Tuesday, March 24, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4159

11 Messages

Digest #4159
1a
2
Fw: SILING LRT MASJID JAMEK RUNTUH by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
6
Fw: Kemas Kini Windows 10 Percuma by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
7
Fw: Bas pertama guna tenaga najis manusia by "-:eSpAcE9808:-" rienacom
8a

Messages

Mon Mar 23, 2015 8:37 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gambar ruang dalam 'private jet' baru kerajaan Malaysia
bloglist-malaysia.blogspot.
milosuam.blogspot
.
‎SETIAUSAHA Agung KEADILAN, Saudara Rafizi Ramli hari ini dilapor mempersoalkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang telah menghabiskan RM28 juta untuk menghias 'private jet' berharga RM456 juta.


Menurut Rafizi Ramli, jet peribadi mewah model ACJ320 yang dibeli khas untuk kegunaan Perdana Menteri itu ‎sudah cukup mewah dan cantik kerana itu beliau mempersoalkan kewajaran Najib menghabiskan RM28 juta untuk menghias dan menaik taraf ruang kabinnya.

‎Di bawah ini beberapa keping gambar yang dilampirkan bersama oleh Rafizi Ramli dalam sidang medianya sebentar tadi.

"Bermewah-mewah dengan duit rakyat"

Read more: http://milosuam.blogspot.com/2015/03/gambar-ruang-dalam-private-jet-baru.html#ixzz3VCRcaWce

Mon Mar 23, 2015 3:43 pm (PDT) . Posted by:

"dollahmamat" dollahmamat

Apasal si mamat tu dok sibuk pasal jet jee...
Apasal dia tak ungkit pasal Masaalah rakyat yg lebih utama,lebih-lebih lagi kawasan dia tuuu...
Utamakan laa hal rakyat yg perlu diungkittt....
Ni hal.hal remeh mcm ni yg dia dok sibukk...
Apa level ahli parlimen mcm nii...

Sent from: Lenovo A850+

"'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

>Gambarruangdalam'privatejet'barukerajaanMalaysiabloglist-malaysia.blogspot.milosuam.blogspot.‎SETIAUSAHAAgungKEADILAN,SaudaraRafiziRamlihariinidilapormempersoalkankerajaanMalaysiadibawahpimpinanPerdanaMenteriNajibTunRazakyangtelahmenghabiskanRM28jutauntukmenghias'privatejet'berhargaRM456juta.‎MenurutRafiziRamli,jetperibadimewahmodelACJ320yangdibelikhasuntukkegunaanPerdanaMenteriitu‎sudahcukupmewahdancantikkeranaitubeliaumempersoalkankewajaranNajibmenghabiskanRM28jutauntukmenghiasdanmenaiktarafruangkabinnya.‎DibawahinibeberapakepinggambaryangdilampirkanbersamaolehRafiziRamlidalamsidangmedianyasebentartadi."Bermewah-mewahdenganduitrakyat"Readmore:http://milosuam.blogspot.com/2015/03/gambar-ruang-dalam-private-jet-baru.html#ixzz3VCRcaWce

Mon Mar 23, 2015 11:31 pm (PDT) . Posted by:

cirit3

Dia bising sbb gunakan duit rakyat....kalau duit sendiri, biar
piii lah...
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
From: dollahmamat dollahmamat@yahoo.com [automobil]Sent: Tuesday,
24 March 2015 06:43To: '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil]Reply To: automobil@yahoogroups.comSubject: Re:
www.groupautomobil.blogspot.com - Fw: ruang dalam 'private jet'
baru kera_jaan

Apasal si mamat tu dok sibuk pasal jet jee...
Apasal dia tak ungkit pasal Masaalah rakyat yg lebih
utama,lebih-lebih lagi kawasan dia tuuu...
Utamakan laa hal rakyat yg perlu diungkittt....
Ni hal.hal remeh mcm ni yg dia dok sibukk...
Apa level ahli parlimen mcm nii...



Sent from: Lenovo A850+

"'-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]"
<automobil@yahoogroups.com> wrote:




Gambar ruang dalam 'private jet' baru kerajaan Malaysia
bloglist-malaysia.blogspot. milosuam.blogspot .
‎SETIAUSAHA Agung KEADILAN, Saudara Rafizi Ramli hari
ini dilapor mempersoalkan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan
Perdana Menteri Najib Tun Razak yang telah menghabiskan RM28
juta untuk menghias 'private jet' berharga RM456 juta.

<http://3.bp.blogspot.com/-w0HKLRns3tw/VQ_RTsnbkAI/AAAAAAAABO4/Kv\
Vxv84CMSE/s1600/jet%2BRosmah-781652.jpg> Menurut Rafizi Ramli,
jet peribadi mewah model ACJ320 yang dibeli khas untuk kegunaan
Perdana Menteri itu ‎sudah cukup mewah dan cantik kerana
itu beliau mempersoalkan kewajaran Najib menghabiskan RM28 juta
untuk menghias dan menaik taraf ruang kabinnya.
‎Di bawah ini beberapa keping gambar yang dilampirkan
bersama oleh Rafizi Ramli dalam sidang medianya sebentar tadi.


<http://2.bp.blogspot.com/-KjfjlhwX0Io/VQ-67pdyIvI/AAAAAAAABN4/sz\
h2dNNsXQo/s1600/Private%2BJet%2BRosmah-754499.png>
<http://2.bp.blogspot.com/-BrI045hFN4k/VQ-69AzI7RI/AAAAAAAABOQ/lb\
LPZ6Q7mb0/s1600/Private%2BJet%2BRosmah%2B2-760279.png>
<http://1.bp.blogspot.com/-LpSact2erns/VQ-6-FoPsRI/AAAAAAAABOc/M0\
tO4Mf-Awg/s1600/Private%2BJet%2BRosmah%2B3-763985.png>

<http://3.bp.blogspot.com/-Dnz8TDJeDV8/VQ-6-91KosI/AAAAAAAABOo/IZ\
l_zDC-iYI/s1600/Private%2BJet%2BRosmah%2B4-766851.png>
"Bermewah-mewah dengan duit rakyat"
Read more:
http://milosuam.blogspot.com/2015/03/gambar-ruang-dalam-private-j\
et-baru.html#ixzz3VCRcaWce
<http://milosuam.blogspot.com/2015/03/gambar-ruang-dalam-private-\
jet-baru.html#ixzz3VCRcaWce>





Mon Mar 23, 2015 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

SILING LRT MASJID JAMEK RUNTUH

Posted by OMAK KAU!!!

Pengguna LRT menjadi gempar apabila sebahagian siling bumbung stesen LRT Masjid Jamek dilaporkan runtuh, petang tadi.

Melalui beberapa foto yang diperolehi dapati kawasan berkenaan sudah ditutup dari kegunaan orang ramai.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Mon Mar 23, 2015 8:38 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

INILAH WAJAH WANITA PEMBULI JALAN YANG SEDANG DI BURU POLIS.

Posted by OMAK KAU!!!

Polis sedang memburu seorang wanita yang didakwa mencederakan seorang wanita Perancis di Jalan Krokop 10 di sini semalam. Kejadian itu yang berlaku kira-kira 11 pagi turut menjadi viral dalam laman sosial.

Ketua Polis Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa yang berusia 44 tahun menetap di sini bersama suaminya yang juga warga Perancis dan bertugas sebagai juruterbang.

Laporan polis telah dibuat.

"Mangsa mendakwa suspek telah mengundur keretanya dan hampir melanggar ibu mangsa yang sedang berada di belakang kereta mangsa.

"Mangsa telah berteriak kepada suspek bagi memberi amaran mengenai kehadiran ibunya di belakang kereta suspek.

"Namun suspek keluar dari keretanya dengan membawa payung dan terus meludah kepada mangsa," katanya sambil menambah mangsa mendakwa dipukul sehingga dia cedera di kepala dan terpaksa mendapat rawatan di hospital.

Tian Kee berkata, kereta suspek didapati didaftar di bawah sebuah syarikat katering. Kes merupakan kali kedua di Sarawak bulan ini dan tersebar melalui media sosial

Mon Mar 23, 2015 8:39 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KALAULAH BEGINI CARANYA PARA KONTRAKTOR DINEGARA KITA BUAT JALANRAYA ALANGKAH BAGUSNYA.

Posted by OMAK KAU!!!

Pasti tidak kedengaran lagi ungkapan jalan sering berlubang dan berlopak-lopak walaupun baharu sangat dibina.

Tidak lagi berlaku kejadian penunggang motosikal maut sebab terlanggar jalan berlubang ... kejadian jalan berombak-ombak pasti menjadi sejarah ... kenderaan rosak dan sering ke workshop disebabkan jalan tidak baik dan rata sudah berkurangan .. akhirnya rakyat juga yang dapat manafaat dan nikmat.

Mon Mar 23, 2015 6:27 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

more hole = more job = more contract = more money.

2015-03-23 23:39 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
>
> *KALAULAH BEGINI CARANYA PARA KONTRAKTOR DINEGARA KITA BUAT JALANRAYA
> ALANGKAH BAGUSNYA.*
>
> Posted by OMAK KAU!!!
>
> Pasti tidak kedengaran lagi ungkapan jalan sering berlubang dan
> berlopak-lopak walaupun baharu sangat dibina.
>
> Tidak lagi berlaku kejadian penunggang motosikal maut sebab terlanggar
> jalan berlubang ... kejadian jalan berombak-ombak pasti menjadi sejarah ...
> kenderaan rosak dan sering ke workshop disebabkan jalan tidak baik dan rata
> sudah berkurangan .. akhirnya rakyat juga yang dapat manafaat dan nikmat.
>
>
>

Mon Mar 23, 2015 8:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Nak Beli Kereta Cukai Mahal, Nak Guna Bas Tambang Naik, Nak Bayar Bil Kena Cukai.
bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net

Apa nak jadi dengan diri kita neh. Serba serbi menghimpit kewangan yang kita tak seberapa pun.

Hari ini ada 2 berita yang mengesahkan bagaimana GST akan membebankan rakyat Malaysia. Ini realiti kehidupan. Bukan macam iklan-iklan bodoh di kaca tv tue.

Yang pertama tambang pengangkutan awam bagi beberapa kategori seperti bas ekpress dan teksi akan dinaikkan sehingga mencapai kadar 67% banyaknya.

Kenaikan akan bermula pada 1 April 2015.

Kenaikan ini dikatakan tiada kaitan dengan GST. Sebaliknya berpunca dari kos penyelenggaraan dan insurans yang semakin meningkat.

Kenaikan yang sama juga akan berlaku ke atas setiap tambang bas ekpress. Kenaikan itu pula akan mencapai hingga ke tahap 22.6% tingginya.

Pada awalnya berita melaporkan tambang bas ekpress akan dinaikkan pada 1 April 2015. Namun entah macam mana SPAD tukar keputusan dengan 'meminda&#39; tarikh kenaikan pada 15 Mei 2015. Aku rasa dorang sedar yang rakyat sedang menganalisa tindakan mereka.

Kau kata GST tidak akan mempengaruhi pengangkutan awam. Tetapi tambang itu juga la yang naik selaras dengan pengenalan GST. Kau tak perlu mengaku. Tetapi rakyat ada akal untuk menilai.

Serentak dengan pengumuman SPAD, kita didedahkan pula bahawa membayar bil juga akan dikenakan GST.

Baca ;

Bayar bil akan dikenakan GST. Walaupun bayar di kaunter Pos Malaysia.

Pendek kata, semua perkhidmatan yang dicaj ke atas kita oleh bank atau apa-apa jenis perkhidmatan sekalipun, kita tertakluk kepada pembayaran cukai.

Bil internet kita akan dicukai.
Transfer duit akan dicukai.
Bayar bil akan dicukai.
Keluar duit ikut MEPS akan dicukai.
Elektrik kita akan dicukai.
Beli barangan akan dicukai.
Guna kenderaan akan dicukai.
Guna jalanraya pun ada cukai.

Kalau takde cukai akan berlaku kenaikan.
Kita akan berdepan dengan cukai dan kenaikan atau kedua-duanya sekaligus dalam persediaan menghadapi GST.

Dan GST masih lagi tidak akan membebankan rakyat Malaysia kata menteri.

Yang memperkenalkan polisi itu menteri.
Yang terkesan dengan polisi itu rakyat.
Oleh kerana menteri yang perkenalkan maka adalah amat wajar untuk menteri pertahankan polisi tersebut.

Tapi bukan kah yang patut menentukan samada polisi itu membebankan atau tidak, ia adalah tanggungjawab rakyat untuk mengulas?

Menteri tak boleh dan tak patut jawab bagi pihak rakyat. Biar rakyat sendiri yang bersuara. Sila buat pungutan suara. Sila buat bancian sekarang. Tengok rakyat terima atau tidak pelaksanaan GST yang mencukai kebanyakkan perkara samada miskin atau kaya. Aku nak tengok macam mana menteri ternganga.

SYUKUR DAN TERIMA KASIH KEPADA PENGERUSI SPAD ATAS PENGUMUMAN INI .. TAMBANG KOMUTER NAIK SEHINGGA RM7.10 MULAI MEI

Posted by OMAK KAU!!

KTM Berhad (KTM) hari ini mengumumkan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan KTM Komuter dengan peningkatan sehingga RM7.10 berkuat kuasa 1 Mei.

KTM dalam satu kenyataan berkata, perbezaan kadar tambang sehala yang baharu berbanding tambang sedia ada adalah bergantung kepada jarak perjalanan daripada 1 stesen ke stesen yang lain.

Ia turut memaklumkan kadar baharu diskaun tiket sebanyak 20% bagi pemegang tiket tambah nilai, diskaun antara 18% hingga 26% kepada pemegang pas mingguan serta diskaun 19% hingga 35% bagi pemegang pas bulanan, bergantung kepada jarak perjalanan.

Sementara itu, pengguna warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun pula akan terus menikmati tambang konsesi pada kadar 50% daripada tambang tunai yang baharu.

"Seperti yang sedia maklum, perkhidmatan KTM Komuter menunjukkan peningkatan yang ketara dari aspek ketepatan masa perjalanan dan tahap keselesaan penumpang sejak penggunaan tren baharu enam koc mulai tahun 2012.

"Penggunaan tren baharu 6 koc yang sangat konsisten prestasinya melonjak ketepatan masa perkhidmatan KTM Komuter dari hanya 17% pada 2011 kepada 97% pada 2014," kata KTM.

Ia berkata, pelarasan tambang itu dilaksanakan selepas mendapat kelulusan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang kadar baharunya turut dikecualikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Kali terakhir KTM melaksanakan pelarasan tambang ialah pada Februari 2003.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar hari ini turut mengumumkan penyelarasan kadar tambang teksi dan kereta sewa antara 20% hingga 67% berkuat kuasa serta merta manakala pada mulai 15 Mei, tambang bas ekspres akan naik 22.6%.

Kenaikan tambang dibuat selepas mengambil kira keperluan pihak pengusaha yang terbeban dengan kenaikan harga kos termasuk kos penyelenggaraan serta demi kepentingan orang ramai yang menggunakan perkhidmatan itu.

Bermula 1 April, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kadar tambang baharu di semua stesen KTM Komuter, laman sesawang KTM Berhad di www.ktmb.com.my atau mengubungi Pusat Panggilan KTMB 1300-88-5862. – Bernama

Mon Mar 23, 2015 8:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kemas Kini Windows 10 Percuma Walaupun Anda Pengguna Versi Cetak Rompak

Dilulus untuk paparan oleh PenorehGetah
tranungkite.net

Berita baik kepada pembajak sistem operasi Windows seluruh dunia. Microsoft tidak akan menghukum anda sekiranya anda pengguna sistem operasi mereka secara cetak rompak. Pengguna Windows 8.1 dan 7 akan dapat melakukan kemas kini secara percuma apabila Windows 10 dijangka memasuki pasaran musim panas akan datang.

Apakah logik di sebalik tindakan Microsoft ini?

Pertama sekali ia mengurangkan fragmentasi di kalangan pengguna. Strategi ini sama seperti strategi sistem operasi peranti pintar yang memberikan kemas kini terbaru tanpa sebarang bayaran. Dengan penggunaan satu sistem operasi secara menyeluruh ianya juga menjimatkan kerja yang perlu dilakukan oleh Microsoft untuk memperbaiki kerentanan pada sistem operasi pelbagai versi. Ianya juga berharap dapat memastikan pengguna di sektor korporat untuk dapat mengemaskini kesemua komputer Windows mereka kepada versi lebih selamat tanpa perlu memikirkan kos. - AMaZ

Mon Mar 23, 2015 8:40 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Bas pertama guna tenaga najis manusia
siakapkeli.com.my

London: Bas pertama yang menggunakan tenaga najis manusia dan sisa buangan isi rumah akan memulakan perkhidmatannya hujung bulan ini.

Bagaimanapun, ia dijamin tidak akan berbau busuk atau kotor.

Dengan menggunakan kuasa gas biomethane, bas itu yang dikenali 'Bio-Bus' akan menggunakan sisa buangan daripada 32,000 rumah di sepanjang laluannya sejauh 24 kilometer.

Dikendalikan oleh syarikat bas First West of England, bas itu akan mengisi bahan tenaganya di Avonmouth, Bristol, tempat najis dan sisa makanan ditukar menjadi gas biomethane.

Bas yang boleh membawa 40 penumpang itu mula diperkenalkan di Bristol untuk khidmat cubaan tahun lalu.

Menurut syarikat berkenaan, bas itu bagaimanapun akan digunakan selama empat hari seminggu bermula 25 Mac.

Jika berjaya, syarikat berkenaan akan menimbang untuk memperkenalkan lebih banyak bas seumpamanya.

Pengarah Urusan First West of England James Freeman berkata: "Sejak diperkenalkan tahun lalu, Bio Bus mendapat tumpuan dunia. Kami akan memastikan ia beroperasi dengan baik."

Menurutnya, kejayaan penggunaan bas itu akan membantu memulakan perbahasan mengenai cara penggunaan bahan tenaga bagi kenderaan dalam usaha untuk meningkatkan mutu alam sekitar. - AFP

Mon Mar 23, 2015 6:04 pm (PDT) . Posted by:

"Zaiedishaq" zaiedishaq

Cukai yg 300% tu tukar dengan 6% (oh, bermimpi rupanya..)
n_n

2015-03-23 0:07 GMT+08:00 '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg
[automobil] <automobil@yahoogroups.com>:

>
>
> 
> *KERETA TERPAKAI KENA GST JUGAK...HIDUP BN *
> bloglist-malaysia.blogspot
> pkrl.blogspot.
>
> "Pembeli (kereta terpakai) tidak akan terjejas dengan kenaikan harga
> kerana GST hanya dikenakan ke atas pengedar kereta terpakai berdasarkan
> keuntungan daripada jualan kereta.
>
> Harga keseluruhan kereta lebih murah dengan GST, kata kastam
>
>
> Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad berkata secara
> keseluruhannya harga kereta akan menjadi lebih murah selepas GST. – Gambar
> Reuters, 22 Mac, 2015.
>
> Secara keseluruhannya harga kereta akan menjadi lebih murah selepas Cukai
> Barang dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan 1 April, kata Ketua Pengarah
> Kastam Datuk Seri Khazali Ahmad.
>
> Beliau menjelaskan GST hanya 6% peratus sahaja manakala cukai jualan
> kenderaan ketika ini ialah 10%. Cukai jualan kenderaan akan dimansuhkan
> pada 1 April, katanya.
>
> Khazali memberitahu Bernama, kesangsian berhubung sama ada harga akan
> naik atau turun wujud susulan terdapat kekeliruan dalam kalangan pengedar
> kereta berhubung bagaimana mereka hendak menjual kereta yang mereka sudah
> pun bayar cukai jualan kereta sebanyak 10%.
>
> "Sebenarnya, kastam akan membayar balik cukai jualan 10%yang dibayar
> mereka dengan syarat mereka harus menunjukkan dokumen rasmi sebagai bukti
> yang mereka membayar cukai itu dan masih belum menjual kereta berkenaan
> setakat 31 Mac," katanya.
>
> Presiden Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Kredit Kuala Lumpur-Selangor
> (KLSCDCCA)) Khoo Kah Jin berkata beliau tidak menjangkakan penurunan ketara
> harga kereta kerana perbezaannya mungkin diimbangi oleh harga komponen
> kereta yang diimport berikutan kadar tukaran asing lebih tinggi.
>
> "Harga kereta memang akan turun iaitu dua hingga 3% peratus dengan GST,"
> katanya.
>
> "Namun, harga itu mungkin akan naik sedikit bergantung kepada kadar
> tukaran asing kerana kebanyakan komponen kereta adalah diimport, contohnya
> Amerika Syarikat, Eropah dan Jepun," katanya.
>
> Khoo berkata bagi kereta terpakai, harganya juga dikenakan GST namun
> dimasukkan ke dalam Skim Margin bagi mengelakkan pembayaran cukai
> berganda.
>
> "Pembeli (kereta terpakai) tidak akan terjejas dengan kenaikan harga
> kerana GST hanya dikenakan ke atas pengedar kereta terpakai berdasarkan
> keuntungan daripada jualan kereta.
>
> "Sebagai contoh pengedar kenderaan terpakai membeli sebuah kereta dari
> seorang individu dengan harga RM30,000, kemudian menjualnya semula kepada
> individu lain dengan harga RM60,000, maka GST akan dikenakan ke atas kadar
> keuntungan RM30,000 itu sahaja," katanya. Bernama, 22 Mac, 2015.
>
>
>
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: