Monday, August 17, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4269[1 Attachment]

8 Messages

Digest #4269

Messages

Sun Aug 16, 2015 8:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Ujang Original Belum 'Mati', Bakal 'Hidup' Semula Warnai Seni Katun Tanah Air

siakapkeli.my/

Berita baik untuk peminat setia majalah Ujang, apabila dikatakan 'Ujang original' bakal hidup kembali untuk mewarnai industri katun tanah air.

Peminat kali ini bakal disajikan dengan wajah Ujang dalam bentuk asli seperti mula-mula Ujang 'baru lahir' iaitu bersama majalah Gila Gila.

Memetik laporan Malaysiakini, kartunis yang telah mengihidupkan watak Ujang, Ibrahim Anon atau lebih dikenali sebagai Ujang berkata, melalui majalah Gila Gila 'yang diperkukuhkan' watak kartun itu akan muncul untuk menghiburkan peminat serta orang ramai.

Penampilan kali ini lebih menarik kerana majalah berkenaan akan dicerikan dengan ramai kartunis hebat lain seperti Ubi, Taugeh, Tembakau, Aie selain Jaafar Taib sendiri.

Menurut Ujang lagi, penampilan terbaru ini akan menjadikan majalah Gila Gila yang pernah menghiburkan jutaan peminatnya dulu kembali sebagai peneraju seni kartun pada masa kini.

Menceritkan kisah kisahnya 10 tahun lalu beliau melepaskan jawatannya sebagai ketua kartunis dalam Gila Gila untuk menerbitkan majalan keluarannya sendiri iaitu Ujang di bawah penerbitan Kharisma Publication.

Dengan wujudnya majalah Ujang beliau berjaya melahirkan lebih ramai bakat baru melalui majalah itu seperti Gayour, Aie, Duku, Ciku dan ramai lagi.

Namun pada penghujung 90-an beliau telah berdepan dengan ujian yang amat besar apabila telah terikat dengan ketetapan perundangan selepas diambil alih oleh MOY Publication di mana mereka menghalang beliau menerbit atau menggunakan produk kartun menggunakan watak yang pernah diciptanya sendiri - Ujang.

Ujang menceritakan dia telah dianiaya apabila nama yang diciptakn dan dinaikkannya itu Ujang telah diambil tanpa sebarang pampasan atau bayaran.

"Ada kontrak yang memperincikan mengenai perkongsian keuntungan, hak milik dan sebagainya tetapi semuanya dihilangkan. Macam kes 1MDB juga," katanya separa bergurau.

Lebih menyedihkan semua karya yang dihasilkannya dalam penerbitan dahulu telah disiarkan tanpa menggunakan namanya tetapi diganti dengan nama orang lain.

"Itu siapa cakap bukan penganiayaan, memang sesuai kena tempeleng," katanya tersenyum.

Bercakap mengenai projek terbarunya itu, beliau berkata dia dan beberapa kartunis lain akan bekerjasama memperkuatkan kembali majalah Gila Gila.

"Kami nak buat kartun yang berkualiti dan menghiburkan rakyat Malaysia. Kami buat sebab kami sayang," katanya.

Beliau memberikan contoh tindakan mereka kini adalah "membaik pulih rumah pusaka di kampung".

"Walaupun kita ada banglo di kota, berhari raya di rumah pusaka itu lebih indah dan bahagia," katanya.

Pada 6 Ogos 2015 lalu, MOY Publication yang mengeluarkan majalah Ujang Dan APO? telah menutup operasi mereka ekoran kenaikan kos operasi dan bebanan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). - Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Sunday, August 09, 2015 11:52 PM
Subject: Fw: Berakhirlah Perjuangan Majalah UJANG Dan APO?

Maka Berakhirlah Perjuangan Majalah UJANG Dan APO?, Tiada Lagi Di Pasaran

siakapkeli.my

Mulai hariini, 6 Ogos 2015, MOY Publication yang mengeluarkan majalah Ujang Dan APO?dikaitkan telah menutup operasinya serta merta.

Maka dengan berita ini dukacitanya dikatakan tiada lagi pengeluaran majalah Ujang Dan APO? yang mempuanyai peminatnya tersendiri itu di pasaran.

Berita ini disahkan sendiri oleh kartunis-kartunis majalah berkenaan di laman Facebook milik mereka dan SK tidak dapat pastikan apa sebenarnya masalah yang membelenggu syarikat MOY Publication berkenaan.

Kartunis Lengkuas
a.. SMDARY BOTA
DENGAN RASMINYA 6 OGOS 2015 MOY PUBLICATIONS SDN BHD YG MENERBITKAN MAJALAH UJANG DAN APO MENUTUP OPERASINYA SERTA MERTA SEKIAN TERIMA KASIH

Kartunis Ubi
Artist · 72,055 Likes
Bukan lagi kabar angin - MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka sejak semalam.

Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun legenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu.

Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik dan semoga nasib mereka akan terus dibela.

‪#‎majalahujang‬ ‪#‎kartun‬ ‪#‎komik‬ ‪#‎ripmajalahujang‬

Profile

Ujang Budak Minang
a.. Works at Freelancer
· 23,507 followers
·
Rasulullah S.A.W bersabda; " Takutlah kamu kepada doa orang yang teraniaya, kerana ia diangkat di atas awan dan Allah berfirman: "Demi keperkasaan dan keagungan-Ku, Aku pasti menolongmu, walaupun setelah beberapa waktu (waktu yang cukup lama)." Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dan Al-Dhiya dari Khuzaimah bin Tsabit dengan sanad sahih

Alud Abdul Manas feeling sorry at Creatvtoon Studios
a.. Asyik Berjaga-jaga ajer.. at Creatvtoon Studios
· 104 followers
·
Majalah 'Ujang Baru' & MOY dikhabarkan dah tutup..
Sey bukan tak simpati dgn nasib Kawan2 seperjuangan dalam dunia kreatip ni..tapi sey laie simpati dgn diri sey 15hb ni..Abih tu cam no...

Creatvtoon Studios
Broadcasting & Media Production · Cyberjaya
· 4.2

Maka berakhirlah perjalanan sebuah majalah yang dahulunya menjadi sebutan ramai dan siapa yang tidak kenal dengan "Lawak Antara Bangsa", "Blues Untuk Aku", "Budak hostel", Mat Despatch, Tok Moh, Pakcik Kordi Dan Lembu Beliau, Katok O katok dan pelbagai lagi.

Kartunis Ubi, yang merupakan kartunis terkenal Majalah Ujang meluahkan perasaannya di laman Facebook di mana MOY Publication (penerbit majalah Ujang dan Apo?) telah disahkan menutup operasi mereka sejak semalam.

"Akan tiada lagi majalah terbitan mereka di pasaran. Malang buat generasi akan datang kerana tak berpeluang lagi menatap dan mengenal majalah kartun legenda yang pernah menggegarkan dunia penerbitan suatu ketika dahulu."

"Paling sedih dan kasihan dengan pengkarya serta kartunis yang selama ini mencari rezeki di sana. Semoga keadaan bakal bertambah baik," katanya.

Majalah ini telah memulakan opersinya pada tahun 1993 di mana pelukis Ibrahim Anon yang lebih dikenali dengan nama penanya Ujang telah menerbitkan majalah ini sendiri di bawah syarikat Kharisma Publications, Kuala Lumpur.

Majalah ini pada awal penerbitannya kelihatan sebagai sebuah himpunan buku lakaran pelukisnya, dengan lakaran konsep majalah itu untuk isu seterusnya.

Melalui penghasilan majalan ini, beberapa kartunis telah berjaya mencipta nama bersama Ujang seperti petai, kobis bunga, padi, ciku, lengkuas dan lain-lain. Itu uniknya kartunis-kartunis yang berada di bawah bumbung Karisma Publications pada waktu itu.

Namun Majalah ini telah diambil alih oleh Mohd Osman Yusof (MOY) mendaftarkan nama UJANG sebagai hak miliknya, sekaligus hal ini menghalang kartunis UJANG daripada terus menggunakan nama tersebut.

Kini majalah UJANG diterajui pula oleh Lengkuas dan kartunis-kartunis seperti Nik, Bacang, Bawang, Manggis, Lepat, Ciku, Lalang, Papan, Buloh, Sukun, Bijan dan Qayyum. - Siakapkeli.my

Sun Aug 16, 2015 8:16 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Kereta Mewah Penuh Sampah Selepas Pemilik 'Block' Laluan

siakapkeli.my

Kalau ya pun tidak ada tempat letak kereta, tidak perlulah meletakkan kenderaan di sembarangan tempat mengganggu lalu lintas dan akhirnya menyusahkan semua orang.

Kejadian yang berlaku di Hospital Putrajaya ini berpunca daripada sikap seorang pemandu wanita yang meletakkan kereta mewahnya di tempat tidak sepatutnya sehingga mengundang kemarahan pemilik kereta yang lain.

Wanita itu dikatakan mahu melawat adiknya di hospital berkenaan.

Gagal mendapatkan slot kosong, dia meletakkan keretanya seketika di laluan masuk ke kawasan tempat letak kereta di bahagian atas berhampiran wad Bersalin.

Berang dengan tindakan wanita ini, beberapa pemilik kereta yang lain bertindak meletakkan tong sampah dan menabur daun kering di keretanya. -Siakapkeli.my

----- Original Message -----
From: -:eSpAcE9808:-
To:
Sent: Monday, August 10, 2015 11:49 PM
Subject: Fw: DITABUR DENGAN SAMPAH MENGHALANG KERETA LAIN.

KERETA DITABUR DENGAN SAMPAH DAUN KERANA MENGHALANG KERETA LAIN.
Posted by OMAK KAU!!!!

 

Kejadian dikatakan berlaku di Hospital Putrajaya apabila pemilik kereta ini langsung tidak memiliki sikap sivik dan tamadun meletakkan keretanya dengan menghalang kenderaan lain.

Sun Aug 16, 2015 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pintu Bank Rosak Sebabkan Pelanggan Terperangkap Di Dalam Lebih Setengah Jam

siakapkeli.my

JEMPOL: Tujuh orang pelanggan sebuha bank di Bahau hari ini telah terperangkap lebih setangah jam selepas dikatakan pintu utama pintu automatik bank berkenaan rosak.

Kerana kjadian itu, pihak Bomba dan Pegawai Operasi Penyelamat terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mereka,

Menurut jurucakap pihak Bomba Bahau PB Ramelan Ribut berkata, mangsa sedang menggunakan mesin juruwang automatik (ATM) semasa kejadian 1:15 itu.

"Mangsa yang terperangkap selama kira-kira 30 minit dan telah cuba untuk menghubungi pegawai pengurusan bank itu untuk membuka pintu keselamatan daripada memecahkan cermin berkenaa.

"Semua mereka selamat kerana berada di dalam ruang berkenaan berpenghawa dingin" katanya. - Siakapkeli.my

Sun Aug 16, 2015 8:17 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Harga Ubatan Mungkin Akan Naik - Menteri

siakapkeli.my

KUALA LUMPUR: Berikutan penyusutan nilai ringgit, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam tidak menolak kemungkinan akan ada kenaikan keatas harga ubat.

Walaubagaimanapun, Subramaniam memberi jaminan bahawa hospital dan klinik-klinik kerajaan akan terus membekal ubatan secara percuma kepada pesakit.

"Kemungkinan harga ubat akan naik kerana ada yang kita import dari luar malah ubatan yang dihasilkan di Malaysia turut menggunakan bahan mentah dari luar negara. Namun keadaan itu hanya sementara waktu sahaja, (apabila) nilai ringgit pulih, harga akan jadi seperti biasa.

"Kerajaan akan terus memberikan ubat secara percuma, tetapi bagi hospital dan klinik swasta harga akan berubah," kata Subramaniam memetik laporan dari Astro Awani.

Subramaniam juga turut menasihatkan pihak-pihak yang berkenaan tidak mengambil kesempatan ini menaikkan harga ubat sewenang-wenangnya.

"Saya berharap semua pihak dapat bekerjasama dan tidak terlampau membebankan pesakit dalam keadaan begini," tegasnya.

Ringgit Malaysia direkod ditutup pada RM4.04 bagi US$1 pada lima petang Rabu berbanding RM3.96 pada Selasa. - Siakapkeli.my

Sun Aug 16, 2015 8:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Penunggang Motosikal Mengamuk, Hempas Pintu Kereta Seorang Uncle

siakapkeli.my

Beredar di laman sosial hari ini sebuah video yang telah dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook di mana menunjukkan seorang penunggang motosikal telah mengamuk.

Penunggang berkenaan dilihat dalam keadaan marah telah menghampiri kereta yang dipandu oleh seorang pak cik bersama keluarganya.

Berdasarkan pemerhatian mungkin kereta tersebut telah terlanggar motosikal yang ditunggang lelaki berkenaan menyebabkan dia tidak dapat mengawal emosinya.

Uncle di dalam kereta tersebut tidak hentia-henti bercakap "Sorry aa Sorry, encik sorry,sorry" berulang kali namun tidak dihiraukan lelaki berkenaan.

Lelaki tersebut dilihat cuba memukul Uncle berkenaan menyebabkan isteri dan anak uncle berkenaan menangis ketakutan sebelum lelaki berkenaan menghempas pintu kereta tersebut dengan kuat.

Apapun, sesiap apun yang salah tidak seharusnya kita bersikap demikian, selesai cara elok bukan tunjuk siapa kuat kerana kita rakyat Malaysia terkenal dengan budi pekerti dan berhemah.

Kalau ikutkan baju yang dipakai tertulis "The Sunnah Is The Better" tetapi caranya itu bukannya ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah, Nabi mengajarkan kita supaya bersabar bukan bersifat demikian.

Apapun kita tidak boleh terlalu cepat membuat kesimpulan, kita tunggu jawapan dari brader berkenaan mengenai tindakannya itu. - Siakapkeli.my

Attachment(s) from -:eSpAcE9808:-
1 of 1 File(s)

Sun Aug 16, 2015 8:18 am (PDT) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Rekabentuk Model Terbaru Proton Perdana 2016 Didedahkan Semasa Pandu Uji Diatas Jalanraya

siakapkeli.my

Proton Holdings Berhad pengeluar kereta nasional Malaysia dikatakan dalam peringkat akhir untuk mengeluarkan satu model kereta baru bagi menggantikan model Perdana V6.

Walaupun sebelum ini dikatakan proton Perdana abru ini menggunakan rekabentuk berasaskan Honda Accord generasi ke 8 yang sudah pun dipakai oleh Kerajaan Malaysia, namun kali ini khabarnya Perdana 2016 akan berwajah baru dan mempunyai imej tersendiri.

Memetik laporan portal automotif terkenal, Paultan.org telah beredar satu video yang berjaya dirakam menunjukkan pihak Proton menjalankan ujian terhadap sebuah prototype yang dikatakan model terbaru Perdana 2016. Model terbaru ini dijangka akan dipasarkan pada pertengahan tahun hadapan.

Jika dilihat dari video ia bukanlah sama bentuk seperti sebuah Honda Accord seperti yang menjadi buah mulut orang ramai sebelum ini.

Berdasarkan rekabentuk ini ia amat berlainan dengan Honda Accord yang kini digunakan oleh Kerajaan Malaysia, model Perdana 2016 tersebut kelihatan agak berbeza khususnya dibahagian hadapan dan juga kelebaran model berkenaan.

Di bahagian belakang pula, bentuk aerodinamik yang ditampilkan dalam rekaan kali ini boleh dianggap agak menarik dan berpotensi mendapat perhatian ramai rakyat Malaysia untuk memilikinya.

Menurut laman Paultan juga, model terbaru Perdana itu nanti dijangka akan menggunakan enjin dari Honda yang berkapasiti 2.0 dan 2.4 liter i-VTEC. - Siakapkeli.my

Sun Aug 16, 2015 10:00 am (PDT) . Posted by:


Facebook: Fanpage Automobil
http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520

Group Automobil
http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

Web:
OILYMAN
http://oilyman.com.my

Blog In Malaysia
http://bloginmalaysia.com

Kataloh
http://kataloh.com

Cari Mudah
http://carimudah.com

Find And Book the Best Hotel Resort
http://besthotelreviews.org

Enplegu.com
http://enplegu.com

Choosing the Best Hotel Reviews
http://besthotelreviews.info

Blog Soccers
http://blogsoccers.com

Google Adsense Program
http://googleadsenseprogram.com

Azami Entertainment
http://azamientertainment.com

Din Apartment
http://dinapartment.com

University College Online
http://universitycollegeonline.info

Kad Niaga
http://kadniaga.com

Google Adsense Program Info
http://googleadsenseprogram.info

K-Pop Music Download
http://k-popmusicdownload.info

Health Care Definition
http://healthcaredefinition.com

Laptop Skin Sticker
http://laptopskinsticker.com

Sun Aug 16, 2015 10:00 am (PDT) . Posted by:


Fri Nov 30, 2012 9:22 pm
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

Salam Sejahtera semua.

Mulai 28 November 2012, ahli group Automobil tidak boleh "HIDE ID".
In disebabkan polisi baru Yahoo Groups yang tidak membenarkan menukar alamat email asal seperti sebelum ini.

Jadi kepada sesiapa yang ingin "HIDE ID" sila email dan minta pada kawan-kawan anda untuk melakukan posting sekaligus merahsiakan alamat email syarikat tempat anda bekerja.

Group Automobil juga telah memberikan akses penuh kepada kebanyakan ahli yang aktif terus post email ke group tanpa tapisan moderator tetapi masih di pantau.

Sekian,
Terima Kasih.
Iwan

Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: