal produk ini telah kembali menerjah facebook pihak Jakim selepas beberapa individu memuatnaik kembali yang mendakwa mee segera berkenaan haram.

"Untuk makluman pengguna, buat masa ini Korean Muslim Federation (KMF) adalah merupakan satu-satunya badan pensijilan halal Korea yang diiktiraf oleh Jakim."

"Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan oleh mereka beberapa bulan yang lalu, didapati bahawa produk mee segera ramyeon tidak mengandungi bahan yang meragukan dan merupakan pemegang sijil halal (KMF) yang sah sehingga kini," jelas mereka.

Menurut Jakim lagi, pihak KMF mendakwa syarikat berkenaan yang menghasilkan mee segera ini patuh dan komited terhadap piawaian prosedur yang telah ditetapkan, malah pemantauan secara berkala turut dilaksanakan terhadap semua industri di Korea yang diberikan sijil halal oleh KMF.

"Selain itu, kenyataan ini diperkukuhkan lagi turut disokong dengan hasil laporan analisis Jabatan Kimia Malaysia di mana TIADA DNA BABI dikesan pada produk tersebut," tegas pihak Jakim lagi.

Sehubungan itu, mereka meminta supaya orang ramai berhenti menyebarkan maklumat palsu berkenaan di mana mereka boleh menyemak senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf di laman sesawang www.halal.gov.my atau melalui aplikasi telefon pintar MyJakim atau hubungi 03-8892 5000/1. - Siakapkeli.my

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: