Sunday, March 29, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4165[4 Attachments]

15 Messages

Digest #4165
2
Fw: Tuala wanita untuk tahan peluh? by "-:eSpAcE9808:-" rienacom

Messages

Sun Mar 29, 2015 4:11 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

HOT!!! : KESATUAN SEKERJA MALAYSIA GESA KERAJAAN MENANGGUHKAN CUKAI GST..
telokbakong.blogspot
agendsai.blogspot
Dicatat oleh Pejuang Perubahan

SUBANG JAYA - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan untuk menangguhkan dahulu pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuat kuasa 1 April ini berikutan tekanan yang akan dihadapi keluarga berpendapatan kurang RM3,500 sebulan.

Setiausaha Agung MTUC, N Gopal Kishnam berkata, di Malaysia, 65 peratus keluarga masih berpendapatan sedemikian yang dilihat masih rendah ketika ini untuk berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup.

"40 peratus gaji pekerja pula masih kurang RM2,000 sebulan. 100 peratus pendapatan (pekerja) tersebut pula hanya digunakan untuk saraan keluarga. Tiada simpanan yang boleh dilakukan kerana gaji hanya cukup untuk perbelanjaan bulanan.

"Disebabkan itu, MTUC merasakan pelaksanaan GST akan memberi kesan signifikan terhadap pekerja, sedangkan kos harian isi rumah tetap meningkat setiap hari," katanya kepada media, semalam.

Menurutnya, pendapatan bulanan yang dilihat stabil dan boleh berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup kini terutama GST adalah RM5,000 sebulan setiap individu.

"Pendapatan RM5,000 sesuai dengan perlaksanaan GST. Tetapi pendapatan seorang bukan satu keluarga.

"Sebab itu kami (MTUC) meminta kerajaan agar mengkaji semula pelaksanaan itu dan berbincang dengan pihak berkepentingan seperti MTUC untuk mengetahui rintihan rakyat," katanya.

Tambahnya, apabila GST dilaksanakan, setiap keluarga perlu menambah pendapatan mereka sekurangnya RM200 sebulan untuk menampung perbelanjaan harian.

"Namun bagaimana mahu mendapatkan pendapatan tambahan itu di kala ketika ini kebanyakan kerja sampingan dimonopoli pekerja asing.

"Sekalipun untuk bekerja separuh masa di pasar raya semuanya telah diambil alih pekerja asing. Oleh itu apabila tiada duit, tiada kerja sampingan, mungkin kes jenayah negara akan meningkat," katanya.

Satu lagi rungutan dinyatakan Gopal Kishnam ialah, "kredit cukai input" iaitu mekanisme tidak adil apabila pengguna pihak terakhir perlu membayar lebih banyak bagi setiap barangan apabila ada GST.

"Di samping itu, apabila GST dilaksana, 89 peratus dari keluarga di negara ini yang sebelum ini tidak perlu membayar cukai kerana berpendapatan rendah, perlu membayar cukai itu secara tidak langsung.

"Malah mereka juga tidak menikmati faedah dari penurunan cukai pendapatan kerana pendapatan mereka rendah," katanya.

Selain itu katanya, peranan kerajaan yang lemah dalam mengawal harga barang juga dilihat satu lagi bebanan yang perlu ditanggung pekerja berpendapatan rendah justeru perlaksanaan cukai baru ini perlu ditunda sehingga gaji telah dinaikkan.

"Kami telah melihat apabila gula naik 20 sen setiap kilogram, teh tarik di kedai-kedai mamak naik 20 sen secawan. Bagaimana kerajaan pantau semua itu," katanya.

Gopal Kishnam menambah bahawa MTUC akan mengadakan satu mesyuarat pada 29 Mac untuk menentukan tindakan akan dilakukan untuk melengahkan pelaksanaan GST.

"Kami akan hantar protes kepada Perdana Menteri selepas ini agar GST ditangguhkan ke satu tarikh lain untuk membincangkan terlebih dahulu kesesuaiannya," katanya.

sh

Sun Mar 29, 2015 4:13 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tuala wanita untuk tahan peluh?

Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol
tranungkite.net

KUALA LUMPUR: Pelumba Formula 1, Nico Rosberg menemui satu penyelesaian unik bagi menangani masalah kepanasan dan kelembapan cuaca di Grand Prix Formula One Malaysia, iaitu dengan memakai tuala wanita dalam topi keledarnya.

Pemandu Jerman dari pasukan AMG Petronas itu mendedahkan, beliau mengguna tuala tersebut untuk menahan peluh dari memasuki matanya - satu taktik yang boleh memberi kelebihan padanya hujung minggu ini.

"Saya ada masalah dengan mata saya apabila banyak berpeluh, sebab itu saya meletakkan 'penahan peluh' tersebut," Rosberg memberitahu Sky Sports.

"Saya menempek tuala wanita itu di dahi saya sebelum memakai topi keledar, supaya peluh saya diserap," katanya lagi.

Terbukti, suhu 30 darjah Celcius di litar perlumbaan tidak menjadi masalah bagi Rosberg setelah beliau mencatat masa terpantas pada sesi latihan pertama pada Jumaat. - Astro

Read more at: http://www.astroawani.com/berita-sukan/nico-rosberg-guna-tuala-wanita-untuk-tahan-peluh-56382?cp

Sun Mar 29, 2015 4:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

TERKINI, 50,000 KAKITANGAN KERAJAAN BAKAL DIBERHENTIKAN
bloglist-malaysia.blogspot
pkrl.blogspot.

Tak sambung kontrak 50,000 kakitangan beri implikasi buruk

Omar Osman

Keputusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk tidak menyambung kontrak 50,000 orang kakitangan awam selepas 31 Disember tahun ini bakal memberi implikasi buruk kepada politik, ekonomi dan sosial.

Sehubungan itu, JPA diminta mengkaji sedalam-dalamnya keputusan berkenaan sebelum akhir tahun ini.

Bekas Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman yang tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan percaya keputusan itu pasti disebabkan kekangan belanjawan kerajaan.

Bagaimanapun, katanya, JPA mengambil jalan mudah untuk menangani masalah tersebut.

"Pada 2012 pun macam itu juga, bagi notis sama. JPA tidak fikir ke keputusan itu membabitkan 50,000 orang pekerja, bukan 10 orang, bukan 50 orang. Kalau 50,000 itu diberhentikan mereka hendak makan apa? Anak isteri dan tanggungan mereka hendak disuap dengan apa? Hutang rumah, hutang kereta macam mana?

"Jangan ambil mudah, jangan buat keputusan sebab mereka sudah duduk di kerusi empuk. Fikir nasib orang-orang bawahan," tambahnya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Omar yang juga Presiden Kelab Pesara 1Malaysia dan Yayasan Pekerja Malaysia berkata, kebanyakan pekerja kontrak kakitangan awam sudah berkhidmat melebihi 10 tahun dan dalam situasi semasa bukan mudah untuk cari kerja baru.

Malah, beliau percaya meskipun notis berkenaan telah dikeluarkan, ada pekerja kontrak awam tertentu yang selamat di sebabkan faktor-faktor dalaman.

"Dulu pun pernah buat macam ini tetapi ada pekerja-pekerja kontrak terselamat. Ini juga tidak adil, tidak telus," tambahnya.

Beliau berkata, hampir 98 peratus pekerja kontrak kerajaan adalah dalam kalangan orang Melayu dan kalau notis itu dikuatkuasa, yang banyak menganggur adalah orang Melayu.

"Ini adalah satu petunjuk tidak baik kepada politik, imej kerajaan, sosial dan ekonomi secara keseluruhannya. Jadi JPA fikir-fikirkanlah," ujar beliau. - SUMBER

Sun Mar 29, 2015 4:14 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Putera Charles Hadiahkan Sultan Johor BMW i8 Sempena Kemahkotaan?
bloglist-malaysia.blogspot
Posted by Jeebond BLM

Baru-baru ini heboh diperkatakan tentang Putera Charles menghadiahkan kereta sport mewah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersempena hari kemahkotaan baginda tempoh hari.

Berita mengenai hadiah mewah daripada Putera dari Wales itu bermula apabila Brotherhood Johor memuat naik sekeping foto kereta sport jenis BMW model i8 yang berharga RM1.2 juta – RM1.4 juta di akaun Intagram.

Menerusi foto tersebut turut dinyatakan kapsyen, "Keakraban Kerajaan Johor – England. Putera Charles menghadiahkan sebuah kereta kepada DYMM Tuanku Sultan Johor Bersempena Dengan Hari Kemahkotaan DYMM Sultan Johor".

Bagaimanapun menurut laporan Malaysian Digest (MD), foto tersebut tidak lama di akaun Instagram Brotherhood Johor kerana ia telah dipadamkan.

Laporan portal tersebut turut mendapat perhatian anakanda lelaki kedua Sultan Johor, Tunku Idris yang menafikan tentang hadiah tersebut.

Tunku Idris telah memuat naik sekeping foto iaitu (screen capture) laporan dari MD dengan menulis kapyen sinis yang berbunyi, "Strange how we are not aware of this. Guys its utter rubbish. I don't mind another i8 tho haha."

- astrogempak

Sun Mar 29, 2015 6:46 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings.. Ini Puncanya?
bloglist-malaysia.blogspot
addindeen.blogspot

Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings.. Ini Puncanya.?Juruterbang Germanwings, yang disyaki sengaja menghempaskan pesawat itu Selasa lalu, pernah menerima rawatan tekanan jiwa bagi kes kemurungan teruk enam tahun lalu, lapor akhbar Jerman.

Andreas Lubitz, pembantu juruterbang berusia 27 tahun, yang bersendirian di kokpit pesawat Airbus A320 menghalang juruterbang daripada masuk sewaktu menjunamkan pesawat itu sebelum terhempas di pergunungan Alps di selatan Perancis.

Akhbar Bild, yang dipetik agensi berita Reuters hari ini, melaporkan Lubitz menjalani rawatan psikiatri selama setahun setengah.

Police have made a 'significant discovery' at the home of Andrew Lubitz #Germanwings http://t.co/u8rSwlkuncpic.twitter.com/khHRpuCWj3— The Independent (@Independent) March 27, 2015

Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings.. Ini Puncanya?

Dokumen-dokumen itu tentang rawatan itu akan diserahkan kepada penyiasat Perancis selepas disemak pihak berkuasa Jerman.

Lubitz dilaporkan secara manual memulakan prosedur terbang menurun dan tidak memberi respons ketika juruterbang dan krew merempuh pintu yang dikunci sehingga pesawat penerbangan 4U9525 Germanwings itu terhempas.

Penemuan itu diumumkan semalam oleh oleh penyiasat Perancis. Insiden itu mengorbankan 150 orang, termasuk dua bayi dan enam anak kapal, ketika pesawat menuju Dusseldorf, Jerman dari Barcelona, Sepanyol.

Sumber

Pembantu Juruterbang GermanWings Sembunyikan Cuti Sakit

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

DUESSELDORF, Jerman: Pembantu juruterbang yang didakwa sengaja menjunamkan pesawat Germangwings ,4U 9525 ke pergunungan Alps Perancis, dilapor telah menyembunyikan surat cuti sakit yang diberikan doktor pada hari kejadian, kata penyiasat Jerman.

Siasatan di rumah Andreas Lubitz, 28, menemui beberapa dokumen perubatan yang mengesahkan penyakit dialami dan rawatan yang dijalani dengan doktor serta surat cuti sakit yang sudah digumpal termasuk yang dikeluarkan pada hari nahas (Selasa), kata pasukan penyiasat.

Keadaan itu mengesahkan apa yang disyaki selama ini, Lubitz yang dikatakan menghidap kemurungan teruk, menyembunyikan penyakit itu daripada majikan dan rakan-rakan, kata jurucakap pasukan penyiasat dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dia juga dikatakan telah mengunci juruterbang dari kokpit pada Selasa sebelum menetapkan kawalan pesawat untuk menjunam di lembah berbatu bagi menghapuskan pesawat itu serta membunuh 150 penumpang dan anak kapal.

Hasil dari siasatan juga mendapati Lubitz disahkan menjadi pesakit di Hospital Universiti Dusseldorf selama dua bulan yang lalu dan dia dikatakan tidak mendedahkan keadaan kesihatannya pada syarikat penerbangan itu kerana bimbang akan kehilangan lesen penerbangan.
Namun begitu, polis memberitahu tiada nota bunuh diri ditemui dalam pencarian yang mengambil masa lima jam itu.

Jurucakap syarikat penerbangan memberitahu kepada Mail Online pada Khamis, syarikat itu tidak mengetahui mengenai sijil cuti sakitnya dan berkata menjadi tanggungjawab Lubitz untuk memaklumkan kepada majikan jika dia mengalami masalah kesihatan.

Hasil makluman dari teman rapatnya, Lubitz dikatakan mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penerbangan kerana dia seringkali berkongsi gambar pesawat di media sosial dan mengambil kelas penerbangan seawal usia 14 tahun. - Mstar

Sun Mar 29, 2015 7:15 am (PDT) . Posted by:

cirit3

Penipu...cuba kalau org tu sorang muslim.mesti kena cop sebagai
pengganas..
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
From: '-:eSpAcE9808:-' rienacom@yahoo.com.sg [automobil]Sent:
Sunday, 29 March 2015 21:46To: zzxmelayucyberReply To:
automobil@yahoogroups.comSubject: www.groupautomobil.blogspot.com
- Fw: Patutlah Andreas Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings..


Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings..
Ini Puncanya? bloglist-malaysia.blogspot addindeen.blogspot
<http://mk-cdn.mkini.net/873/26cb9c936a9d8957c64ad398233e6ae8.jpg\
>
Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings..
Ini Puncanya.?Juruterbang Germanwings, yang disyaki sengaja
menghempaskan pesawat itu Selasa lalu, pernah menerima rawatan
tekanan jiwa bagi kes kemurungan teruk enam tahun lalu, lapor
akhbar Jerman.
Andreas Lubitz, pembantu juruterbang berusia 27 tahun, yang
bersendirian di kokpit pesawat Airbus A320 menghalang
juruterbang daripada masuk sewaktu menjunamkan pesawat itu
sebelum terhempas di pergunungan Alps di selatan Perancis.
Akhbar Bild, yang dipetik agensi berita Reuters hari ini,
melaporkan Lubitz menjalani rawatan psikiatri selama setahun
setengah.
Police have made a 'significant discovery' at the home of Andrew
Lubitz #Germanwings
<https://twitter.com/hashtag/Germanwings?src=hash>
http://t.co/u8rSwlkunc <http://t.co/u8rSwlkunc>
pic.twitter.com/khHRpuCWj3 <http://t.co/khHRpuCWj3> — The
Independent (@Independent) March 27, 2015
<https://twitter.com/Independent/status/581358857450045440>
Patutlah Andreas Lubitz Sengaja Hempaskan Pesawat Germanwings..
Ini Puncanya?
Dokumen-dokumen itu tentang rawatan itu akan diserahkan kepada
penyiasat Perancis selepas disemak pihak berkuasa Jerman.
Lubitz dilaporkan secara manual memulakan prosedur terbang
menurun dan tidak memberi respons ketika juruterbang dan krew
merempuh pintu yang dikunci sehingga pesawat penerbangan 4U9525
Germanwings itu terhempas.
Penemuan itu diumumkan semalam oleh oleh penyiasat Perancis.
Insiden itu mengorbankan 150 orang, termasuk dua bayi dan enam
anak kapal, ketika pesawat menuju Dusseldorf, Jerman dari
Barcelona, Sepanyol. Sumber
<http://www.malaysiakini.com/news/293442>
Pembantu Juruterbang GermanWings Sembunyikan Cuti Sakit

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
<http://www.tranungkite.net/v12/www.tkodaily.net>
tranungkite.net

<http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&new_topic=1\
1>

DUESSELDORF, Jerman: Pembantu juruterbang yang didakwa sengaja
menjunamkan pesawat Germangwings ,4U 9525 ke pergunungan Alps
Perancis, dilapor telah menyembunyikan surat cuti sakit yang
diberikan doktor pada hari kejadian, kata penyiasat Jerman.


Siasatan di rumah Andreas Lubitz, 28, menemui beberapa dokumen
perubatan yang mengesahkan penyakit dialami dan rawatan yang
dijalani dengan doktor serta surat cuti sakit yang sudah
digumpal termasuk yang dikeluarkan pada hari nahas (Selasa),
kata pasukan penyiasat.

Keadaan itu mengesahkan apa yang disyaki selama ini, Lubitz yang
dikatakan menghidap kemurungan teruk, menyembunyikan penyakit
itu daripada majikan dan rakan-rakan, kata jurucakap pasukan
penyiasat dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dia juga dikatakan telah mengunci juruterbang dari kokpit pada
Selasa sebelum menetapkan kawalan pesawat untuk menjunam di
lembah berbatu bagi menghapuskan pesawat itu serta membunuh 150
penumpang dan anak kapal.
Hasil dari siasatan juga mendapati Lubitz disahkan menjadi
pesakit di Hospital Universiti Dusseldorf selama dua bulan yang
lalu dan dia dikatakan tidak mendedahkan keadaan kesihatannya
pada syarikat penerbangan itu kerana bimbang akan kehilangan
lesen penerbangan.
Namun begitu, polis memberitahu tiada nota bunuh diri ditemui
dalam pencarian yang mengambil masa lima jam itu.

Jurucakap syarikat penerbangan memberitahu kepada Mail Online
pada Khamis, syarikat itu tidak mengetahui mengenai sijil cuti
sakitnya dan berkata menjadi tanggungjawab Lubitz untuk
memaklumkan kepada majikan jika dia mengalami masalah kesihatan.

Hasil makluman dari teman rapatnya, Lubitz dikatakan mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang penerbangan kerana dia
seringkali berkongsi gambar pesawat di media sosial dan
mengambil kelas penerbangan seawal usia 14 tahun. - Mstar



Attachment(s) from
2 of 2 Photo(s)

Sun Mar 29, 2015 6:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Beza nya waktu kita menjadi pelajar berbanding dengan pelajar sekarang

Dilulus untuk paparan oleh AnisahOmar
tranungkite.net

SITUASI 1.

DULU: Kita takda whatsapp2 pensyarah semua message, so message bila perlu sahaja. Dalam kelas pensyarah ckp kita alert, g library cari maklumat sampai lebam sbb nk msg pensyarah, takut.

SEKARANG: Pelajar semua benda nak tanya, quiz chapter berapa, pkol brapa, sng ke x, pakai baju ape, internet takde cmne nk buat. Kdg2 tgh malam pon message. Tapi takpela, tanggungjawab. Saba je la. Esok pensyarah masuk kelas masih mengajar macam biasa.
SITUASI 2

DULU: Kalau ada kelas ke takde kelas kita tetap pergi kelas walau pun naek bus hujan ribut tibe2 sampai class, pensyarah kata class cancel ada meeting, kita seronok trus g brekpes ngn kawan yeayyyy!

SEKARANG : Pelajar mengamok kalau depa dtg tp pensyarah cancel class ada meeting, "Apela aku beria lari dah lah hujan, lain kali bgtau la kelas takda, menyusahkan betul. sikit2 meeting"..oh salah pensyarah. ok. Esok masuk kelas pensyarah mengajar macam biasa, tanggungjawab kn. Takpe, Saba je la.

SITUASI 3.

DULU: Pensyarah tegur kita, kita diam dalam hati sedih. Pegi jumpa pensyarah minta maaf lepas tu segan dengan pensyarah sbb buat salah. Takut fail nanti ilmu xberkat.

SEKARANG: 1 pensyarah tegur 30 orang pelajar, 30 pelajar sentap dengan seorang pensyarah, 30 pelajar lalu buat tak tau, konon nk bls sbb sentap dengan pensyarah. Tp 1 pensyarah terasa hati dengan beratus perangai pelajar dalam kelas setiap hari tp esoknya masih masuk kelas macam biasa berkongsi ilmu, tanggungjawabkan. Saba je la..

SITUASI 4.

DULU: Kita terasa hati dengan pensyarah kita meluahkan sesama kawan sahaja. datang kelas sbb tanggungjawab and still berckp dengan pensyarah sbb taknak pensyarah terasa hati.

SEKARANG: Waktu pensyarah berckp kat depan sebok meng-update status kt FACEBOOK, TWITTER, WHATSAPP, bgtau satu dunia yg ko tak puas ati dengan pensyarah. "Potpet potpet je keje nya puan ni", "Kadang2 kesian tgk puan ni semua tak suka dia", "Pensyarah bajet bagus, macam dia je betul" ,"ade aku kesah?"."F*** off la". Pensyarah baca pensyarah tau, kalau tak tau pon pensyarah lain bgtau, pensyarah sedih tp nk buat mcm mne doa je la yang baik2. Doa pendidik sentiasa untuk pelajar. Kalau ikutkan hati. hari2 nak merungut n sebut sorang2 perangai pelajar kt FB tp kita pikir tak baik memalukan pelajar kpd pelajar lain. Jika Pensyarah tak mampu nk tegur, biarlah pengalaman dan masa yang mengajar mereka, Esok masuk kelas pensyarah senyum, mengajar seperti biasa. Tanggungjawabkn.., Sabar je la..

Wakil Keluhan hati seorang bernama pendidik.

Oleh : Iza Ahmad

Sun Mar 29, 2015 6:48 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom


Semua buku kecuali nota kosong tak dikenakan GST

Dilulus untuk paparan oleh KetamBatu
tranungkite.net

Semua jenis buku, kecuali buku nota kosong, tidak dikenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST), yang akan dilaksanakan mulai Rabu depan.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong berkata keputusan itu diambil hasil perbincangan dengan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) bagi menggalakkan minat membaca dalam kalangan orang ramai.
"Semua buku seperti novel, buku sejarah, buku agama, buku memasak dan sebagainya dikenakan kadar sifar GST.

"Cuma buku catatan atau buku yang tidak mempunyai sebarang tulisan, akan dikenakan GST kerana dianggap sebagai alat tulis," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perlumbaan Power Boat F3000, di Danga Bay sempena sambutan Kemahkotaan Sultan Johor.

Beliau berkata GST juga tidak dikenakan ke atas akhbar digital, manakala buku digital dan semua jenis majalah, dikenakan cukai berkenaan.

Chua berkata berdasarkan keputusan ini, industri penerbitan yang kini menghadapi pelbagai jenis cabaran, akan terus stabil dan berkembang maju.

"Sekarang, industri ini menghadapi masalah ekoran kurangnya minat membaca dalam kalangan rakyat selain cabaran buku digital," katanya.

Sementara itu, 19 peserta dari tujuh negara - Malaysia, Brazil, New Zealand, Thailand, Papua New Guinea, Brunei dan Singapura menyertai perlumbaan Power Boat F3000 yang diadakan 4 empat hari hingga Ahad ini. - Bernama

Sun Mar 29, 2015 7:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

106 SOALAN TENTANG GST HANYA 105 DIJAWAB OLEH KASTAM
bloglist-malaysia.blogspot
gayapeneroka.blogspot
Ditulis oleh Omar Sahlan diGAYAPENEROKA

106 Soalan yang ditujukan kepada pihak Kastam dan Kerajaan pada hari ini.

1. Kerajaan telah menyusun dan mengumumkan senarai barangan dimana harga runcit akan berkurang dengan adanya implimentasi GST disebabkan perubahan dari SST kepada GST, bilakah kita boleh menjangkakan ia akan berlaku?

2. Adakah 10% SST akan dihapuskan selepas GST 6% dilaksanakan bermula 1 April ini?

3. Bagi syarikat-syarikat yang memperoleh pulangan mencecah RM500K tahun lepas tetapi tidak dijangka untuk mencapai jumlah tersebut pada tahun ini, adakah mereka harus mendaftar dan mengutip GST?

4. Sama juga mengenai syarikat-syarikat yang berada pada garis sempadan, apa yang patut mereka lakukan dan bagaimana kerajaan bercadang untuk menangani isu ini supaya ia adil kepada mereka dan pengguna? Adalah difahamkan bahawa kes-kes yang berada pada garis sempadan digalakkan untuk mendaftar dan mengutip GST jika pulangan mereka tidak mencecah RM500k, kemudian bagaimana?

5. Mengapa kerajaan mengurangkan peratusan cukai korporat daripada 25% kepada 24% kerana itulah hasil penting bagi kerajaan dan mencaj GST 6%?

6. Adakah gaji minimum akan dikaji semula dan dinaikkan kepada gaji yang mencukupi untuk kelangsungan hidup, sebelum melaksanakan GST? Berapakah kenaikan itu?

7. Mengapa tidak kekalkan senarai barangan and perkhidmatan yang dikenakan SST sama dengan GST? Mengapa ia perlu diluaskan kepada barangan dan perkhidmatan yang tiada cukai sebelum ini?

8. Apakah mekanisma yang akan diambil kerajaan untuk mengekangkan kenaikan harga akibat GST?

9. Mengapa barangan harian seperti tin sardin dikenakan GST 6%, manakala udang galah dikecualikan GST?

10. Bagaimana hasil daripada GST akan digunakan untuk orang awam? Sila nyatakan.

11. Bank Dunia mengatakan bahawa cukai pengguna seperti GST adalah regresif dan memberi kesan paling teruk kepada yang miskin. Dalam keadaan sedemikian, mengapa kerajaan mahu melaksanakan GST?

12. Masih terdapat 17000 firma yang menunggu untuk didaftarkan untuk GST, ini adalah jumlah yang besar untuk berurusan dalam masa dua minggu sebelum pelaksanaan GST ini. Bagaimanakah anda kerajaan dapat menyelesaikan perkara ini?

13. Tidakkah anda terfikir, jika kerajaan menghukum dan mendenda perniagaan yang tidak berdaftar di bawah GS,T akan berpindah ke negara lain untuk melabur?

14. Perniagaan di Malaysia adalah baik dan membuat keuntungan besar jadi mengapa kadar cukai korporat mereka sedang dikurangkan?

15. Menurut laporan juruaudit agung tahunan ini, kerajaan kehilangan wang setiap tahun kerana ketirisan. Apakah jaminan bahawa hasil GST tidak akan dikendalikan mengikut nasib yang sama?

16. Adakah kaum kerabat seperti sultan / raja dan keluarga mereka membayar cukai?

17. Sebelum pelaksanaan GST, rakyat akan mempunyai kecenderungan untuk menyimpan barang-barang yang boleh menyebabkan kekurangan makanan atau barang keperluan bekalan. Apakah tindakan kerajaan untuk mencegah kejadian ini?

18. Adakah kerajaan akan menubuhkan satu jawatankuasa untuk mengawasi dan mengawal pengurusan GST untuk mengelakkan pembaziran seperti projek KLIA2 yang bermula dengan RM1.5 bilion dan berakhir dengan RM4.5 bilion?

19. Polisi Kesihatan Kebangsaan Malaysia 2006 menyatakan semua jenis ubat perlu dikecualikan cukai untuk memastikan pesakit mempunyai akses kepada ubat-ubatan. Ini bercanggah dengan keadaan semasa di mana GST dikenakan. Bagaimana pula sekarang cukai GST akan dikenakan pada ubat-ubatan?

20. Adakah pembelian rumah akan dikenakan Cukai GST? Bagaimana dengan rumah kos rendah?

21. Adakah penggunaan kad kredit akan dikenakan Cukai GST ?

22. Adakah ini bermaksud, pengguna perlu bayar Cukai GST 6% bagi apa-apa barangan yang dibeli menggunakan kad kredit dan selepas itu bila hendak membayar bil kad kredit , 6% lagi Cukai GST perlu dibayar kerana menggunakan kad kredit ?

22. Adakah pengeluaran wang di ATM akan dikenakan Cukai GST ? Bagaimana 6% akan dikira ?

23. Adakah petrol dan diesel akan dikenakan Cukai GST ?

24. Adakah LPG ( natural gas) akan dikenakan Cukai GST ?

25. Adakah penggunaan khidmat pajak gadai dikenakan Cukai GST ?

26. Adakah Cukai GST akan dikenakan apabila kita buat pinjaman perumahan atau sewa -beli kenderaan ?

27. Adakah kita boleh mengandaikan yang barangan yang tidak dinyatakan dalam buku panduan GST , kerajaan tidak akan dikenakan Cukai GST ?

28. Adalah dikatakan barangan zero rated dan barangan yang akan dikecualikan boleh dikaji semula oleh kementerian yang berkenaan bersama Kastam . Apakah kayu ukur ataupun kriteria untuk sesuatu barangan untuk dijadikan zero rated @dikecualikan cukai GST ? Bagaimanakah proses kaji semula akan dilakukan ?

29. Adakah perkhidmatan kesihatan swasta akan dikenakan Cukai GST ? Kalau ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian ?

30. Adakah pendidikan swasta dikenakan Cukai GST? Kalau ada pengecualian, aspek apa yang ada pengecualian ?

31. Siapakah yang mendapat manfaat paling besar dan yang paling rugi apabila GST dilaksanakan?

32. Mengapa organisasi bukan berlandaskan keuntungan perlu dicukai dalam sistem GST walhal mereka bukanlah entiti komersial?

33. Badan amal dan agensi awam antarabangsa adalah dikecualikan cukai dan adakah mereka boleh mendapatkan pengecualian cukai selepas GST?

34. Adakah mana-mana negara yang melaksanakan GST berjaya mengurangkan jurang antara kaya-miskin?

35. Sila terangkan apakah manfaat GST pada jangka masa pendek untuk isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3000 sebulan.

36. Berapa lamakah masa yang diambil oleh pembekal, pemborong dan peruncit untuk mendapatkan kembali GST yang ditanggung dalam proses input?

37. Apakah strategi kerajaan untuk memastikan harga barangan yang berpatutan sementara perniagaan memperoleh kembali GST?

38. Ekonomi dipacu oleh kuasa membeli rakyat, dengan GST kuasa membeli akan berkurangan. Adakah itu bermakna kita sedang mengalami kemeseletan ekonomi? Adakah anda mempunyai strategi untuk meningkatkan kuasa membeli?

39. Syarikat yang perniagaanya untuk satu tahun yang kurang daripada RM 500, 000 tidak perlu mendaftar kepada pihak Kastam dan membayar GST . Bagaimana pula jika suatu barangan yang sama dibekalkan oleh satu syarikat yang mempunyai jumlah bisnes melebihi RM 500k yang berdaftar dengan Kastam dan syarikat yang dikecualikan itu? Adakah barangan yang sama dari syarikat yang lain akan dikenakan cukai yang berbeza?

40. Apakah kadar inflasi sekarang dan kadar inflasi selepas 1hb.April, 2015? Adakah pihak Kerajaan sudah membuat anggaran ini ?

41. Apakah justifikasi menetapkan permulaan kadar GST pada 6%? Kenapa ianya tidak dimulakan pada kadar yang lebih rendah ?

42. Adakah pembelian yang dibuat oleh pihak Kerajaan ataupun GLC juga dikenakan GST ?

43. Untuk mematuhi kepada regim GST , semua jualan dan belian mestilah direkodkan dan penyimpanan invois dan resit adalah amat penting untuk perniagaan . Bagaimana pula jika sesuatu perniagaan dan pembeli membuat transaksi tanpa rekod demi untuk mengelakan kesukaran ini . Maka adakah GST ini akan menyebabkan pasaran gelap bermaharajalela ? Bagaimana kerajaan akan mengawal perkara ini ?

44. Statistik menunjukkan kadar pendapatan (gaji) di negara Malaysia hanya 30% daripada GDP, manakala negara lain yang telah melaksanakan GST kadar pendapatannya lebih tinggi. Statistik juga menunjukkan kadar gaji di Malaysia tidak banyak naik sejak tahun 1970an. Jadi, apakah rasionalnya untuk melaksanakan GST sekarang?

45. Adakah pengecualian GST akan diberikan kepada golongan berikut:
-OKU
-warga emas
-penganggur
-miskin tegar

46. Adakah pihak kerajaan akan menunjukkan akaun GST secara telus kepada rakyat dan jika ya, bagaimana ianya akan dilakukan?

47. Apakah jaminan yang ada untuk memastikan wang kutipan GST tidak disalahgunakan oleh pihak Kerajaaan. Jelaskan mekanisme yang akan digunakan untuk tujuan ini.

48. Pihak Kerajaan dan Bank Negara Malaysia telah mengaku bahawa akan berlaku kenaikan harga selepas perlaksanaan GST tetapi ini adalah untuk sementara sahaja. Di Malaysia harga barang yang naik tidak pernah turun (kecuali minyak baru-baru ini). Jadi, bagaimana pihak berkuasa akan bertindak untuk mengawal harga barangan dan memastikan bersifat sementara sahaja. Rekod pihak berkuasa selama ini menunjukkan ia GAGAL dalam mengawal harga barangan termasuk semasa harga minyak turun.

49. Adakah Menteri-Menteri juga akan membayar GST seperti rakyat biasa kerana banyak perbelanjaan mereka disubsidi oleh pembayar cukai?

50. Mengapakah pihak Kerajaan membeli sebuah jet baru berharga RM465juta dengan bayaran ansuran RM2.2 juta setiap (untuk 15 tahun) semasa Kerajaan mengalami masalah kewangan. Kenapa masih boros berbelanja dan rakyat dibebankan dengan GST?

50. Hanya insurans hayat sahaja dinyatakan bebas cukai GST. Bagaimana pula dengan insurance kemalangan diri, penyakit kritikal, perubatan & kesihatan -?

51. Kenapakah tambang pengangkutan awam naik sebanyak 23% - 67 % yang sepatutnya berkurangan setelah dipotong dari SST?

52. Nilai ringgit telah jatuh teruk berbanding matawang lain di negara ASEAN. Maka, harga barang import juga akan meningkat kerana Malaysia mengimport barangan makanan asas. Bagaimana rancangan kerajaan utnuk mengwal harga selepas GST yang sudah pasti akan meningkatkan kadar inflasi negara?

53. Ahli pernigaaan memita supaya perlaksanaan GST ditangguhkan. Adakah kerajaan akan mengambil kira pilihan ini kerana mereka adalah pemain utama dalam ekonomi tempatan?

54. Jabatan Diraja Kastam telah dilabel sebgagai salah satu agensi kerajaan paling korup. Bagaimanakah kerajaan boleh meletakkan kepercayaan kepada pejabat kastam untuk mengutip GST?

55. Kerajaan mengumumkan bahawa RM250 juta digunakan untuk mendidik rakyat mengenai GST, berapa banyak pula wang yang telah dibelanjakan setakat ini untuk melaksanakan GST?

56. Kerajaan tidak boleh melaksanakan GST tanpa mekanisme kawalan dan audit bersedia, dan kita tidak mempunyai mekanisme tersebut ketika ini. Bayangkan jumlah penipuan dan duit kopi yang akan diperoleh oleh juru audit kerajaan sekiranya berlaku. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk mengelakkan perkara ini?

57. Kebanyakan peruncit tidak langsung pernah merekodkan transaksi buat kali pertama. Bagaimanakah kerajaan dapat melaksanakan GST ( kecuali pada supermarket dan retailers ), kebanyakan perniagaan di Malaysia adalah dalam tunai dan tidak mengeluarkan invois dan tiada sistem data. Hanya mereka yang mempunya rekod yang tersusun akan mempunya mimpi ngeri, dan merrka yang mempunyai rekod yang baik dapat mengisi data mereka dengan baik kerana tiada kepakaran audit. Jadi mengapa perlu GST?

58. 7% dari pendapadan kerajaan Malaysia dalah dari cukai jualan. Dari menggunakan keseluruhan sistem kerajaan, cukai jualan atau GST, dengan mengambil kira overhead dan juru akaun dan penguatkuasa tambahan, bukankah lebih efisyen untuk menaikkan pendapadan lebihan 7% melalui cukai syarikat dan cukai pendapatan yang lebih tinggi?

59. Bagi satu barangan yang dikecualikan GST, pekedai telah kenakan GST. Apakah yang perlu saya lakukan? Bagaimana saya boleh mendapat kembali wang saya?

60. Berapa jumlah syarikat yang mempunyai pendapatan lebih daripada RM500,000 sebelum GST telah menutup perniagaan mereka untuk elak GST?

61. Adakah gaji ahli parlimen akan dinaikan selaras dengan 6% GST ?

62. Adakah barangan keagamaan seperti kitab suci dan barang sembahyang dikenakan GST?

63. Adakah perkhidmatan LRT and Komuter akan dikenakan cukai GST?

64. Adakah kos penyelenggaraan untuk flat kos rendah dan apartment dikecualikan GST?

65. Adakah perkhidmatan bas sekolah akan dikenakan cukai GST?

66. Bolehkah kadar 6% GST itu dinaikan bila bila masa? Apakah kriteria untuk meningkatkannya ?

67. Bagi barangan dan perkhidmatan yang akan wujud pada masa depan, adakah GST akan dikenakan dan bagaimana ia ditentukan ?

68. Adakah perkhidmatan tandas awam dikenakan cukai GST?

69. Adakah pakaian sekolah dikenakan GST ?

70. Adakah alat-alat tulis yang digunakan disekolah dikenakan GST ?

71. Dalam konteks mewujudkan masyarakat celik IT, adalah GST dikenakan bagi pembelian komputer?

72. Banyak negara yang melaksanakan GST menyediakan pendidikan percuma, sistem kesihatan percuma dan kemudahan awam efisyen lagi berpatutan seperti di negara Nordic. Adakah Malaysia mempunyai rancangan yang sama?

73. Sebelum perlaksanakan GST, orang ramai akan mengumpulkan makanan yang kemudian akan menyebabkan permintaan tinggi yang mengakibatkan inflasi. Bagaimanakah kerajaan dapat mengendalikan perkara ini?

74. BRIM merupakan kaedah yang digunakan oleh kerajaan untuk membantu golongan miskin untuk menghadapi kesan GST. Bolehkan kita membatalkan GST supaya kerajaan tidak perlu membayar BRIM?

75. Syarikat yang mempunyai auditor dalaman akan mampu untuk menanggung kos pentadbiran GST jika dibandingkan dengan syarikat kecil yang tidak mempunyai auditor dalam. Bagaimanakah kerajaan dapat membantu syarikat-syarikat kecil dengan pertambahan kos pentadbiran ini?

76. Oleh kerana barangan makanan adalah zero rated adakah ia bermakna tidak akan ada peningkatan harga barangan makanan?

78. Jika pengembalian semula GST ditangguhkan, adakah kerajaan akan membayar pampasan kepada syarikat untuk memastikan kos tidak dipindahkan kepada pengguna?

79. Pada masa ini, berapa ramaikan pegarai kastam yang bersedia untuk perlaksanaan GST, dan berapa ramai pegawai yang akan diambil kerja untuk mengawai kawalan haraga? Berapa banyakkan pertambahan dalam kos operasi?

80. Beras dikecualikan GST, namun kos pengeluaran dan kos pengangkutan akan ada GST. Bukankah ia akan meningkatkan harga beras?

81. Sistem zakat mengambil cukai dari kaya untuk menolong yang miskin. Manakan GST adalah bertentangan iaitu cukai korporat dikurangkan satu peratus, cukai jualan barangan mewah dihapuskan dan GST dikenakan kepada semua. Bukankan ini bertentangan dengan sistem zakat dan haram?

82 Adakah tol akan dikenakan GST?

83. Adakah tambah-nilai Touch N Go dikenakan GST?

84. Adakah parkir kereta akan dikenakan GST?

85. Dikatakan pendidikan dikecualikan GST, namun mengapa kelas tusyen dikenakan GST ?

86. Adakah servis kereta akan dikenakan GST ?

87. Sesetengah syarikat mengiklankan mereka akan menyerap cukai GST, adakah tindakan ini sah dan bukankah ia bertentangan dengan semangat GST?

88. 2 orang ahli UMNO terkenal, Dr Mahathir (bekas Perdana Menteri) dan Tengku Razaleigh (bekas Menteri Kewangan) telah menyatakan rakyat akan derita jika GST dilaksanakan. Adakah kerajaan tidak mengambil berat tentang pandangan mereka ini?

89. Adakah perkhidmatan gunting rambut dikenakan GST ?

90. Mengapakah makanan yang dikategorikan sebagai makan golongan miskin seperti maggi mee dan sardie dikenakan GST?

91. Adakah kerajaan sudahpun mempunya rekod harga 1000 barangan dan servis biasa yang dibeli oleh rakyat? Bolehkan kami melihat senarai tersebut? Adakah telah sedia ada perbezaan harga di antara semenanjung Malaysia dan Sabah/Sarawak, urban dan kampung, pantai timur dan pantai barat, dan sebagainya?

92. Jika anda tidak mengetahui harga asas barangan, bagaimakah anda dapat mengawasinya?

93. Adakah pihak kastam ada melakukan pengiraan bagaimanakah harga 1000 barangan biasa selepas 1 April 2005? Untuk membatalkan sebarang SST, kurangkan harga barangan pertengahan zero rated dan kemudian tambah GST untuk mendapatkan harga barangan yang berpatutan selepas GST diperkenalkan.

94. Jadi anda boleh memberikan kami senarai harga 1000 barangan biasa untuk KL-PJ untuk semasa dan selepas GST? Jika anda menyerahkan kepada pernigaan untuk menentukannya sendiri, mereka mungkin akan melebihkannya untuk GST.

95. Adakah anda akan mengawasi 350 000 syarikat yang telah pun didaftarkan dengan GST? Bagaimana pula 1 juta syarikat kecil yang kemungkinan besar akan menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang?

96. Berapakah jumlah pegawai kastam yang ada untuk mengawasi harga barangan di kesemua 1.35 juta premis perniagaan di negara ini?

97. Bagaimanakah orang awam dapat membuat aduan jika mereka mengesyaki pegawai penguatkuasa kastam menerima rasuah dari ahli perniagaan?

98. Adakah pegawai penguatkuasa akan memakan tanda nama?

99. Berapakah jumlah jam dalam seminggu yang akan diambil untuk memasukkan segala data yang diperlukan untuk memasukkan input GST di dalam sistem komputer sekiranya perniagaan hanya mempunyai pulangan sebulan RM50k?

100. Jika seseorang itu tidak celik komputer dan memerlukan perkhidmatan luar untuk melakukan kerja-kerja memasukkan data GST ini, berapah kos yang ditanggung beliau dalam seminggu?

101. Kastam seringkali menyatakan beras adalah cukai sifar. Adakah ini bermakna pesawah dapat mengutip kembali GST yang mereka bayar untuk baja dan racun serangga? Bagaimanakah mereka dapat melakukannya kerana mereka adalah petani kecil dengan jumlah pendapatan yang sedikit, mereka ini tidak berdaftar dengan kastam untuk GST?

102. Jadi jika petani kecil tidak dapat menuntu kembali peningkatan harga barangan input, kemudian adakah pengilang beras akan menaikkan harga beras yang dibeli oleh mereka? Ini adalah kerana harga beras di pengilang adalah ditetapkan oleh kerajaan. Jika tida peningkatan harga beras di pengilang, maka petani kecil akan menderita penguranan jumlah pendapatan mereka. Jika terdapat kenaikan harga, adakah ia akan mengakibatkan peningkatan harga beras?

103. Bolehkah pengilang beras menuntut kembali input cukai bagi elektrik yang digunakan? Dan bagi pertukaran 'spare parts', dan pembungkusan plastik? Sekiranya beras tidak cukai sifar, adakah harga di peringkat pengilang akan naik? Tidakkah ini akan dipindhkan kepada pengguna pada akhirnya?

104. Dari kilang kepada pemborong- adakah syarikat pengangkutan akan mengenakan GST kepada pemborong? Adakah pemborong dapat menuntut kembali sebagai cukai input? Jika pemborong dapat menuntut perlepasan cukai input, bukankah itu merupakan satu kekurangan kepada syarikat pengangkutan kecil yang tidak didaftar dengan GST? Untuk syarikat ini, mereka tidak dapat memindahkan GST yang dibayar kepada pembelinya kerana mereka juga tidak boleh mengutip GST.

105. Adakah ubatan berikut cukai sifar?
- Sulperazone ( antibiotik yang digunakan untuk jangkitan yang serius).
- Simvastatin ( untuk mengurangkan kolestrol)
- ubatan anti HIV.

106. Banyak doktor persendirian menyewa ruang klinik dari hospital swasta. Adakah pihak hospital akan mengenakan cas GST untuk penyewaan ini? Bagaimana pula perkhidmatan yang 'dibeli' oleh doktor-doktor persendirian ini dari hospital. Sebagai contoh : ujian, exray, ubatan? Tidakkah semua ini dikenakan GST?l

Jawapan 105 soalan tentang GST Klik dibawah

SINI
atau
https://drive.google.com/file/d/0B9bqPxow9rN6MzJKNzB2NXA5ZjA/view?usp=sharing

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Mar 29, 2015 7:28 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom



5 Masalah Yang Biasa Dialami Oleh Wanita Hamil Yang Wajib Suami Tahu
diarimama.com
by maria •
Assalamualaikum wbt..Salam Sejahtera..

Ketika saya mula-mula berkahwin dahulu, saya ingin sangat disahkan hamil pada bulan pertama perkahwinan. Namun rezeki Allah sedikit lewat untuk saya supaya saya boleh nikmati saat berbulan madu lebih lama. Pada bulan kedua perkahwinan barulah saya disahkan hamil. Tahu saja diri saya hamil, tiba-tiba sahaja tekak mula terasa loya. Adakah anda semua begitu atau saya yang mengada-ngada? Rupa-rupanya memang banyak ya masalah yang biasa dialami oleh wanita hamil ni.

Jadi, jom kita tengok satu per satu masalah yang memang biasa wanita hamil hadapi. Jika anda sedang hamil atau pernah hamil, cuba anda ingatkan semula adakah antara perkara-perkara anda alami. Atau jika lima-lima masalah ini anda hadapi ketika hamil, anda memang ibu yang hebat!

Eh, jangan lupa juga kongsikan artikel ini dengan suami anda. Tidaklah suami syak kita ni manja yang bukan-bukan kan?

Loya Atau Morning Sickness
Bertuahnya anda jika anda tidak merasa loya atau morning sickness ketika hamil. Hampir semua wanita yang hamil akan alami masalah ini. Saya alami loya yang agak teruk ketika trimester pertama dan alhamdulillah masuk sahaja trimester kedua keadaan saya kembali normal.

Ketika dalam fasa morning sickness, perangai memang nampak mengada sangat. Nak makan pun memilih restoran yang mahal-mahal sebab kononnya restoran biasa-biasa bau masakan terlalu kuat. Paling tidak pun memilih restoran yang open-air. Ada ketika saya langsung tidak boleh bau peti ais. Pantang ada orang buka peti ais, saya akan muntah. Dan kebanyakan waktu hanya mampu melepek depan tv macam kain buruk. Kesian suami saya kan?

Loya atau morning sicness bukanlah satu tabiat yang direka-reka oleh ibu hamil untuk minta simpati suami atau orang sekeliling. Ia berlaku akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Anda boleh baca artikel yang pernah saya tulis mengenai cara atasi loya supaya suami tidak terabai.

Ada ibu hamil yang tidak alami loya waktu pagi sahaja, bahkan setiap saat dan ketika kepalanya pening dan tekaknya loya sehingga hilang segala selera makan. Ramai juga yang terpaksa menginap di hospital kerana kekurangan nutrisi akibat loya. Apa-apa pun sebagai wanita, kita perlu syukur sebab Allah pasti berikan kita ganjaran pahala kerana bersabar menahan loya.

Kalau suami pun inginkan pahala, selalulah picit-picit kepala isteri yang sedang alami alahan. Bersabar dengan mereka pasti anda juga mendapat ganjaran besar dari Allah.

Perubahan Suhu Badan Yang Tidak Normal Berbanding Orang Lain
Yang saya perasan, suhu badan saya memang pelik dari kawan-kawan saya di pejabat. Ketika trimester pertama, saya sangat alah dengan cuaca sejuk. Saya ke pejabat dengan memakai baju yang berlapis-lapis termasuk baju tebal. Saya terpaksa menutup suis penghawa dingin kerana cuaca sejuk melampau akan menyebabkan kepala saya jadi berat dan akhirnya muntah.

Masalahnya, kawan-kawan sepejabat tidak pula rasa sejuk. Oleh kerana mereka kasihankan saya, terpaksalah mereka bekerja dalam keadaan panas dalam tempoh empat bulan pertama.

Masuk pula trimester kedua, panas melampau-lampau pula dirasakan. Penghawa dingin saya buka full blast. Nasiblah kawan-kawan sepejabat memang jenis tebal kulit agaknya, OK sahaja dengan penghawa dingin yang dipasang kuat.

Tetapi jika saya hamil anak ketiga nanti, saya sudah tidak risau kerana saya tidak lagi bekerja. In shaa Allah kali ini tidaklah saya menyusahkan kawan-kawan di pejabat.

Kaki Bengkak
Juga dikenali sebagai ederma. Saya tidak alami masalah kaki bengkak ketika hamilkan kedua-dua anak saya. Tapi masalah ini memang biasa di kalangan ibu hamil.

Jangan risau kerana ianya akan kembali surut selepas anda bersalin. Dan jangan pula rasa tidak cantik. Masalah kaki bengkak akan sedikit menyukarkan pergerakan anda. Jadi, apa kata ambil peluang ini untuk bermanja dengan suami anda.

In Shaa Allah nanti saya akan tulis artikel berkenaan kaki bengkak ini.

Kaki Cramp atau Kejang Ketika Tidur
Siapa pernah kena kejang kaki memang terbaik kan? Biasanya wanita hamil diserang kejang kaki bila kandungan sudah pun masuk trimester ketiga. Ini merupakan petanda badan anda kekurangan kalsium.

Biasanya kalau saya kena kaki kejang, saya akan kejutkan suami dan minta dia tarik kaki saya kuat-kuat. Memang sakit tapi akan lega selepas itu. Dan jangan sesekali melawan kesakitan kejang kaki sebab ia akan membuatkan kaki anda lebih sakit.

Cara mudah untuk elak masalah adalah dengan mengambil pil kalsium Ostematrix supaya bekalan kalsium mencukupi untuk anda dan juga bayi dalam kandungan. Anda boleh rujuk artikel Punca Kejang Kaki Ketika Hamil.

Kerap Kencing Terutama Waktu Malam
Jika ianya terjadi ketika anda yang tidak hamil, anda perlu membuat rawatan susulan kerana mungkin ada masalah kesihatan yang berkait. Tetapi kerap buang air kecil di waktu malam untuk wanita hamil adalah normal.

Kata orang tua-tua ianya berpunca dari rambut bayi yang membuatkan kita geli lalu terasa ingin buang air. Tetapi sebenarnya ia disebabkan saiz bayi yang semakin membesar yang menekan bahagian pundi kencing. Oleh itu jangan risau kerana perkara ianya akan berhenti selepas anda melahirkan.

5 masalah yang saya kongsikan di atas terjadi kepada kebanyakan wanita hamil. Ada lagi tau masalah-masalah yang lain yang mungkin lebih berat. Tetapi ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat kaum wanita untuk hamil buat kali kedua dan seterusnya.

Ohh…kaum wanita memang kaum yang hebat!!

Wanita hamil sering juga dikaitkan dengan stigma tidak larat atau mempunyai keupayaan terbatas. Ya, kebanyakannya begitulah. Sampai orang keliling pun rasa simpati. Tapi seorang wanita yang saya kenali ini memang hebat kerana mampu memanjat candi borobodur ketika hamil 7 bulan. Malah beliau yang sampai dahulu berbanding rakan lain. Kalau panjat candi pun selamba sahaja, inikan pula setakat ke pejabat. Mesti anda yang sedang melepek atau asyik MC teringin sihat dan kuat ketika hamil seperti beliau kan?

Sun Mar 29, 2015 7:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Layar Smartphone Calar-Balar? Ini Cara Menghilngkannya
batuvskayu.blogspot
orang-muo.com
Posted by orang muo

Layar atau skrin smartphone anda calar-balar? Ada beberapa alternatif untuk membersihkan dan juga menghilangkan kesan calar di layar LCD gadget anda dengan mudah.

Alat yang digunakan untuk membersihkan pun juga tidak sukarr untuk dicari. Bahkan alat-alat ini kerap digunakan dalam kegiatan sehari-hari. Berikut beberapa kaedah untuk mengatasi masalah di atas tersbut;

1. Ubat Gigi
- Ambil sedikit dari tiub ubat gigi anda dan oleskan ubat gigi tersebut pada sehelai kain halus. Kemudian oleskan beberapa kali kain itu pada layar smartphone anda.

- Lap layar smartphone anda secara terus menerus dengan ritma memutar selama 5 minit.
- Ulang lagi dengan menambah sedikit porsi ubat gigi dan kembali lap layar smartphone dalam waktu tambahan 5 minit perlahan-lahan.
- Setelah itu, biarkan sejenak layar yang telah dilap selama 2-3 minit sampai mengering.
- Setelah itu, bersihkan kerak ubat gigi yang membekas pada layar dengan kain yang lembab.
- Untuk langkah terakhir, lap lagi layar smartphone Anda sampai benar-benar bersih dan tidak ada lagi kesan calar.

2. Krim Jeli Pelembab-
Siapkan kain halus dan krim jelly petroleum (krim yang biasa digunakan untuk melembabkan bahagian tubuh yang kering).
- Oleskan krim jeli tersebut pad kain halus dan lembut.
- Lap layar perangkat anda dengan kain halus tersebut perlahan-lahan. Ingat, jangan menekan layar anda terlalu kuat ketika sedang membersihkan layar.

Untuk hasil maksimum, lakukan hal ini secara rutin dalam waktu sehari.

Sun Mar 29, 2015 7:29 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Rupa sebenar Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 pindaan 2015 (PDF)
bloglist-malaysia.blogspot
cenangau.blogspot.
Cenangau D'kari

Sejak hujung tahun lepas lagi aku dok cari versi pindaan 2015 bila Kerajaan Kelantan war-warkan kata nak bentang dalam Sidang Dun tapi bila sebelum bentang dulu wakil Kerajaan Negeri kata RUU tu 'embargo&#39;.

Sinarharian melaporkan:

Dalam pembentangan itu, sebanyak 10 pindaan dibuat termasuk tiga perkara yang pernah mencetuskan kontroversi, manakala tujuh lagi pindaan bersifat teknikal.

Sebanyak 71 fasal, enam bahagian serta empat jadual merangkumi peruntukan kesalahan jenayah syariah dan perkara-perkara berkaitan dengannya terkandung dalam rang undang-undang itu. - Sinarharian.
Juga dilaporkan:

Antara tiga pindaan utama yang dibuat berkait penggunaan kanun ini kepada hanya orang Islam yang melakukan kesalahan di Kelantan sekali gus tidak membenarkan orang bukan Islam membuat pilihan menggunakan undang-undang syariah.

Pindaan juga dibuat terhadap enakmen takrif liwat dengan membuang perkataan 'selain daripada isterinya' dengan memperuntukkan hukuman takzir bagi kesalahan liwat isteri yang sebelum ini mendapat kritikan pihak tertentu.

Keterangan 'qarinah' pada kehamilan atau kelahiran anak tanpa suami dijadikan keterangan yang boleh menyebabkan kesalahan zina digugurkan. - Ibid.

Kat bawah ni salinan RUU Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 1993 pindaan 2015 yang dibentang, dibahas dan kemudiannya diluluskan dengan sokongan semua ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan.

RUU Kanun Jenayah Syariah II (2015) Negeri Kelantan PDF by Cenangau Daunkari

Sejak hujung tahun lepas lagi aku dok cari versi pindaan 2015 bila Kerajaan Kelantan war-warkan kata nak bentang dalam Sidang Dun tapi bila sebelum bentang dulu wakil Kerajaan Negeri kata RUU tu 'embargo&#39; aku pun berenti cari. Aku pun taktau pasai apa PAS Kelantan 'embargo&#39; RUU tu takmau share terutama bila pemimpin DAP dan PKR minta nak tengok.

Tapi bila dah lulus ni baru aku start cari balik dan semalam baru ada member bagi link untuk download dan aku upload ke Scribe untuk mudah kalau aku nak rujuk salinan online.

PERBEZAAN ANTARA KANUN JENAYAH SYARIAH II Kelantan versi 1993 dan versi 2015
bloglist-malaysia.blogspot
erapasca.com
Posted by Prof. Era Pasca
PERBEZAAN ANTARA KANUN JENAYAH SYARIAH II Kelantan versi 1993 dan versi 2015:

1. Tafsiran Penjara

Versi 1993 - termasuklah perintah menghadkan seorang pesalah tinggal dlm satu kawasan.

Versi 2015- spt tafsiran dlm sek 2 Akta Penjara 1995
( kesannya pesalah zina yg dihukum sebat 100 rotan dan penjara setahun - sek 13 (2) akan ditahan dlm penjara, berbeza dgn versi 1993 pesalah boleh diperintah tinggal di kampong lain)

2. Kesalahan Liwat - sek 14

Versi 1993 - persetubuhan melalui dubur dgn isteri tidak dianggap satu kesalahan liwat.

Versi 2015 - persetubuhan suami isteri melalui dubur dianggap kesalahan liwat, cuma tidak dikenakan hudud, dihukum takzir shj.

3. Kesalahan Qazaf - sek 17

Versi 1993 - menuduh orang lain berzina termasuk menjadi saksi (tidak termasuk liwat) atau menafikan nasab tanpa bukti dianggap kesalahan qazaf

Versi 2015- menuduh orang lain berzina atau liwat termasuk saksi yg memberi keterangan dgn sucihati kpd mahkamah tidak dianggap qazaf wpun tidak boleh dibuktikan.

4. Kesalahan Murtad atau irtidad - sek 23

Versi 1993 - dipenjarakan tidak kurang drp 3 hari utk taubat, jika enggan dihukum bunuh.

Versi 2015 - dipenjara tanpa tempoh utk taubat, jika enggan hendaklah dikenakan hukuman hudud ( tanpa disebut bentuk hukuman)

5. Hamil/beranak tanpa suami

Versi 1993 - hamil/beranak tanpa suami boleh dijadikan qarinah zina dan boleh dikenakan hukuman hudud kecuali boleh bukti sebaliknya

Versi 2015 - hamil/ beranak tanpa suami tidak dianggap sbg qarinah zina.

6. Pemakaian ke atas bukan Islam

Versi 1993 - ekjs ii 1993 terpakai kpd bukan Islam secara pilihan

Versi 2015 - ekjs ii 2015 tidak terpakai kpd bukan Islam, hanya utk orang Islam shj

Disediakan oleh
CHE IBRAHIM BIN MOHAMED,
Ketua Pas Cawangan Kepala Jambatan
DUN Pasir Pekan, Tumpat
23hb Mac 2015

Majlis Raja-raja tolak pindaan laksana hudud, kata sumber

bloglist-malaysia.blogspot

Posted by Jeebond BLM

Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud, menurut sumber.

Cadangan pindaan itu ditolak pada mesyuarat mereka 11 Mac lalu, yang dikatakan dihadiri semua Raja-raja Melayu atau wakil mereka.

Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.


Menurut "roadmap" JTH, selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (Pindaan) 2015 atau EJSII, Majlis Raja-raja pula akan bersidang membincangkannya.

DUN Kelantan sebulat suara meluluskannya pada 19 Mac selepas dibentangkan pada 18 Mac dan dibahaskan 4 ahli DUN (Adun) yang menyokong.

Jika ia diluluskan pula mesyuarat majlis itu, JTH akan membawanya ke Kabinet sebelum seorang menteri membentangkan usul di Dewan Rakyat bagi meminda Akta 355.

Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah.

Seorang anggota JTH mewakili kerajaan Kelantan berkata persetujuan dicapai dalam jawatankuasa itu yang seorang menteri kerajaan pusat akan membentangkan usul pindaan Akta 355 itu di Dewan Rakyat Jun ini.

"Berdasarkan roadmap yang ada, pada Disember 2014 (kemudian ditunda ke Mac 2015 kerana banjir), Enakmen Jenayah Syariah II itu akan dibentangkan di DUN Kelantan.

"Pada 11 Mac, cadangan pindaan kepada Akta 355 itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Raja-raja sebelum ia dibawa ke Kabinet. Jun nanti, seorang menteri akan membentangkan pindaan Akta 355 itu," kata sumber itu.

Dipercayai ekoran keputusan Majlis Raja-raja itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil langkah membentangkan sendiri usul meminda Akta 355 itu melalui satu rang undang-undang persendirian, dan bukannya dibentangkan oleh menteri.

Hadi menghantar notis ke Parlimen memohon kebenaran membentangkannya pada 18 Mac.

Akta 355 menetapkan mahkamah syariah hanya boleh mengenakan denda maksimum RM5,000, penjara tidak lebih tiga tahun dan maksimum enam kali sebatan bagi kesalahan termasuk zina, tuduhan zina tanpa empat saksi (qazaf) dan juga minum arak.

Dengan pindaan Akta 355, sebahagian hukum hudud yang termasuk dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan boleh dilaksanakan, seperti kesalahan zina dengan hukuman 100 sebatan, qazaf 80 sebatan dan minum arak 80 sebatan (lihat grafik di bawah).

Sekiranya dibentangkan di Parlimen, rang undang-undang persendirian Hadi hanya memerlukan sokongan majoriti mudah atau 112 daripada 222 ahli Parlimen, sekiranya semua mereka hadir, bagi membolehkan ia diluluskan.

Sekiranya kehadiran tidak penuh, rang undang-undang itu masih boleh diluluskan dengan lebih suara bersetuju apabila ia dibuka untuk undian kepada ahli Parlimen yang hadir.

Persoalannya sekarang ialah sama ada rang undang-undang persendirian Hadi akan berjaya dibentang, kerana kebiasaannya urusan kerajaan diberi keutamaan dalam agenda Dewan Rakyat.

Menteri bertanggungjawab hal ehwal undang-undang, Nancy Shukri berkata, ia mungkin tidak sempat dibentangkan semasa sidang sekarang yang akan berakhir 9 April.

Terdapat 136 ahli Parlimen beragama Islam, tetapi semua 15 ahli Parlimen PKR dan 2 ahli Parlimen DAP beragama Islam tidak mungkin akan menyokong rang undang-undang itu, berdasarkan pendirian yang diambil parti masing-masing.

Barisan Nasional (BN) setakat ini masih belum menyatakan pendirian rasmi sama ada menyokong atau menolak rang undang-undang hudud PAS itu, sementara Pengerusi Kelab Penyokong BN, Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyatakan ahli Parlimen BN akan mengundi berteraskan suara hati mereka kerana isu itu melibatkan soal akidah.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata bukan masanya melaksanakan hudud, sementara 7 ahli Parlimen PAS yang setia dengan PasMa - kumpulan pro-PR di dalam PAS - mungkin menolak rang undang-undang itu.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz menjadi menteri pertama Umno menolak cubaan melaksanakan hudud di Malaysia, mengatakan cakap-cakap mengenainya adalah bodoh kerana ia pasti tidak dapat dilakukan secara sah mengikut undang-undang.

Terdapat juga satu lagi pandangan yang, selain Akta 355, Perkara 76A (1) Perlembagaan Persekutuan juga perlu dipinda bagi memberi kuasa kepada Kelantan melaksanakan kanun jenayah syariah itu sepenuhnya.

Peruntukan perlembagaan itu menyentuh kuasa perundangan persekutuan menggubal undang-undang dan kuasa yang diberi kepada perundangan negeri menggubal undang-undang berdasarkan had yang dikenakan Parlimen.

Ia termasuk kuasa menggubal undang-undang berhubung hukuman untuk kesalahan jenayah, yang menurut perlembagaan berada di bawah bidang kuasa persekutuan.

PAS, dalam mempertahankan enakmen hududnya, berkata ia akan terpakai untuk semua orang Islam, termasuk kerabat diraja, menurut Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat. – tmi

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Mar 29, 2015 10:46 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Mar 29, 2015 10:46 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Sun Mar 29, 2015 3:14 pm (PDT) . Posted by:

"dollahmamat" dollahmamat

Mmg betoiii...
Aku setuju sgt tuuu...
Ni sbb dh kafir semuanyee depa cover...
Cubaa laa pilot tu ada 'bin'...
Confirm dh kata penganas..

Sent from: Lenovo A850+

"badrulhishammohd.ramly@gmail.com [automobil]" <automobil@yahoogroups.com> wrote:

>[Attachment(s)frombadrulhishammohd.ramly@gmail.comincludedbelow]Penipu...cubakalauorgtusorangmuslim.mestikenacopsebagaipengganas..SentfrommyBlackBerry10smartphone.From:'-:eSpAcE9808:-'rienacom@yahoo.com.sg[automobil]Sent:Sunday,29March201521:46To:zzxmelayucyberReplyTo:automobil@yahoogroups.comSubject:www.groupautomobil.blogspot.com-Fw:PatutlahAndreasSengajaHempaskanPesawatGermanwings..PatutlahAndreasLubitzSengajaHempaskanPesawatGermanwings..IniPuncanya?bloglist-malaysia.blogspotaddindeen.blogspotPatutlahAndreasLubitzSengajaHempaskanPesawatGermanwings..IniPuncanya.?JuruterbangGermanwings,yangdisyakisengajamenghempaskanpesawatituSelasalalu,pernahmenerimarawatantekananjiwabagikeskemurunganterukenamtahunlalu,laporakhbarJerman.AndreasLubitz,pembantujuruterbangberusia27tahun,yangbersendiriandikokpitpesawatAirbusA320menghalangjuruterbangdaripadamasuksewaktumenjunamkanpesawatitusebelumterhempasdipergununganAlpsdiselatanPerancis.AkhbarBild,yangdipetikagensiberitaReutershariini,melaporkanLubitzmenjalanirawatanpsikiatriselamasetahunsetengah.Policehavemadea'significantdiscovery'atthehomeofAndrewLubitz#Germanwingshttp://t.co/u8rSwlkuncpic.twitter.com/khHRpuCWj3—TheIndependent(@Independent)March27,2015PatutlahAndreasLubitzSengajaHempaskanPesawatGermanwings..IniPuncanya?Dokumen-dokumenitutentangrawatanituakandiserahkankepadapenyiasatPerancisselepasdisemakpihakberkuasaJerman.Lubitzdilaporkansecaramanualmemulakanprosedurterbangmenurundantidakmemberiresponsketikajuruterbangdankrewmerempuhpintuyangdikuncisehinggapesawatpenerbangan4U9525Germanwingsituterhempas.PenemuanitudiumumkansemalamoleholehpenyiasatPerancis.Insidenitumengorbankan150orang,termasukduabayidanenamanakkapal,ketikapesawatmenujuDusseldorf,JermandariBarcelona,Sepanyol.SumberPembantuJuruterbangGermanWingsSembunyikanCutiSakitDilulusuntukpaparanolehKetamBatutranungkite.netDUESSELDORF,Jerman:PembantujuruterbangyangdidakwasengajamenjunamkanpesawatGermangwings,4U9525kepergununganAlpsPerancis,dilaportelahmenyembunyikansuratcutisakityangdiberikandoktorpadaharikejadian,katapenyiasatJerman.SiasatandirumahAndreasLubitz,28,menemuibeberapadokumenperubatanyangmengesahkanpenyakitdialamidanrawatanyangdijalanidengandoktorsertasuratcutisakityangsudahdigumpaltermasukyangdikeluarkanpadaharinahas(Selasa),katapasukanpenyiasat.Keadaanitumengesahkanapayangdisyakiselamaini,Lubitzyangdikatakanmenghidapkemurunganteruk,menyembunyikanpenyakititudaripadamajikandanrakan-rakan,katajurucakappasukanpenyiasatdalamsatukenyataanpadaJumaat.DiajugadikatakantelahmenguncijuruterbangdarikokpitpadaSelasasebelummenetapkankawalanpesawatuntukmenjunamdilembahberbatubagimenghapuskanpesawatitusertamembunuh150penumpangdananakkapal.HasildarisiasatanjugamendapatiLubitzdisahkanmenjadipesakitdiHospitalUniversitiDusseldorfselamaduabulanyanglaludandiadikatakantidakmendedahkankeadaankesihatannyapadasyarikatpenerbanganitukeranabimbangakankehilanganlesenpenerbangan.Namunbegitu,polismemberitahutiadanotabunuhdiriditemuidalampencarianyangmengambilmasalimajamitu.JurucakapsyarikatpenerbanganmemberitahukepadaMailOnlinepadaKhamis,syarikatitutidakmengetahuimengenaisijilcutisakitnyadanberkatamenjaditanggungjawabLubitzuntukmemaklumkankepadamajikanjikadiamengalamimasalahkesihatan.Hasilmaklumandaritemanrapatnya,Lubitzdikatakanmempunyaiminatyangmendalamdalambidangpenerbangankeranadiaseringkaliberkongsigambarpesawatdimediasosialdanmengambilkelaspenerbanganseawalusia14tahun.-Mstar
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: