Sunday, August 16, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4268[1 Attachment]

5 Messages

Digest #4268

Messages

Sat Aug 15, 2015 10:48 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

RAKAMAN CCTV .. WANITA DIPERCAYAI SEORANG GURU DISAMUN DENGAN PARANG DI KEDAI SERBANIKA.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Gara-gara mahu menyelamatkan beg tangannya yang mempunyai RM700, seorang wanita dipercayai seorang guru yang sedang membeli-belah di sebuah kedai serbaneka di Pagoh, Muar, baru-baru ini ditetak oleh seorang lelaki.

Dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV), wanita itu dilihat sedang berada di kaunter untuk membayar barangan sebelum seorang lelaki tiba-tiba meluru dan cuba merampas beg tangannya.

Wanita yang cuba melawan itu kemudiannya ditetak dan dilaporkan luka dan menerima beberapa jahitan.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sat Aug 15, 2015 10:49 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Isu Dadah Dalam Minuman Upin & Ipin : Penjelasan dari Les Copaque

siakapkeli.my

Berikutan penyebaran maklumat yang menyebut produk minuman Upin dan Ipin mengandungi dadah jenis ketamin, pihak Les Copaque tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.

Menurut kenyataan dari Pengarah Urusan Les' Copaque Production, Haji Burhanuddin Md Radzi, berita mengenai pengedaran dadah yang menggunakan botol minuman Upin & Ipin memang benar dan bukan botol minuman Upin & Ipin sahaja yang menjadi mangsa.

"Berita mengatakan pengedar dadah menggunakan botol minuman Upin & Ipin memang betul. Mereka menggunakan bukan sahaja botol minuman Upin & Ipin tetapi banyak lagi jenama lain yang terkenal. Usaha mereka telah tertangkap dan pihak Polis sudahpun membuat pengumuman."

Selain itu, Burhanuddin juga turut menegaskan minuman Upin & Ipin yang berada di pasaran kini selamat diminum dan turut menyatakan perasaan kecewanya apabila terdapat menyebaran viral yang mengatakan minuman tersebut tidak selamat diminum.

"Oleh kerana ia dikeluarkan oleh pengedar dadah, sudah tentulah ia dijual dikalangan penagih dadah dan tiada di pasaran biasa. Oleh kerana itu, semua minuman kami yang berada di pasaran sudah tentu selamat diminum."

"Malangnya terdapat penyebaran viral yang mengatakan minuman Upin & Ipin kami mempunyai dadah dan membahaya untuk diminum. Ini amat mendukacitakan kerana pihak kami menjadi mangsa. Minuman kami dijamin selamat untuk diminum. Diharapkan semua peminat kami dapat membetulkan keadaan ini dan terus menyokong usaha kami.", katanya. - Siakapkeli.my

Profile

Upin & Ipin
Fictional Character · 11,808,213 Likes
· 2 hrs ·
Minuman Upin Ipin dan Dadah
---------------------------------------

Berita mengatakan pengedar dadah menggunakan botol minuman Upin & Ipin memang betul. Mereka menggunakan bukan sahaja botol minuman Upin & Ipin tetapi banyak lagi jenama lain yang terkenal. Usaha mereka telah tertangkap dan pihak Polis sudahpun membuat pengumuman.

Oleh kerana ia dikeluarkan oleh pengedar dadah, sudah tentulah ia dijual dikalangan penagih dadah dan tiada di pasaran biasa. Oleh kerana itu, semua minuman kami yang berada di pasaran sudah tentu selamat diminum.

Malangnya terdapat penyebaran viral yang mengatakan minuman Upin & Ipin kami mempunyai dadah dan membahaya untuk diminum. Ini amat mendukacitakan kerana pihak kami menjadi mangsa. Minuman kami dijamin selamat untuk diminum. Diharapkan semua peminat kami dapat membetulkan keadaan ini dan terus menyokong usaha kami.

Terima kasih

Haji Burhanuddin Md Radzi - Pengarah Urusan Les' Copaque Production

Sat Aug 15, 2015 10:49 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Tiada Transaksi Tunai Di 5 Plaza Tol PLUS Mulai 9 September Depan

siakapkeli.my

Sistem kutipan tol secara elektronik akan dilakukan sepenuhnya di lima plaza tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), bermula 9 September depan.

Ia akan membabitkan plaza tol di utara iaitu Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Jitra dan Plaza Tol Bukit Kayu Hitam (di Lebuhraya Utara-Selatan) serta Plaza Tol Lunas dan Plaza Tol Kubang Semang (di Lebuhraya Ekspressway Butterworth-Kulim BKE).

Memetik kenyataan Ketua Pegawai Operasi PLUS, Mohammad Fuad Khusairi, kesemua transaksi di lima plaza tol itu akan menggunakan kad PLUSMiles, Touch'n Go atau SmartTAG.

"Sehubungan itu, orang ramai yang menggunakan kelima-lima plaza tol berkenaan digesa supaya beralih kepada sistem pembayaran tol secara elektronik secepat mungkin.

"Bagi membantu orang ramai beralih kepada sistem elektronik dengan lebih mudah, orang ramai berpeluang mendapatkan kad PLUSMiles Touch 'n Go (dengan nilai tambah RM5) dengan harga promosi RM5 (kad percuma) di ke semua plaza tol terbabit mulai sekarang sehingga 31 Disember yang akan datang," demikian menurut kenyataan. -Siakapkeli.my

Berita asal The Rakyat Post.

Sat Aug 15, 2015 10:49 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Serpihan Pesawat Bukan Dari MH370 - Pulak Dah, Yang Najib Sahkan Itu Apa?

bloglist-malaysia.blogspot
amenoworld.net
Part 1 disini.(di bawah)

Ini berita kita pada minggu lepas.

Najib yang umum pada minggu lepas. Beria2 plak tue. Info yang diterima, pasukan penyiasat masih mahu melakukan analisis selanjutnya dan tidak berniat / mahu mengesahkan apa2 pada ketika itu.

Jadi, kenapa Najib umumkan?

Laporan dari Awani gak, ada ahli keluarga mangsa yang enggan terima pengumuman Najib. Bahkan ada yang bersikap spetikal. Maksudnya, malas layan dan malas percaya.

Dorang tak silap juga bersikap demikian. Kerana, ini berita kita yang terkini.

Baca ;

Kejap serpihan dari MH370.
Kejap bukan pula.
Yang gilanya totok UMNO cakap kita tak faham berita. Katanya serpihan yang diperiksa oleh pasukan penyiasat Malaysia je bukan dari MH370. Bukan bermaksud bukan semua serpihan bukan dari MH370. So ko nak bayangkan pasukan kita ada limited access ke macam mana? Tak siasat part2 serpihan yang penting? Part2 cikai semua pass kat pasukan kita ek?

Pendapat aku, gambar tersebut dah membuktikan depa bercakap tentang serpihan pesawat. Serpihan pesawat pe lagi plak. Yang ditemui pun bukan banyak. Ngaku aje la Najib kau tue dah kantoi bodoh. Semak la aku tengok korang dok bekap dia beria2.

Bukan aku nak tuduh2. Tapi sebelum neh aku dah nyatakan. Pendapat peribadi aku je. Aku kata. Mungkin Najib declare serpihan tue dari MH370 untuk redakan sikit tekanan press ke atasnya yang dok melapor isu 2.6b tue hah. So press ada isu lain nak lapor. Maka rakyat teralih sikit atau tekanan media ke atas diri kita yang kena serang atas bawah neh hah. Maka bila berlaku tumpuan. Walaupun tak semua tapi taktik seperti ini masih berkesan untuk redakan ketegangan kepelbagaian laporan yang berupaya menarik minat masyarakat ke atasnya, masyarakat akan kurang memfocus untuk memperkatakan tentang satu2 isu semata2. Mereka akan potpet beberapa isu2 semasa dalam satu masa yang sama. Silap2, mereka terus lupa nak cakap tentang isu tersebut. Macam kes account bank Rosmah. Lenyap terus bila kes Low Yat viral. Hihi.

Kla. Harap2 Najib kau dah bersedia dengan jawapan kenapa kerajaan kita ada dua versi laporan mengenai serpihan MH370. Bai.

Rumah Pegawai SPRM Diserbu Penyiasat - Gambar PDRM Di Depan Bank Negara Viral.
amenoworld.net
Semalam Awani update ini ;

- SPRM akan memanggil Najib untuk memberikan keterangan berhubung kemasukkan dana 2.6b ke dalam account bank peribadinya.

- SPRM sahkan bahawa penderma tersebut dari Timur Tengah dan telah pun menyoal individu terbabit.

- Identiti penderma tidak boleh didedahkan.

- SPRM pertahankan dakwaan bahawa 2.6b itu merupakan derma dan tidak pernah mengatakan siasatan akan ditutup.

- SPRM kesal pegawai2nya ditahan oleh PDRM semasa dipanggil untuk memberikan keterangan. Kata SPRM ini merupakan satu bentuk ganguan ke atas siasatan yang sedang dijalankan dan akan berikrar mencari dalang disebalik tindakan PDRM ke atas SPRM.

- SPRM tegaskan 2.6b tiada kaitan dengan 1MDB dan siasatan mereka berkisar kepada SRC international semata2.

- SPRM umumkan pasukan khas siasatan 1MDB telah dibubarkan tanpa menjelaskan kenapa ia dianggap terbubar.

----------------

Pasukan khas siasatan 1MDB bubar - Najib beroleh kemenangan pertama.

Di Malaysiakini, aku baca ada menyebut siasatan PDRM ke atas pegawai2 SPRM adalah di atas 'terlibat dalam aktiviti yang menganggugugat demokrasi berparlimen'.

Apekah itu sebenarnya? Aku ada baca satu blog, nanti aku explain dalam penulisan seterusnya tapi aku rasa aku dah dapat kaitkan sikit2 dengan tindakan PDRM ke atas pihak2 tertentu ketika ini.

Dokumen, laptop pegawai2 SPRM dirampas dan bahagian operasi khas kena serbu. Berikut pula gambar yang viral di laman sosial rumah pegawai SPRM kena serbu dengan penyiasat.

Photo kredit : Page Janji Dicapati.

Selain gambar2 di atas, kononnya malam tadi ada beberapa buah kereta polis diperlihatkan hadir di kawasan bank negara.

Kehadiran polis di kesan sekitar jam 11 malam. Tak pasti samada berkaitan dengan apa yang sedang berlaku sekarang neh atau apa. Maybe, orang2 bank negara boleh bagi info serba sedikit kat kita. At least tolong sahkan penyebaran maklumat di atas pun jadi le.

Tindakan ke atas SPRM neh memang membawa impak juga ke atas pentadbiran Najib. Apatah lagi geng2 pembangkang semua isytihar sokong siasatan SPRM ke atas Najib.

Tadi. Aku ada baca kat wall Wawa. Yang pernah kerja dengan TSKI dulu. Yang kena pecat dari bank Islam sebab tulis analisis PRU ke 13 yang mana PR akan menang. Difahamkan, dia boleh membaca bahasa perancis.

Dia cakap begini ;

Lebih kurang begini la bahasa pasarnya. Media perancis masih lagi berkira2 nak mengaitkan penemuan demi penemuan di kepulauan Renion dengan MH370. Masih lagi dalam proses melakukan analisis selanjutnya. Dan di Malaysia, dan2 pula PM Najib kau sahkan penemuan tersebut dengan MH370.

Point aku sebenarnya ialah, jika benar Najib bersikap tergesa2 dalam perkara di atas, apakah ianya adalah bertujuan untuk meredakan kritikan ke atas dirinya apabila masyarakat mula mengalihkan perhatian ke atas insiden MH370?

MH370 mendapat simpati rakyat Malaysia dan berita2 berkaitan MH370 sentiasa viral dan diperkatakan masyarakat.

Aku harap Najib tak begitu. Airmata orang bukan permainan ye.

Kbai.

Sat Aug 15, 2015 10:50 pm (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Lelaki Saman KFC, Pesan Ayam Goreng Alih-Alih Dapat Tikus Goreng

siakapkeli.my

Geli dan meNiat seorang lelaki yang mahu menikmati keenakan dan kerangupan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) akhirnya terbantut apabila pesanan yang diperolehinya adalah seekor tikus goreng!

Hal itu terjadi kepada Devorise Dixon, daripada California, Amerika Syarikat, apabila berkunjung ke restoran berkenaan pada Jumaat lalu.

Jika diperhatikan gambar tikus goreng yang sudah menjadi viral itu, ia jelas menunjukkan bentuk badan haiwan tersebut termasuklah bahagian ekornya.

Meskipun pihak pengurusan restoran berkenaan segera menukarkan menu tersebut dan memohon maaf, Dixon nampaknya membawa hal berkenaan kepada tindakan undang-undang.

Dia kemudiannya mengupah peguam untuk menuntut ganti rugi.

"Datang semula ke KFC dan bercakap dengan pengurusnya. Dia mengakui bahawa ianya seekor tikus dan memohon maaf, tibalah masa untuk mengupah peguam!!!

"Berhati-hati, jangan makan makanan segera!!," demikian memetik posting Dixon di laman Facebooknya.

Kalau sampai tergoreng tikus, memang nampaknya pihak pengurusan KFC cawangan ini tidak menitikberatkan soal kebersihan premis, terutamanya di dapur. -Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: