Sunday, January 4, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4100[1 Attachment]

4 Messages

Digest #4100
2
Fw: Pilihan Di Poket Anda by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
3
Fw: Misi Bantuan Banjir Jan 2015 by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sat Jan 3, 2015 10:10 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Penjelasan Penerbangan Pesawat Peribadi 9M-NAA Dari Friend of BN

Dilulus untuk paparan oleh memo
tranungkite.net

Pesawat 9M-NAA berada di Amerika Syarikat sebelum ini adalah untuk menyelesaikan beberapa isu teknikal dan dalam perjalanan pulang ke Malaysia ketika ini.

Pesawat berkenaan singgah di London dan Dubai adalah untuk mengisi bahan bakar, bukan untuk membeli belah atau berseronok seperti yang digembar-gemburkan oleh pembangkang.

Facebook Friend of BN

DARI BANGKOK KE MALAYSIA PENUMPANG MISTERI PESAWAT RASMI 1MALAYSIA NAIK KENDERAAN APA PULAK?
telokbakong.blogspot
yongsukakuning.blogspot
Posted by Yong Intan Noor
Umum tahu Najib pergi bercuti ke Hawaii bukan seorang diri. Dia ditemani oleh isteri dan entah siapa lagi.

Dia balik dengan wajah sugul, isteri sambung cuti.

Kelmarin Yong ingat dah "On the Way" nak balik. Rupanya pesawat rasmi sampai sekarang masih hilang.

APA PESWAT INI BUAT LAMA DI BANGKOK?

Orang dok tanya sana-sini "Mana Rosmah?"

Apa pasei mengkomer sibuk? Entah-entah dia dah naik bas loncat-loncat ke Putrajaya. Pesawat tu saja-saja relax di Bangkok.

Sebab tu juga mengkomer tak nampak dia turun pesawat.

By the way, Rosmah kerja apa sampai kena cuti lama....erk?

[PANAS] Jet Rasmi Kerajaan Bawa Rosmah Keliling Dunia (?)
telokbakong.blogspot
penpasksgb.blogspot.
Dicatat oleh ELBI RISALAH
KELAB GREENBOC

Najib pulang, jet masih keliling dunia

Genap dua minggu, jet VIP milik kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA membuat perjalanan mengelilingi dunia dan mendarat di Bangkok petang ini namun teka-teki mengenai lokasi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum terjawab.

Sehingga kini masih belum jelas, siapakah yang menggunakan pesawat tersebut memandangkan suaminya, Datuk Seri Najib Razak sudahpun pulang ke tanah air sejak Sabtu lalu.

Menurut laman penjejak penerbangan Flightradar24, pesawat jet Airbus 319 jet itu berlepas dari pengkalan udara Subang pada 20 Disember dan berlepas ke Honolulu, Hawaii selepas persinggahan singkat di Osaka, Jepun.

Najib dilaporkan bermain gol dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii, namun kemudiannya bergegas pulang apabila mendapat kritikan meluas kerana tiada dalam negara ketika situasi banjir meruncing.

Perdana menteri turut memberitahu media bahawa keluarganya berasa sedih kerana beliau terpaksa memendekkan percutiannya.

Najib tiba di Kota Bharu pada petang 27 Disember dengan satu pesawat lain.

Beliau dipercayai dijemput dengan menggunakan pesawat kerajaan di Hong Kong, namun tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tiba ke destinasi tersebut dari Honolulu.

Rekod Flightradar24 menunjukkan bahawa pesawat eksekutif Boeing 737 tiba di Kota Bharu pada masa yang sama dengan ketibaan Najib, seperti dilaporkan.

Pada masa tersebut, jet asal yang digunakannya sudahpun berada di Indianapolis, Amerika Syarikat, selepas persinggahan singkat di Los Angeles.

Pesawat itu berada di Indianapolis selama enam hari sehingga 31 Disember, dan kemudiannya berlepas ke Long Angeles, dan seterusnya ke New York, London, Dubai dan destinasi terakhir di Bangkok – dengan perhentian singkat sehingga beberapa jam di setiap lapangan terbang sehingga ia tiba di Bangkok.

Pesawat tersebut mendarat di Don Mueang International Airport, Bangkok pada jam 2.11 petang ini selepas perjalanan semalam 41,900 kilometer dan masih berada di destinasi tersebut ketika berita ini ditulis.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan penjelasan mengenai perjalanan pesawat tersebut namun sehingga kini masih belum menerima jawapan.

Pesawat 9M-NAA merupakan antara beberapa jet orang kenamaan yang dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dalam kenyataan tahun lalu, PMO menyatakan bahawa jet itu masing-masing melibatkan sebuah pesawat Boeing Business Jet, Global Express, a Falcon 900, dan terbaru sebuah pesawat Airbus.

Menurut kenyataan tersebut, pesawat berkenaan bukan untuk kegunaan eksklusif Najib tetapi juga untuk Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua negeri, anggota kabinet, tetamu kerajaan dan pegawai tinggi serta orang kenamaan.

Menurut PMO, ia bagi membolehkan individu tersebut membuat perjalanan dengan selamat dan membantu melicinkan tugas mereka. -mk

Najib perlu jelaskan tujuan jet rasmi kerajaan 'keliling dunia', kata PKR

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu memberi penjelasan tujuan jet rasmi kerajaan Malaysia, 9M-NAA dipercayai diterbangkan ke beberapa kawasan di Amerika Syarikat, United Kingdom, Emiriah Arab Bersatu dan Thailand dalam tempoh beberapa hari sejak 31 Disember hingga semalam.

Ketua Penerangan Pemuda PKR Lee Chean Chung berkata semakan menggunakan aplikasi 'Flightradar' mendapati pesawat itu terbang ke New York dari Indianapolis, dan ke New York dari Los Angeles, Amerika Syarikat pada 31 Disember, manakala pada 1 Januari, pesawat itu meneruskan perjalanannya ke Dubai, dari London dan Bangkok dari Dubai.

"Nampaknya jet misteri tersebut akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi.

"Yang menarik perhatian saya ialah 'misi misteri' ini bergerak ke arah barat dari Indianapolis ke Los Angeles, tetapi kemudian ke arah timur pula dari Los Angeles ke New York. Apakah tujuan penerbangan yang berulang-alik dan pelik itu?" soalnya, dalam satu kenyataan hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semambu itu berkata, ketiadaan jet rasmi kerajaan selama 7 hari ketika Malaysia dilanda banjir yang paling teruk dalam sejarah menjadi tanda tanya orang awam dan menimbulkan keraguan masyarakat antarabangsa.

"Tiada pemimpin yang berintegriti akan menggunakan jet rasmi kerajaan untuk bercuti, apatah lagi dalam keadaan rakyat sengsara menghadapi malapetaka yang menyakitkan ini.

"Tambahan pula, jet tersebut boleh ditinggalkan untuk penggunaan 'VIP misteri' untuk terbang ke sana sini sempena pesta Krismas dan Tahun Baru di negara barat," katanya.

Beliau sebelum ini mendakwa, penggunaan jet VIP Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) M53-01 untuk menghantar Najib pulang ke Malaysia, adalah pembaziran kerana beliau boleh balik dengan jet 9M-NAA.

Katanya, ia membazirkan wang rakyat sebanyak RM73,620 sebagai pembayaran kos bahan api.

Lee berkata, wang sejumlah itu sepatutnya boleh digunakan bagi membantu mangsa banjir.

"Jumlah ini belum termasuk kos penggunaan jet asal 9M-NAA yang sudah pasti akan mencecah jutaan ringgit," katanya.

Selaku pengguna jet rasmi 9M-NAA, Lee berkata, Najib wajib memberikan penjelasan tujuan penggunaan jet tersebut, dan adakah ia diguna pakai oleh keluarga atau isterinya.

Beliau juga mahu tahu adakah perbelanjaan pesawat itu akan ditanggung rakyat yang kini menderita akibat banjir ini.

"Saya turut menyeru sesiapa yang mempunyai maklumat dan gambar 'VIP misteri' yang menggunakan jet tersebut supaya membekalkan informasi kepada PKR dan saya untuk pendedahan lanjut," katanya. – 2 Januari, 2015. -TMI

Berita ini pasti meranapkan masa depan Najib
telokbakong.blogspot
penburukonline.blogspot

Genap dua minggu, jet VIP milik kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA membuat perjalanan mengelilingi dunia dan mendarat di Bangkok petang ini namun
teka-teki mengenai lokasi isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor masih belum terjawab.

Sehingga kini masih belum jelas, siapakah yang menggunakan pesawat tersebut memandangkan suaminya, Datuk Seri Najib Razak sudahpun pulang ke tanah air
sejak Sabtu lalu.

Menurut laman penjejak penerbangan Flightradar24, pesawat jet Airbus 319 jet itu berlepas dari pengkalan udara Subang pada 20 Disember dan berlepas ke
Honolulu, Hawaii selepas persinggahan singkat di Osaka, Jepun.

Najib dilaporkan bermain gol dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Hawaii, namun kemudiannya bergegas pulang apabila mendapat kritikan meluas
kerana tiada dalam negara ketika situasi banjir meruncing.

Perdana menteri turut memberitahu media bahawa keluarganya berasa sedih kerana beliau terpaksa memendekkan percutiannya.

Najib tiba di Kota Bharu pada petang 27 Disember dengan satu pesawat lain.

Beliau dipercayai dijemput dengan menggunakan pesawat kerajaan di Hong Kong, namun tidak dapat dipastikan bagaimana beliau tiba ke destinasi tersebut dari
Honolulu.

Rekod Flightradar24 menunjukkan bahawa pesawat eksekutif Boeing 737 tiba di Kota Bharu pada masa yang sama dengan ketibaan Najib, seperti dilaporkan.

Pada masa tersebut, jet asal yang digunakannya sudahpun berada di Indianapolis, Amerika Syarikat, selepas persinggahan singkat di Los Angeles.

Pesawat itu berada di Indianapolis selama enam hari sehingga 31 Disember, dan kemudiannya berlepas ke Long Angeles, dan seterusnya ke New York, London,
Dubai dan destinasi terakhir di Bangkok – dengan perhentian singkat sehingga beberapa jam di setiap lapangan terbang sehingga ia tiba di Bangkok.

Pesawat tersebut mendarat di Don Mueang International Airport, Bangkok pada jam 2.11 petang ini selepas perjalanan semalam 41,900 kilometer dan masih berada
di destinasi tersebut ketika berita ini ditulis.

Malaysiakini telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) untuk mendapatkan penjelasan mengenai perjalanan pesawat tersebut namun sehingga kini masih
belum menerima jawapan.

Pesawat 9M-NAA merupakan antara beberapa jet orang kenamaan yang dikendalikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Dalam kenyataan tahun lalu, PMO menyatakan bahawa jet itu masing-masing melibatkan sebuah pesawat Boeing Business Jet, Global Express, a Falcon 900, dan
terbaru sebuah pesawat Airbus.

Menurut kenyataan tersebut, pesawat berkenaan bukan untuk kegunaan eksklusif Najib tetapi juga untuk Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua negeri, anggota
kabinet, tetamu kerajaan dan pegawai tinggi serta orang kenamaan.

Sat Jan 3, 2015 10:12 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pilihan Di Poket Anda
bloglist-malaysia.blogspot
pariajalanan.blogspot
Posted by Paria Jalanan
Berikut beberapa pilihan model kereta kecil dalam segmen A dan B selain dari model Perodua yang mendapat perhatian dipasaran kenderaan Malaysia buat masa kini.

Proton Iriz
RM41,152 - RM60,602

Suzuki Alto
RM44,888 - RM54,888

Hyundai i10
RM51,329 - RM55,325

Kia Picanto
RM53,290 - RM58,160

Mitsubishi Mirage
RM60,199 - RM64,091

Suzuki Swift
RM65,888 - RM79,388

Honda Jazz
RM70,704 - RM85,314

Kia Rio
RM71,822 - RM77,666

Mazda 2
RM82,322

Peugeot 208
RM83,480 - RM93,220

Smart
RM83,934 - RM90,604

Ford Fiesta
RM84,542 - RM93,888

Volkswagen Polo
RM88,628

Audi A1
RM179,900 - RM209,000

Mini Cooper
RM179,900 - RM249,000

Mercedes A Class
RM198,888 - RM238,888

Yang mana satu jadi pilihan anda? Kereta semuanya kecil tetapi selain dari rekabentuk, dan spesifikasi, faktor harga juga berbeza-beza mengikut varian jenama.

Sumber:
http://relakssminda.blogspot.com/2014/12/kereta-kecil-pilihan-rakyat-malaysia.html

Sat Jan 3, 2015 10:14 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Assalam.

Pada 01-03/01/2015, kawan2 dari NGO Pewaris, Persatuan Penduduk Jalan Palas, staf Amkor Technology, Masjid TPG dan lain2 telah melaksanakan Misi Bantuan Banjir (direct to mangsa banjir) di Kelantan.

Alhamdulillah, program berjaya mencapai matlamatnya, hasil dari sumbangan kawan2 semua.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sat Jan 3, 2015 10:14 pm (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Betulke Sharifah Sofia kata MH370 disembunyikan di bawah tanah di Ukraine tu?.. baca ni..
telokbakong.blogspot
darisungaiderhaka.blogspot
Posted by Anak Sungai Derhaka

Sehari dua kebelakangan ini tersebar di laman Facebook dan berbagai media sosial yang lain kononnya Pesawat MAS yang hilang iaitu MH370 kononnya ianya kini disembunyikan di bawah tanah di Ukraine setelah dirampas oleh dua individu dari Ukraine..

Menariknya teori konspirasi oleh Sharifah Sofia itu walaupun pada asasnya tidak lojik langsung dipercayai oleh kebanyakkan penyokong Pakatan Rakyat, mereka menyalinnya dan menyebarkannya pula..

Aku malas nak ulas panjang-panjang pasal teori konspirasi itu.. bacalah apa yang dipertikaikan tentang teori Sharifah Sofia itu oleh pihak yang punya pengalaman dalam bidang ketenteraan ini..

MENYANGGAH TEORI KONSPIRASI MH370
ADAKAH MH370 BENAR-BENAR KE UKRAINE

malaysiamilitarypower.blogspot
oleh ikansadinmknorg
Posted Yesterday by ikansadinmknorang

hening pagi 3 Januari 2014 kami mulakan dengan nama Allah, dan memohon agar dipermudahkan urusan kami menegakkan yang haq serta membongkar kepalsuan. Dipanjatkan juga doa agar mangsa-mangsa insiden MH17 dan QZ8501 dicucuri rahmat dan keluarga mereka yang terlibat tabah menghadapi dugaan besar.

meneruskan sanggahan kami....

Sevastopol kini berada didalam kawalan pihak pro Russia sejak 18 Mac 2014 dan lokasi MH370 seperti yang dicanangkan berada didalam kubu bawah tanah (kononnya lah) di pangkalan udara Sevastopol maka sepatutnya sudah pun di beritakan oleh agensi-agensi Russia dan juga agensi berita antarabangsa tak kiralah pro mana sekali pun kepada masyarakat dunia amnya dan kalangan keluarga mangsa khasnya.....TETAPI....sehingga hari ini....tiada kelibat pesawat tersebut dibawa keluar oleh warga Sevastopol dan pasukan tentera Russia....yang sepatutnya mengakhiri misteri kehilangan pesawat tersebut.....

nah kenapa sehingga hari ini, 3 Januari 2015 pesawat 370 masih tidak kelihatan seperti yang diperkatakan sopeah.....malah sebaik Sevastopol dan wilayah Crimea menjadi sebahagian dari Persekutuan Russia sejak 18 Mac 2014 ia sudah patut ada.....tapi tiada tanda-tanda jelas yang pesawat tersebut memang ada disana seperti diperkatakan sopeah....

dalam sopia mencanang kepada masyarakat umum yang dia ada segala maklumat risikan, data dan informasi trampil, ramai tidak perasan akan beberapa perkara dalam hujahannya yang bercanggah.

Jika anda pembaca konspirasi-konspirasi teori dari kalangan cerdik pandai aviasi dari barat sperti Keith Ledgerwood, dan Goodfellow atau dari Kapten Azhari,maka anda akan nampak saduran teori kedua-dua orang ini dengan tokok tambah cerita risikan dan espionaj oleh sofia. Sebenarnya sopiah ni tidaklah ada apa-apa maklumat pun, melainkan dari rujukan media luar negara dan juga hasil pembacaan dari teori-teori konspirasi luar negara berkaitan 370 dan kemudian ditokok tambah dengan adegan kononnya dia bertemu penyiasat, menerima data dan maklumat serta lain-lain lagi. Dia hanya melakukan plagiat terhormat dengan menambah ciri-ciri Islamik, persepsi dan retorik

Nothing more and nothing less.

Salah satu aspek adalah penekanan oleh sopiah ni dimana pesawat terbang ke Ukraine melalui negara Asia Selatan dan Asia Tengah. Jika anda pengikut atau pemerhati page mereka anda akan tangkap beberapa statement seperti "pesawat mendarat isi minyak di Georgia" dan "mendarat di pangkalan udara US lama di Krygyzstan" selain "melalui negara seperti Bangladesh,Nepal untuk mengelak dari radar moden" sebagai menyebut beberapa kenyataannya.

Mengejutkan kerana, sebelum ini sopia dengan yakinnya mengatakan pesawat menghala ke selatan kepulauan Maldives dan mendarat di Diego Garcia, malah turut menyelitkan kononnya media India tidak dibenarkan melapor berita tentang penduduk tempatan yang menjadi saksi pesawat 370 terbang berhampiran Maldives. Setelah beberapa lama, faktanya bertukar dari Diego Garcia ke Sevastopol.

Pesawat 370 yang dipetik sopia tidak terbang dari Diego Garcia ke sevastopol tetapi sejak ia hilang diluar pantai kota bahru, ia terus menuju ukraine, melalui beberapa negara dan singgah mengisi minyak sambil menurunkan mayat mangsa, katanya.

Ini bukan rekaan kami tetapi ditulis sendiri olehnya, dan jelas berlaku percanggahan kenyataan yang menunjukkan teorinya hanya berlandaskan maklumat media semasa beberapa bulan lepas dengan sekarang dan mengikut kesinambungan tulisan-tulisan konspirator luar negara.

Kami lampirkan sahaja apa yang ditulisnya sebelum ini dan anda teladani sendiri untuk membuat kesimpulan

Kenyataan terkini sopia mengatakan pesawat terbang ke Ukraine, melalui Bangladesh, Nepal, Krygyztan dan Kazakhstan sebelum tiba di Georgia dan mendarat di Sevastopol.

anda bandingkan sendiri

Jadi apakah benar pesawat terbang ke Ukraine. Didalam statement seterusnya sopiah mengatakan pesawat mendarat di pangkalan udara yang ditinggalkan amerika di Kyrgyzstan. Sebenarnya ada satu sahaja pangkalan udara dan ia dijadikan pusat transit tentera Amerika dan sekutunya ketika pencerobohan Afghanistan dan Iraq. Pangkalan udara tersebut bernama Manas dan terletak didalam kawasan lapangan terbang antarabangsa Bishkek, tidak jauh dari ibu negara Kyrgyzstan.

Kant berada 20km dari Bishkek dan merupakan pangkalan udara yang menempatkan pesawat-pesawat angkatan udara Russia, manakala Manas yang berada 25km dari Bishkek merupakan pangkalan logistik AS

Disini kami menyanggah mengenai Kyrgyzstan yang merupakan negara yang berada dalam liputan radar pertahanan udara Russia dengan kerjasama Kazakhstan hasil penyatuan militer melalui CSTO (Collective Security Treaty Organization).Pangkalan udara yang disebutkan sopiah adalah pangkalan udara Manas merupakan pusat transit logistik tentera Amerika bagi operasi di Iraq dan Afghanistan. Lapangan terbang antarabangsa Manas terletak didalam lingkungan kawasan metropolis Bishkek, dengan kepadatan penduduk yang tinggi serta terletak hampir dengan sempadan Kazakhstan.

Memandangkan Manas merupakan pusat transit logistik tentera Amerika dan sekutunya, maka mejadi satu kebiasaan negara jiran akan menghalakan segala aset ISR, seperti satelit pengintipan, radar pertahanan udara dan pesawat amaran awal untuk memantau aktiviti di Manas. Russia dan China memantau aktiviti di Manas sepenajang masa sejak ia beroperasi sebagai pangkalan logistik tentera penceroboh dalam penaklukan Afghanistan dan kemudian Iraq. Jika mengikut time line sopia...dia mengatakan pangkalan udara tersebut sudah ditinggalkan dan tidak digunakan lagi pada tarikh kejadian insiden MH370 iaitu pada bulan Mac. Walaubagaimanapun, pangkalan udara tersebut masih lagi beroperasi sehingga June 2014, dan penerbangan awam masih lagi berjalans seperti sediakala lantas mewujudkan satu.

Sebagai tambahan, Krygyzstan bukan sahaja menjadi tuan rumah kepada pasukan logistik bersenjata Amerika berpangkalan di Manas yang terletak 25km dari Bishkek, malah turut menyediakan pangkalan udara bagi Persekutuan Russia sejak tahun 2003 dimana angkatan udara Russia ditempatkan di Kant, 20km dari bandaraya Bishkek.

Jadi persoalannya, KALAU BENAR 370 MENDARAT DI MANAS,KYRGYZSTAN MAKA SUDAH TENTULAH PIHAK RUSSIA SUDAH MENGETAHUINYA. NAMUN MENGAPA LANGKAH-LANGKAH CEGAH RINTANG SEPERTI MENAHAN PESAWAT DARI TERBANG DAN MENGHANTAR PASUKAN KHAS UNTUK MENUNDUKKAN PERAMPAS PESAWAT TIDAK BERLAKU. data pesawat tersebut dan dengan mudah boleh digunakan untuk tujuan menyiarkannya kepada masyarakat antarabangsa tetapi ini tidak berlaku.

Mengejutkan sekali yang ini langsung tidak berlaku seolah-olah 370 tidak pernah berada disana...atau memang ia tidak pernah pun berada ditempat yang diperkatakan sopiah

...tiada pengumuman dan tiada siaraya di media-media Russia mahupun media antarabangsa lain akan terlihatnya 370 berada di negara-negara tersebut, malah tiada aturgerak pasukan khas untuk merampas kembali pesawat yang dikatakan oleh banyak konspirator bahawa ia dirampas.

Jika melihat kembali kenyataan sopiah, di ada menyebut 370 melalui Talas, Kyrgyzstan (sopia mengatakan Talas di Kazakhstan) dan pesawat tersebut dikesan oleh radar tentera di sana. Aneh sekali kerana tidak jauh dari Talas terdapat pangkalan tentera udara didalam wilayah Kazakhstan, yakni Shymkent. Tiada laporan rasmi media Russia mahupun China bahkan media Iran sekalipun ,bahawa 370 dikesan melalui ruang udara Kazakhstan sehingga hari ini, malah pesawat tentera udara Russia yang kerap membuat rondaan di Tajikistan dan Kyrgyzstan dari pangkalan-pangkalan luar negara mereka selama ini juga tidak menerima apa-apa laporan atau memintas 370, Malahan Kazakhstan dan Kyrgyzstan, dua negara sekutu Russia paling kuat di Asia Tengah, bersama-sama pasukan tentera Russia yang ditempatkan di kedua-dua negara tersebut tidak mengambil apa-apa tindakan setelah tahu 370 melalui ruang udara mereka adalah sesuatu yang memberikan satu indikasi, iaitu 370 tidak pernah berada disana.

Untuk rekod, Kazakhstan dan Kyrgyzstan got nothing to loose kerana kedua-duanya merupakan sekutu kuat Russia dan rakan ekonomi paling rapat China...jadi kenapa tiada laporan media rasmi berkenaan pesawat 370 yang dikesan pergerakannya melalui radar pertahanan udara seperti yang dicanang sopiah, dan tiada langsung aktiviti militer berkaitan pemintasan dibuat oleh negara-negara tersebut...

Apakah yang cuba sopiah canangkan ternyata mempunyai banyak percanggahan dan ini baru permulaan dari kami.

Untuk memasuki Kyrgyzstan, 370 perlu melalui wilayah China.Mengapakah China tak melaporkan apa-apa aktiviti luarbiasa....dan bercakap tentang kredibiliti negara yang saya sebutkan yakni Russia dan China kedua-duanya tidak mudah dipercaturkan AS...

agak aneh apabila negara-negara asia tengah lain seperti Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Tajikistan yang mempunyai hubungan militer dan ekonomi yang baik dengan Russia dan China juga tidak melaporkan memintas 370 dengan aset udara mereka, tiada laporan media rasmi dari kementerian pertahanan negara-negara terbabit berkenaan 370 dikesan memasuki negara mereka dan tiada langsung inisiatif untuk menghentikan perjalanan pesawat yang menuju ke Ukraine jika sekiranya kedapatan pergerakan 370. sangat aneh juga apabila sopiah mengatakan dia mempunyai data dari radar Kazakhstan, Turkmenistan dan Kyrgyzstan namun langsung tidak ada laporan mengenai tindakan susulan dari segi militer melainkan data dihantar ke agensi perisikan Russia. Itu saja?

Menyebut tentang China, laluan 370 yang dikatakan sopiah juga melibatkan kawasan wilayah Xinjiang, yang juga HEAVILY MILITARIZED dengan jujukan radar pertahanan udara dan sistem peluru berpandu anti pesawat yang dihalakan ke India sebagai cegah rintang konflik sempadan kedua-dua negara tersebut. Menghairankan kerana China sehingga hari ini tidak melaporkan sebarang pergerakan 370 melalui wilayahnya, malah tiada pintasan oleh tentera udara dibuat.

Jadi agak mustahil agensi pertahanan Russia mahupun China dan juga negara-negara Asia tengah lain tidak mendeteksi 370 yang dalam perjalanan ke Ukraine dan kemudian mendarat di Krygyztan untuk mengisi minyak kemudian terbang dan mendarat sekali lagi di Georgia, samada secara ELINT dan SIGINT baik menggunakan aset ISR udara mahupun satelit pengintipan. Takkan la tiada seorang pun warga Bishkek atau pekerja lapangan terbang antarabangsa Manas tak perasan 370 mendarat tanpa kebenaran....? Malah agak mustahil pesawat 370 terbang melalui wilayah dibawah kekuasaan China yang sudah tentu HEAVILY MILITARIZED terutamanya di sempadan China dan India serta Tibet.

grafik menunjukkan sektor-sektor liputan radar pertahanan udara Russia,jika melihat disebelah kiri foto, rangkuman liputannya turut melibatkan ruang udara sempadan Ukraine dan wilayah Kaukasus serta sebahagian kawasan Laut Hitam,yang merupakan laluan yang dikatakan sopia, pesawat 370 ambil untuk ke Sevastopol...maka persoalannya, bukankah sepatutnya 370 juga dikesan radar amaran awal udara dan radar pertahanan udara Russia pada ketika sopia mengatakan pesawat tersebut menuju ke Sevastopol...untuk rekod, ketumbukan angkatan bersenjata tentera Russia di Kaukasus, Laut Hitam dan sempadan Ukraine sangat aktif berikutan konflik Chechnya dan Ossetia Selatan,Georgia serta ketegangan hubungan antara Russia dan Ukraine sendiri...maka pesawat tidak dikenali dengan mudah dipintas dan dikenalpasti...

kalau betullah radar-radar pertahanan udara Russia di Kyrgystan, Turkmenistan, Kazakhstan dan disepanjang sempadan Russia dengan wilayaH Kaukasus, mengesan MH370 seperti apa yang dicanangkan Sofea Jane then....kenapa negara-negara terbabit tak hantar pesawat pejuang untuk buat identifikasi dan pemintasan...dan mengarahkan 370 untuk mendarat di pangkalan-pangkalan udara mereka..

Ini juga berlaku pada India yang dalam kenyataan sopia mulanya mengatakan pesawat melalui kepulauan Maldives menuju Diego Garcia tetapi berubah destinasi.

maka jelas sebenarnya negara-negara tersebut LANGSUNG tidak mengesan pergerakan pesawat 370 pun melalui wilayah-wilayah mereka, dan bukti radar konon2 sopia yang jelas satu rekaan serta palsu dan bercanggah dikuatkan lagi dengan tiada laporan pemintasan mahupun identifikasi dari angkatan udara negara-negara seperti India, Bangladesh, Russia sendiri dan Kazakhstan dan tidak terkecuali China....

jika benar India juga mengesan MH370 memasuki ruang udara mereka, kenapa tiada laporan yang mengatakan pemintasan dibuat seperti sebelum ini yang kononya menurut sopia media India dihalang membuat laporan pesawat menuju ke selatan Lautan Hindi dimana jelas wujud percanggahan dari segi kenyataan dan fakta serta bukti dari sopiah sendiri

....soalan sama saya tujukan berkenaan Pakistan dan tak lupa Afghanistan yang mana kedapatan sejumlah radar pertahanan udara yang melindungi pangkalan-pangkalan tentera penceroboh Amerika dan sekutunya yang bertindih antara satu sama lain....dimana benua Asia Selatan dan Asia Tengah merupakan HEAVILY MILITARIZED AIRSPACE yang bukan sahaja mempunyai jujukan radar pertahanan udara, malahan taburan pangkalan udara yang menempatkan Quick Reaction Alert aircraft dan juga sistem peluru berpandu anti pesawat pelbagai jangkauan jarak...

dan takkan tak ada satu pun pesawat pejuang China, Russia dan Amerika yang membuat pemintasan bila dikatakan radar-radar mereka mengesan MH370 merentasi sempadan dan ruang udara negara-negara terababit....memandangkan masing-masing dah tahu kemana pesawat tu pergi berdasarkan maklumat risikan yang trampil....bak kata sopia.....

ok kalau ikut data dan kenyataan sopia, pesawat merentasi Bangladesh, Nepal, dan Kyrgystan dan dikatakan negara-negara yang tidak maju dan tiada radar pertahanan udara moden...

well dia tidak tahu yang jangkauan jarak pengawasan udara India serta China turut meliputi Bangladesh dan Nepal...so takkan China x pernah deploy pesawat pemintas or tak keluarkan data radar ke mengesahkan MH370 melalui ruang udara Nepal dan Tibet.....so far data yang dikatakan sahih pun tak sahih, malah palsu lagi....dengan foto-foto kononnya data dan bukti dari Turkmenistan dan Kazakhstan tapi sebenarnya hanya kepilan foto laporan media dari internet yang kemudan ditokok tambah oleh sopiah sendiri.....

akhir sekali..tiada langsung sighting dari kalangan pekerja awam lapangan terbang di Bishkek dan Sevastopol yang mengendalikan penerbangan awam dan untuk rekod kedua-dua bandaraya di Krygyzstan dan Ukraine ini bukan pekan kecil ala-ala Ulu Tembeling tetapi sebuah bandar metropolitan lengkap dengan lapangan terbang antarabangsa yang merupakan sebahagian dari pangkalan tentera udara...jadi takkan bila MH370 mendarat disana satu orang pun tak nampak dan tak snap gambar pesawat tersebut...takkan la sorang pun anggota perisikan Russia tak tergerak hati nak snap gambar ye dak...depa hebat kot....dunia sekarang dunia yang mudah viral tetapi sehingga hari ini tidak ada foto jelas 370 kelihatan mendarat atau berada di tempat-tempat yang saya sebutkan diatas.

nampak flaw teori ukraine yang sangat jelas sebenarnya tiada asas....sama seperti teori2 lain yang kedapatan meluas di media sosial...dimana adanya missing link yang menidakkan teori-teori tersebut seluruhnya

saya cuba mengajak anda semua fikir sejenak dari percaya secara melulu teori2 konspirasi sopia jane...

laporan risikan, data-data dari radar pertahanan udara (yang direka) lengkap...dan sopia jelas mengutarakan yang negara seperti India, China,Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Russia sudah tahu kemana dan dimana dan mengesan pergerakan 370 enroute ke Ukraine namun negara-negara tersebut hanya tengok saja dan bagi lepas...tanpa ada tindakan pantas.....

..check la posting2 dia yang datang dari page2 dia sendiri yang dikatakan di block FB (padahal dia tutup sendiri akaun)....

kenapa tiada tindakan militer seperti pemintasan dan interogasi serta identifikasi pesawat dibuat oleh negara-negara tersebut....

sehingga artikel ini ditulis, Russia masih bergelut berkenaan MH17 dan tidak mempunyai pendirian berkenaan MH370, dan masih belum ada laporan rasmi dari pihak tentera berkenaan MH370 melainkan dari sopiah yang menyalahguna nama Russia untuk teruskan penipuannya.....

pelik sebab hampir 9 buah negara pesawat tu meredah angkasaraya...tak ada satu pun yang buat interception..

bukti yang dipaparkan sopiah pada posting kami sebelum ini sudahpun terbongkar kepalsuannya, dan dikatakan sopiah akan membalas namun balasan yang kami terima langsung tidak mengandungi fakta tetapi penuh dengan retorik dan persepsi....

anda nilaikan sendiri yang mana bathil dan yang mana haq.....semoga Allah membuka mata hati pembaca sekelian....

MMP

p/s - saya mencabar sofea membuka page nya kepada umum untuk berlaku adil

kenapa hanya simpan penyokong tegar anda sahaja...kenapa tidak benarkan orang-orang biasa yang lain juga bersama dalam membincangkan teori anda...kalau anda dipihak yang benar kenapa perlu takut kepada hujah hujah kami sekelian..? tak salah tak takut kan brother....atau memang anda terbukti salah dan tak mahu pekung anda terbuka kepada umum....

jadi gentlemen...

platform kami terbuka kepada semua tanpa ada blockage....malah komentar pentaksub profil anda juga saya biarkan di blog dan fb kami untuk berinteraksi dengan pengunjung-pengunjung lain...

what do you have to loose..?

comments
1.. Mr. KJanuary
sevastopol berada dalam naungan Russia tanggal 18 mac...MH370 hilang 10 hari sebelumnya.
namun perlu dingat sentimen warga crimea 95% menyokong Russia dibuktikan melalui pungutan suara pemisahan Crimea dari Ukraine dan sejumlah defection askar askar Ukraine dan Armada laut Ukraine yang berpaling tadah menyokong Russia makanya mustahil tiada maklumat dari askar2 ukraine pro russia dan warga warga ukraine berbangsa Russia.

dan gerakan pemisahan Crimea bukan bermula pada 18/3/14 bahkan bertahun sebelum itu sejak Orange Revolution dan Revolusi yang menjatuhkan kerajaan Ukraine yang pro Russia beberapa bulan sebelum MH370.

2.. ikansadinmknorang
tepat sekali, dan penekanan yang russia sudah pun menjadikan sevastopol naungannya memudahkan lagi pesawat dijumpai

namun sehingga kini...nadai...

3.. fami roe
admin..kyrgyzstan ni negara neutral ke camne? kenapa ada dua pengkalan udara negara (Amerika dan Russia) yang memang seteru antara mereka ada di kyrgyzstan? sekadar bertanya..

4.. Burhanudin SHARIF TAHIR
Diaorg dah spray mh370 kaler pink kot....hahaha

5.. ikansadinmknorang
kyrgyzstan adalah negara yang sedang membangun setelah keluar dan merdeka dari cengkaman USSR satu ketika dahulu. mereka belajar dari negara ASEAN dalam perkara hubungan luar, tetapi kecenderungan mereka lebih terarah kepada Russia.

penempatan pangkalan tentera AS itu bersifat sewaan, dengan bayaran dibuat kepada kerajaan Kyrgyzstan...dan kontrak nya sudah tamat beberapa tahun lepas.pangkalan tersebut tidak menempatkan pesawat tempur tetapi lebih kepada pusat transit bekalan dan anggota tentera yang bertugas di Afghanistan.

pangkalan russia pula menempatkan angkatan udara russia, yang menjadi pangkalan hadapan luar negara.ia bersifat serampang dua mata, iaitu melindungi kepentingan ekonomi russia (iaitu sumber asli petroleum dan gas) dan pada masa sama menidakkan anasir kuasa besar lain yg cuba mengambil alih tampuk pemerintahan negara tersebut dengan meletakkan pemimpin boneka

6.. Cik Ngoh Ehar
mocit Sharifah ni kan,

7.. Nazrul Heracle
Hahahha.. Aku faham dah what's going on here.. Kehkehkeh Sharifah and sardin.. Hahahaha... Faham faham...

JAWATAN KOSONG BARU ·

Kalau takde pucuk, akar pun jadilah..

sman ·

Sharifah Sofiah, siapa Sharifah Sofiah ni ?.Bekas CIA,bekas KGB atau bekas perisik India atau Cina.Kalau nak 'menggeparkan' pun, kemukakan bukti macam Wikki Leaks,jangan tulis je buat cerita.

saya.... ·

Boleh bg kredit kat sofia ni....kadang-kadang orang bodoh lah yang membuatkan si bijak pandai bersuara menunjukan kepandaiannya......kalau tak harem nak bagitau. Macam dalam bisness si-tokey buat idea gila-gila dan bodoh dan sstaff yg pandai-pandai belake akan merealisasikan idea 'bodoh' ini hingga berjaya. Walaupun tulisan sofia ini boleh mendatangkan kesan yang buruk.....at least yang tak tau apa ni dapat jugak sikit info....hehe.

Mh17 ·

hanya PM dan seangkatan dgnnya yg tahu kedudukan sebenar MH370,,,

MH370- KANTOI penumpang ukraine MH370 masih hidup dan Lokasi MH370 ada di bawah tanah ???
kitabantai.info
Kita Bantai

Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik Malaysia

baca lagi kupasan dan bukti2 oleh kapten Sharifah Sofia Syed Rashid
Kemana pesawat tersebut berada dan apakah nasib kesemua penumpang dan anak-anak kapal MH 370 akan terjawab fan menemui noktah yg muktamad.

Sah pesawat Boeing 777 yang mempunyai sistem berkomputer aitu ' fly by wire system ' berjaya digodam oleh seseorang yang berkemahiran tinggi yang berada di dalam pesawat MH 370 sebelum seseorang masuk ke dalam kokpit pesawat dan mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie.

2 penumpang yang dimaksudkan itu ialah dari Ukraine iaitu Oleq Chustrak dan Segil Deineka yang berjaya mengodam sistem tersebut dan mematikan transponder dan seluruh suis yg berada dlm pesawat MH 370 secara automatik sebelum menceroboh masuk ke dalam kokpit pesawat.

Ikuti bukti-bukti saintifik dan fakta-fakta tentang konspirasi tertinggi yang didalangi oleh Amerika dan Yahudi laknatullah di bawah ini yang disampaikan secara eksklusif oleh Sharifah Sofia Syed Rashid

Usaha mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian beralih di Selat Melaka dan selepas itu di Laut Andaman, sebelum pasukan SAR mencari dan mengalih tumpuan ke perairan Australia Barat iaitu di Selatan Lautan Hindi. Susulan daripada pencarian yg berubah-rubah ini penyiasat telah pun membuat kesimpulan yg sebenarnya laporan MH370 " berakhir " dilautan hindi adalah teori dan rekaan semata-mata.

Perhatikan gambarrajah di bawah ini yang menunjukkan pesawat MH370 cuba membuat u-turn.Yg sebenarnya sewaktu MH370 hilang dari radar yg pesawat tersebut telah pun melalui ruang udara Thailand.

Kerajaan Thailand " mengisytiharkan " bahawa dpt mengesan pesawat MH370 melalui ruang udaranya. Bila ditanya kenapa Thailand tidak memaklumkan kpd kerajaan Malaysia ttg hal ini., mereka menjawab sbb kerajaan malaysia tak tanya mereka.... Inilah laporan yg betul dan telah disahkan serta disiarkan oleh semua media termasuk media utama di Malaysia.
Selang beberapa hari kemudiannya media-media M'sia tiba-tiba mengeluarkan berita yg dianggap ' uturn ' bahawa Kerajaan Thailand menafikan laporan yang mengatakan radar Thailand dapat mengesan pesawat MH 370 lalu diruang udaranya.

Nampak tak tangan ghaib di sini siapa ?

Ni dia wajah 2 penumpang MH370 dari Ukraine iaitu Oleg Chustrak & Sergii Deineka iaitu askar upahan yg terlatih. Beliau merupakan agen CIA yg berjaya mengambil alih pemanduan dari Kapten Zaharie dan menerbangkannya ke koridor utara

Kedua-dua dajjal ini mempunyai rekod jenayah dlm data base Russia iaitu :-

(1) Percubaan untuk bunuh president Angola(2) Pernah mengebom Balai Polis Bab Azzur(3) Pembunuh upahan untuk peperangan di serbia, (4) Menjual senjata haram pada Al-Qeeda & agen CIA US.

Ni bukti yg penumpang Ukraine yang menaiki pesawat MH 370 masih hidup. lihat oleg Chustrak ini boleh online webcam lagi pada 28/7/2014 semasa bercuti di Bali .Pesawat MH hilang pada 08/03/14..

Sekarang ni FSB Russia sedang memburu kedua-dua dajjal yang telah menghijacked pesawat MH 370

Di bawah ni bukti yang diambil di akhbar russia " The voice of Russia & Ria Novosti " .

Kerajaan Thailand tunjukkan bukti dan serahkan kepada Russia. Radar Thailand di Phuket berjaya mengesan pesawat MH 370 ditutup transponder dan cuba terbang rendah di bawah 1000 meter menghala ke utara andaman sea seterusnya pergi ke Bangladesh pada jam 2.40 pagi..

Take Note: Data sulit Marshal Montol Suchookorn ini telah diserahkan pada kerajaan Russia sebagai bukti pesawat MH 370 telah terbang rendah melalui radar udara Thailand.

Okey ni bukti penting yang ingin ditunjukkan kepada dunia dan kepada semua keluarga mangsa pesawat MH 370 ke mana sebenarnya MH 370 dibawa.

Perhatikan baik-baik tracking route map pesawat MH 370 bergerak. Dari aceh Thailand Bangladesh Nepal Kyrgyzstan besh tesh valley talas caspian sea Azerbaijan, Georgia & seterusnya ke sevastopol air base Ukraine....

Menurut Serik Mukhtybayev pesawat MH 370 yg dipandu oleh Oleq Chustrak dan Sergii Deinika sengaja dipandu mengikut laluan negara tidak maju untuk elak di kesan oleh radar moden.

Sebelum pesawat MH 370 sampai ke Ukraine, pesawat tersebut sempat mendarat di Kyrgyzstan untuk mengisi minyak iaitu us airbas airport lama yg dulu digunakan utk menyerang Afganistan dan meneruskan perjalanan ke Sevastopol airbase ukraine....

TAKE NOTE: Pesawat MH 370 tidak terhempas di lautan hindi Australia seperti yang didakwa oleh inmarsat dan media-media pro usa. Perhatikan bulatan biru itu radar russia di kg.Talas berjaya mengesan pesawat MH 370 menghala ke Ukraine.

Anda tahu siapa orang di bawah ni. Dialah orang yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan Russia untuk menjaga radar di sempadan Kg. Talas. Nama beliau ialah Mr. Serik Mukhtybayev. Beliau berjaya mengesan pesawat MH 370 merentasi sempadan Kazakhstan pada jam 8.15 pagi (waktu Malaysia)

Take Note (Penting): Walaupun pesawat MH 370 cuba ditutup atau diduplicate transponder. Radar Russia masih boleh mengesannya.. Menurut Serik Mukh org yg bertanggunjawab menjaga radar pada 08 march 2014, pesawat MH 370 berjaya dikesan bersembunyi di belakang pesawat SIA68 15 minit melintasi Kazakhstan menuju ke ukraine

Semua keluarga mangsa MH 370 termasuk Malaysia sendiri telah dikencing hidup-hidup oleh laporan Inmarsat yg berpangkalan di UK yang mengatakan pesawat MH 370 telah terhempas di selatan lautan hindi. Yg sebenarnya pesawat tersebut tidak terhempas mahupun pun ditembak.

Ini bukti pesawat MH 370 menghala ke Koridor Utara menuju ke Ukraine. Kali ini data radar tentera Kazakhstan pula mengesannya pada jam 08.59 pagi pesawat transponder MH 370 cuba ditutup merentasi sempadan Kyrgyzstan - Kazakhstan- laut caspian - Georgia -dan seterusnya menghala ke sevastopol ukraine.

Maklumat data sulit di bawah ini berjaya diberikan oleh negara Kazakhtan dan diserahkan kpd Serik Mukhtybayev org yg menjaga radar di Kg. Talas (Russia)

Anda nak bukti lagi nah ambik ni...

Ni satu lagi bukti radar tentera di Turkmenistan berjaya mengesan Pesawat MH 370 yg ditutup transponder cuba sembunyi di belakang pesawat SIA68 di (-48E70/Singapore) menuju arah utara ke Ukraine.

Ni bukti terakhir kedudukan lokasi sebenar dimana pesawat MH 370 disembunyikan sekaligus Russia berjaya mengcheckmate Amerika dlm kes misteri kehilangan MH 370 yg selama ini membelenggu masyarakat dunia

Satelite x-ray russia berjaya mengesan 1 pesawat boieng awam disembunyikan dalam bangunan bawah tanah di kem tentera udara sevastopol, ukraine... Setelah disahkan pesawat tersebut ialah pesawat MH 370 milik Malaysia

Nilah dia 2 gambar dajjal dunia iaitu Yatsenyuk & Obama yg merancang untuk kes pesawat MH 370 dan MH 17

Ramai yg tertanya kenapa Amerika memilih pesawat MAS dlm siri dajjalnya. Ini jawapannya:

Tujuan sebenar Amerika menyuruh Ukraine hijacked pesawat MAS adalah untuk mendapat dana dari PBB sebanyak 1bilion usd... Apabila dapat duit sebanyak tu dari PBB UKraine hendak membayar tunggakan gaji kakitangan kerajaan dan tenteranya dari bulan ogos 2013 hingga ogos 2014.

Manakala ekonomi dan nilai mata wang Dollar Amerika sudah jatuh so Amerika memgambil kesempatan untuk.menagih simpati dari duit PBB dengan cuba menuduh Russia cuba menembak pesawat MH 370 tetapi gagal kerana setelah MH 370 dilandingkan di Ukraine dan ditukar enjin tiba-tiba pesawat tidak boleh diterbangkan dan Plan B digunakan untuk menuduh Russia tembak pesawat MH 17. Atas dasar ini Amerika melihat Malaysia sebuah negara yg kecil yg tidak mempunyai musuh dan berbaik dgn semua negara maka senanglah Amerika menjadikan pesawat Malaysia sebagai sasaran dlm kata lain dikambing hitamkan.

TIMBUL PERSOALAN di sini: Siapa yg berani mendakwa 2 dajjal ni utk dihadapkan ke mahkamah antarabangsa di suatu hari nanti ataupun di akhir cerita nanti berkesudahan dgn peperangan yg mana Amerika dan sekutu-sekutunya akan diserang oleh Russia dan sekutu-sekutunya.

Tunggu dan lihat bagaimana kes berprofil paling tinggi di dunia setakat ini akan berakhir *y)

SUMBER BERITA CANANGLANIE

Read more: http://www.kitabantai.info/2015/01/mh370-kantoi-penumpang-ukraine-mh370.html#ixzz3NlGrpf66
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: