Tuesday, November 10, 2015

www.groupautomobil.blogspot.com - Digest Number 4332

4 Messages

Digest #4332

Messages

Mon Nov 9, 2015 7:50 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Pak Menteri, Cuba Turun Rasai Hidup Seperti Rakyat Biasa Selama Seminggu

siakapkeli.my

Disebalik pelbagai harga perkhidmatan naik dan jawapan daripada menteri-menteri berkaitan yang agak 'bijak' dan 'bernas', semakin ramai nampaknya rakyat meluahkan rasa tidak puas hati dalam pelbagai cara.

Kebanyakkan mereka menjadikan media sosial sebagai tempat meluahkan rasa tidak puas hati dan sudah pasti ramai yang terasa terbeban dengan tindakan kerajaan ini akan menyokong.

Terbaru, satu status Facebook luahan rasa rakyat marhaen bernama Muhd Syazni Idris telah memuatnaik luahannya di laman Facebook miliknya di maan ia menjadikan kehidupan hariannya sebagai contoh.

Berikut adalah luahannya:

Ketika saya memandu ke tempat kerja, saya sering bangun pada jam 5.45 pagi dan keluar ke temapt kerja jap 6.30 pagi dalam keadaan tergesa-gesa. Saya perlu menyediakan RM80 untuk pertol dan RM35 untuk tol dalam tempoh seminggu, itupun tidak termasuk cas tempat letak kereta.

Apabila subsidi petrol telah diambil, saya diberitahu untuk mengubah gaya hidup saya dan saya ikut apa yang diberitahu.

Rutin saya sekarang pukul 4.40 pagi saya akan ambil tren ke KL Sentral pada jam 5.47 pagi.

Tiba di KL Sentral sejam kemudian saya akan mengambil LRT untuk ke Bangsar dan bertukar pula ke bas Rapid KL T634 untuk ke Jalan Dungun dan tiba di pejabat saya pada jam 7.40 pagi.

Keseluruhannya, saya perlu menghabiskan masa saya hampit 2 jam untuk perjalanan sejauh 35 kilometer dengan keluar 4 jam lebih awal. Tulisan ini bukan bermaksud untuk berkasar tetapi ia masih relevan berbanding memandu pada awal pagi yang sesak.

"Saya boleh membaca, saya boleh tidur, saya boleh, saya boleh bermain game dan saya boleh "troll"

Tetapi, Encik menteri, jangan bercakap seolah-olah kita tidak terkesan dengan kenaikan kadar baru tol dan harga baru tambang pengankutan awam.

Cuba 'turun' rasakan apa yang kami rakyat lalui ini selama seminggu kemudian anda buat keputusan berdasarkan teraf pendidikan anda atau
Tetapi, Encik Menteri, jangan bercakap seolah-olah kita tidak menghadapi cukup dengan kenaikan harga baru-baru ini tol dan bayaran pengangkutan awam. Lepaskan kekaki anda dan hidup dalam kasut kami selama seminggu. Kemudian, anda mempunyai pilihan sama ada memberikan pendapat yang berdasarkan teraf pendidikan. - Siakapkeli.my

Mon Nov 9, 2015 7:51 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Cedera Parah Di Otak, Pelajar Tahfiz Hafal 11 Juzuk Al Quran Ini Masih Mampu 'Sedekah' Senyuman

siakapkeli.my

Takkala ramai diluar sana memberikan pelbagai alasan untuk menyebut atau membaca ayat suci Al Quran, namun tidak bagi seorang remaja hebat ini.

Beliau yang dikenali sebagai Ammar dikatakan telah mengalami kemalangan yang mengakibatkan keceraan parah dibahagian kepala menyebabkan separuh tempurung kepalanya hilang yang turut mengakibatkan kecederaan parah di otak kiri.

Menurut tulisan seorang pengguna Facebook bernama Suryani Mohamad, ibu kepada pelajar ini iaitu Ustazah Bushra dan suaminya sudah lama bercuti tanpa gaji. Malah, wang simpanan dan segala-galanyanya sudah dihabiskan untuk rawatan si anak.'

Berikut adalah respon dari Ustazah Bushra Haji Yusoff yang ditulis kembali oleh Puan Suryani.

Respon dari si ibu, Ustazah Bushra Haji Yusoff berkenaan anaknya (izinkan ye kak): Inilah anak akak ammar..Alhamdulillah dia masih mampu senyum walaupun keadaanya amat parah kerana melibatkn kecederaan otak lebih-lebih lagi sebelah kiri. Sebab itu belum boleh bercakap tapi faham semua apa orang cakap. Untuk pulih ia memakan masa bertahun-bertahun dan sekarang ini sudah masuk setahun lapan bulan.

Dia seorang pelajar tahfiz. sudah 11juzuk Al Quran dia hafal.kemalangan yang menimpa kerana hendak pergi ambil jubah dari asrama ke sekolah sebab malam ada kelas tahfiz. Kerana hari itu dia berpuasa jadi tidak sempatber buka puasa hari isnin.sejam sebelum itu baru habis pergi usrah. Dalam PMR dia mendapat 8A 1B. Katanya nak jadi ustaz. Ammar adalah anak sulung akak. daripada dua orang adik beradik di mana adiknya perempuan.

Kini alhamdulillah Ammar semakin sihat dan syukur dia tadak sedih karana semua ini telah ditentukan oleh Allah.doalh ya semoga dia cepat sembuh.tq.suNilh ank akak Ammar.

Jika ada diantara kita yang mahu membantu keluarga ini boleh berbuat demikian di

Maybank: 5531-3101-1371 (BUSHRA HAJI YUSOFF)
CIMB: 144-00082-531-526 (BUSHRA binti YUSOFF)
No tel Ustazah Bushra Haji Yusoff 0163137594

- Siakapkeli.my

Mon Nov 9, 2015 7:53 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

KOLEKSI GAMBAR TRELER MEMBAWA KONTENA TERJUNAM DARI FLYOVER KAT PELABUHAN KLANG.
Posted by OMAK KAU!!!!

Mon Nov 9, 2015 7:54 am (PST) . Posted by:

"-:eSpAcE9808:-" rienacom

Jika TPPA Ditandatangani, Semua Kereta Keluaran Negara Sertai TPPA Akan Turun Harga - Mustapa Mohamed

siakapkeli.my

Pengeluar kereta tempatan, Proton perlu bersaing dengan pengelaur kereta antarabangsa yang menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) kerana harga kereta keluaran negara yang menyertai perjanjian tersebut akan turun sebanyak 30 peratus.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, sebagai contoh, kereta keluaran Amerika Syarikat (AS) akan mengalami penurunan cukai berperingkat sehingga 30% dalam tempoh 12 tahun perjanjian itu ditandatangani dan ia memadai untuk Proton melakukan pengubahsuaian berhubung perkara itu.

"Contohnya kereta pasang siap (CBU) dari AS, duti import ketika ini 30%. Dalam TPPA, kita berunding untuk kurangkan duti import menjadi 0%."

"Sekarang, kereta Thailand tidak membayar duti import, tetapi bagi Australia dengan Jepun, bermula 1 Januari, 2016 akan masuk Malaysia tanpa duti.

"Kita ada perjanjian bilateral dengan kedua-dua negara. Perjanjian bilateral ini mengatasi TPPA.

"Kita berpendapat, jangka masa 12 tahun memadai untuk Proton 'adjust' supaya dapat bersaing dengan syarikat luar negara."

"Dalam dunia perniagaan, saingan ini kita perlu hadapi. Proton masih hebat, walaupun 'market sharenya' mungkin ada perubahan.

"Sepatutnya Proton akan terus dapat beroperasi, tapi mungkin mereka akan hadapi tekanan," katanya dipetik The Malaysian Insider ketika penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikin bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen (PAS) Bukit Gantang, YB Idris Ahmad yang bertanya sama ada Proton terpaksa menutup operasinya jika gagal bersaing dengan pengeluar syarikat antarabangsa.

Menurut beliau lagi, kerajaan telah bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan kepada vendor Proton sekiranya mereka menghadapi masalah aliran tunai susulan pengenalan TPPA walaupun syarikat itu kini bukan lagi milik kerajaan.

"Kerajaan masih anggap Proton sebagai pengeluar kereta nasional. Kita selalu adakan perbincangan. Kita ada ikatan sentimen yang kuat.

"Ini kereta yang dibina Malaysia dalam tempoh 30 hingga 40 tahun lalu," katanya pula bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Setiawangsa (BN) Datuk Ahmad Fauzi Zahari.

Wakil rakyat BN itu bertanya sama ada Putrajaya akan membantu Proton sekiranya syarikat itu gagal dalam persaingan tersebut.

Beliau turut memberi jaminan, meskipun Putrajaya melaksanakan beberapa dasar terbuka, kepentingan negara masih menjadi keutamaan. - Siakapkeli.my
Anda mempunyai masalah dibawah:
1. Ada masalah dengan "Bounce Email" ?
2. Ahli membuat post yang tidak releven ?
3. Kena Ban ?
4. Posting lambat / tidak disiarkan ?
5. Tidak boleh "Post Mesej" ?
Hubungi: automobil-owner@yahoogroups.com

----------------------------------------

Post message:
automobil@yahoogroups.com
Subscribe:
automobil-subscribe@yahoogroups.com

----------------------------------------

Notis Moderator - PENTING Fri Nov 30, 2012
http://autos.groups.yahoo.com/group/automobil/message/32069

----------------------------------------

Blogspot: Group Automobil - http://groupautomobil.blogspot.com
Facebook: Fanpage Automobil - http://www.facebook.com/pages/Automobil/191663580864520
Group Automobil - http://www.facebook.com/group.php?gid=310206678640

----------------------------------------

Weblist:        
OILYMAN - http://oilyman.com.my
Blog In Malaysia - http://bloginmalaysia.com
Kataloh - http://kataloh.com
Cari Mudah - http://carimudah.com
Find And Book the Best Hotel Resort - http://besthotelreviews.org
Enplegu.com - http://enplegu.com
Choosing the Best Hotel Reviews - http://besthotelreviews.info     
Blog Soccers - http://blogsoccers.com
Google Adsense Program - http://googleadsenseprogram.com
Azami Entertainment - http://azamientertainment.com
Din Apartment - http://dinapartment.com
University College Online - http://universitycollegeonline.info
Kad Niaga - http://kadniaga.com
Google Adsense Program Info - http://googleadsenseprogram.info
K-Pop Music Download - http://k-popmusicdownload.info     
Health Care Definition - http://healthcaredefinition.com     
Laptop Skin Sticker - http://laptopskinsticker.com

No comments: