Tuesday, August 25, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4275[1 Attachment]

5 Messages

Digest #4275

Messages

Mon Aug 24, 2015 9:03 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Warga Emas Cedera Parah Dilanggar Ketika Sedang Isi Minyak
mstar.com.my

Oleh: THE STAR

Antara paparan skrin yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup milik stesen petrol di Jalan Besar, dekat Kluang.

KLUANG: Seorang warga emas berusia 70 tahun mengalami kecederaan serius selepas dilanggar sebuah kereta semasa sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Jalan Besar, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata insiden berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari Ahad.

Mangsa, Mohamad Nasir Manas, dilanggar sebuah kereta yang dipandu wanita berusia 42 tahun.

"Siasatan awal polis mendapati insiden berlaku apabila pemandu gagal mengawal kereta Perodua Kancil yang dipandunya selepas seliparnya tersekat pada pedal pemecut kereta tersebut.

"Mohamad Nasir patah di bahagian pinggul dan mengalami beberapa kecederaan lain. Dia dihantar ke Hospital Kluang untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi.
Insiden tersebut dirakamkan dalam kamera kitar tertutup stesen minyak berkenaan dan menjadi viral di laman media sosial.
Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Mon Aug 24, 2015 9:05 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Adik Pomen 'Lenjan' Kereta Customer Honda Civic Sehingga Accident Total Loss
bloglist-malaysia.blogspot
depalma-sp.blogspot.
kete ni sy hantar bngkel..orang lain bawak kete tanpa kebenaran..saya hantar untuk buat aircond..dia boleh pergi bantai main cucuk-cucuk dengan eg kuning.. ramai org saksi..last2 die tak boleh kawal die langgar divider..kete bpusing...kol 3 pagi pomen call saya kete saya eksiden total lost

Adik Pomen 'Lenjan' Kereta Customer Honda Civic Sehingga Accident - Assalamualaikum, kereta Honda ni asalnya dihantar oleh owner Nurul Amirah ke bengkel untuk baiki air cond, Jadi, kereta tersebut ditinggalkan di bengkel. Adik kepada pomen telah bertindak memandu tanpa kebenaran dan pergi berlumba dengan kereta lain (Honda EG) . Ramai juga yang telah menyaksikan kejadian itu. Apapun takziah kepada owner kereta.

Bengkel mana yang buat kerja macam ni tu tak tahu la. Kejadian berlaku di Shah Alam.

Nak pergi baiki aircond tapi dilenjannya pulak. Jadi, saya harap semua dapat berhati-hati bila hantar kereta untuk dibaiki, terutamanya kereta-kereta yang 'hot'.

Mon Aug 24, 2015 9:06 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pendang Exora Musnah Terbakar, Pemandu Rentung

kitabantai.info
Posted by Kita Bantai

PENDANG: Sebuah Proton Exora bersama pemandu rentung dalam satu kejadian di Kilometer 68.2 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran denga Plaza Tol Pendang, petang tadi.

Mangsa yang masih belum dapat dikenalpasti lagi dikatakan memandu seorang diri menghala ke Alor Setar.

Pihak bomba menerima panggilan pada jam 5.12 petang berikutan kejadian dan tujuh anggota bersama sebuah jentera bersama sebuah Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan tiba di tempat kejadian 17 minit kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi, kami dapati api sedang marak dan cuba memadam kebakaran sebelum menemui mayat seorang mangsa yang sudah rentung.

"Usaha mengeluarkan mayat itu dilakukan dan diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut," kata Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raya, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Jamalluddin Mat yusop.

Mohd Jamaluddin berkata kereta itu musnah 100 peratus. sumber

Mon Aug 24, 2015 9:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Padah Langgar Lari, Rumah Dan Kereta Seorang Lelaki Dirosakan

siakapkeli.my

Alor Setar: Kerana melarikan diri selepas kemalangan seorang jurukimpal menghadapi detik cemas selepas cermin rumah dipecahkan dan tiga buah keretanya dirosakkan oleh sekumpulan lelaki bermotosikal di Kampung Telok Gelam, Jitra, dekat sini, Jumaat lalu.

Memetik laporan Harian Metro, kejadian berkenaan berlaki pada jam 11 malam itu selepas sekumpulan terdiri dari 15 orang lelaki itu tidak berpuas hati kerana tindakan mangsa berusia 46 tahun yang didakwa melarikan diri selepas terbabit dalam dua kemalangan, masing-masing dengan sebuah motosikal di Jalan Telok Malek dan Taman Kelisa di Jitra.

Menurut mangsa dia bertindak melarikan diri kerana ketakutan selepas mendakwa diugut oleh kumpulan lelaki berkenaan membuatkan dia melarikan diri selepas terbabit dalam pelanggaran di Jalan Telok Malek, Jitra 30 minit sebelum kejadian.

Kerana kemalangan itu. mangsa kemalangan seorang lelaki berusia 20-an difahamkan patah kaki kanan dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Mangsa ketika dihubungi berkata, sehingga kini, dia tidak berani pulang ke rumah kerana bimbang berhubung keselamatan diri. - Siakapkeli.my

Mon Aug 24, 2015 9:07 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Gadis Bersenjatakan Pisau Rompak Sebuah Kedai Serbaneka Yang Dijaga Dua Orang Lelaki

siakapkeli.my

GEORGE TOWN: Setu kejadian rompakan dilaporkan awal pagi tadi apabila dilaporkan seorang gadis berumur lingkuan 20an telah tekad merompak sebuah kedai serbaneka dengan hanya bersenjatakan sebilah pisau.

Dalam kejadian tersebut yang berlaku kira-kira jam 12.55 pagi gadis berkenaan telah memasuki kedais erbaneka tersebut dengan memaki topi keledar putih dan berpura-pura hendak membeli rokok.

Gadis berkenaan kemudiannya mengeluarkan sebilah pisau daripada pokenya sebelum mengacukan ke arah dua pekerja lelaki di dalam kawasan kaunter sebelum mengarahkan menyerahkan wan tunai.

Kerana bimbang akan keselamatan diri mereka seorang pekerja berkenaan telah menyerahkan wang sebanyak RM155 yang terdapat dalam mesin tunai kepada wanita itu.

Gadis berkenaan kemudiannya melarikan diri dengan sebuah motosikal yang sudah menunggu di luar kedai tersebut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Farid Alathrash Wahid mengesahkan kejadian itu dan berkata, pihaknya sedang mengesan suspek terbabit.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan, kerana merompak menggunakan senjata," katanya. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: