Monday, January 5, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4101[3 Attachments]

15 Messages

Digest #4101
7a
10
Fw: K'jaan bayar awal bonus 15 Januari by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Jan 4, 2015 6:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Guru Didakwa Di Mahkamah; "Sayalah Guru Itu"

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Percayakah anda? Sayalah pemandu kereta ini...

Saya tidak mungkin melupakan segala-galanya sehingga roh berpisah dari jasad saya. 21 Mei 2006, lebih kurang jam 2.05 petang. Sungguh Malaikat Izrail memasuki dalam kereta dan mencabut dua nyawa yang berada disisi saya. Cumanya ketika itu bukan giliran. Saya kira semua orang tidak menginginkannya termasuk saya. Kemalangan yang menjadi kejutan kepada golongan guru seluruh Negara. Dua tiga akhbar utama menyiarkan berita itu. Pada ketika itu perjalanan kami dari Johor Bharu ke Segamat usai latihan/pemilihan sepak takraw negeri Johor dan saya akan membawa skuad Johor ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Perak seingat saya.

Fasa pertama latihan dan kami akan pulang dua malam ke rumah sebelum datang semula ke Johor Bahru untuk latihan selanjutnya. Namun segala-galanya ternoktah di atas lebuhraya utara selatan KM 50.2. Bermulalah satu perjalanan yang mencabar tetapi cukup mendewasakan. Menjadikan saya lebih berani dari semalam termasuk bercakap secara direct dengan 'orang-orang besar' dalam hireki pentadbiran pelajaran negeri Johor.

Kata Nisah Harun dalam novel 'Mencari Locus Standi' tentang mahkamah; tiada yang menggembirakan di daerah ini. Tiada siapa yang mahu datang ke tempat ini andai tidak dipaksa atau terpaksa. Mahkamah jadi tempat yang perlu disiahkan, seolah-olah sekali melangkah ke sini akan sial sepanjang hayat!" Ayat ini membekas dalam diri saya.

Segalanya menjadikan saya mesra dengan bahan bacaan berkaitan undang-undang, pekeliling-pekeliling perkhidmatan awam berkaitan tahan kerja, tatatertib dan lain-lain.

Ya! Segalanya ada hikmah dan mendidik. Dua tahun saya turun naik mahkamah Kluang.

Hari pertama memasuki mahkamah 14 April 2007, cukup mengerikan apatah lagi hadir tanpa wang jaminan. Ketika itu saya tidak faham bahawa seseorang yang didakwa di bawah seksyen 41 (1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 yang jika tertuduh disabitkan dengan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak kurang RM5000 dan tidak lebih RM20,000, penjara tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih sepuluh tahun (Act A 1065) mana-mana individu yang menghadapi pertuduhan sedemikian perlu hadir ke mahkamah dengan wang jaminan paling kurang RM5000 ( bergantung budi bicara Majistret)

Saya tahu sekiranya saya menulis secara tuntas dan sehabis jujur akan banyak pihak yang tersinggung. (Jadi saya cuba untuk tidak menyentuh banyak pihak) Sementelah kes saya ini akhirnya dibela oleh KESATUAN PERKHIDMATAN PERGURUAN KEBANGSAAN (KPPK) dalam bahasa Inggerisnya di sebut NationalUnion Teachers Progress (NUTP). Termasuk tekanan yang diberikan kepada saya, apabila menulis satu artikel di dalam Buletin KPPK keluaran Oktober 2007.

Ekoran itu satu surat cadangan kepada pihak Lembaga tatatertib telah dihantar bertujuan mencadangkan saya ditahan kerja. (Saya tidak mahu menyebut siapa yang mencadangkan saya ditahan kerja, segelintir guru di Johor dan orang-orang kuat KPPK mengetahuinya dan yang pastinya individu itu telah bersara)

Inilah artikel yang tersiar di Buletin KPPK Oktober 2007

Sila rujuk pekeliling perkhidmatan awam bahawa seseorang penjawat awam yang ditahan kerja akan menerima separuh dari emolumennya setiap bulan. Ketika itu, jika tidak silap saya setelah ditolak hutang rumah, pinjaman peribadi, simpanan dan insurans, saya hanya layak menerima RM72.15 sahaja. Namun keyakinan kepada Allah, prinsip berani kerana benar, rahsia surah An-Nur, Muhammad, Thoha terbukti benar. Sungguh kenikmatan berdoa lebih dirasai apabila kita diuji berbanding jika kita berdoa dalam keadaan senang. Bukanlah maksudnya kita tidak berdoa tetapi percayalah! orang yang berdoa dalam keadaan terdesak antara hidup dan mati, bebas dan dipenjara, ditamat atau tidak kerjaya akan lebih bersungguh-sungguh menjejaki dasar hati. Saya masih sentiasa teringat selepas solat tentang kenikmatan berdoa ketika saya di dalam keadaan yang cukup menguji itu. Alhamdulilah! Ya Allah kekalkanlah kenikmatan berdoa itu kepadaku dan seluruh umat Islam.

Isu tahan kerja saya mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Agung KPPK Miss Loke Yim Pheng, bekas Timbalan Pengarah Pelajaran Johor Tuan Haji Jamian Jaafar (telah bersara), Mr Chaw Tah Soo wakil KPPK Segamat), pengetua saya pada ketika itu Puan Hajjah Muriatun Mohd Said yang menyebelahi saya. Lalu maafkan saya Tan Sri menulis secara jujur berkaitan cadangan tahan kerja. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Dato' Haji Kusaini Bin Haji Hasbullah (Bahagian tatatertib), dan orang yang memahami cerita ini Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang (ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia) yang menolak cadangan tahan kerja tersebut. Kepada Miss Loke yang menjalankan amanah sebagai Setiausaha Agung KPPK yang mempertahankan saya dengan bercakap secara bertentang empat mata dengan 'kepimpinan atas' Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bayangkan jika cikgu berada di tempat saya. Sedangkan perjalanan saya adalah urusan tugas rasmi. Bawa murid-murid dengan bersurat arahan. Saya masih menyimpan segalanya (satu fail lengkap dan segala catatan peribadi turun naik mahkamah dari hari pertama hingga hari terakhir, yang jika saya turunkan segalanya di dalam blog ini; akan ada pihak yang tersinggung atau mahu marah dengan catatan jujur tersebut), malahan orang yang menandatangi surat itu juga masih hidup dan saya sendiri pernah bersemuka dengannya apabila dalam satu majlis, beliau memburukkan cara pemergian saya…….. (sukar untuk saya menuliskannya… terasa kelopak mata ini panas! Ya Allah berikanlah aku kekuatan menghadapi tipu daya dunia yang penuh dengan kepalsuan ini).

Saya tahu seorang guru tidak kebal dari segi undang-undang. namun ada bebrapa perkara berkaitan hal kebajikan seorang guru yang membawa murid ke tempat pertandingan, latihan atau apa sahaja yang perlu diambilberat oleh pihak berwajib

Sungguh besar pengajaran yang Allah berikanlah! Andainya satu masa kita sebagai guru biasa menjawat jawatan tinggi ingatlah kebajikan dan keselamatan terhadap 'anak-anak buah' kita adalah satu amanah yang besar. Jika tidak yakin dengan hujah saya ini bacalah kitab yang berjudul "UMAR ABDUL AZIZ, SiRAH RASULULLAH, 10 SAHABAT YANG DIJAMIN SYURGA" Jika orang-orang bawahan kita ditimpa sesuatu musibah atau ujian berat dari Allah, lindungilah mengikut kemampuan, ziarahlah melihat keadaannya;

Dunia mahkamah sungguh asing bagi seorang guru biasa seperti saya, pun ianya adalah satu pengalaman yang sangat berharga. Saya dapat melihat sendiri bagaimana pendakwaan, pembacaan tuduhan, pembicraan berlangsung. Masih ingat lagi tentang kes bunuh yang dibacakan ketika hariu saya ke mahkamah dan perbicaraan kes dadah, curi motosikal…. Yang dapt saya lihat dan dengar sendiri. Berbalik kes saya, setelah sekian lama akhirnya kes itu dibicarakan dengan pendakwa mengemukakan 2 pegawai penyiasat, doktor, seorang pegawai puspakom yang memeriksa kereta saya sebagai saksi . Ketika perbicaraan berlangsung, duduk di kandang tertuduh itu terasa kaki dan tangan sejuk seakan menanti hukum gantung walaupun hakikatnya jika kalah dalam kes itu saya setakat dipenjara dan bukan digantung….

Akhirnya Mahkamah memutuskan akan memberi keputusan pada 30 September 2009. Saya masih ingat malam yang damai itu, di mana solat hajat dilakukan secara beramai-ramai. Tempatnya markas PAS Segamat. Terima kasih kepada PAS kawasan Segamat, pemuda PAS, muslimat PAS, ibu, anak, isteri, sahabat-sahabat, rakan-rakan guru sekolah, kenalan rapat setempat tinggal saya dan kurang lebih dalam lapan puluh orang yang hadir pada malam itu, bersujud memohon kemenangan untuk saya dalam kes itu.

Lalu 30 September 2010, apabila saya masuk ke kandang tertuduh selepas nama saya dipanggil. Saya masih ingat segala-galanya. Mulut saya kumat-kamit membaca lima ayat awal surah Thoha, apabila peguam saya C.C Ayathurai (dibiayai sepenuhnya oleh pihak KPPK) bangun memaklumkan "Hari ini telah ditetapkan untuk keputusan"

Majistret muda. Seingat saya namanya Mohamad Azhar Arif menganggukkan kepala sambil sekilas memandang wajah saya dan kemudian terus membacakan keputusan. Begini bunyinya;

"Setelah mempertimbangkan hujah-hujah pihak pendakwaan dan pembelaan. Mahkamah berpuashati dan mendapati pihak pendakwa gagal mewujudkan prima facie terhadap tuduhan. Oleh itu mahkamah memutuskan Encik……………….. didapati tidak bersalah, dilepaskan dan dibebaskan sepenuhnya"

Dam! Majistret mengetuk tukul kayu yang lazim dan terus bangun berlalu. Selepas itu terdengar laungan "Bangun", saya menoleh kepada ibu dan kakak yang duduk di kerusi dalam mahkamah di belakang saya. Kedua-duanya berpelukan sambil menangis. Saya menekup wajah. Cuba menahannya… Pun airmata saya gugur jua…….. Syukur kepadaMu Ya Allah! ENGKAU yang memberi ujian! ENGKAU jua yang memberi kemenangan……..

Sumber http://zharulnizamshah.blogspot.com

Sun Jan 4, 2015 6:16 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kereta Nasional bakal kuasai pasaran kereta Malaysia
bloglist-malaysia.blogspot
pendapatanda.com

Menurut Malaysian Automotive Institute (MAI), sebuah institut yang ditubuhkan di bawah MITI untuk merangka polisi automotif negara, tahun 2015 bakal melihat kereta Nasional kuasai pasaran kereta di negara kita, Malaysia. sumber imej

CEO kepada MAI memberikan data peratusan penguasaan kereta Nasional, iaitu Proton dan juga Perodua kepada 52% berbanding keseluruhan pasaran kereta di seluruh negara.

Ertinya, pasaran kereta Nasional seperti perodua dan juga Proton adalah lebih tinggi berbanding dengan pasaran kereta yang datang dari luar negara.

Faktor kereta Nasional kuasai pasaran kereta negara
Antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan unjuran penguasaan kereta nasional adalah seperti berikut:

a.. Kejatuhan harga minyak di pasaran dunia
b.. Kejatuhan harga Ringgit berbanding Dollar Amerika
c.. Perlaksanaan GST di seluruh negara bermula April 2015
d.. Perkembangan menarik model baru yang telah diperkenalkan dan dalam perancangan oleh kedua-dua pengeluar kereta Nasional
Pasaran kereta cekap tenaga atau EEV juga dijangka akan meningkat pada tahun 2015 walaupun harga minyak di pasaran dunia semakin rendah. Ini kerana samada harga minyak dunia naik atau turun, pengguna akan tetap mendapat faedah daripada penggunaan kereta jenis EEV.

Menurut MAI lagi, harga kereta dijangka akan menurun sedikit berbanding sekarang apabila GST dilaksanakan bermula tahun depan.

Ditambah dengan leberalisasi industri automotif negara, persaingan akan menjadi lebih hebat dan faedahnya akan kembali kepada para pengguna kenderaan di Malaysia secara umumnya.

Apakah pendapat anda terhadap harga kereta pada tahun depan? adakah ianya akan menarik minta anda untuk mendapatkan kereta baru atau terus kekal dengan apa yang ada sekarang?

Penurunan kadar ringgit berbanding Dollar Amerika sudah tentu akan memberikan masalah kepada harga kereta impot. Nilai matawang kita yang semakin mengecil membuatkan kuasa membeli barangan impot menjadi berkurangan. Kesannya sudah tentu harga kereta impor menjadi lebih mahal.

Untuk menjadikan harga kereta dari luar negara kompetitif dalam pasaran Malaysia, mungkin pengimpot dan pengeluar kereta luar terpaksa mengurangkan spesifikasi asas bagi menyesuaikan harga yang boleh diterima olah para pengguna.

Mungkin jalan terbaik adalah dengan kekalkan dengan apa yang ada dan habiskan bayar hutang terlebih dahulu. Melainkan jika anda seorang usahawan, anda ada kelebihan untuk menggunakan syarikat bagi membeli kenderaan yang diminati dan biarkan syarikat menyara gaya hidup anda. sumber

Sun Jan 4, 2015 6:19 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Di sebalik bencana banjir di Kelantan, ramai insan berhati emas ditemui

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net


Banjir yang menenggelamkan banyak kawasan di Kelantan minggu lalu meninggalkan kesan kemusnahan dan kesengsaraan, tetapi laporan yang menyentuh tentang keberanian dan sikap tidak mementingkan diri turut muncul apabila ramai rakyat biasa tampil membantu sesama mereka.

Seorang guru, Muhammad Apandi Hashim, menghabiskan malam pertama ketika banjir bermula, memudik botnya yang sepanjang 3.5meter, ke sana sini mengelak tiang elektrik dalam kegelapan malam dan arus deras, bagi menyelamatkan penduduk kampung di Tanah Merah yang tidak dapat dibantu pasukan penyelamat rasmi.

Pada petang Rabu itu, yang pertama diselamatkan olehnya itu ialah ibu bapa jirannya, sepasang warga emas yang terkandas dalam kampung mereka yang kedudukannya kira-kira sejam perjalanan dari rumahnya.

"Saya sudah siap untuk berpindah bersama keluarga, apabila jiran bertanya jika saya boleh mengambil ibu bapanya dengan bot saya. Bila orang minta tolong seperti itu, mana boleh anda tolak?" katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherang Lali, Tanah Merah, semalam.

Tetapi, sangat mencabar untuk bergerak dari satu tempat ke tempat menggunakan kerana semua tanda jalan yang biasa dilihat sudah ditelan banjir, sementara dahan pokok dan wayar elektrik yang tercacak dari permukaan air boleh merosakkan enjin botnya.

"Kami hanya bergantung kepada gerak hati sahaja untuk sampai ke sana, dan syukur pada Tuhan, kami tiba di rumah itu kira-kira sejam kemudian. Banjir sudah naik hingga ke tangga masa itu.

"Tetapi seperti yang jiran saya beri amaran awal-awal, bapanya enggan keluar. Katanya, kalau dia keluar, siapa nak jaga rumah, motosikal, kereta?

"Saya cakap kepadanya, 'Ayah kena ikut kami. Dah nak gelap, kita tak ada masa'. Kami paksa dia naik bot.

"Jika ayah terus tinggal di situ, dia tidak akan boleh selamatkan dirinya, usah haraplah selamatkan motosikalnya. Terakhir yang saya dengar, air dalam rumahnya naik hingga paras dada dan semuanya musnah," katanya.

Tetapi selepas Apandi, 46, menurunkan pasangan warga emas itu kira-kira jam 7 malam, tugasannya belum selesai – ada mangsa lain yang ternampak dia dan botnya merayu membantu mencari saudara mereka di kampung lain.

Walaupun kurang peralatan untuk misi menyelamat – bot itu hanya menggunakan enjin 5 kuasa kuda dan berkapasiti untuk empat orang – guru itu berkata dia sendiri tidak terkira jumlah keluarga yang diselamatkan malam itu.

Dia hanya pulang ke rumah jam 5 pagi, dan lega apabila mengetahui walaupun banjir menyebabkan jalan masuk ke kawasan perumahannya terputus, rumahnya dan beberapa kediaman sekitar kekal kering.

Tetapi di rumah dia hanya sempat solat dan makan, dan dalam tempoh sejam, dia keluar lagi untuk menyelamatkan lebih ramai penduduk yang terperangkap dalam rumah. Tugasannya berlangsung selama 3 hari, kata Apandi, hingga pasukan penyelamat akhirnya tiba di kampung mereka.

"Ada sekali, saya melawat pusat pemindahan, seorang mangsa datang kepada saya dan minta saya selamatkan orang di kampungnya. Saya terpaksa tolak. Saya terlalu penat dan bot saya sebenarnya tidak sesuai untuk menyelamatkan orang.

"Saya minta dia merayu kepada pasukan menyelamat yang sudah siap sedia. Jika saya pergi dengan bot kecil saya, dalam keadaan kepenatan, dan ia terbalik, saya terpaksa bertanggungjawab terhadap 4 nyawa itu," kata Apandi.

Tetapi walaupun pihak berkuasa sudah mengambil alih tugasnya, kerjanya masih belum selesai. Daripada menyelamatkan orang terkandas, dia kini gigih memberi makanan kepada ramai orang apabila kawasan perumahannya terus terputus daripada jalan besar akibat banjir.

Beberapa hari sekali, dia akan pergi mengetuk pintu rumah jirannya untuk bertanya bekalan apa yang mereka perlukan, sebelum keluar dengan botnya ke kawasan kering, bertukar naik kereta dan memandu kira-kira sejam ke Machang, di mana kedai runcit terdekat masih beroperasi.

Bot gentian kaca 12 kaki dengan enjin 5 kuasa kuda yang digunakan Muhammad Apandi Hashim untuk menyelamatkan penduduk kampung di Tanah Merah yang ditenggelami air banjir. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 31 Disember, 2014.Semalam adalah hari pertama dia akhirnya dapat berehat di rumah apabila banjir akhirnya mula surut, katanya, dan hanya sekarang baru terasa sakit-sakit badannya.

"Memang aneh, saya tidak rasa sakit ketika di luar sana meredah air dalam bot. Tetapi kini ketika berehat, semuanya sakit," katanya.

Tetapi, sementara paras air mula menurun di pantai timur, banyak rumah di luar Kusial Baru, Tanah Merah, masih ditenggelami air banjir.

Pemilik rumah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan. Untuk bertahan, ribuan yang terperangkap di situ hanya bergantung kepada barang keperluan yang dihantar NGO, sukarelawan dan pihak berkuasa menggunakan bot.

Ketika melawat kawasan itu semalam, The Malaysian Insider mendapati air keruh yang memisahkan kampung itu daripada kawasan lain di negeri ini sibuk dengan bot membawa pelbagai bekalan, sementara jalan berlumpur sesak dengan lori dan kenderaan pacuan empat roda penuh membawa beras dan kotak baju untuk diagihkan.

Antara mereka adalah sekumpulan 6 lelaki yang datang dari Kuala Lumpur menaiki 2 trak Hilux untuk bantu memastikan sumbangan bertan-tan yang dikumpulkan dari seluruh negara sampai kepada mereka yang memerlukan.

"Ramai yang menderma barang, tetapi hanya sedikit orang di Kelantan yang dapat mengagihkan bantuan itu. Kami tahu tenaga dan peralatan amat diperlukan, sebab itu kami datang," kata Muhaidin Mokhsin, 51, kepada The Malaysian Insider.

Dalam persediaan untuk perjalanan mereka, pasukan itu membeli 2 bot dengan kos RM1,000 setiap satu dan memastikan trak mereka dilengkapi peralatan untuk berdepan cabaran sukar.

Sepanjang 3 hari lalu, Muhaidin mengetuai kumpulan itu yang juga ahli kelab kembara Oscar Tango Adventure Team, merentasi 7 daerah banjir di Kelantan membawa minyak, makanan, air dan barangan lain.

"Bekalan cepat habis, jadi kami terpaksa membelinya di kedai yang kami jumpa sepanjang perjalanan. Setakat ini, kami sudah belanja kira-kira RM10,000," kata Johari Ali, 63, yang mempunyai ahli keluarga yang terkandas di Kusial Baru.

"Tempat tinggal adalah masalah besar. Kami terpaksa tidur di rumah rakan atau saudara di Kelantan, dan bila tidak ada pilihan, kami tidur dalam kereta. Ia tidaklah seteruk mana," katanya tersenyum.

Sementara itu, seorang lagi guru, Mohd Khairul Azhar Md Now, 42, memandu ke sekeliling kampungnya di Tanah Merah sendirian sepanjang tiga hari lalu untuk mengagihkan baju dan makanan yang disumbangkan orang ramai kepada mangsa banjir.

Khairul berkata dia menulis di akaun Facebooknya minggu lalu, menjangkakan rumahnya akan dinaiki air, dan rakan-rakannya dengan cepat mengumpul wang untuknya dan derma yang diterima amat menggalakkan.

Tetapi selepas bermalam sehari di pusat pemindahan, dia pulang ke rumahnya dan mendapati ia tidak dimasuki air banjir.

"Jadi saya gunakan semua 100% wang yang didermakan kepada saya untuk membeli bekalan dan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, dan memandu sekeliling kampung mengagihkannya," katanya.

Dia masuk ke banyak kampung yang dinaiki air di Tanah Merah, mengikut kemampuannya, tanpa mengira masa, sementara terus mengemas kini maklumat di Facebook memaklumkan rakan-rakannya ke mana duit yang mereka sumbangkan digunakan dan berapa banyak lagi diperlukan.

"Banjir itu boleh berlaku kepada saya, tetapi saya tidak mengalaminya. Jadi kini giliran saya pula untuk membantu," katanya. – 31 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/di-sebalik-bencana-banjir-di-kelantan-ramai-insan-berhati-emas-ditemui#sthash.ecFMaHJN.dpuf

Sun Jan 4, 2015 6:16 pm (PST) . Posted by:

"bashah" bwasi

Tazkirah ringkas sempena banjir:
Membaca berita ini menunjukkan 2 org yg membantu mangsa banjir mendapati rumah sendiri tidak banjir.dari facebook pula satu pusat tahfiz tidak banjir, satu lagi rumah pakcik ahli masjid juga tidak banjir walaupun dua2 dok tepi sungai !!!.Pengajarannya...Org yg dilindungi Allah dari bahaya di dunia dan akhirat ialah:::Mereka yg mempunyai akhlak yg baik dg manusia dan juga akhlak yg baik dg Allah.

On Sunday, January 4, 2015 10:20 PM, "'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:


  
| Di sebalik bencana banjir di Kelantan, ramai insan berhati emas ditemui

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net |

 

Banjir yang menenggelamkan banyak kawasan di Kelantan minggu lalu meninggalkan kesan kemusnahan dan kesengsaraan, tetapi laporan yang menyentuh tentang keberanian dan sikap tidak mementingkan diri turut muncul apabila ramai rakyat biasa tampil membantu sesama mereka.

Seorang guru, Muhammad Apandi Hashim, menghabiskan malam pertama ketika banjir bermula, memudik botnya yang sepanjang 3.5meter, ke sana sini mengelak tiang elektrik dalam kegelapan malam dan arus deras, bagi menyelamatkan penduduk kampung di Tanah Merah yang tidak dapat dibantu pasukan penyelamat rasmi. Pada petang Rabu itu, yang pertama diselamatkan olehnya itu ialah ibu bapa jirannya, sepasang warga emas yang terkandas dalam kampung mereka yang kedudukannya kira-kira sejam perjalanan dari rumahnya. "Saya sudah siap untuk berpindah bersama keluarga, apabila jiran bertanya jika saya boleh mengambil ibu bapanya dengan bot saya. Bila orang minta tolong seperti itu, mana boleh anda tolak?" katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherang Lali, Tanah Merah, semalam.  Tetapi, sangat mencabar untuk bergerak dari satu tempat ke tempat menggunakan kerana semua tanda jalan yang biasa dilihat sudah ditelan banjir, sementara dahan pokok dan wayar elektrik yang tercacak dari permukaan air boleh merosakkan enjin botnya. "Kami hanya bergantung kepada gerak hati sahaja untuk sampai ke sana, dan  syukur pada Tuhan, kami tiba di rumah itu kira-kira sejam kemudian. Banjir sudah naik hingga ke tangga masa itu. "Tetapi seperti yang jiran saya beri amaran awal-awal, bapanya enggan keluar. Katanya, kalau dia keluar, siapa nak jaga rumah, motosikal, kereta? "Saya cakap kepadanya, 'Ayah kena ikut kami. Dah nak gelap, kita tak ada masa'. Kami paksa dia naik bot. "Jika ayah terus tinggal di situ, dia tidak akan boleh selamatkan dirinya, usah haraplah selamatkan motosikalnya. Terakhir yang saya dengar, air dalam rumahnya naik hingga paras dada dan semuanya musnah," katanya. Tetapi selepas Apandi, 46, menurunkan pasangan warga emas itu kira-kira jam 7 malam, tugasannya belum selesai – ada mangsa lain yang ternampak dia dan botnya merayu membantu mencari saudara mereka di kampung lain. Walaupun kurang peralatan untuk misi menyelamat – bot itu hanya menggunakan enjin 5 kuasa kuda dan berkapasiti untuk empat orang – guru itu berkata dia sendiri tidak terkira jumlah keluarga yang diselamatkan malam itu. Dia hanya pulang ke rumah jam 5 pagi, dan lega apabila mengetahui walaupun banjir menyebabkan jalan masuk ke kawasan perumahannya terputus, rumahnya dan beberapa kediaman sekitar kekal kering. Tetapi di rumah dia hanya sempat solat dan makan, dan dalam tempoh sejam, dia keluar lagi untuk menyelamatkan lebih ramai penduduk yang terperangkap dalam rumah. Tugasannya berlangsung selama 3 hari, kata Apandi, hingga pasukan penyelamat akhirnya tiba di kampung mereka. "Ada sekali, saya melawat pusat pemindahan, seorang mangsa datang kepada saya dan minta saya selamatkan orang di kampungnya. Saya terpaksa tolak. Saya terlalu penat dan bot saya sebenarnya tidak sesuai untuk menyelamatkan orang. "Saya minta dia merayu kepada pasukan menyelamat yang sudah siap sedia. Jika saya pergi dengan bot kecil saya, dalam keadaan kepenatan, dan ia terbalik, saya terpaksa bertanggungjawab terhadap 4 nyawa itu," kata Apandi. Tetapi walaupun pihak berkuasa sudah mengambil alih tugasnya, kerjanya masih belum selesai. Daripada menyelamatkan orang terkandas, dia kini gigih memberi makanan kepada ramai orang apabila kawasan perumahannya terus terputus daripada jalan besar akibat banjir. Beberapa hari sekali, dia akan pergi mengetuk pintu rumah jirannya untuk bertanya bekalan apa yang mereka perlukan, sebelum keluar dengan botnya ke kawasan kering, bertukar naik kereta dan memandu kira-kira sejam ke Machang, di mana kedai runcit terdekat masih beroperasi.Bot gentian kaca 12 kaki dengan enjin 5 kuasa kuda yang digunakan Muhammad Apandi Hashim untuk menyelamatkan penduduk kampung di Tanah Merah yang ditenggelami air banjir. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 31 Disember, 2014.Semalam adalah hari pertama dia akhirnya dapat berehat di rumah apabila banjir akhirnya mula surut, katanya, dan hanya sekarang baru terasa sakit-sakit badannya. "Memang aneh, saya tidak rasa sakit ketika di luar sana meredah air dalam bot. Tetapi kini ketika berehat, semuanya sakit," katanya. Tetapi, sementara paras air mula menurun di pantai timur, banyak rumah di luar Kusial Baru, Tanah Merah, masih ditenggelami air banjir. Pemilik rumah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan. Untuk bertahan, ribuan yang terperangkap di situ hanya bergantung kepada barang keperluan yang dihantar NGO, sukarelawan dan pihak berkuasa menggunakan bot. Ketika melawat kawasan itu semalam, The Malaysian Insider mendapati air keruh yang memisahkan kampung itu daripada kawasan lain di negeri ini sibuk dengan bot membawa pelbagai bekalan, sementara jalan berlumpur sesak dengan lori dan kenderaan pacuan empat roda penuh membawa beras dan kotak baju untuk diagihkan. Antara mereka adalah sekumpulan 6 lelaki yang datang dari Kuala Lumpur menaiki 2 trak Hilux untuk bantu memastikan sumbangan bertan-tan yang dikumpulkan dari seluruh negara sampai kepada mereka yang memerlukan. "Ramai yang menderma barang, tetapi hanya sedikit orang di Kelantan yang dapat mengagihkan bantuan itu. Kami tahu tenaga dan peralatan amat diperlukan, sebab itu kami datang," kata Muhaidin Mokhsin, 51, kepada The Malaysian Insider. Dalam persediaan untuk perjalanan mereka, pasukan itu membeli 2 bot dengan kos RM1,000 setiap satu dan memastikan trak mereka dilengkapi peralatan untuk berdepan cabaran sukar. Sepanjang 3 hari lalu, Muhaidin mengetuai kumpulan itu yang juga ahli kelab kembara Oscar Tango Adventure Team, merentasi 7 daerah banjir di Kelantan membawa minyak, makanan, air dan barangan lain. "Bekalan cepat habis, jadi kami terpaksa membelinya di kedai yang kami jumpa sepanjang perjalanan. Setakat ini, kami sudah belanja kira-kira RM10,000," kata Johari Ali, 63, yang mempunyai ahli keluarga yang terkandas di Kusial Baru. "Tempat tinggal adalah masalah besar. Kami terpaksa tidur di rumah rakan atau saudara di Kelantan, dan bila tidak ada pilihan, kami tidur dalam kereta. Ia tidaklah seteruk mana," katanya tersenyum. Sementara itu, seorang lagi guru, Mohd Khairul Azhar Md Now, 42, memandu ke sekeliling kampungnya di Tanah Merah sendirian sepanjang tiga hari lalu untuk mengagihkan baju dan makanan yang disumbangkan orang ramai kepada mangsa banjir. Khairul berkata dia menulis di akaun Facebooknya minggu lalu, menjangkakan rumahnya akan dinaiki air, dan rakan-rakannya dengan cepat mengumpul wang untuknya dan derma yang diterima amat menggalakkan. Tetapi selepas bermalam sehari di pusat pemindahan, dia pulang ke rumahnya dan mendapati ia tidak dimasuki air banjir. "Jadi saya gunakan semua 100% wang yang didermakan kepada saya untuk membeli bekalan dan diberikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan, dan memandu sekeliling kampung mengagihkannya," katanya. Dia masuk ke banyak kampung yang dinaiki air di Tanah Merah, mengikut kemampuannya, tanpa mengira masa, sementara terus mengemas kini maklumat di Facebook memaklumkan rakan-rakannya ke mana duit yang mereka sumbangkan digunakan dan berapa banyak lagi diperlukan. "Banjir itu boleh berlaku kepada saya, tetapi saya tidak mengalaminya. Jadi kini giliran saya pula untuk membantu," katanya. – 31 Disember, 2014. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/di-sebalik-bencana-banjir-di-kelantan-ramai-insan-berhati-emas-ditemui#sthash.ecFMaHJN.dpuf #yiv0901588324 #yiv0901588324 -- #yiv0901588324ygrp-mkp {border:1px solid #d8d8d8;font-family:Arial;margin:10px 0;padding:0 10px;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-mkp hr {border:1px solid #d8d8d8;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-mkp #yiv0901588324hd {color:#628c2a;font-size:85%;font-weight:700;line-height:122%;margin:10px 0;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-mkp #yiv0901588324ads {margin-bottom:10px;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-mkp .yiv0901588324ad {padding:0 0;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-mkp .yiv0901588324ad p {margin:0;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-mkp .yiv0901588324ad a {color:#0000ff;text-decoration:none;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-sponsor #yiv0901588324ygrp-lc {font-family:Arial;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-sponsor #yiv0901588324ygrp-lc #yiv0901588324hd {margin:10px 0px;font-weight:700;font-size:78%;line-height:122%;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-sponsor #yiv0901588324ygrp-lc .yiv0901588324ad {margin-bottom:10px;padding:0 0;}#yiv0901588324 #yiv0901588324actions {font-family:Verdana;font-size:11px;padding:10px 0;}#yiv0901588324 #yiv0901588324activity {background-color:#e0ecee;float:left;font-family:Verdana;font-size:10px;padding:10px;}#yiv0901588324 #yiv0901588324activity span {font-weight:700;}#yiv0901588324 #yiv0901588324activity span:first-child {text-transform:uppercase;}#yiv0901588324 #yiv0901588324activity span a {color:#5085b6;text-decoration:none;}#yiv0901588324 #yiv0901588324activity span span {color:#ff7900;}#yiv0901588324 #yiv0901588324activity span .yiv0901588324underline {text-decoration:underline;}#yiv0901588324 .yiv0901588324attach {clear:both;display:table;font-family:Arial;font-size:12px;padding:10px 0;width:400px;}#yiv0901588324 .yiv0901588324attach div a {text-decoration:none;}#yiv0901588324 .yiv0901588324attach img {border:none;padding-right:5px;}#yiv0901588324 .yiv0901588324attach label {display:block;margin-bottom:5px;}#yiv0901588324 .yiv0901588324attach label a {text-decoration:none;}#yiv0901588324 blockquote {margin:0 0 0 4px;}#yiv0901588324 .yiv0901588324bold {font-family:Arial;font-size:13px;font-weight:700;}#yiv0901588324 .yiv0901588324bold a {text-decoration:none;}#yiv0901588324 dd.yiv0901588324last p a {font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv0901588324 dd.yiv0901588324last p span {margin-right:10px;font-family:Verdana;font-weight:700;}#yiv0901588324 dd.yiv0901588324last p span.yiv0901588324yshortcuts {margin-right:0;}#yiv0901588324 div.yiv0901588324attach-table div div a {text-decoration:none;}#yiv0901588324 div.yiv0901588324attach-table {width:400px;}#yiv0901588324 div.yiv0901588324file-title a, #yiv0901588324 div.yiv0901588324file-title a:active, #yiv0901588324 div.yiv0901588324file-title a:hover, #yiv0901588324 div.yiv0901588324file-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv0901588324 div.yiv0901588324photo-title a, #yiv0901588324 div.yiv0901588324photo-title a:active, #yiv0901588324 div.yiv0901588324photo-title a:hover, #yiv0901588324 div.yiv0901588324photo-title a:visited {text-decoration:none;}#yiv0901588324 div#yiv0901588324ygrp-mlmsg #yiv0901588324ygrp-msg p a span.yiv0901588324yshortcuts {font-family:Verdana;font-size:10px;font-weight:normal;}#yiv0901588324 .yiv0901588324green {color:#628c2a;}#yiv0901588324 .yiv0901588324MsoNormal {margin:0 0 0 0;}#yiv0901588324 o {font-size:0;}#yiv0901588324 #yiv0901588324photos div {float:left;width:72px;}#yiv0901588324 #yiv0901588324photos div div {border:1px solid #666666;height:62px;overflow:hidden;width:62px;}#yiv0901588324 #yiv0901588324photos div label {color:#666666;font-size:10px;overflow:hidden;text-align:center;white-space:nowrap;width:64px;}#yiv0901588324 #yiv0901588324reco-category {font-size:77%;}#yiv0901588324 #yiv0901588324reco-desc {font-size:77%;}#yiv0901588324 .yiv0901588324replbq {margin:4px;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-actbar div a:first-child {margin-right:2px;padding-right:5px;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-mlmsg {font-size:13px;font-family:Arial, helvetica, clean, sans-serif;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-mlmsg table {font-size:inherit;font:100%;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-mlmsg select, #yiv0901588324 input, #yiv0901588324 textarea {font:99% Arial, Helvetica, clean, sans-serif;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-mlmsg pre, #yiv0901588324 code {font:115% monospace;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-mlmsg * {line-height:1.22em;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-mlmsg #yiv0901588324logo {padding-bottom:10px;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-msg p a {font-family:Verdana;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-msg p#yiv0901588324attach-count span {color:#1E66AE;font-weight:700;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-reco #yiv0901588324reco-head {color:#ff7900;font-weight:700;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-reco {margin-bottom:20px;padding:0px;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-sponsor #yiv0901588324ov li a {font-size:130%;text-decoration:none;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-sponsor #yiv0901588324ov li {font-size:77%;list-style-type:square;padding:6px 0;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-sponsor #yiv0901588324ov ul {margin:0;padding:0 0 0 8px;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-text {font-family:Georgia;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-text p {margin:0 0 1em 0;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-text tt {font-size:120%;}#yiv0901588324 #yiv0901588324ygrp-vital ul li:last-child {border-right:none !important;}#yiv0901588324

Sun Jan 4, 2015 12:08 pm (PST) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Jan 4, 2015 12:08 pm (PST) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Jan 4, 2015 10:56 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

ENJIN PESAWAT AIRASIA MATI KETIKA INGIN BERLEPAS
telokbakong.blogspot.
biaqpila.blogspot.
Oleh: biaqpila hensem

JAKARTA - INDONESIA.Dunia penerbangan kembali menarik perhatian apabila enjin pesawat AirAsia bagi penerbangan Surabaya-Bandung tiba-tiba mati ketika hendak berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Juanda, semalam.

Memetik laporan Metrotvnews.com, kejadian tersebut mencetuskan panik kepada 120 penumpangnya ekoran pesawat tersebut telah pun bergerak kira-kira tiga meter untuk berlepas menuju ke Bandung.

"Semua penumpang sudah memakai tali pinggang keselamatan, pesawat sudah bersedia dan berjalan tiba-tiba bunyi yang sangat kuat dan enjin terus mati.

"Kemudian pesawat itu berundur sendiri. Kami sangat terkejut dan panik. Ngeri juga. akhirnya, pesawat itu ditarik ke posisi awal kami naik dan kru meminta kami turun ketika itu juga," cerita salah seorang penumpang, Yusuf Fitriadi, semalam.

Enjin pesawat yang dijadualkan berlepas dari landasan jam 9 malam itu mati berpunca daripada masalah monitor 'starter' pesawat berkenaan.

Walaupun ia dapat dibaiki, namun majoriti penumpang pesawat berkenaan memilih untuk tidak meneruskan penerbangan.

AirAsia mengembalikan wang penumpang yang tidak meneruskan perjalanan tersebut.

Sinarharian
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2015/01/enjin-pesawat-airasia-mati-ketika-ingin.html#ixzz3Nu1dzfc1

Enjin tiba-tiba mati, pesawat AirAsia ke Bandung cetuskan panik
telokbakong.blogspot
btmmari.blogspot
Posted by canang
Written By canang

KUALA LUMPUR: AirAsia Indonesia sekali lagi dilanda masalah apabila enjin salah sebuah pesawatnya bagi laluan Surabaya-Bandung tiba-tiba mati di landasan ketika hendak berlepas.

Menurut laporan Metrotvnews.com, pesawat yang membawa 120 penumpang itu mengalami masalah tersebut sewaktu hendak berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.

Kejadian itu mencetuskan suasana panik kepada penumpang yang telah bersiap sedia berada di tempat duduk masing-masing.

Menurut seorang penumpang, Yusuf Fitriadi, terdapat bunyi yang kuat pada enjin pesawat sebelum ia tiba-tiba mati, dan pesawat mula berundur sendiri.

"Kami terkejut dan panik. Saya pun turut ketakutan. Pesawat tersebut akhirnya berundur ke posisi asal semasa kami menaikinya dan kru kabin meminta kami turun pada saat itu juga," katanya kepada Metrotvnews.com.

Pesawat itu dijadualkan bertolak jam 9.00 malam, namun mengalami masalah enjin yang dikatakan berpunca daripada monitor starter.

Juruteknik pesawat bagaimanapun berjaya memperbaiki kerosakan tersebut.

Meskipun telah dibaiki, hampir kesemua penumpang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan kerana bimbang akan mengalami masalah sama di udara.

Susulan itu, AirAsia telah mengembalikan wang kepada penumpang yang tidak meneruskan perjalanan dengan pesawat tersebut.sumber

Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, pesawat Airbus A320-200 milik AirAsia Indonesia dilaporkan hilang sebelum disahkan terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan selain usaha menjejaki bangkai pesawat serta alat perakam data penerbangan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

Sun Jan 4, 2015 11:01 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kereta Mercedes SLS AMG Selepas 5 Hari Terendam Dalam Lautan Atlantik

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Bayangkan apa yang akan terjadi apabila sebuah kapal kontena yang membawa sebuah kereta model Mercedes-Benz SLS telah jatuh ke dalam laut dan terendam selama 5 hari.

Dikhabarkan, seorang individu warga tempatan yang membuat tempahan kereta tersebut menyatakan, beliau telah membuat tuntutan insurans diatas kemalangan yang berlaku dan pihak insuran melalui syarikat perkapalan bersetuju membayar ganti rugi bernilai hampir 700,000USD atas kerosakan kenderaan tersebut.

Memetik sumber, kenderaan tersebut telah terjatuh ke dalam laut Atlantik berdekatan Pelabuhan Ensenada, Buenos Aires dalam perjalanan dari German ke Argentina.

Sun Jan 4, 2015 11:07 pm (PST) . Posted by:

cirit3

Pehhh....harga kereta tu pun 2 juta lebih....tapi kalau guna ap 1
juta lebih aje....
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
From: '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]Sent:
Monday, 5 January 2015 15:01To: zzxmelayucyberReply To:
automobil@yahoogroups.comSubject: www.groupautomobil.blogspot.com
- Fw: Mercedes SLS AMG Selepas 5 Hari Terendam


Kereta Mercedes SLS AMG Selepas 5 Hari Terendam Dalam
Lautan Atlantik

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
<http://penorehgetah.blogspot.com/>
tranungkite.net

<http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&new_topic=3\
> Bayangkan apa yang akan terjadi apabila sebuah kapal kontena
yang membawa sebuah kereta model Mercedes-Benz SLS telah jatuh ke
dalam laut dan terendam selama 5 hari.

Dikhabarkan, seorang individu warga tempatan yang membuat
tempahan kereta tersebut menyatakan, beliau telah membuat
tuntutan insurans diatas kemalangan yang berlaku dan pihak
insuran melalui syarikat perkapalan bersetuju membayar ganti
rugi bernilai hampir 700,000USD atas kerosakan kenderaan
tersebut.


Memetik sumber, kenderaan tersebut telah terjatuh ke dalam laut
Atlantik berdekatan Pelabuhan Ensenada, Buenos Aires dalam
perjalanan dari German ke Argentina.


<http://www.harianblogger.com/wp-content/uploads/2014/12/2567.jpg\
>


<http://www.harianblogger.com/wp-content/uploads/2014/12/2569.jpg\
>


<http://www.harianblogger.com/wp-content/uploads/2014/12/2570.jpg\
>



Attachment(s) from
3 of 3 Photo(s)

Mon Jan 5, 2015 12:17 am (PST) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

kasar modal ni kalau nak hidupkan semula.. air masin tu..

2015-01-05 14:58 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
> *Kereta Mercedes SLS AMG Selepas 5 Hari Terendam Dalam Lautan Atlantik*
>
> Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
> <http://penorehgetah.blogspot.com/>
> tranungkite.net
> <http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&new_topic=3> *Bayangkan
> apa yang akan terjadi apabila sebuah kapal kontena yang membawa sebuah
> kereta model Mercedes-Benz SLS telah jatuh ke dalam laut dan terendam
> selama 5 hari.*
>
> Dikhabarkan, seorang individu warga tempatan yang membuat tempahan kereta
> tersebut menyatakan, beliau telah membuat tuntutan insurans diatas
> kemalangan yang berlaku dan pihak insuran melalui syarikat perkapalan
> bersetuju membayar ganti rugi bernilai hampir 700,000USD atas kerosakan
> kenderaan tersebut.
>
> Memetik sumber, kenderaan tersebut telah terjatuh ke dalam laut Atlantik
> berdekatan Pelabuhan Ensenada, Buenos Aires dalam perjalanan dari German ke
> Argentina.
>
> <http://www.harianblogger.com/wp-content/uploads/2014/12/2567.jpg>
>
> <http://www.harianblogger.com/wp-content/uploads/2014/12/2569.jpg>
>
> <http://www.harianblogger.com/wp-content/uploads/2014/12/2570.jpg>
>
>
>

Mon Jan 5, 2015 12:32 am (PST) . Posted by:

"Sukri Farah"

..pakai enjin....kedai potong ok dah ni.......50k...
..toyota ade...mitsubishi

2015-01-05 16:17 GMT+08:00 Zaiedishaq zaiedishaq@gmail.com [automobil] <
automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> kasar modal ni kalau nak hidupkan semula.. air masin tu..
>
> 2015-01-05 14:58 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
> [automobil] <automobil@yahoogroups.com>:
>
>>
>>
>> 
>> *Kereta Mercedes SLS AMG Selepas 5 Hari Terendam Dalam Lautan Atlantik*
>>
>> Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
>> <http://penorehgetah.blogspot.com/>
>> tranungkite.net
>> <http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&new_topic=3> *Bayangkan
>> apa yang akan terjadi apabila sebuah kapal kontena yang membawa sebuah
>> kereta model Mercedes-Benz SLS telah jatuh ke dalam laut dan terendam
>> selama 5 hari.*
>>
>> Dikhabarkan, seorang individu warga tempatan yang membuat tempahan kereta
>> tersebut menyatakan, beliau telah membuat tuntutan insurans diatas
>> kemalangan yang berlaku dan pihak insuran melalui syarikat perkapalan
>> bersetuju membayar ganti rugi bernilai hampir 700,000USD atas kerosakan
>> kenderaan tersebut.
>>
>> Memetik sumber, kenderaan tersebut telah terjatuh ke dalam laut Atlantik
>> berdekatan Pelabuhan Ensenada, Buenos Aires dalam perjalanan dari German ke
>> Argentina.
>>
>> <http://www.harianblogger.com/wp-content/uploads/2014/12/2567.jpg>
>>
>> <http://www.harianblogger.com/wp-content/uploads/2014/12/2569.jpg>
>>
>> <http://www.harianblogger.com/wp-content/uploads/2014/12/2570.jpg>
>>
>>
>
>

Mon Jan 5, 2015 2:14 am (PST) . Posted by:

"Norain"

2015-01-04 14:13 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

> 
>
>
> *Betulke Sharifah Sofia kata MH370 disembunyikan di bawah tanah di
> Ukraine tu?.. baca ni.. *
> telokbakong.blogspot
> darisungaiderhaka.blogspot
> Posted by Anak Sungai Derhaka
>
>
> <http://1.bp.blogspot.com/-ccFXCPgeiR8/VKdXcI2h2bI/AAAAAAABGCQ/WTd4vmWCcvI/s1600/Russia-Military-Alliance-Map.jpg>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
> Sehari dua kebelakangan ini tersebar di laman Facebook dan berbagai
> media sosial yang lain kononnya Pesawat MAS yang hilang iaitu MH370
> kononnya ianya kini disembunyikan di bawah tanah di Ukraine *setelah*
> dirampas oleh dua individu dari Ukraine..
>
> Menariknya teori konspirasi oleh Sharifah Sofia itu walaupun *pada*
> asasnya tidak lojik langsung dipercayai oleh kebanyakkan penyokong Pakatan
> Rakyat, mereka menyalinnya dan *menyebarkannya* pula..
>
> Aku malas nak ulas panjang-panjang pasal *teori* konspirasi itu.. bacalah
> apa yang dipertikaikan tentang teori Sharifah Sofia itu oleh pihak yang
> punya pengalaman dalam *bidang* ketenteraan ini..
>
>
> MENYANGGAH TEORI KONSPIRASI MH370
> <http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/2015/01/menyanggah-teori-konspirasi-mh370.html>
> *ADAKAH MH370 **BENAR**-BENAR KE UKRAINE*
>
> malaysiamilitarypower.blogspot
> oleh ikansadinmknorg
> Posted Yesterday by ikansadinmknorang
> <http://www.blogger.com/profile/03119257244405095481>
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-2GrD3MQMl_Y/VKcfRsKImtI/AAAAAAAABic/J-RxqPcpJCY/s1600/Russia-Military-Alliance-Map.jpg>
> hening pagi 3 Januari 2014 kami mulakan dengan nama Allah, dan memohon
> agar dipermudahkan urusan kami menegakkan yang haq serta membongkar
> kepalsuan. *Dipanjatkan* juga doa agar mangsa-mangsa insiden MH17 dan
> QZ8501 dicucuri rahmat dan keluarga mereka yang terlibat tabah menghadapi
> dugaan besar.
>
> meneruskan sanggahan kami....
>
> Sevastopol kini berada didalam kawalan pihak pro Russia sejak 18 Mac 2014
> dan lokasi MH370 seperti yang dicanangkan berada didalam kubu bawah tanah
> (kononnya lah) di pangkalan udara Sevastopol maka sepatutnya sudah pun di
> beritakan oleh agensi-agensi Russia dan juga agensi berita antarabangsa tak
> kiralah pro mana *sekali* pun kepada masyarakat dunia amnya dan kalangan
> keluarga mangsa khasnya.....TETAPI....sehingga hari ini....tiada kelibat
> pesawat tersebut dibawa keluar oleh warga Sevastopol dan pasukan tentera
> Russia....yang sepatutnya mengakhiri misteri kehilangan pesawat
> tersebut.....
>
> nah kenapa sehingga hari ini, 3 *Januari* 2015 pesawat 370 masih tidak
> kelihatan seperti yang diperkatakan sopeah.....malah sebaik Sevastopol dan
> wilayah Crimea menjadi sebahagian dari Persekutuan Russia sejak 18 Mac 2014
> ia sudah patut ada.....tapi tiada tanda-tanda jelas yang pesawat tersebut
> memang ada disana seperti diperkatakan sopeah....
>
> dalam sopia mencanang kepada masyarakat umum yang dia ada segala maklumat
> risikan, data dan informasi trampil, ramai *tidak* perasan akan beberapa
> perkara dalam hujahannya yang bercanggah.
>
> Jika anda pembaca konspirasi-konspirasi teori dari kalangan cerdik pandai
> aviasi dari barat sperti Keith Ledgerwood, dan Goodfellow atau dari Kapten
> Azhari,maka anda akan nampak saduran teori kedua-dua orang ini dengan tokok
> tambah cerita risikan dan espionaj oleh sofia. Sebenarnya sopiah ni
> tidaklah ada apa-apa maklumat pun, *melainkan* dari rujukan media luar
> negara dan juga hasil pembacaan dari teori-teori konspirasi luar negara
> berkaitan 370 dan kemudian ditokok tambah dengan adegan kononnya dia
> bertemu penyiasat, menerima data dan maklumat serta lain-lain lagi. Dia
> hanya melakukan plagiat terhormat dengan menambah ciri-ciri Islamik,
> persepsi dan retorik
>
> Nothing more and nothing less.
>
> Salah satu aspek adalah penekanan oleh sopiah ni dimana pesawat terbang ke
> Ukraine melalui negara Asia Selatan dan Asia Tengah. Jika anda pengikut
> atau pemerhati page mereka anda akan tangkap beberapa statement seperti
> "pesawat mendarat isi minyak di Georgia" dan "mendarat di pangkalan udara
> US lama di Krygyzstan" selain "melalui negara seperti Bangladesh,Nepal
> untuk mengelak dari radar moden" sebagai menyebut beberapa kenyataannya.
>
> Mengejutkan kerana, sebelum ini sopia dengan yakinnya mengatakan pesawat
> menghala ke selatan kepulauan Maldives dan mendarat di Diego Garcia,
> malah *turut* menyelitkan kononnya media India tidak dibenarkan melapor
> berita tentang penduduk tempatan yang menjadi saksi pesawat 370 terbang
> berhampiran Maldives. Setelah beberapa lama, faktanya bertukar dari Diego
> Garcia ke Sevastopol.
>
> Pesawat 370 yang dipetik sopia tidak terbang dari Diego Garcia ke
> sevastopol tetapi sejak ia hilang diluar pantai kota bahru, ia *terus*
> menuju ukraine, melalui beberapa negara dan singgah mengisi minyak sambil
> menurunkan mayat mangsa, katanya.
>
> Ini bukan rekaan kami tetapi ditulis sendiri olehnya, dan jelas berlaku
> percanggahan kenyataan yang *menunjukkan* teorinya hanya berlandaskan
> maklumat media semasa beberapa bulan lepas dengan sekarang dan mengikut
> kesinambungan *tulisan*-tulisan konspirator luar negara.
>
> Kami lampirkan sahaja apa yang ditulisnya sebelum ini dan anda teladani
> sendiri untuk membuat kesimpulan
>
> <http://4.bp.blogspot.com/-dEONmVmc6kY/VKaJ93hPeCI/AAAAAAAABhY/u12wt_AWHF8/s1600/fox1.JPG>
> <http://4.bp.blogspot.com/-iIB_7g0bzKg/VKaJ-MMLmCI/AAAAAAAABhc/e-cIMErmRKY/s1600/fox2.JPG>
> Kenyataan terkini sopia mengatakan pesawat terbang ke Ukraine, melalui
> Bangladesh, Nepal, Krygyztan dan Kazakhstan sebelum tiba di Georgia dan
> mendarat di Sevastopol.
>
> <http://2.bp.blogspot.com/-TSuCpfdDn_o/VKaLdXru1pI/AAAAAAAABhs/Ny90MIFg6Eg/s1600/fox3.JPG>
>
> anda bandingkan sendiri
>
> Jadi apakah benar pesawat terbang ke Ukraine. Didalam statement seterusnya
> sopiah mengatakan pesawat mendarat di pangkalan udara yang ditinggalkan
> amerika di Kyrgyzstan. Sebenarnya ada satu sahaja pangkalan udara dan ia
> dijadikan pusat transit tentera Amerika dan sekutunya ketika pencerobohan
> Afghanistan dan Iraq. Pangkalan udara tersebut bernama Manas dan terletak
> didalam kawasan lapangan terbang antarabangsa Bishkek, tidak jauh dari ibu
> negara Kyrgyzstan.
>
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-PzOEHRjWB0g/VKb-nG8y6GI/AAAAAAAABiM/9vg9TkZUKA4/s1600/kyrgyzstan-map.png>
> *Kant berada 20km dari Bishkek dan merupakan pangkalan udara yang
> menempatkan pesawat-pesawat angkatan udara Russia, manakala Manas yang
> berada 25km dari Bishkek merupakan pangkalan logistik AS*
>
> Disini kami menyanggah mengenai Kyrgyzstan yang merupakan negara yang
> berada dalam liputan radar pertahanan udara Russia dengan kerjasama
> Kazakhstan hasil penyatuan militer melalui CSTO (Collective Security
> Treaty Organization).Pangkalan udara yang disebutkan sopiah adalah
> pangkalan udara Manas merupakan pusat transit logistik tentera Amerika bagi
> operasi di Iraq dan Afghanistan. Lapangan terbang antarabangsa Manas
> terletak didalam lingkungan kawasan metropolis Bishkek, dengan kepadatan
> penduduk yang tinggi serta terletak hampir dengan sempadan Kazakhstan.
>
> Memandangkan Manas merupakan pusat transit logistik tentera Amerika dan
> sekutunya, maka mejadi satu kebiasaan negara jiran akan menghalakan segala
> aset ISR, seperti satelit pengintipan, radar pertahanan udara dan pesawat
> amaran awal untuk memantau aktiviti di Manas. Russia dan China memantau
> aktiviti di Manas sepenajang masa sejak ia beroperasi sebagai pangkalan
> logistik tentera penceroboh dalam penaklukan Afghanistan dan kemudian Iraq.
> Jika mengikut time line sopia...dia mengatakan pangkalan udara tersebut
> sudah ditinggalkan dan tidak digunakan lagi pada tarikh kejadian insiden
> MH370 iaitu pada bulan Mac. Walaubagaimanapun, pangkalan udara tersebut
> masih lagi beroperasi sehingga June 2014, dan penerbangan awam masih lagi
> berjalans seperti sediakala lantas mewujudkan satu.
>
> Sebagai tambahan, Krygyzstan bukan sahaja menjadi tuan rumah kepada
> pasukan logistik bersenjata Amerika berpangkalan di Manas yang terletak
> 25km dari Bishkek, malah turut menyediakan pangkalan udara bagi Persekutuan
> Russia sejak tahun 2003 dimana angkatan udara Russia ditempatkan di Kant,
> 20km dari bandaraya Bishkek.
>
> Jadi persoalannya, KALAU BENAR 370 MENDARAT DI MANAS,KYRGYZSTAN MAKA SUDAH
> TENTULAH PIHAK RUSSIA SUDAH MENGETAHUINYA. NAMUN MENGAPA LANGKAH-LANGKAH
> CEGAH RINTANG SEPERTI MENAHAN PESAWAT DARI TERBANG DAN MENGHANTAR PASUKAN
> KHAS UNTUK MENUNDUKKAN PERAMPAS PESAWAT TIDAK BERLAKU. data pesawat
> tersebut dan dengan mudah boleh digunakan untuk tujuan menyiarkannya kepada
> masyarakat antarabangsa tetapi ini tidak berlaku.
>
> Mengejutkan sekali yang ini langsung tidak berlaku seolah-olah 370 tidak
> pernah berada disana...atau memang ia tidak pernah pun berada ditempat yang
> diperkatakan sopiah
>
> ...tiada pengumuman dan tiada siaraya di media-media Russia mahupun media
> antarabangsa lain akan terlihatnya 370 berada di negara-negara tersebut,
> malah tiada aturgerak pasukan khas untuk merampas kembali pesawat yang
> dikatakan oleh banyak konspirator bahawa ia dirampas.
>
> Jika melihat kembali kenyataan sopiah, di ada menyebut 370 melalui Talas,
> Kyrgyzstan (sopia mengatakan Talas di Kazakhstan) dan pesawat tersebut
> dikesan oleh radar tentera di sana. Aneh sekali kerana tidak jauh dari
> Talas terdapat pangkalan tentera udara didalam wilayah Kazakhstan, yakni
> Shymkent. Tiada laporan rasmi media Russia mahupun China bahkan media Iran
> sekalipun ,bahawa 370 dikesan melalui ruang udara Kazakhstan sehingga hari
> ini, malah pesawat tentera udara Russia yang kerap membuat rondaan di
> Tajikistan dan Kyrgyzstan dari pangkalan-pangkalan luar negara mereka
> selama ini juga tidak menerima apa-apa laporan atau memintas 370, Malahan
> Kazakhstan dan Kyrgyzstan, dua negara sekutu Russia paling kuat di Asia
> Tengah, bersama-sama pasukan tentera Russia yang ditempatkan di kedua-dua
> negara tersebut tidak mengambil apa-apa tindakan setelah tahu 370 melalui
> ruang udara mereka adalah sesuatu yang memberikan satu indikasi, iaitu 370
> tidak pernah berada disana.
>
> Untuk rekod, Kazakhstan dan Kyrgyzstan got nothing to loose kerana
> kedua-duanya merupakan sekutu kuat Russia dan rakan ekonomi paling rapat
> China...jadi kenapa tiada laporan media rasmi berkenaan pesawat 370 yang
> dikesan pergerakannya melalui radar pertahanan udara seperti yang dicanang
> sopiah, dan tiada langsung aktiviti militer berkaitan pemintasan dibuat
> oleh negara-negara tersebut...
>
> Apakah yang cuba sopiah canangkan ternyata mempunyai banyak percanggahan
> dan ini baru permulaan dari kami.
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-n-G7SejqLN0/VKcfjconMBI/AAAAAAAABik/bABnMRhe9mw/s1600/jokowi.jpg>
> Untuk memasuki Kyrgyzstan, 370 perlu melalui wilayah China.Mengapakah
> China tak melaporkan apa-apa aktiviti luarbiasa....dan bercakap tentang
> kredibiliti negara yang saya sebutkan yakni Russia dan China kedua-duanya
> tidak mudah dipercaturkan AS...
>
> agak aneh apabila negara-negara asia tengah lain seperti Kazakhstan,
> Kyrgyzstan dan Tajikistan yang mempunyai hubungan militer dan ekonomi yang
> baik dengan Russia dan China juga tidak melaporkan memintas 370 dengan aset
> udara mereka, tiada laporan media rasmi dari kementerian pertahanan
> negara-negara terbabit berkenaan 370 dikesan memasuki negara mereka dan
> tiada langsung inisiatif untuk menghentikan perjalanan pesawat yang menuju
> ke Ukraine jika sekiranya kedapatan pergerakan 370. sangat aneh juga
> apabila sopiah mengatakan dia mempunyai data dari radar Kazakhstan,
> Turkmenistan dan Kyrgyzstan namun langsung tidak ada laporan mengenai
> tindakan susulan dari segi militer melainkan data dihantar ke agensi
> perisikan Russia. Itu saja?
>
> Menyebut tentang China, laluan 370 yang dikatakan sopiah juga melibatkan
> kawasan wilayah Xinjiang, yang juga HEAVILY MILITARIZED dengan jujukan
> radar pertahanan udara dan sistem peluru berpandu anti pesawat yang
> dihalakan ke India sebagai cegah rintang konflik sempadan kedua-dua negara
> tersebut. Menghairankan kerana China sehingga hari ini tidak melaporkan
> sebarang pergerakan 370 melalui wilayahnya, malah tiada pintasan oleh
> tentera udara dibuat.
>
> Jadi agak mustahil agensi pertahanan Russia mahupun China dan juga
> negara-negara Asia tengah lain tidak mendeteksi 370 yang dalam perjalanan
> ke Ukraine dan kemudian mendarat di Krygyztan untuk mengisi minyak kemudian
> terbang dan mendarat sekali lagi di Georgia, samada secara ELINT dan SIGINT
> baik menggunakan aset ISR udara mahupun satelit pengintipan. Takkan la
> tiada seorang pun warga Bishkek atau pekerja lapangan terbang antarabangsa
> Manas tak perasan 370 mendarat tanpa kebenaran....? Malah agak mustahil
> pesawat 370 terbang melalui wilayah dibawah kekuasaan China yang sudah
> tentu HEAVILY MILITARIZED terutamanya di sempadan China dan India serta
> Tibet.
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-n1ftm3Wm_-g/VKaSNnZk69I/AAAAAAAABh8/_cdnp6jEaJw/s1600/14v66n4.jpg>
> *grafik menunjukkan sektor-sektor liputan radar pertahanan udara
> Russia,jika melihat disebelah kiri foto, rangkuman liputannya turut
> melibatkan ruang udara sempadan Ukraine dan wilayah Kaukasus serta
> sebahagian kawasan Laut Hitam,yang merupakan laluan yang dikatakan sopia,
> pesawat 370 ambil untuk ke Sevastopol...maka persoalannya, bukankah
> sepatutnya 370 juga dikesan radar amaran awal udara dan radar pertahanan
> udara Russia pada ketika sopia mengatakan pesawat tersebut menuju ke
> Sevastopol...untuk rekod, ketumbukan angkatan bersenjata tentera Russia di
> Kaukasus, Laut Hitam dan sempadan Ukraine sangat aktif berikutan konflik
> Chechnya dan Ossetia Selatan,Georgia serta ketegangan hubungan antara
> Russia dan Ukraine sendiri...maka pesawat tidak dikenali dengan mudah
> dipintas dan dikenalpasti...*
>
> kalau betullah radar-radar pertahanan udara Russia di Kyrgystan,
> Turkmenistan, Kazakhstan dan disepanjang sempadan Russia dengan wilayaH
> Kaukasus, mengesan MH370 seperti apa yang dicanangkan Sofea Jane
> then....kenapa negara-negara terbabit tak hantar pesawat pejuang untuk buat
> identifikasi dan pemintasan...dan mengarahkan 370 untuk mendarat di
> pangkalan-pangkalan udara mereka..
>
> Ini juga berlaku pada India yang dalam kenyataan sopia mulanya mengatakan
> pesawat melalui kepulauan Maldives menuju Diego Garcia tetapi berubah
> destinasi.
>
> maka jelas sebenarnya negara-negara tersebut LANGSUNG tidak mengesan
> pergerakan pesawat 370 pun melalui wilayah-wilayah mereka, dan bukti radar
> konon2 sopia yang jelas satu rekaan serta palsu dan bercanggah dikuatkan
> lagi dengan tiada laporan pemintasan mahupun identifikasi dari angkatan
> udara negara-negara seperti India, Bangladesh, Russia sendiri dan
> Kazakhstan dan tidak terkecuali China....
>
> jika benar India juga mengesan MH370 memasuki ruang udara mereka, kenapa
> tiada laporan yang mengatakan pemintasan dibuat seperti sebelum ini yang
> kononya menurut sopia media India dihalang membuat laporan pesawat menuju
> ke selatan Lautan Hindi dimana jelas wujud percanggahan dari segi kenyataan
> dan fakta serta bukti dari sopiah sendiri
>
> ....soalan sama saya tujukan berkenaan Pakistan dan tak lupa Afghanistan
> yang mana kedapatan sejumlah radar pertahanan udara yang melindungi
> pangkalan-pangkalan tentera penceroboh Amerika dan sekutunya yang bertindih
> antara satu sama lain....dimana benua Asia Selatan dan Asia Tengah
> merupakan HEAVILY MILITARIZED AIRSPACE yang bukan sahaja mempunyai jujukan
> radar pertahanan udara, malahan taburan pangkalan udara yang menempatkan
> Quick Reaction Alert aircraft dan juga sistem peluru berpandu anti pesawat
> pelbagai jangkauan jarak...
>
> dan takkan tak ada satu pun pesawat pejuang China, Russia dan Amerika yang
> membuat pemintasan bila dikatakan radar-radar mereka mengesan MH370
> merentasi sempadan dan ruang udara negara-negara terababit....memandangkan
> masing-masing dah tahu kemana pesawat tu pergi berdasarkan maklumat risikan
> yang trampil....bak kata sopia.....
>
> ok kalau ikut data dan kenyataan sopia, pesawat merentasi Bangladesh,
> Nepal, dan Kyrgystan dan dikatakan negara-negara yang tidak maju dan tiada
> radar pertahanan udara moden...
>
> well dia tidak tahu yang jangkauan jarak pengawasan udara India serta
> China turut meliputi Bangladesh dan Nepal...so takkan China x pernah deploy
> pesawat pemintas or tak keluarkan data radar ke mengesahkan MH370 melalui
> ruang udara Nepal dan Tibet.....so far data yang dikatakan sahih pun tak
> sahih, malah palsu lagi....dengan foto-foto kononnya data dan bukti dari
> Turkmenistan dan Kazakhstan tapi sebenarnya hanya kepilan foto laporan
> media dari internet yang kemudan ditokok tambah oleh sopiah sendiri.....
>
> akhir sekali..tiada langsung sighting dari kalangan pekerja awam lapangan
> terbang di Bishkek dan Sevastopol yang mengendalikan penerbangan awam dan
> untuk rekod kedua-dua bandaraya di Krygyzstan dan Ukraine ini bukan pekan
> kecil ala-ala Ulu Tembeling tetapi sebuah bandar metropolitan lengkap
> dengan lapangan terbang antarabangsa yang merupakan sebahagian dari
> pangkalan tentera udara...jadi takkan bila MH370 mendarat disana satu orang
> pun tak nampak dan tak snap gambar pesawat tersebut...takkan la sorang pun
> anggota perisikan Russia tak tergerak hati nak snap gambar ye dak...depa
> hebat kot....dunia sekarang dunia yang mudah viral tetapi sehingga hari ini
> tidak ada foto jelas 370 kelihatan mendarat atau berada di tempat-tempat
> yang saya sebutkan diatas.
>
> nampak flaw teori ukraine yang sangat jelas sebenarnya tiada asas....sama
> seperti teori2 lain yang kedapatan meluas di media sosial...dimana adanya
> missing link yang menidakkan teori-teori tersebut seluruhnya
>
> saya cuba mengajak anda semua fikir sejenak dari percaya secara melulu
> teori2 konspirasi sopia jane...
>
> laporan risikan, data-data dari radar pertahanan udara (yang direka)
> lengkap...dan sopia jelas mengutarakan yang negara seperti India,
> China,Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Russia sudah tahu kemana dan dimana dan
> mengesan pergerakan 370 enroute ke Ukraine namun negara-negara tersebut
> hanya tengok saja dan bagi lepas...tanpa ada tindakan pantas.....
>
> ..check la posting2 dia yang datang dari page2 dia sendiri yang dikatakan
> di block FB (padahal dia tutup sendiri akaun)....
>
> kenapa tiada tindakan militer seperti pemintasan dan interogasi serta
> identifikasi pesawat dibuat oleh negara-negara tersebut....
>
> sehingga artikel ini ditulis, Russia masih bergelut berkenaan MH17 dan
> tidak mempunyai pendirian berkenaan MH370, dan masih belum ada laporan
> rasmi dari pihak tentera berkenaan MH370 melainkan dari sopiah yang
> menyalahguna nama Russia untuk teruskan penipuannya.....
>
> pelik sebab hampir 9 buah negara pesawat tu meredah angkasaraya...tak ada
> satu pun yang buat interception..
>
> bukti yang dipaparkan sopiah pada posting kami sebelum ini sudahpun
> terbongkar kepalsuannya, dan dikatakan sopiah akan membalas namun balasan
> yang kami terima langsung tidak mengandungi fakta tetapi penuh dengan
> retorik dan persepsi....
>
> anda nilaikan sendiri yang mana bathil dan yang mana haq.....semoga Allah
> membuka mata hati pembaca sekelian....
>
> MMP
>
> p/s - saya mencabar sofea membuka page nya kepada umum untuk berlaku adil
>
> kenapa hanya simpan penyokong tegar anda sahaja...kenapa tidak benarkan
> orang-orang biasa yang lain juga bersama dalam membincangkan teori
> anda...kalau anda dipihak yang benar kenapa perlu takut kepada hujah hujah
> kami sekelian..? tak salah tak takut kan brother....atau memang anda
> terbukti salah dan tak mahu pekung anda terbuka kepada umum....
>
> jadi gentlemen...
>
> platform kami terbuka kepada semua tanpa ada blockage....malah komentar
> pentaksub profil anda juga saya biarkan di blog dan fb kami untuk
> berinteraksi dengan pengunjung-pengunjung lain...
>
> what do you have to loose..?
>
> *comments *
>
> 1.
> Mr. K <http://www.blogger.com/profile/14285664838853029934>January
> <http://malaysiamilitarypower.blogspot.com/2015/01/menyanggah-teori-konspirasi-mh370.html?showComment=1420267137596#c4463779680252586707>
>
> sevastopol berada dalam naungan Russia tanggal 18 mac...MH370 hilang
> 10 hari sebelumnya.
> namun perlu dingat sentimen warga crimea 95% menyokong Russia
> dibuktikan melalui pungutan suara pemisahan Crimea dari Ukraine dan
> sejumlah defection askar askar Ukraine dan Armada laut Ukraine yang
> berpaling tadah menyokong Russia makanya mustahil tiada maklumat dari
> askar2 ukraine pro russia dan warga warga ukraine berbangsa Russia.
>
> dan gerakan pemisahan Crimea bukan bermula pada 18/3/14 bahkan
> bertahun sebelum itu sejak Orange Revolution dan Revolusi yang menjatuhkan
> kerajaan Ukraine yang pro Russia beberapa bulan sebelum MH370.
> 2.
> ikansadinmknorang
> <http://www.blogger.com/profile/03119257244405095481>
>
> tepat sekali, dan penekanan yang russia sudah pun menjadikan
> sevastopol naungannya memudahkan lagi pesawat dijumpai
>
> namun sehingga kini...nadai...
> 3.
> fami roe <http://www.blogger.com/profile/07850584496012408397>
>
> admin..kyrgyzstan ni negara neutral ke camne? kenapa ada dua pengkalan
> udara negara (Amerika dan Russia) yang memang seteru antara mereka ada di
> kyrgyzstan? sekadar bertanya..
> 4.
> Burhanudin SHARIF TAHIR
> <http://www.blogger.com/profile/04914414235106233745>
>
> Diaorg dah spray mh370 kaler pink kot....hahaha
> 5.
> ikansadinmknorang
> <http://www.blogger.com/profile/03119257244405095481>
>
> kyrgyzstan adalah negara yang sedang membangun setelah keluar dan
> merdeka dari cengkaman USSR satu ketika dahulu. mereka belajar dari negara
> ASEAN dalam perkara hubungan luar, tetapi kecenderungan mereka lebih
> terarah kepada Russia.
>
> penempatan pangkalan tentera AS itu bersifat sewaan, dengan bayaran
> dibuat kepada kerajaan Kyrgyzstan...dan kontrak nya sudah tamat beberapa
> tahun lepas.pangkalan tersebut tidak menempatkan pesawat tempur tetapi
> lebih kepada pusat transit bekalan dan anggota tentera yang bertugas di
> Afghanistan.
>
> pangkalan russia pula menempatkan angkatan udara russia, yang menjadi
> pangkalan hadapan luar negara.ia bersifat serampang dua mata, iaitu
> melindungi kepentingan ekonomi russia (iaitu sumber asli petroleum dan gas)
> dan pada masa sama menidakkan anasir kuasa besar lain yg cuba mengambil
> alih tampuk pemerintahan negara tersebut dengan meletakkan pemimpin boneka
> 6.
> Cik Ngoh Ehar <http://www.blogger.com/profile/08599414581964153116>
>
> mocit Sharifah ni kan,
> 7.
> Nazrul Heracle <http://www.blogger.com/profile/01881856669236655689>
>
> Hahahha.. Aku faham dah what's going on here.. Kehkehkeh Sharifah and
> sardin.. Hahahaha... Faham faham...
>
>
> JAWATAN KOSONG BARU <http://kerjakosongdisini.blogspot.com/>*· *
> Kalau takde pucuk, akar pun jadilah..
>
>
> sman *· *
> Sharifah Sofiah, siapa Sharifah Sofiah ni ?.Bekas CIA,bekas KGB atau
> bekas perisik India atau Cina.Kalau nak 'menggeparkan' pun, kemukakan bukti
> macam Wikki Leaks,jangan tulis je buat cerita.
>
>
> saya.... *· *
> Boleh bg kredit kat sofia ni....kadang-kadang orang bodoh lah yang
> membuatkan si bijak pandai bersuara menunjukan kepandaiannya......kalau tak
> harem nak bagitau. Macam dalam bisness si-tokey buat idea gila-gila dan
> bodoh dan sstaff yg pandai-pandai belake akan merealisasikan idea 'bodoh'
> ini hingga berjaya. Walaupun tulisan sofia ini boleh mendatangkan kesan
> yang buruk.....at least yang tak tau apa ni dapat jugak sikit info....hehe.
>
>
> Mh17 *· *
> hanya PM dan seangkatan dgnnya yg tahu kedudukan sebenar MH370,,,
>
>
> *MH370- KANTOI penumpang ukraine MH370 masih hidup dan Lokasi MH370 ada
> di bawah tanah ???*
> kitabantai.info
> Kita Bantai
>
> <http://1.bp.blogspot.com/-5sFZcu9pcJs/VKZIL262LfI/AAAAAAAANZo/QgOWvx-5aNY/s1600/_MG_4972_540_340_100%2B-%2BCopy.jpg>
>
> Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam
> disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol,
> ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik
> Malaysia
>
> baca lagi kupasan dan bukti2 oleh kapten Sharifah Sofia Syed Rashid
> Kemana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan
> anak-anak kapal MH 370 akan terjawab fan menemui noktah yg muktamad.
>
> Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ' fly by
> wire system ' berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang
> berada di dalam pesawat MH 370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit
> pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie.
>
> 2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak
> dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan
> transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH 370 secara automatik
> sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.
>
> Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi
> yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang
> disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid
> <https://www.facebook.com/sharifahsofia.syedrashid>
>
>
> Usaha mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di Laut
> China Selatan dan kemudian beralih di Selat Melaka dan selepas itu di Laut
> Andaman, sebelum pasukan SAR mencari dan mengalih tumpuan ke perairan
> Australia Barat iaitu di Selatan Lautan Hindi. Susulan daripada pencarian
> yg berubah-rubah ini penyiasat telah pun membuat kesimpulan yg sebenarnya
> laporan MH370 " berakhir " dilautan hindi adalah teori dan rekaan
> semata-mata.
>
>
> Perhatikan gambarrajah di bawah ini yang menunjukkan pesawat MH370 cuba
> membuat u-turn.Yg sebenarnya sewaktu MH370 hilang dari radar yg pesawat
> tersebut telah pun melalui ruang udara Thailand.
>
> Kerajaan Thailand " mengisytiharkan " bahawa dpt mengesan pesawat MH370
> melalui ruang udaranya. Bila ditanya kenapa Thailand tidak memaklumkan kpd
> kerajaan Malaysia ttg hal ini., mereka menjawab sbb kerajaan malaysia tak
> tanya mereka.... Inilah laporan yg betul dan telah disahkan serta disiarkan
> oleh semua media termasuk media utama di Malaysia.
> Selang beberapa hari kemudiannya media-media M'sia tiba-tiba
> mengeluarkan berita yg dianggap ' uturn ' bahawa Kerajaan Thailand
> menafikan laporan yang mengatakan radar Thailand dapat mengesan pesawat MH
> 370 lalu diruang udaranya.
>
> *Nampak tak tangan ghaib di sini siapa ?*
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-fPIV7MMwLI4/VKP_s9xCsJI/AAAAAAAAELY/oYJltg1BMIM/s1600/10410604_868333369876314_8259016251235575838_n.jpg>
>
> Ni dia wajah 2 penumpang MH370 dari Ukraine iaitu Oleg Chustrak & Sergii
> Deineka iaitu askar upahan yg terlatih. Beliau merupakan agen CIA yg
> berjaya mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie dan menerbangkannya ke
> koridor utara
>
>
> Kedua-dua dajjal ini mempunyai rekod jenayah dlm data base Russia iaitu :-
>
> (1) Percubaan untuk bunuh president Angola(2) Pernah mengebom Balai Polis
> Bab Azzur(3) Pembunuh upahan untuk peperangan di serbia, (4) Menjual
> senjata haram pada Al-Qeeda & agen CIA US.
>
>
> <http://1.bp.blogspot.com/-YD2b5fiM-aw/VKQAAzvf_4I/AAAAAAAAELg/idZjeFa1UUc/s1600/10906315_868333623209622_787838985205648735_n.jpg>
>
> Ni bukti yg penumpang Ukraine yang menaiki pesawat MH 370 masih hidup.
> lihat oleg Chustrak ini boleh online webcam lagi pada 28/7/2014 semasa
> bercuti di Bali .Pesawat MH hilang pada 08/03/14..
>
>
> Sekarang ni FSB Russia sedang memburu kedua-dua dajjal yang telah
> menghijacked pesawat MH 370
>
>
> <http://4.bp.blogspot.com/-jMbh4NoLD9c/VKQAfWNnt7I/AAAAAAAAELo/XfjG0YBtMu8/s1600/1506945_868334859876165_483782661643050893_n.jpg>
>
> Di bawah ni bukti yang diambil di akhbar russia " The voice of Russia &
> Ria Novosti " .
>
>
> Kerajaan Thailand tunjukkan bukti dan serahkan kepada Russia. Radar
> Thailand di Phuket berjaya mengesan pesawat MH 370 ditutup transponder dan
> cuba terbang rendah di bawah 1000 meter menghala ke utara andaman sea
> seterusnya pergi ke Bangladesh pada jam 2.40 pagi..
>
> Take Note: Data sulit Marshal Montol Suchookorn ini telah diserahkan pada
> kerajaan Russia sebagai bukti pesawat MH 370 telah terbang rendah melalui
> radar udara Thailand.
>
>
> <http://4.bp.blogspot.com/-WrBCsJS2Iig/VKQAweDtAeI/AAAAAAAAELw/Q5yV3fJnaGU/s1600/10421610_868335153209469_178888487387250665_n.jpg>
>
> Okey ni bukti penting yang ingin ditunjukkan kepada dunia dan kepada
> semua keluarga mangsa pesawat MH 370 ke mana sebenarnya MH 370 dibawa.
>
>
> Perhatikan baik-baik tracking route map pesawat MH 370 bergerak. Dari
> aceh Thailand Bangladesh Nepal Kyrgyzstan besh tesh valley talas caspian
> sea Azerbaijan, Georgia & seterusnya ke sevastopol air base Ukraine....
>
> Menurut Serik Mukhtybayev pesawat MH 370 yg dipandu oleh Oleq Chustrak dan
> Sergii Deinika sengaja dipandu mengikut laluan negara tidak maju untuk elak
> di kesan oleh radar moden.
> Sebelum pesawat MH 370 sampai ke Ukraine, pesawat tersebut sempat mendarat
> di Kyrgyzstan untuk mengisi minyak iaitu us airbas airport lama yg dulu
> digunakan utk menyerang Afganistan dan meneruskan perjalanan ke Sevastopol
> airbase ukraine....
> TAKE NOTE: Pesawat MH 370 tidak terhempas di lautan hindi Australia
> seperti yang didakwa oleh inmarsat dan media-media pro usa. Perhatikan
> bulatan biru itu radar russia di kg.Talas berjaya mengesan pesawat MH 370
> menghala ke Ukraine.
>
>
> <http://4.bp.blogspot.com/-lO_OV2DVef0/VKQBuF9LWVI/AAAAAAAAEL8/YMa3Siyu2Jk/s1600/10881545_868335579876093_4512953776529561469_n.jpg>
>
>
> Anda tahu siapa orang di bawah ni. Dialah orang yang
> dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Russia untuk menjaga radar di sempadan
> Kg. Talas. Nama beliau ialah Mr. Serik Mukhtybayev. Beliau berjaya mengesan
> pesawat MH 370 merentasi sempadan Kazakhstan pada jam 8.15 pagi (waktu
> Malaysia)
>
>
> Take Note (Penting): Walaupun pesawat MH 370 cuba ditutup atau diduplicate
> transponder. Radar Russia masih boleh mengesannya.. Menurut Serik Mukh org
> yg bertanggunjawab menjaga radar pada 08 march 2014, pesawat MH 370 berjaya
> dikesan bersembunyi di belakang pesawat SIA68 15 minit melintasi Kazakhstan
> menuju ke ukraine
>
>
> <http://4.bp.blogspot.com/-mpaOhsodvYQ/VKQB6oWFvpI/AAAAAAAAEME/Wz2fiBNHp80/s1600/10888515_868335946542723_4304309463765746116_n.jpg>
>
>
> Semua keluarga mangsa MH 370 termasuk Malaysia sendiri telah dikencing
> hidup-hidup oleh laporan Inmarsat yg berpangkalan di UK yang mengatakan
> pesawat MH 370 telah terhempas di selatan lautan hindi. Yg sebenarnya
> pesawat tersebut tidak terhempas mahupun pun ditembak.
>
>
> Ini bukti pesawat MH 370 menghala ke Koridor Utara menuju ke Ukraine. Kali
> ini data radar tentera Kazakhstan pula mengesannya pada jam 08.59 pagi
> pesawat transponder MH 370 cuba ditutup merentasi sempadan Kyrgyzstan -
> Kazakhstan- laut caspian - Georgia -dan seterusnya menghala ke sevastopol
> ukraine.
>
> Maklumat data sulit di bawah ini berjaya diberikan oleh negara Kazakhtan
> dan diserahkan kpd Serik Mukhtybayev org yg menjaga radar di Kg. Talas
> (Russia)
>
>
> <https://fbcdn-sphotos-g-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xaf1/v/t1.0-9/1426480_868336429876008_1884267251393146653_n.jpg?oh=dc11312f235a56a49af3da5dd3e863fb&oe=5532E2CF&__gda__=1430407601_15cdafe7adc15679148b33f621a02302>
>
>
> Anda nak bukti lagi nah ambik ni...
>
>
> Ni satu lagi bukti radar tentera di Turkmenistan berjaya mengesan Pesawat
> MH 370 yg ditutup transponder cuba sembunyi di belakang pesawat SIA68 di
> (-48E70/Singapore) menuju arah utara ke Ukraine.
>
>
> <https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-xpa1/v/t1.0-9/10906009_868336759875975_3583354361110232505_n.jpg?oh=691e19f32fdd7b982c895c9849bd9250&oe=5530D1F8&__gda__=1429559616_bc6f14bd56045e763f7b6c7dfbbeee7c>
>
> *Ni bukti terakhir kedudukan lokasi sebenar dimana pesawat MH 370
> disembunyikan sekaligus Russia berjaya mengcheckmate Amerika dlm kes
> misteri kehilangan MH 370 yg selama ini membelenggu masyarakat dunia *
>
> Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam
> disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol,
> ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik
> Malaysia
>
>
> <http://3.bp.blogspot.com/-8mU63IWWfcg/VKQCkqbxNiI/AAAAAAAAEMQ/Wqq6qyMBNqE/s1600/10882300_868337889875862_630989023000136963_n.jpg>
>
> Nilah dia 2 gambar dajjal dunia iaitu Yatsenyuk & Obama yg merancang
> untuk kes pesawat MH 370 dan MH 17
>
>
> Ramai yg tertanya kenapa Amerika memilih pesawat MAS dlm siri dajjalnya.
> Ini jawapannya:
>
>
> Tujuan sebenar Amerika menyuruh Ukraine hijacked pesawat MAS adalah untuk
> mendapat dana dari PBB sebanyak 1bilion usd... Apabila dapat duit sebanyak
> tu dari PBB UKraine hendak membayar tunggakan gaji kakitangan kerajaan dan
> tenteranya dari bulan ogos 2013 hingga ogos 2014.
>
> Manakala ekonomi dan nilai mata wang Dollar Amerika sudah jatuh so
> Amerika memgambil kesempatan untuk.menagih simpati dari duit PBB dengan
> cuba menuduh Russia cuba menembak pesawat MH 370 tetapi gagal kerana
> setelah MH 370 dilandingkan di Ukraine dan ditukar enjin tiba-tiba pesawat
> tidak boleh diterbangkan dan Plan B digunakan untuk menuduh Russia tembak
> pesawat MH 17. Atas dasar ini Amerika melihat Malaysia sebuah negara yg
> kecil yg tidak mempunyai musuh dan berbaik dgn semua negara maka senanglah
> Amerika menjadikan pesawat Malaysia sebagai sasaran dlm kata lain dikambing
> hitamkan.
>
>
> TIMBUL PERSOALAN di sini: Siapa yg berani mendakwa 2 dajjal ni utk
> dihadapkan ke mahkamah antarabangsa di suatu hari nanti ataupun di akhir
> cerita nanti berkesudahan dgn peperangan yg mana Amerika dan
> sekutu-sekutunya akan diserang oleh Russia dan sekutu-sekutunya.
>
>
> Tunggu dan lihat bagaimana kes berprofil paling tinggi di dunia setakat
> ini akan berakhir *y)
>
> SUMBER BERITA CANANGLANIE
> <http://btmmari.blogspot.com/2015/01/mh370-kantoi-penumpang-ukraine-mh370.html>
>
> Read more:
> http://www.kitabantai.info/2015/01/mh370-kantoi-penumpang-ukraine-mh370.html#ixzz3NlGrpf66
>
>
>
>

Mon Jan 5, 2015 7:34 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kos Minyak Untuk Pesawat 9M-NAA Cecah Setengah Juta Dedah PKR !!!! (Tak Termasuk Lain-Lain Kos Berkaitan).
telokbakong.blogspot
amenoworld.net

Ya.

500 ribu adalah anggaran yang didedahkan oleh PKR sebentar tadi.

Memetik satu laporan yang disiarkan menerusi portal The Malaysian Insider, ketua pemuda penerangan PKR, Lee Chean Chung berkata kos belanja minyak penerbangan pesawat negara 9M-NAA yang baru pulang ke negara selepas mengelilingi dunia dianggarkan bernilai RM500,000.

Penerbangan yang dibuat oleh pesawat Airbus 319 ialah dari Malaysia - Honolulu - Los Angeles - Indianapolis - Los Angeles - New York - Dubai - Bangkok dan kemudian pulang semula ke Kuala Lumpur.

Tambah Lee Chean Chung lagi, "Dengan harga minyak jet antarabangsa RM7.68 per gelen, penumpang misteri di atas jet 9M-NAA menggunakan minyak jet yang bernilai RM494,404!

"Jumlah ini masih belum mengambil kira kos pengupahan juruterbang, kos pendaratan kapal terbang, kos parkir pesawat, kos penyimpanan pesawat (hangar fee), kos tanjakan pesawat (ramp service), kos penyelenggaran jet dan lain-lain".

Dalam satu kajian yang dibuat Biro Penerangan Pemuda PKR, mereka mengganggarkan hampir 64,232.36 gelen minyak jet telah digunakan ketika pesawat tersebut terbang di laluan yang dinyatakan.

Dan, Lee juga menuntut kerajaan mendedahkan siapa "individu misteri" yang menggunakan pesawat rasmi negara tersebut. Sehingga ke hari ini Putrajaya enggan mengeluarkan kenyataan rasmi siapakah individu yang menggunakan pesawat tersebut tanpa kehadiran perdana menteri Najib Razak yang didesak untuk pulang awal ke Malaysia selepas beberapa negeri dilanda banjir teruk.

"Jet rasmi kerajaan Malaysia 9M-NAA yang diterbangkan merantau dunia dengan membawa penumpang misteri akhirnya 'pulang&#39; ke tanah air Malaysia pada 4 Januari 2015.

"Namun sehingga hari ini, persoalan berkenaan siapakah VIP misteri yang dibenarkan menggunakan Jet Rasmi 9M-NAA masih tidak terjawab," katanya.

Lee juga diaporkan berkata kepada The Malaysian Insider, perbelanjaan tersebut sepatutnya disalurkan kepada bantuan banjir daripada digunakan sewenang-wenangnya.

"Dengan anggaran harga pemborong beras RM2 sekilo, RM494,404 boleh digunakan membeli 247 tan (247,202kg) beras untuk diagihkan kepada mangsa banjir.

"Jika digunakan untuk membeli sardin (harga RM2.50 setin), RM494,404 boleh menampung 197,761 tin sardin untuk diagihkan kepada mangsa banjir,".

Pesawat rasmi kerajaan 9M-NAA akhirnya tiba di Lapangan Terbang Subang pada jam 11.15 malam tadi. Siasatan di website flighradar24, menunjukkan yang pesawat itu mendarat di KLIA pada jam 10.20 malam yang berlepas dari Bangkok dan kemudian terbang menuju ke Lapangan Terbang Subang dan selamat mendarat pada jam 11.15 malam.

'Jet k'jaan didakwa bakar minyak hampir RM500 ribu
kedahlanie.info
Posted by Kedah Lanie

Pemuda PKR (AMK) menganggarkan kos minyak pesawat orang kenamaan (VIP) kerajaan, yang didakwa terbang ke pelbagai tempat sebelum ini, menelan belanja hampir RM500 ribu.

Ketua Penerangan AMK Lee Chean Chung berkata kiraan mereka menganggarkan sebanyak RM493,304 dibelanjakan untuk mengisi 64,232.36 gelen minyak.

Ini, kata anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu itu, dengan mengambil kira harga RMRM7.68 untuk segelen minyak jet.

Lee berkata, kos itu belum lagi mengambil kira upah juruterbang, kos pendaratan, kos parkir, kos penyimpanan, kos tanjakan pesawat dan kos penyelenggaraan jet.

Di samping mempersoalkan siapa yang akan menanggung kos itu, AMK juga menegaskan nilai itu boleh digunakan untuk membantu mangsa banjir di negara ini.

"Dengan anggaran harga pemborong beras RM2 sekilo, RM494,404 boleh digunakan untuk membeli 247 tan (247,202kg) beras untuk diagihkan kepada para mangsa banjir.

"Jika digunakan untuk membeli sardin (harga RM2.50 setin), RM494,404 boleh menampung 197,761 tin sardin untuk diagihkan kepada mangsa banjir," katanya.

Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin semalam menulis bahawa beliau mendapat penjelasan daripada pegawai Najib bahawa jet itu ditinggalkan di AS selepas mengalami isu teknikal.

Penjelasan itu, seperti dimaklumkan Kadir, juga menyebut bahawa ia tidak ditinggalkan untuk kegunaan keluarga perdana menteri atau dibawa ke Indianapolis.

Jet yang asalnya membawa Najib untuk bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama itu dilapor pulang ke Malaysia malam tadi, menurut sistem pengesanan penerbangan Flightradar24.

Percutian itu dipendekkan apabila Najib pulang dengan penerbangan lain pada 27 Disember ekoran banjir buruk di negara ini.

Bagaimanapun, pesawat itu dilapor berlepas tanpa Najib ke Los Angeles, Indianapolis, kembali ke Los Angeles, New York, London, Dubai dan akhirnya Bangkok.

Indianapolis bagaimanapun menjadi tempat syarikat Comlux Aviation, yang dilapor mempunyai kontrak penyelenggaraan enam tahun untuk pesawat itu, berpangkalan.

Pejabat perdana menteri dan Comlux masih belum memberi respons terhadap pertanyaan Malaysiakini pada 2 Januari, yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai perkara itu.

Mon Jan 5, 2015 7:35 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

K'jaan bayar awal bonus 15 Januari
telokbakong.blogspot
batuvskayu.blogspot

Kerajaan bersetuju pembayaran bonus sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada penjawat awam dan bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan diawalkan iaitu pada 15 Januari ini.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata keputusan itu berikutan kerajaan prihatin dan memahami situasi semasa terutama sekali penjawat awam yang terlibat dalam bencana banjir.

"Kerajaan berharap pemberian ini (pembayaran awal bonus) dapat meringankan beban penjawat awam akibat banjir serta membantu persediaan persekolahan anak-anak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Banjir yang berlaku di beberapa negeri sejak pertengahan Disember lalu mengakibatkan ribuan penduduk terpaksa dipindahkan dengan angka semasa menunjukkan sejumlah 41,421 orang masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan.

Dalam pembentangan Bajet 2015 pada Oktober tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus itu yang sebelum ini dijadualkan dibayar kepada penjawat awam bersekali dengan gaji bulan Januari 2015.

- Bernama

Mon Jan 5, 2015 7:36 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Motorsikal Terbabas, Sukarelawan Banjir Maut Di Kemaman..
greenboc.blogspot.
Posted by Green Boc

Anak Muda Kembali Ke Rahmatullah Dalam perjalan Membantu Mangsa Banjir

Diberitakan dari Wall seorang sabahabat Facebook Zulhafiz Ismail bahawa mereka bertemu dengan sebuah kemalangan motosikal dimana anak-anak muda ini sedang dalam perjalanan untuk membantu mangsa banjir di pantai timur.

Zulhafiz Ismail menceritakan ;

Dalam perjalanan misi bantuan ke Kelantan, sekitar jam 9pagi tadi selepas memasuki plaza tol Cheneh, Kemaman, menemui sebuah motor baru terbabas. Kelihatan seorang terduduk menahan sakit dan menemui seorang lagi terlentang diluar penghadang lebuhraya. Kedua-dua mereka dibantu dan diajarkan mengucap.

Segera menghubungi ambulan dan tiba 20 minit kemudian. Setelah diperiksa, seorang dari mereka telah kembali ke rahmatullah.

Apa yang mengharukan, arwah Amirul Syazri Azlan Shah dan Fajrul Iman berumur 19 tahun datang dari Gombak untuk membantu mangsa banjir di Kelantan dengan membonceng motosikal. Iman pula anak yatim piatu dan sempat mengirimkan salam buat Tuan Guru Nik Aziz.

Kelihatan ditepi jalan penyapu dan baju turut dibawa. Pada topi juga ada stiker "jihad jalan kami, shahid cita-cita kami".

Betapa murninya niat dan bersungguhnya mereka. Moga ganjaran shahid buat arwah dan ditempatkan dikalangan orang beriman. Moga-moga juga adik iman kembali sembuh.

Al Fatihah

comments:
Amuraria said...

innalillah ...,moga Allah SWT tempatkan ruhnya bersama-sama para syuhada insyaAllah, ABU !

roh said...
Ya ALLAH .. jauhilah pemuda ini dari azab kubur dan azab neraka. Luaskan kuburnya indahkan kuburnya seperti taman2 syurga

1Malay.. said...
Alfatihah untuk beliau,moga d tmpatkn brsama para suhada dan solehin..Amin.

Anonymous said...
sudah tentu anak muda ini telah terbukti melakukan bakti dan susah payah seperti mana sultan yang sanggup mengenepikan darjat nya semata mata untuk membantu rakyat yang ditimpa musibah

Semuga arwah ditempat yang mulia di sisi yang Maha Pengasih
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: