Tuesday, January 27, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4115

5 Messages

Digest #4115

Messages

Mon Jan 26, 2015 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Sistem KPP Lesen Memandu dimansuhkan serta-merta
bloglist-malaysia.blogspot
blogtauhusumbat.blogspot.

Sistem lama pengambilan lesen memandu kereta dan motosikal berkuat kuasa serta-merta, di mana orang ramai hanya perlu menduduki satu peperiksaan, berbanding dua peperiksaan ketika ini.

MUAR, 23 Januari: Sistem lama pengambilan lesen memandu kereta dan motosikal akan dikembalikan, berkuat kuasa serta-merta, dengan hanya memerlukan satu peperiksaan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, ia akan menggantikan Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) yang diperkenalkan tahun lalu, di mana orang ramai perlu menjalani dua peperiksaan.

"Perubahan itu dilakukan, selepas kerajaan menerima banyak rungutan daripada orang ramai. Kerajaan prihatin dengan masalah dihadapi rakyat dan mengembalikan sistem lama.

"Ia bukan saja memudahkan orang ramai, malah menjimatkan perbelanjaan," katanya ketika lawatan kerja di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Muar, hari ini.

Sumber : therakyatpost.com POST BY : BLOG TAUHU SUMBAT

JPJ jangka bayaran untuk dapat lesen kereta dan motosikal turun
bloglist-malaysia.blogspot
batuvskayu.blogspot.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangka kadar bayaran untuk mendapatkan lesen memandu kereta dan motosikal akan turun berikutan peraturan baharu yang menetapkan pemohon lesen hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata pihaknya akan membuat beberapa perubahan dalam sistem komputer sebelum melaksanakan sistem satu ujian undang-undang itu.

"JPJ akan laksanakan secepat mungkin untuk kemudahan pelbagai pihak dan saya rasa harga untuk mengambil lesen memandu kereta dan motosikal selepas ini lebih murah sedikit," katanya kepada pemberita selepas Program Satu komuniti Satu JPJ, di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muda, Penaga hari ini.

Program transformasi JPJ dalam usaha memberikan perkhidmatan yang lancar kepada penduduk di luar bandar itu dirasmikan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.

Semalam, Kementerian Pengangkutan memutuskan individu yang ingin mengambil lesen memandu kereta dan motosikal kini hanya perlu menduduki satu ujian undang-undang.

Sebelum ini, mereka yang ingin mengambil lesen kereta dan motosikal perlu mempelajari modul kereta dan modul motosikal berasingan serta menduduki dua ujian berasingan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ismail menafikan laporan sebuah portal berita yang melaporkan kemalangan maut melibatkan 4 orang di Melaka disebabkan sebuah kereta diburu JPJ.

Beliau berkata hasil siasatan pihaknya mendapati 4 anggota JPJ yang menjalankan tugas rondaan terserempak dengan kemalangan itu dan memberi bantuan sementara menunggu polis tiba ke tempat kejadian.

"Berita yang disiarkan itu adalah satu tohmahan kepada JPJ dan sebenarnya tiada keperluan untuk penguat kuasa agensi berkenaan mengejar kenderaan berkenaan kerana ia bukan kes jenayah.

"Pihak JPJ juga mendapatkan maklumat daripada polis dan bomba di sana (Melaka), mereka maklumkan tiada laporan kereta terlibat dalam kemalangan itu dikejar penguat kuasa kami," katanya.

Dalam kejadian itu, 4 sekeluarga maut setelah kereta Perodua Kancil yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan 2 kereta lain di Kampung Bukit Gereja, Jalan Serkam Pantai, Merlimau, Melaka, petang semalam.

Portal berita berkenaan melaporkan sebuah daripada kereta yang terlibat dalam kemalangan itu adalah kenderaan yang diburu JPJ sebelum melanggar kereta Perodua Kancil berkenaan. – Bernama

Mon Jan 26, 2015 7:25 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kemalangan maut: JPJ nafi tetapi Polis siasat berdasarkan aduan awam

bloglist-malaysia.blogspot

mountdweller.blogspot 

Posted by mountdweller

Kemalangan maut Melaka: Polis siasat laporan JPJ terlibat

Astro Awani

 

Kemalangan maut Melaka: Polis siasat laporan JPJ terlibat Polis akan jalankan siasatan sama ada benar atau tidak kejadian tersebut melibatkan JPJ.

MELAKA: Polis Melaka akan menyiasat dakwaan bahawa Jabatan Pengangkutan Awam (JPJ) terlibat dalam kemalangan yang meragut empat nyawa di Jalan Serkam Pantai-Pulai pada Jumaat.

Menurut pegawai penyiasat, Inspektor Cornelius Loipin, pihaknya ada menerima satu laporan polis daripada saksi yang mengatakan ada cubaan daripada JPJ untuk mengejar sebuah Proton Perdana sehingga mengakibatkan kemalangan tersebut.

"Kita mendapat aduan orang awam ada JPJ cuba kejar pemandu Perdana. Namun begitu, kita masih menjalankan siasatan sama ada dakwaan itu benar atau tidak. Tetapi setakat hari ini, terdapat satu laporan saksi daripada orang awam yang mengatakan JPJ cuba untuk mengejar.

"(Tentang) Kejadian melibatkan JPJ, polis akan menyiasat lebih lanjut... kita tak boleh kata JPJ salah, kita akan siasat lebih lanjut lagi," kata Cornelius.

Difahamkan kemalangan tersebut berpunca daripada sebuah kereta Proton Perdana yang dikatakan memasuki arah bertentangan dan merempuh kereta jenis Perodua Kancil sehingga menyebabkan dua mangsa tercampak keluar dan dua lagi tersepit di dalam kenderaan.

Polis Melaka dalam pada itu meminta lebih ramai saksi tampil untuk membuat laporan bagi membantu siasatan.

Cornelius berkata, keterangan saksi amat perlu berikutan dakwaan terbabit di mana pemandu Proton Perdana itu turut mengalami kecederaan akibat kejadian tersebut.

Kemalangan membabitkan tiga kenderaan itu mengorbankan empat sekeluarga iaitu Saimah Wahab, 77; Ida Dollah, 46, dan dua anaknya, Siti Rohana Abd Ghaffar, 23, dan Siti Rohani, 18.

Sementara itu, suami mangsa, Abd Ghaffar Said bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang kerana mahukan keadilan akibat kelalaian pengguna jalan raya sehingga menyebabkan ahli keluarganya terkorban.

Beliau amat berharap lebih ramai saksi tampil membuat aduan bagi melancarkan siasatan.

"Saya minta orang ramai tampil menjadi saksi dalam kemalangan semalam yang melibatkan anak isteri saya," kata Abd Ghaffar.

Terdahulu,JPJ menafikan laporan yang mendakwa mereka terlibat secara langsung dalam insiden kemalangan tersebut. Kesemua mangsa yang dibedah siasat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Panjang Sari, Pagoh selepas Zohor.  

comment:

Anonymous said... Bebudak berebut nak makan duit kopi sampai orang lain mati accident kot.... Duit gaji mana cukup , malas pulak tapi nak ber gaya lagi. Sedih lah macam ini.

Bukan orang orang lain pun , pandang kiri pandang kanan bangsa sendiri jugak. Apa yang penting sangat sampai kejar kejar macam malaikat naut kejar saja. Itu lah bila duit jadi tohan , air biasa tak minum dah , nak kopi latte saja.

Mon Jan 26, 2015 7:27 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Alfatihah! Rakan Maut Dalam 'Tragedi Tukar Lorong'

bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot
By Famili Ceria

Alfatihah! Rakan Maut Dalam 'Tragedi Tukar Lorong' -

Assalamualaikum, seorang rakan yang saya kenal, Mohd Fauzan b Mohd Zaini,23, sejak di bangku sekolah menengah walaupun tak berapa rapat ataupun akrab telah kembali ke rahmatullah. Beliau terlibat dalam kejadian ini ( Pelajar UniKL Maut Di Sungai Petani ).. Innalillahiwainnailaihiraji'un

Diharap semua rakan-rakan yang membaca dapat sedekahkan Alfatihah untuk beliau.

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-

Sent: Friday, January 23, 2015 11:06 PM
Subject: Fw: Pelajar UniKL Maut Di Sungai Petani

MasyaAllah! Pelajar UniKL Maut Di Sungai Petani

bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot
By Famili Ceria

Pelajar UniKL Maut Di Sungai Petani, Budak UniKL Maut, Pelajar UniKL Kemalangan Maut Di Sungai Petani, Pelajar UniKL Maut Di KM107 Lebuhraya Utara Selatan -

Seorang pelajar UniKL maut, manakala ibunya parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bersama tiga yang lain, terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 107 Lebuhraya Utara Selatan, dekat susur masuk Plaza Tol Sungai Petani Selatan di ini, pagi tadi.

ANGGOTA bomba dan JPAM membantu mangsa yang tersepit dalam sebuah MPV yang terperosok di bawah badan treler dalam kemalangan mengorbankan nyawa pelajar UniKL di Lebuhraya Utara Selatan di Sungai Petani, hari ini. - Foto Omar Osman

Pelajar berusia 23 tahun itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian sejurus MPV yang merempuh bahagian belakang treler itu terperosok ke bawah badan kenderaan berat terbabit kira-kira jam 9.30 pagi.

Ketika kejadian, MPV dinaiki mangsa bersama ibu dan bapanya, selain dua rakan dipercayai cuba memotong treler di hadapan, namun gagal kerana terdapat kenderaan lain yang datang dari arah belakang sebelum tergesa-gesa memasuki semula laluan asal.

Jurucakap polis berkata, ketika cuba memasuki laluan asal itu, MPV terbabit merempuh bahagian belakang treler sebelum terperosok ke bawahnya, lalu tersekat pada badan kenderaan berat berkenaan dan diseret sejauh 30 meter.

Sepasukan anggota bomba turut dikejarkan ke lokasi untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.
ANGGOTA bomba dan JPAM membantu mangsa yang tersepit dalam sebuah MPV yang terperosok di bawah badan treler dalam kemalangan mengorbankan nyawa pelajar UniKL di Lebuhraya Utara Selatan di Sungai Petani, hari ini. - Foto Omar Osman

Mon Jan 26, 2015 7:27 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

FOBN Kantoi Fitnah Lagi - Kapal Selam Tak Boleh Menyelam Bukan Fitnah Tapi Fakta, Ini Buktinya.
kitabantai.info
amenoworld.net

Korang perasan tak apa yang aku perasan?

Setiap kali cerita ceriti mengenai azan hanya akan berlaku di Penang semata-mata. Seolah2 hanya di sana sahaja ada orang cina. Macam lah kat tempat lain takde orang. Dan seolah-olah cina kat sana terlalunya kiasu sampaikan azan pun dorang pertikaikan. Yang peliknya. Semua ini berlaku hanya selepas DAP mentadbir Penang. Seolah2 sebelum ini cina GERAKAN sangat suci, murni dan baik terlampau menjaga hak orang melayu.

Perasan tak?

KAH KAH KAH

Selepas kantoi isu azan, kali neh geng2 BN kantoi plak dalam isu kapal selam.

Dalam isu azan boleh baca sini : Larangan azan di beberapa buah masjid di Penang adalah fitnah.

Fitnah terbaru geng2 BN terhadap DAP berkisarkan isu tentang kapal selam yang dulunya kecoh menghadapi masalah teknikal kerana kegagalannya untuk menyelam.

Ini apa yang mereka kata ;

Untuk rekod, FOBN dah block aku.

- Bukan aku maki hamun

- Bukan aku sebar fitnah

- Bukan aku merepek atau spam

Aku hanya bagi fakta dengan menggunakan ayat paling suci dan sopan nak mampos sampaikan aku sendiri nak muntah baca itu pun aku kena ban. Dari pemerhatian aku, aku syak dia tahu itu aku so dia ban sebab aku.

KAH KAH KAH

Kalau kat page2 pro PR pula selalunya aku suka provoke dan cakap kasar gila macam aku yang sebenarnya la kan. Itupun jarang2 kena ban. Ada la satu dua page gila yang tak boleh terima fakta dia ban. Selalunya kalau aku bagi fakta, aku akan tulis elok2. Tak kasar2. Kalau aku provoke itu lain cerita. Dan setakat ini aku di ban sebab bagi fakta. Kalau time aku provoke, sekor admin pun tak ban aku. Kat situ boleh nampak kan mentaliti admin page macam mana kan? Asal bagi fakta, laju2 ko ban. Kalau merepek ko biar aje. Sengal punya admin page.

KAH KAH KAH

Berbalik kepada tajuk asal, aku perhatikan, FOBN dan ramai malaon2 UMNO neh dah sasau dan kemaruk nak menfitnah. Bukan aku pertikaikan bab dorang kritik pembangkang. Tapi aku pertikaikan bab point. Kalau ko nak kritik pembangkang, biar isu tue jelas dan benar2 berlaku sepertimana yang kau sebarkan. Ini tidak. Karang ayat cantik2 semata-mata untuk sebarkan fitnah dan serap kebencian orang terhadap pembangkang. Dan semenjak dua menjak neh DAP memang menjadi 'bahan' kepada BN kerana mereka nak mengalihkan tumpuan terhadap pertempuran dalaman BN khususnya UMNO yang melibatkan team Mahathir VS team Najib kepada memecahkan lagi hubungan PAS dan DAP yang kita lihat dari hari ke hari semakin keruh dan buruk.

Dan seperti yang kita sendiri tahu, PAS dan DAP memang dah gila nak bercerai apabila masing2 semakin sasau bergaduh sesuka ahti melibatkan media.

Di saat PAS dan DAP sasau bergaduh, kita lihat PKR parti baling kerusi semakin ke depan membawa permasalahan2 rakyat seperti isu 1MDB, PLKN, GST, AP makanan import, pengiraan subsidi minyak dan sebagainya.

PAS buat apa?
DAP buat apa?

Gaduh sampai mampos. Dari isu kaum kepada agama. Aku harap kedua-dua parti tue bubar lagi bagus. Hidup macam tak hidup. Ada tapi tak menjalankan peranan sebagai pembangkang. Sebangang-bangang PKR yang baling kerusi itu sekalipun, dorang lebih banyak jadi kontroversi dan highlight di media sebab bahas permasalahan rakyat di negara ini.

Tak guna kau jadi parti lama bertahun-tahun tapi perangai buruk mengalahkan parti baru macam PKR tue. Ada otak, fikirla sikit DAP dan PAS tue pun oi.

Mengulas tentang kronologi kapal selam yang gagal menyelam, orang2 BN perlu difahamkan tentang jalan cerita ini.

Pertama. Berita mengenai kapal selam yang gagal selam masuk dalam media massa. Ia bukan cerita fitnah.

Rujukan ; http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_31.htm

Kedua. Ketika kapal selam itu tidak boleh menyelam dan mengalami masalah teknikal, pembangkang termasukla DAP sekalipun mempersoalkan insiden berkenaan pada ketika itu. Pada ketika kejadian sedang berlaku.

Maksudnya. Time kapal selam itu rosak, masa tue pembangkang dapat info, so dorang kecoh minta penjelasan dan mahu kerajaan menjelaskan apa yang sedang berlaku termasuk kos yang terlibat. Kerana ia melibatkan duit rakyat.

Selepas ianya siap dibaiki dan tiada masalah, tidak la pembangkang mahu kecoh-kecoh lagi apatah dijemput pula oleh kerajaan untuk merasai sendiri pengalaman naik kapal selam tersebut bagi membuktikan ia telah dibaiki sepenuhnya dan tidak rosak.

Bukannya mereka kecoh semalam, hari ini, esok, akan datang, dok ulang2 kapal selam tak boleh menyelam. Orang persoalkan ketika kejadian berlaku. Apa pula si FOBN bangang neh pi sebarkan benda yang dah settle secara elok?

Nampak tak kebodohan geng2 UMNO kat sini?

UMNO.. umno. Cuba-cuba la bawa kurangkan kebodohan korang tue. Walaupun aku tahu korang dan bodoh, dan fitnah dan ya seks juga berpisah tiada.

KAH KAH KAH

Bai.

Mon Jan 26, 2015 11:15 pm (PST) . Posted by:

"Nazri Ahtar" littlenoti

tq bro bashah.
saya akan cuba nanti. ! :) rgds,Nazri Ahtar
From: "bashah bwasi@yahoo.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com>
To: "automobil@yahoogroups.com" <automobil@yahoogroups.com>
Sent: Saturday, January 24, 2015 11:43 AM
Subject: Re: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Malu saya sebagai orang Melayu yang beragama Islam

  letak 4 botol air besar depan rumah parking kereta**...rujuk sini...kalau tak boleh, cari lemak harimau minta dg org asli masuk dlm botol kecil yg tebuk tutup sikit.How to Keep Dogs & Cats from Pooping on Your Yard
|   |
|   | |   |   |   |   |   |
| How to Keep Dogs & Cats from Pooping on Your YardIn the neighborhoods of South Los Angeles and East Los Angeles there are bottles of water on the lawns. The bottles keep dogs and cats from pooping on... |
| |
| View on www.instructables.com | Preview by Yahoo |
| |
|   |

** automobil

On Saturday, January 24, 2015 12:31 AM, "littlenoti littlenoti@yahoo.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


  Bro Zaiedi, org kata tabur minyak tanah, dah try ? Saya belom try lahi.ingat nak cuba juga. Tapi nak keluar mencari dengan kereta* jd malas pulak. Susah nak cr minyak tanah skrg ni
*kereta - pepaham je la.On Jan 23, 2015 5:11 PM, "Zaiedishaq zaiedishaq@gmail.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

  Bab anjing tu saya kira kita senasib, bro Naz..Puas dah saya tuang cuka, serbuk lada hitam, semua tak jalan..Kat depan pagar tu jugak la dia berak..Nak taknak, saya kena standby plastik untuk kutip tahi anjing tu. Kalau tak terpalit kat kereta**, terbawa masuk kat rumah..
**masih auto.

2015-01-23 16:42 GMT+08:00 Sukri Farah farah33sukri@gmail.com [automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

  ....yg penting dia berhati mulia......
2015-01-23 16:37 GMT+08:00 Norain norainonisnain@gmail.com [automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

  Dah tak yah cari salah. Memang jumpa kalau kita cari. Takde sudahnyaOn Jan 23, 2015 4:27 PM, "Nazri Ahtar littlenoti@yahoo.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

yang anjing liar/belaan berak diluar pagar rumah orang melayu islam sehingga menyusahkan nak keluar masuk kenderaan* macamana pula ? rgds,Nazri Ahtar
* Kenderaan = auto :P From: "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com>
To: zzxmelayucyber <melayucyber@yahoogroups.com>
Sent: Thursday, January 22, 2015 11:34 PM
Subject: www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: Malu saya sebagai orang Melayu yang beragama Islam

  Malu saya sebagai orang Melayu yang beragama Islam biaqpila.blogspot gigitankerengga.blogspotRozmal Yang buat kotor mungkin lembu milik orang Melayu yang beragama Islam, yang membersihkannya orang Cina yang bukan beragama Islam. Semo

#yiv7004981984 #yiv7004981984 -- #yiv7004981984ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-mkp #yiv7004981984hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-mkp #yiv7004981984ads {margin-bottom:10px;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-mkp .yiv7004981984ad {padding:0 0;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-mkp .yiv7004981984ad p {margin:0;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-mkp .yiv7004981984ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-sponsor #yiv7004981984ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-sponsor #yiv7004981984ygrp-lc #yiv7004981984hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-sponsor #yiv7004981984ygrp-lc .yiv7004981984ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv7004981984 #yiv7004981984actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv7004981984 #yiv7004981984activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv7004981984 #yiv7004981984activity span {font-weight:700;}#yiv7004981984 #yiv7004981984activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv7004981984 #yiv7004981984activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv7004981984 #yiv7004981984activity span span {color:#ff7900;}#yiv7004981984 #yiv7004981984activity span .yiv7004981984underline {text-decoration:underline;}#yiv7004981984 .yiv7004981984attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv7004981984 .yiv7004981984attach div a {text-decoration:none;}#yiv7004981984 .yiv7004981984attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv7004981984 .yiv7004981984attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv7004981984 .yiv7004981984attach label a {text-decoration:none;}#yiv7004981984 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv7004981984 .yiv7004981984bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv7004981984 .yiv7004981984bold a {text-decoration:none;}#yiv7004981984 dd.yiv7004981984last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv7004981984 dd.yiv7004981984last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv7004981984 dd.yiv7004981984last p span.yiv7004981984yshortcuts {margin-right:0;}#yiv7004981984 div.yiv7004981984attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv7004981984 div.yiv7004981984attach-table {width:400px;}#yiv7004981984 div.yiv7004981984file-title a, #yiv7004981984 div.yiv7004981984file-title a:active, #yiv7004981984 div.yiv7004981984file-title a:hover, #yiv7004981984 div.yiv7004981984file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv7004981984 div.yiv7004981984photo-title a, #yiv7004981984 div.yiv7004981984photo-title a:active, #yiv7004981984 div.yiv7004981984photo-title a:hover, #yiv7004981984 div.yiv7004981984photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv7004981984 div#yiv7004981984ygrp-mlmsg #yiv7004981984ygrp-msg p a span.yiv7004981984yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv7004981984 .yiv7004981984green {color:#628c2a;}#yiv7004981984 .yiv7004981984MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv7004981984 o {font-size:0;}#yiv7004981984 #yiv7004981984photos div {float:left;width:72px;}#yiv7004981984 #yiv7004981984photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv7004981984 #yiv7004981984photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv7004981984 #yiv7004981984reco-category {font-size:77%;}#yiv7004981984 #yiv7004981984reco-desc {font-size:77%;}#yiv7004981984 .yiv7004981984replbq {margin:4px;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-mlmsg select, #yiv7004981984 input, #yiv7004981984 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-mlmsg pre, #yiv7004981984 code {font:115% monospace;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-mlmsg #yiv7004981984logo {padding-bottom:10px;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-msg p#yiv7004981984attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-reco #yiv7004981984reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-sponsor #yiv7004981984ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-sponsor #yiv7004981984ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-sponsor #yiv7004981984ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv7004981984 #yiv7004981984ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv7004981984

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: