Sunday, June 5, 2016

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4518[1 Attachment]

10 Messages

Digest #4518

Messages

Sat Jun 4, 2016 9:40 am (PDT) . Posted by:



Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ? reminder
When: Saturday, 04 June 2016 06:00 PM to 07:00 PM
(GMT) Greenwich Mean Time - Dublin / Edinburgh / Lisbon / London

Where: http://rokokkesehatan.com/?ref=8429

Notes: Halo sahabat...

Saya ingin tau apa TARGET dan Cita-Cita kamu Tahun ini ?

- . Apakah ingin memiliki Mobil Mewah ?
- . Ingin memiliki Rumah Mewah ?
- . Ingin memiliki Bisnis Besar ?
- . Bebas Finansial ?
- . Hidup Mapan dan Sejahtera ?

TETAPI... Bagaimana CARA meraih itu semua ?

- . Butuh Modal BESAR ?
- . Harus berpendidikan TINGGI ?
- . Harus Bekerja sangat KERAS ?

Mampukah kamu ?

Coba luangkan waktumu sejenak melihat situs ini :
http://goo.gl/1foLME

Di rokokkesehatan.com anda akan mendapatkan penghasilan
milyaran rupiah tanpa perlu bekerja keras!
Menggunakan sistem otomatis yang pasti akan menghantarkan
anda menjadi seorang milyuner! DIJAMIN!

Perlu BUKTI ?
Kunjungi Website saya :
http://goo.gl/1foLME

Sukses Selalu!

Darman
http://goo.gl/1foLME

From: automobil Calendar

Privacy:
http://privacy.yahoo.com/privacy/us

Terms:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

Sun Jun 5, 2016 12:54 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Puasa tahun ini bermula selasa

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

"

Salah satu rukun Islam ialah puasa bulan Ramadan.Kewajipan berpuasa bulan Ramadan adalah mutlak berdasarkan Al Quran sepertimana Firmannya yang bermaksud:

Salah satu rukun Islam ialah puasa bulan Ramadan.Kewajipan berpuasa bulan Ramadan adalah mutlak berdasarkan Al Quran sepertimana Firmannya yang bermaksud:

" Hai orang orang yang beriman,diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan keatas orang orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (iaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau didalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari hari yang lain. Wajib bagi orang orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidiyah, (iaitu) memberi makan seorang miskin. Barang siapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui. (beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang didalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan penjelasan mengenai petunjuk itu dan poembeza (diantara yang hak dan yang batil). Oleh kerana itu, barangsiapa diantara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) pada bulan itu, maka hendaklah dia berpuasa pada bulan itu, dan barang siapa sakit atau didalam perjalanan (lalu dia berbuka) Maka (wajiblah bagi berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari hari yang lain. Allah s,w.t menghendaki kemudahan bagi kamu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah S.W.T diatas petunjuknya yang diberikan kepada kamu. Supaya kamu bersyukur"

(surah Al Baqarah ayat 183-186)
Rata rata mengatakan mula berpuasa pada tahun ini ialah jatuh pada hari Isnin dan ada yang tidak setuju mula berpuasa pada tahun ini jatuh pada hari Selasa.

Memang mengikut kelandar 1 Ramadan 1437 bersamaan 6 Jun 2016 jatuh pada hari Isnin dan melihat anak bulan yang ditentukan oleh pihak kerajaan diadakan pada petang hari Ahad, iaitu 29 Syaaban 1437 bersamaan 5 Jun 2016. Maka ratab rata mengatakan puasa jatuh pada 6 Jun 2016.

Faktanya, Jika anak bulan tidak kelihatan pada petang Ahad 5 Jun 2016 puasa tidak jatuh pada hari Isnin dan ia akan disytihar mohar raja bahawa puasa jatuh pada hari Selasa, iaitu pada 2 Ramadan 1437.

Penentukan puasa tetap diadakan berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Janganlah kamu berpuasa sehingga melihat anak bulan dan juga jangan kamu berbuka puasa (mengakhiri bulan puasa) sehingga kamu melihat anak bulan. Apabila kamu terhalang (untuk melihat bulan) maka genapkanlah hitunganya" ( Ibn Taimiyah Majmu fatawa. Jilid v Hlm 133-134)

Maksud sabda nabi, genapkanlah hitungannya, iaitu sempurnakan hitungan atau jemlah bulan Syaaban menjadi 30 hari sebagaimana disebutkan dengan jelas dalam riwayat Abu Hurairah yang dicantumkan oleh Bukhry dalam kitabnya Sahih Al Bukhary yang bermaksud " Puasalah kamu sekalian sekiranya sudah melihat anak bulan dan berbuka puasalah kamu jikakalau kamu sudah melihat bulan. Apabila bulan tersebut tertutp atau tidak dilihat oleh kamu, maka genapknlah hitungan bulan Sya'aban 30 hari.

Oleh itu, puasa di Negara satu Malaysia pada tahun ini jatuh pada hari selesa iaitu 2 Ramadan 1437 bukan pada hari Isnin, I Ramadan 1437. Sepertimana yang dinyatakan kebanyakan umat Islam dua tiga hari ini.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: anaabdullah
Dilulus untuk paparan oleh Abdullah

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 5, 2016 12:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Saya sokong calon wanita, tetapi Mastura tak sesuai – Kamilia
bloglist-malaysia.blogspot
idahsalam.blogspot
Posted by indah.com
Aedi Asri
FMT|

Kamilia berpendapat, ramai pemimpin dalam Wanita dan Puteri UMNO Perak yang lebih layak untuk dicalonkan pada PRK Kuala Kangsar.

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim menyifatkan tindakan parti itu menurunkan Datin Mastura Mohd Yazid di PRK Parlimen Kuala Kangsar sebagai langkah yang silap dan hanya mengundang sabotaj kepada kempen BN.

Beliau menjangkakan pencalonan balu Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad itu bakal mengundang perpecahan di dalam UMNO Bahagian Kuala Kangsar memandangkan bukan semua pihak yang menyenanginya.
"Walaupun dahulu UMNO kata inginkan calon lelaki bagi menggantikan Tan Sri Rafidah Aziz, saya mengalu-alukan pemilihan calon wanita pada PRK kali ini.

"Tetapi Mastura bukanlah orang yang sesuai. Kedudukannya sebagai balu bekas ahli Parlimen bukanlah sebab yang cukup untuk mewakili rakyat Kuala Kangsar," katanya dalam wawancara bersama FMT.
Beliau berkata, UMNO sepatutnya memilih calon daripada kepimpinan Wanita UMNO Perak sebagai pengiktirafan terhadap pergerakan itu.

"Adakah Mastura daripada kepimpinan parti? Jika tidak, kenapa tidak pilih mana-mana pemimpin Wanita Perak," katanya yang memuji langkah PAS mencalonkan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad.
"Itu adalah pengiktirafan kepada kedudukan dalam parti. Mengapa UMNO tidak memberi pengiktirafan yang serupa?" soalnya lagi.

Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan sebagai berkata, pemilihan Mastura dibuat berdasarkan lima faktor, iaitu berlatar belakang profesional; memahami keadaan di Kuala Kangsar, bergaul dengan masyarakat setempat dan memahami kehendak kepimpinan UMNO Bahagian serta ahli Wanita dalam parti itu.

Mengulas perkara itu, beliau berkata, ramai lagi individu dalam kepimpinan Wanita dan Puteri UMNO Perak yang memiliki kriteria sama.

"Saya bangkit (bertanding sebagai calon Bebas pada PRU13) sebab orang persoalkan tiadakah wanita dari Perak atau Kuala Kangsar yang layak? Hari ini pun saya lihat sejumlah pemimpin dalam Wanita dan Puteri layak.
"Nampaknya kali ini lebih kepada sentimen calon sebagai balu Allahyarham. Tetapi adakah itu sahaja memadai?" soal bekas senator itu lagi.

Sepanjang kira-kira 30 tahun berada dalam UMNO, Kamilia lantang menegakkan kedudukan pergerakan Wanita dalam parti itu.
Beliau pernah mendesak ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan kerana mendakwa kaitan Shahrizat dalam skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) menjatuhkan imej pergerakan itu.

Beliau dipecat daripada UMNO pada 2013 selepas bertanding sebagai calon Bebas di kawasan Parlimen Kuala Kangsar untuk memprotes kepimpinan parti yang menurutnya meminggirkan Wanita UMNO pada PRU13.

Amboi!! Hebat Mamat Ni.. Mufti Dia Sound Suruh Bertaubat?
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria disaran bertaubat ekoran kenyataannya menganggap pencalonan Mastura Mohd Yazid sebagai calon BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar tidak menyalahi hukum Islam.

Ahli Pemuda Umno Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Harussani itu seolah-olah mengizinkan seseorang wanita keluar rumah berkempen walaupun masih dalam idah akibat kematian suami.

Selain itu Syed Rosli berpendapat tindakan mufti itu dan pemimpin Umno membenarkan Mastura mengeluarkan gambarnya di media sosial seolah-olah memperlekehkan agama dan perintah Allah.

"Dengan menggunakan rakaman video dan poster beliau, secara tak langsung ia menggambarkan juga calon BN melanggar perintah idah dalam Islam.

"Apabila Umno dan mufti cuba mengubah suai perintah Allah maka mereka ini kelihatan memperlekehkan agama dan perintah Allah hanya kerana kepentingan individu.

"Pada saya ia perbuatan terkutuk dan keji. Saya harap pemimpin Umno khususnya mufti-mufti yang telah membuat kenyataan ini supaya insaf dan bertaubat kerana ia jelas menghina agama Islam dan menghina Allah," katanya kepada Malaysiakini.

Selepas BN menamakan Mastura sebagai calonnya dalam PRK Kuala Kangsar, beberapa pihak menimbulkan isu kesesuaian balu allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dipilih.

Antara lain Mastura masih dalam keadaan idah selepas Wan Mohammad Khair-il Anuar meninggal dunia dalam kemalangan helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Bagaimanapun beberapa pihak lain termasuk Harussani menganggap tidak ada larangan untuk seseorang wanita dalam idah dijadikan calon dalam pilihan raya.

Pada pandangan Harussani pencalonan Mastura itu tidak melanggar hukum agama mahupun budaya Melayu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula berkata strategi itu julung kali diguna pakai jentera BN semenjak parti itu ditubuhkan.

Malah, katanya ia dibuat dengan mengambil kira fatwa mengikut hukum qat'ie dalam Islam dalam hal tempoh idah seseorang wanita yang kematian suami.

Zahid berkata antara kaedah telah dicari untuk memperkenalkan Mastura kepada pengundi termasuk merakamkan ucapannya yang akan disiarkan di semua pusat daerah mengundi dan lokasi-lokasi sasaran, selain melalui komunikasi tanpa lisan.

Syed Rosli sebelum ini menegaskan bahawa beliau akan bertanding di PRK itu sebagai calon bebas memandangkan BN meletakkan Mastura yang disifatkannya supaya tidak sesuai.

Beliau turut tidak gentar sekiranya keahliannya di dalam Umno dilucutkan kerana bertanding dalam PRK berkenaan.

Ahli Umno Syed Rosli tak jadi tanding, sokong calon AMANAH
bloglist-malaysia.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Seorang anggota Pemuda yang mahu bertanding dalam pilihan raya kecil Kuala Kangsar hari ini menukar fikiran dan memberi sokongan kepada calon Patri Amanah Negara (AMANAH).

Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata beliau memutuskan perkara itu kerana parti serpihan PAS itu meletakkan anak tempatan sebagai calon mereka.

Beliau, yang berdepan pemecatan jika bertanding sebagai calon bebas juga, berkata masih sayangkan Umno.

"Saya menyokong beliau (calon AMANAH) bukan kerana beliau dari Parti AMANAH namun kerana beliau anak jati Kuala Kangsar! Itu sahaja.

"Pada calon Umno BN, saya anak jati Kuala Kangsar tidak menentang kamu lagi dan juga tidak menyokong kamu juga.Saya tidak masuk campur," katanya.

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 5, 2016 12:55 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



133 soal jawab tentang Ramadan dan Aidilfitri

telokbakong.blogspot
milosuam.blogspot
.
1.Batal tak puasa kalau pakai earphone kat lubang telinga?

Tak batal

2.Apakah hukum bermain mercun di bulan puasa?

Yang tak berbahaya makruh sebab bakar duit. Yang berbahaya haram.

3.Apakah hukum kita berhias diri pada hari raya?

Sunat berhias diri pada hari raya.

4.Apakah hukum pasang pelita kat halaman rumah pada 10 hari terakhir?

Kalau nak cerahkan halaman rumah, harus. Kalau raikan 10 malam terakhir atau malam raya, bida'ah.

5.Sah tak puasa ganti Ramadhan kalau niat tidak dikhususkan?

Kena tentukan dalam niat puasa ganti Ramadhan.

6.Hadith berkenaan 10 malam pertama Ramadhan adalah rahmat, 10 malam pertengahan adalah maghfirah dah 10 malam terakhir adalah pembebasan dari neraka itu sahih ke tidak?

Dhaif, boleh amal dan boleh sebarkan.

7.Macam mana kalau suka gigit kuku di bulan puasa?

Batal jika ditelan kuku itu selepas digigit.

8.Apa hukumnya masih makan waktu azan Subuh berkumandang.

Batal puasa.

9.Kalau menangis batal tak puasa?

Tak batal walaupun sebulan menangis.

10.Boleh tak suami ganti puasa isteri yang tak sihat?

Tak boleh ganti puasa orang yang masih hidup.

11.Kalau orang hilang akal tak puasa macam mana?

Hilang akal bukan lagi dikira mukallaf. Jadi tak wajib puasa.

12.Solat terawih kat surau atau masjid, mana lagi afdhal?

Masjid.

13.Terjeluak makanan dari dalam perut ketika gosok gigi. Adakah dikira muntah dengan sengaja?

Tak batal. Yang batal usaha supaya terjeluak bukan dengan gosok gigi tapi dengan cara kebiasaan yang dibuat orang supaya muntah.

14.Kenapa kita sambut nuzul Quran pada 17 Ramadhan? Bukankah al-Quran diturunkan pada malam Lailatul Qadar dan malam Lailatul Qadar itu ada dalam 10 malam terakhir Ramadhan?

Lailatul Qadar turun pada mana-mana malam dalam bulan Ramadhan. 10 malam terakhir bukan syarat tetapi adat kebiasaan sahaja. Boleh berlaku juga pada malam yang lain.

15.Tak apa ke kalau kita asyik teringat perempuan yang kita sukai di bulan Ramadhan?

Tak berdosa tapi tak dapat pahala. Baik ingat Allah banyak-banyak. Dapat pahala.

16.Apa yang boleh perempuan yang datang haid lakukan untuk buat Qiamullail?

Berzikir, istighfar, selawat dan berdoa.

17.Boleh tak perempuan yang datang haid tak makan dan minum di bulan puasa?

Boleh, tapi tak boleh niat mengerjakan puasa.

18.Apakah hukum solat sunat terawih dengan 4 rakaat 1 salam?

Sah, tapi menyalahi yang lebih utama?

19.Batal tak puasa jika letak ubat mata (EYEMO) dan ubat mengalir ke tekak hingga rasa pahit di tekak?

Batal jika ubat sampai ke lidah kemudian ditelan. Setakat pahit di tekak sahaja, tidak membatalkan.

20.Batal tak puasa kalau keluar darah yang banyak kerana kemalangan?

Tak batal keluar darah luka melainkan darah haid dan nifas.

21.Batal tak puasa jika telan air liur basi yang banyak dengan sengaja di siang hari?

Batal telan yang basi. Yang tak basi tak batal sebab yang basi dari dalam perut.

22.Puasa enam dapat dikira sebagai puasa ganti atau tidak?

Kena niat puasa ganti baru dikira.

23.Apakah hukum bersiwak di bulan puasa?

Bersiwak ertinya membersihkan gigi dengan alat bukan dengan air manakala yang dimakruhkan berlebihan adalah ialah membersihkan mulut dengan air.

24.Apakah hukum berselawat di antara solat terawih?

Harus dan dapat pahala.

25.Mimpi keluar air mani di bulan puasa batal tak puasa?

Tidak ada mimpi yang membatalkan puasa.

26.Batal tak puasa jika pakai ubat ulser mulut ketika puasa?

Tertelan tak batal. Sengaja telan membatalkan puasa.

27.Saya ada tabiat suka meludah. Sah ke puasa saya?

Makruh suka meludah ketika berpuasa. Harus telan sahaja air liur tu.

28.Kenapa hisap rokok boleh batal puasa? Sedangkan hidu asap kereta boleh.

Hisap rokok masuk nikotin dalam kerongkong. Sebab itu kalau orang tidak merokok tapi kena asap rokok tak membatalkan puasa kerana tak masuk nikotin melepasi kerongkongnya. Begitu juga dengan asap kereta, batal puasa kalau seorang itu hisap dengan cara lekatkan mulut pada ekzos kereta dan hisap.

29.Berapa rakaat paling sedikit untuk solat terawih?

Paling sedikit 8 rakaat.

30.Korek hidung semasa puasa, batal tak puasa?

Tak batal.

31.Hidu minyak cap kapak ketika puasa, batal ke tidak?

Tak batal.

32.Saya mengandung dan tidak boleh berpuasa kerana muntah-muntah serta pening jika berpuasa. Adakah saya kena bayar fidyah atau saya kena qadha puasa sahaja?

Qadha puasa sahaja.

33.Betulkah pahala solat terawih tidak dikira jika tak buat solat witir dipenghujung?

Tak betul. Masing-masing adalah sunat yang tersendiri. Buat satu dapat satu.

34.Apakah kurang pahala puasa jika dihebah-hebahkan jenis-jenis makanan yang hendak dimakan sewaktu berbuka di 'wall' Facebook?

Makruh kempen makan sedap-sedap dan lazat di bulan puasa.

35.Apakah hukum berpuasa di hari Jumaat, Sabtu dan Ahad?

Tidak haram puasa pada hari tersebut. Cuma Rasulullah SAW suka kita puasakan Jumaat dengan Sabtu atau Khamis dengan Jumaat atau Isnin dengan Khamis.

36.Betulkah kalau puasa hari Jumaat kena puasa juga hari Sabtu?

Sunat tambah hari Sabtu atau Khamis. Kalau puasa hari Jumaat sahaja kurang afdhal tetapi sah.

37.Apakah hukumnya seorang tua menggunakan dan memasukkan gigi palsu ketika berpuasa?

Tak batal melainkan ditelannya baru batal.

38.Terjun dan berenang di dalam air, adakah perlu mengqadha puasa?

Wajib qadha bila memang masuk air dalam batin rongga yang terbuka. Sekadar masuk dalam telinga dan mulut atau hidung yang bukan batin, tidak membatalkan puasa.

39.Betulkah puasa sunat tak boleh dibuat selagi tak ganti puasa fardhu?

Boleh buat.

40.Qiamullail boleh dilakukan secara berjemaah?

Boleh.

41.Apakah hukum gosok gigi masa tengah hari ketika bulan puasa?

Makruh mengikut pendapat yang muktamad selepas waktu zuhur. Harus sampai bila-bila pun menurut pendapat Imam Nawawi r.a.

42.Kalau air masuk dalam telinga masa mandi, kadang-kadang nak keluarkan air itu kena masukkan air ke dalam telinga semula. Adakah batal puasa?

Jika masukkan air ke dalam telinga itu sampai ke batin baru batal puasa. Cara yang mudah ialah melekapkan jari ke lubang udara dengan cara menekankan dengan kuat jangan bagi udara masuk kemudian lepas. Air dari dalam akan turut keluar. Buat macam nak 'pump' sinki yang tersumbat tu..

43.Betulkah nabi SAW tidak pernah berbuka puasa di rumah, hanya di masjid?

Nabi SAW ada juga berbuka dengan isteri-isterinya di rumah.

44.Secebis makanan tersangkut di antara halkum. Adakah patut membuangnya atau menelan?

Bila berada di tengah antara zahir dan batin, boleh telan dan boleh buang.

45.Apakah hukum perempuan memakan pil penahan haid dalam bulan Ramadhan kerana tidak mahu meninggalkan puasa?

Makruh.

46.Apakah hukum berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku, biar lah bulan ini tak datang haid supaya boleh puasa penuh"?

Makruh doa macam itu sebab isteri-isteri Nabi SAW tak pernah doa macam tu.

47.Adakah benar jika meninggal dalam bulan puasa akan terlepas azab kubur selama setahun?

tidak benar.

48.Boleh tak saya kumpulkan sekali denda fidyah yang tahun-tahun lepas, beri kepada masjid dan orang miskin?

Wajib bayar denda bila saja mampu. Boleh bayar denda asing-asing atau disekalikan untuk satu golongan penerima. Tak sah denda diberi kepada masjid. Wajib kepada faqir dan miskin sahaja.

49.Apakah hukum berbuka puasa bersama pakwe/makwe?

Sah, tetapi berkurang pahala sekadar mana saling melihat atau berbual.

50.Apakah hukum mandi dekat dengan waktu berbuka puasa?

Harus, dan jika berlebihan jirus jadi makruh.

51.Apakah hukum suami isteri bermanja-manja ketika berpuasa?

Nabi SAW harus manakala kita makruh. Jika keluar mani jadi haram.

52.Zakat Fitrah sepatutnya dikeluarkan di mukim kita tinggal atau mukim kita bekerja?

Tempat kita bekerja.

53.Antara waktu berbuka dan waktu bersahur, yang mana banyak kelebihan?

Berbuka.

54.Seorang tinggalkan puasa tahun dulu-dulu, dalam 50 hari. Tahun lepas dia dah ganti 20 hari, tapi tak sempat bayar fidyah. Tahun ini dia kena ganti 50 hari juga atau 30 hari sahaja? Bayar fidyah adakah perlu digandakan?

Puasa yang sudah diqadha tidak lagi berganda fidyahnya. Bilangan fidyah hanya mengikut bilangan baki yang belum diqadha sahaja.

55.Korek telinga dengan putik kapas hingga ke gegendang telinga, makruh tak?

Jangan sampai ke gegendang kerana ada pendapat yang mengatakan batin rongga telinga bermula pada gegendang telinga manakala ulamak-ulamak lain mengatakan belakang gegendang dekat otak baru membatalkan.

56.Seorang tua dinasihati doktor supaya kerap minum air. Si tua ini juga sesak nafas jika puasa. Macam mana?

Kalau memang benar tak minum air boleh jadi sesak nafas, harus berbuka dan wajib qadha apabila hilang penyakit. Kalau penyakit yang tiada sembuh lagi pada adatnya tak wajib qadha hanya wajib bayar fidyah.

57.Kita sedang puasa sunat, tetapi ada orang jemput menghadiri undangan ke rumahnya. Mana lagi afdhal?

Afdhal puasa kerana menghadiri jemputan tidak disyaratkan makan jamuan di situ. Jika kita makan dia juga gembira, afdhal makan.

58.Terdetik hati untuk niat puasa lepas isyak, tetapi terlupa. Jadi ke tidak niat puasa itu?

Kalau ada dalam hati nak berniat puasa qadha lepas isyak dikira sah kerana niat nak berniat lepas isyak sudah terkandung di dalamnya nak puasa qadha esok. Dengan syarat masa niat itu sudah malam.

59.Jika tak tunai solat fardhu, adakah sia-sia amalan solat terawih?

Amalan sunat tergantung jika tak buat yang wajib.

60.Keadaan yang macam mana, tidak berpuasa, tetapi tidak boleh makan dan minum?

-Orang yang batal puasanya bukan sebab haid seperti orang yang telah memasukkan air sampai ke batin telinganya.

-Orang yang sengaja tidak berniat ataupun lupa niat pada malamnya.

-Orang yang tidak mahu berpuasa tanpa uzur.

61.Adakah hadis berkenaan ganjaran solat terawih itu sohih? Boleh tak disebarkan hadis itu untuk tujuan menarik orang untuk menunaikan solat terawih?

Hadith tersebut ada dua pendapat. Pendapat pertama mengatakan ia palsu. Ini yang paling banyak di sisi ulamak. Oleh itu, sebaiknya jangan disebarkan.

62.Adakah batal puasa jika telan kahak yang keluar dari dalam anak tekak?

Batal telan kahak dari dalam tekak.

63.Berapakah bilangan sebenar solat terawih? 8 rakaat atau 20 rakaat? Yang manakah lebih afdhal?

Lebih banyak rakaat lebih afdhal.

64.Apa sunnah Nabi SAW makan berbuka?

Kurma dan air.

65.Jika kita mandi wajib selepas subuh, bolehkah kita berpuasa pada hari tersebut?

Sah puasa dalam keadaan junub.

66.Selepas habis waktu sahur, disebabkan perut kosong, angin dari perut naik balik ke tekak bersama minuman dan makanan. Macam mana? Puasa masih sah?

Kalau naik balik tak melepasi kerongkong, tak batal kalau makanan/minuman masuk semula.

67.Seorang kawan kerja syif malam. Balik kerja, dia tidur sampai tengah hari. Apakah hukum puasa dia?

Tidak batal puasa dan tidak makruh kerana berkerja syif malam. Jika tidur sepanjang hari, makruh hukumnya.

68.Saya ada seorang kawan muallaf. Dia berpuasa tetapi di badan dia ada 'tattoo' dan lidah bertindik. Adakah puasa dia sah?

Jika 'tattoo'-nya dalam masa Islam dan menghalang sahnya wuduk dan mandi hadas, puasanya tidak diterima sebab solatnya tidak sah. Jika 'tattoo' itu dibuat dalam masa kafir, tak wajib buang dan sah solatnya.

69.Tahun ini kita kurang sebulan berpuasa, jadi hari raya pertama boleh tak puasa?

Perkataan yang mengatakan puasa 29 hari tak cukup itu bukan perkataan ulamak. Dalam Islam puasa Ramadhan berkisar antara 29 dan 30 hari.

70.Adakah sah puasa orang yang berpuasa pergi beli juadah berbuka dengan mendedahkan aurat?

Sah. Tetapi berdosa kerana buat maksiat. Melakukan dosa ketika puasa menafikan hikmah puasa yang mahu kita jadi orang bertakwa.

71.Inhaler untuk orang selsema, adakah batal puasa jika digunakan?

Jika dihisap dengan kuat boleh membatalkan sebab masuk air ubat ke dalam kerongkong. Kalau disedut perlahan, makruh hukumnya kerana hanya udara yang masuk ke dalam kerongkong.

72.Mana lebih baik, niat puasa sebulan atau setiap malam sebelum imsak? Adakah batal jika niat di siang hari?

Aku berniat mengerjakan puasa Ramadhan tahun ini sebulan kerana Allah s.w.t. Tak batal puasa dengan sebab niat di siang hari.

73.Apakah hukum ke bazar Ramadhan apabila bazar itu dihadiri oleh wanita-wanita berpakaian seksi?

Bazar tersebut dikiaskan dengan pasar yang mana Nabi SAW menyuruh siapa yang pergi hendaklah menjaga pandangan. Sengaja melihat aurat hukumnya adalah haram sama ada kita peniaga atau pembeli.

74.Boleh tak saya ajak kawan-kawan saya dari Jepun (bukan Islam) yang buat dokumentari pasal Ramadhan berbuka di masjid?

Boleh dan wajib minta kebenaran ahli jawatankuasa masjid.

75.Kalau saya dari tanah air pukul 3 petang bertolak ke Jeddah sampai pukul 6 petang (waktu sana) sedangkan waktu Malaysia sudah pukul 9 malam. Waktu mana patut saya ikut berbuka puasa?

Wajib ikut waktu negeri mana kita berada.

76.Adakah dosa dilipat gandakan apabila melakukan kesalahan(dosa) di bulan puasa?

Tak berlipat ganda dosa tetapi berkurang pahala puasa.

77.Boleh ke niat puasa waktu bersahur?

Sah niat antara waktu Maghrib sampai waktu Subuh.

78.Apa hukumnya wanita memakai wangi-wangian ke bazar Ramadhan?

Wanita haram memakai wangi-wangian yang dapat dihidu oleh lelaki ajnabi sama ada bulan puasa atau bulan lain.

79.Kalau qadha puasa, kemudian berbuka bukan sebab uzur. Kena qadha ganda ke?

Tak ganda. Kena qadha semula.

80.Apakah hukum beli di bazar yang penjualnya tak tutup aurat?

Sah berjual beli. Haram jika sengaja pandang auratnya.

81.Adakah batal puasa jika pakai 'contact lens'?

Tak batal puasa.

82.Batal tak puasa jika terima rawatan suntikan?

Suntikan jika mengenyangkan pesakit membatalkan puasa.

83.Kenapa pada bulan puasa masih berlaku histeria?

Yang diikat adalah kepala-kepala jin kafir yang jahat. Jika ada berlaku lagi gangguan, itu adalah daripada jin-jin yang tidak diikat.

84.Apakah hukum memaksa solat terawih dalam keadaan yang sangat letih dan mengantuk kerana rehat dan tidur yang tidak mencukupi?

Memaksa seperti itu tidak menjadi kesalahan. Yang tak elok ialah sampai tubuh badan sakit-sakit dan mudarat kesihatan. Kalau letih, berhenti sahaja. Sunat bukan wajib..

85.Jika seseorang wanita mandi wajib semasa subuh sah kan puasanya? Boleh ke sebenarnya dia mandi wajib sebab masuk rongga faraj?

Faraj anak dara biasanya berbeda dgn faraj wanita yg pernah disetubuhi yaitu ketika duduk mencangkung mcm nak buang air besar faraj anak dara tdk terbuka manakala faraj yg pernah bersetubuh terbuka..ada yg terbuka sedikit dan ada yg terbuka banyak..sama ada terbuka sikit atau banyak, wajib disampaikan air disitu dan biasanya air tdk masuk lebih dr kawasan yg terbuka melainkan disumbat paip ke mulut faraj..perlu diketahui, bila duduk mencangkung tu, biarkan saja ia terbuka dgn sendirinya dan bukan dibuka..apa yg masih tdk terbuka ketikla duduk tu adalah dikira batin faraj yg tdk wajib disampaikan air..dan perlu diketahui..ada juga faraj wanita yg pernah disetubuhi itu tertutup rapat sekalipun sudah banyak kali disetubuhi maka tidaklah wajib disampaikan air ke kawasan farajnya yg tidak terbuka itu..

86.Apa hukum sedut asap welding ketika puasa?

Asap rokok disedut sampai ke dalam dada manakala asap welding hanya sedikit yang sampai ke mulut.

87.Sah tak puasa jika berniat puasa untuk sebulan itu di tengah-tengah bulan?

Kena niat di awal bulan baru sah melainkan wanita yang pada awal bulan itu sedang haid maka hendaklah dia niat sebulan setelah dia suci. Kalau tengah bulan datang haid, tak perlu niat semula setelah suci, hanya wajib niat setiap malam macam biasa.

88.Hadith "Ummu Salamah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda 'sebaik-baik masjid bagi wanita ialah kamar-kamar yang paling dalam dirumah mereka?(HR Ahmad)". Boleh ustaz ulas?

Hadith ini bukan mengharamkan wanita ke masjid tetapi menyebut kelebihan solat dirumah berbanding di luar rumah sahaja. Jika wanita ke masjid, hukumnya adalah harus dengan syarat dia menjaga peraturan-peraturan syarak yang telah ditetapkan.

89.Adakah hadis kelebihan solat dirumah bagi wanita ini mesti diambil dulu dari hadith-hadith lain tentang kelebihan solat berjemaah? Adakah lebih afdhal wanita solat di rumah meskipun sendirian berbanding di masjid berjemaah?

Ya..

90.Boleh tak kita terawih sebelum Isyak?

Tak boleh.

91.Kalau sedang selsema, telan hingus yang turun ke mulut dari laluan hidung (bukan dari lubang hidung), batal tak puasa?

Batal.

92.Apakah hukum pergi takbir raya?

Sunat.

93.Apakah hukum zakat fitrah bagi anak-anak zina? Siapa yang wajib bayar ke atasnya?

Ibu si anak. Lihat kitab al-Mufassal fi ahkamil mar-ah.

94.Sebenarnya orang yang tak solat, suka tinggal solat boleh beraya tak?

Tak boleh sebab Hari raya adalah kemenangan bagi orang yang bertaqwa. Orang yang tak solat tak masuk dalam kumpulan orang taqwa.

95.Boleh tak pergi beraya di malam-malam hari contohnya ketika waktu Maghrib?

Bergantung kepada uruf. Jika uruf tidak memandangnya sebagai adab yang buruk, tidaklah menjadi kesalahan.

96.Apakah hukum pasang lampu kelip-kelip pada hari raya nanti?

Jangan anggap ia kemestian sambut raya. Niat pasang tu untuk hias halaman rumah, 'okay' lah..

97.Saya seorang pelajar yang mendapat biasiswa. Adakah wajib saya membayar zakat fitrah ataupun bapa yang kena membayarnya?

Jika pelajar tersebut telah mampu menyara hidupnya sendiri, bapa tidak lagi membayar zakat fitrahnya..

98.Adakah balik beraya boleh dikira sebagai urusan? Berapa lama seseorang itu boleh jamak qasar kalau dia tak tahu berapa lama dia balik beraya kat kampung?

Ya, dikira urusan. Kalau tak pasti, boleh jamak 18 hari.

99.Tak apa ke kalau kita saja-saja bertakbir raya? Ada orang kata tak elok bertakbir masa bukan hari raya.

Bida'ah tapi tidak berdosa.

100.Boleh sebut "Gong Xi Raya" dan "Deepa Raya"?

Lakum diinukum waliadin (bagi kamu agama kamu, bagi kami agama kami).

101.Katakan hari raya jatuh pada hari Jumaat. Pagi dah solat sunat hari raya dan dengar khutbah raya. Boleh tak kalau tak pergi solat Jumaat?

Wajib solat Jumaat. Yang tak wajib solat Jumaat jika dah solat raya ialah orang yang tinggal di pedalaman yang jauh dari masjid. Bila mereka dah datang pada paginya solat hari ray, tak diwajibkan lagi datang sekali lagi untuk solat Jumaat.

102.Niat puasa sunat untuk diet dan kurus, dapat pahala tak puasa tu?

Dapat pahala jika masih ada niat kerana Allah.

103.Kalau saya tinggal puasa dua tahun lepas, wajibkah bayar fidyah walaupun saya masih dalam tangunggan ibu bapa?

Jika anda masih budak-budak yang belum layak berkerja, fidyah dibayar oleh bapa.

104.Adakah puasa yang ditinggalkan 400 hari mesti diqadha dalam masa sebelum menjelang Ramadhan yang akan datang?

yang wajib qadha sebelum masuk Ramadhan baru hanyalah bilangan yang muat pada tahun tersebut. Jika bilangan tersebut lebih daripada bilangan yang muat, tidak mengapa dibayar pada tahun selepasnya.

Bagaimana pula dengan fidyah? Adakah berganda? Jika tak mampu macam mana?

Tak mampu tak wajib bayar. Wajib bayar setakat yang mampu sahaja.

Setahun ada 365 hari. Kena puasa 365 hari penuh?

Melainkan dua hari raya dan 11,12 dan 13 Zulhijjah.

105.Adakah puasa sunat yang lain selain Isnin dan Khamis?

Sunat Rejab dan Syaaban.

106.Jika cabut gigi di bulan puasa, batal puasa tak?

Batal jika ditelan gigi tersebut.

107.Sengaja membatalkan puasa dengan makan dan minum kerana ingin berjimak dengan isteri. Adakah tetap dikenakan denda?

Tak kena menurut satu pendapat dalam mazhab Syafie.

108.Saya tinggal di Finland. Di sini Maghrib pukul 9.20 malam manakala Subuh pukul 3.21 pagi. Boleh atau tidak berbuka puasa ikut waktu Mekah kerana tidak larat berpuasa panjang sangat.

Wajib puasa ikut waktu berdekatan yang mampu diikut berpuasa. Contoh di Finland puasa 18 jam sehari jadi berat sangat menanggung, maka harus ikut negeri terdekat dulu yang ringan seperti Belanda 15 jam. Tak boleh terus nak ikut France umpamanya jika France 13 jam.

109.Apa hukum sengaja menayangkan makanan atau gambar makanan depan orang berpuasa?

Makruh.

110.Boleh tak kalau kita tak habis lagi puasa ganti dan sambung puasa enam? Selepas habis puasa enam baru sambung puasa ganti balik.

Boleh niat puasa enam dan qadha sekaligus menurut setengah ulamak fiqh.

111.Boleh niat puasa qadha dan sunat sekaligus?

Harus.

112.Kalau sudah niat puasa untuk sebulan Ramadhan, selepas itu datang haid. Adakah perlu perbaharui niat berpuasa sebulan yang telah dibuat? Adakah perlu niat setiap hari selepas itu?

Sunat niat semula malam suci dari darah dan wajib niat setiap hari selepas itu.

113.Boleh tak niat puasa ganti, puasa sunat Isnin dan puasa enam sekaligus?

Dapat dua puasa sahaja iaitu puasa sunat dan puasa wajib.

114.Jika saya demam dan sakit kepala, adakah saya bersalah/berdosa jika saya membatalkan puasa saya?

Pesakit sendiri dapat mengetahui adakah kesakitan yang dialami memerlukan berbuka atau meneruskan puasa. Jika memang sakit yang melemahkan badan, harus berbuka.

115.Kawan saya terpandang gambar orang kemalangan lalu muntah dan terus pengsan. Adakah sah puasa kawan saya itu?

Sah.

116.Kawan saya cakap sahur itu wajib, jika tidak sahur maka puasa batal. Betul ke?

Kawan awak memang sudah tidak betul akalnya sebab bercakap perkara hukum sedangkan dia tidak mengerti apa-apa. Sahur bukan wajib tetapi sunat sahaja dan sah puasa tanpa sahur.

117.Saya niat berpuasa. Tiba-tiba pukul 10.00 pagi kawan ajak hisap rokok, saya pun hisap. Pukul 3.00 petang baru sahaja sedar saya puasa. Batal tak?

Tak sengaja buat perkara yang membatalkan puasa tidaklah membatalkan puasa.

118.Adakah rumah terbuka dikira ibadah?

Harus pada syarak.

119.Korek telinga menggunakan putik kapas (cotton bud), adakah batal puasa?

Tak batal sebab kalau ditusuk jauh pun, takkan melepasi gegendang telinga. Di belakang gegendang telinga dikira batin yang boleh dimasuki oleh air.

120.Boleh atau tidak kawan saya mahu ganti puasa 30 hari selepas hari raya kerana takut puasa dia tidak diterima Allah?

Tak boleh, cara yang betul adalah buat puasa sunat sebagai menampung kekurangan puasa kita yang wajib.

121.Apakah hukum menziarah kubur di pagi raya?

Harus dan jangan iktikadkan sunat ziarah hari raya.

122.Apa hukum jika niat puasa sunat, kemudia berbuka?

Puasa wajib, wajib diteruskan melainkan ada keuzuran. Puasa sunat, makruh berbuka tanpa keuzuran.

123.Tak jumpa orang miskin untuk bayar fidyah di kawasan saya. Boleh tak saya buat kenduri beri makan kepada orang ramai?

Kena beri kepada orang miskin di tempat lain.

124.Puasa bulan Syaaban lagi banyak pahala ke bulan Ramadhan lagi banyak pahala?

Bulan Ramadhan mengatasi segala bulan kerana ada padanya Lailatul Qadr.

125.Antara puasa qadha(ganti) dengan puasa puasa nazar, yang mana lebih afdhal didahulukan?

Boleh pilih.

126.Dapat fadhilat juga ke bersahur utk puasa As syura?

Dapat kerana perintah Nabi SAW suruh bersahur itu umum untuk semua puasa.

127.Kalau kita puasa hanya 10 Muharram sahaja boleh tak?

Boleh cuma kurang afdhal.

128.Ada hadis puasa sehari itu dihapuskan dosa setahun yang lepas. Bagaimana puasa separuh hari, adakah dihapuskan dosa 6 bulan yang lepas?

Tak dikira. Cuma berpahala jika bukan sengaja berbuka.

129.Ada tak jenis gastrik yang tak boleh puasa langsung?

Ada. Sesetengah pengidap gastrik kena makan setiap dua jam.

130.Jika sengaja tinggalkan puasa wajib digantikan dengan puasa dua bulan?

Wajib ganti sehari sahaja bukan dua bulan. Wajib ganti dua bulan itu hanya untuk mereka yang jimak isteri di siang hari Ramadhan sahaja.

131.Sekiranya arwah abah meninggal, macam mana ahli keluarga nak qadha puasa arwah yang lepas-lepas? Boleh tak bayar fidyah sahaja?

Bayar fidyah sahaja.

132.Apakah hukum berbuka puasa dengan jimak?

Harus kalau di rumah, haram kalau di masjid.

133.Ibu 'ABC' telah menunaikan umrah baru-baru ini. Beliau telah mula berpuasa di Mekah satu hari lebih awal. Bagaimanakah kedudukan puasa beliau sekarang di Malaysia berpuasa Ramadhan 30 hari?

Beliau wajib jadikan puasanya campur di Mekah dan di sini tidak lebih 30 hari sahaja.

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2015/06/133-soal-jawab-tentang-ramadan-dan.html#ixzz3dQLPcrFR

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 5, 2016 12:56 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Muhammad Ali meninggal dunia

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

LOS ANGELES: Ikon tinju dunia Muhammad Ali meninggal dunia pada Jumaat, kata jurucakap keluarga dalam satu kenyataan.

"Selepas 32 tahun bertarung dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun," kata jurucakap Bob Gunnell.

Bekas juara tinju heavyweight dunia berusia 74 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan Khamis lalu akibat masalah pernafasan dengan media AS melaporkan keadaannya dirumitkan lagi dengan penyakit Parkinson.

– AFP

Kisah bagaimana Muhammad Ali peluk Islam
bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Sukan tinju dunia dikejutkan dengan berita kehilangan seorang lagenda apabila Muhammad Ali disahkan meninggal dunia, pagi tadi.
Ali yang dilahirkan pada 17 Januari 1942 di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat menghembuskan nafasnya pada usia 73 tahun, dipercayai kerana menghidap masalah pernafasan.

Beliau yang pernah menjadi peninju juara heavyweight dunia sebanyak tiga kali sememangnya merupakan salah seorang tokoh sukan terbesar pada abad ke-20.

Dalam namanya sedang meningkat naik, Ali tiba-tiba mengejutkan dunia apabila memilih untuk memeluk agama Islam dan menukar nama asalnya, Cassius Marcellus Clay, Jr, pada tahun 1964.

Pengumuman pertukaran agamanya itu didedahkan kepada umum buat pertama kali di arena gelanggang selepas Ali berjaya menjuarai heavyweight dunia menumpaskan Sonny Liston.

Petukaran agamanya itu juga membuatkan ada yang menggelarkannya sebagai 'Black Muslim'.

Ali yang awal merupakan mualaf ketika itu dikatakan mempunyai pegangan yang berubah-ubah terhadap Islam.

Namun, selepas itu Ali mula mendekati ajaran Islam dengan menyertai Nation of Islam, sebelum mengambil keputusan berada dalam aliran Islam Sunni pada tahun 1975, kemudian kepada mazhab Sufi pada tahun 2005.

Sementara itu, ramai peminatnya percaya Ali memeluk Islam ekoran pengaruh rakan baiknya yang dikenali Malcolm X.

Malah, ada sumber yang memberitahu, lagenda itu menerima hidayah ketika menemani rakannya mendengar ceramah ajaran Islam.

Keyakinan Ali terhadap Islam semakin utuh apabila beliau merasakan agama itu tidak membezakan warna kulit, etnik, kekayaan dan semuanya sama di mata Allah SWT.

Setelah pertukaran agamanya, Ali yang popular dengan gelaran 'The Greatest' meminta orang ramai tidak lagi memanggilnya sedemikian kerana mahu bersederhana seperti yang dituntut oleh ajaran Islam.

Sepanjang hayat, Ali sememangnya cukup terkenal dengan suara lantangnya demi mempertahankan isu-isu kaum, agama dan politik.

Awal Disember lalu, Ali sekali lagi memainkan peranannya menegakkan hak Islam apabila menyelar pendirian calon presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu menghentikan imigrasi umat Islam ke negara itu.

"Saya seorang Muslim dan tidak ada orang Islam mahu membunuh orang yang tidak bersalah di Paris, San Bernardino, atau di mana sahaja di dunia. Penganut Islam yang sebenar tahu bahawa keganasan yang kejam bertentangan dengan ajaran agama Islam," ujarnya.

Sesungguhnya, insan bernama Muhammad Ali ini sukar dicari ganti dan akan kekal diingatan setiap peminatnya.

Semoga roh Muhammad Ali berada dalam kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah. – MyNewsHub

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 5, 2016 12:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Hindu, Buddha, Kristian akan lebih baik bila bersama PAS

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

PENGKALAN CHEPA: Dewan Persidangan Muktamar Tahunan PAS Kali ke- 62 gamat seketika apabila wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) memetik beberapa ayat al-Quran semasa menyampaikan ucapan di hadapan lebih 1000 hadirin.

Ketua Penerangan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Dr Balachandran G Krishnan berkata penganut agama Hindu, Buddha dan Kristian akan menjadi lebih baik apabila mereka bersama PAS berbanding parti lain.

Ini kerana nilai murni yang diterapkan oleh parti itu akan meningkatkan kefahaman agama masing-masing.

"Menjadi seorang Islam adalah hal Allah, yang penting kita ditarbiah sebagai seorang yang baik, Hindu yang lebih baik, Kristian yang lebih baik itu yang penting (apabila mereka bersama PAS berbanding menyertai parti lain).

"Nilai murni yang diterapkan pemimppin PAS boleh meningkatkan kefahaman agama masing-masing. Ini akan menjadi seorang bukan Islam menjadi seorang yang lebih baik," katanya ketika berucap di persidangan Muktamar Tahunan PAS di PUTIK hari ini.

Tidak cukup dengan kata-kata tersebut, Balachandran berkata, parti yang membawa perjuangan perkauman tidak akan selamat berbanding PAS yang membawa perjuangan Islam.

"Kenapa kita (bukan Islam) bersama PAS? Kita bersama PAS sebab akidah perjuangan PAS berteraskan agama, bukan perkauman. Hidup Melayu takkan janji Islam selamat, tapi hidup Islam kita semua selamat.

"Kekuatan PAS bukan dengan Pakatan Rakyat, bersama DAP atau PKR. Ramai percaya begitu ,kekuatan kita adalah dengan Islam. Sebab tu kita boleh pergi berseorang, sebab itu Allah bagi kita rahmat DHPP dalam PAS," katanya.

Beliau dalam masa sama turut membidas tindakan Presiden MIC, Datuk Seri S Subramaniam sebagai individu yang lembab susulan ugutan melepaskan jawatan Jemaah Menteri sekiranya undang-undang hudud dilaksanakan

"Kita sokong penuh pembentangan RUU Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah) sebab kita faham, bahawa ia untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

"Ramai bukan Islam tak faham sebab itu bila Subramaniam ugut nak letak jawatan, Subramaniam ini seorang pemimpin lembab. Kalau nak faham Islam boleh panggil kita (DHPP), kita boleh ajar dia," katanya.- FMT

Perwakilan DHPP Bergaya Pada Muktamar PAS 2016

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Perwakilan DHPP bergaya dengan baju hijau, tema warna Muktamar kali ini. Sokongan masyarakat bukan Islam kepada PAS masih tidak luntur.

Kredit:
Ir Ahmad Hakimi

DHPP juga mahu adakan usrah

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

KOTA BHARU: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mencadangkan supaya diadakan usrah dalam kalangan mereka untuk membolehkan ahli-ahlinya memahami Islam dan PAS lebih menyeluruh.

Ketuanya Balasubramanian berkata, usrah yang merupakan perjumpaan kecil kalangan ahli bagi membincangkan mengenai agama dan isu semasa.

"Jadi saya mencadangkan PAS Pusat menganjurkan juga program usrah dalam kalangan kami untuk membolehkan mengenali lebih dekat mengenai Islam dan PAS," katanya pada ucapan penggulung pada hari akhir muktamar di Putik pagi ini.

Hadir sama Timbalan Mursyidul Am PAS Ustaz Datuk Ahmad Yakob, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pimpinan serta perwakilan dari seluruh negara.

Balasubramanian juga menyifatkan keputusan PAS menarik diri daripada DAP merupakan satu keputusan terbaik pada masa ini yang begitu berani dilakukan.

Beliau juga menegaskan hanya Islam yang mampu menyelesaikan masalah negara yang melanda sekarang termasuk rasuah dan penyelewengan.

"Ini kerana Islam melarang perbuatan tersebut kerana ia bertentangan dengan amalan agama. Contoh yang berlaku di Kelantan di mana non-Muslim dilayan sama rata dan selesa berada berada di bawah PAS," ujarnya. --HD

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 5, 2016 12:57 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Gangguan Bekalan Elektrik, Penumpang LRT, ERL Terkandas
kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

PETALING JAYA: Penumpang perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Express Rail Link (ERL) terkandas pada petang Jumaat berikutan gangguan bekalan elektrik akibat hujan lebat dan ribut petir.
Kelewatan dilaporkan berlaku di LRT Laluan Ampang antara stesen Bandar Tasik Selatan dan Sri Petaling.

RapidKL dalam laman Twitternya berkata pasukan penyelamat telah dikerahkan untuk memindahkan kira-kira 220 penumpang di stesen Sungai Besi dan Bukit Jalil selepas mereka terkandas di dalam kereta api.
Salah seorang penumpang, K.Parkaran, 62, memberitahu The Star Online bahawa dia dan kira-kira 200 yang lain terperangkap semasa menunggu perkidmatan kereta api di stesen Sri Petaling kembali pulih lebih dua jam.

Beliau berkata cuaca buruk di sekitar Kuala Lumpur menyukarkan lagi pengguna komuter untuk mencari kaedah alternatif bagi menyelamatkan diri.
Parkaran juga berkata dia berada di dalam tren tersebut apabila gangguan pertama mula berlaku.
Katanya, tren itu berhenti secara tiba-tiba dan kekal statik kira-kira 20 minit sebelum bergerak perlahan-lahan kembali ke stesen.
Beliau berkata penumpang di stesen tersebut kelihatan kecewa tetapi berada dalam keadaan tenang.
Rapid KL memberitahu bas turut dikejarkan ke stesen LRT untuk membantu mangsa.
Kira-kira pukul 9.15 malam, semua perkhidmatan di laluan Ambang kembali beroperasi seperti biasa.
-mstar
Read more: http://www.kitabantai.info/2016/06/gangguan-bekalan-elektrik-penumpang-lrt.html#ixzz4AcMJ1E5v
Follow us: @kitabantai on Twitter | kitabantai on Facebook

KL & Selangor Dilanda Hujan Ribut & Hujan Batu
siakapkeli.my

Kuala Lumpur, 3 Jun - Hujan lebat di sekitar ibu kota dan Selangor hari ini turut menyaksikan kejadian hujan batu dan ribut yang agak lebat.

Selain dari hujan batu, turut kelihatan beberapa struktur dan kawasan rosak serta pokok tumbang akibat ribut kuat yang melanda.

Difahamkan, antara tempat yang terjejas teruk akibat kejadian adalah kawasan sekitar Bukit Jalil

Beberapa video kejadian dimuat naik oleh orang ramai di media sosial Twitter.

Dikirim oleh Aznil Hj Nawawi

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Jun 5, 2016 12:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



BOLEH MENANGIS KHALID SAMAD BILA BACA KENYATAAN INI...
bloglist-malaysia.blogspot
naimnikmat.blogspot.
Dicatat oleh Na'im Nikmat

comment:

Anonymous said...
Apasal pegi sembahyang jumaat pakai baju melayu hari raya beli baju melayu.kelik semak elok pakai baju pahlawan cina je.sesuai gitu.apa pakai bajupun nak disalahkan lainlah org tu berbogel.pakai baju melayupun nak diheboh.budak budak cina pergi sek pakai baju kurung tak heranpun

Kenapa bising bila Muktamar pemuda PAS tonjolkan imej Pahlawan Melayu

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

"

Assalamualaikum,,,

pelik bin ajaib puak puak pembenci pemimpin PAS ni? Bila parti pujaan mereka seperti DAP dan PAN menampilkan pakaian western tak ada siapa nak komplain walhal pakaian ini tidak sedikitpun menunjukkan identiiti bangsa pemakai, tetapi bila pemimpin Pemuda PAS tampil dengan pakaian pahlawan melayu, ramai pulak mengelabah.

Apa hal sehingga ada yang anggap penampilan pemimpin pemimpin ini macam kartun kerana menggayakan pakaian pahlawan melayu.Mungkin puak puak ini penyambung legasi pengusung pengusung jenazah Tok Janggut dulu setelah arwah dibunuh oleh Inggeris.Kita semua tahu pengusung pengusung ini terdiri dari orang melayu yang dipertahankan oleh Tok Janggut, inllah legasi pengkianat yang disambung oleh puak puak penjilat alkafirun ini yang ditunjukkan dalam isu terbaru pakaian pahlawan melayu yang sebenarnya tak ada isupun tetapi dibuat juga isu.

Kenapa mereka ini sibuk sangat dengan pakaian pahlawan melayu di muktamar pemuda PAS.Apa faedah dan apa yang cuba dibuktikan mereka? Memperlekehkan kenyataan bahawa pakaian ini tidak bertentangan dengan syariah seolah olah ianya sebenarnya salah dan haram tetapi peliknya saban hari puak puak dia mengenakan pakaian ala western tak pulak diperli.Ini cuma formaliti dalam muktamar yang kebetulan pakaian pahlawan melayu diambil sebagai imej muktamar.Di mana salahnya semuanya ini.Belum lagi pemuda PAS memutuskan untuk mengambil pakaian pahlawan melayu sebagai pakaian harian seperti puak puak mereka menjadikan pakaian ala western, agaknya berguling balik lah puak puak mereka mentertawakannya.

Lepas ini, rasanya apa jua yang akan diputuskan dilakukan PAS akan ditertawakan mereka, golongan yang tak pernah tahu nak jadi manusia yang menghormati manusia lain sama seperti DAP yang nak tahu menghormati hak hak ugama Islam.Barangkali DAP mentor mereka yang sentiasa melatih mereka untuk memperli PAS dalam apa jua mereka lakukan, salah atau betul letak belakang, bila ada ruang perli, hentam saja.Itu barangkali ajarannya sebab itu ada yang bergelak bodoh menuduh pemimpin pemuda PAS seperti kartun walhal yang kartunnya ialah sipenuduh yang tak menghormati orang lain.

Apa apalah puak bodoh ni, masih tak mahu sedar tindakan bodoh mereka merugikan ugama.

"................................
Dihantar untuk paparan TKO (Tranungkite)
Oleh: senik
Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah

Saya berbusana bukan saya mabuk - Akmal

Dilulus untuk paparan oleh Abdullah
tranungkite.net

"Saya berbusana bukan saya mabuk"

Itu sindiran pemilik Ladang Alam Warisan, Muhammad Akmal Muhamad Dahlan atau dikenali sebagai Abang Bendahara kepada sesetengah pihak yang mempertikaikan pemakaian busana Melayu baru-baru ini.

Ladang Alam Warisan yang terletak di Negeri Sembilan diasaskannya menempatkan penginapan, kegiatan memanah serta menunggang kuda dengan berpakaian ala pahlawan Melayu silam.

Beliau berkata demikian mengulas isu berpakaian Melayu dan tuduhan mabuk kepada pemimpin Pas yang menggayakan pakaian tradisi orang Melayu pada Muktamar Pas di Kelantan baru-baru ini.

"Tahniah dan secara jujurnya ia memerlukan keberanian untuk berbusana pada zaman ini yang rata ratanya sinikal dan sudah tidak kenal lagi dengan busana Melayu. Baru-baru ini ada pula yang kata orang berbusana mabuk. Celah mana mabuknya saya pun tak tahu. Mabuk kuasa selalu saya lihat. Tapi mabuk berbusana ini kali pertama," ujarnya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.

Ia merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin Parti Amanah Negara, Khalid Samad yang menyifatkan pemimpin Pas yang berpakaian sedemikian ketika muktamar parti itu sebagai mabuk.

Menurut Muhammad Akmal, cabaran berbusana kepadanya memang ada termasuk pernah digelar gila isim.

"Pada hamba yang pakai kot atau blazer tengah panas dalam cuaca Malaysia ni lagi gila isim. Saya pernah bermesyuarat dengan menteri menteri, dengan berbusana dan mereka berkot dan berblazer. Ada yang memuji ada yang memperli. yang pandang sinis bagai hendak terbalik biji mata," katanya lagi.

Justeru, beliau menasihati orang Melayu supaya berpakaian busana sempena Hari Raya Aidilfitri ini.

"Singa tetap singa, kambing tetap kambing. Usah malu mengaku Melayu. Usah malu berbusana. Itu usul kita warisan kita," jelasnya.--MalaysiaGazette

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 5, 2016 12:58 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Arwah suami belum sempat cabut gigi – Nurul Zahid

bloglist-malaysia.blogspot
ekeleh.com

Allahyarham menantu timbalan perdana menteri tidak sedarkan diri sebelum sempat mencabut gigi di sebuah klinik swasta di Bangsar, Kuala Lumpur kelmarin, kata balunya.

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, 37, berkata Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi ke klinik itu bersama rakan, lapor Harian Metro.

Anak sulung Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi diberitahu tentang kematian suaminya, yang kini dalam siasatan Kementerian Kesihatan, kira-kira 8 malam.

"Saya dimaklumkan dia belum sempat cabut gigi, hanya masuk ubat bius sebelum disahkan meninggal dunia.

"Yang lain siasatan sedang dilakukan polis dan saya tidak boleh beri kenyataan," katanya selepas pengebumian di Sungai Ramal Luar di sini pagi semalam.

Sementara itu, lapor Kosmo! pula, seorang doktor gigi berpendapat risiko alahan ubat bius boleh menjadi punca seseorang yang sedang menjalani rawatan gigi meninggal dunia.

Dr Nur Ain Hair Johari berkata pesakit boleh mengalami "anaphylactic shock" ― reaksi alahan yang sangat cepat, hasil tindak balas tubuh badan yang tidak serasi dengan kimia sehingga boleh membawa maut.

"Selain itu, keadaan pesakit yang terlalu cemas ketika mendapatkan rawatan pergigian hingga menyebabkan berlakunya masalah pernafasan juga menjadi pemangkin kepada kematian ekoran oksigen tidak sampai ke jantung," katanya.

Dalam kenyataan malam tadi di Facebook, klinik pergigian itu menjelaskan ubat bius untuk pembedahan kecil Syed Alman dibuat "bawah pengawasan pengamal perubatan terlatih".

Imperial Dental Specialist Centre di Bangsar Baru juga meminta orang ramai tidak membuat spekulasi atau tanggapan bukan-bukan tentang kematian ahli pernigaan 44 tahun itu.

"Kami berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menghormati keluarga (Syed Alman) dalam mengharungi waktu sukar," kenyataan itu dipetik.

Syed Alman disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), tidak jauh dari Bangsar. Allahyarham meninggalkan lima anak berusia antara 7 hingga 19 tahun. – ProjekMMO

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Thursday, June 02, 2016 11:42 PM
Subject: Fw: Menantu TPM Meninggal Dunia

Menantu Timbalan Perdana Menteri Meninggal Dunia
siakapkeli.my

KUALA LUMPUR, 1 Jun : Menantu kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi meninggal dunia di Pusat Prubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini hari ini.

BH Online melaporkan, dalam kejadian kira-kira 7 malam tadi, Syed Alman, 44, tidak sedarkan diri ketika membuat rawatan gusi di sebuah klinik pergigian di Bangsar di sini.

Allahyarham kemudian dikejarkan ke PPUM sebelum disahkan meninggal dunia.

Setiausaha Akhbar Menteri Dalam Negeri, Datuk Fadzlette Othman Merican Idris Merican, mengesahkan berita kematian itu.

"Jenazah Allahyarham kini berada di PPUM," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Syed Alman Zain meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea.

Di laman Instagram, Nurulhidayah mengemaskini satu status yang menzahirkan rasa sedih di atas kehilangan itu.

"Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Great Papa. Responsible husband. I lost someone that I can argue with. Bye sayang," katanya. (Al Fatihah. Syed Alman Zain bin Syed Alwi. Ayah yang baik. Suami yang bertanggungjawab. Saya kehilangan seseorang untuk berbicara. Bye sayang)

BH Online juga melaporkan mereka difahamkan TPM dalam perjalanan pulang ke tanah air selepas lawatan kerja di Jepun dan dijangka tiba pada awal pagi nanti.

Portal Utusan Online pula berkata, punca Allahyarham meninggal adalah akibat kehilangan oksigen di PPUM. - Siakapkeli.my

Kematian menantu TPM: Tindakan diambil jika ada salah laku

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang akan diambil terhadap sebuah klinik pergigian di Bangsar, jika hasil bedah siasat mendapati wujud kecuaian atau kejanggalan yang menyebabkan kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam bagaimanapun berkata, terlalu awal untuk beliau mengulas lanjut tentang kejadian itu.

"Saya mengucapkan takziah kepada keluarganya. Ia amat tragik untuk orang yang sihat sepertinya.

"Proses undang-undang akan berjalan jika terdapat kejanggalan atau kelakuan tidak profesional mengikut Akta Pergigian 1971," katanya dalam sidang media hari ini.

Menurut seorang ahli keluarga Ahmad Zahid yang enggan dinamakan berkata, Syed Alman Zain, 44, telah pergi ke klinik pergigian di Bangsar itu kira-kira jam 6 petang semalam untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum dilaporkan tidak sedarkan diri.

Beliau kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya kira-kira jam 7 malam dan disahkan meninggal dunia.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid, 37, dan tiga anak iaitu Arjuna Iskandar, Zaheed Alwi dan Khadeeja Sofea. -FMT

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.

Sun Jun 5, 2016 12:59 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



Lelaki Dakwa Teruk Dipukul Polis, Alami Lebih 50 Jahitan
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Seorang lelaki mendakwa dia telah teruk dipukul oleh polis di sebuah setor barang di Bandar Baru Nilai sebelum dibawa ke Balai Polis Nilai di mana dia mendakwa dipukul lagi.

Peguam M Manoharan berkata anak guamnya, Muhammad Izzatuddin Mardzuki, sedar di hospital dengan lebih 50 jahitan selepas kejadian itu.

Izzatuddin membuat laporan polis mengenai kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban pada hari Khamis.

Dalam laporan polis itu, beliau mendakwa sekumpulan lelaki yang mendakwa dari Kementerian Dalam Negeri cuba memasuki setor barang keluarganya dan kemudian memukulnya pada pukul 3 pagi 25 Mei. Beliau kemudiannya digari.

"Saya disepak dengan kasut boot, kepala dihentak ke meja, ke lantai,dipukul di perut dan belakang," katanya sambil menambah dia nampak empat orang lelaki berbaju biasa.

Katanya, seorang lelaki menggeledah sebuah kereta Kancil di setor itu dan memaksanya berlutut di atas jalan raya di belakang setor itu.

"Kemudian seorang lelaki telah mengacu pistol ke dada saya sambil menyatakan akan menembak saya dan akan berikan dadah pada saya.

"Kepala dan badan saya disepak dan dipukul sehingga saya tersungkur. Saya diarah bangun dan kemudian disepak sehingga tersungkur lagi," tambahnya.

Izzatuddin berkata, mereka kemudian meludahnya dan membuka kasut untuk menamparnya.

Dibawa ke balai Nilai

Katanya, mereka mengambil wang RM100 yang di atas mejanya dan juga kira-kira RM180 dari dompetnya, manakala seorang daripada mereka memaki baju yang baru dibelinya dengan logo Volkswagen.

Izzatuddin berkata sebuah kereta polis kemudian tiba dengan dua anggota polis yang beruniform dan dia telah dibawa ke dalam kenderaan itu ke Balai Polis Nilai.

Tambahnya, seorang pekerja Indonesia di setor itu yang bersama Fitri, yang dituduh memiliki dokumentasi palsu, turut dibawa ke balai.

Di balai polis, Izzatuddin berkata selepas ditanya mengenai dokumentasi Fitri, beliau telah ditunjukkan gambar budak perempuan dan ditanya sama ada dia mengenalilnya.

"Saya jawab tak kenal. Kemudian saya dipukul lagi. Mereka ambil getah paip dan pukul badan, tapak kaki dan kaki sambil ditonton oleh Fitri.

"Salah seorang lelaki berulangkali memberi amaran kepada saya agar tidak beritahu orang saya dipukul polis, sebaliknya menyuruh saya beritahu bahawa saya telah lari dari polis dan terjatuh ke dalam longkang,

"Ketika itu, saya meminta kad identiti polis dan salah soerang lelaki itu mengeluarkan kad polis dan tunjukkan kepada saya.

"Saya turut disuruh melompat tinggi sepuluh kali sambil menyebut perkataan Bro, kerana saya memanggil mereka dengan panggilan bro.

"Selesai lompat, seorang lelaki ambil kayu besbal dan pukul belakang saya. Kemudian saya disuruh melompat lagi," katanya.

Izzatuddin katanya dia kemudiannya berasa sesak nafas, lalu jatuh kerana pening-pening.

9 jam pembedahan

Beliau berkata, mereka menanggal pakaiannya dan hanya tinggal seluar boxer pendek dan dibawa ke tandas untuk dimandikan dan dia kemudiannya dibawa keluar dan mereka memasang pendingin hawa dengan kuat.

Izzatuddin berkata dia disuruh pakai baju lokap dan seluar pendek biasa sebelum dibawa ke kereta polis.

"Semasa keluar dari bangunan itu, saya nampak lelaki yang mengambil dan memakai baju baru Volkswagen saya tadi. Dia memandu kereta tersebut. selepas masuk ke dalam kereta, saya terus tidak sedarkan diri.

"Saya hanya sedar di High Dependency Ward (HDW) Hospital Seremban pada hari Khamis 26 Mei, sambil dikelilingi oleh ahli keluarga saya

"Saya diberitahu bahawa saya telah dibawa dengan ambulans kecemasan ke hospital dan menjalani pembedahan selama sembilan jam dari pukul 2 petang sehingga 11 malam," katanya.

Manoharan, yang membangkitkan isu itu di laman Facebook beliau, menuntut jawapan daripada pihak polis.

Malaysiakini telah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban yang mengesahkan menerima laporan itu, sambil menambah bahawa siasatan sedang dikendalikan oleh seorang pegawai dari Balai Polis Nilai.

- mkini

"Wahai Tuhanku, Demi Nikmat-Nikmat Yang ENGKAU Kurniakan Kepadaku,
(Peliharalah Daku) Supaya Aku Tidak Akan Menjadi Penyokong Kepada
Golongan Yang Bersalah". Surah Al-Qasas Ayat 17.

Confirmed. No Virus Found In This ~rIeNaCoM~ Mail.
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: