Friday, January 2, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4099

12 Messages

Digest #4099

Messages

Thu Jan 1, 2015 7:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

HELIKOPTER POLIS TERHEMPAS DI TANAH MERAH
telokbakong.blogspot
Oleh: biaqpila hensem

Helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas ketika misi menghantar barangan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai di Tanah Merah, hari ini. - Foto Bernama

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2015/01/helikopter-polis-terhempas-di-tanah.html#ixzz3NYHzmI5q

Subhanallah!!! (Gambar) Helikopter Milik PDRM Terhempas, Penduduk Kg Rambai Kelantan Gempar...
telokbakong.blogspot
sedakasejahtera.blogspot

TANAH MERAH - Penduduk Kampung Rambai di sini gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada kira-kira 6.30 petang, selepas berlegar-legar di ruang udara kampung itu.

Beberapa saksi yang ditemui berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti ada letupan sedikit, dan terus menjunam ke darat.

Anggota misi kemanusiaan dari Kuala Lumpur, Mohd Zulhasnan Abdullah, yang ketika itu sedang mengagih-agihkan bekalan di kampung itu berkata, beliau dan pasukannya menyangkakan pada mulanya helikopter itu terbang rendah kerana mahu menurunkan bekalan makanan.

"Melihat keadaan itu (helikopter terbang rendah), orang kampung rasa seronok dan berkumpul untuk melihatnya.

"Tiba-tiba helikopter jadi tak seimbang dan jatuh menjunam betul-betul di depan mata kami. Bila melihat keadaan itu, kami dan orang kampung berpusu-pusu pergi sana dan kami membawa keluar empat orang -- tiga lelaki dan seorang wanita," katanya ketika ditemui di kampung itu, di sini hari ini.

Mohd Zulhasnan berkata, beliau dan rakan-rakannya mendapati tiga orang lelaki cedera parah di bahagian kepala manakala seorang wanita hanya cedera ringan dan mengadu pening.

"Kami, dengan bantuan orang kampung, memasukkan dua orang mangsa lelaki pertama ke dalam kereta Perodua Alza, manakala dua lagi dimasukkan dalam Triton milik saya untuk dihantar ke Hospital Tanah Merah," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu, dan memberitahu Bernama bahawa kesemua di dalam helikopter itu selamat dan sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Tanah Merah.

"Alhamdulillah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, penduduk kampung Saifulizam Mohamad, 40, berkata, walaupun ketiga-tiga mangsa lelaki cedera parah, mereka masih dalam keadaan sedar.

Beliau berkata, selepas orang ramai berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa dari bangkai helikopter itu, ketiga-tiga lelaki itu dibaringkan di halaman rumah beliau, manakala wanita itu masih boleh berjalan sendiri.

"Sebab saya ada bertanya kepada lelaki itu, berapa orang di dalam helikopter, dan beliau menjawab empat. Saya cuba nak pastikan sama ada beliau masih sedar," katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Zaisa Mohd Zin, 31, berkata, beliau berasa pelik apabila melihat helikopter itu terbang rendah berhampiran kawasan rumahnya, menyebabkan beliau terasa ingin merakam kejadian itu.

"Tapi dalam saya cuba nak capai handphone, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman, dan saya lari keluar, melihat helikopter itu sudah terhempas di darat.

"Tapi nasib baik kebetulan ada beberapa orang doktor yang sedang berada di kampung kami tengah membantu agih-agihkan makanan di madrasah berhampiran. Saya tengok mereka sempat memberi rawatan awal, termasuk memberi oksigen menggunakan topeng," katanya. - Bernama

Helikopter PDRM terhempas di Tanah Merah ketika misi bantuan banjir

bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot
POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

KUALA LUMPUR: Sebuah helikopter Ecureui Unit Udara PDRM terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah, Kelantan ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir pada jam 6.15 petang tadi. Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata empat pegawai polis, termasuk seorang pegawai wanita yang berada dalam helikopter itu cedera.

"Semua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya. Keempat-empat mereka dikejarkan ke Hospital Tanah Merah. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam tweetnya menyatakan dua juruterbang dan dua kru helikopter berkenaan selamat.

"Saya sahkan Helicopter @PDRMsia terlibat kemalangan di Kpg Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulillah 2 juruterbang dan 2 Crew Selamat," katanya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan saksi melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum menjunam ke darat selepas kedengaran satu letupan. Sumber - Berita Harian dan BERNAMA


Helikopter PDRM Bantu Mangsa Banjir Terhempas Di Tanah Merah

kitabantai.info

Kita Bantai

Penduduk gempar lihat helikopter terhempas

Penduduk Kampung Rambai gempar apabila sebuah helikopter jenis Ecureuill AS 355F2 milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhempas pada kira-kira 6.30 petang, selepas berlegar-legar di ruang udara kampung itu. Beberapa saksi yang ditemui Bernama berkata, helikopter itu dilihat terbang rendah dan berlegar-legar sebanyak dua pusingan, sebelum kedengaran seperti ada letupan sedikit, dan terus menjunam ke darat.

Anggota misi kemanusiaan dari Kuala Lumpur Mohd Zulhasnan Abdullah, yang ketika itu sedang mengagih-agihkan bekalan di kampung itu berkata, beliau dan pasukannya menyangkakan pada mulanya helikopter itu terbang rendah kerana mahu menurunkan bekalan makanan.

"Melihat keadaan itu (helikopter terbang rendah), orang kampung rasa seronok dan berkumpul untuk melihatnya.

"Tiba-tiba helikopter jadi tak seimbang dan jatuh menjunam betul-betul di depan mata kami. Bila melihat keadaan itu, kami dan orang kampung berpusu-pusu pergi sana dan kami membawa keluar empat orang - tiga lelaki dan seorang wanita," katanya ketika ditemui Bernama di kampung itu.

Mohd Zulhasnan berkata, beliau dan rakan-rakannya mendapati tiga orang lelaki cedera parah di bahagian kepala manakala seorang wanita hanya cedera ringan dan mengadu pening.

"Kami, dengan bantuan orang kampung, memasukkan dua orang mangsa lelaki pertama ke dalam kereta Perodua Alza, manakala dua lagi dimasukkan dalam Triton milik saya untuk dihantar ke Hospital Tanah Merah," katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan kejadian itu, dan memberitahu Bernama bahawa kesemua di dalam helikopter itu selamat dan sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Tanah Merah.

"Alhamdulillah dua juruterbang dan dua kru terselamat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, penduduk kampung Saifulizam Mohamad, 40, berkata, walaupun ketiga-tiga mangsa lelaki cedera parah, mereka masih dalam keadaan sedar.

Beliau berkata, selepas orang ramai berjaya mengeluarkan keempat-empat mangsa dari bangkai helikopter itu, ketiga-tiga lelaki itu dibaringkan di halaman rumah beliau, manakala wanita itu masih boleh berjalan sendiri.

"Sebab saya ada bertanya kepada lelaki itu, berapa orang di dalam helikopter, dan beliau menjawab empat. Saya cuba nak pastikan sama ada beliau masih sedar," katanya.

Sementara itu, seorang lagi saksi, Zaisa Mohd Zin, 31, berkata, beliau berasa pelik apabila melihat helikopter itu terbang rendah berhampiran kawasan rumahnya, menyebabkan beliau terasa ingin merakam kejadian itu.

"Tapi dalam saya cuba nak capai handphone, tiba-tiba terdengar bunyi dentuman, dan saya lari keluar, melihat helikopter itu sudah terhempas di darat.

"Tapi nasib baik kebetulan ada beberapa orang doktor yang sedang berada di kampung kami tengah membantu agih-agihkan makanan di madrasah berhampiran. Saya tengok mereka sempat memberi rawatan awal, termasuk memberi oksigen menggunakan topeng," katanya. - Bernama

Juruterbang Dan Kru Helikopter PDRM Selamat Dalam Kemalangan Helikopter - KPN

Dilulus untuk paparan oleh lararatu
tranungkite.net


imej-bharian

Helikopter Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membawa bekalan makanan kepada mangsa banjir di Kampung Rambai,Tanah Merah telah mengalami kemalangan di kawasan perumahan Kursial, Tanah Merah Kelantan lewat pukul 6 petang tadi.

Kini, empat mangsa yang cerdera terdiri daripada juruterbang dan kru sedang dirawat di Hospital Tanah Merah serta berada dalam keadaan selamat.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Polis Negara melalui akaun twitternya.

Facebook PDRM

Thu Jan 1, 2015 7:57 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Nampaknya harga minyak dah turun, jadi harga barang bila mau turun?
telokbakong.blogspot
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie
Petrol RON95 kini RM1.91 seliter

Harga runcit minyak petrol RON95 turun kepada RM1.91 seliter mulai tengah malam ini.

Manakala harga diesel pula turun kepada RM1.93 seliter dan RON97 pula turun kepada RM2.11 seliter.

"(Harga) minyak turun lagi. Bila pula peniaga nak turunkan harga barang?

"Rakyat menunggu," menurut tweet Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (kanan) sebentar tadi.

Petrol RON95 kini dijual pada RM2.26 seliter, RON97 pada RM2.46 seliter manakala diesel pula RM2.23 seliter.

Ahmad pada 19 Disember lalu berkata harga runcit RON95 dan diesel dijangka turun bawah paras RM2 seliter mulai 1 Januari 2015 jika harga minyak dunia kekal menurun.

Katanya, harga runcit itu boleh dicapai kerana bagi 18 hari pertama bulan ini, harga purata minyak RON95 dan diesel jatuh bawah paras RM2 seliter.

Penurunan harga itu, sedikit sebanyak dilihat akibat tekanan pembangkang dan kumpulan pengkritik yang menjalankan kempen intensif menuntut harga RON95 diturunkan kepada RM1.90 seliter.

Harga RON95, RON97 turun 35 sen mulai 1 Januari
telokbakong.blogspot
lagiberita.blogspot

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON 95 dan RON 97 diturunkan sebanyak 35 sen, masing-masing kepada RM1.91 seliter dan RM2.11 seliter, mulai 1 Januari 2015.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga runcit bagi diesel pula diturunkan sebanyak 30 sen kepada RM1.93 seliter.

Pada Disember 2014, harga runcit bagi RON 95, RON 97 dan diesel pada RM2.26 seliter, RM2.23 seliter dan RM2.46 seliter.

"Harga-harga bagi petrol dan diesel ini dibuat berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang bulan Disember 2014 dan kadar pertukaran mata wang," katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata, kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dan kadar pertukaran mata wang setiap masa untuk menetapkan harga runcit petrol dan diesel bagi bulan-bulan berikutnya.

"Semua syarikat minyak serta pengusaha stesen minyak diingatkan agar mematuhi penetapan harga baru ini dan tindakan tegas akan diambil bagi mereka yang melanggar peraturan harga baharu ini," tambahnya. - Bernama

Thu Jan 1, 2015 7:59 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

ORANG CINA BUAT MELAYU MANGSA BANJIR MENANGIS...
telokbakong.blogspot.
naimnikmat.blogspot
Dicatat oleh Na'im Nikmat

comment:

Anonymous said...
Pabila sudah dapat sumbangan sebegini cuba pergi beri secara bersendirian sudah semestinya ada pehak yang akan syak wasangka pula teruskan agar mangsa yang berhak mendapatnya untuk anak-anak mereka jika ada kasut sekolah,jangan biarkan ada pehak yang akan ambil kesempatan menambah pula logo masing-masing untuk meraih sokongan.

Banjir 2014: Sekeping Gambar Buat Penginsafan
telokbakong.blogspot.
libanglibu.blogspot
Posted by Libang Libu

Dol,

Gambar di bawah ini telah berlegar2 di FB 2-3 hari lalu. Cuma aku tak post sebab tak tau apa nak dicaptionkan.

Tambahan pulak budak ini pun baya-baya anak aku. Tssskk...isssk..isk.. Anak2 aku kenyang, budak ini berlapar, basah kuyup bawak Maggi. Astgh....

Dol, lu memang brutal la kalau tengok gambar budak bawak Maggi ni pun, bijik mata lu tak keluar air.

Malahon 2 ekor ni dah balik belum?

comments:
1.. Anonymous
yg bwah skali tu dh nampak muka...yg tgh tu tgh sibuk try iphone 6 lagi gamaknya.

2.. Anonymous
aku suka gambar nik abduh nor azli musa n the gang yg semuanya 5 org tu sdang meredah air bawak telor masing-masing...aduh, sgt sgt mnginsafkan

[TERBAIK] Rumah Kedainya Ditumpangkan Untuk Mangsa Banjir
greenboc.blogspot
Posted by Green Boc

Kita tak kira bangsa'

Kuala Lumpur: `Timo kasih boh tlog ore banjir...kito ore klate xkiro kaum..Kawe respect boh! Timo kasih boh.' Begitulah bunyinya ayat yang dimuat naik oleh Yuzairy Yusoff.

Selain itu, `thanks for excepting...your kindness touching me so much. may Allah bless u n ur family'. Ini pula daripada pemilik akaun FB, Florie Fred Sindu.

Itu adalah sebahagian daripada petikan ulasan daripada beberapa pemilik akaun FB apabila melihat foto Chun Kiet Ong, 32, yang memaparkan mangsa banjir berada di kediamannya di Kota Bharu.

Chun yang dihubungi, malam tadi, berkata: "Kita orang Malaysia, tidak kira apa bangsa, kita tolong semua."

Beliau yang juga peniaga menumpangkan sepuluh mangsa banjir di rumah kedai miliknya di Jalan Che Su, Kota Bharu, berikutan banjir teruk.

Katanya, kesemua yang berada dalam foto terbabit adalah daripada keluarga yang juga mendiami kawasan berhampiran kedai rumahnya.

"Saya memberi pelindungan di tingkat satu rumah kedai saya. Rumah kedai saya empat tingkat. Dua keluarga itu termasuk kanak-kanak berusia tujuh tahun dan seorang lelaki berusia lingkungan 60-an.

"Ketika air mula naik, kesemua mereka yang ketika itu mahu mencari tempat perlindungan lalu di kawasan rumah saya. Mereka meminta kebenaran menumpang di rumah saya untuk tiga hari.

"Selain menumpangkan mereka, saya juga memberikan mereka makan dan minum sepanjang menetap di rumah bermula Khamis hingga Sabtu lalu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Tetapi, katanya, selepas tiga hari, mereka menyuarakan untuk ke pusat pemindahan sementara bersama mangsa banjir lain yang tidak jauh daripada rumah kedainya.

"Saya ada halang mereka. Tapi, saya juga perlu menghormati keputusan mereka yang turut memaklumkan tidak mahu susahkan saya sekeluarga. Tapi, apalah sangat, hanya bantuan ringan dapat saya beri. Sebagai rakyat Malaysia, saya tolong tanpa kira bangsa," katanya.

Khamis lalu, bapa kepada seorang anak itu memuat naik gambar di Facebook miliknya dengan keterangan, "Ni lah mangsa banjir yang saya menempatkan di rumah saya. Harap mereka duduk dengan selesa...".

Ia mendapat reaksi positif daripada pengguna FB yang rata-ratanya menganggap tindakan sebagai langkah terbaik membantu mangsa banjir. -HM

Inilah wajah Chun Kiet Ong bersama anaknya.

Petikan beberapa facebooker lain memuji dan berterima kasih kepada Chun Kiet Ong

Kedai Tayar milik Chun Kiet Ong

Beberapa keluarga mangsa banjir yang ditumpangkan

comments:
Ammy Hassan said...

Boh Chun, tayar Bridgestone 15" R170 ampat bijik brape harga? Nnt gua mau pasang kt you punya kedai... Thank you for your concerns towards the flood victims!

meir amit said...
..moga Allah memberi hidayah kepada beliau..

Anonymous said...
Brahim Ali kata ada 600,000 ahli yg perkasa semuanya. Mana mereka ???

Anonymous said...
Sebab tu penting saling bertegur sapa Bertanya kabar dan bergurau mesra dengan jiran tak kira lah apa bangsa pun Dijadikan manusia ini berbilang bangsa untuk kamu saling kenal mengenali Bila kenal nak minta pertolongan kan senang Kalau kita kenal yang dia tu sombong kita tak kan nak tumpang Tapi memang pun orang berniaga tak boleh sombong Jadi rata rata cina jarang yang sombong

Jangan lagi suka suka nak halau orang Jangan lagi suka suka hina bangsa lain

Anonymous said...
Amlau mana kata belum boleh declare darurat dengan alasan belum ada rumah milik orang lain dan milik persendirian yang jadi tempat perlindungan

Tentu ada juga mangsa banjir yang menumpang rumah saudara atau kawan

Ini dah ada Declare lah

Anonymous said...
Terbaekkkkkkkkkk!!!!!

Anonymous said...
Perkasa tak marah?.,Brahim Ali tak marah?..

Anonymous said...
Dia layak djulang dan dberi phormatan yg tggi bg mlahirkn lbh ramai bgsa seperti ini... Sguh baik budi pkerti.

Anonymous said...
Kita membantu ikut kemampauan
Yang mampu bagi makanan bagi makanan
Yang mampu bagi pakaian bagi pakaian
Yang mampu bagi power bank bagi power bank

Yang mampu bagi cicin Gadai kan lah

Anonymous said...
Sya mmg suka cina Kelantan.mmg Sgt baik Sb tdk dpt d nafikan kesan dr kepmimpin Klntan itu sndiri.pndgan pribadi.

Anonymous said...
Apa cina mahu ??

Kaum cina tidak tahu berterima kasih pada Kerajaan BN

Ini buktinya cina bukan bodoh macam melayu bagang

mohd shahran said...
lebih mulia dari cikgu yang halau petugas sukarela.. shame of .....

Anonymous said...
Dlm sirah Nabi saw ramai juga yg tak Islam tapi tak kacau Nabi saw & sahabat, malah ada yang membantu Nabi saw & sahabat ketika peristiwa hijrah misalnya, contoh terkenal ialah bapa sedara Nabi sendiri Abu Talib.
Tak macam Abu Jahal & the geng , juga tak macam kaum munafik.

Jadi kalau zaman ni ada macam tu, kita raikan & sambut pertolongan mereka, & doakan serta pamirkan akhlak kita sebagai org Islam, mudah2an mereka tertarik utk pilih Islam.

Yang penting, semua bangsa , puak & kaum menghormati & berkerjasama

non che amah said...
Pak Berahim kata bukan tak mau tolong tapi tak sempat, dah jadi Pekasam !

Anonymous said...
Cina kelantan memang unik. Asimilasi dengan p3nduduk tempatan menjadikan mereka berbeza dengan kaum cina yang lain. Kaum cina yang tinggal diluar kota bharu lagi unik. Kebanyakan mereka ini menjadi petani. Bahasa harian mereka adalah bahasa kelantan bercampor bahasa cina depa. Walaupun saya orang kelantan dari kota bharu, saya terp3gun pertama kali bert3mu mereka dis3buah warung untuk makan pagi di Tanah Merah. Kebanyakan mereka menggunakan nama melayu seperti che hassan, che hashim. Mereka berborak pagi itu dalam bahasa kelantan.

B3gitu juga jika kita bertemu mer3ka diluar kelantan. Bila mereka tahu kita orang kelantan, maka terkeluarlah perasaan asobiyah kelantan yang sering kita lihat dikalangan orang melayu kelantan. Mengikut s3orang teman cina dari kelantan, apabila mer3ka berada diluar kelantan, mereka juga ada masaalah untuk berasimilasi dengan kaum cina lain. Mereka dilihat pelik sedikit.

Anonymous said...
cina Indon pun unik .
Mereka cakap indonesia, kadang2 kita lupa mereka tu cina.
Nama pun nama indon.

Kita pun konfius.

Thu Jan 1, 2015 8:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Ibu Menangis Sambil Mengutip Cebisan Daging Anak
lantakhangpala.blogspot
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

WANITA mengutip cebisan daging dan otak mayat anaknya yang terbabit dalam kemalangan.

Kajang: Suasana hiba menyelubungi lokasi nahas jalan raya apabila seorang ibu dilihat tunduk menangis sambil mengutip cebisan daging dan otak anak lelakinya yang maut.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, wanita malang itu mengambil masa lebih 10 minit untuk mengumpulkan cebisan mayat anaknya yang hancur digilis lori tanah di Batu 12 1/2, Jalan Hulu Langat di sini.

Kemalangan berhampiran Taman Sri Nanding itu meragut nyawa anaknya, Muhammad Khairul Ashraf Kamarulzaman, 15, dan seorang lagi remaja, Muhammad Fais Mohamad Daud, 16.

Kedua-dua mangsa itu dikatakan dalam perjalanan menunggang motosikal untuk mengecat masjid di Sungai Besi.

Mangsa mengambil upah mengecat masjid itu bagi mencari duit poket sempena musim cuti persekolahan.

Thu Jan 1, 2015 12:47 pm (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Thu Jan 1, 2015 12:47 pm (PST) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

1. Setiap hari group Automobil menyiarkan purata 20 email. Dalam sebulan sebanyak 580 - 620 email disiarkan.

2. Terdapat 2 cara keahlian iaitu:

a. Melalui email:
Apabila anda menjadi ahli melalui email iaitu menghantar email ke automobil-subscribe@yahoogroups.com anda akan menerima setiap email yang disiarkan oleh Automobil termasuk attachment. Cara ini bersesuaian dengan ahli group yang sering membuka email setiap hari, dua atau tiga hari sekali.

b. Melalui laman web:
Anda menjadi ahli dengan melayari laman web Automobil iaitu http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil . Semasa mengisi borang permohonan anda boleh memilih cara keahlian anda seperti berikut:
Message Delivery
b1. Individual emails. Send individual email messages.
b2. Daily digest. Send many emails in one message.
b3. Special notices. Only send me important update emails from the moderator.
b4. No email. Don't send me email, I'll read the messages at the Web site.

c. Anda boleh menukar cara menerima mesej pada bila-bila masa dengan klik kepada Edit My Membership di laman utama.

3. Kepada ahli-ahli yang jarang membuka email ataupun kepada sesiapa yang tidak gemar menerima email yang banyak dari Automobil setiap hari, anda boleh memilih 2 cara keahlian yang mungkin bersesuaian dengan anda.

a. Daily digest:
Hanya 1 email sahaja yang akan diterima setiap hari atau 29-31 email sebulan iaitu rangkuman semua email yang disiarkan oleh Automobil. Cara ini juga tidak akan menerima attachment yang disiarkan oleh Automobil. SILA PADAMKAN KANDUNGAN EMAIL YANG TIDAK PERLU JIKA INGIN 'REPLY' EMAIL TERSEBUT ATAUPUN EMAIL ANDA TIDAK AKAN DISIARKAN.

a1. Cara menukar keahlian kepada daily digest ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-digest@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

b. No email:
Anda tidak akan menerima email dari Automobil, sebaliknya terpaksa masuk ke laman web Automobil di http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/messages . Attachment juga tidak dapat dilihat kerana Yahoo tidak lagi menyimpan attachment di ruangan Messages.

a1. Cara menukar keahlian kepada no email ialah dengan menghantar email kosong ke: automobil-nomail@yahoogroups.com atau menukar melalui laman web seperti yang telah diterangkan.

a2. Untuk menerima kembali email secara normal sila hantar ke automobil-normal@yahoogroups.com .

4. Sekiranya ada pertanyaan sila hubungi automobilowner@yahoo.com .

Sekian, terima kasih.

Iwan
AutomobilOwner.

Thu Jan 1, 2015 12:47 pm (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Thu Jan 1, 2015 12:47 pm (PST) . Posted by:


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kepada ahli-ahli group yang telah "DISEKAT" dari menghantar email ke
group dan inginkan status normal (Boleh Post ke Group) sila email ke
automobil-owner@yahoogroups.com untuk tindakan lanjut.

Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang ditarik
keistimewaan menghantar email ialah:
1. Menghantar email yang tidak berkaitan Automobil.
2. Spam.
3. Menghantar virus samada sengaja atau tidak sengaja (pastikan anti
virus anda diupdate).
4. Skim cepat kaya, mlm dan lain-lain lagi.

Kepada semua ahli group yang semakin meningkat(keahlian terkini 6301
members)diharap dapat bekerjasama dengan moderator dengan tidak
melakukan kesalahan-kesalahan diatas supaya anda tidak menghadapi
masalah pada masa akan datang.

Kerjasama anda dihargai.

Sekian, terima kasih.
Irwan
AutomobilOwner

Thu Jan 1, 2015 11:56 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gadis bertudung dedah buah dada di restoran
bloglist-malaysia.blogspot
lusuka.com
Posted by Hati Muda

Sumber asal di SINI

GADIS BERTUDUNG SELAK BUAH D4D4 DI RESTORAN MAKANAN SEGERA

sinarblogku.blogspot

Home » » (FOTO) GADIS BERTUDUNG SELAK BUAH D4D4 DI RESTORAN MAKANAN SEGERA

Kurang ajar betul minah tudung nie, bergambar dalam keadaan yang memalukan di tempat awam. Pakai saja tudung tetapi perangai macam apa!! Kalau tidak salah gambar ini dirakamkan di sebuah restoran makanan segera.

Kalaulah tempat terbuka sudah macam ini, apa lagi kalau tempat yang tertutup. Kenapalah perempuan sanggup buat apa saja demi teman lelakinya? Bukan tunang…jauh sekali suami. Menyesal kemudian hari tiada gunanya. Fikir-fikirkanlah.

Thu Jan 1, 2015 11:56 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

GEMPAR! RUPANYA PESAWAT MALAYSIA YANG HILANG BUKAN TIGA, TAPI EMPAT! HUHUHU...
telokbakong.blogspot
yongsukakuning.blogspot
Posted by Yong Intan Noor

1 Dunia dimaklumkan Malaysia kehilangan 3 pesawat penumpang.
a.. MH370 disebut hilang di selatan lautan Hindi Selatan. Sudah 10 bulan hilang, tak jumpa lagi.
b.. MH17 hilang di ruang udara Ukraine. Siasatan mendapati ia kena tembak, lalu hancur berkecai.
c.. QZ8501 hilang di ruang udara Indonesia. Kabarnya ia telah jatuh di perairan Kalimatan.
Tetapi sebenarnya 1 Dunia sudah kena kencing. Bukan 3 pesawat yang hilang, tetapi 4.

PM 1 Malaysia telah bercuti main golf di Hawai. Dia bercuti dan menaiki pesawat milik Kerajaan Malaysia jet 9M-NAA.

Tetapi apabila balik terus ke Kota Bharu. Semua orang terpinga-pinga kerana PM pulang dengan menaiki jet VIP Tentera Udara Diraja Malaysia M53-01

Ramai tertanya-tanya.

Di mana jet 9M-NAA? Di mana jet 9M-NAA? Di mana jet 9M-NAA? Di mana jet 9M-NAA?

Ini bukan jet mainan suka-suka...

Menurut Shahidan Kassim, ketika menjawab di Parlimen (tak boleh tipu, tau) dalam tempoh tiga tahun dari 2010, kerajaan telah membelanjakan RM86.4 juta untuk kos sewa pesawat, RM16.515 juta untuk penyelenggaraan dan kos pembaikan jet pula sebanyak RM3.32 juta (Sinar Harian). Maknanya dalm tempoh 3 tahun, kerajaan menanggung RM106.235 juta untuk pesawat peribadi PM.

Kita juga difahamkan yang layak naik jet rasmi ini ialah YDP Agong, PM dan TPM. Permaisuri Agong dan isteri-isteri PM/TPM boleh menaikinya jika menemani suami masing-masing dalam urusan rasmi sahaja. Yong ulang urusan rasmi.

Pergi Hawaii tu cuti ke urusan rasmi?

Lepas main golf di Hawaii mengapa pesawat tak balik?

Hilang???

Ah...rupanya hilang di sini:

FLIGHTRADAR24

Agaknya urusan rasmi apa di Indianapolis tu?

Di saat blog ini ditulis, pesawat itu masih belum pulang aka hilang di Indianapolis!

********************

Esok kita akan menyambut tahun 2015...

Tok Moh boleh teropong tak, macam mana rupa masa depan Malaysia kalau pemimpin kita terus dengan pembaziran ini?

Ya tak ya jugak. Gambar beg ini perlu update:

comments:
1.. mansor
Perdana Menteri yang tak sedar diri dan tak tahu yang hak dan batil...buat hak sendiri harta rakyat.....

2.. IbnAbdHalim
Sebenarnya yg jadi PM ialah RM, sbb tu lah jet tak balik.

3.. XUMNO
Kapalterbang tu ke Los Angeles untuk angkut kargo. Maklumlah barang2 yg dibeli harga juta2 kalau masuk kargo biasa tak muat. Kan ini belian New Year sales. Tak perasan pulak siapa punya barang2 tu.

Thu Jan 1, 2015 11:58 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Wow ...video Najib berpoligami dalam musim banjir di Perak..
telokbakong.blogspot
manjongmari.blogspot
Posted by Manjungmari

Rιηтιнαη Rαкyαт bersama Tikus Hutan dan 25 yang lain
Masyarakat · 14,881 Sukaan
· pada 30hb Disember 2014 pukul 11.36 pagi ·
►►►
Hadoii....!!! Dalam banjir pun sempat nak berpoligam...(Politik Gambar)

Siap arah-arah pula wartawan ambik gambar...Inilah realiti...pemimpin politik baik UMNO atau mana-mana pun memang suka sangat poligam...Kali ni Najib dan Zambry yang kantoi....Najib siap minta jurugambar ambil gambar paras yang dia tetapkan.

Teliti betul-betul aksi dan audio dalam video semasa lawatan Najib ke kawasan banjir di Perak..

Video asal..
https://www.facebook.com/zambryabdkadir/posts/815384058502610

ℑσм pαкατ² ⇨ Ƭσηтση✔ ℒιкє✔ Cσммєηт✔ Sнαяє✔ and Support page Rιηтιнαη Rαкyαт untuk INFO seterusnya.

TERIMA KASIH.

Najib, Najib.... baru ku tahu..., macam ni perangai Najib,,, mungkin pasai Rosmah tak ikut sekali kut....

Lihat pada video antara saat 25-30 ..... macam tu kerenah dia.. kena tipu orang Malaysia...

" VIDEO NAJIB KANTOI BERLAKON SEMASA BANJIR. BILA DAH KANTOI VIDEO PUN DI BUANG "
tikaqbuloh.blogspot
tikaq buloh

Sumber asal video ini ialah dari facebook MB Perak. Setelah mengantoikan Najib Razak berlakon dalam suasana banjir, dan video pun telah berjaya dimuat turun oleh pengguna laman sosial maka admin page MB Perak telah buang sumber asal video. Apa pun rakaman dari rakan fb kita tetap ada. Muahahahaha lawak betullah, time-time banjir macam ini pun sempat lagi nak menunjuk-nunjuk.

Kami Benci Saiful Bukhari! shared their video.
Non-Governmental Organization (NGO) · 135,890 Likes
· December 30, 2014 at 7:47am ·
21,821 Views
Kami Benci Saiful Bukhari!
Siap arah-arah pula wartawan ambik gambar...hahaha...

Bacaan lanjut : http://bit.ly/1Heu3Zs

a.. Anonymous
Awat dia senyum2?
Mangsa banjirnya mana?
Barang yg diagihnya mana?

a.. Anonymous
Nasib baik duyung tak de. Kalau ada, tak cecah ekor... Duyong pegi cari sisik baru nun jauh laut atlanta...

a.. Anonymous
Video asal air setakat lutut sahaja tapi dia arahkan juru gambar ambil bagi nampak air sampai paha,najib lakon lebih.

a.. Syafee eee
Bukan saja Najib, malah hampir semua pemimpin BN macam tu.

Lihat lah siang malam kat Tv gambar mereka dengan mangsa banjir.

Fri Jan 2, 2015 12:00 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pengecas Bateri Meletup, Budak Putus Jari
kitabantai.info
Kita Bantai

Darah Dalam rumah

SERI ISKANDAR - Seorang murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan Iskandar Perdana putus jari kelengkeng apabila pengecas bateri helikopter mainannya meletup, di rumahnya di Bandar Universiti, di sini, pagi tadi.

Mangsa, Indra Adam Mohd Azlim, 9, dikatakan bersama dua adiknya masing-masing berusia 5 tahun dan 18 bulan dalam bilik tempat bateri berkenaan dicas, sementara ibu mereka memasak di dapur.

Datuk mangsa, Ishak Dollah, 62, berkata, ketika kejadian terdengar letupan dari bilik berkenaan dan menyebabkan tangan mangsa berdarah.

Bagaimanapun, menurutnya, dua lagi cucunya tidak mengalami sebarang kecederaan dan bersyukur kerana tiada kejadian lebih buruk berlaku.

"Saya yakin letupan disebabkan caj elektrik sebab hanya ada barang mainan itu dalam bilik. Dia memang suka main helikopter yang dibelikan ayahnya.

"Lagipun, mereka baru pindah ke Seri Iskandar dua minggu lalu dan sekarang ayahnya di Sarawak bekerja," katanya.

Difahamkan, mangsa yang parah dikejarkan ke Hospital Changkat Melintang sebelum dirujuk ke Hospital manjung untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Fakri Che Sulaiman mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan mengenainya dijalankan. - Sinar Harian

Bagaimanapun admin menerima laporan kes ini bukan disebabkan pengecas helikopter mainan seperti dilaporkan di arus perdana sinar harian dan harian metro. Memandangkan kecederaan mangsa yg amat serius (gambar) .

Gambar mangsa

LAPORAN SELESAI UNTUK MAKLUMAN

BALAI : BBP SERI ISKANDAR
JENIS KEJADIAN : LETUPAN BOM IKAN DALAM RUMAH
ALAMAT : NO 29, JALAN U21, BANDAR UNIVERSITI, SERI ISKANDAR
TARIKH : 30/12/2014
TERIMA PANGGILAN : 1155
CATATAN : TERIMA PANGGILAN DARI ORANG AWAM MENYATAKAN KEBAKARAN RUMAH NAMUN SETIBANYA DI TEMPAT KEJADIAN, DIDAPATI BERLAKU LETUPAN BOM IKAN DI DALAM SEBUAH BILIK RUMAH. ANGGOTA MENDAPATI TERDAPAT SERPIHAN JARI DAN TOMPOKAN DARAH YANG BANYAK DI RUMAH TERSEBUT. MENURUT SUMBER POLIS, TERDAPAT 3 ORANG MANGSA DI DALAM RUMAH TERSEBUT DI MANA MANGSA 9 TAHUN MENGALAMI KECEDERAAN PARAH PADA TANGAN YANG MENGAKIBATKAN JARI TERPUTUS, MANGSA KEDUA 5 TAHUN MENGALAMI KECEDERAAN PADA MUKA, TANGAN DAN KAKI DAN MANGSA KETIGA 2 TAHUN TERSELAMAT.
TINDAKAN : ANGGOTA TELAH MEMBUAT PEMANTAUAN DI SEKITAR TEMPAT KEJADIAN DAN MENYERAHKAN LOKASI KEJADIAN PADA PIHAK POLIS UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA.
OPERASI TAMAT : 1215
KETUA OPERASI : PBK II IKHSAN BIN MOHD IBRAHIM
#dtrrangers #dtrinfo #dtrnews

Read more: http://www.kitabantai.info/2014/12/bom-ikan-meletup-budak-putus-jari.html#ixzz3NZcjP2q4
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: